abs trak

41
ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun lima dalam penggunaan imbuhan apitan memper...kan menggunakan kaedah Lififabu. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan kesalahan dalam mengggunakan imbuhan ini semasa menulis ayat. Oleh itu, penggunaan kaedah Lififabu digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Melalui data awal yang dikumpul berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 Tahun 5 2014, peserta kajian mendapat keputusan amat rendah. Setelah melalui intervensi menggunakan kaedah Lififabu, responden menunjukkan peningkatan penguasaan, pengetahuan dan minat yang positif dalam soal penggunaan imbuhan apitan memper...kan. Sebagai kesimpulan,berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh membuktikan kaedah Lififabu dapat meningkatkan kefahaman murid. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan kaedah Lififabu supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid. Kata kunci: kefahaman, minat,imbuhan, Kaedah Lififabu 1.0 Pengenalan Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyaipsikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaranyang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantumengajar) bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Oleh itu, guru-guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran danpendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum fasa tiga, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang telah saya kesan semasa saya mengajar membina ayat bahasa Melayu. Pertamanya, ada murid tidak dapat menulis ayat dengan baik. Hal ini kerana mereka tidak dapat menggunakan imbuhan yang betul dan sesuai untuk digandingkan dengan kata kerja dan kata nama. Imbuhan yang ketara kurang difahami murid ialah imbuhan memper-...-kan. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan PdP. 2.0 Fokus Kajian Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan apitan. Ini kerana, murid-murid agak lemah dalam menguasai imbuhan apitan memper-... –kan jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain seperti imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah mereka keliru sama ada

Upload: magdeline-assing

Post on 30-Sep-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

ABSTRAKPenyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun lima dalam penggunaan imbuhan apitan memper...kan menggunakan kaedah Lififabu. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan kesalahan dalam mengggunakan imbuhan ini semasa menulis ayat. Oleh itu, penggunaan kaedah Lififabu digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah di daerah Besut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Melalui data awal yang dikumpul berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 Tahun 5 2014, peserta kajian mendapat keputusan amat rendah. Setelah melalui intervensi menggunakan kaedah Lififabu, responden menunjukkan peningkatan penguasaan, pengetahuan dan minat yang positif dalam soal penggunaan imbuhan apitan memper...kan. Sebagai kesimpulan,berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh membuktikan kaedah Lififabu dapat meningkatkan kefahaman murid. Cadangan penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan kaedah Lififabu supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.Kata kunci: kefahaman, minat,imbuhan, Kaedah Lififabu1.0 PengenalanMenurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyaipsikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaranyang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantumengajar) bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Oleh itu, guru-guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran danpendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum fasa tiga, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang telah saya kesan semasa saya mengajar membina ayat bahasa Melayu. Pertamanya, ada murid tidak dapat menulis ayat dengan baik. Hal ini kerana mereka tidak dapat menggunakan imbuhan yang betul dan sesuai untuk digandingkan dengan kata kerja dan kata nama. Imbuhan yang ketara kurang difahami murid ialah imbuhan memper-...-kan. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan PdP.

2.0 Fokus KajianFokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan apitan. Ini kerana, murid-murid agak lemah dalam menguasai imbuhan apitan memper-... kan jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain seperti imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah mereka keliru sama ada mahu menggunakan imbuhan awalan atau imbuhan apitan dan sama ada imbuhan akhiran atau imbuhan apitan semasa membina ayat. Hasil semakan saya mendapati murid-murid masih lemah dalam membina ayat lengkap dengan menggunakan imbuhan yang betul.Selain itu, murid-murid juga tidak dapat membezakan jenis imbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Mereka sangat lemah dalam mengenal pasti imbuhan apitan berbanding dengan imbuhan yang lain. Oleh itu, berdasarkan penelitian yang dilakukan, sayaakan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan apitan dengan baik agar mereka dapat membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta dapat membina ayat dengan lebih baik.

3.0 Objektif Kajian3.1 Objektif UmumKajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menggunakan imbuhan apitan memper-... kan dengan betul menggunakan Kaedah Lififabu.3.2 Objektif KhususSecara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:(i) Meningkatkan penguasaan murid mengenai penggunaan imbuhan apitan memper-... kandengan menggunakan Kaedah Lififabu.(ii) Mengatasi masalah kekeliruan penggunaan imbuhan apitan memper-...kan murid dengan menggunakan Kaedah Lififabu.(iii) Meningkatkan minat murid mempelajari imbuhan apitan memper-... kan denganmenggunakan kaedah Lififabu.3.3 Soalan KajianBeberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:(i) Apakah penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan apitan memper-... kan bolehditingkatkan menggunakan Kaedah Lififabu?(ii) Apakah masalah kekeliruan penggunaan imbuhan apitan memper-... kan murid murid dapat diatasi menggunakan Kaedah Lififabu?(iii) Bagaimanakah minat murid untuk mempelajari imbuhan apitan memper-... kan boleh ditingkatkan menggunakan Kaedah Lififabu?4.0 Kumpulan SasaranKajian ini dijalankan terhadap murid-murid tahun 5 Siber dari Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh Terengganu.Mereka terdiri daripada 15 orang murid.Mereka semua mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza-beza.Mereka kebanyakannya terdiri daripada anak jati kampung Tok Motong dan kawasan sekitarnya.Peserta kajian yang dikenal pasti ialah seramai empat orang berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan guru pembimbing yang juga guru kelas ini.Empat orang murid ini kesemuanya lelaki dan berbangsa Melayu.Purata markah dalam latihan membina ayat yang diperoleh setiap peserta kajian ialah dalam kategori rendah.5.0 Tindakan Dijalankan

Langkah 1: Temu BualSaya telah menjalankan satu sesi temu bual separa berstruktur dengan peserta kajian menggunakan soalan temu bual yang telah disediakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah murid memahami dan menggunakan imbuhan memper--kan dengan betul.Murid juga ditanya tentang pengalaman murid dalam sesi PdP yang telah dijalankan sebelum ini.

Langkah 2: Sesi Intervensi& Pemerhatian

Strategi 1(Lihat nota dan contoh sedutan Filem)Kaedah nota dalam bentuk persembahan elektronik PowerPoint digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan peserta kajian berkenaan imbuhan apitan memper-...-kan.Nota ini turut disertakan dengan sedutan filem terpilih untuk menarik minat murid.Peserta kajian haruslah memahami dan mengetahui tentang konsep imbuhan apitan terlebih dahulu.Sesi penerangan dan perbincangan dilakukan agar peserta kajian lebih faham tentang penggunaan imbuhan apitan tersebut.

Strategi 2 (Faham)Setelah mengetahui konsep dan contoh imbuhan apitan, saya telah menguji penguasaan peserta kajian dengan memberikan dua petikan yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan. Murid dikehendaki mengenal pasti serta mencatat perkataan berimbuhan apitan yang terdapat dalam petikan tersebut.Setiap petikan mengandungi enam perkataan berimbuhan apitan memper-...-kan yang perlu dikenal pasti dan dicatat dalam ruangan yang disediakan.

Strategi 3 (Buat)Murid dikehendaki membuat latihan yang diberikan. Kemudian sayaakan bantu membimbing aktiviti murid. Terdapat dua set soalan yang perlu dijawan oleh peserta kajian dengan bentuk soalan yang berbeza. Set satu, murid dikehendaki mengisi tempat kosong dalam ayat dengan memberikan imbuhan apitan yang sesuai kepada kata dasar yang terdapat dalam kurungan. Set dua pula murid diminta membina empat ayat menggunakan kata yang mengandungi imbuhan apitan memper--kan.

Langkah 3: Temu Bual& Analisis DokumenSaya telah menjalankan sesi temu bual bagi mendapatkan maklum balas murid.Hasil kerja murid dalam Ujian Faham dan Buat diteliti untuk dianalisis.

Langkah 4: Gelungan KeduaSaya telah mengenal pasti kelemahan yang terdapat semasa sesi pengendalian kaedah Lififabu dijalankan. Saya perlu lebih memberi penerangan dan masa kepada peserta kajian supaya mereka lebih faham tentang konsep imbuhan memper--kandan contoh penggunaannya. Persembahan elektronik juga diperbaiki supaya senang dan lebih difahami murid.

Langkah 4: RumusanSaya akan membuat rumusan akhir terhadap dapatan kajian yang diperoleh.

6.0 Analisis Data dan Interpretasi

6.1 Dapatan Analisis Dokumen

Saya melakukan analisis terhadap dua ujian Buat yang dijalankan ke ataspeserta kajian untuk mendapatkan data berkaitan.Rajah 1: Markah Ujian Buat 1 & 2

Setelah saya menjalankan sesi intervensi kepada subjek kajian, terdapat peningkatan markah yang diperoleh. Pada Ujian Faham &Buat 1, subjek kajian yang pertama kali menjalani Kaedah Lififabu masih menyesuaikan diri dengan kaedah ini dan markah yang diperoleh kebanyakan bertumpu pada ujian mengisi tempat kosong. Soalan membina ayat menggunakan imbuhan apitan memper--kan masih kurang mampu dijawab dengan betul dan tepat. Setelah melakukan pusingan kedua Kaedah Lififabu pada hari yang lain, murid didapati lebih bersedia dan ini dibuktikan melalui peningkatan markah pada Ujian Faham &Buat 2.

6.2 Dapatan Analisis Temu bual

Saya melakukan analisis melalui instrumen temu bual bagi mendapatkan maklum balas murid. Terdapat dua sesi dijalankan iaitu Soalan Temu bual Sebelum Intervensi danSoalan Temubual Selepas Intervensi. Temu bual.Temu bual ini digunakan untuk melihat sejauh mana kekeliruan yang dihadapi murid dapat diatasi selepas menggunakan Kaedah Lififabu. Di samping itu, temu bual juga dapat melihat sama ada Kaedah Lififabu dapat menarik minat murid dalam memahami imbuhan apitan memper--kan. Hasil daripada temubual yang dijalankan, peserta kajian menunjukkan penguasaan dan tidak lagi keliru dalam menggunakan imbuhan ini. Malah subjek kajian juga menyatakan bahawa dia lebih berminat menggunakan kaedah ini daripada cara biasa belajar iaitu menggunakan buku sahaja. Perkara-perkara ini menunjukkan peserta kajian dapat mengatasi kekeliruan dalam menggunakan imbuhan memper--kan setelah menggunakan kaedah Lififabu.

6.3 Dapatan Analisis Pemerhatian

Pemerhatian ini telah dilaksanakan semasa intervensi dijalankan.Antara item yang diperhatikan dalam borang pemerhatian ialah tumpuan murid, interaksi murid dengan guru, kerjasama dalam melakukan aktiviti, keyakinan diri murid dan tingkah laku yang ditunjukkan.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kesemua murid menunjukkan tingkah laku yang pelbagai. Murid 1 dan Murid 2 didapati paling banyak terlibat dalam aktiviti pembelajaran dengan masing-masing melakukan 8 perkara yang diperhatikan.Murid 3 pula merupakan murid paling kurang terlibat semasa aktivit dijalankan. Namun kesemua murid banyak menunjukkan tingkah laku yang baik berbanding tidak terlibat dalam aktiviti yang dijalankan.Keadaan ini menunjukkan kesediaan dan minat murid untuk mengikuti sesi intervensi menggunakan Kaedah Lififabu di tahap baik dan memuaskan.

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dianalisis, kaedah Lififabu dapat meningkatkan penguasaansubjek kajian dalam aspek penggunaan imbuhan apitan memper-...-kan dengan betul. Saya mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah markah yang diperoleh subjek kajian selepas menjalani dua sesi intervensi . Keadaan ini menunjukkan subjek kajian sudah mula memahami cara penggunaan imbuhan memper-...-kan dengan betul dan sudah mampu menggunakan imbuhan ini semasa membina ayat bahasa Melayu. Temu bual juga digunakan untuk mengetahui persepsi subjek kajian. Hasil temu bual menunjukkan keempat-empat subjek kajian sudah tidak mengalami kekeliruan besar dalam menggunakan imbuhan ini.Mereka memberikan respon dan jawapan positif dari setiap soalan yang diajukan iaitu soalan temu bual selepas subjek kajian menggunakan Kaedah Lififabu.Minat peserta kajian dalam mendalami ilmu berkaitan imbuhan apitan memper-...-kan juga dapat ditingkatkan. Hal ini dapat dilihat melalui tingkah laku yang positif dan aktif semasa menjalani aktiviti ini. Mereka ternyata lebih fokus dan mudah faham di samping lebih banyak memberikan respon untuk bertanya kepada saya. Sebagai cadangan, aktiviti berbentuk kuiz atau aktiviti berkumpulan boleh digunakan sebagai penambahbaikan.

RujukanAbdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini:Panduan Bahasa yang Baik dan Betul. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: BPPDP, KPM.Mohd Hazri Bin Abd Latib.(2010). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Apitan Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Excellent Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan. Tesis tidak diterbitkan:IPG Kota Baharu.Nik Safiah Karim et.al .(2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Shamsina Shamsuddin.(2013), Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.Shaifullah Bin Hasan Basri.(2013). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Akhiran -Kan dan -An Bagi Murid Tahun Empat Menggunakan Printeim Kanan.Tesis tidak diterbitkan. IPG Kampus Dato Razali Ismail

MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWIDENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK

1.0 PENGENALANImbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana melalui proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama ada melalui percakapan mahupun penulisan. Namun begitu, proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses ini merangkumi banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap imbuhan awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai kumpulan sasaran kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan murid yang belum dapat menguasai dan kurang memahami pembinaan imbuhan awalan bagi kata dasar. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambar tingkah laku yang ditayangkan kepada mereka. Murid juga didedahkan dengan kaedah bahan dan imlak selama satu jam dan kajian ini telah selesai dalam tempoh sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid lebih seronok belajar mata pelajaran Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan aktiviti yang pelbagai. 2.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALUSekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurang murid. Apa yang hendak dikongsikan disini adalah mata pelajaran pendidikan islam sering di ambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan ibu bapa dan murid-murid. Ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran pendidikan islam Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan di jawab dalam peperiksaaan Ujian Penilain Sekolah rendah atau UPSR.Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar dikuasai kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang dan tajuk serta kemahiran yang perlu dikuasai.Pecahan bidang yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah, tilawah, adab, akhlak, jawi dan amali. Misalnya dalam bidang pelajaran jawi guru perlu memberi tumpuan kepada menulis tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan pelajaran jawi murid perlu menguasai beberapa kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti berikut: Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek Menggunakan tanda baca Membaca pelbagai jenis bahan bacaan Menulis pelbagai jenis teks Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah.Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan menggunakan sistem ejaan jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran mengeja ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Faktor dari kelemahan tersebut, saya cuba melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka tentang penggunaan perkataan berimbuhan seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi. 3.0FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan julai rendah kerana1. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan mereka sukar untuk mengeja dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan pembelajaran.2. Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi 3. Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.4. Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan.5. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.6. Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam ayat atau teks petikan.Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang malas dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi, murid akan terus tidak memahami dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi masalah jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi.4.0OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif AmKajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system ejaan jawi dengan mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan perkataan berimbuhan dan juga ejaan jawi. ii. Objektif KhususObjektif Khusus kajian ini adalah supaya : Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran dan apitan Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membina ayat. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru. Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang menyeronokkan untuk dikuasai dan diterokai.5.0 KUMPULAN SASARANMurid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam tahun 3 yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid perempuan. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN6.1Tinjauan MasalahSaya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini 6.1.1 Ujian PraUjian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid mengenai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian sebilangan murid di tahap sederhana dan juga di tahap yang lemah. 6.1.2Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan. 6.1.3Temu bual Saya melakukan temu bual dengan murid murid yang menghadapai masalah untuk menguasai pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam masa yang sama juga, saya mengadakan temubual dengan saudara yang terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan pembelajaran mereka di rumah. 6.1.4Perbincangan dengan guru Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi mata pelajaran pendidikan islam ini.6.1.5Semakan buku latihanMelalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya akan dapat mengetahui tahap penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak mahir dalam pelajaran jawi ini. 7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAHSaya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.8.0UJIAN PRA 8.1Analisis Ujian PraPencapaian (Gred)Bilangan SampelPeratus

A (80-100)212.5

B ( 60-79)318.75

C (40-59)D (20-39)5431.2525

E (0-19)212.5

Jumlah16100

Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian

Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan dalam pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan ber dan be serta bel.8.2Analisis PemerhatianPemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku muridTINGKAH LAKU MURIDPERATUS

Kesungguhan 30

Aktif dalam pembelajaran 30

Kurang memberi tumpuan 20

Tidak memberi tumpuan 20

Jumlah100

8.3 Analisis Temu Bual Dengan MuridJadual 3: Analisis Temu Bual Dengan MuridBilDeskriptorTidak setujusetujuAmat setuju

1Suka belajar/

2Suka pada Guru pendidikan Islam/

Rasa diri pandai/

Suka datang ke sekolah/

Bercita-cita tinggi untuk Berjaya/

Mesra dengan rakan/

Merasa malu kerana tidak tahu membaca/

Mahu berubah untuk membaca jawi /

Mahu ke kelas pemulihan jawi/

8.4Analisis temu bual dengan abang dan kakakJadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak MuridBil DeskriptorTidak setujusetujuAmat setuju

1Membaca buku di rumah/

2Mengulangkaji pelajaran jawi bersama abang dan kakak/

3Bertanya kepada ibu bapa apabila tidak tahu membaca/

4Belajar bersama ibu bapa/

5Ibu bapa memarahi murid apabila tidak tahu membaca/

8.5Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai sampel( Mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran)Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar SkalaSebab 1Sangat setuju2setuju3Tidak setuju4Sangat tidak setujuJumlah

Pengajaran guru tidak menarik 240%3 60%

Guru tidak menggunakan BBM yang sesuai120%480%

Banyak buku yang perlu dibaca240%360%

Tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dengan kemahiran membaca jawi dan membina ayat240%360%

Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan saya dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%. Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untuk menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya. 9.0TINDAKAN YANG DIJALANKANDaripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh murid, saya menjalankan aktiviti seperti dibawah yang dianggap bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat menguasai jawi dengan sebaik-baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:9.1Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan slaid power point dan membuat penerangan imbuhan awalan.9.2Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan9.3Kaedah Flash Kad dan Imlak9.4Membina ayat berdasarkan gambar9.5Ujian Pos10.0 PELAKSANAAN TINDAKAN10.1 Aktiviti 1 I. Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan seorang kakak yang berada di dapur serta seoprang adik sedang membaca. Guru meminta semua murid menyatakan perlakuan yang dilihat oleh mereka.Terdapat beberapa imbuhan awalan yang terdapat dalam tayangan slaid power point yang dinyatakan oleh murid, iaitu; Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar II. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan.Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan akan terbentuk kata terbitan. Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari, makanan. III. Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut. IV. Pemerhatian:Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila menggunakan bahan sebagai rangsangan. Semua berlumba-lumba untuk memberi jawapan walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak tepat. V. Refleksi:Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid tidak diberikan bimbingan untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat.10.2 Aktiviti 2 I. Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mempunyai tulisan jawi kepada semua murid yang telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta setiap murid didalam kumpulan menekap perkataan imbuhan awalan dengan tulisan jawi yang cantik dan mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap kumpulan yang diwujudkan terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai bacaan jawi dan seorang lagi murid lemah dalam bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan jawi akan membantu murid yang lemah bacaan untuk membaca sehingga lancar. II. Pemerhatian:Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan yang diberikan. III. Refleksi:Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai bacaan jawi dengan lancar.10.3Aktiviti 3 I. Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan warna yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan imbuhan awalan yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut dibaca secara kelas dan individu. II. Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan berimbuhan awalan mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang diberikan melalui bacaan guru pada kad yang telah digunakan pada aktiviti bacaan ( kaedah imlak) III. Contohnya, berbetertemememmen

berlariberasaterlaristerasamemasakmembacamendapat

bersukanbelajartersepakterendammenulismemberitahumencatat

bersenamterminumterancangmemukul

Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan IV. Pemerhatian Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;MarkahPeratus

A ( 80-100)25

B( 60-79)62.5

C( 40-59)12.5

D (20-39)0

E (0-19)0

Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan berimbuhanSaya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk membacanya dengan betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru untuk dicatat pada ruangan yang betul. V. Refleksi:Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya mengelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut jenisnya. 10.3 Aktiviti 4 I. Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat gambar dan memahami perlakuan gambar tersebut. II. Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak ular di kebun pisang ayahnya. III. Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid. IV. Perbincangan mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar yang terdapat dalam ayat yang dibina. V. Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid. VI. Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini dilaksanakan.AktivitiBilangan MuridPeratus pencapaian

Membina ayat1062.5

Perbincangan1275

Membaca ayat16100

VII. Pemerhatian :Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini terbukti bahawa menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk merangsang murid terlibat secara aktif dalam aktiviti selain daripada dapat mengawal tingkah laku murid yang negative di dalam kelas. VIII. RefleksiSaya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi, langkah penerangan, perkembangan dan penutup. 10.4Ujian Pos I. Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas ujian pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra tetapi diubah ayatnya dan imbuhan awalan bagi perkataan. II. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Bahagian A : Objektif. Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks. Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori. Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai. Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar. III. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45 minit. IV. Pemerhatian:Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid tidak dapat membaca dengan lancar oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalan untuk dijawab.

Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.Pencapaian ( Gred)Bilangan MuridPeratus

A (80-100)425

B (60-79)850

C (40-69)318.75

D ( 20-39)16.25

E (0-19)

V. Refleksi:Dapatan Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dikalangan murid. Walaubagaimanapun masih terdapat seorang murid yang gagal dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal ini adalah murid pemulihan khas jawi bagi kelas jQAF. 11.0REFLEKSI KESELURUHANBerdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang proses pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan awalan ini. Rumusan tersebut ialah; Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan awalan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada peningkatan markah dalam ujian pos. Pada keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil oleh guru. Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian posPencapaianUjian PraUjian Pos

Lulus62.5093.75

Gagal37.506.25

Jumlah 100100

Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian pra. Manakala dalam ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang murid gagal dengan peratusan 6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan imbuhan awalan. PemerhatianSikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran membaca jawi nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru. 12.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYASaya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam membantu murid-murid untuk menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi yang betul. Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata kaedah bahan dan imlak ini banyak membantu murid menguasai penggunaan imbuhan walaupun masih terdapat kelemahan dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan kaedah imlak ini dalam bidang lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Al Quran. Saya juga akan mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh guru guru mata pelajaran lain terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa di kalangan murid murid dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu juga saya juga akan menyarankan supaya semua guru sentiasa menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik perhatian murid dalam pelajaran yan diajar disamping dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru. 13.0 BAHAN YANG DIPERLUKANBahan bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah: Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping Marker pen Gunting Pembaris Kertas A4 Set Soalan Pendidikan Islam pra ujia -16 set Set Soalan Pendidikan Islam ujian pos- 16 set Komputer riba Lcd Projektor

14.0 ANGGARAN KOSAnggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :Kad Imbasan :RM15.00Marker Pen:RM6.0032 set Soalan Ujian x RM1.00:RM32.00

BIBLIOGRAFIJauharah Hj. Tak& Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.Kamarudin Hj. Husin& Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (untuk sekolah rendah dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.Mohd. Radzi Misran & Haris Yusof. (1997). Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu (KVKV).Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Selayang.Laman Webwannoorainiwmp51992.blogspot.com/http://www.ppdsetiu.net/index.php?option=com_content&view=article&id=197%3Acontoh-kajian-tindakan&catid=105%3Amakluman&Itemid=137http://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdfhttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CGsQFjAH&url=http%3A%2F%2Fsktu4jb.50webs.com%2FKajian_tindakan%2FPanduan-asas-eprd-dan-contoh-pelaporan.doc&ei=zQ2iUMqzJ4bwrQfOu4HQCQ&usg=AFQjCNGOmv3FqjeaGRE4igiD6InRxP-yBg&sig2=73yXugYG-RVxiLJb6AS0Cg

LAMPIRAN 1GAMBAR PERLAKUAN DATUK SEDANG BERJALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MURID MENCIPTA IMBUHAN AWALAN BERDASARKAN PEMERHATIAN MEREKA.

MURID MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG DILIHAT.

LAMPIRAN 2 : 1.0 PENGENALANFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dijadikan sebagai garis panduan dan rujukan perdana para pendidik semasa melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Para guru perlu menyedari hakikat bahawasanya tugas dan tanggungjawab mereka tertumpu kepada penyampaian ilmu pengetahuan dan pembentukan modal insan yang perlu diberikan perhatian yang serius. Dalam pendidikan negara, kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasan dan komunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2013). Seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM) yang komited ingin meningkatkan pencapaian setiap murid dan kualiti pendidikan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) distrukturkan kepada pendekatan modular. Unit-unit kecil yang terkandung dalam KSSR terdiri daripada beberapa modul termasuklah Modul Tatabahasa (Zaini, 2013) Standard Kandungan Aspek Tatabahasa digubal bertujuan untuk menentukan keupayaan murid menguasai asas kemahiran berbahasa dengan penggunaan nahu yang betul dan tepat. Dalam hal ini, guru dilihat berperanan penting untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Oleh hal yang demikian, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa wajar diajarkan dengan berfokus dan terancang. Kemahiran menulis adalah salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid. Terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang masih lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa, terutamanya kemahiran menulis (Kamarudin Husin dan Siti Hajar, 1997). Penguasaan kemahiran menulis amat penting dan perlu diberikan penekanan sama da melalui perancangan pengajaran sistematik (Yahya Othman, 2005). Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan (Farhan, 2013). Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan 2 aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas dan salah satu daripadanya ialah aspek pengimbuhan kata. Oleh hal yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan tindakan untuk meningkatkan penguasaan menulis kata nama yang menerima imbuhan peN- dalam kalangan murid. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kelangsungan penyelidikan tindakan ini adalah daripada pelaksanaan praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Raja Di Hilir Ekram, Jalan Pasir Puteh, Ipoh selama lapan minggu. Sepanjang melaksanakan praktikum fasa kedua ini, saya menimba pelbagai ilmu termasuklah ilmu pedagogi murid yang hadir daripada pelbagai latar belakang keluarga. Sekolah ini merupakan sekolah kategori B yang mempunyai hampir 150 orang murid. Saya telah ditugaskan untuk mengambil alih kelas tahun 3 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia yang mempunyai 20 orang murid yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Mereka mempunyai aras pengetahuan yang pelbagai, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Berdasarkan pemerhatian serta temu bual dengan guru kelas dan guru yang mengajarkan Bahasa Malaysia, saya mendapati bahawa murid di dalam kelas ini masih lagi mengalami masalah dalam kemahiran berbahasa terutamanya melibatkan kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, murid di dalam kelas ini juga mempunyai banyak masalah dalam kemahiran menulis. Antaranya ialah mereka sering kali membuat kesalahan ejaan, tanda baca, menjarakkan perkataan yang ditulis dalam ayat, penggunaan huruf kecil dan huruf besar serta pengimbuhan kata yang tidak menepati sistem ejaan yang betul. Hal ini telah menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis dan sering kali melakukan kesalahan yang sama. Saya mengambil perhatian pada aktiviti menulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan membaiki dan memberikan bimbingan ketika melaksanakan aktiviti di dalam kelas. Tetapi, murid masih melakukan kesilapan yang sering berulang dan menampakkan kecuaian murid semasa aktiviti menulis ayat sama ada menyalin semula daripada buku atau membina ayat sendiri berdasarkan perkataan yang diberikan. 3 Berkisar kepada penyelidikan tindakan yang akan dilakukan, fokus yang diberikan ialah kepada satu permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid, iaitu penulisan kata nama terbitan dengan imbuhan peN-. Permasalahan ini turut berlaku pada murid tahun 3 dan dapat dikesan semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram, Perak untuk praktikum fasa ketiga. Kesukaran murid untuk menulis kata terbitan yang mempunyai imbuhan awalan peN-telah dikenal pasti semasa saya melaksanakan ujian lisan atau soalan kuiz kepada murid-murid mengenai pengimbuhan kata dengan awalan peN-. Murid di dalam kelas ini mempunyai 27 orang yang terdiri daripada pelbagai aras pengetahuan, iaitu lemah, sederhana dan baik. Hampir sepuluh orang murid telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), iaitu Band 6. Namun begitu, mereka juga menghadapi masalah untuk menulis dan mengeja dengan baik. Rentetan daripada permasalahan ini, saya telah membentuk soalan ujian untuk mengenal pasti tahap kritikal penguasaan ejaan murid-murid mengenai penulisan kata terbitan berimbuhan awalan peN-. Sehubungan dengan itu, saya berasakan guru memainkan peranan penting untuk memberikan kesedaran dan mendekati murid supaya lebih menghargai dan berasa bertanggungjawab untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan. Saya telah menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (BSPP) seperti kad perkataan, slaid power point, menjawab soalan latihan, dan menyalin semula ayat yang diberikan sebagai bahan rangsangan dan secara tidak langsung dapat membantu murid menguasai kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran menulis dan mengeja. 3.0 TINJAUAN LITERATUR Imbuhan merupakan morfem terikat yang diletakkan sama ada di awal, di tengah atau di akhir sesuatu kata akar atau kata dasar untuk membentuk satu kata baru. Morfem terikat tersebut lazimnya membawa makna kenahuan tertentu yang mengubah makna kenahuan kata baru yang dihasilkan. Imbuhan juga boleh ditakrifkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut: awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk 4 fleksi (Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, Farid M. Onn, 2011). Penggunaan imbuhan adalah salah satu aspek yang dapat mengelirukan pengguna bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan yang paling banyak mengelirukan ialah akhiran kandan iserta per-pada pembentukan kata kerja transitif. Hal ini juga berlaku semasa penggunaan bentuk imbuhan peN-, khususnya perbezaan antara pe-dan per-dalam pembentukan kata nama. Kebanyakan penahu Melayu menghuraikan imbuhan peN-bahasa Melayu berdasarkan struktur dan fungsi. Zaba (1965), Asmah (2011), Nik Safiah et. al (2011) dan beberapa lagi orang penahu bersetuju mengatakan imbuhan ini selalunya merujuk kepada agen dan alat. Ada juga penahu yang memberikan makna peN-sebagai penderita, kelaziman dan penanda abstrak. Dalam hal ini, makna yang diberikan pada imbuhan peN-agak luas yang kadang kala bertindih dan secara tidak langsung boleh menimbulkan kekeliruan dan kesilapan dalam penulisan (Hashimah dan Harith, 2009). Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam kalangan murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram, Perak. Dalam penyelidikan ini, didapati banyak kajian dilakukan terhadap permasalahan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid, khususnya dari aspek tatabahasa seperti penulisan huruf besar pada awal ayat, penulisan tanda baca yang sesuai pada tempatnya, penulisan ayat yang menepati sistem tatabahasa dan sebagainya. Namun demikian, tidak banyak kajian yang dilakukan untuk melihat permasalahan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid sekolah. Menurut Jeniri (2005), bahasa Melayu mudah untuk dipelajari, tetapi susah untuk dikuasai. Dalam pembelajaran bahasa, Corder (1973) dalam Baidura dan Jamilah (2012) telah mengkategorikan empat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atai tidak tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau bagaimanapun, menurut Corder lagi, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untuk menjelaskan kesalahan seterusnya beliau menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon. 5 Merujuk kepada kajian-kajian lepas, Baidura dan Jamilah (2012) turut menyentuh mengenai kesalahan penggunaan imbuhan dalam kalangan pelajar asing di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Setiap kesilapan dan kesalahan penggunaan imbuhan telah dikenal pasti dengan Analisis Kesalahan Tatabahasa menerusi penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Ahmad Shahril (1996) menyimpulkan bahawa pelajar yang kurang melakukan latihan aspek-aspek tatabahasa didapati mempunyai pencapaian yang lemah dalam aspek-aspek tersebut. 4.0 FOKUS KAJIAN Kajian yang akan dijalankan berfokuskan kepada permasalahan dalam imbuhan peN-berdasarkan penerapan kaedah GUK. Kaedah GUK ini dijangka dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam aspek tatabahasa, khususnya dalam pengimbuhan kata nama terbitan imbuhan peN-. Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya akan memfokuskan kajian ini kepada masalah dalam penggunaan imbuhan peN-. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, saya mendapati murid-murid dilihat kurang menunjukkan minat terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini menjadi salah satu punca kepada permasalahan ini berlaku. Permasalahan yang ketara diperoleh berdasarkan pemerhatian dan latihan bertulis yang dijalankan ialah murid tidak boleh menulis ini juga bukan sahaja berlaku semasa menulis imbuhan awalan peN-, malahan meliputi semua penulisan imbuhan yang lain. Setelah beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan, saya masih dapat mengesan kegagalan murid untuk menulis kata nama berimbuhan peN-dengan betul, walaupun sudah diberikan penerangan secara mudah dan ringkas agar mereka dapat memahami tatacara penulisan yang betul. Awalan peN-merupakan antara awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu (Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, Farid M. Onn, 2011). Bentuk awalan peN-boleh terdiri daripada empat bentuk, iaitu pe-, 6 pem-, pen-, dan peng-. Namun demikian, perbezaan bentuk awalan ini bergantung kepada dua, iaitu: Perbezaan bentuk-bentuk awalan peN-Faktor fonologi Faktor perkembangan dan perancangan bahasa Jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu. Menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Jadual 1.1: Perbezaan Bentuk-bentuk Awalan peN-Hashimah dan Harith (2009) menulis, penulisan imbuhan peN-juga menyentuh aspek makna dan fungsi. Menurut Hashimah dan Harith lagi, apabila imbuhan peN-bergabung dengan kata dasar daripada pelbagai kelas kata yang membentuk kata terbitan, fungsi makna yang akan diimplikasikan boleh mempunyai sekurang-kurangnya dua fungsi atau lebih. Namun demikian, fokus kajian ini lebih menjurus kepada kaedah penulisan imbuhan peN-yang menepati hukum tatabahasa dan maknanya. Meskipun imbuhan peN-ini menyentuh hal kepelbagaian fungsinya, namun perkara tersebut terpaksa dikesampingkan bagi memudahkan murid terlebih dahulu memahami serta menguasai penulisan imbuhan peN-dengan betul. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam kajian yang akan saya jalankan ini, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai pada akhir kajian saya. Terdapat dua bentuk objektif yang ditetapkan dalam kajian saya ini, iaitu objektif umum dan objektif khusus. 5.1 Objektif Umum Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan penguasaan murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dalam penulisan kata nama berimbuhan peN-yang juga merupakan salah satu daripada subtajuk sistem bahasa KSSR.

7 5.2 Objektif khusus Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk: i. Meningkatkan penguasaan murid menulis kata nama berimbuhan peN-melalui kaedah GUK. ii. Meningkatkan mutu pengajaran guru melalui kaedah GUK ketika melaksanakan pengajaran sistem bahasa. iii. Menarik minat murid untuk mempelajari imbuhan kata nama peN-melalui kaedah GUK. 6.0 SOALAN KAJIANSoalan kajian yang saya akan jalankan ini adalah seperti berikut: i. Adakah kaedah GUK dapat membantu meningkatkan penguasaan murid tahun 3 dalam penulisan kata nama berimbuhan peN-? ii. Adakah kaedah GUK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru? iii. Adakah kaedah GUK dapat menarik minat murid tahun 3 untuk mempelajari imbuhan kata nama peN-? 7.0 KUMPULAN SASARAN Kajian saya ini merujuk kepada murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram, Perak. Seramai 27 orang murid di dalam kelas tersebut. Terdapat juga lima orang murid pemulihan dan seorang murid LINUS, justeru seorang murid LINUS tersebut akan dikecualikan daripada kajian saya. 26 orang murid yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan berbangsa Melayu. Secara amnya, usia sampel ini adalah dalam lingkungan sembilan tahun. Semua sampel ini merupakan murid yang berada pada tahap yang pelbagai dalam pencapaian akademik; lemah, sederhana dan baik. Semua sampel ini juga 8 mengikuti sesi persekolahan seperti biasa waktu-waktu persekolahan. Murid-murid tahun 3 ini menetap di kawasan sekitar sekolah dan juga taman perumahan di kawasan Jeram serta Bandar Baru Kampar. Kebanyakan mereka daripada golongan keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. 8.0 RANCANGAN TINDAKAN Setelah mengenal pasti masalah murid, saya berasakan satu tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan kaedah GUK bagi membantu murid-murid tahun 3 menguasai kemahiran penulisan kata nama berimbuhan peN-. Antara prosedur tersebut ialah: 8.1 Prosedur 1: Perbincangan bersama-sama pensyarah pembimbing. Saya telah membuat perbincangan awal bersama-sama pensyarah pembimbing, iaitu Puan Hasnah binti Awang mengenai tajuk dan juga kaedah yang hendak dijadikan sebagai kajian. Perbincangan tajuk dan pemilihan kaedah telah dilaksanakan ketika interaksi kuliah bersama-sama rakan yang lain sebagai pendedahan dan gambaran awal terhadap penyelidikan tindakan. 8.2 Prosedur 2: Perbincangan bersama-sama guru pembimbing. Sebelum saya melaksanakan kajian ini dengan lebih mendalam terhadap murid-murid, saya akan berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing mata pelajaran Bahasa Malaysia, Puan Rozana binti Om untuk mendapatkan khidmat nasihat, idea, pendapat dan bimbingan daripada beliau bagi menambah baik lagi kajian dan soalan-soalan yang dirancang. 8.3 Prosedur 3: Membina item soalan Setelah berbincang dengan guru pembimbing, saya telah membina item soalan yang akan digunakan sebagai alat pengujian dan pemerolehan data daripada murid. Pembinaan item soalan juga perlu merujuk kepada sumber-sumber yang berkaitan dan tepat. Oleh hal yang demikian, beberapa buah buku dijadikan sebagai 9 rujukan seperti Tatabahasa Dewan, Siri Tatabahasa: Kata Terbitan dan buku-buku kerja yang diakui menepati hukum tatabahasa dari segi binaan soalan dan cadangan jawapan. Soalan-soalan yang dibina juga mengikut tahap pencapaian murid yang pelbagai; baik, sederhana dan lemah. Saya juga telah mendapatkan rekod pencapaian murid-murid untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan semasa membina soalan. Perkataan-perkataan yang dipilih juga tidak begitu sukar dan mudah difahami oleh murid. 8.4 Prosedur 4: Menjalankan ujian pra Murid diminta untuk menulis kata terbitan menggunakan imbuhan awalan peN-berdasarkan kata dasar yang telah diberikan. Kata dasar tersebut disusun mengikut aturan abjad dan terdapat beberapa abjad yang tidak disertakan seperti abjad Q, X dan Z kerana jarang menerima imbuhan awalan peN-. Murid menjawab soalan yang diberikan tanpa sebarang bantuan dan bimbingan daripada guru serta tiada perbincangan dalam kalangan murid semasa menjawab soalan tersebut. Hal ini bertujuan untuk menguji kefahaman dan pengetahuan murid mengenai imbuhan awalan peN-yang sering digunakan dalam kehidupan mereka. 8.5 Prosedur 5: Intervensi Kaedah GUK Latih tubi bertindak sebagai penguat kepada penguasaan murid tentang penulisan kata nama berimbuhan awalan peN-. Latih tubi digunakan bagi mengukur tahap perkembangan murid. Tambahan pula, kepekaan murid bagi membuat latihan berkenaan penulisan kata nama berimbuhan awalan peN-juga membantu meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam penulisan yang baik dan betul. Di samping memberikan latih tubi, saya akan menerangkan kaedah yang boleh membantu mengatasi kekeliruan murid untuk menulis kata nama berimbuhan awalan peN-. Kaedah tersebut dinamakan sebagai Gugur, Ubah, Kekal (GUK). Kaedah GUK juga merupakan intervensi utama saya untuk menjalankan penyelidikan ini. Intervensi ini juga berbentuk pemberian soalan-soalan latihan yang 10 berkaitan dengan fokus kajian yang akan dijalankan terhadap sampel. Dalam latih tubi tersebut, saya akan menyediakan soalan yang berkaitan dengan kata berimbuhan awalan peN-ini dan murid akan menuliskan jawapan yang betul di ruangan yang disediakan. Semua hasil kerja sampel akan dikumpulkan dan dianalisis untuk dilihat perkembangan dari segi penguasaan dan kefahaman terhadap penulisan imbuhan awalan peN-dengan kaedah GUK ini.. 9.0 TEKNIK PENGUMPULAN DATA Dalam kajian yang dijalankan, saya akan menggunakan tiga jenis instrumen khusus bagi mendapatkan data serta mengumpul data dan maklumat. Tiga instrumen khusus yang dipilih adalah seperti berikut: i. Ujian pra dan pos ii. Pemerhatian iii. Analisis dokumen 9.1 Ujian Pra dan Pos Ujian pra dan pos merupakan satu set soalan yang digunakan bagi mengetahui kefahaman awal murid sebelum mereka menjalani rawatan atau penambahbaikan, iaitu aktiviti kajian ini serta mendapatkan hasil selepas menjalani aktiviti. Kedua-dua ujian ini mempunyai julat masa yang tersendiri untuk dilaksanakan. Setelah itu, tindakan rawatan dilakukan berdasarkan masalah yang telah dapat dikenal pasti dan diperoleh daripada ujian pra yang dijalankan. Ujian pos hanya akan dilakukan setelah sampel menerima rawatan bagi menguji keberkesanannya. Menerusi kedua-dua dapatan ini, saya dapat mengenal pasti sama ada keberkesanan tindakan yang telah dijalankan terhadap sampel. 9.2 Pemerhatian Pemerhatian merupakan salah satu instrumen pengumpulan data yang akan dijalankan sepanjang kajian. Satu senarai semak yang ringkas akan dibina bagi 11 memantau perkembangan murid sepanjang tempoh kajian dijalankan serta nota lapangan yang mencatat setiap perkembangan yang ditunjukkan oleh murid. Beberapa kriteria akan dinilai dalam pemerhatian yang akan dilakukan. Pemerhatian yang akan dilakukan ini merupakan pemerhatian berstruktur kerana melalui senarai semak dan nota lapangan. 9.3 Analisis Dokumen Di samping menggunakan ujian pos dan pra dan pemerhatian, saya juga akan menggunakan teknik analisis dokumen untuk mendapatkan data. Pengutipan data dan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membanding dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan ujian pra. Dokumen ini kemudiannya akan dianalisis untuk meninjau perubahan dan perkembangan bentuk, pola, trenda yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menyokong kesahan teknik ujian pra dan pemerhatian. Sehubungan dengan itu, dokumen yang akan dikumpulkan merupakan hasil kerja murid, iaitu melalui lembaran-lembaran kerja yang melibatkan imbuhan awalan kata nama peN-. 10.0 TEKNIK ANALISIS DATA Dalam analisis dan menginterpretasi data, saya akan melakukan penganalisisan terhadap semua data mentah yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan ini. 10.1 Ujian Pra dan Pos. Hasil dapatan daripada ujian pra dan pos akan dianalisis dalam bentuk penjadualan markah dan pemplotan graf. Contohnya: 12 BORANG REKOD PEMARKAHAN MURID (UJIAN PRA / UJIAN POS)BIL NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN POS CATATAN M G M G 1. R1 2. R2 3. R3 4. R4 5. R5 6. R6 7. R7 8. R8 9. R9 10. R10 11. R11 12. R12 13. R13 14. R14 15. R15 16. R16 17. R17 18. R18 19. R19 20. R20 21. R21 22. R22 23. R23 24. R24 25. R25 26. R26 Catatan: - R: Responden - M: Markah - G: Gred

13 10.2 Pemerhatian Melalui pemerhatian, saya menggunakan catatan nota lapangan tidak berstruktur. Dalam hal ini, saya akan membuat catatan tindakan peserta kajian. Aspek yang akan saya catatkan ialah reaksi sampel kajian semasa menerima setiap helaian lembaran kerja yang berlainan soalan dan aras, menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja dan reaksi sesi menyemak hasil jawapan bersama-sama guru. Berikut merupakan contoh nota lapangan yang akan digunakan. BORANG CATATAN NOTA LAPANGAN Nama Peserta : Nama Pencatat: Bil. Tarikh/Hari Masa/Tempat Latihan Catatan

14

15 11.0 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Jadual 1.2 : Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. 16 12.0 KOS KAJIAN Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini disertakan seperti berikut: BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1 Kertas A4 5 RM 50 RM 50 2 Dakwat pencetak 1 RM 80 RM 80 3 Cetakan bahan dan laporan kajian 100 RM 0.10 RM10 4 Buku catatan guru 1 RM 10 RM10 5 Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) 1 RM20 RM 20 6. Penjilidan laporan kajian 5 RM20 RM 100 JUMLAH RM 270

17 13.0 REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan Kertas Cadangan Kajian Tindakan Bahasa Melayu. Tugasan ini memerlukan saya mengenal pasti masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Malaysia, sekali gus menentukan isu yang akan diutarakan untuk menjadi fokus kajian. Sehubungan dengan itu, saya juga perlu membuat sorotan literatur berdasarkan isu kajian dan menyediakan kertas cadangan bagi kajian tindakan berdasarkan isu yang telah dipilih. Saya juga membuat rujukan menggunakan buku Kajian Tindakan dan jurnal bahasa untuk menyiapkan kajian tindakan ini. Penulisan kertas cadangan kajian tindakan ini dimulakan sedikit awal memandangkan saya telah menemukan satu permasalahan yang dilalui semasa menjalani praktikum kedua. Tajuk dan fokus kajian ini telah diputuskan semasa perbincangan di dalam interaksi kuliah bersama-sama pensyarah, Puan Hasnah binti Awang. Memandangkan tajuk dan isu telah ditemui dan diputuskan, saya telah melanjutkan kajian saya dengan mencari bahan-bahan untuk dijadikan sebagai literatur dan meneliti aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam kajian ini. Semasa proses menyiapkan sorotan literatur bagi tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih meluas mengenai para pengkaji lain yang telah membuat kajian. Saya juga mengetahui pelbagai kaedah yang sesuai dengan fokus kajian yang ingin dilaksanakan. Dengan adanya maklumat ini, saya dapat menyiapkan sorotan literatur ini dengan rujukan daripada jurnal dan laman sesawang berdasarkan rujukan yang telah saya dinyatakan. Dengan adanya rujukan-rujukan daripada buku-buku kajian tindakan, saya dapat menyempurnakan cara mengumpul dan menganalisis bagi kertas cadangan ini. Saya berasakan bahawa tugasan ini sangat berfaedah dan memainkan peranan yang penting kepada saya kerana perlu mengenal pasti isu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terperinci. Pembacaan yang mendalam mengenai buku dan jurnal-jurnal kajian tindakan ini membolehkan saya memperbaiki mutu penulisan saya pada masa yang akan datang. 18 Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah penyelia selaku pensyarah pembimbing bagi praktikum ketiga ini, iaitu Puan Hasnah binti Awang. Beliau telah memberikan tunjuk cara sepanjang saya menghasilkan proposal ini. Sementara itu, saya juga meminta pandangan daripada beliau mengenai buah fikiran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proposal saya ini. Pelbagai idea dan sesi perbincangan dilakukan memastikan penghasilan proposal ini berjalan lancar. Tidak dilupakan juga kepada guru pembimbing, Puan Rozana binti Om yang telah membantu dalam memberikan idea dan pandangan sepanjang kajian dilakukan di sekolah. Akhir sekali saya ingin mengucapkan alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dan rakan-rakan secara langsung atau tidak langsung kerana memberi ruang dan peluang kerana membantu saya melakukan proposal kajian tindakan ini. DownloadDOCX

Kertas Cadangan untuk Penyelidikan Tindakan PISMP

Uploaded byFathul Dahlan18 PagesDOWNLOADSign InSign up

Before we can start your download,please take a moment to join our communityof 19,620,289 academic researchers.

Connect Connect

Sign up with emailTop of Form

We're sorry. There were some errors with your registration:

By signing up, you agree to ourTerms

Bottom of Form

Download PDFs forover 5.5 Million papers

Share your paperswith other researchers

See analytics on yourprofile & papers

Follow other peoplein your fieldCloseLog InLog InwithFacebookLog InwithGoogle orTop of Form

Email:Password:

Remember me on this computer

Bottom of Form

orreset password

Top of Form

Enter the email address you signed up with and we'll email you a reset link.

Bottom of FormNeed an account?Click here to sign upJob BoardAboutPressBlogStoriesTermsPrivacyCopyrightWe're Hiring!Help CenterAcademia 2015