abs trak

2
ABSTRAK Terdapat banyak isu yang timbul ekoran perubahan bentuk kurikulum dimana Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Pengenalan KSSR juga menyebabkan Kurikulum Matematik KSSR telah mengalami perubahan dimana kurikulum tersebut adalah berlandaskan KSSR. Ini menyebabkan ramai guru tidak bersedia dengan perubahan yang ada terutamanya guru matematik yang kurang kemahiran dalam melaksankan kurikulum baru yang diperkenalkan. Saya berpendapat bahawa, jika guru matematik diberi pengetahuan sepenuhnya tentang Kurikulum Matematik, mereka akan lebih bersedia dalam melaksanakan Kurikulum Matematik KSSR ini. Oleh saya telah menjalankan kajian berkenaan dengan isu ini di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dimana saya mengambil PISMP Unit Matematik Semester Satu Tahun satu sebagai sampel kajian. Pemilihan ini berdasarkan mereka merupakan bakal guru matematik yang akan melaksanakan Kurikulum Matematik KSSR di sekolah rendah. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai responden sama ada setuju atau tidak bahawa pengetahuan mereka terhadap Kurikulum Matematik KSSR akan memepengaruhi tahap persediaan mereka dalam melaksanakan Kurikulum Matematik KSSR di sekolah rendah. Melalui kajian ini, guru pelatih akan dapat mempersiapkan diri dengan pengetahuan pelaksanaan Kurikilum Matematik KSSR di sekolah rendah sebagai persediaan dalam pelaksanaanya. Kaedah kajian yang saya gunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang

Upload: won-eyda

Post on 13-Sep-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh abstrak

TRANSCRIPT

ABSTRAK

Terdapat banyak isu yang timbul ekoran perubahan bentuk kurikulum dimana Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Pengenalan KSSR juga menyebabkan Kurikulum Matematik KSSR telah mengalami perubahan dimana kurikulum tersebut adalah berlandaskan KSSR. Ini menyebabkan ramai guru tidak bersedia dengan perubahan yang ada terutamanya guru matematik yang kurang kemahiran dalam melaksankan kurikulum baru yang diperkenalkan. Saya berpendapat bahawa, jika guru matematik diberi pengetahuan sepenuhnya tentang Kurikulum Matematik, mereka akan lebih bersedia dalam melaksanakan Kurikulum Matematik KSSR ini. Oleh saya telah menjalankan kajian berkenaan dengan isu ini di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dimana saya mengambil PISMP Unit Matematik Semester Satu Tahun satu sebagai sampel kajian. Pemilihan ini berdasarkan mereka merupakan bakal guru matematik yang akan melaksanakan Kurikulum Matematik KSSR di sekolah rendah. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai responden sama ada setuju atau tidak bahawa pengetahuan mereka terhadap Kurikulum Matematik KSSR akan memepengaruhi tahap persediaan mereka dalam melaksanakan Kurikulum Matematik KSSR di sekolah rendah. Melalui kajian ini, guru pelatih akan dapat mempersiapkan diri dengan pengetahuan pelaksanaan Kurikilum Matematik KSSR di sekolah rendah sebagai persediaan dalam pelaksanaanya. Kaedah kajian yang saya gunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terdiri daripada PISMP Unit Matematik Semester Satu Tahun Satu. Responden dalam kajian ini sangat bersetuju dengan isu yang dibangkitkan iaitu Pengetahuan mereka berkenaan dengan Kurikulum Matematik KSSR dapat membantu persediaan mereka dalam pelaksanaannya.

i