abs track

2
KAEDAH SALIN, HAFAL DAN ULANG DAPAT MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 DI SEKOLAH KEBANGSAAN SANGAN IBAN, TATAU. Oleh: DONNY ANAK TUAH Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Rajang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan dengan menggunakan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang dalam kalangan murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Sangan Iban yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan menjalani Kaedah Salin, Hafal dan Ulang manakala kumpulan kawalan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.. Tinjauan masalah mendapati bahawa semasa Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2015, terdapat 10 orang murid telah gagal dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu terutama Bahagian B kerana kurang kemahiran mengolah dan menghuraikan isi karangan tersebut. Beberapa prosedur tindakan telah dirancang dengan melaksanakan tiga jenis aktiviti berpandukan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang yang akan dijalankan dan hendaklah bersesuaian dengan objektif kajian pengkaji. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temubual,, Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2015, Ujian Pra, dan Ujian Pasca. Dapatan kajian mendapati bahawa semua responden telah memberi respon positif mengenai teknik Hafal, Salin Dan Ulang. Sepanjang

Upload: donny-tuah

Post on 06-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Abs Track

KAEDAH SALIN, HAFAL DAN ULANG DAPAT MENINGKATKAN KEUPAYAAN

MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 DI

SEKOLAH KEBANGSAAN SANGAN IBAN, TATAU.

Oleh:

DONNY ANAK TUAH

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Rajang

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan menulis karangan dengan menggunakan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang dalam kalangan murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Sangan Iban yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan menjalani Kaedah Salin, Hafal dan Ulang manakala kumpulan kawalan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.. Tinjauan masalah mendapati bahawa semasa Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2015, terdapat 10 orang murid telah gagal dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu terutama Bahagian B kerana kurang kemahiran mengolah dan menghuraikan isi karangan tersebut. Beberapa prosedur tindakan telah dirancang dengan melaksanakan tiga jenis aktiviti berpandukan Kaedah Salin, Hafal dan Ulang yang akan dijalankan dan hendaklah bersesuaian dengan objektif kajian pengkaji. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temubual,, Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2015, Ujian Pra, dan Ujian Pasca. Dapatan kajian mendapati bahawa semua responden telah memberi respon positif mengenai teknik Hafal, Salin Dan Ulang. Sepanjang kajian dijalankan. Hasil analisis data ujian pra dan ujian pasca, pengkaji mendapati bahawa responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca. Melalui teknik yang digunakan, keputusan ujian pra dan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik Salin, Hafal Dan Ulang adalah berkesan dalam meningkatkan penguasaan karangan bahagian B. Akhir sekali, beberapa cadangan tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini telah dinyatakan.