ab.rahim bin ibrahim universiti teknikal malaysia melaka...

5
315 Pembiayaan Peribadi Penjawat Awam Di Institusi Perbankan Kajian Di Negeri Melaka Ab.Rahim Bin Ibrahim Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Mohd Azam Bin Hj Yahya, Noor Jeffri Bin Abdul Wahab, Shahrul Hilmi Bin Othman & Mohamad Taufiq Bin Mukhtar Kolej Universiti Islam Melaka. Pendahuluan Allah SWT telah menjadikan manusia dengan pelbagai latarbelakang kehidupan.Kejadian sifat dan situasi manusia yang pelbagai dan berbeza tersebut di antara satu dengan yang lain telah mendorong manusia untuk saling memenuhi tuntutan hidup dan keperluan masing-masing. Kewujudan kaya dan miskin, sihat dan sakit, lapang dan sempit serta susah dan senang dalam kehidupan manusia adalah bukti yang jelas menunjukkan betapa pentingnya konsep tolong menolong dan bantu membantu di antara satu sama yang lain dalam menjalani kehidupan harian yang sempurna. Pinjam meminjam dan berhutang adalah merupakan salah satu daripada konsep tolong menolong dan bantu membantu bagi memenuhi tuntutan kehidupan harian mereka. Islam mengharuskan kepada umatnya untuk berurusan dalam hutang piutang dan pinjam meminjam ini kerana ianya mempunyai daya usaha saling bantu membantu dan tolong menolong sesama mereka. Latar Belakang Kajian Hutang merupakan istilah dalam Bahasa Melayu yang digunapakai dalam urusan pinjam meminjam. Menurut kamus Dewan, ia membawa pengertian sebagai wang yang diberikan kepada seseorang dan lain-lain untuk sementara dan perlu dikembalikan semula kemudian. Maknanya, berhutang merupakan sesuatu yang diberikan kepada seseorang bukanlah memberi hak milik secara mutlak tetapi ianya adalah memberi hak milik secara sementara dan dikehendaki untuk memulangkannya semula apabila dikehendaki dan telah sampai waktu serta tempoh yang telah dipersetujui. Amalan berhutang dan pinjam meminjam merupakan kegiatan yang telah diamalkan sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi. Kehadiran Islam telah menjelaskan dan memandu umatnya kepada konsep berhutang yang adil tanpa adanya penindasan kedua dua belah pihak sama ada kepada pemiutang mahupun penghutang. Asas-asas pelaksanaannya telah ditunjukkan oleh Nabi besar junjungan kita Muhammad SAW dalam beberapa amalan dan hadis Baginda SAW dalam kegiatan berhutang ini. Islam tidak melarang umatnya berhutang tetapi ia tidak digalakkan sekiranya membawa kepada bebanan kepada kedua-dua belah pihak. Rasulullah SAW menegaskan bahawa urusan hutang

Upload: haque

Post on 07-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ab.Rahim Bin Ibrahim Universiti Teknikal Malaysia Melaka ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/25-Abd-Rahim-Ibrahim.pdf · 315 Pembiayaan Peribadi Penjawat Awam Di Institusi

315

Pembiayaan Peribadi Penjawat Awam Di Institusi Perbankan Kajian Di Negeri Melaka

Ab.Rahim Bin Ibrahim

Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Mohd Azam Bin Hj Yahya, Noor Jeffri Bin Abdul Wahab, Shahrul Hilmi Bin Othman &

Mohamad Taufiq Bin Mukhtar

Kolej Universiti Islam Melaka.

Pendahuluan

Allah SWT telah menjadikan manusia dengan pelbagai latarbelakang kehidupan.Kejadian sifat

dan situasi manusia yang pelbagai dan berbeza tersebut di antara satu dengan yang lain telah

mendorong manusia untuk saling memenuhi tuntutan hidup dan keperluan masing-masing.

Kewujudan kaya dan miskin, sihat dan sakit, lapang dan sempit serta susah dan senang dalam

kehidupan manusia adalah bukti yang jelas menunjukkan betapa pentingnya konsep tolong

menolong dan bantu membantu di antara satu sama yang lain dalam menjalani kehidupan harian

yang sempurna. Pinjam meminjam dan berhutang adalah merupakan salah satu daripada konsep

tolong menolong dan bantu membantu bagi memenuhi tuntutan kehidupan harian mereka. Islam

mengharuskan kepada umatnya untuk berurusan dalam hutang piutang dan pinjam meminjam ini

kerana ianya mempunyai daya usaha saling bantu membantu dan tolong menolong sesama mereka.

Latar Belakang Kajian

Hutang merupakan istilah dalam Bahasa Melayu yang digunapakai dalam urusan pinjam

meminjam. Menurut kamus Dewan, ia membawa pengertian sebagai wang yang diberikan kepada

seseorang dan lain-lain untuk sementara dan perlu dikembalikan semula kemudian. Maknanya,

berhutang merupakan sesuatu yang diberikan kepada seseorang bukanlah memberi hak milik

secara mutlak tetapi ianya adalah memberi hak milik secara sementara dan dikehendaki untuk

memulangkannya semula apabila dikehendaki dan telah sampai waktu serta tempoh yang telah

dipersetujui.

Amalan berhutang dan pinjam meminjam merupakan kegiatan yang telah diamalkan sejak zaman

sebelum kedatangan Islam lagi. Kehadiran Islam telah menjelaskan dan memandu umatnya kepada

konsep berhutang yang adil tanpa adanya penindasan kedua dua belah pihak sama ada kepada

pemiutang mahupun penghutang. Asas-asas pelaksanaannya telah ditunjukkan oleh Nabi besar

junjungan kita Muhammad SAW dalam beberapa amalan dan hadis Baginda SAW dalam kegiatan

berhutang ini.

Islam tidak melarang umatnya berhutang tetapi ia tidak digalakkan sekiranya membawa kepada

bebanan kepada kedua-dua belah pihak. Rasulullah SAW menegaskan bahawa urusan hutang

Page 2: Ab.Rahim Bin Ibrahim Universiti Teknikal Malaysia Melaka ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/25-Abd-Rahim-Ibrahim.pdf · 315 Pembiayaan Peribadi Penjawat Awam Di Institusi

316

piutang ini tidak boleh dipandang ringan kerana ianya akan berpanjangan hingga ke akhirat

sekiranya tidak diselesaikan di dunia lagi. Ini dapat dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh

Imam al-Nasaie daripada Muhammad bin Jahsy :

ثم أحيي ثم قتل ثم أحيي ل ثم قتل وعل والذي نفسي بيده لو أن رجلا قتل في سبيل للا ي

ن الجنة حتى قضى عن

Maksudnya: “Demi Tuhan yang diriku di tangan Nya, jika seorang lelaki itu terbunuh di jalan

Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan

lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, ia tetap tidak akan

dapat masuk syurga selagi hutangnya belum dibayar.”

Sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh al-Tirmidzi :

علقة حتى قضى عننفس المؤ ن بد

Maksudnya: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat

yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu diunaskan bagi pihaknya."

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah :

رهم ن ر ول ليس ثم حسن ت رهم قضي ن ر أو ت وعلي

Maksudnya: "Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu

dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikkannya, kerana di sana tidak ada dinar dan

tiada ada pula dirham"

Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu berhutang seperti keperluan hidup, kemudahan

untuk membuat pinjaman yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang berdaftar atau

sebaliknya dan sikap yang tidak merasa puas dengan apa yang dimilki. Namun begitu, keseronokan

dan kesedapan berhutang ini boleh membawa kepada situasi yang tidak menyenangkan kepada

penghutang sekiranya sikap peribadi tidak dapat dikawal. Antara implikasi berhutang ini adalah

perasaan terbeban dengan pembayaran semula hutang dan boleh membawa kepada gejala muflis.

Pernyataan Masalah

Merujuk kepada laman sesawang Utusan Malaysia diakses pada 24 Jun 2015.Hutang isi rumah

Malaysia adalah 87% daripada jumlah Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) negara. Korea

Selatan pada kadar 86%, Taiwan 82% dan Singapura 72%. Ini menjadikan hutang isi rumah

Malaysia adalah yang tertinggi di Asia. Hutang isi rumah adalah jumlah hutang yang dimiliki oleh

rakyat Malaysia. Ini adalah hutang seperti hutang beli rumah, kereta, kad kredit dan pinjaman

peribadi. Oleh itu hutang yang dibuat oleh penduduk Malaysia ini adalah bersifat pilihan sama ada

Page 3: Ab.Rahim Bin Ibrahim Universiti Teknikal Malaysia Melaka ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/25-Abd-Rahim-Ibrahim.pdf · 315 Pembiayaan Peribadi Penjawat Awam Di Institusi

317

ianya membawa kepada kebaikan ataupun membawa kepada keburukan. Agensi Kaunseling dan

Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberikan khidmat kaunseling kepada 219,995 individu sejak

2007 dengan 89,450 kes dibawa kepada Program Pengurusan Hutang. Ini menunjukkan mereka

boleh mengawal tetapi terperangkap dengan gaya hidup. Timbalan Menteri Kewangan Datuk

Ahmad Maslan telah memberitahu dalam Persidangan Dewan Negara pada 25 Jun 2015 bahawa

lebih 107,000 individu juga diisytihar bankrap sejak 2010 hingga April 2015. Daripada jumlah itu

individu berusia 35 hingga 44 tahun merupakan golongan tertinggi yang diisytiharkan bankrap

iaitu seramai 37,888 orang. Manakala individu di bawah usia 45 hingga 54 tahun sebanyak 29,952

orang, 25 hingga 34 tahun (23,484), 55 dan ke atas (13,490) dan di bawah 25 tahun seramai 1,469

orang.

Institusi-institusi perbankan di Malaysia merupakan salah satu sumber utama penduduk di

Malaysia untuk membuat skim pinjaman dan pembiayaan peribadi. Namun begitu, institusi-

institusi perbankan hanya memberi pinjaman kepada individu yang boleh menjamin untuk

membuat pembayaran semula seperti mereka yang mempunyai pendapatan tetap terutama

golongan penjawat awam.

Melaka merupakan salah sebuah negeri yang bernaung di bawah Kerajaan Malaysia dan

mempunyai ramai penjawat awam.yang berkhidmat di sektor awam pusat mahupun sektor awam

negeri. Justeru itu, kajian adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong golongan

penjawat awam di Negeri Melaka membuat pinjaman peribadi serta kesannya dalam kehidupan

mereka sama ada pinjaman mereka boleh mengubah nasib mereka ke arah yang lebih baik atau

sebaliknya.

Kerangka Kajian

Kerangka kajian awal dibentuk untuk menentukan halatuju sesuatu kajian. Beberapa teori awal

dibentuk untuk menjelaskan halatuju kajian ini. Menurut pengajian Islam, kehidupan manusia

dipengaruhi oleh 3 unsur iaitu Dharuriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat. 3 unsur ini juga merupakan

teori agama yang boleh diaplikasikan dalam kerangka kajian ini.

Faktor Pendorong

i. Keperluan Hidup

ii. Kemewahan

iii. Tawaran Bank

Gaya Kehidupan

i. Penyelesai Masalah

ii. Mewah

iii. Sikap Menunjuk

Kesan dalam Kehidupan

i. Jiwa Tenang

ii. Muflis

iii. Aset Bertambah

Page 4: Ab.Rahim Bin Ibrahim Universiti Teknikal Malaysia Melaka ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/25-Abd-Rahim-Ibrahim.pdf · 315 Pembiayaan Peribadi Penjawat Awam Di Institusi

318

Metodologi Kajian

Kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong dan mempengaruhi penjawat

awam di Negeri Melaka membuat pembiayaan peribadi serta kesannya dalam kehidupan mereka.

Oleh itu, beberapa perkara diambilkira untuk batasan kajian yang akan dibuat. Batasan tersebut

adalah seperti berikut :

i. Kajian ini dilaksanakan di Negeri Melaka sahaja yang merangkumi 3 daerah iaitu Daerah

Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

ii. Responden yang dipilih adalah dikalangan penjawat-penjawat awam yang beragama Islam

sama ada peringkat pusat mahupun peringkat negeri. Mereka dipilih secara rawak di agensi-agensi

kerajaan yang terpilih.

iii. Kajian ini tertumpu kepada pinjaman sahaja sama ada pinjaman itu berasaskan Islam atau

sebaliknya. Pinjaman di konvensional adalah pinjaman yang berasaskan riba manakala pinjaman

berasaskan Islam dinamakan sebagai pembiayaan peribadi yang menggunapakai prinsip-prinsip

syariah.Pembiayaan peribadi merupakan instrumen di institusi kewangan yang mengaplikasikan

prinsip syariah.

Kajian ini berbentuk kajian deskriptif kerana ingin memahami ciri-ciri kumpulan yang dikaji,

memberi idea-idea untuk kajian lanjutan dan juga membantu menyalurkan maklumat kepada

kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kajian ini akan mengambilkira persampelan secara rawak

sebanyak 10 peratus ke atas responden yang terdiri daripada penjawat awam yang berkhidmat di

negeri Melaka.

Data yang digunakan ialah data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi melalui borang

kaji selidik yang akan diedarkan kepada responden dan juga temubual bersama pegawai di Pejabat

Kerajaan Negeri Melaka. Manakala data sekunder diperolehi dari Majlis Tindakan Ekonomi

Negara dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka.

Tujuan diedarkan borang soal selidik adalah untuk mendapatkan data secara kuantitatif berkaitan

faktor-faktor yang mempengaruhi penjawat awam membuat pinjaman dan pembiayaan peribadi

dan hubungan antara ciri-ciri demografi dan sikap dalam mempengaruhi berlakunya pinjaman

tersebut. Temubual bersama pegawai di MTEN dan UPEN juga akan dilakukan di dalam kajian

ini. Teknik pengukuran skala likert telah dipilih di dalam borang soal selidik.

Hipotesis

Secara umumnya kajian ini mungkin mendapati bahawa faktor yang mendorong penjawat awam

di Negeri Melaka membuat pinjaman dan pembiayaan peribadi adalah mengikut kepada faktor

umur dan status dalam kehidupan. Lagi rendah umur seseorang penjawat awam akan menyebabkan

peluang untuk membuat pinjaman lebih besar kerana tempoh pembayaran semula lebih lama.

Status juga memainkan peranan penting kerana gaya hidup mereka yang bujang dan berkahwin

adalah berbeza dan keperluan hidup mereka juga adalah berbeza. Kesan kepada penjawat awam

hasil daripada pinjaman yang dilakukan adalah keperluan dalam kehidupan mereka mencukupi

dan terdapat juga yang terasa mengalami bebanan dalam tanggungan bayaran semula dalam

Page 5: Ab.Rahim Bin Ibrahim Universiti Teknikal Malaysia Melaka ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/25-Abd-Rahim-Ibrahim.pdf · 315 Pembiayaan Peribadi Penjawat Awam Di Institusi

319

jangkamasa yang panjang. Ramai penjawat awam Islam juga melanggan produk pembiayaan Islam

kerana kesedaran masyarakat Islam Malaysia kini terhadap halal dan haram semakin meningkat.

Rujukan

Fadilah Mansor.(2004). Produk Kad Kredit dan Aplikasinya di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Jurnal Syariah,12:1 ,111-124.

Joni Tamkin Borhan (2000), “Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya”, Jurnal

Usuluddin, Bil. 12 Disember 2000, h. 106.

Mohd Farhan Ahmad & Mohd Adib Ismail. (2011). Pendekatan Baru Pembiayaan Peribadi Satu

Cadangan A New Approach in Personal Financing : A Proposal, Prosiding PERKEM VI, 2

178-183.

Nur Zuliana Osman & Mohd Adib Ismail.(2011). Aplikasi Tambahan dalam Produk Pembiayaan

Perbankan Islam-Murabahah. Prosiding PERKEM IV Jilid 2 156-170.

Rustam Muhammad Idris (2002), “Perkembangan Sistem Perbankan dan kewangan Islam di

Malaysia”, dalam Nik Mustafa Nik Hassan (eds.), Ekonomi Islam dan perlaksanaannya di

Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam di Malaysia.

Suhaimi b Yusof et al (2008), “Pendekatan Membuat Keputusan Syariah Dalam Kewangan Islam”,

Jurnal Muamalat, Bil.2.

Syahnaz Binti Sulaiman (2009), “Konsep Pinjaman Menurut Perspektif Islam”, Jurnal

Penyelidikan Islam, Bil.2, 2009, h. 169.

Zaharuddin Abd Rahman (2009), Panduan Perbankan Islam: Kontrak & Produk Asas. Selangor:

Telaga Biru Sdn.Bhd,

Zaharuddin Ab Rahman.(2010), Contracts & The Products of Islamic Banking, Kuala Lumpur:

CERT Publication.