aa203 bab 1. agama

39
Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam Oleh : Asnuurien Najma binti Ahmad Pensyarah Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau, Melaka. Topik ini menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam, peranan, impak serta pencapaiannya dalam tamadun Islam. Hasil Pembelajaran : CLO 1 : Menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan dari perspektif Islam. 1.1 Memahami sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam. 1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek bahasa dan keilmuan Islam. 1.1.2 Menyatakan peranan sains teknologi dan kejuruteraan. 1.1.3 Menyatakan impak sains teknologi dan kejuruteraan. Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 1 TOPIK 1 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Upload: kerol-nuar

Post on 10-Aug-2015

3.127 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

TRANSCRIPT

Page 1: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Oleh :Asnuurien Najma binti AhmadPensyarah Jabatan Pengajian AmPoliteknik Merlimau, Melaka.

Topik ini menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam, peranan, impak serta pencapaiannya dalam tamadun Islam.

Hasil Pembelajaran : CLO 1 : Menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan dari

perspektif Islam.

1.1 Memahami sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam.

1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek bahasa dan keilmuan Islam.

1.1.2 Menyatakan peranan sains teknologi dan kejuruteraan.

1.1.3 Menyatakan impak sains teknologi dan kejuruteraan.

1.1.4 Membincangkan pencapaian tamadun Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 1

TOPIK 1

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Page 2: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

TOPIK 1 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO 1]

Menjelaskan Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraan dari Perspektif Islam

1.0 PENDAHULUAN

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan

bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk

menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai

alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan

eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab

dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada

prisnsip bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang

boleh difahami dan dimengertikan.

Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan

hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis teknokrat dan

jurutera muslim yang beriman dan berahklak. Islam menolak kemajuan

teknologi dan kejuruteraan tanpa akhlak dan sains yang mengabaikan

spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak

diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu

penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula

umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara

tepat dan konkrit.

Sains teknolgi dan kejuruteraan berasaskan barat hanya

mempercayai segala yang ditemui, dihasilkan dan digunakan sekadar

memperlihatkan kehebatan manusia menerokai khazanah alam.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 2

Page 3: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Sebaliknya Islam memperkenalkan konsep sains teknologi dan

kejuruteraan berasaskan kajian dan penemuan untuk mencari makna

kebenaran hakiki tentang kewujudan Allah swt dan kehebatan

kekuasaannya. Manusia diberikan segala kemudahan pancaindera dan

kehebatan akal serta fitrah bertuhan dibenarkan untuk menerokai seluruh

pelusuk alam. Diberikan keizinan untuk menggunakan setiap nikmat di

persada alam ini, baik di darat, di laut dan di udara di mana jua penjuru

alam buana, dengan syarat makna kebenaran dan keinsafan diri mampu

ditemui.

Sehubungan dengan itu, Kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan

dalam Islam diperkenalkan bagi menjelaskan di manakah titik pertemuan

dan perbezaan, pertentangan dan pergesaran antara sains teknologi Islam

dan barat.

1.1 Memahami Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Menurut

Islam

1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan

kejuruteraan daripada

aspek bahasa dan keilmuan Islam.

1.1 KONSEP SAINS BAHASA, ISTILAH DAN KEILMUAN ISLAM

SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1. Daripada perkataan Inggeris iaitu science. Juga berasal daripada perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.

2. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 3

Page 4: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience”. Maknanya sains adalah satu bidang ilmu yang merangkumi bidang yang luas. Kebiasaanya digunakan dalam mengurus objektif yang boleh diverifikasi melalui pengalaman

3. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif. Ia melibatkan kajian secara makmal atau emperikal yang banyak menggunapakai kemampuan pancaindera bagi menghasilkan sesuatu yang baharu.

4. Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan pancaindera) serta fahaman yang lahir daripadanya.5. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).

6. Dari segi istilah ialah kajian yang rasional dan emprikal yang tiada kaitan dengan wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara yang bersifat ketuhanan atau keagamaan.7. Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-

1. Sains Tulen atau Sains Tabi’i2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)3. Sains Sosial (Tabiat Manusia)

8. Rumusan yang boleh dibuat secara mudah bahawa sains adalah penemuan pengetahuan baharu berdasarkan kajian dan pengalaman manusia secara objektif.

SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM

1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.

2. Sains dalam Islam adalah berkonsepkan tauhid dan berasaskan kepatuhan kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah swt melalui rasul-Nya saw.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 4

Page 5: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu yang tidak bercanggah dengan syarak. Matlamat utamanya adalah untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.

4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.

5. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.

6. Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.

7. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-

1.2 KONSEP TEKNOLOGI BAHASA, ISTILAH DAN KEILMUAN

ISLAM

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 5

Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahuan, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.

S a i n s P r o p a e d e u t i k

Sains ini adalah satu bidang yang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini.Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir dan lain-lain.

S a i n s S y a r i a h

Merangkumi 4 bahagian utama.Bidang matematik propaedeutik, logik, sains tabi’i dan matematik tabi’i.

S a i n s F a l s a f a h

Page 6: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari perkataan Yunani (téchnē) yang bermaksud seni, kemahiran dan rekaan.(Hairudin Harun, 2007 : 2)

2. Teknologi adalah satu sains gunaan iaitu ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

3. Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu ‘techne’ dan ‘logos’.

4. ‘Techne’ adalah seni (art), kerja tangan atau ketrampilan.Tekno bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.

5. Teknologi boleh merujuk kepada : i. penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. ii. teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses- proses untuk menyelesaikan masalah.

iii. penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik,

peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.6. Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains

yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan seharian.

7. Dari istilah teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.

8. Kesimpulannya teknologi ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang bermanfaat ke atas alam tabi’i.

Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu :-

a. Teknologi sebagai teknik selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan manusia atau segala rekaannya.

b. Teknologi sebagai satu teknologi

c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 6

Page 7: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

d. Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.

TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

1. Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud, 1991)

2. Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah ’sina’ah‘ صناعة yang bermaksud ilmu gunaan.

3. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.

4. Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.

5. Teknologi ialah satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah swt.

6. Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :i. Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.

ii. Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 7

Page 8: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

1.3 KONSEP KEJURUTERAAN BAHASA, ISTILAH DAN KEILMUAN ISLAM

KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1. Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.

2. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.

3. Dari aspek istilah kejuruteraan memberi maksud menggunakan teknologi untuk menghasilkan sesuatu.

KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

1. Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.

2. Kejuruteraan dalam Islam adalah penggunaan teknik tertentu bagi membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.

PENGAJARAN PEMBELAJARAN REFLEKSI

PENTAKSIRAN

Pensyarah menjelaskan

pengertian sains

teknologi dan

kejuruteraan melalui :

Pelajar mempelajari

topik ini melalui

pengalaman

secara :

1.Pensyarah

meminta beberapa

orang pelajar

memberikan

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 8

Page 9: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

i.pernyataan makna sains

teknologi dan

kejuruteraan.

ii.mempamirkan slide

yang terkandung

penemuan sains, hasil

aktiviti teknologi dan

penggunaan

kejuruteraan.

Teknik yang digunakan :

1.Soal jawab

2.Sumbangsaran

3.Kolaboratif antara

beberapa kumpulan

pelajar

4.Kertas edaran untuk

melaksanakan aktiviti

berkumpulan dan

kolaboratif.

Kandungannya adalah

merangkumi objektif

aktiviti dan arahan kerja.

1.Memberikan

respon soalan

pensyarah

2.Melakukan aktiviti

berkumpulan secara

kolaboratif sesama

mereka bagi

menyelesaikan

tugasan untuk :

i.mencari satu

contoh sains

dikaitkan dengan

teknologi dan

kejuruteraan

ii.mempersembahka

n hasil kerja melalui

slide yang diulas

berdasarkan senarai

semak yang

diberikan oleh

pensyarah.

rumusan atau

kesimpulan

berkaitan dengan

topik.

2.Kuiz yang

mengandungi soalan

objektif secara

padanan atau aneka

pilihan.

2. CIRI-CIRI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

Ciri-ciri Huraian

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 9

Page 10: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Ciri Religeolistik 1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.i. Kajian dalam Islam bersumberkan wahyu

dan akal.ii. Merujuk kepada ayat al-Quran dan As-

Sunnah sebagai satu sumber untuk menerangkan tentang alam tabi’i dan sifat-sifatnya.

iii. Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik. (al-Quran dan Hadith)

2. Sains bersifat Rabbanii. Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan

proses alam dan konsep kausaliti (sebab dan musabab)

ii. Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam.

iii. Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk mencari pembuktian kebenaran Allah SWT.

3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

i. Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.ii. Mengkaji, memerhati dan mencerap segala

ciptaan Allah adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT.

iii. Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah salah satu wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.

4. Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam.

i. Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.

ii. Sainstis, teknokrat dan jurutera yang berjaya adalah mereka yang mematuhi segala suruhan dan meninggalkan larangan serta menyeru kebaikan.

Ciri Saintifik i. Menggunakan kaedah emperikal yang diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke-7 Masihi lagi.

ii. Adanya formula dan alat-alatan yang

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 10

Page 11: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

berbentuk klinikal.iii. Menggunakan kaedah sintesis ke atas

sumber-sumber tamadun yang terdahulu.iv. Bentuknya sejagat yang melibatkan pelbagai

bangsa, agama, bahasa, tamadun, wilayah, zaman dan sebagainya.

Ciri Universal i. Bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh Muslimtetapi juga non-Muslim.

Ciri Sepadu i. Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.ii. Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah

yang bersepadu.iii. Kajian yang bersifat menyeluruh.iv. Kajian alam fizik tidak terpisah dengan

metafizik.v. Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada

Allah swt kerana keimanan kepada Allah swt dijadikan sebagai asas kajian.

Ciri Harmoni i. Tidak terdapat percanggahan antara sains dan agama.

ii. Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah swt.

3. PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM

ISLAM

3.1 Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta

Alam.

i. Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 11

1.1.2 Menyatakan Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Page 12: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

ii. Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah swt dalam Surah ‘Ali ‘imran yang bermaksud:“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.(Surah ‘Ali ‘Imran : 190)

iii. Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.

iv. Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.

v. Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah swt melalui kecanggihan ciptaan manusia, sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.

3.2 Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.i. Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa

seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.

ii. Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :Maksudnya :“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”

(Surah Al-Baqarah : 164)3.3 Membantu Pelaksanaan Syariat

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 12

Page 13: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

i. Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.

ii. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.

iii. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

3.4 Supaya manusia mampu menentukan dan membuat

ramalan akan sesuatu perkara.

i. Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.

ii. Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca.

3.5 Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.

i. Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.

3.6 Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan.

i. Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.

ii. Menjadikan kehidupan manusia selesa.iii. Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu

sendiri.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 13

Page 14: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh

dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai

perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari ini. Kemajuan teknologi kini

adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang

manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah

swt Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan

kejuruteraan sangat penting kepada kita terutama pada dunia hari ini.

Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam kemunculan sains,

teknologi dan kejuruteraan ini.

4. IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT

ISLAM

Bidang Huraian

Bidang Sosial

i. i.Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maju.

ii. ii.Maruah umat Islam akan dipandang hina di mata agama lain dan umat Islam akan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.

Bidang Ekonomi

i. Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka bergantung kepada kuasa asing.

ii. Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dakan diterajui oleh bangsa asing dan penguasaan teknologi juga didominasi oleh bangsa asing.

Bidang Politik iii. Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa dan agama lain.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 14

1.1.3 Menyatakan Impak/Kesan Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Page 15: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

iv. Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai berdikari memimpin negaranya sendiri

Bidang Pendidikan

v. Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan akan terpisah dari nilai-nilai agama yang sebenar.

vi. Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.

vii. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.

Bidang Sains,

Teknologi dan

Kejuruteraan

viii. Umat Islam akan bergantung kepada sains dan teknologi barat yang mana akan menimbulkan masalah kepada umat Islam sendiri. Contohnya hari ini umat Islam sendiri bergantungkepada dunia teknologi barat seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan lain-lain peralatan teknologi terkini.

ix. Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi barat sendiri.

x. Umat Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta sesuatu teknologi baru yang boleh digunakan oleh sejagat.

5. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN

KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM.

Bidang /

AspekKebaikan

Keburukan

Pertahanan

i. Mampu melindungi negara dari serangan musuh-musuh. Contohnya dengan penciptaan senjata dan kelengkapan perang.

i. Membawa kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar, dan juga nyawa yang terkorban.

ii. Menyebabkan rusuhan berlaku

iii. Menyebabkan tamakkan kuasa berlaku.

Teknologi maklumat

i. Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.

ii. Jalan dakwah terbuka

i. Muda mudi terpengaruh dengan kelebihan teknologi ini.

ii. Teknologi

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 15

Page 16: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

luas (alternatif medan dakwah)

iii. Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan.

mengabaikan nilai-nilai murni.

iii. Berlakunya pencerobahan maklumat ‘penggodam’ .

iv. Pengubahsuaian terhadap sesuatu fakta atau gambar akan berlaku.

v. Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja.

Bio-teknologi

i. Mampu menghasilkan makanan ubah suaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai cirri-ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu.

ii. Teknik dan teknologi pertanian mengalami transformasi.

iii. Membantu meningkatkan produktiviti.

iv. Membantu dalam penghasilan baka, benih, dan racun dalam sektor pertanian.

i. Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suaian makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.

ii. GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.

Pengklonan i. Memberi pengetahuan

baru kepada manusia.

i. Disalahgunakan oleh pihak tertentu.

ii. Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi apa yang telah Allah ciptakan mengikut fitrah.

Perubatan (Stem Cell)

i. Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.

i. Penggunaan “embryonic stem cell” bakal disalahgunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia.

Teknologi laser

Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi

i. Penyelewengan penggunaan akan berlaku.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 16

Page 17: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

dan perindustrian. Maklumat yang dihantar

adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data.

ii. Mudah diubahsuai oleh mereka yang mahir dan pakar.

5. Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam

Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa

pentingnya sejarah dan hubungannya engan kewujudan sesebuah

tamadun manusia melalui peistiwa-peristiwa serta contoh-contoh

umat terdahulu.Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al-

Quran sebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku

dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.

Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah swt

dalam Al-Quran dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-

kisah nabi terdahulu dan rasul sebelum ini seperti menceritakan

hebatnya kerjaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan juga

mengenai keingkaran Firaun laknatullah.

Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut

dalam Al-Quran adalah:-

Tujuan Huraian

Supaya manusia

menjadikan contoh dan

teladan aras apa yang

berlaku

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kisah-kisah

mereka terdapat pengajaran bagi orang

yang berakal”.

(Surah Yusuf: 111)

Mengesahkan bahawa

Al-Quran itu adalah

Umat manusia sekarang selalu ingin

kepada bukti. Jadi, segala kisah yang

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 17

1.1.4 Membincangkan Pencapaian Tamadun Islam dalam Sains Teknologi dan

Kejuruteraan

Page 18: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

kalam Allah berlaku dalam Al-Quran adalah untuk

mengesahkan bahawa Al-Quran adalah

satu kitab yang diwahyukan oleh Allah

kepada Nabi Muhammad SAW.

Satu kaedah untuk

manusia berfikir.

Kisah dan peristiwa yang berlaku

adalah untuk mendidik dan salah satu

daripada kaedah untuk mengajak

manusia berfikir.

Untuk membenarkan

janji baik dan janji buruk

dari Allah swt.

Segala peristiwa yang berlaku adalah

untuk membuktikan bahawa segala apa

yang dijanjikan Allah adalah perkara

yang benar.

5.1 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini

Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini.

Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.

Kisah Nabi Huraian

Kisah Nabi Adam a.s

i. Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar khalifah Allah swt. Adam dijadikan oleh Allah setelah Allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibril.Firman Allah yang bermaksud :

“dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala

nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman:

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 18

Page 19: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

(al-Baqarah :

Kisah Nabi Idris a.s

i. Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam yang bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada smereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi”

(Surah Maryam : 56-57)

ii. Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)

Kisah Nabi Nuh a.s

Kisah Nabi

i. Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.

ii. Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya.

iii. Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak.

iv. Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.

Kisah Nabi Ibrahim a.s

i. Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud dan seorang ahli bintang.

ii. Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit.

Firman Allah dalam Surah al-An’am yang bermaksud :

“dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda- tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang penuh yakin”.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 19

Page 20: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Kisah Nabi Daud a.s

i. Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim yang tinggal di Baituleham.

ii. Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.

iii. Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam pembuatan baju besi.

iv. Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan.

v. Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yang bermaksud:

vi. “Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, dalam peperangan…”

(Surah al-Anbiya:80)

Kisah Nabi Sulaiman a.s

i. Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.

ii. Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu bekerja dengan Baginda.

iii. Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang bermaksud:

“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab neraka.

(Surah Saba’: 12)

5.2 Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran Daripada Peristiwa Yang Berlaku

Kaum

Terdahulu

Teknologi Balasan

Kaum ‘Ad (Kaum

Nabi Hud)

Pakar dalam membina bangunan yang tinggi-tinggi tiangnya.

Merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi

Allah telah membinasakannya kerana ingkar kepada perintah Allah swt.

Membinasakan bangunan-bangunan yang tinggi itu.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 20

Page 21: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

pemerintahannya. Allah membinasakan mereka dengan ribut kencang.

Kaum Thamud(Kaum Nabi

Soleh)

Kepakaran dalam memahat batu-batu besar dan dapat dilihat di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)

Mereka telah dibinasakan oleh Allah swt dengan satu letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi.

Mereka telah dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat.

Teknologi Firaun

Kepakarannya pada masa itu adalah menguasai bangunan-bangunan yang handal dan kukuh.

Negeri mereka dibinasakan.

Kaum ini telah ditenggelamkan oleh Allah swt akibat kesombongan dan keingkaran mereka.

5.3 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW dan

Zaman Kerajaan Islam.

Kronologi Zaman Pencapaian

Zaman Rasulullah SAW

Meletakkan asas dalam sains dan teknologi.

Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran.

Rasulullah SAW sering mengubati pesakit dengan membaca ayat-ayat al-Quran.

Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah.

Menuntut manusia mengkaji tentang manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin

Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi.

Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani, Parsi dan Romawi.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 21

Page 22: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Zaman Kerajaan Umayyah

Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.

Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan, alat peperangan & pertanian.

Kronologi Zaman Pencapaian

Zaman Kerajaan Abbasiyyah

Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.

Wujudnya aktiviti penterjemahan secara besar-besaran.

Munculnya Baitul Hikmah dalam kegiatan sains dan teknologi.

Munculnya cendekiawan muslim yang ramai.

Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan hospital.

Zaman Kerajaan Islam di

Andalus

Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-kota seperti Cordova, Granada, Seville.

6. Pencapaian Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam

Islam

Sumbangan Sarjana Islam

Tokoh Islam Sumbangan

Al-Razi (865 – 925M)- Nama sebenarnya

adalah Muhammad bin Zakaria al-Razi dalam Barat disebut Rhazes.

Tokoh perubatan Islam Karyanya : Kitab al-Hawi, dan yang

paling terknenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 22

Page 23: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

- Lahir di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.

-

Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan campak.

Al-Khawarizmi (780 – 850M)

- Nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi.

- Dianggap sebagai bapa al-Jibra

Tokoh matematik dan tokoh algebra.

Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M dengan judul De Numero Idorom.

Antara karya yang terkneal adalah al-Jami’ Wa al-Jabar dan Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

Sumbangannya dalam bidang geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan serta memperkenalkan algebra.

Turut berperanan dalam bidang mekanikal tentang bagaimana menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi dan keapungan).

Merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan namaZij.

Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di Timur dan Barat.

Antara buku beliau adalah Kitab al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan lain-lain.

Ibn Sina (370 – 480H / 980 – 1037M)

- Nama sebenar adalah Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina.

- Dilahirkan di Afshina berhampiran Bandar Bukhara.

- Di Barat dikenali dengan namaAvicenna.

- Diikenali dengan nama tokoh

Tokoh perubatan Islam yang agung.

Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine).

Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan merupakan enskiopedia perubatan.

Sumbangannya adalah menganalisa pelbagai jenis penyakitdan telah menjadi doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 23

Page 24: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

perubatan agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dikenali sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’ atau ‘Prince of Physicians’.

Juga orang pertama yang menemui ubat bius.

Juga turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal.

Al-Zahrawi (936 – 1013M)- Nama sebenarnya

Abu Qasim al-Zahrawi.

- Di Barat dikenali dengan nama Abu Casis.

Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana al-Hakam II.

Karya beliau dalam bidang bedah ialah Kitab al-Tasrif.

Beliau menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris.

Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan.

Al-Battani (858 – 929M)- Nama sebenarnya

adalah Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan.

- Di Barat dikenali dengan namaAlbategannius.

Tokoh matematik dan astronomi. Beliau memperkenalkan teorem

tangent, kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen.

Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.

Karyanya yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain.

Sumbangan beliau adalah dalam bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri.

Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.

Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 24

Page 25: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Ab Rahman al-Sufi (903 – 986M)

Tokoh dalam bidang astronomi. Orang pertama menulis mengenai

astronomi. Berjaya mengkatalogkan lebih

daripada 1000 jenis bintang. Memperkenalkan nama-nama

bintang iaitu al-ghurab (al-gorab), al-Dabara (adbera), Agrab (acrab), al-Adi (al-Gedi), al-Tair (Altair), dan Dhanah (Deneb).

Jabir Ibn Hayyan (750 – 803M)

- Di Bar dikenali dengan namaGeber.

- Dianggap sebagai ‘Bapa Kimia Arab’ dilahirkan di Kufah.

Tokoh Kimia Islam. Teori kimia beliau adalah logam

seperti timah, timah hitam, besi dan suasa (gangsa) boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan Kimia seperti cinnaban (sulphide of mercury), arsenik oksid dan sebagainya.

Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al ‘As al-Awwal ila al-Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn dan lain-lain.

Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan.

Sumbangan lain mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali, antimoni, alembik (anbique), dan alchemy.

Al-Jahiz - Nama sebenarnya

adalah Abu Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz dilahirkan di Bashrah.

Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.

Menyusun sebuah buku pengajian komprehensif dalam bidang Zoologi melalui kitabnya Al-Hayawan.

Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan, perwatakan dan tabiat haiwan, penyakit-penyakit yang dihidapi oleh binatang serta cara-cara rawatannya.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 25

Page 26: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Hunain Ibn Ishaq.- Dilahirkan pada tahun

2921H di Bandar Hirah, Iraq.

Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal dari agama Kristian.

Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului tokoh perubatan yang lain.

Seorang yang genius dalam bidang penterjemahan, mampu menguasai 14 bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab dan lain-lain.

Sumbangan beliau dalam bidang perubatan yang sangat besar ialah mencipta istilah-istilah baru dalam ilmu tersebut.

Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr Maqalat al-‘Ayn, Kitab Masail Fi al-‘Ayn, Kitab al-Haman, Kitab al-Laban dan lain-lain.

Abu Raihan al-Biruni (362 – 442H / 973 – 1051M)

- Nama sebenarnya adalah Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Kota Khwarazm, bandar Khiva dalam tahun 362H / 973M.

Tokoh astronomi Menuntut ilmu di bawah seorang

guru dan bimbingan Abu Nasr al-Mansur seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarahan ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu al-Wafa’.

Antara karyanya ialah al-Athar al-Baqiy’ah, al-Hind, dan Kitab al-Tafhimim.

Tokoh-Tokoh Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain.

1) Al-Jazari dan Taqi ad Din

- Berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan

kaedah penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka.

- Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi

tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 26

Page 27: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

- Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di

Damascus di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang

separuh terbenam dalam sungai dan akan berputar disebabkan

oleh aliran sungai tersebut.

- Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat

mengepam air menggunakan roda berskoop.

2) Banu Musa

- Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin.

- Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan

mengepam air.

- Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi

bejananya sendiri.

Gambar Jam Air Gajah Ciptaan Ilmuan Islam Gambar Jam Air

Gajah yang telah yang asal.

diubah suai

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 27

Page 28: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

1.1.4.6 Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

kepada Institusi Intelektual Islam

Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam

pembinaan dan dalam membangunkan tamadun Islam. Antaranya :

a. Universiti dan institusi pendidikan.

o Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya

Univeristi al-Azhar, Universiti Granada di Andalus ,

Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.

b. Perpustakaan

o Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah

Harun Ar-Rsyid di Baghdad.

o Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah

yang mahir, menjadi agen penukaran budaya dan

pemindahan teknologi, menerbitkan bahan

penterjemahan yang berkualiti dan berjaya

menhghidupkan budaya ilmu.

o Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa.

o Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.

c. Hospital

o Berperanan sebagai pusat pengajian, penyelidikan

perubatan, rawatan pusat latihan kejururawatan dan

kedoktoran.

o Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam

spiritual, pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan

penyakit.

o Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-

penyakit tertentu.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 28

Page 29: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

o Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital,

hospital bergerak dan pusat kecemasan.

o Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan

pusat pengajian perubatan yang lebih teratur.

d. Balai Cerap.

o Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan

pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data.

o Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan

pengkajian astronomi seperti matematik, trigonometri dan

algebra.

o Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya,

membuat pembetulan data-data yang kurang tepat dalam

tamadun silam, mewujudkan kecenderungan mengkaji

alam secara rasional dan emprikal serta menekankan

kaedah penggunaan instrument dan cerapan untuk

mengisahkan teori.

e. Kejuruteraan Awam

o Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan

bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina

Islamyang mengkagumkan seperti Masjid al-Aqsa di

Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang

dibina pada kurun ke-7 M.

f. Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.

o Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di

Isfahan, Iran pada kurun ke-12M yang mempunyai pintu

gerbang yang sangat banyak dan bersegmen.

g. Kejuruteraan Hidrologi

o Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah

mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 29

Page 30: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai

punca air kerana berlakunya kemarau yang panjang.

o Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di

sekeliling Bandar Isfahan dengan mengalirkan air

daripada Sungai Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan

perumahan.

Aktiviti yang dicadangkan

1. Pelajar dikehendaki menjelaskan definisi sains teknologi dan kejuruteraan Islam menurut bahasa dan aspek kejuruteraan.

2. Pelajar diminta untuk menjelaskan dan menghuraikan peranan sains teknologi dan kejuruteraan Islamdan kemudian dikehendaki bentangkan dalam bentuk pembentangan (power point) atau pun dalam bentuk projek yang boleh dikaitkan dengan topik dan tajuk pada bab yang akan datang iaitu bab 3 dan bab 4.

3. Peranan dan keburukan sains teknologi dan kejuruteraan Islam berkenaan sains dan teknologi serta buktinya secara emprikal boleh dijadikan sebagai bahan dan tugasan pelajar. Kaedah Library Base Learning (LBL)

4. Pensyarah juga boleh mencadangkan kepada para pelajar untuk mencari sesuatu ciptaan dan sumbangan Ilmuwan Islam dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam dan kaitkan dengan sumber-sumber dan fakta dari al-Quran dan al-Hadith

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 30

Page 31: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

kemudian dibentangkan di hadapan rakan-rakannya di kelas. Kaedah Libaray Base Learning (LBL) dan Project Base Learning (PBL)

5. Pelajar juga dicadangkan untuk menonton video yang berkaitan dengan sains, teknologi dan kejuruteraan Islam sekurang-kurangnya 5 video yang berkaitan dalam kumpulan sekurangnya 3 orang sekumpulan dan bentangkan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan mereka.

6. Pelajar juga dicadangkan untuk mencari dan membincangkan pencapaian tamadun Islam serta tokoh-tokoh ilmuwan Islam dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan Islam.

Bibliografi

Abdullah Basmeih. (2001) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur : Darul Fikir

Ab. Aziz Ismail. (2008). Beberapa Aspek Sauns dan Teknologi Dalam Islam, UiTM, Shah Alam: Penerbitan Universiti (UPENA)

Hairudin Harun (2007). Cetakan Ke-3. Daripada Sains Yunani Kepada

Sains Islam Peranan Dan Proses Penyerapan Sains Asing Dalam Pembentukan Sains Islam Klasikal. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Kamarudin Abu Taib. (t.t). Teknologi dan Kejuruteraan. UKM, Bangi : Pengajian Umum.

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 31

Page 32: AA203 BAB 1. AGAMA

Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Mahyudin Hj Yahya. (1984). Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala Lumpur : Penerbit Saujana.

Shahril Mohamad Zin (Penyunting), (1985). Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Nordin, (2005) Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Noordin. (1993). Sains, Falsafah dan Islam, UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.

____________. (t.t). Al-Quran dan Sains. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.

____________. (t.t). Biologi. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.

Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2011) Cetakan ke-3. Ikhtisar Sains dan Teknologi Dalam Islam. UiTM, Shah Alam : Penerbitan Universiti (UPENA).

Jabatan Pengajian Polteknik, KPT 32