a. pengenalan - · pdf file2. walau bagaimanapun, keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak...

2

Click here to load reader

Upload: phamtu

Post on 06-Feb-2018

215 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: A. PENGENALAN -   · PDF file2. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puashati rakyat Indonesia kerana keuntungan ini hanya dikaut oleh pedagang-pedagang

Pertanian merupakan salah satu daripada kegiatan ekonomi yang maju pada zaman penjajahan Belanda

pada abad ke-19 dan 20. Bincangkan.

A. PENGENALAN:

1. Pada abad ke 19 dan abad ke-20, Belanda yang telah Berjaya menjajah Indonesia telah

melaksanakan system ekonomi yang lebih mementingkan keuntungan bagi menyelesaikan

masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Belanda.

2. Tanaman-tanaman eksport mula dilaksanakan apabila Belanda memperkenalkan Sistem

Tanaman Paksa pada tahun 1830. Petani dipaksa menanam sebahagian daripada tanahnya

dengan tanaman eksport atas arahan kerajaan.

3. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi yangmenjadi tumpuan Belanda

melalui Sistem Kultur, Dasar Liberal dan Dasar Etika.

4. Selain pertanian, terdapat juga kegiatan-kegiatan lain yang diberi tumpuan oleh Belanda

seperti pelombongan

B. ISI:

1) PERTANIAN

a) Pengenalan sistem ekonomi wang bertumpu kepada kegiatan pertanian komersil kesan daripada

perkembangan industri gula di Indonesia ..

b) Sejak tahun 1833 , Belanda telah memonopoli tanaman kopi apabila mewajibkan semua hasil

kopi dijual pada Belanda dengan kadar yang telah ditetapkan.

Syarikat Hindia Timur Belanda diberikan hak mengangkut hasil tanaman tersebut ke Belanda

untuk dijual .

c) Pada tahun 1870 sewaktu pengenalan Dasar Liberal, Undang-undang Pertanian De Waal telah

diperkenalkan bagi membolehkan pemodal dan pengusaha swasta bebas menyewa tanah daripada

penduduk tempatan mengikut perjanjian jangka pendek dengan syarat-syarat tertentu.

d) Perkembangan ekonomi di Indonesia bermula dengan Dasar Etika yang bertujuan untuk

meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia yang tertindas akibat pelaksanaan Sistem Kultur dan

Dasar Liberal .Pada tahun 1905, Belanda menubuhkan Jabatan Pertanian di Betawi. Jabatan ini

bertanggungjawab memberi nasihat kepada petani. Jurutera dan pegawai pertanian dari luar

Negara diambil untuk memajukan pertanian di Indonesia .

e) Belanda juga menyediakan benih bermutu tinggi ,baja, dan peralatan pertanian yang moden.

Kemudahan pengairan turut dipertingkatkan. Contohnya Belanda telah memperuntukkan

sebanyak 270 juta guilders untuk menyediakan kemudahan pengairan di seluruh Indonesia antara

tahun 1900-1940.

f) Langkah ini telah dapat menggalakkan pembukaan tanah baharu untuk pertanian sekali gus

menyebabkan kawasan pertanian meningkat .Meskipun dengan penubuhan jabatan ini

pengeluaran makanan bertambah, namun masih tidak dapat menampung keperluan akibat

pertambahan penduduk.

g) Belanda juga menggalakkan aktiviti lain seperti perhutanan ,perikanan serta memperkenalkan

tanaman baharu seperti getah.

h) Pada tahun 1903, Akta Perkilangan dilaksanakan untuk melindungi industri tempatan.

Pada tahun 1904, Akta Buruh dilaksanakan untuk mengelakkan penindasan majikan terhadap

pekerja. Akta Pengambilan Buruh telah dilaksanakan pada tahun 1909 untuk mengelakkan

penipuan dan menyeragamkan sistem percukaian.

Page 2: A. PENGENALAN -   · PDF file2. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puashati rakyat Indonesia kerana keuntungan ini hanya dikaut oleh pedagang-pedagang

i) Pada tahun 1904, Bank Padi dan Bank Tunai Desa telah ditubuhkan untuk mengelakkan

penduduk Indonesia daripada diekploitasi oleh peminjam wang dan kedai pajak gadai kerajaan

ditubuhkan bagi memudahkan petani membuat pinjaman.

2. PELOMBONGAN

a) Perlombongan bijih timah di Indonesia terdapat di Pulau Bangka dan Pulau

Beliton yang dilaksanakan oleh Belanda semasa Dasar Liberal

b)Eksport bijih timah telah meningkat daripada 2 000 tan metrik pada tahun 1870

kepada 10,000 tan metrik menjelang tahun 1900

a) Pada tahun 1883, beberapa buah lombong arang batu telah dibuka di selatan Kalimantan

dan barat Sumatera .

b) Sektor perlombongan dan industri terus dimajukan dan dikuasai oleh Belanda.

c) Akta Kilang diluluskan untuk melindungi industri tempatan seperti industri batik. Galakan

ini membolehkan pengusaha batik Indonesia bersaing dengan penguasa batik berbangsa

Cina.

C. KESIMPULAN :

1. Sebagai kesimpulannya, ekonomi di Indonesia telah berkembang dengan pesat terutama sector

pertanian dan pelombongan.

2. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puashati rakyat Indonesia

kerana keuntungan ini hanya dikaut oleh pedagang-pedagang cina dan Eropah sahaja

sedangkan rakyat Indonesia semakin miskin.