noraziah binti zakariar - fp.utm.my€¦ · terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. walau...

26
KECENDERUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR NORAZIAH BINTI ZAKARIAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

KECENDERUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR

TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR

NORAZIAH BINTI ZAKARIAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki
Page 3: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki
Page 4: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

KECENDERUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR

TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR

NORAZIAH BINTI ZAKARIAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 5: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki
Page 6: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

iii

DEDIKASI

Ayahanda dan bonda yang tersayang

Kau segala-galanya buat anakanda

Segala dorongan, sokongan dan pengorbanan mu dari kecil hingga kini

Tidak mungkin anakanda terbalas

Terima kasih kerana mengajar anakanda ini tentang kehidupan

Suami ku yang tercinta

Kaulah teman hidup ku selama-lamanya

Memahami di kala kesibukan, menyokong di kala kesulitan

dan membantu di kala memerlukan

Terima kasih atas pengorbanan mu sayang

Kekanda dan Adinda yang tersayang

Jasa kalian tidak ku lupa

Kasih sayang penawar duka

Pemberi semangat menuju cita

Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati

Ilmu dicurah tidak terperi

Walau kering air lautan tak mampu dibalas

Hanya sekalung budi tersemat di hati

Sahabat-sahabat yang di kasihi

Hadir kalian penghibur hati

Suka duka bersama hadapi

Kerana cita-cita perpisahan terjadi

Semoga ukhuwah terbina kekal abadi

Page 7: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan bagi keluarga dan

sahabat Baginda. Alhamdulillah, berkat taufik dan keizinan Allah S.W.T dapatlah saya

menyiapkan dengan jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Dr. Farahwahida Mohd. Yusof selaku

penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan,

penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh

menyiapkan projek ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa dan waktu

yang telah beliau curahkan akan mendapat balasan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun empat di

Fakulti Pendidikan, UTM terutama pelajar-pelajar tahun empat SPH, SPI dan SPE,

rakan-rakan seperjuangan serta semua pihak yang memberikan kerjasama.

Sesungguhnya hanya Allah S.W.T. sahaja dapat membalasnya, Amin

Page 8: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

v

KECENDERUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR. Noraziah Binti Zakariar (SPI) Dr. Farahwahida Binti Mohd Yusof Abstrak: Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui kecenderungan gaya pembelajaran di kalangan pelajar tahun empat dari Fakulti Pendidikan di UTM. Seramai 82 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 2 kursus yang berbeza. Penyelidik telah mengunakan soal selidik Learning Styles Inventory (LSI) oleh Dunn dan Dunn (1978) yang telah diubahsuai. Ia mengandungi 46 item soalan yang meliputi 5 rangsangan iaitu persekitaran, emosi, sosiologikal, fizikal dan psikologikal dan 18 elemen gaya pembelajaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.804. Data-data yang telah diperoleh menerusi kajian telah dianalisis menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences for windows version 14.0 (SPSS) dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran, emosi, sosiologikal, fizikal dan psikologikal berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai min 3.94. Ini bermakna kesemua faktor tersebut mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Walau bagimanapun faktor yang paling mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar adalah faktor emosi diikuti faktor sosiologikal, psikologikal, fizikal dan persekitaran. Abstract: The main purpose of this study is to identify the learning styles preferences among final year students from the UTM Education Faculty. A total of eighty two respondents were selected from two different courses. The instrument used was a modified version of the Learning Styles Inventory (LSI) by Dunn & Dunn (1978). The questionnaire has 46 items including 5 stimuli and 18 elements of learning styles. These stimuli were environmental, emotional, sociological, physical and psychological. The reliability value of the study instrument is α = 0.804. The data obtained from the study has been analyzed using Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) 14.0 for Windows and presented in a descriptive manner using frequency, percentage and mean methods. Overall, the results of this study showed that the stimuli were on a high level value with the mean of 3.94 mean. This results indicated that the 5 stimuli (environmental, emotional, sociological, physical and psychological) influenced the learning styles preferences of the subjects. Nevertheless, the most dominant factors were emotional, sociological, psychological, physical and environmental.

Page 9: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

vi

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK/ABSTRACT v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 10: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

vii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kecenderungan 10

1.8.2 Gaya 10

1.8.3 Pembelajaran 10

1.8.4 Pelajar 11

1.9 Kesimpulan 11

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Gaya Pembelajaran 13

2.3 Model Gaya Pembelajaran 15

2.3.1 Model Gaya Pembelajaran Gregorc 15

2.3.2 Model Gaya Pembelajaran Waren 18

Page 11: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

viii

2.3.3 Model Gaya Pembelajaran

Honey & Mumford 19

2.3.4 Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn 21

2.4 Kajian Lepas Berkaitan Dengan

Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn 28

2.5 Kesimpulan 30

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 33

3.4 Populasi Dan Sampel 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.5.1 Bahagian A 35

3.5.2 Bahagian B 35

3.6 Kajian Rintis 39

3.7 Analisis Data 40

3.8 Jangka Masa Kajian 41

3.9 Kesimpulan 41

Page 12: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

ix

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Bahagian A: Demografi 43

4.3 Analisis Bahagian B 45

4.3.1 Mengetahui faktor persekitaran

terhadap gaya pembelajaran 46

4.3.2 Mengetahui faktor emosi

terhadap gaya pembelajaran 52

4.3.3 Mengetahui faktor sosiologikal

terhadap gaya pembelajaran 57

4.3.4 Mengetahui faktor fizikal

terhadap gaya pembelajaran 62

4.3.5 Mengetahui faktor psikologikal

terhadap gaya pembelajaran 67

4.4 Kesimpulan 71

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan 73

5.2.1 Bahagian A: Latar belakang responden 73

Page 13: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

x

5.2.2 Bahagian B: Faktor persekitaran terhadap

gaya pembelajaran 74

5.2.3 Faktor emosi terhadap gaya pembelajaran 76

5.2.4 Faktor sosiologikal terhadap gaya

pembelajaran 77

5.2.5 Faktor fizikal terhadap gaya pembelajaran 78

5.2.6 Faktor psikologikal terhadap gaya

pembelajaran 79

5.3 Rumusan 80

5.3.1 Faktor persekitaran terhadap

gaya pembelajaran 81

5.3.2 Faktor emosi terhadap

gaya pembelajaran 81

5.3.3 Faktor sosiologikal terhadap

gaya pembelajaran 81

5.3.4 Faktor fizikal terhadap

gaya pembelajaran 82

5.3.5 Faktor psikologikal terhadap

gaya pembelajaran 82

5.3.6 Faktor yang paling mempengaruhi 83

5.4 Cadangan 83

5.4.1 Pelajar 83

5.4.2 Pendidik 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84

5.6 Kesimpulan 84

BIBLIOGRAFI 86

LAMPIRAN

Page 14: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

Jadual 3.1: Klasifikasi item berdasarkan objektif kajian 36

Jadual 3.2: Klasifikasi item berdasarkan elemen gaya pembelajaran

bagi setiap objektif kajian 36

Jadual 3.3: Tahap pemeringkatan skor di dalam skala Likert 37

Jadual 3.4: Skala min mengikut tahap persetujuan 38

Jadual 3.5: Skala min mengikut tahap persetujuan yang 38

di kategori semula

Jadual 4.1: Taburan responden mengikut jantina 43

Jadual 4.2: Taburan responden mengikut bangsa 43

Jadual 4.3: Taburan responden mengikut kursus 44

Jadual 4.4: Taburan responden mengikut tempat tinggal

semasa belajar 44

Jadual 4.5: Taburan responden mengikut pencapaian (CPA) 44

Jadual 4.6: Taburan kekerapan, peratusan dan min 46

responden bagi elemen bunyi

Jadual 4.7: Taburan kekerapan, peratusan dan min 47

responden bagi elemen cahaya

Jadual 4.8: Taburan kekerapan, peratusan dan min 48

responden bagi elemen suhu

Jadual 4.9: Taburan kekerapan, peratusan dan min 49

responden bagi elemen rekabentuk

Jadual 4.10: Taburan min responden bagi faktor 51

persekitaran terhadap gaya pembelajaran

Page 15: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

xii

Jadual 4.11: Taburan kekerapan, peratusan dan min 52

responden bagi elemen motivasi

Jadual 4.12: Taburan kekerapan, peratusan dan min 53

responden bagi elemen kecekalan

Jadual 4.13: Taburan kekerapan, peratusan dan min 54

responden bagi elemen tanggungjawab

Jadual 4.14: Taburan kekerapan, peratusan dan min 55

responden bagi elemen struktur

Jadual 4.15: Taburan min responden bagi faktor 56

emosi terhadap gaya pembelajaran

Jadual 4.16: Taburan kekerapan, peratusan dan min 57

responden bagi elemen bersendirian

Jadual 4.17: Taburan kekerapan, peratusan dan min 59

responden bagi elemen berkumpulan

Jadual 4.18: Taburan kekerapan, peratusan dan min 60

responden bagi elemen pelbagai cara

Jadual 4.19: Taburan min responden bagi faktor 61

sosiologikal terhadap gaya pembelajaran

Jadual 4.20: Taburan kekerapan, peratusan dan min 62

responden bagi elemen deria

Jadual 4.21: Taburan kekerapan, peratusan dan min 63

responden bagi elemen masa

Jadual 4.22: Taburan kekerapan, peratusan dan min 64

responden bagi elemen pergerakan

Jadual 4.23: Taburan kekerapan, peratusan dan min 65

responden bagi elemen pemakanan

Jadual 4.24: Taburan min responden bagi faktor 66

fizikal terhadap gaya pembelajaran

Jadual 4.25: Taburan kekerapan, peratusan dan min 67

responden bagi elemen global/analitik

Jadual 4.26: Taburan kekerapan, peratusan dan min 68

Page 16: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

xiii

responden bagi elemen otak kiri/otak kanan

Jadual 4.27: Taburan kekerapan, peratusan dan min 69

responden bagi elemen impulsif/reflektif

Jadual 4.28: Taburan min responden bagi faktor 70

psikologikal terhadap gaya pembelajaran

Page 17: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

xiv

SENARAI SINGKATAN

S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala

s.a.w. Sallallahu Alaihi Wassalam

AR Abstract Random

AS Abstract Sequential

CS Concrete Sequential

CR Concrete Random

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IAP Information Acquisition Preference Profile

LSI Learning Style Inventori

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

Page 18: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

xv

SPSS Statistical Package for Social Sciences

SPE Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Page 19: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Instrumen kajian soal selidik

B Pengesahan Soal Selidik

C Nilai alpha kajian rintis

D Surat kebenaran Fakulti Pendidikan

Page 20: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam merupakan al-Din yang mengangkat darjat orang yang berilmu. Ini sejajar

dengan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang mengajar dan

memerintahkan manusia supaya membaca. Sebagaimana firman Allah S.W.T:

ù& tø%$# ÉΟ ó™ $$Î/ y7 În/ u‘ “Ï% ©!$# t, n=y{ ∩⊇∪ t, n=y{ z⎯≈|¡ΣM}$# ô⎯ ÏΒ @, n=tã ∩⊄∪ ù& tø%$# y7 š/ u‘ uρ

ãΠ tø. F{ $# ∩⊂∪ “Ï% ©!$ zΟ ¯=tæ ÉΟ n=s) ø9 $$Î/ ∩⊆∪ zΟ ¯=tæ z⎯≈ |¡ΣM}$# $tΒ óΟ s9 ÷Λ s>÷ètƒ ∩∈∪

Maksudnya:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah! Dan

Tuhanmu Yang Paling Pemurah, Yang telah mengajar (manusia)

Page 21: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

2

dengan kalam, Dia mengajar manusia apa yang tidak

diketahuinya”.

(Surah al-‘Alaq : 1-5)

Oleh itu berdasarkan ayat ini, jelaslah bahawa setiap individu itu diperintahkan

untuk menuntut ilmu. Ini kerana pembelajaran merupakan agenda penting dalam

kehidupan manusia. Sejak lahir, seseorang individu itu mengalami proses pembelajaran

dari semasa ke semasa sama ada secara formal atau tidak formal.

Menurut Mok Soon Sang (2001), proses pembelajaran merupakan proses yang

penting dalam kehidupan khususnya dalam bidang pendidikan. Oleh itu, wajar bagi para

pendidik memahami pengertian pembelajaran yang sebenar, mengenalpasti ciri-cirinya,

membezakan antara jenis-jenis pembelajaran serta memahami setiap langkah dalam

segala proses pembelajaran.

Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang agak kekal, hasil daripada

pengalaman ataupun latihan yang diperolehi oleh seseorang individu. Oleh yang

demikian, pembelajaran dapat ditakrifkan sebagai proses belajar dan belajar pula

ditakrifkan sebagai usaha bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Secara amnya,

pembelajaran dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang berlaku secara dalaman dan

membawa kepada perubahan tingkah laku yang hampir kekal (Morgan, 1975).

Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan

pembelajaran, namun setiap individu memiliki gaya pembelajaran yang tersendiri dalam

proses pembelajaran mereka. Apa yang perlu diberikan perhatian di sini, bukanlah gaya

tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang dilakukan oleh seseorang individu.

Page 22: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

3

Oleh itu, setiap individu harus mengenalpasti gaya pembelajaran yang disukainya agar

dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari.

1.2 Latar Belakang Masalah

Manusia adalah makhluk yang unik. Setiap individu mempunyai perbezaan antara

satu sama lain. Begitu juga dalam proses pembelajaran yang mana setiap individu

mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran memainkan peranan

penting dalam proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran seseorang.

Sekiranya diteliti kajian-kajian yang dijalankan di Malaysia, kajian yang berkaitan

dengan gaya pembelajaran adalah kurang dan tidak secara mendalam berbanding dengan

kajian yang dijalankan di luar negara. Kajian mengenai gaya pembelajaran telah menjadi

fokus bagi beberapa kajian terutamanya di luar negara (Keefe, 1979). Di Amerika

Syarikat misalnya, kepentingan gaya pembelajaran memang telah diakui. Banyak

Institusi Pengajian Tinggi mengendalikan kursus mengenai pembelajaran berkesan

dengan pelbagai nama seperti Methods of Study, Study Skill, The Technique of Study dan

How To Study. Daripada percubaan yang dilakukan, terbukti siswa dan siswi yang telah

mengikuti kursus tersebut mencapai kejayaan yang lebih memuaskan berbanding dengan

pelajar yang tidak mengamalkan pembelajaran berkesan (Khalid, 1993).

Walau bagaimanapun, jika diperhatikan pada hari ini, gaya pembelajaran di anggap

tidak penting dalam dunia pendidikan. Di kalangan para pendidik sendiri, mereka kurang

memberi perhatian terhadap kepentingan dan keperluan memasukkan unsur gaya

pembelajaran dalam pengajaran mereka dan kerap mengabaikan gaya pembelajaran

Page 23: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

4

pelajar kerana berpendapat bahawa para pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang

sama. Mereka sering berharap agar pelajar mendapat pencapaian yang cemerlang dalam

pelajaran, sedangkan kesesuaian teknik pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar

sering diabaikan dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Para pendidik

tidak seharusnya berpendapat bahawa semua pelajar boleh melalui proses pembelajaran

dengan gaya pembelajaran yang sama. Ekoran daripada itu, menjadikan para pelajar

kurang berminat untuk belajar disebabkan gaya pembelajaran guru yang tidak memenuhi

gaya pembelajaran mereka. Kajian yang dijalankan oleh Richman-Hruska (1989)

mendapati bahawa setiap pelajar mempunyai kecenderungan tertentu dalam gaya

pembelajaran, tetapi pada kebiasaannya mereka akan belajar dalam apa jua situasi yang

tersedia. Walaupun dalam situasi yang tidak disukai, pelajar akan cuba menyesuaikan

diri dan cuba belajar dalam situasi tersebut.

Menurut Davidson (1985), para pendidik tidak seharusnya berpendapat bahawa

semua pelajar boleh melalui proses pembelajaran dengan gaya pembelajaran yang sama.

Ini disebabkan setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya

pembelajaran memberi makna yang mendalam yang tidak mudah untuk diubahsuai.

Oleh itu, para pendidik perlu mengenalpasti gaya pembelajaran seseorang pelajar

terlebih dahulu.

Sekiranya gaya pembelajaran pelajar boleh dikenalpasti, maka proses pengajaran

dan pembelajaran dapat dilakukan dengan mudah. Para pendidik hanya perlu

menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka supaya lebih proaktif terhadap kumpulan

sasaran yang menjadi sumber serta matlamat dunia pendidikan (Shaari, 1999).

Menyedari peri pentingnya mengenali gaya pembelajaran pelajar untuk

pembelajaran yang lebih berkesan, seharusnya pelajar di peringkat Institusi Pengajian

Tinggi (IPTA) juga mendapat pendedahan tentang gaya pembelajaran yang sesuai

Page 24: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

5

dengan mereka. Ini membolehkan mereka mengenali gaya pembelajaran sendiri yang

berbeza dengan individu lain seterusnya mempraktikkannya dalam menjalani kehidupan

sebagai seorang pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Pada umumnya setiap individu yang bergelar pelajar amat mengharapkan kejayaan

sentiasa menyebelahi mereka. Kecemerlangan akademik dalam pembelajaran menjadi

idaman semua pelajar sama ada di peringkat sekolah mahu pun di Institusi Pengajian

Tinggi (IPT). Senario yang sebegini berlaku disebabkan setiap pelajar menyedari

bahawa kejayaan dan kecemerlangan akademik amat penting untuk menjamin masa

depan mereka. Oleh itu, setiap pelajar sewajarnya mengetahui gaya pembelajaran

mereka agar mereka dapat belajar dengan lebih cekap dan berkesan. Walau

bagaimanapun, kajian mendapati kebanyakan pelajar tidak menyedari sepenuhnya gaya

pembelajaran mereka. Mereka tidak mengamalkan gaya pembelajaran yang paling

sesuai dengan diri mereka sebaliknya berterusan menggunakan gaya pembelajaran yang

kurang sesuai dengan diri mereka. Hal ini akan menyebabkan pembelajaran menjadi

kurang berkesan dan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Memandangkan kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar khususnya di peringkat

Institisi Pengajian Tinggi kurang diberi perhatian, kajian ini dijalankan adalah untuk

mengetahui apakah gaya pembelajaran yang cenderung diamalkan oleh pelajar tahun 4,

Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, Johor dalam pembelajaran mereka.

Page 25: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

6

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti gaya

pembelajaran yang menjadi keutamaan pelajar-pelajar tahun 4, Fakulti Pendidikan,

UTM dalam proses pembelajaran mereka. Secara khususnya, objektif kajian

penyelidikan ini adalah seperti berikut:

i. Untuk mengetahui faktor persekitaran terhadap gaya pembelajaran.

ii. Untuk mengetahui faktor emosi terhadap gaya pembelajaran.

iii. Untuk mengetahui faktor sosiologikal terhadap gaya pembelajaran.

iv. Untuk mengetahui faktor fizikal terhadap gaya pembelajaran.

v. Untuk mengetahui faktor psikologikal terhadap gaya pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut:

i. Adakah faktor persekitaran mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tahun

Empat, Fakulti Pendidikan.

ii. Adakah faktor emosi mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tahun Empat,

Fakulti Pendidikan.

Page 26: NORAZIAH BINTI ZAKARIAR - fp.utm.my€¦ · Terdapat pelbagai takrifan mengenai pembelajaran. Walau apa pun takrifan Walau apa pun takrifan pembelajaran, namun setiap individu memiliki

7

iii. Adakah faktor sosiologikal mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tahun

Empat, Fakulti Pendidikan.

iv. Adakah faktor fizikal mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tahun Empat,

Fakulti Pendidikan.

v. Adakah faktor psikologikal mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tahun

Empat, Fakulti Pendidikan.