(a) nota ragam ayat julianah ahmad

9
1.0 PENGENALAN Perkataan sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bermaksud “dengan” dan tattein yang bermaksud “menempatkan bersama-sama”. Maka, sintaksis dapat diertikan sebagai menempatkan kata-kata atau kelompok kata untuk membentuk ayat. Kata suntattein ini kemudian menjadi syntaxis dalam bahasa Belanda, dan syntax dalam bahasa Inggeris. Menurut Tatabahasa Dewan (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Bidang sintaksis juga dapat difahami sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dalam bidang sintaksis, perkara yang dibincangkan ialah tentang frasa, klausa, dan ayat. Unsur-unsur ini berkait antara satu sama lain dalam ayat. Sebagai contoh, ayat yang terdiri daripada klausa sebagai unsurnya, klausa terdiri daripada frasa sebagai unsurnya, dan klausa terdiri daripada frasa sebagai unsurnya, dan frasa terdiri daripada kata sebagai unsurnya. Menurut Tatabahasa Dewan (2008), frasa adalah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Klausa pula ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Manakala ayat pula didefinisikan sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan , serta mengandungi intonasi yang sempurna. 1

Upload: julianah

Post on 13-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

JULIANAH AHMAD

TRANSCRIPT

Page 1: (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad

1.0 PENGENALAN

Perkataan sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bermaksud “dengan”

dan tattein yang bermaksud “menempatkan bersama-sama”. Maka, sintaksis dapat diertikan

sebagai menempatkan kata-kata atau kelompok kata untuk membentuk ayat. Kata suntattein ini

kemudian menjadi syntaxis dalam bahasa Belanda, dan syntax dalam bahasa Inggeris. Menurut

Tatabahasa Dewan (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang

mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Bidang sintaksis juga dapat

difahami sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah

penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat

dalam sesuatu bahasa.

Dalam bidang sintaksis, perkara yang dibincangkan ialah tentang frasa, klausa, dan

ayat. Unsur-unsur ini berkait antara satu sama lain dalam ayat. Sebagai contoh, ayat yang

terdiri daripada klausa sebagai unsurnya, klausa terdiri daripada frasa sebagai unsurnya, dan

klausa terdiri daripada frasa sebagai unsurnya, dan frasa terdiri daripada kata sebagai

unsurnya. Menurut Tatabahasa Dewan (2008), frasa adalah unit yang boleh terdiri daripada

satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan

yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Klausa pula ialah satu unit

rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada

ayat. Manakala ayat pula didefinisikan sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya

dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna lengkap, yang pengucapannya dimulai

dan diakhiri dengan kesenyapan , serta mengandungi intonasi yang sempurna.

1

Penggolongan Ayat

Golongan AyatAyat Dasar

Ayat Terbitan

Bentuk AyatAyat Tunggal

Ayat Majmuk

Jenis Ayat

Ayat Penyata

Ayat Tanya

Ayat Perintah

Ayat Seruan

Susunam Konstituen Ayat

Susunan Biasa

Susunan Songsang

Ragam AyatAyat Aktif

Ayat Pasif

Page 2: (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad

2.0 RAGAM AYAT

Rajah 1 : Ragam ayat dalam bahasa Melayu

2.1 AYAT AKTIF

Rajah 2 : Pembahagian dalam ayat aktif

2

Ragam Ayat

Ayat Aktif

Mengandungi Kata Kerja Yang

Mengutamakan Subjek Asal Sebagai Judul.

Ayat Aktif Transitif

Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat Pasif

Mengandungi Kata Kerja Yang

Mengutamakan Objek Asal Sebagai Judul.

Ayat Pasif Dengan

Imbuhan Kata Kerja Pasif

Ayat Pasif Dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama Dan Kedua

Ayat Pasif Dengan Kata Bantu Pasif

Kena

Ayat Aktif

Ayat Aktif Transitif

Ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti

oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau

unsur penyambutnya.

Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak

diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

Page 3: (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad

2.1.1 AYAT AKTIF TRANSITIF

3

Subjek

Predikat

Kata Kerja

Transitif

Objek

1. Ibu memanggil saya.

2. Abang membeli buah rambutan

3. Ayah membaiki lampu itu.

Subjek

Predikat

Kata Kerja

Transitif

Objek

1. Ibu memanggil saya.

2. Abang membeli buah rambutan

3. Ayah membaiki lampu itu.

Ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya. Contohnya :

Subjek

Predikat

Kata Kerja

Transitif

Objek tepat objek sipi

1. Kakak menghadiahi adiknya sebuah buku.

2. Ayah membelikan nenek sebuah rumah

3. Siti menjahitkan adiknya sehelai baju.

Ada segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contohnya :

1. Dia menyatakan bahawa Amin sudah meninggalkan rumahnya.2. Mereka menganggap bahawa kita menang.3. Polis itu mengesahkan bahawa berita itu benar.

Ayat aktif transitif yang mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut kata kerjanya sebenarnya merupakan ayat majmuk. Contohnya :

Page 4: (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad

4

Subjek

Predikat

Kata Kerja

Transitif

Objek Frasa Sendi

Nama

(Keterangan)

1. Kakak menghadiahkan sebuah buku kepada

adiknya.

2. Ayah membeli sebuah rumah untuk nenek.

3. Siti menjahit sehelai baju untuk adiknya.

Ayat aktif transitif yang mempunyai dua objek boleh diubah binaannya, iaitu objek tepat menerima kata sendi nama di hadapannya lalu terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan , manakala objek sipi asal menjadi objek tepat baharu. Contohnya :

1. Kejayaannya amat menggembirakan saya.2. Alasannya kurang meyakinkan ibunya.3. Peristiwa itu amat memalukan kita.

Ada segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objeknya terdiri daripada orang pertama, sama ada berbentuk ayat tunggal atau ayat majmuk. Contohnya :

Page 5: (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad

2.1.2 AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

Rajah 3 : Jenis Ayat Aktif Tak Transitif

2.2 AYAT PASIF

Rajah 4 : Jenis Ayat Pasif

5

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.

Ayat yang mengandungi kata kerja tak tak transitif yang boleh mengandungi frasa

keterangan secara pilihan.

Contoh :

1. Pokok itu membesar dengan cepatnya.2. Pokok itu membesar.

1. Dia menangis sepanjang hari.2. Dia menangis.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk

menyempurnakan maksud ayat.

Contoh :

1. Saya berasa gembira.2. *Saya berasa.

1. Penyakitnya beransur pulih.2. *Penyakitnya beransur.

Ayat pasif

1. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja

pasif.

2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan

kedua.

3. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata

kerja.

JENIS AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

Page 6: (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad

2.2.1 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif.

6

1. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada

binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja

boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna dan

strukur ayat.

2. Sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh

digugurkan.

3. Untuk ayat pasif dengaan kata kerja pasif ter, kata sendi

nama oleh tidak boleh digugurkan.

4. Untuk ayat pasif di atas, semua bahagian binaan oleh +

FN boleh juga digugurkan. keadaan ini berlaku apabila

unsur subjeknya hendak diberikan tekanan.

Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama KeteranganBarang itu sudah diambil oleh Ali semalam.Istana Raja terbina oleh rakyat dalam masa satu

tahun.Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.

Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Contohnya :

1. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam . Barang itu sudah diambil Ali semalam.2. Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi. Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi.

1. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya. Tembok itu terlanggar lori pada bahagian

bawahnya.

1. Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali.* Barang itu sudah diambil semalam Ali.

2. Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh Ayah.*Sampah sarap dibakar pagi tadi ayah.

1. Barang itu sudah diambil Ali semalam.Barang itu sudah diambil semalam.

2. Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi. Sampah sarap dibakar pagi tadi.

Page 7: (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad

2.2.2 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua.

Subjek Frasa Kerja Pasif Dengan Ganti

Nama Diri Pertama/ Kedua

Keterangan

Basikal itu belum aku naiki lagi.

Basikal itu belum kunaiki lagi.

Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.

Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.

Ujian ini akan kita hadapi bersama-sama.

Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga kini.

2.2.3 Ayat Pasif dengan Perkataan Kena Yang Hadir Sebelum Kata Kerja.

Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama

Dia kena kejar oleh anjing

Mereka kena tipu oleh penjahat itu

Ali kena tembak oleh pencuri.

7

ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua.

Kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.

Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas.

Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya, aku, engkau, dan kita

Kata ganti diri berbentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau.

Contoh

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan.

Page 8: (a) Nota Ragam Ayat Julianah Ahmad

8