98852237-kertas-kerja-1-murid-1-sukan.pdf

12
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS, TANJONG IPOH 71500 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA TARIKH 10 JULAI 2012 MASA 7.30 PAGI 9.00 PAGI TEMPAT SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS

Upload: jovita-dalius

Post on 01-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

paperwork 1M1S

TRANSCRIPT

Page 2: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

1.0 PENDAHULUAN

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada

pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat

sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous

Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan

senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga

KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-

sama menjayakan aktiviti senamrobik ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan

Sukan Sekolah Siri 4 Bil. 1/2012 yang dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju

Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada

tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun, Bahagian Sukan

menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi Majlis

Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik

sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk

melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih

terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur.

Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan

beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan

dan ketenangan minda.

Page 3: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu

meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat

disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat

meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa

merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan

kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.

Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.

Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang,

terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya

tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti

senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan

kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

2.0 RASIONAL

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan

masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan

kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress

serta meningkatkan kekuatan fungsi otak

2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit

jantung dan pembuluh darah.

2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor

Page 4: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan

sihat.

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini juga merupakan landasan bagi sekolah

melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di

semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam

semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan

dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang

menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid

1Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-

murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup

sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid

dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi

menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

.3.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid

yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin

sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk

melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan

gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti

Page 5: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan

diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIF

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi

mencapai objektif berikut:

4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;

4.2 melibatkan penyertaan semua murid;

4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;

4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;

4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

10 Julai 2012

6.0 MASA

7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi

7.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Dato Idris, Tanjong

Page 6: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

8.0 KUMPULAN SASARAN (LIHAT LAMPIRAN A)

8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:

8.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah

swasta);

8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan

8.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.30 pagi : Semua Peserta Melapor Diri

7.35 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan

: Ketibaan Tetamu Kehormat

7.45 Pagi : Perhimpunan rasmi sekolah

: Bacaan Doa

: Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri

: Gimik Pelancaran

8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula

9.00 pagi : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik

Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Page 7: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

Carta Gantt Perancangan Aktiviti

Aktiviti

1.0 AKTIVITI SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Tarikh pelaksanaan

28/6 29/6

02/7 03/7 04/7 05/7 06/7 07/10 09/7 10/7

1.1 Perancangan

Aktiviti

1.2 Pelantikan AJK

1.3 Latihan

Senamrobik

1.4 Persiapan Tempat

1.5 Pelaksanaan Aktiviti

Page 8: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI

Jawatankuasa Pelancaran Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan

Pengerusi : Pn.Hjh.Mysiah bt Hj.Idris (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En.Said Ramlan bin Ishak (PK.Kokurikulum)

Naib Pengerusi i : En.Mohd Khidzari bin Mohd Ali (PK. Pentadbiran)

Naib Pengerusi ii : Pn.Normamisah bt Abd Rahman (PK.HEM)

Penyelaras : Pn. Azizah bt Abd Aziz

Setiausaha : Cik Tengku Nabila bt Tengku Mohamad

Cik Nur Nadia bt Ab Rahim

Bendahari : Cik Hasliza bt Mat Isa

Bacaan Perutusan : Pn.Normamisah bt Abd Rahman

Juruacara : Puan Nor Azizah bt Abd Aziz

En.Yaacob bin Mohamad

Bacaan Doa : Tn.Hj.Nazri bin Dollah

Siaraya : En. Mohd Firdaus bin Abdullah

En. Mohd Aznie bin Mohd Nor

Buku Program : Cik Norhaflida bt Abd Hamid

Puan Norhana binti Antari

Gimik Pelancaran : Pn Norlaila bt Abu Zarim

Pn. Norhayati bt Abdullah

Page 9: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

Kawalan Murid : En Mohd Taufik bin Baharudin

Pn Norhakimah bt Mohd@Mat Isa

Persiapan tempat : En Mohd Fazrul bin Sulaiman

Pn. Noorhuzaimah bt Awang@Husain

AJK Aktiviti : Cik Tengku Nabila binti Tengku Mohamad

Cik Nur Nadia bt Ab Rahim

AJK Dokumentasi : Pn. Nor Ezmawati bt Mohd Ezham

En. Mohd Azman bin Zahar

Page 10: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI

(UNIT)

HARGA SEUNIT JUMLAH

(RM)

1

2

Buku Program

Gimik

Pelancaran

RM0.20

RM 8.00

RM 10.00

RM 8.00

RM 10.00

RM 18.00

12.0 SENARAI PERALATAN

1. LAPTOP

2. PEMBESAR SUARA

3. MIKROFONE

4. DVD

Page 11: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

PENUTUP

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan

Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan

semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan

sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya

bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Disediakan Oleh:

…………………………………………………………

(Tengku Nabila binti Tengku Mohamad)

Setiausaha

Aktiviti Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

…………………………………………………………

(Nur Nadia bt Ab Rahim)

Setiausaha Bersama,

Aktiviti Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Page 12: 98852237-Kertas-Kerja-1-Murid-1-Sukan.pdf

Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

Disahkan Oleh:

…………………………………………………………

(Hajah Mysiah Bt Haji Idris)

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris