94636182 masalah membaca disebabkan oleh faktor dalaman

9
1.0 Pendahuluan Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Yahya Othman, 2003). Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama. Oleh sebab perkaitan yang rapat antara kemahiran membaca perkataan tunggal dan kemahiran mengeja, maka adalah tidak hairan jika para pelajar bermasalah dalam proses bacaan mereka. Kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks. Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang begi memastikan para pelajar dapat memahami apa yang sedang mereka bacakan serta

Upload: amin-isnin

Post on 28-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

Page 1: 94636182 Masalah Membaca Disebabkan Oleh Faktor Dalaman

1.0 Pendahuluan

Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini

merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca

yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen

pemahaman (Yahya Othman, 2003). Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang

sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal.

Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil

kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua

kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama. Oleh sebab

perkaitan yang rapat antara kemahiran membaca perkataan tunggal dan kemahiran mengeja,

maka adalah tidak hairan jika para pelajar bermasalah dalam proses bacaan mereka.

Kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih

kompleks. Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang begi

memastikan para pelajar dapat memahami apa yang sedang mereka bacakan serta menguasai

proses bacaan tersebut. Kebiasaanya masalah dalam proses membaca ini banyak dihadapi oleh

pelajar di peringkat sekolah rendah. Namun demikaian, terdapat juga segelintir pelajar di

sekolah menengah tidak pandai membaca. Hal ini amat membimbangkan kerana jika meraka

tamat persekolahan tanpa menguasai kemahiran membaca dikuathiri mereka menghadapi

kesukaran dalam persaingan hidup dan untuk mendapatkan pekerjaan. Permasalahan dalam

proses pembelajaran ini membabitkan pelbagai factor antaranya ialah factor dalaman dan factor

luaran yang saling berkaitan.

Page 2: 94636182 Masalah Membaca Disebabkan Oleh Faktor Dalaman

2.0 Faktor dalaman masalah membaca

Pelbagai factor yang telah menyebabkan timbulnya masalah kesukaran untuk para pelajar

membaca. Antaranya ialah factor dalaman yang menyumbang kepada masalah ini.

1.0 Faktor individu.

Bagi menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk membaca, kemahiran

kognitif para pelajar juga perlu untuk diambil kira. Hal ini adalah kerana, setiap pelajar

mempunyai kemahiran kognitif yang berbeza-beza walaupun umur mereka sebaya. Oleh

sebab itu, kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar mereka cara membaca juga

mempunyai hubung-kait dengan kemahiran kognitif setiap pelajar tersebut. Cara

pembelajaran antara seorang kanak-kanak dengan seorang remaja juga berbeza.

Pemikiran seorang remaja telah kompleks dan mampu untuk menerima banyak ilmu

dalam satu-satu masa berbeza dengan cara pemikiran seorang kanak-kanak yang lebih

terhad dan hanya mampu untuk memahami apa yang dilihat oleh mata kasar mereka

sahaja (Suppiah Nachaiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Ahukor,

Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah, 2009).

Namun demikaian, masalah ketidakbolehan untuk membaca ini timbul apabila

seorang pelajar itu tidak dapat untuk memahami apa yang telah diajarkan kepada mereka

semenjak mereka kanak-kanak lagi sehingga meningkat dewasa dan menyebabkan

masalah keciciran dalam pembacaan. Masalah ini berpunca daripada kemahiran kognitif

pelajar tersebut yang lemah. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlu memberi perhatian

yang lebih kepada para pelajar yang lemah bagi mengelakkan mereka keciciran dalam

pembelajaran mereka.

Page 3: 94636182 Masalah Membaca Disebabkan Oleh Faktor Dalaman

2.0 Ketidakbolehan untuk mentafsir symbol dan huruf untuk diterjemahkan dalam ayat

atau perkataan secara lisan.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran

membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam proses

pembelajaran adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya isi pembelajaran yang

telah diajar oleh guru. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti

keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak dapat

membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang

dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal

membunyikannya. Masalah ketidakbolehan mentafsir symbol atau huruf untuk

diterjemahkan akan menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya

menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.

Selain daripada itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat

yang terdapat dalam gambarajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.

Menurut Yahya Othman (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan

imaginasi pembaca. Oleh sebab itu, pemahaman para pelajar mengenai teks dan

gambarajah yang dilihat oleh mereka mampu untuk menarik minat mereka membaca

tetapi jika mereka tidak dapat memehami apa yang dibaca oleh mereka akan

menimbulkan rasa bosan mereka untuk terus membaca.

3.0 Factor psikologi

Tahap kecerdasan dan psikologi yang pelbagai dalam kalangan murid disebabkan

oleh faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya yang

Page 4: 94636182 Masalah Membaca Disebabkan Oleh Faktor Dalaman

berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati

sesuatu yang diajar oleh guru. Selain daripada itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi

sering menjadi punca masalah dalam proses pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap

kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut,

marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan

perhatian terhadap proses pembacaan (Zulkifley Hamid, 2006).

Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan

membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu

mengalami dan memahami proses pembacaannya. Faktor tidak minat membaca

merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca

dalam kalangan pelajar. Sikap kurang minat membaca pada dirinya adalah berpunca

daripada kegagalannya untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik. Selain

daripada itu juga, masalah kurang rangsangan daripada luar juga menyebabkan para

pelajar bermasalah dalam proses membaca. Hal ini adalah kerana, kekurangan perhatian

daripada guru akan menyebabkan pelajar tersebut akan keciciran dalam proses

pembacaan.

4.0 Mudah hilang tumpuan dan lemah daya ingatan.

Msalah dalaman yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembacaan juga berkait

dengan masalah mudah hilang tumpuan dan lemah daya ingatan. Hal ini adalah kerana

peroses pembacaan memerlukan para pelajar untuk mengigati huruf dan bunyi bagi setiap

huruf-huruf tersebut. Jika mereka bermasalah untuk mengigati setiap huruf tersebut

maka proses pembacaan akan menghadapi masalah seperti membaca merangkak-rangkak

Page 5: 94636182 Masalah Membaca Disebabkan Oleh Faktor Dalaman

dan tersangkut-sangkut. Bagi mengatasi masalah pelajra yang lemah dalam proses

pembacaan ini satu proses pemulihan telah dijalankan. Para pelajar yang lemah dalam

bacaan mereka akan diasingkan dengan pelajar yang lebih cepat dalam membaca.

Menurut Rajesvari a/p Ramasamy (2008). beliau telah menyatakan antara

permasalahan yang dihadapi oleh pelajar pemulihan ini ialah mudah lupa perkataan yang

dibaca. Daya ingatan mereka sangat singkat dan cepat melupakan perkara yang telah

dipelajari oleh mereka. Oleh sebab itu, mereka perlu diberi peluang membaca perkataan

yang sama berulang kali dalam aktiviti latih tubi. Ramai kanak-kanak pemulihan juga

mengalami masalah dalam pengamatan. Mereka kurang mahir mengecam bentuk

perkataan yang dibaca. Masalah ini mungkin disebabkan mereka sukar memberi

tumpuan atau perhatian.

Bibliografi

Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah luar Bandar. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 :Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Manisah Mohd Ali, Norani Salleh, Lee Lay Wah (2008). Pembinaan dan pengesahan ujian membaca perkataan dan ujian mengeja untuk tujuan mengenal pasti disleksia: satu kajian rintis. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Rajesvari a/p Ramasamy (2008). Masalah disleksia dalam kalangan murid-murid pemulihan di sekolah rendah, Pulau Pinang. Pulau Pinang : USM.

Suppiah Nachaiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Ahukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Selangor : Oxford Fajar.

Page 6: 94636182 Masalah Membaca Disebabkan Oleh Faktor Dalaman

Taman Timbang, Zamri Mahamod, Afendi Hamat (2011). Factor dan kesan masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yahya Othman. (2003). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolingusitik dalam pengajaran dan pembelajaranbahasa. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Siti zubaidah Ibrahim

D20091035632