prospek keusahawanan dalaman (intrapreneurship) di

19
Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di Kalangan Pensyarah Universiti Utara Malaysia Siti Zabedah Haji Saidin Siti Maimon Haji Kamso Hijattulah Abdul Jabbar Ab. Aziz Yusof Universiti Utara Malaysia Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat prospek keusahawanan dalaman di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia. Kajian dibuat melalui soal selidik yang dihantar kepada 556 orang pensyarah UUM. Data telah dianalisis menggunakan kaedah analisis taburan kekerapan, ujian T dun ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa UUM mempunyai potensi yang baik dalam mewujudkan usahawan dalaman di kalangan pensyarah berasaskan kepada minat yang ditunjukkan dan peluang yang diben. Tiga (3) manfaat utama penubuhan usahawan dalam adalah penggunaan kepakaran, universiti perintis dan pengutamaan kreativiti. Selain itu, kajian mendapati pencetus utama keusahawanan dalaman ini adalah permintaan terhadap khidmat dan universiti dalam bidang pengurusan. Bagi menjamin kejayaan usahawan dalaman, faktor yang diutamakan adalah komitmen pihak terlibat, khidmat nasihat dan rundingan dan pulangan yang baik. Manakala faktor yang akan menggagalkan usahawan dalaman adalah strategi pasaran lemah, kos operasi tinggi dan rekabentuk barang kurang menank. Oleh yang demikian, UUM perlu memainkan peranan yang sewajamya dalam mewujudkan usahawan dalaman seperti mengadakan skim usahawan dalaman, kemudahan inovasi dan mengesan kepemimpinadlcetokohan usahawan. Namun demikian, UUM juga perlu berwaspada terhadap kekangan-kekungan yang bakal dihadapi dalam mewujudkan usahawan dalaman. Antara kekangan utama adalah kekurangan modal, agihan masa bekerja dan berniaga dan tiada galakan dan organisasi. Ujian perbezaan yang dijalankan ke atas keenam-enam faktor manfaat, pencetus, kejayaan, kegagalan, peranan dan kekangan tidak menunjukkan sebarang perbezaan respons yang ketara. Secara keseluruhannya, kajian mendapati terdupat minat di kalangan pensyarah UUM untuk menjadi usahawan dalaman (intrapreneur) dan mereka yakin serta bersetuju dengan penubuhan usahawan dalaman di UUM.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di Kalangan Pensyarah Universiti Utara Malaysia

Siti Zabedah Haji Saidin Siti Maimon Haji Kamso Hijattulah Abdul Jabbar

Ab. Aziz Yusof

Universiti Utara Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat prospek keusahawanan dalaman di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia. Kajian dibuat melalui soal selidik yang dihantar kepada 556 orang pensyarah UUM. Data telah dianalisis menggunakan kaedah analisis taburan kekerapan, ujian T dun ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa UUM mempunyai potensi yang baik dalam mewujudkan usahawan dalaman di kalangan pensyarah berasaskan kepada minat yang ditunjukkan dan peluang yang diben. Tiga (3) manfaat utama penubuhan usahawan dalam adalah penggunaan kepakaran, universiti perintis dan pengutamaan kreativiti. Selain itu, kajian mendapati pencetus utama keusahawanan dalaman ini adalah permintaan terhadap khidmat dan universiti dalam bidang pengurusan. Bagi menjamin kejayaan usahawan dalaman, faktor yang diutamakan adalah komitmen pihak terlibat, khidmat nasihat dan rundingan dan pulangan yang baik. Manakala faktor yang akan menggagalkan usahawan dalaman adalah strategi pasaran lemah, kos operasi tinggi dan rekabentuk barang kurang menank. Oleh yang demikian, UUM perlu memainkan peranan yang sewajamya dalam mewujudkan usahawan dalaman seperti mengadakan skim usahawan dalaman, kemudahan inovasi dan mengesan kepemimpinadlcetokohan usahawan. Namun demikian, UUM juga perlu berwaspada terhadap kekangan-kekungan yang bakal dihadapi dalam mewujudkan usahawan dalaman. Antara kekangan utama adalah kekurangan modal, agihan masa bekerja dan berniaga dan tiada galakan dan organisasi. Ujian perbezaan yang dijalankan ke atas keenam-enam faktor manfaat, pencetus, kejayaan, kegagalan, peranan dan kekangan tidak menunjukkan sebarang perbezaan respons yang ketara. Secara keseluruhannya, kajian mendapati terdupat minat di kalangan pensyarah UUM untuk menjadi usahawan dalaman (intrapreneur) dan mereka yakin serta bersetuju dengan penubuhan usahawan dalaman di UUM.

Page 2: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

PENGENALAN

Dalam sesebuah organisasi, sumber manusia merupakan antara sumber atau aset yang terpenting bagi memastikan pengurusan organisasi yang cekap dalam mencapai matlamat penubuhan organisasi tersebut. Tanpa tenaga manusia, sesebuah organisasi tidak akan dapat diuruskan dengan berkesan bagi memenuhi objektif-objektif yang telah dirancangkan. Oleh yang dernikian, sesebuah organisasi perlu memastlkan sumber manusia juga dijaga dan dikawal dengan sempurna supaya tidak berlaku pengaliran keluar sumber yang ketara dalam sesuatu tempoh masa. Justeru itu, organisasi perlu mencari jalan bagi memastikan kesetiaan para pekerja dengan mewujudkan peluang- peluang baru bagi membolehkan para pekerja ini menyumbang tenaga dan kepakaran secara yang lebih efektif. Ini dapat dijalankan melalui program usahawanan dalaman atau intrapreneurship iaitu satu konsep yang telah diketengahkan oleh Pinchot (1985). Usahawan dalam ini adalah pembentukan semangat keusahawanan dalam sesebuah organisasi [Burgelman (1994); Kanter (1985), Morris & Trotter (1990)l. Manakala Kuratko (1993) pula mendefinisikannya sebagai aktiviti keusahawanan yang direstui oleh sesuatu organisasi.(~ziz (1999) secara umumnya mendefinisikan usahawan dalaman sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan seterusnya mengaplikasikan setiap idea baru yang mereka cipta terhadap sesuatu produk dalam sesebuah organisasi perniagaan yang mereka ceburi.)

Kebanyakan usahawan dalaman yang dijalankan adalah di organisasi yang besar seperti AT&T, Motorola dan Xerox. Namun dernikian ini tidak bermakna organisasi lain yang lebih kecil tidak berupaya untuk mewujudkan program ini. Seperti di Universiti Utara Malaysia (UUM) sendiri, terdapat ramai sumber manusia yang mempunyai berbagai bidang kepakaran seperti teknologi maklumat, perakaunan, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Adalah suatu yang merugikan jika sumber kepakaran ini tidak digunakan sepenuhnya bagi manfaat kepada universiti dan staf itu sendiri. Ini yang dikatakan sebagai "in-house genius" (Adams, 1995). Jika pensyarah juga diberi peluang menjadi usahawan dalaman, kemungkinan pengaliran keluar dapat dipertahankan, di samping menyumbang daripada segi pendapatan.

Di Malaysia, usahawan dalaman bukanlah suatu perkara yang baru. Namun ia merupakan kaedah keusahawanan yang kurang diamalkan jika dibandingkan dengan usahawan luaran. Usahawan dalaman juga mengambil masa yang lebih lama untuk memperlihatkan kejayaannya berbanding dengan usahawan luaran. Setakat ini, belum ada lagi kajian yang dijalankan khusus berhubung dengan usahawan dalaman, terutamanya dalam institusi pendidikan. Oleh yang dernikian, kajian ini bertujuan untuk melihat prospek usahawan dalaman di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM). ULTM dipilih sebagai tempat kajian memandangkan UUM sebagai sebuah universiti pengurusan dan wujudnya potensi yang baik bagi usahawan dalaman.

Page 3: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Secara umunya, objektif kertas kerja ini adalah untuk meninjau prospek keusahawanan dalaman (intrapreneurship) di kalangan pensyarah Universiti Utara Malaysia.

Objektif yang lebih khusus adalah untuk melihat kepentingan relatif (pemeringkatan) bagi setiap pembolehubah tidak bersandar berikut iaitu faktor manfaat, faktor pencetus, faktor kejayaan, faktor kegagalan, faktor kekangan dan faktor peranan universiti berhubung keusahawanan dalaman mengikut keutamaan serta perbezaan respons dari aspek rninat pensyarah menjadi usahawan dalaman dan potensi UTJM menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman.

ULASAN KARYA

Program intrapreneurship banyak dimulakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat besar seperti Xerox Technology Ventures, AT&T, IBM dan Motorola dan telah menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan. Program intrapreneurship diwujudkan bagi mengekal dan mengambil peluang daripada kepakaran yang ada dalam organisasi masing-masing.

Mengikut CEO Xerox, program intrapreneurship di Xerox telah- menghasilkan- lebih -----

daripada 100 idea-idea, di mana 11 daripadanya telah berjaya -dijadikan perniagaan. Daripada 11 syarikat yang ditubuh, sebuah telah dijual manakala 8 buah lagi masih dalam operasi dan baki 2 buah syarikat sedang dalam proses mengeluarkan tawaran awam (Console, 1995).

Selain daripada itu, Bell Atlatik Corporation, sebuah syarikat regional juga telah melaksanakan program intrapreneurship yang dibahagikan kepada 3 fasa. Bermula dari peringkat awal, program ini telah dijalankan secara menyeluruh di syarlkat ini di mana lebih 130 intrapreneur dapat diwujudkan dan mengendalikan lebih 100 projek. Sekurang- kurangnya 15 produk telah berjaya atau hampir dipasarkan dan telah menerima anugerah sebanyak 15 paten. Jangkaan hasil daripada projek-projek yang telah dijalankan adalah sekurang-kurangnya 100 juta dolar dalam masa lima tahun.'

Di samping syarikat-syarikat gergasi yang telah kukuh kedudukannya, syarikat-syarikat kecil juga berpeluang untuk melaksanakan program intrapreneurship ini. Carrier (1996), dalam kajiannya terhadap ( intrapreneurship bagi perniagaan kecil mendapati intrapreneurship di perniagaan kecil tidak boleh berdasarkan kepada teori-teori yang digunakan dalam konteks syarikat besar. Intrapreneurship bagi perniagan kecil mempunyai ciri-ciri khusus yang tersendiri. J

Selain dari itu, institusi pengajian tinggi juga mampu mewujudkan program intrapreneurship. Kajian oleh Hisrich dan Cinneide (1996) terhadap aktiviti keusahawanan di institusi pendidikan di Eropah (dari aspek pembentukan perniagaan)

' Dipetik daripada artikel bertajuk Intrapreneurship at Bell Atlantik, dalarn jurnal Business Quarterly, Spring 93, Vo1.57 Issue 3, p48.

Page 4: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

mendapati daripada 109 universiti yang dikaji, 13 daripadanya terlibat dengan aktiviti berbentuk perniagaan pelajar, perniagaan fakulti atau staf atau perniagaan universiti dengan pihak luar. Sebuah universiti yang berorientasikan teknik di Hungary telah menubuhkan perniagaan bersama dengan profesor-profesornya. Keadaan ini menunjukkan bahawa universiti juga mempunyai peluang yang baik untuk mewujudkan progran intrapreneurship terutamanya di kalangan para pensyarah.

Mengapa intrapreneurship diperlukan dalam sesebuah organisasi? ( ~ z i z (1999) menjelaskan keperluan terhadap intrapreneurship adalah pertamanya kerana persekitaran makro dan pasaran berubah dengan lebih cepat berbanding birokrasi dalam korporat.1 Dengan itu, intrapreneurship akan membantu organisasi untuk membuat penyesuaian' dengan persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar. Seterusnya ia akan membolehkan organisasi untuk mempelbagaikan (diversify) perniagaan dengan mempunyai banyak jenis perniagaan dan keluaran menerusi proses dalaman. Tambahan lagi, intrapreneurhip juga dapat memberi peluang kepada organisasi untu 2 membuat percubaan pasaran. Ini dapat dilakukan kerana sifat (nature) usahawan itu sendiri yang tidak takut untuk mengambil risiko. 1 .

/ Mengikut Aziz (1999), antara faedah yang didapati dari intrapreneurship adalah: Inovasi dan peningkatan kualiti yang berterusan Meningkatkan daya saing -- .

Menjamin prestasi kewangan yang baik Mengurangkan risiko Memelihara daya terus hidup (survival) organisasi\

Adams (1995) menambah, faedah lain daripada intrapreneurship adalah: Menghasilkan keuntungan bagi organisasi dengan menggunakan pembiayaan dalaman Meningkatkan kepakaran teknologi pembangunan staf Mengiktiraf inovasi teknologi dalaman dan idea pekerja

Di samping mempertahankan minat dan motivasi pekerja, intrrapreneurship dapat mengambil kesempatan daripada peluang-peluang perniagaan baru dengan menggunakan "in-house genius". (Adams, 1995). Sesuatu inovasi yang kos-efektif tidak akan diperolehi kecuali dengan mengupah, melatih dan menggalakkan usahawan dalaman (intrapreneur). (Pinchot, 1987)

Untuk memulakan intrepreneurship, memerlukan satu pasukan yang baik yang terdiri daripada individu yang mempunyai ciri-ciri kebijaksana, keyakinan diri, sanggup mengaku kesilapan dan mempunyai teknologi secara pembuktian sains. (Adams, 1995). Manakala Anonymous (1991) menyatakan bahawa tingkah laku pekerja yang mempunyai potensi untuk menjadi intrapreneur termasuklah kreativiti dan inovasi, kesanggupan mengambil risiko, berkerjasama, saling berinteraksi, fokus kepada hasil jangka panjang, kebolehan dan kesanggupan untuk berubah dan toleransi kepada kesamaran.

Page 5: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Di Malaysia, kajian ke atas usahawan dalaman adalah terlalu sedikit. Kajian oleh Radzi (1992) membuat perbandingan pekerja-pekerja di Amerika dan Malaysia dari segi perihalan sifat-sifat keperibadian sebagai usahawan dalaman berbanding usahawan dalaman sebenar. Akan tetapi, kajian ini tidak memberikan gambaran yang jelas tentang "proses" dan pengalaman sebenar sebagai usahawan dalaman. Namun demikian , terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Siti Maimon (1996) terhadap 332 syarikat yang disenaraikan di papan pertarna Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dapatan mengenai status usahawan dalaman menunjukkan 18% syarikat menggalakkan pegawai dalaman menjalankan perniagaan, 36% menyediakan persekitaran yang menggalakkan inovasi dan 22% syarikat menaja pengeluaran barang baru. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan ciptaan barang baru terhasil dalam masa kurang daripada lima tahun dan 62% syarikat sangat mementingkan kepuasan pengguna dan produktiviti.2

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan kajian oleh Twiss (1984) dan Pinchot (1985). Soal selidik ini merupakan bahagian kedua dalam kajian prospek keusahawanan korporat yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia. Secara umum, soal selidik ini meliputi dua (2) aspek iaitu aspek latar belakang responden dan aspek usahawanan dalaman. Aspek usahawan dalaman menyentuh soalan-soakin - - berkaitan faktor manfaat (12 item), faktor pencetus (13 item), faktor peranan (15 item), faktor galakan (7 item), faktor kejayaan (14 item), faktor kegagalan (9 item) dan faktor kekangan (11 item). Kebanyakan soalan yang diutarakan memerlukan jawapan dalam bentuk skala iaitu sangat setuju (5) hingga sangat tidak setuju (1). Hanya dua soalan yang memerlukan jawapan yaltidak.

Seterusnya, soal selidik ini dihantar kepada kesemua pensyarah di Universiti Utara Malaysia yang bertindak sebagai responden. Daripada 556 borang soal selidik yang dihantar ke sekolah-sekolah, 85 orang (15.2%) pensyarah telah memberi respons. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan pakej statistik SPSS melalui kaedah analisis taburan kekerapan, analisis min melalui ujian T dan ANOVA sehala serta ujian post-hoc (Scheffe).

HASIL KAJLAN

Liputan hasil kajian usahawan dalam dilihat dari aspek profil responden dan faktor-faktor yang mempengaruhi usahawan dalarnan iaitu manfaat, pencetus, galakan sedia ada, kejayaan, kegagalan, peranan yang dimainkan oleh universiti dan kekangan yang perlu dihadapi.

Kajian Siti Maimon bte Haji Karnso dijalankan di bawah Geran Penyelidikan 1996, Universiti Sains Sabah.

Page 6: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

PROFIL RESPONDEN

Hasil kajian menunjukkan profil responden mengikut faktor demografi adalah seperti yang terdapat di dalam Jadual 1. Kajian mendapati secara umurnnya, rnajoriti responden adalah terdiri daripada perempuan (51.8%), berbangsa Melayu (90.6%), umur dalam lingkungan 30 hingga 39 tahun (42.4%), mempunyai Ijazah Sarjana (74.1%) dan tinggal di sekitar Jitra (36.5%). Dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar responden sudah berkahwin dengan majoriti pasangan mereka bekerja di sektor awam (37.6%).

Jadual 1 : Profil Responden (n=85)

PROSPEK USAHAWANAN DALAMAN UUM

Dapatan kajian menunjukkan seramai 44 responden (51.8%) telah menyatakan minat menjadi usahawan dalaman di UUM jika diberi peluang. Hasil analisis silang jadual mendapati tidak wujud perbezaan yang ketara di antara pensyarah lelaki (47.5%) dengan pensyarah perempuan (52.5%) dalam menyatakan minat menjadi usahawan dalaman. Kebanyakan dari mereka adalah Melayu (88.4%), umur di antara 30 hingga 39 tahun (44.2%), telah berkahwin (93.2%) dan mempunyai pasangan yang bekerja di sektor awam juga (34.2%). Majoriti adalah pensyarah yang mempunyai kelulusan peringkat

Page 7: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Ijazah Sarjana (73.8%) dan tinggal di sekitar Jitra (27.3%) dan dalam kampus (22.7%). Sementara itu, seramai 66 orang pensyarah (77.6%) yakin bahawa UUM akan berjaya menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman UUM (intrapreneur) di masa akan datang. Dalam pada itu, lebih daripada separuh responden (56.2%) yang yakin tersebut mempunyai minat untuk menjadi usahawan dalaman UUM.

Bentuk entiti perniagaan yang sesuai bagi tujuan usahawan dalaman mengikut keutarnaan responden adalah secara usaha sama, diikuti oleh entiti perniagaan secara francais dan ketiga, modal teroka seperti di dalam Jadual 2. Manakala perniagaan secara pengkontraktoran adalah paling tidak sesuai bagi usahawan dalaman. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 52.9% responden bersetuju bentuk pegangan ekuiti adalah 51% UUM dan 49% usahawan dalaman.

Jadual2 : Jenis Entiti Keusahawanan Dalaman Mengikut Keutamaan

Dari aspek pilihan rakan kongsi 1 usaha sama respons menunjukkan pihak yang paling digemari pensyarah ialah staf universiti, diikuti oleh pelajar sediada, alumni UUM dan akhir sekali pihak luaran. Dari segi sumber modal pula, 43.5% menyatakan sumber modal yang akan digunakan ialah melalui simpanan sendiri, 57.6% melalui pinjaman dari institusi kewangan dan 55.3% dari dana UUM.

Seterusnya Jadual 3 menunjukkan bidang pilihan yang sesuai diceburi oleh usahawan dalaman UUM mengikut keutamaan. Hasil kajian menunjukkan perkhidmatan teknologi maklumat dan perkilangan teknologi maklumat merupakan dua (2) bidang pilihan utama diikuti oleh pendidikan. Manakala bidang yang paling tidak sesuai diceburi adalah perkilangan logam, perkilangan logam dan arang batu dan perkilangan kimia, plastik dan getah.

Page 8: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Jadual3 : Bidang Pilihan Mengikut Keutarnaan

Manfaat Penubuhan Usahawanan Dalarnan

Dapatan menunjukkan responden bersetuju dengan kesemua item dalam faktor manfaat. Jadual4 menunjukkan item penggunaan kepakaran, universiti perintis dan pengutamaan kreativiti sebagai tiga (3) item terpenting mengikut keutamaan, diikuti oleh item pengukuhan keuntungan dan penggunaan potensi usahawan.

Jadual4 : Manfaat Usahawanan Dalarnan Mengikut Keutarnaan

Page 9: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Perbezaan Respons Ke Atas Manfaat Dengan Profil Responden

Ujian T dilakukan bagi meneliti perbezaan markat manfaat dengan jantina, manakala ujian ANOVA se hala (berserta ujian post hoc Scheffe) pula telah dijalankan ke atas faktor umur, bangsa, tempat tinggal, taraf pendidikan dan pekerjaan pasangan bagi yang telah berkahwin.

Hasil ujian T tidak menunjukkan sebarang perbezaan respons yang signifikan. Manakala ujian ANOVA hanya menunjukkan faktor tempat tinggal mempunyai hubungan yang signifikan bagi item pembentukan barang baru (p=0.023). Ujian T dan ANOVA se hala juga telah dijalankan ke atas faktor manfaat secara keseluruhan (12 item). Hasil mendapati tiada perbezaan respons yang signifikan.

Perbezaan Manfaat Bagi Usahawanan Dalaman

Jadual 5 menunjukkan hasil ujian T terhadap rninat pensyarah menjadi usahawan dalaman di UUM jika diberi peluang. Didapati perbezaan respons yang signifikan wujud ke atas enam (6) daripada 12 item yang diuji. Ini bermakna responden yang berminat menyertai skim ini lebih bersetuju dengan keenam-enam item manfaat tersebut.

Jadual5 : Perbezaan Respons Ke Atas Faktor Manfaat

Sementara itu, dari aspek kejayaan UUM menjadikan stafnya usahawan dalaman menunjukkan wujudnya perbezaan signifikan bagi item pengukuhan keuntungan (p=0.014) dan item pembentukan barang baru (p=0.002). Seterusnya Ujian T telah dijalankan ke atas faktor manfaat secara keseluruhan (12 item). Namun tiada sebarang perbezaan signifikan ditunjukkan.

FAKTOR PENCETUS USAHAWAN DALAMAN

Jadual 6 menunjukkan analisis f i n mudah bagi faktor pencetus mengikut keutamaan. Perrnintaan terhadap khidmat merupakan faktor terpenting diikuti oleh universiti dalam bidang pengurusan dan idea baru. Manakala faktor lebihan sumber tanah, lebihan sumber bangunan dan arahan kerajaan merupakan tiga (3) faktor yang paling rendah markatnya.

Page 10: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Jadual6 : Faktor Pencetus Mengikut Keutamaan

Perbezaan Respons Ke Atas Faktor Pencetus Dengan Usahawan Dalaman

Ujian T telah dijalankan ke atas minat pensyarah menjadi usahawan dalaman UUM jika diberi peluang. Hasil ujian mendapati perbezaan respons yang-signifikan wujud ke atas item permintaan terhadap aplikasi teori (p=0.047) sahaja. Penelitian lanjut mendapati responden yang tidak berminat menyertai skim usahawan dalaman tidak bersetuju bahawa permintaan terhadap aplikasi teori merupakan salah satu faktor pencetus.

Sementara itu, tiada perbezaan signifikan bagi respons terhadap kejayaan UUM menjadikan stafnya usahawan dalaman. Ujian T yang telah dijalankan ke atas faktor pencetus secara keseluruhan (13 item) juga tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan.

FAKTOR GALAKAN USAHAWAN DALAMAN

Analisis rnin mudah bagi faktor galakanlkemudahan sedia ada mengikut keutarnaan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7. Tempat berniaga, latihan/kursus dan pendedahan terhadap peluang perniagaan merupakan faktor yang mendapat markat yang tinggi manakala masa kerja anjal, keutarnaan untuk berniaga kepada staf sendiri dan modal merupakan tiga (3) faktor yang paling rendah rnarkatnya. Penelitian selanjutnya mendapati keseluruhan respons tidak pasti dengan galakan yang sedia ada. Ini adalah berdasarkan nilai min yang rendah iaitu kurang daripada 3.5.

Page 11: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Jadual7 : Faktor Galakan Mengikut Keutamaan - - - -

Perbezaan Respons Ke Atas Faktor Galakan Dengan Usahawan Dalaman

Keutamaan

1 2 3 4 5 6 7

Ujian T telah dijalankan ke atas minat pensyarah menjadi usahawan dalaman UUM jika diberi peluang. Namun hasil ujian tidak menunjukkan perbezaan respons yang signifikan. Sementara itu, wujud perbezaan signifikan bagi respons terhadap kejayaan UUM menjadikan stafnya usahawan dalaman bagi item masa kerja anjal (p=0.026). Penelitian lanjut mendapati pensyarah yang yakin UUM akan berjaya menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman bersetuju bahawa tiada galakan yang diberikan dari segi masa kerja anjal. Manakala pensyarah yang tidak yakin pula, tidak pasti dengan bentuk galakan yang disediakan. Seterusnya, ujian T yang telah dijalankan ke atas faktor g a l h . secara keseluruhan (7 item) juga tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan.

FAKTOR KEJAYAAN DAN KEGAGALAN USAHAWAN DALAMAN

Tempat Berniaga Latihankursus Pendedahan terhadap peluang perniagaan Persekitaran yang boleh berkreatif Modal Keutarnaan untuk berniaga kepada staf sendiri Masa kerja anjal

Berdasarkan analisis min mudah, Jadual 8 dan 9, menunjukkan faktor kejayaan dan kegagalan usahawan dalaman mengikut keutamaan responden. Tiga (3) faktor kejayaan utama adalah komitmen pihak terlibat, khidmat nasihat dan rundingan dan pulangan yang baik. Manakala strategi pasaran lemah, kos operasi tinggi dan rekabentuk barang kurang menarik menyumbang kepada faktor kegagalan yang utarna.

Jadual 8: Faktor Kqjayaan Usahawan Dalaman Mengikut Keutamaan

Min

3.32 3.23 2.96 2.95 2.87 2.84 2.74

1 Keutamaan 1 I Min ( Sisihan I

Sisihan Piawai

1.17 1.15 1.25 1.19 1.09 1.14 1.18

Page 12: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Jadual 9 : Faktor Kegagalan Usahawan Dalaman Mengikut Keutamaan

Perbezaan Respons Ke Atas Kejayaan Dan Kegagalan Keusahawanan Luaran

Hasil ujian T (signifikan sahaja) adalah seperti dalam Jadual 10. Analisis mendapati responden yang berrninat menjadi usahawan dalaman lebih bersetuju (berbanding kumpulan yang memberikan respons negatif) bahawa faktor-faktor berikut merupakan salah satu faktor kejayaan.

Jadual10 : Perbezaan Respons Ke Atas Faktor Kejayaan Usahawan Dalaman

Dari aspek potensi UUM menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman pula, dapatan menunjukkan responden yang mengatakan bahawa staf UUM akan berjaya sebagai usahawan dalaman lebih bersetuju dengan faktor-faktor seperti dalam Jadual 11 di bawah.

Jadual 11: Perbezaan Respons Ke Atas Faktor Kejayaan Usahawan Dalaman

Memenuhi Kreteria Pengeluaran Perjanjian Yang Termeterai Dorongan Dari UUM Wawasan UUM Kemudahan Berkomunikasi Dalam Organisasi

Minat Menjadi Usahawan Dalaman

0.001 0.001 0.039 0.037 0.003

Projek Yang Dipilih Khidmat Nasihat Dan Rundingan Penyediaan Prernis Fleksibiliti Pengurusan Kemudahan Berkomunikasi Dalarn Organisasi

Potensi staf UUM Menjadi

Usahawan Dalaman 0.014 0.022 0.037 0.022 0.030

Page 13: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Seterusnya, analisis ujian T ke atas faktor kejayaan secara keseluruhan (14 item) tidak menunjukkan sebarang perbezaan respons yang signifikan.

Ujian T ke atas faktor kegagalan pula menunjukkan pensyarah yang berrninat menjadi usahawan dalaman bersetuju bahawa faktor strategi pasaran lemah (p=0.050), rekabentuk barang kurang menarik (p=0.000) dan kepimpinan usahawan (p=0.043) sebagai faktor kegagalan berbanding pensyarah yang tidak berrninat menjadi usahawan dalaman. Manakala, responden yang mengatakan bahawa UUM akan berjaya menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan responden yang memberikan jawapan yang sebaliknya. Sama seperti faktor kejayaan, ujian T secara keseluruhan (9 item) bagi faktor kegagalan juga tidak menunjukkan sebarang kewujudan perbezaan respons yang signifikan.

PERANAN UNIVERSITI DALAM MEWUJUDKAN USAHAWAN DALAMAN

Keutamaan peranan yang perlu dimainkan oleh UUM dalam mewujudkan usahawan dalaman adalah mengadakan skim usahawan dalaman, mengadakan kemudahan inovasi, mengesan kepemimpinanketokohan usahawan, kecanggihan IT dan mewujudkan unit pernantauan intrapreneurship universiti. Peranan-peranan lain adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.

Jadual 12 : Peranan Universiti Mengikut Keutamaan

Perbezaan Respons Antara Peranan Organisasi Dengan Usahawan Dalaman

Hasil ujian T (signifikan sahaja) adalah seperti dalam Jadual 13. Analisis mendapati responden yang berminat menjadi usahawan dalaman lebih bersetuju (berbanding kumpulan yang memberikan respons negatif) bahawa faktor-faktor berikut merupakan peranan yang wajar dimainkan oleh UUM.

Page 14: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Jadual 13 : Perbezaan Respons Ke Atas Faktor Peranan Universiti Mewujudkan Usahawan Dalaman

Menjadi Usahawan

Dari sudut potensi UUM menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman pula, dapatan menunjukkan responden yang mengatakan bahawa staf UUM akan berjaya sebagai usahawan dalaman lebih bersetuju bahawa faktor mengadakan jawatankuasa skim intrapreneurship (p=0.030) merupakan peranan yang perlu dimainkan oleh UUM. Seterusnya, ujian T yang dijalankan secara keseluruhan (15 item) tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan.

KEKANGAN DALAM MEWUJUDKAN USAHAWAN DALAMAN

Jadual 14 di bawah menunjukkan kekangan-kekangan yang dihadapi dalam mewujudkan usahawan dalaman mengikut keutaman. Dapatan kajian menunjukkan kekurangan modal, agihan masa bekerja dan berniaga dan tiada galakan daripada organisasi adalah tiga (3) kekangan yang utama. Kesukaran mendapat pekerja bukan menjadi penghalang kepada usahawan dalaman.

Jadual 14 : Faktor Kekangan Usahawan Dalaman Mengikut Keutamaan

Page 15: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Perbezaan Respons Antara Faktor Kekangan Dengan Usahawan Dalaman

Ujian T ke atas minat pensyarah menjadi usahawan dalaman mendapati perbezaan respons yang signifikan wujud ke atas faktor agihan masa bekerja dan berniaga (p=0.010). Mereka yang berminat bersetuju bahawa faktor agihan masa bekerja dan berniaga sebagai satu kekangan dalam menjadi usahawan dalaman. Sementara itu, tidak wujud sebarang perbezaan signifikan dari aspek respons berkaitan kejayaan UUM menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman. Malah, ujian T yang telah ke atas faktor kekangan secara keseluruhan (1 1 item)juga tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa UUM mempunyai prospek yang agak baik untuk mewujudkan usahawan dalaman dikalangan pensyarah memandangkan 51.8% daripada para pensyarahnya berminat menjadi usahawan dalaman jika diberi peluang. Kenyataan ini disokong pula dengan 77.9% yakin bahawa UUM akan berjaya menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman UUM (intrapreneur). Daripada 77.9% yang yakin, 56.3% berminat untuk menjadi usahawan dalaman. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pensyarah yakin bahawa UUM &an berjaya menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman tetapi mereka tidak berminat untuk turut serta. Mereka yang tidak berminat memberikan alasan belum bersedia dengan kesibukan. Walaupun demikian, 54.1% daripada responden sangat setuju supaya UUM memulakan skim keusahawanan dalaman. Di samping itu, 43.5% daripada rakan-rakan pensyarah dari luar UUM menyatakan keinginan untuk menjalankan perniagaan besar denagan UUM dan bidang percetakan menjadi pilihan utama (65.9%). Ini mungkin disebabkan bidang ini berkait secara langsung dengan UUM sebagai sebuah institusi pendidikan. Usahawan dalaman di kalangan pensyarah UUM dijangka mempunyai peluang yang cerah untuk diwujudkan bagi mengoptimakan penggunaan sumber kepakaran dan pengetahuan serta teknologi maklumat yang wujud di UUM.

Pengwujudan usahawan dalaman di kalangan pensyarah perlulah lebih terbuka dan tiada syarat khusus yang diperlukan supaya dapat menggalak dan menarik minat lebih ramai pensyarah untuk menjadi usahawan dalam. Ini disebabkan faktor-faktor tidak menunjukkan perbezaan respons yang signifikan, melainkan faktor tempat tinggal sahaja yang menunjukkan perbezaan respons yang ketara. Mengambilkira perbincangan ini, keutamaan hendaklah diberi kepada pensyarah yang berrninat dan bersedia untuk menjadi usahawan dalaman. Keutamaan ini juga adalah munasabah memandangkan kebanyakan responden (termasuk yang tidak berminat) menyatakan UUM akan berjaya menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman.

Secara umumnya, pensyarah yang berminat menjadi usahawan dalaman bersetuju bahawa jangkaan hasil daripada skim keusahawanan dalaman kepada UUM adalah dari segi pembentukan barangkhidmat baru dan penggunaan kepakaran. Dengan penubuhan usahawan dalaman, beberapa barangkhidmat baru dapat diwujudkan melalui penggunaan

Page 16: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

kepakaran yang telah sedia ada. Selain daripada itu, UUM akan menjadi universiti perintis dalam bidang keusahawanan korporat dan ini mengukuhkan pertaliannya dengan pihak lain di luar. Manfaat seterusnya adalah wujudnya penyesuaian yang pantas kepada persekitaran di mana UUM akan dapat mengambil kesempatan daripada peluang yang ada di sekitarnya untuk menjalankan perniagaan yang bersesuaian mengikut kehendak semasa. Skim keusahawanan dalaman ini juga dijangka akan dapat menyumbang dari segi penyegaran syarikat. Sementara itu, pensyarah yang yakin bahawa UUM akan berjaya menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman bersetuju faktor pengukuhan keuntungan dan pembentukan baranglkhidmat baru sebagai hasil yang dijangkakan daripada skim keusahawanan ini. Faktor pengukuhan keuntungan dijangka akan memberi manfaat kepada kejayaan usahawan dalaman mungkin ada kaitan dengan bentuk pegangan ekuiti yang utama dipilih iaitu 51% UUM dan 49% responden. Ini menunjukkan usahawan dalaman akan mendapat 49% daripada keuntungan yang bakal diperolehi. Oleh yang demikian responden yang yakin dengan potensi UUM menjadikan stafnya usahawan dalaman bersetuju bahawa pengukuhan keuntungan merupakan salah satu manfaat yang dijangkakan.

Penemuan kajian menunjukkan pensyarah yang berminat menjadi usahawan dalaman bersetuju bahawa permintaan terhadap aplikasi teori merupakan faktor pencetus pewujudan skim usahawan dalaman. Ini mungkin disebabkan pengajaran di universiti banyak ditekankan dari aspek teori dan pensyarah adalah lebih mahir dari sudut tersebut.. -.

Dari aspek faktor kejayaan pula, responden yang berminat menjadi usahawan dalaman bersetuju bahawa unsur-unsur berikut akan menentukan kejayaan pengwujudan skim usahawan dalaman iaitu memenuhi kriteria pengeluaran, perjanjian yang termeterai, dorongan dari UUM, wawasan UUM dan kemudahan berkomunikasi dalam organisasi. Manakala responden yang yakin dengan potensi UUM mewujudkan usahawan dalaman bersetuju bahawa projek yang dipilih, khidmat nasihat dan rundingan, penyediaan premis fleksibiliti pengurusan dan kemudahan berkomunikasi dalam organisasi sebagai unsur yang akan menentukan kejayaan usahawan dalaman. Dapatan ini agak berbeza dengan tujuh faktor kritikal yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah inovasi oleh Twiss (1984).

Sebaliknya, pensyarah yang berminat menjadi usahawan bersetuju bahawa strategi pasaran yang lemah, rekabentuk barang kurang menarik dan kepemimpinan usahawan sebagai faktor yang akan menggagalkan penubuhan skim keusahawanan dalaman. Oleh yang demikian, penubuhan slum usahawan dalaman perlu memastikan inovasi yang berorientasikan pasaran yang baik (Twiss, 1984), strategi pasaran yang berkesan, rekabentuk yang menarik dan terkini serta wujudnya sifat kepemimpinan dalam diri usahawan dalaman itu sendiri.

Majoriti responden yang yakin UUM akan berjaya menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman bersetuju supaya UUM memainkan peranan dengan mengadakan jawatankuasa skim intrapreneurship. Ini bagi memastikan penubuhan usahawan dalaman dapat dibuat dengan teliti dan cermat melalui satu jawatankuasa yang khusus. Di samping itu, jawatankuasa skim intrapreneurship ini juga diharap dapat membuat pemantauan yang

Page 17: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

sewajarnya dari segala aspek usahawan dalaman bagi memastikan kejayaan dan manfaat kepada UUM clan usahawan dalaman sendiri. Sementara itu, pensyarah yang berminat menjadi usahawan dalaman bersetuju UUM berperanan dalam mengadakan jawatankuasa skim intrapreneurship, menggalakkan budaya mencuba, penilaian prestasi buat jangka panjang, memberi ganjaran untuk sumbangan, fleksible dalam penentuan objektif, sokongan padu oleh Naib Canselor, mengadakan skim usahawan dalaman, kecanggihan IT dan mengadakan satu sistem maklumbalas yang berkesan. Unsur sokongan Naib Canselor adalah selari dengan kajian Twiss (1984)~ yang memerlukan rninat pegawai utama dalam ha1 keusahawanan korporat. Sementara itu, peranan UUM dalam memberi ganjaran untuk sumbangan nampaknya menyokong kajian oleh Hisrich (1995).~

Penemuan menunjukkan bahawa galakan yang paling kurang disediakan oleh UUM ialah dari segi masa kerja anjal. Didapati hampir kesemua pensyarah tidak pasti sama ada UUM dapat menyediakan masa kerja anjal bagi tujuan usahawan dalaman. Tambahan lagi, mereka juga tidak pasti sama ada unsur rnasa kerja anjal merupakan faktor galakan sedia ada kepada kejayan UUM menjadikan stafnya sebagai usahawan dalaman. Wujud ketidakpastian di sini disebabkan skim usahawan dalaman belum dilaksanakan lagi dan responden tidak nampak akan galakan dari segi masa kerja anjal.

Dalam usaha untuk memastikan penubuhan clan kejayaan usahawan dalaman di UUM, didapati pensyarah yang berrninat menjadi usahawan dalaman jika diberi peluang bersetuju bahawa agihan masa bekerja dan berniaga merupakan kekangan dalam memulakan perniagaan. Penemuan ini adalah agak menarik kerana ia ada hubungan dengan ketidakpastian responden berhubung dengan masa kerja anjal. Kekangan usahawan dalaman dari segi agihan masa bekerja dan berniaga menjelaskan bahawa mereka tidak dapat membahagikan masa bekerja dan berniaga dengan baik disebabkan tiada masa kerja yang lebih anjal . Kebanyakan pensyarah menumpukan lebih masa kepada pengajaran, penyelidikan dan penerbitan. Oleh yang demikian, ULIM perlu merangka satu sistem masa kerja yang lebih fleksible bagi membolehkan pensyarah menjalankan dua kerja dalam satu masa iaitu sebagai pensyarah dan usahawan dalaman dengan lebih bermakna dan berkesan.

Kepentingan kajian ini dilihat dari aspek mew ujudkan peluang kepada UUM menggunakan sumber yang ada (pensyarah) secara yang lebih efektif bagi mencapai manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha mewujudkan usahawan dalaman. Hasilnya UUM akan menjadi universiti perintis yang bakal menjadi sumber rujukan pihak lain di masa hadapan.

Dalam kajian yang diketuai oleh Siti Maimon bte Haji Kamso dan dianggotai oleh tiga penyelidik seperti tertera di atas melalui germ (UUM) melalui Institut Pembangunan Keusahawanan,UUM.

Dalam kajian yang diketuai oleh Siti Maimon bte Haji Kamso dan dianggotai oleh tiga penyelidik seperti tertera di atas melalui geran (UUM) melalui Institut Pembangunan Keusahawanan,UUM.

217

Page 18: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Daripada penemuan kajian dan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa UUM mempunyai prospek yang baik untuk menubuhkan keusahawanan dalaman dan peluang yang ada ini haruslah diberi perhatian yang sewajarnya dalam mewujudkan perkongsian bijak seperti yang disarankan oleh kerajaan. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya minat di kalangan pensyarah W untuk menjadi usahawan dalaman jika diberi peluang. Ditambah pula dengan majoriti responden yang yakin bahawa UUM akan berjaya menjadikan stafnya usahawan dalaman. Dalam pada itu, kebanyakan responden bersetuju supaya UUM memulakan skim keusahawanan dalaman. Malahan, perbezaan respons di kalangan mereka juga adalah tidak ketara. Oleh kerana usahawan dalaman merupakan kaedah keusahawanan yang jarang diamalkan, UUM sewajarnya mengambil peluang menjadi universiti perintis bagi meningkatkan inovasi dalam bidang pendidikan dan pengurusan, ditambah dengan kecanggihan teknologi maklumat yang mampu diperolehi di kalangan pensyarah sendiri. Justeru itu, UUM perlu memainkan peranan yang lebih aktif bagi mencetus dan menjayakan keusahawanan dalaman, di samping mengawasi perkara-perkara yang boleh menggagalkannya. Selain itu, UUM juga perlu mewujudkan satu dana khas untuk usahawan dalaman bagi menjamin keperluan modal yang mencukupi. Namun dernikian, perlaksanaan keusahawanan dalaman di UUM mungkin akan mengambil sedikit masa disebabkan proses yang agak perlahan. Ini kerana kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenalpasti ciri-ciri usahawan dalaman (Anonymous, - -- -=.,- ,

1991) dalam memastikan kejayaan intrapreneurship dalam jangka masa yang panjang.

Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif untuk melihat prospek keusahawanan dalaman di kalangan pensyarah UUM. Penemuan ini seterusnya memungkinkan pihak pengurusan UUM mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi membuka ruang kepada pensyarah untuk menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam mewujudkan usahawan dalaman yang berjaya di kalangan pensyarahnya.

Rujukan

, , Ab Aziz Yusof. (1999). Asas-asas Keusahawanan. Prentice Hall: Petaling Jaya.

Adams, R. (1995). 'Intrapreneurship' Right for Industry. Electronic Engineering Times, p31.

Anonymous (1991). "Could Hidden Talent Lead your Company into New Market?' Business Marketing Digest, 121- 127.

Md. Radzi, M.N.. (1992). "Differences in Intrapreneurial Personality, Styles, and Climate Between American and Malaysian Intrapreneurs". Journal of International Business and Entrepreneurship. Vol. 1, no. 1, 107-1 16.

Page 19: Prospek Keusahawanan Dalaman (Intrapreneurship) di

Burgelman, R.A.(1984). Designs for Corporate Entrepreneuring. California Management Review, 26.

Carrier, C. (1996). Intrapreneurship in Small Businesses: An Exploratory Study. Entrepreneurship: Theory & Practice. Vo1.21, p5.

Console, M. (1995). Companies Capitalize on Inner Strenght. Sun Francisco Business Times. Vol. 9, p34.

Hisrich, R.D. and Cinneide, B.O. (1996). Entrepreneurial Activities in Europe-oriented Institutions. Journal of Managerial Psychology. Vol. 11.

Kanter, R.M. (1985). Supporting Innovation and Venture Development in Established Companies. Journal of Business Venturing: January.

Kuratko, D.F. and Montagno, R.V. (1993). The Intrepreneuring Spirit. Training and Development Journal: October.

Moms, Mitt and Trotter, J.D. (1990). Institutioning Entrepreneurship in a Large Company: A Case Study at AT & T. Industrial Marketing Management, 9.

Pinchot, G. (1987). Innovation T G Z U ~ ~ Intrapreneuring. Research Management. Val.--- XXX, No.2.

Pinchot, G. (1985). Intrapreneuring. New York: Harper & Row.

Siti Maimon Haji Karnso., Ab. Aziz Yusof., Hijattulah Abdul Jabbar & Siti Zabedah Haji Saidin. (2000). Status dan Prospek Keusahawanan Korporat: Kajian Empiri, Seminar Penyegaran Syarikat, March 27-28, Sintok, Universiti Utara Malaysia.

Twiss, B. (1984). Managing Technological Innovation. London, Longman.

6(H124 (i'793 Perpustakaen Sultanah B&i-i: .

Universiti UMa Malay&i