930 syariah baharu _april 2012

87
STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Upload: fairuz-shah

Post on 12-Aug-2015

297 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

syariah

TRANSCRIPT

Page 1: 930 Syariah Baharu _April 2012

1

STPM/S930

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

SYARIAH Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh

Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Page 2: 930 Syariah Baharu _April 2012

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Page 3: 930 Syariah Baharu _April 2012

3

PRAKATA

Sukatan Pelajaran Syariah yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Syariah sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 2003. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Syariah ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Syariah ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran ini akan memberikan pendedahan kepada calon di peringkat prauniversiti tentang pengajian fiqh, usul fiqh dan kaedah fiqh, ayat ahkam dan hadis ahkam untuk memahami hukum syarak di samping menyelesaikan masalah yang berbangkit. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calon menjalankan kerja kursus. Pentaksirannya dibuat melalui penghasilan kerja projek. Aspek ini difikirkan penting kerana melalui kerja kursus, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan kerja kursus tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kerja kursus pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan. Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut penggal, di samping skim pentaksiran, pemerihalan prestasi, glosari, senarai rujukan dan soalan contoh. Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Profesor Madya Mohd Ridzuan bin Awang dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah universiti tempatan, pakar bidang Syariah, wakil dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Bahagian Kurikulum), dan guru-guru yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Syariah. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis Peperiksaan Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai matlamatnya. OMAR BIN ABU BAKAR Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Page 4: 930 Syariah Baharu _April 2012

4

KANDUNGAN

Sukatan Pelajaran 930 Syariah

Halaman Matlamat 1 Objektif 1 – 3 Kandungan Penggal 1 4 – 16 Penggal 2 17 – 29 Penggal 3 30 – 55 Kerja Kursus (Kerja Projek) 56 Skim Pentaksiran 57 – 58 Pemerihalan Prestasi 59 Glosari 60 – 65 Senarai Rujukan 66 – 69 Kertas Soalan Contoh: Kertas 1 70 – 73 Kertas 2 74 – 77 Kertas 3 78 – 81 Kertas 4 82 – 83

Page 5: 930 Syariah Baharu _April 2012

1

SUKATAN PELAJARAN 930 SYARIAH

Matlamat Sukatan pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan pelajar dalam bidang Syariah bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang berkenaan ke peringkat yang lebih tinggi serta melahirkan pelajar yang beriman, beramal soleh, berperibadi mulia, dan berkeupayaan mengistinbat hukum secara ilmiah yang berkaitan dengan amalan harian. Objektif Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar: (a) menggunakan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah

Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak;

(b) mengistinbatkan hukum-hukum syarak daripada sumber-sumbernya yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit;

(c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(d) membuat rumusan dan penilaian tentang isu-isu dalam bidang Syariah;

(e) menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan sesuatu Ayat Ahkam atau Hadis Ahkam. Kandungan Sukatan pelajaran Syariah dibahagikan kepada empat kertas, iaitu Kertas 1: 930/1 – Pengajian Fiqh, Kertas 2: 930/2 – Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Kertas 3: 930/3 – Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam, dan Kertas 4: 930/4 – Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah. Pembahagian adalah seperti yang berikut:

Kertas Kod Pelajaran

1

2

3

4

930/1

930/2

930/3

930/4

Pengajian Fiqh

Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam

Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah

Page 6: 930 Syariah Baharu _April 2012

2

Kertas 1: 930/1 – Pengajian Fiqh (120 waktu)

Fiqh Bilangan Tajuk Utama Waktu

Muamalat 8 50 Munakahat 4 26 Mirath 3 16 Jenayah 4 28

Kertas 2: 930/2 – Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh (120 waktu)

Usul Fiqh (84 waktu) Kaedah Fiqh (36 waktu) Tajuk Waktu Tajuk Waktu

Pengenalan Pengenalan sumber hukum Al-Quran Al-Sunnah Ijmak Qiyas Istihsan Maslahah Sadd al-Dharai’ Istishab Ijtihad Taqlid dan Talfiq

4 1 8 12 7 12 6 6 8 6 8 6

Pengenalan Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3 Kaedah 4 Kaedah 5

4 8 6 6 6 6

Kertas 3: 930/3 – Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam (120 waktu)

Ayat Ahkam (60 waktu) Hadis Ahkam (60 waktu)

Tajuk Waktu Tajuk Waktu

Pendidikan dan Sahsiah 10 Pendidikan dan Sahsiah 10

Keluarga 10 Keluarga 10

Kemasyarakatan 10 Kemasyarakatan 10

Kesihatan 10 Kesihatan 10

Pembangunan dan Ekonomi 10 Pembangunan dan Ekonomi 10

Siasah/Kepimpinan 10 Siasah/Kepimpinan 10

Page 7: 930 Syariah Baharu _April 2012

3

Kertas 4: 930/4 – Kerja Kurus (Kerja Projek) Syariah

Bil Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh

Penulisan

1 Pengenalan 2

48 (80%)

2 Penghargaan 2

3 Objektif Kajian 5

4 Kaedah Kajian 4

5 Hasil Kajian dan Ulasan 20

6 Rumusan dan Cadangan 4

7 Senarai Rujukan 4

8 Kemahiran Manipulatif 2

9 Kemahiran Insaniah 5

Pembentangan

1 Pembentangan Kerja Projek 5

12 (20%) 2 Soal Jawab 3

3 Kreativiti 2

4 Keterampilan 2

Page 8: 930 Syariah Baharu _April 2012

4

Penggal 1

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

Pengajian Fiqh

A Muamalat 1 Jual beli 10 Calon seharusnya dapat:

1.1 Konsep jual beli 1 (a) menjelaskan konsep jual beli

dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

1.2 Jenis jual beli

(i) jual beli sah

(ii) jual beli yang tidak sah

2 (b) membezakan jenis jual beli yang sah dan tidak sah;

1.3 Konsep khiyar 1 (c) menggunakan pengetahuan

tentang khiyar dari segi pengertian, dalil, hukum, jenis, dan hikmat untuk menentukan hak dalam pelaksanaan jual beli;

1.4 Jenis khiyar

(i) khiyar majlis

(ii) khiyar syarat

(iii) khiyar aib

2 (d) membezakan jenis khiyar, iaitu khiyar majlis, khiyar syarat, dan khiyar aib;

1.5 Persoalan semasa tentang jual beli

(i) bay’ fuduli

(ii) bay’ mu’atah

(iii) bay’ urbun

(iv) bay’ bithaman ajil

(v) bay’ murabahah

(vi) bay’ inah

(vii) bay’ salam

(viii) bay’ istisna’

4 (e) menganalisis persoalan semasa untuk:

(i) menentukan ciri perbezaan antara jual beli biasa dengan bay’ fuduli, bay’ mu’atah, bay’ urbun, bay’ bithaman ajil, bay’ murabahah, bay’ inah, bay’ salam, dan bay’ istisna’;

(ii) menilai pelbagai pendapat fuqaha’ tentang hukum bay’ mu’atah, bay’ bithaman ajil, dan bay’ inah.

Page 9: 930 Syariah Baharu _April 2012

5

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2 Riba 6 Calon seharusnya dapat:

2.1 Konsep riba 1 (a) menjelaskan konsep riba dari

segi pengertian, dalil, hukum, dan hikmat pengharamannya:

2.2 Jenis riba

(i) riba hutang

(ii) riba jual beli

3 (b) mengenal pasti dan menjelaskan jenis riba hutang dan riba jual beli;

(c) membezakan jenis riba hutang dan riba jual beli;

2.3 Perkara yang berkaitan dengan persoalan semasa

(i) pinjaman yang dikenakan faedah

(ii) simpanan wang yang dibayar faedah

(iii) perbezaan antara insurans dan takaful

2 (d) menganalisis beberapa persoalan semasa untuk menentukan jenis riba:

(i) pinjaman yang dikenakan faedah;

(ii) simpanan wang yang dibayar faedah;

(iii) konsep riba yang berlaku dalam insurans konvensional berbanding dengan takaful.

3 Ijarah 4 Calon seharusnya dapat:

3.1 Konsep ijarah 1 (a) menjelaskan konsep ijarah dari

segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

3.2 Jenis ijarah

(i) sewa

(ii) upah

1 (b) mengenal pasti dan menghuraikan jenis ijarah iaitu sewa dan upah;

3.3 Pembatalan ijarah 1 (c) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan akad ijarah;

3.4 Persoalan semasa tentang ijarah

(i) upah mengerjakan ibadah

(ii) sewa atas sewa (iii) sewa menerusi agen (iv) sewa beli

1 (d) menganalisis persoalan semasa tentang ijarah untuk menentukan hukum:

(i) upah mengerjakan ibadah;

(ii) sewa atas sewa; (iii) sewa menerusi agen; (iv) sewa beli seperti al-

ijarah thumma al-bay’.

Page 10: 930 Syariah Baharu _April 2012

6

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

4 Al-Rahn 6 Calon seharusnya dapat:

4.1 Konsep al-rahn 1 (a) menjelaskan konsep al-rahn

dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

4.2 Hukum berkaitan barang al-rahn

2 (b) menjelaskan hukum dari segi pemilikan barang al-rahn, penggunaan barang al-rahn, kehilangan, kerosakan, dan penyelesaian hutang;

4.3 Pembatalan al-rahn 1 (c) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan akad al-rahn;

4.4 Persoalan semasa berkaitan al-rahn

(i) gadaian secara konvensional

(ii) pelelongan barang gadaian

2 (d) menganalisis beberapa persoalan semasa berkaitan al-rahn:

(i) gadaian secara konvensional;

(ii) pelelongan barang gadaian.

5 Syarikat 8 Calon seharusnya dapat:

5.1 Konsep syarikat 1 (a) menjelaskan konsep syarikat

dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

5.2 Jenis syarikat dan hukumnya

(i) inan

(ii) wujuh

(iii) abdan

(iv) mufawadah

(v) mudarabah

4 (b) mengenal pasti dan menghuraikan jenis syarikat;

(c) membandingkan pandangan fuqaha’ terhadap keharusan jenis syarikat dan alasan masing-masing;

5.3 Pembatalan syarikat 1 (d) menerangkan keadaan yang

membatalkan syarikat;

Page 11: 930 Syariah Baharu _April 2012

7

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

5.4 Persoalan semasa tentang syarikat:

(i) amalan mudarabah dalam Perbankan Islam, takaful, dan saham

(ii) amalan pelaburan Islam dan konvensional

2 (e) menganalisis beberapa persoalan semasa tentang syarikat dari sudut:

(i) amalan mudarabah dalam perbankan Islam, takaful, dan saham;

(ii) amalan pelaburan Islam dan konvensional.

6 Wakalah 4 Calon seharusnya dapat:

6.1 Konsep wakalah 1 (a) menjelaskan konsep wakalah

dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

6.2 Pembatalan wakalah 1 (b) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan wakalah;

6.3 Persoalan semasa tentang wakalah:

(i) amalan guaman

(ii) pelantikan wasi (pemegang amanah atau penama)

(iii) perniagaan melalui agen

2 (c) membuat penilaian terhadap pelaksanaan wakalah dalam amalan berikut:

(i) wakalah dalam amalan guaman;

(ii) pelantikan wasi (pemegang amanah atau penama) dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan Amanah Raya Berhad;

(iii) perniagaan melalui agen amanah sebagai wakil.

7 Wadi’ah 4 Calon seharusnya dapat:

7.1 Konsep wadi’ah 1 (a) menjelaskan konsep wadi’ah

dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

7.2 Pembatalan wadi’ah 1 (b) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan wadi’ah;

Page 12: 930 Syariah Baharu _April 2012

8

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

7.3 Persoalan semasa tentang wadi’ah dalam institusi Perbankan Islam dan simpanan konvensional

(i) akaun simpanan

(ii) akaun semasa

2 (c) membuat perbandingan tentang wadi’ah dalam institusi Perbankan Islam dan simpanan dalam perbankan konvensional:

(i) akaun simpanan;

(ii) akaun semasa.

8 Hibah dan wasiat 8 Calon seharusnya dapat:

8.1 Konsep hibah 1 (a) menjelaskan konsep hibah dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, jenis, syarat, dan hikmat;

8.2 Persoalan semasa tentang hibah

(i) hibah dalam akaun simpanan

(ii) hibah dalam takaful (iii) hibah semasa marad

al-maut (iv) penarikan balik hibah

2 (b) membuat penilaian terhadap beberapa soalan semasa tentang hibah:

(i) hibah dalam akaun simpanan;

(ii) hibah dalam takaful; (iii) hibah semasa marad al-

maut; (iv) penarikan balik hibah;

8.3 Konsep wasiat 1 (c) menjelaskan konsep wasiat dari

segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

8.4 Jenis wasiat

(i) am

(ii) khas

(iii) mutlak

(iv) bersyarat

1

(d) membuat klasifikasi terhadap jenis wasiat:

(i) am;

(ii) khas;

(iii) mutlak;

(iv) bersyarat;

8.5 Pembatalan wasiat 1 (e) menentukan keadaan yang boleh membatalkan wasiat;

8.6 Persoalan semasa tentang wasiat

(i) wasiat kepada waris (ii) wasiat wajibah (iii) penulisan wasiat

2 (f) menganalisis persoalan semasa tentang wasiat untuk menentukan hukum:

(i) wasiat kepada waris; (ii) wasiat wajibah; (iii) penulisan wasiat.

Page 13: 930 Syariah Baharu _April 2012

9

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

B Munakahat

1 Praperkahwinan 2 Calon seharusnya dapat:

1.1 Pemilihan jodoh dan peminangan

1 (a) menjelaskan hukum dan kaedah pemilihan jodoh dan peminangan;

1.2 Persoalan semasa tentang praperkahwinan

(i) putus tunang

(ii) batas pergaulan

(iii) hak kafa’ah

1 (b) membuat ulasan terhadap persoalan semasa berdasarkan hukum dan implikasinya yang berkaitan:

(i) putus tunang;

(ii) batas pergaulan semasa bertunang;

(iii) hak kafa’ah bagi bakal pengantin.

2 Perkahwinan 8 Calon seharusnya dapat:

2.1 Konsep perkahwinan 1 (a) menjelaskan konsep

perkahwinan dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

2.2 Perwalian 2 (b) menjelaskan pengertian wali,

mengenal pasti jenis wali, kelayakan wali, kuasa wali, dan wali hakim;

2.3 Perempuan yang haram dikahwini

1 (c) mengenal pasti perempuan yang haram dikahwini sama ada kerana nasab, rada’ah atau musaharah;

2.4 Persoalan semasa tentang perkahwinan

(i) kahwin lari atau tanpa kebenaran

pendaftar nikah

(ii) prosedur poligami

4 (d) menganalisis persoalan semasa tentang perkahwinan seperti:

(i) hukum kahwin lari atau tanpa kebenaran pendaftar nikah dan kesannya di sisi undang-undang;

(ii) prosedur poligami menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia;

Page 14: 930 Syariah Baharu _April 2012

10

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

(iii) kahwin mut’ah (iii) hukum kahwin mut’ah

dan perbahasan ulama mengenainya;

(iv) hak dan tanggungjawab suami isteri menurut undang-undang keluarga Islam

(iv) hak dan tanggungjawab suami isteri menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia.

3 Talak 8 Calon seharusnya dapat:

3.1 Konsep talak 1 (a) menjelaskan konsep talak dari

segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat, dan hikmat;

3.2 Jenis talak dan hukumnya

1 (b) mengenal pasti jenis talak, iaitu

talak sunni, talak bid’i, talak ba’in, dan talak raj’i dari segi hukum dan implikasinya;

3.3 Pembubaran perkahwinan 2 (c) membuat perbandingan antara

keempat-empat jenis pembubaran perkahwinan dari segi alasan dan implikasinya, iaitu fasakh, khulu’, ta’liq, dan faraq;

3.4 Persoalan semasa tentang talak

(i) perceraian di luar Mahkamah Syariah

(ii) kaunseling sebelum perceraian

(iii) tuntutan selepas perceraian

(iv) hak hadanah

(v) talak melalui alat komunikasi elektronik

4 (d) menganalisis persoalan semasa tentang talak berdasarkan hukum dan prosedur:

(i) perceraian di luar Mahkamah Syariah;

(ii) kaunseling sebelum perceraian;

(iii) tuntutan nafkah, pemberian mut’ah, dan harta sepencarian selepas perceraian;

(iv) hak hadanah; (v) talak melalui alat

komunikasi elektronik seperti SMS, e-mel, dan sebagainya.

4 ‘Iddah dan rujuk 8 Calon seharusnya dapat:

4.1 Konsep ‘iddah 1 (a) menjelaskan konsep ‘iddah dari

segi pengertian, dalil, hukum, dan hikmat;

Page 15: 930 Syariah Baharu _April 2012

11

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

4.2 Jenis ‘iddah dan tempohnya

(i) ‘iddah isteri yang dicerai sebelum persetubuhan

(ii) ‘iddah isteri yang hamil

(iii) ‘iddah isteri yang kematian suami

(iv) ‘iddah isteri yang putus haid dan tidak pernah didatangi haid

(v) ‘iddah isteri yang masih didatangi haid

2 (b) mengenal pasti jenis ‘iddah dan tempohnya:

(i) ‘iddah isteri yang dicerai sebelum persetubuhan;

(ii) ‘iddah isteri yang hamil;

(iii) ‘iddah isteri yang kematian suami;

(iv) ‘iddah isteri yang putus haid dan tidak pernah didatangi haid;

(v) ‘iddah isteri yang masih didatangi haid;

4.3 Persoalan semasa tentang ‘iddah

(i) konsep ihdad dalam Islam

(ii) pergaulan suami isteri sewaktu ‘iddah

(iii) hak isteri semasa ‘iddah

2 (c) membuat ulasan terhadap implikasi persoalan semasa tentang ‘iddah:

(i) konsep ihdad dalam Islam;

(ii) pergaulan suami isteri sewaktu ‘iddah;

(iii) hak isteri semasa ‘iddah;

4.4 Konsep rujuk 1 (d) menjelaskan konsep rujuk dari

segi pengertian, dalil, hukum, cara, dan hikmat;

4.5 Persoalan semasa tentang rujuk

(i) rujuk melalui alat komunikasi elektronik

(ii) rujuk tanpa persetujuan isteri

(iii) prosedur rujuk dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia

2 (e) menentukan hukum bagi persoalan semasa tentang rujuk;

(i) rujuk melalui alat komunikasi elektronik seperti SMS, e-mel, dan sebagainya;

(ii) rujuk tanpa persetujuan isteri;

(iii) prosedur rujuk dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia.

Page 16: 930 Syariah Baharu _April 2012

12

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

C Mirath 16 1 Konsep mirath 1 Calon seharusnya dapat:

(a) menjelaskan konsep mirath dari

segi pengertian, dalil, rukun, sebab, syarat, dan halangan pewarisan;

2 Liabiliti dalam harta pusaka 2 Calon seharusnya dapat:

(a) menerangkan liabiliti dalam

harta pusaka, iaitu perbelanjaan pengurusan jenazah, pembayaran hutang, harta sepencarian, pelaksanaan wasiat, dan hak waris;

3 Waris 1 Calon seharusnya dapat:

3.1 Jenis waris dan cara pewarisan

2 (a) mengenal pasti waris yang berhak mendapat harta pusaka;

3.2 Konsep al-hajb 1 (b) membuat perbandingan jenis

waris dan cara pewarisan mereka;

3.3 Penyelesaian kes pembahagian pusaka

6 (c) menjelaskan konsep al-hajb dan mengenal pasti jenis dan waris yang terlibat;

(d) membuat penyelesaian

pembahagian harta pusaka.

4 Persoalan semasa tentang mirath

(i) undang-undang dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia

(ii) peranan Mahkamah Syariah

(iii) penyelesaian secara muafakat

3 Calon seharusnya dapat: (a) membuat ulasan tentang:

(i) undang-undang dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia, iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka besar, dan harta pusaka ringkas;

(ii) peranan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka;

(iii) penyelesaian secara muafakat.

Page 17: 930 Syariah Baharu _April 2012

13

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

D Jenayah 28 1 Pengenalan 2 Calon seharusnya dapat:

1.1 Konsep jenayah

1 (a) menjelaskan konsep jenayah

dari segi pengertian, unsur, dan sumber penentuan hukum;

(b) memerihalkan falsafah

pensyariatan hukum jenayah dari segi matlamat dan keistimewaannya;

1.2 Jenis kesalahan jenayah 1 (c) mengklasifikasikan jenis

kesalahan jenayah dan ciri perbezaannya.

2 Qisas, Diyat, dan Kaffarah 10 Calon seharusnya dapat:

2.1 Konsep qisas, diyat, dan kaffarah

2 (a) menjelaskan konsep qisas, diyat, dan kaffarah dari segi pengertian, dalil, hukum, dan syarat wajib qisas, diyat, dan kaffarah;

2.2 Kesalahan yang mewajibkan qisas, diyat, dan kaffarah

(i) Kesalahan yang

mewajibkan qisas 3 (b) mengenal pasti jenis kesalahan

yang dikenakan hukuman qisas, iaitu pembunuhan secara sengaja dan kecederaan secara sengaja berserta dalil;

(c) menjelaskan kesalahan membunuh secara sengaja dan syaratnya berserta dalil;

(d) menjelaskan kesalahan mencederakan anggota secara sengaja dan syaratnya berserta dalil;

(e) membuat perbandingan antara halangan pelaksanaan qisas dengan pengguguran hukuman qisas;

Page 18: 930 Syariah Baharu _April 2012

14

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

(ii) Kesalahan yang

mewajibkan diyat dan kaffarah

3

(f) mengenal pasti jenis kesalahan

yang dikenakan hukuman diyat sahaja;

(g) mengenal pasti jenis kesalahan yang dikenakan hukuman kaffarah sahaja;

(h) mengenal pasti jenis kesalahan yang dikenakan hukuman diyat berserta kaffarah;

(i) menjelaskan keadaan yang mewajibkan hukuman diyat sahaja;

(j) menjelaskan keadaan yang mewajibkan hukuman kaffarah sahaja;

(k) menjelaskan keadaan yang mewajibkan hukuman diyat berserta kaffarah;

(iii) Jenis diyat 2 (l) mengklasifikasikan jenis diyat,

iaitu diyat mughallazah dan diyat mukhaffafah.

3 Hudud 8 Calon seharusnya dapat:

3.1 Konsep hudud 1 (a) menjelaskan konsep hudud

dari segi pengertian, dalil, dan ciri keistimewaannya;

3.2 Jenis jenayah yang dikenakan hudud

(i) zina 1 (b) menjelaskan pengertian jenayah zina, dalil, rukun, dan syarat;

(c) mengenal pasti hukuman jenayah zina;

(ii) qazaf 1 (d) menjelaskan pengertian jenayah qazaf, dalil, rukun, dan syarat;

(e) mengenal pasti hukuman jenayah qazaf;

Page 19: 930 Syariah Baharu _April 2012

15

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

(iii) minum arak 1 (f) menjelaskan pengertian

jenayah minum arak, dalil, rukun, dan syarat;

(g) mengenal pasti hukuman jenayah minum arak;

(iv) mencuri 1 (h) menjelaskan pengertian jenayah mencuri, dalil, rukun, dan syarat;

(i) mengenal pasti hukuman jenayah mencuri;

(v) hirabah 1 (j) menjelaskan pengertian jenayah hirabah, dalil, rukun, dan syarat;

(k) mengenal pasti hukuman jenayah hirabah;

(vi) riddah 1 (l) menjelaskan pengertian jenayah riddah, dalil, rukun, dan syarat;

(m) mengenal pasti hukuman jenayah riddah;

(vii) bughah 1 (n) menjelaskan pengertian jenayah bughah, dalil, rukun, dan syarat;

(o) mengenal pasti hukuman jenayah bughah;

4 Persoalan semasa tentang jenayah

(i) rogol

(ii) liwat

(iii) penyalahgunaan dadah

(iv) ragut

(v) mengambil wang orang lain melalui transaksi elektronik

2 Calon seharusnya dapat:

(a) mengenal pasti jenis hukuman dan alasan:

(i) rogol;

(ii) liwat;

(iii) penyalahgunaan dadah;

(iv) ragut;

(v) mengambil wang orang lain melalui transaksi elektronik.

Page 20: 930 Syariah Baharu _April 2012

16

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

5 Ta’zir 6 Calon seharusnya dapat:

5.1 Konsep ta’zir 1 (a) menjelaskan konsep ta’zir dari

segi pengertian, dalil, dan hikmat;

5.2 Jenis kesalahan ta’zir 1 (b) menjelaskan jenis kesalahan

yang dikenakan hukuman ta’zir;

5.3 Bentuk hukuman kesalahan ta’zir

1 (c) mengenal pasti bentuk hukuman kesalahan ta’zir;

5.4 Persoalan semasa tentang hukuman ta’zir

3 (d) menganalisis persoalan semasa dari segi ciri, dan hukuman yang akan dikenakan terhadap kesalahan ta’zir berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]:

(i) tidak menghormati Ramadan

(i) tidak menghormati Ramadan;

(ii) tidak menunaikan sembahyang Jumaat

(ii) tidak menunaikan sembahyang Jumaat;

(iii) mengembangkan doktrin agama

(iii) mengembangkan doktrin agama seperti ajaran sesat;

(iv) khalwat (iv) khalwat;

(v) perbuatan tidak sopan di tempat awam

(v) perbuatan tidak sopan di tempat awam.

Page 21: 930 Syariah Baharu _April 2012

17

Penggal 2

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

A. Usul Fiqh 84

1 Pengenalan usul fiqh 4 Calon seharusnya dapat:

1.1 Pengertian usul fiqh dan perbezaannya dengan ilmu fiqh

1 (a) menjelaskan pengertian usul fiqh;

(b) menjelaskan perbezaan antara fiqh

dan usul fiqh;

1.2 Pertumbuhan, perkembangan, dan penyusunan

2 (c) menyusur galurkan perkembangan ilmu usul fiqh dari zaman sahabat hingga zaman Imam Syafie;

(d) mengkategorikan tiga pendekatan

penyusunan usul fiqh, iaitu aliran Mutakallimin, aliran Hanafiah, dan aliran Muta’akhirin;

1.3 Faedah dan skop

perbincangan 1 (e) menjelaskan faedah mempelajari

usul fiqh; (f) mengenal pasti skop perbincangan

usul fiqh.

2 Sumber hukum Calon seharusnya dapat:

2.1 Pengenalan sumber hukum 1 (a) mengenal pasti sumber hukum yang disepakati dan sumber hukum yang tidak disepakati.

2.2 Al-Quran 8 Calon seharusnya dapat:

2.2.1 Pengertian al-Quran 1 (a) menjelaskan pengertian al-Quran;

(b) menjelaskan maksud ungkapan:

(i) wahyu yang bermukjizat;

(ii) diturunkan kepada Rasulullah;

(iii) diturunkan dalam bahasa Arab;

(iv) dinukilkan secara mutawatir;

(v) menjadi ibadah dengan membacanya.

Page 22: 930 Syariah Baharu _April 2012

18

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.2.2 Kehujahan al-Quran 1 (c) mengemukakan dalil dan hujah

tentang kedudukan al-Quran sebagai sumber hukum utama;

2.2.3 Uslub al-Quran

dalam menerangkan hukum

3 (d) menjelaskan tiga uslub al-Quran dalam menentukan hukum, iaitu amr, nahy, dan takhyir;

(e) mengenal pasti contoh daripada nas

al-Quran untuk menjelaskan ketiga-tiga kategori uslub tersebut;

2.2.4 Dalalah al-Quran

dalam menerangkan hukum

3 (f) menjelaskan maksud kedua-dua jenis dalalah al-Quran, iaitu qat’iyyah dan zanniyyah;

(g) mengemukakan contoh daripada nas

al-Quran yang menjelaskan hukum bagi kedua-dua jenis dalalah tersebut.

2.3 Al-Sunnah 12 Calon seharusnya dapat:

2.3.1 Pengertian al-Sunnah 1 (a) menjelaskan pengertian al-Sunnah; 2.3.2 Bahagian al-Sunnah 5 (b) mengkategorikan al-Sunnah

berasaskan kekuatannya sebagai sumber hukum yang dilihat dari dua aspek, iaitu bilangan perawi dan kesahihannya;

(c) menjelaskan ciri hadis mutawatir

dan ahad berserta contoh; (d) menjelaskan ciri hadis sahih, hasan,

dan da’if berserta contoh; 2.3.3 Kehujahan dan

kedudukan al-Sunnah dalam perundangan Islam

2 (e) mengemukakan dalil dan hujah tentang kedudukan al-Sunnah sebagai sumber hukum selepas al-Quran;

2.3.4 Peranan al-Sunnah

dalam penentuan hukum

4 (f) menjelaskan tiga peranan al-Sunnah dalam penentuan hukum, iaitu sebagai pengukuh, penjelas, dan penentu hukum baru berserta contoh.

Page 23: 930 Syariah Baharu _April 2012

19

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.4 Ijmak 7 Calon seharusnya dapat:

2.4.1 Konsep ijmak 1 (a) menjelaskan konsep ijmak dari

segi pengertian, dalil, dan hukum; 2.4.2 Bahagian ijmak 2 (b) mengkategorikan dua jenis ijmak

berasaskan penyataan persetujuan, iaitu ijmak sarih dan sukuti;

(c) mengkategorikan dua jenis ijmak

berasaskan lokasi mujtahid, iaitu ijmak mujtami’ dan ijmak muftariq;

2.4.3 Kehujahan ijmak 2 (d) mengemukakan dalil dan hujah

tentang kedudukan ijmak sebagai sumber hukum selepas al-Quran dan al-Sunnah;

2.4.4 Sandaran ijmak 2 (e) menjelaskan sandaran ijmak dan

kesannya terhadap hukum.

2.5 Qiyas 12 Calon seharusnya dapat:

2.5.1 Pengertian qiyas 1 (a) menjelaskan pengertian qiyas; 2.5.2 Rukun dan syarat

qiyas 4 (b) mengenal pasti empat rukun qiyas;

(c) menjelaskan syarat bagi setiap

rukun berserta contoh; 2.5.3 Bahagian qiyas 1 (d) mengkategorikan dua jenis qiyas

berdasarkan kekuatan illah, iaitu qiyas al-jali (al-awla, qiyas al-musawi) dan qiyas al-khafi (qiyas al-adna);

2.5.4 Kehujahan qiyas 2 (e) membahaskan perbezaan pendapat

ulama tentang qiyas sebagai sumber hukum;

Page 24: 930 Syariah Baharu _April 2012

20

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.5.5 Aplikasi qiyas dalam

menentukan hukum terhadap masalah semasa

(i) penyalahgunaan dadah

(ii) air tapai yang memabukkan

(iii) pertukaran wang dengan wang

(iv) air berkarbonat

4 (f) menentukan hukum dengan menggunakan teori qiyas bagi kes berikut:

(i) penyalahgunaan dadah;

(ii) air tapai yang

memabukkan;

(iii) pertukaran wang dengan wang;

(iv) air berkarbonat. 2.6 Istihsan 6 Calon seharusnya dapat:

2.6.1 Pengertian istihsan 1 (a) menjelaskan pengertian istihsan; 2.6.2 Bahagian istihsan 3 (b) mengkategorikan bahagian

istihsan berasaskan sandarannya; 2.6.3 Kehujahan istihsan 2 (c) membahaskan perbezaan

pandangan ulama tentang istihsan sebagai sumber hukum.

2.7 Maslahah 6 Calon seharusnya dapat:

2.7.1 Pengertian maslahah 1 (a) menjelaskan pengertian maslahah; 2.7.2 Bahagian maslahah 3 (b) mengkategorikan maslahah

berasaskan pengiktirafan syarak, iaitu maslahah mu’tabarah, maslahah mulghah, dan maslahah mursalah;

2.7.3 Kehujahan maslahah

mursalah 2 (c) membahaskan perbezaan

pandangan ulama terhadap kehujahannya.

2.8 Sadd al-Dhari’ah 8 Calon seharusnya dapat:

2.8.1 Pengertian sadd

al-dhari’ah dan perbezaannya dengan muqaddimah

1 (a) menjelaskan maksud al-dhari’ah;

(b) membezakan antara al-dhari’ah dan muqaddimah serta mengemukakan contoh masing-masing;

Page 25: 930 Syariah Baharu _April 2012

21

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.8.2 Perbezaan antara

maqasid dan wasa’il 1 (c) membezakan perbuatan mukallaf

yang disyariatkan hukum terhadapnya dari sudut maqasid (tujuan) dan wasa’il (jalan);

2.8.3 Bahagian sadd

al-dhari’ah 2 (d) mengenal pasti bahagian al-

dhari’ah dari sudut kesan buruk sesuatu perkara atau perbuatan;

2.8.4 Kehujahan sadd

al-dhari’ah 1 (e) membincangkan perbezaan

pandangan ulama tentang kehujahan sadd al-dhari’ah;

2.8.5 Aplikasi sadd

al-dhari’ah terhadap persoalan semasa

(i) tuntutan supaya balu berkabung semasa ‘iddah

(ii) larangan menzahirkan sembahyang Zohor berjemaah bagi orang-orang yang mengalami keuzuran untuk mengerjakan sembahyang Jumaat

(iii) larangan pembelian buah yang sedang berputik di atas pokok

(iv) larangan berbuka puasa kerana uzur di khalayak ramai

(v) larangan menjatuhkan hukuman berasaskan pengetahuan hakim

3 (f) membincangkan pengaplikasian sadd al-dhari’ah terhadap persoalan semasa, iaitu

(i) tuntutan supaya balu berkabung semasa ‘iddah;

(ii) larangan menzahirkan sembahyang Zohor berjemaah bagi orang-orang yang mengalami keuzuran untuk mengerjakan sembahyang Jumaat;

(iii) larangan pembelian buah yang sedang berputik di atas pokok;

(iv) larangan berbuka puasa

kerana uzur di khalayak ramai;

(v) larangan menjatuhkan hukuman berasaskan pengetahuan hakim.

Page 26: 930 Syariah Baharu _April 2012

22

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.9 Istishab 6 Calon seharusnya dapat:

2.9.1 Konsep istishab 1 (a) menjelaskan konsep istishab dari

segi pengertian, dalil, dan contoh; 2.9.2 Bahagian istishab 2 (b) mengenal pasti lima bahagian

istishab;

(c) menjelaskan maksud lima bahagian istishab, serta mengemukakan dalil dan contoh bagi tiap-tiap bahagian;

2.9.3 Kehujahan istishab 1 (d) membincangkan pendapat ulama

mengenai kehujahan istishab dan memilih pendapat yang lebih kuat;

2.9.4 Aplikasi istishab

terhadap persoalan semasa

(i) pewarisan harta orang yang hilang tanpa sebarang berita

(ii) kedudukan wuduk jika keluar benda yang najis tidak melalui qubul dan dubur

(iii) dakwaan keuntungan oleh pemodal dalam kontrak mudarabah

2 (e) membincangkan beberapa masalah fiqh yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian, iaitu

(i) pewarisan harta orang yang hilang tanpa sebarang berita;

(ii) kedudukan wuduk jika keluar benda yang najis tidak melalui qubul dan dubur;

(iii) dakwaan keuntungan oleh pemodal dalam kontrak mudarabah.

2.10 Ijtihad 8 Calon seharusnya dapat:

2.10.1 Konsep ijtihad 1 (a) menjelaskan konsep ijtihad dari

segi pengertian dan dalil; 2.10.2 Syarat ijtihad dan

mujtahid 1 (b) menjelaskan syarat ijtihad dan

mujtahid; 2.10.3 Perkara yang boleh

dan tidak boleh diijtihadkan

1 (c) mengenal pasti perkara yang boleh dan tidak boleh diijtihadkan;

Page 27: 930 Syariah Baharu _April 2012

23

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.10.4 Kehujahan ijtihad 1 (d) mengemukakan dalil dan alasan

tentang kehujahan ijtihad sebagai sumber hukum;

(e) menilai pelbagai pendapat ulama mengenai kehujahan ijtihad;

2.10.5 Pembatalan ijtihad 1 (f) menjelaskan dan menentukan

keadaan yang boleh membatalkan ijtihad;

2.10.6 Aplikasi ijtihad

terhadap persoalan semasa

(i) penentuan awal bulan Ramadan dan Syawal

(ii) pemindahan organ manusia

(iii) bayi tabung uji (iv) pengklonan

manusia

3 (g) menentukan hukum dengan menggunakan ijtihad bagi perkara berikut:

(i) penentuan awal bulan Ramadan dan Syawal;

(ii) pemindahan organ manusia;

(iii) bayi tabung uji;

(iv) pengklonan manusia.

2.11 Taqlid dan Talfiq 6 Calon seharusnya dapat:

2.11.1 Pengertian taqlid

dan hukumnya 2 (a) menjelaskan pengertian taqlid;

(b) menjelaskan hukum bertaqlid dalam perkara akidah dan masalah fiqh;

2.11.2 Pengertian talfiq dan

hukumnya 2 (c) menjelaskan pengertian talfiq;

(d) menjelaskan pendapat ulama

mengenai hukum bertalfiq; 2.11.3 Persoalan semasa

tentang taqlid dan talfiq

(i) bayaran zakat fitrah dengan wang

2 (e) membincangkan persoalan semasa mengenai:

(i) bayaran zakat fitrah dengan

wang;

(ii) bersentuh

antara lelaki dengan perempuan semasa tawaf

(ii) bersentuh antara lelaki dengan perempuan semasa tawaf.

Page 28: 930 Syariah Baharu _April 2012

24

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

B. Kaedah fiqh 36

1 Pengenalan 4 Calon seharusnya dapat:

1.1 Pengertian kaedah fiqh 1 (a) menjelaskan pengertian kaedah fiqh;

1.2 Sandaran kaedah fiqh 1 (b) membincangkan sandaran kaedah

fiqh;

1.3 Perbezaan antara kaedah fiqh dengan usul fiqh

2 (c) mengenal pasti perbezaan antara kaedah fiqh dengan usul fiqh.

2 Kaedah fiqh dan pemakaiannya االمور بمقاصدھا 2.1

(Setiap urusan bergantung kepada niat)

8 Calon seharusnya dapat:

2.1.1 Pengertian kaedah dan

huraian 1 (a) menjelaskan pengertian kaedah,

huraian, dan contoh; 2.1.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-umur bi maqasidiha;

2.1.3 Tujuan dan masa

berniat 1 (c) menjelaskan tujuan dan masa

berniat; 2.1.4 Amalan yang tidak

memerlukan niat 1 (d) mengenal pasti amalan yang tidak

memerlukan niat; 2.1.5 Syarat niat 1 (e) menjelaskan syarat niat;

2.1.6 Kaedah terbitan

3 (f) menjelaskan pengertian kaedah terbitan, huraian, dan contoh;

(g) mengemukakan kaedah terbitan

dan mengaplikasikan dalam masalah semasa berdasarkan kaedah terbitan berikut:

(i) Al-niyyah fi al-yamin tukhassis al-lafz al-‘am wala ta’umm al-khas

(i) العام وال النية يف اليمني ختصص اللفظ تعمم اخلاص

(Niat pada sumpah mengkhususkan lafaz umum, tidak mengumumkan lafaz khusus);

Page 29: 930 Syariah Baharu _April 2012

25

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

(ii) Maqasid al-lafz

‘ala niyyat al-lafiz

(ii) مقاصد اللفظ على نية الالفظ (Maksud sesuatu lafaz adalah mengikut niat pelafaz)

(iii) Al-fard la

yata’adda bi niyyat al-nafl

(iii) الفرض ال يتأدى بالنية النفل (Amalan fardu kadangkala tidak terlaksana dengan niat amalan sunat)

(iv) Ma yusytarat fihi

al-ta’arrud fa al-khata’ fihi mubtil

(iv) ما يشترط فيه التعيني فاخلطأ فيه مبطل

(Apa yang disyaratkan padanya penentuan jika tersilap maka batal)

(v) Al-‘Ibrah fi

al-‘uqud li al-maqasid wa al-ma’ani la li al-alfaz wa al-mabani

(v) يف العقود باملقاصد العربةواملباين ال لأللفاظ واملعاين،

(Apa yang diambilkira dalam sesuatu akad ialah maksud dan maknanya, bukan pada lafaz dan bentuk perkataannya)

:Calon seharusnya dapat 6 الیقین ال یزال بالشك 2.2

(Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan)

2.2.1 Pengertian kaedah dan huraian

2 (a) menjelaskan pengertian kaedah, huraian, dan contoh;

2.2.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-yaqin la yuzal bi al-syakk;

3 (c) menjelaskan pengertian kaedah terbitan, huraian, dan contoh;

Page 30: 930 Syariah Baharu _April 2012

26

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.2.3 Kaedah terbitan

(d) mengemukakan kaedah terbitan dan mengaplikasikan dalam masalah semasa berdasarkan kaedah terbitan berikut:

(i) Al-asl baqa’ ma

kana ‘ala ma kana

(i) األصل بقاء ما كان على ما كان

(Asal sesuatu itu kekal sebagaimana keadaan sebelumnya)

(ii) Al-asl bara’at

al-dhimmah

(ii) األصل براءة الذمة (Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab)

(iii) Al-asl al-‘adam (iii) األصل العدم

(Asal sesuatu itu tiada)

(iv) Al-asl fi kull

hadith taqdiruhu bi aqrab zaman

(iv) تقديره بأقرب األصل يف كل حادث زمن

(Asal setiap kejadian diambil kira masa terdekat)

(v) Al-asl fi al-kalam

al-haqiqah (v) األصل يف الكالم احلقيقة

(Asal pada sesuatu ucapan dikira maknanya yang hakiki)

:Calon seharusnya dapat 6 الضرر یزال 2.3

(Kemudaratan dihilangkan)

2.3.1 Pengertian kaedah dan huraian

2 (a) menjelaskan pengertian kaedah, huraian, dan contoh;

2.3.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-darar yuzal;

3 (c) menjelaskan pengertian kaedah

terbitan, huraian, dan contoh;

Page 31: 930 Syariah Baharu _April 2012

27

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.3.3 Kaedah terbitan

(d) mengemukakan kaedah terbitan dan mengaplikasikan dalam masalah semasa berdasarkan kaedah terbitan berikut:

(i) Al-Darurat

tubih al-mahzurat

(i) الضرورة تبيح احملظورات (Kemudaratan mengharuskan

larangan) (ii) Ma ubih li

al-darurah yuqaddar bi qadariha

(ii) بقدرها ما أبيح للضرورة يقدر (Apa yang diharuskan kerana darurat mengikut kadar yang sepatutnya sahaja)

(iii) Al-Darar la

yuzal bi al-darar (iii) الضرر ال يزال بالضرر

(Kemudaratan tidak dihilangkan dengan kemudaratan yang lain)

(iv) Dar’ al-mafasid

muqaddam ‘ala jalb al-masalih

(iv) مقدم على جلب دفاسدرء امل املصاحل

(Menolak kerosakan diutamakan dari mengambil kemaslahatan)

(v) Al-Hajah tanzil

manzilat al-darurah

(v) ل مرتلة الضرورةرتاحلاجة ت (Hajat mengambil tempat darurat)

:Calon seharusnya dapat 6 المشقة تجلب التیسیر 2.4

(Kesukaran membawa kemudahan)

2.4.1 Pengertian kaedah dan

huraian 1 (a) menjelaskan pengertian kaedah,

huraian, dan contoh; 2.4.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-masyaqqah tajlib al-taysir;

Page 32: 930 Syariah Baharu _April 2012

28

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.4.3 Sebab takhfif 1 (c) mengenal pasti sebab takhfif yang

diharuskan oleh syarak; 2.4.4 Bahagian takhfif dan

rukhsah

1 (d) mengenal pasti dan menghuraikan

bahagian takhfif dan rukhsah berserta contoh;

2 (e) menjelaskan pengertian kaedah

terbitan, huraian, dan contoh; 2.4.5 Kaedah terbitan (f) mengemukakan kaedah terbitan

dan mengaplikasikan dalam masalah semasa berdasarkan kaedah terbitan berikut:

(i) Idha daqa

al-amr ittasa’a

(i) أذا ضاق األمر إتسع (Apabila sesuatu itu sempit maka hendaklah diperluaskan)

(ii) Idha ittasa’a

al-amr daqa (ii) أذا إتسع األمر ضاق

(Apabila sesuatu itu luas maka hendaklah dipersempitkan)

:Calon seharusnya dapat 6 العادة محكمة 2.5

(Adat dijadikan penentu hukum)

2.5.1 Pengertian kaedah dan huraian

1 (a) menjelaskan pengertian kaedah, huraian, dan contoh;

2.5.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-‘adah muhakkamah;

2.5.3 Bahagian al-‘adah 1 (c) mengenal pasti dan menghuraikan

bahagian al-‘adah dan contoh; 2.5.4 Syarat al-‘adah 1 (d) menjelaskan syarat al-‘adah yang

boleh menentukan hukum

Page 33: 930 Syariah Baharu _April 2012

29

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.5.5 Kaedah terbitan

2 (e) menjelaskan pengertian kaedah terbitan, huraian, dan contoh;

(f) mengemukakan kaedah terbitan

dan mengaplikasikan dalam masalah semasa berdasarkan kaedah terbitan berikut:

(i) Isti’mal al-nas

hujjah yajib al-‘amal biha

(i) اإ ستعمال الناس حجة جيب العمل (Pengamalan orang ramai menjadi hujah bagi wajib beramal dengannya)

(ii) Al-Ma’ruf ‘urfan

ka al-masyrut syartan

(ii) ًاملعروف عرفاً كاملشروط شرطا (Apa yang diketahui berdasarkan uruf sama seperti apa yang disyaratkan dengan syarat)

(iii) Al-Ta’yin bi al-

‘urf ka al-ta’yin bi al-nas

(iii) بالنص كالتعيني التعيني بالعرف

(Penetapan berdasarkan uruf sama seperti penetapan berdasarkan nas)

(iv) La yunkar

taghayyur al-ahkam bi taghayyur al-azman

(iv) بتغري األزمان ال ينكر تغري األحكام (Tidak diingkari berlaku perubahan hukum disebabkan perubahan zaman)

(v) Kullu ma warada

bihi al-syar’u mutlaqan wa la dabita lahu fihi wa la fi al-lughah, yurja’ fihi ila al-‘urf

(v) والكل ما ورد به الشرع مطلقا اللغة يرجع يفوال فيهضابط له

فيه إىل العرف(Setiap apa yang disebut secara mutlak oleh syarak tanpa penentu padanya dan tidak juga pada bahasa, maka hendaklah dirujuk kepada uruf)

Page 34: 930 Syariah Baharu _April 2012

30

Penggal 3

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam A. Ayat Ahkam

1. Dalam bahagian ini, aspek kajian Ayat Ahkam adalah seperti berikut:

(a) Asbab al-nuzul

(b) Munasabah al-ayat

(c) Syarh al-ayat secara ijmali dan tafsili

(d) Maksud ungkapan ayat

(e) Istinbat hukum, dan

(f) Taujihat

2. Setiap ayat yang dikaji hendaklah dikaitkan dengan aspek berikut:

(a) nas lain yang berkaitan

(b) realiti masyarakat masa kini

Page 35: 930 Syariah Baharu _April 2012

31

Page 36: 930 Syariah Baharu _April 2012

32

Page 37: 930 Syariah Baharu _April 2012

33

Page 38: 930 Syariah Baharu _April 2012

34

Page 39: 930 Syariah Baharu _April 2012

35

Page 40: 930 Syariah Baharu _April 2012

36

Page 41: 930 Syariah Baharu _April 2012

37

Page 42: 930 Syariah Baharu _April 2012

38

Page 43: 930 Syariah Baharu _April 2012

39

Page 44: 930 Syariah Baharu _April 2012

40

Page 45: 930 Syariah Baharu _April 2012

41

Page 46: 930 Syariah Baharu _April 2012

42

Page 47: 930 Syariah Baharu _April 2012

43

Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran

B. Hadis Ahkam

1. Dalam bahagian ini, aspek kajian Hadis Ahkam adalah seperti berikut:

(a) Asbab al-wurud (di mana yang berkaitan)

(b) Syarh al-hadis secara ijmali dan tafsili

(c) Maksud ungkapan hadis

(d) Istinbat hukum, dan

(e) Taujihat

2. Setiap hadis yang dikaji hendaklah dikaitkan dengan aspek berikut:

(a) nas lain yang berkaitan

(b) realiti masyarakat masa kini

Page 48: 930 Syariah Baharu _April 2012

44

Page 49: 930 Syariah Baharu _April 2012

45

Page 50: 930 Syariah Baharu _April 2012

46

Page 51: 930 Syariah Baharu _April 2012

47

Page 52: 930 Syariah Baharu _April 2012

48

Page 53: 930 Syariah Baharu _April 2012

49

Page 54: 930 Syariah Baharu _April 2012

50

Page 55: 930 Syariah Baharu _April 2012

51

Page 56: 930 Syariah Baharu _April 2012

52

Page 57: 930 Syariah Baharu _April 2012

53

Page 58: 930 Syariah Baharu _April 2012

54

Page 59: 930 Syariah Baharu _April 2012

55

Page 60: 930 Syariah Baharu _April 2012

56

Kerja Kursus (Kerja Projek) 1 Pengenalan

Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan kerja projek Syariah sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja projek adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Panduan dan arahan tugasan kerja projek akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. Kerja projek adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Syariah. Tema kerja projek disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

2 Kerja projek dilaksanakan untuk menilai keupayaan calon dalam:

(a) Kemahiran kognitif, iaitu

(i) menggunakan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak;

(ii) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit;

(iii) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(iv) membuat rumusan dan penilaian tentang isu dalam bidang Syariah;

(v) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh;

(vi) mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan semasa dalam bidang Syariah.

(b) Kemahiran manipulatif, iaitu

(i) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder;

(ii) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan bagi menyiapkan hasil kajian;

(iii) memproses dan menganalisis data. (c) Kemahiran insaniah (soft skills), iaitu

(i) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;

(ii) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;

(iii) berupaya menyelesaikan masalah;

(iv) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;

(v) mampu menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;

(vi) boleh menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika;

(vii) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.

Page 61: 930 Syariah Baharu _April 2012

57

Skim Pentaksiran

Penggal Pengajian

Kod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah

(Wajaran) Masa Pentadbiran

Penggal 1 930/1 Syariah 1

Ujian Bertulis Bahagian A: Muamalat dan Munakahat Soalan esei 3 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 3 soalan Bahagian B: Mirath dan Jenayah Soalan esei 3 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 3 soalan

80 (26.67%)

40

40

2 jam Pentaksiran berpusat

Penggal 2 930/2 Syariah 2

Ujian Bertulis Bahagian A: Usul Fiqh Soalan esei 3 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 3 soalan Bahagian B: Kaedah Fiqh Soalan esei 3 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 3 soalan

80 (26.67%)

40

40

2 jam

Pentaksiran berpusat

Page 62: 930 Syariah Baharu _April 2012

58

Penggal Pengajian

Kod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah

(Wajaran) Masa Pentadbiran

930/4 Syariah 4

Kerja Kursus (Kerja Projek) Pilih satu tema daripada dua tema yang diberikan dan hasilkan satu tugasan daripada tema yang dipilih.

Tugasan daripada mana-mana tajuk sama ada daripada penggal 1 atau penggal 2.

60 (20%)

Sepanjang penggal 2

Pentaksiran oleh guru sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan.

Pentaksiran oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu.

Penggal 3 930/3 Syariah 3

Ujian Bertulis Bahagian A: Ayat Ahkam Soalan esei 3 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 3 soalan Bahagian B: Hadis Ahkam Soalan esei 3 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 3 soalan

80 (26.67%)

40

40

2 jam Pentaksiran berpusat

Page 63: 930 Syariah Baharu _April 2012

59

Pemerihalan Prestasi

Gred A Calon menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh dan mendalam dalam bidang

Pengajian Fiqh, Usul Fiqh, Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam, dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak.

Calon mengemukakan hujah dan dalil dengan sempurna dan tepat secara naqli dan aqli.

Calon mengistinbatkan hukum syarak daripada sumbernya bagi menyelesaikan masalah yang asas dan kompleks.

Calon mengaplikasikan semua prinsip, konsep, dan kaedah yang diperoleh dalam bidang Syariah bagi menentukan hukum syarak.

Calon membuat rumusan dan penilaian yang tepat tentang sesuatu isu dalam bidang Syariah.

Calon menghubungkaitkan sesuatu isu hukum dengan nas al-Quran dan al-Hadis secara tepat.

Calon mentafsir dan menganalisis secara komprehensif Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam dengan sesuatu yang berlaku dalam masyarakat.

Gred C Calon menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang asas dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul

Fiqh, Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam, dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak.

Calon mengemukakan sebahagian hujah dan dalil secara naqli dan aqli.

Calon mengistinbatkan hukum syarak daripada sumbernya bagi menyelesaikan masalah yang asas.

Calon mengaplikasikan sesetengah prinsip, konsep, dan kaedah yang diperoleh dalam bidang Syariah bagi menentukan hukum syarak.

Calon membuat rumusan dan penilaian kurang tepat tentang sesuatu isu dalam bidang Syariah.

Calon menghubungkaitkan sebahagian isu hukum dengan nas al-Quran dan al-Hadis.

Calon mentafsir dan menganalisis secara terhad Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam dengan sesuatu yang berlaku dalam masyarakat.

Page 64: 930 Syariah Baharu _April 2012

60

GLOSARI

Bil. Istilah Huraian Istilah

1. Al-Ijarah thumma al-bay’ Sewa kemudian beli, iaitu akad ijarah yang disusuli dengan akad jual beli apabila tamat tempoh sewaan.

2. Asbab al-nuzul Sebab penurunan ayat al-Quran, iaitu sesuatu peristiwa atau persoalan yang menyebabkan turunnya sesuatu ayat. Namun begitu, tidak semua ayat mempunyai sebab nuzul.

3. Asbab al-wurud Sebab lahirnya ungkapan sabda Nabi SAW, iaitu perkara yang berkait secara langsung atau tidak langsung yang membawa kepada ungkapan sabda Nabi SAW tentang sesuatu perkara.

4. Bay’ bithaman ajil Jual beli dengan harga tangguh atau dengan harga ansuran, iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.

5. Bay’ fuduli Jual beli hak kepunyaan orang lain tanpa mendapat keizinan pemiliknya terlebih dahulu.

6. Bay’ inah Jual beli antara penjual dengan pembeli, di mana penjual menjual hartanya kepada pembeli pada harga tunai dan disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi atau sebaliknya.

7. Bay’ istisna’ Jual beli secara tempahan bagi sesuatu barang mengikut spesifikasi harga, barang, kaedah pembayaran dan penyerahan barang yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa majlis akad.

8. Bay’ mu’atah Jual beli secara serah-menyerah/unjuk-mengunjuk tanpa lafaz akad.

9. Bay’ murabahah Jual beli dengan menjelaskan harga modal berserta keuntungan yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

10. Bay’ salam Jual beli secara pesanan bagi sesuatu barang yang dijelaskan sifat, kadar, dan jenisnya, sementara harga barang dibayar secara tunai semasa akad dan penyerahan barang dibuat pada suatu masa yang ditetapkan.

11. Bay’ urbun Jual beli yang didahulukan dengan cengkeram/deposit yang diberikan kepada penjual.

12. Dalalah qat’iyyah Pendalilan secara muktamad/pasti

Page 65: 930 Syariah Baharu _April 2012

61

Bil. Istilah Huraian Istilah

13. Dalalah zanniyyah Pendalilan secara andaian/tidak pasti

14. Faraq Pemisahan berasaskan perintah Mahkamah Syariah terhadap pasangan suami isteri yang berkahwin secara bertentangan dengan hukum syarak.

15. Fasakh Perceraian antara suami isteri yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah berasaskan permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri berdasarkan sebab-sebab tertentu yang ditetapkan oleh syarak.

16. Hadanah Hak penjagaan kanak-kanak kepada pihak-pihak tertentu setelah berlaku perceraian atau kematian penjaga.

17. Hadis ahad Hadis yang diriwayatkan oleh bilangan perawi yang tidak sampai kepada had bilangan perawi hadis mutawatir.

18. Hadis daif Hadis yang tidak memenuhi syarat hadis hasan atau hadis sahih.

19. Hadis hasan Hadis yang sanadnya berhubung sehingga akhirnya oleh perawi yang adil dan dabit tetapi nilai dabitnya kurang daripada perawi hadis sahih, tanpa wujud sebarang syadh dan illah.

20. Hadis sahih Hadis yang sanadnya berhubung sehingga akhirnya oleh perawi yang adil dan dabit tanpa wujud sebarang syadh dan illah.

21.

Hakam Seseorang yang dilantik bagi mewakili pihak suami atau isteri dalam menyelesaikan kes pertikaian antara mereka.

22. Ihdad Perkabungan seseorang isteri yang kematian suami dalam tempoh tertentu menurut syarak.

23. Ijmak muftariq Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang terhasil daripada semua mujtahid yang berada di tempat yang berjauhan antara satu sama lain.

24. Ijmak mujtami’ Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang terhasil daripada semua mujtahid yang berada di satu tempat yang sama.

25. Ijmak sukuti Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang dilakukan oleh sebahagian mujtahid secara jelas dan sebahagian lagi mendiamkan diri dalam batas waktu yang mencukupi untuk mereka membuat keputusan.

Page 66: 930 Syariah Baharu _April 2012

62

Bil. Istilah Huraian Istilah

26. Ijmak sarih Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang dilahirkan secara berterus-terang oleh para mujtahid.

27. Ijmali Keterangan secara ringkas

28. Illah Suatu sifat yang nyata dan tidak berubah yang dibina hukum berasaskan kewujudannya.

29. Istinbat Penetapan hukum melalui kaedah yang digariskan oleh syarak.

30. Kafa’ah Persamaan taraf menurut ‘uruf yang diperlukan dalam perkahwinan.

31. Kaffarah Denda yang dikenakan kerana perlanggaran terhadap sesuatu larangan tertentu oleh syarak.

32. Kahwin muta’ah Perkahwinan yang ditetapkan tempoh tertentu.

33. Khalwat Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat yang boleh mendatangkan syak.

34. Khiyar aib Kuasa pihak pembeli untuk memilih sama ada meneruskan atau membatalkan sesuatu akad dengan sebab ada kecacatan pada barang yang dibeli.

35. Khiyar majlis Kuasa yang diberikan kepada pihak pembeli atau penjual bagi memilih untuk meneruskan atau membatalkan sesuatu akad selama mana mereka masih berada dalam majlis akad yang berkenaan.

36. Khiyar syarat Kuasa yang ditetapkan oleh pihak pembeli atau penjual untuk meneruskan atau membatalkan akad berasaskan tempoh tertentu.

37. Khulu’ Tebus talak, iaitu perceraian suami isteri yang dilakukan berasaskan bayaran tertentu oleh pihak isteri kepada suami.

38. Marad al-maut Sakit yang lazimnya membawa kepada kematian.

39. Maslahah mu’tabarah Kepentingan yang diambil kira oleh syarak.

40. Maslahah mulghah Kepentingan yang tidak diambil kira oleh syarak.

41. Maslahah mursalah Kepentingan yang tidak terdapat dalil syarak sama ada menerima atau menolaknya.

42. Mudarabah Perkongsian modal daripada satu pihak dan kerja daripada pihak yang lain untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan pembahagian keuntungan berasaskan kepada persetujuan bersama semasa akad.

Page 67: 930 Syariah Baharu _April 2012

63

Bil. Istilah Huraian Istilah

43. Mujtahid Orang yang berkelayakan melakukan ijtihad.

44. Munasabah al-ayat Perkaitan antara sesuatu ayat dengan ayat-ayat sebelum atau selepasnya.

45. Musaharah Persemendaan iaitu hubungan kekeluargaan yang wujud antara isteri dengan keluarga suami dan sebaliknya akibat daripada ikatan perkahwinan yang memberi kesan hukum.

46. Mutakallimin Golongan ulama yang menggunakan pendekatan ilmu al-kalam dalam karya Usul Fiqh mereka.

47. Nahy Perintah wajib untuk meninggalkan sesuatu.

48. Nusyuz Kederhakaan isteri terhadap suami yang baik.

49. Pemberian Mut’ah Pemberian sagu hati kepada seorang isteri yang telah diceraikan.

50. Pusaka besar Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati melebihi RM 2 juta harta tak alih sahaja, atau harta alih sahaja, atau campuran kedua-duanya atau harta yang kurang daripada nilaian RM 2 juta, tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.

51. Pusaka kecil Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kurang daripada RM 2 juta yang terdiri daripada harta tak alih sahaja, atau campuran antara harta tak alih dan harta alih.

52. Pusaka ringkas Harta pusaka tanpa wasiat yang ditinggalkan oleh si mati kurang daripada RM600,000 yang terdiri daripada harta alih sahaja.

53. Qiyas al-adna Qiyas yang illah pada hukum far’ lebih rendah dari illah hukum asal.

54. Qiyas al-aula Qiyas yang illah pada hukum far’ lebih kuat dari illah hukum asal.

55. Qiyas al-khafi Qiyas yang tidak diyakini illahnya memberi kesan kepada hukum atau sebaliknya.

56. Qiyas al-musawi Qiyas yang kekuatan illahnya pada hukum far’ menyamai illah pada hukum asal.

57. Qiyas jali Qiyas yang mempunyai illah yang jelas dan boleh dikenal pasti pada hukum asal dan far’.

Page 68: 930 Syariah Baharu _April 2012

64

Bil. Istilah Huraian Istilah

58. Rada’ah Persusuan, iaitu ikatan hubungan yang lahir antara seseorang dengan ibu susuan dan keluarganya yang memberi kesan hukum.

59. Rukhsah Pengecualian daripada hukum asal/azimah disebabkan sesuatu keuzuran syar’i.

60. Syarikat Abdan Perkongsian pekerjaan/kepakaran antara dua pihak atau lebih untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan keuntungan dibahagi sama rata antara mereka.

61. Syarikat Inan Perkongsian modal antara dua pihak atau lebih untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan pembahagian keuntungan dan kerugian berasaskan kepada nisbah sumbangan modal masing-masing.

62. Syarikat Mufawadah Perkongsian antara dua pihak atau lebih yang sama agama untuk menjalankan sesuatu perniagaan dengan syarat setiap pihak menyumbang modal dan kerja yang sama banyak, serta keuntungan dibahagi sama rata.

63. Syarikat Wujuh (a) Perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk menjalankan perniagaan, di mana satu pihak yang mempunyai reputasi untuk mendapatkan modal secara hutang dan satu pihak lagi menjalankan perniagaan menggunakan modal tersebut dan keuntungan dibahagi sama rata.

(b) Perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk menjalankan perniagaan, di mana masing-masing membeli barang dengan bayaran harga tangguh untuk dijadikan modal, kemudian menjual barang tersebut dan keuntungan dibahagi sama rata.

64. Talak Ta’liq Talak yang dikaitkan dengan sesuatu perkara yang berlaku atau perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isteri.

65. Ta’zir Hukuman yang tidak ditetapkan kadar/bentuknya oleh syarak tetapi ditentukan oleh pemerintah bagi menunaikan hak Allah dan hak manusia .

66. Tafsili Keterangan secara terperinci

67. Takhfif Keringanan hukum yang diberikan oleh syarak kerana sesuatu sebab atau kesukaran.

68. Takhyir Perintah yang diberi pilihan kepada mukallaf sama ada untuk melakukan atau meninggalkannya.

Page 69: 930 Syariah Baharu _April 2012

65

Bil. Istilah Huraian Istilah

69. Talak ba’in (a) Talak ba’in kubra, iaitu perceraian dengan talak tiga.

(b) Talak ba’in sughra iaitu perceraian dengan talak satu atau talak dua tanpa rujuk dalam iddah, perceraian sebelum persetubuhan, atau perceraian melalui fasakh atau khulu’.

70. Talak bid’i Perceraian yang dilakukan dengan cara yang tidak menepati sunnah.

71. Talak raj’i Perceraian talak satu atau talak dua yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa sebarang akad dan mas kahwin yang baharu.

72. Talak sunni Perceraian yang dilakukan dengan cara yang menepati sunnah.

73. Uli al-amr Golongan yang mempunyai kuasa pemerintahan.

74. Wali hakim Wali yang ditauliahkan oleh pihak berkuasa agama.

75. Wasi Orang yang dilantik oleh si mati melalui wasiat untuk mentadbir hartanya selepas kematian.

76. Wasiat Wajibah Wasiat yang diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis kepada pihak yang tidak mendapat harta pusaka.

Page 70: 930 Syariah Baharu _April 2012

66

Senarai Rujukan Kertas 1: 930/1 – Pengajian Fiqh Rujukan Asas Fiqh Muamalat 1. ‘Abd al-Rahman al-Jaziri, t.th. Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-‘Arba’ah. Beirut: Ihya’ al-

Turath al-‘Arabi. 2. Ab. Mumin Ab. Ghani, 1999. Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 3. Paizah Ismail, 2002. Asas-asas Muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. 4. Sudin Haron, 1996. Prinsip dan Operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing. 5. Wahbah al-Zuhayli, 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr. Rujukan Asas Fiqh Munakahat 6. ‘Abd al-Rahman al-Jaziri, t.th. Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-‘Arba‘ah. Beirut: Ihya’

al-Turath al-‘Arabi. 7. Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri-negeri). 8. Mustafa al-Khin, et al., 2002. al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fikah Mazhab Syafie. Terjemahan Jil. 4.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 9. Hassan Salleh, 1993. Asas Kekeluargaan Islam Bahasan Empat Mazhab: Syafi’i, Hanafi, Maliki

dan Hanbali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Wahbah al-Zuhayli, 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr. Rujukan Asas Fiqh Mirath 11. Mohd Zamro Muda dan Mohd Ridzuan Awang, 2006. Undang-undang Pusaka Islam:

Pelaksanaan di Malaysia. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. 12. Muhammad al-Zuhayli, 2001. al-Faraid wa al-Mawarith wa al-Wasaya. Damsyiq: Dar al-Kalam

al-Tayyib. 13. Said bin Hj. Ibrahim, 2008. Sistem Pusaka Islam. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah

Persekutuan. 14. Wahbah al-Zuhayli, 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr. 15. Wan Abdul Halim Wan Harun, 2006. Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 71: 930 Syariah Baharu _April 2012

67

Rujukan Asas Fiqh Jenayah 16. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] dan Kanun

Keseksaan (N.M.B Bab 45). 17. Muhammad Abu Zahrah, 1968. al-Jarimah wa al-‘Uqubah fi al-Fiqh al-Islami. Kaherah: Dar

al-Fikr al-‘Arabi. 18. Said bin Hj. Ibrahim, 1996. Qanun Jinayah Syar’iyyah dan Sistem Kehakiman dalam

Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadis. Kuala Lumpur: Dar al-Ma’rifah. 19. Paizah Haji Ismail, 2003. Undang-undang Jenayah Islam. Cetakan ke-4. Petaling Jaya: Tradisi

Ilmu. 20. Wahbah al-Zuhayli, 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr. Rujukan Umum Pengajian Fiqh 21. Al-Sayyid Sabiq, 1985. Fiqh al-Sunnah. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi. 22. Wahbah al-Zuhayli, 2002. al-Muamalat al-Maliyyah al-Mu’asarah. Damsyiq: Dar al-Fikr. 23. Abdul Halim el-Muhammady, 2001. Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya kepada

Produk-produk Perbankan Islam. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. 24. Abdullah Alwi Hassan et al., 2005. Teori dan Aplikasi Sistem Ekonomi Islam di Malaysia. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 25. Nor Mohamed Yakcob, 1996. Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 26. Mohamad Som Sujimon dan Abdul Basir bin Muhamad, 2006. Fikah Kekeluargaan. Kuala

Lumpur: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 27. Abdullah Nasih ‘Ulwan, 2001. Syariah Islam dan Ciri-ciri Keunggulan. Diterjemahkan oleh

Ab. Karim Ali & Samsudin Selamat. Kuala Lumpur: MAP. 28. Abdul Razak Haji Muhamad, 1997. Sukatan Pelajaran Baru Syariah 1 Fiqh STPM. Kuala

Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. 29. Mahmood Zuhdi Abd. Majid, 1992. Undang-undang Jenayah Islam: Konsep dan Asas

Pelaksanaannya. Kuala Lumpur: JAKIM. 30. Abdul Kadir Haji Ismail, 1983. Sistem Pusaka Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia. 31. BIMB, 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala Lumpur: BIMB Institute of

Research and Training (BIRT). 32. Muhammad Nur al-Din Marbaw Banjar al-Makki, 2002. Al-Durar al-Bahiyyah fi Idah

al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Alor Setar: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.

Page 72: 930 Syariah Baharu _April 2012

68

Kertas 2: 930/2 – Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh Rujukan Asas Usul Fiqh 33. Abd al-Karim Zaydan, t.th. al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Baghdad: Maktabah al-Qudsi. 34. Hasan bin Ahmad dan Salleh bin Ahmad, 1998. Usul al-Fiqh dan Qawa’id Fiqhiyyah. Kuala

Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. 35. Mahmood Zuhdi dan Paizah Hj Ismail, 2004. Pengantar Syariah. Kuala Lumpur: al-Bayan

Corpration Sdn. Bhd. 36. Wahbah al-Zuhayli, 1986. Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyiq: Dar al-Fikr. 37. Zaki al-Din Sya’ban, t.th. Usul al-Fiqh al-Islami, Mesir: Matba’ah wa al-Ta’lif.

Rujukan Asas Kaedah Fiqh 38. Abd Latif Muda dan Rosmawati Md Zain, 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala

Lumpur: Pustaka Salam. 39. Hasan bin Ahmad dan Salleh bin Ahmad, 1998. Usul al-Fiqh dan Qawa’id Fiqhiyyah. Kuala

Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. 40. Ibrahim ibn Muhammad ibn al-Qasim al-Ahdal, t.th. al-Aqmar al-Mudi’ah Syarh al-Qawa’id

al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Fajar Ulung Sdn. Bhd. 41. ‘Izz al-Din bin ‘Abd al-Salam, t.th. Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Kaherah: Matba’ah

al-Istiqamah. 42. Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuti, 1998. al-Asybah wa al-Naza’ir. Cetakan.

ke-4. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi. Kertas 3: 930/3 – Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam Rujukan Asas Ayat Ahkam 43. Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 1996. al Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Cetakan ke-2.

Kaherah: Dar al-Hadith. 44. Syahab al-Din al-Sayyid Mahmud, 1999. Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-‘Azim wa al-Sab’

al-Mathani. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. 45. Wahbah al-Zuhayli, 1991. al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari’ah wa al-Manhaj. Beirut:

Dar al Fikr al-Mu’asir. 46. Abdul Malik bin abdul Karim Amrullah, 1982. Tafsir al-Azhar. Jakarta: Pustaka Panjimas. 47. Syaikh Ahmad Zaki al-Barudi. Terjemahan Samson Rahman MA, 2004. Tafsir Wanita. Jakarta:

Pustaka al Kauthar.

Page 73: 930 Syariah Baharu _April 2012

69

Rujukan Asas Hadis Ahkam 48. ‘Abdul ‘Azim bin Badawi al-Khalafi, 1995. al-Wajiz fi Fiqh al-Sunnah wa al-Kitab al- ‘Aziz.

Dumyat: Dar Ibn Rajab. 49. Muhy al-Din al-Nawawi, 2001. al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Cetakan ke-8.

Beirut: Dar al-Ma’rifah. 50. Muhammad bin Ismail al-Amir al-Yamani al-San’ani, t.th. Subul al-Salam Syarh Bulugh

al-Maram. Mesir: Dar al-Hadith. 51. Muhammad bin ‘Ali al-Syaukani, t.th. Nayl al-Awtar Syarh Muntaqa al-Akhbar min Ahadith

al-Akhyar. Mesir: Maktabah al-Da’wah al-Islamiyyah. 52. Muhammad Idris Abd al-Rauf al-Marbawi, 1955. Bahr al-Mazi Mukhtasar Syarh Sahih

al- Turmudhi. Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi.

Rujukan Umum Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam 53. Ahmad bin Ali ibn Hajar ‘Asqalani, 1986. Fath al Bari Syarh al-Bukhari. Kaherah: Dar

al-Rayyan li al-Turath. 54. Muhammad Ali al-Sabuni, 1399H. Safwat al-Tafasir. Makkah Saudi Arabia: Dar al Sabuni. 55. Yusuf al-Qardawi, 1993. Malamih al-Mujtama’ al-Muslim alladhi Nunsyiduh. Al-Qahirah:

Maktabah Wahbah. 56. Mustafa Kamal Wasfi, 1977. Musannafah al-Nuzum al-Islamiyyah. Al-Qahirah: Maktabah

Wahbah. 57. Abdullah Nasih ‘Ulwan, 1981. Tarbiyat al Awlad fi al-Islam. Cetakan ke-3. Cairo: Dar al-Salam

li al-Tiba’ah wa al-Nasyr. 58. Muhammad Ali al-Sabuni, Tafsir Ayat Ahkam. Kaherah: Dar al-Sabuni. 59. Sa’id Hawa. al-Asas fi al-Tafsir. 60. Ibn Hajar al-cAsqalaniy. Fath al-Bari Sharh al-Bukhari. 61. Abu Abdullah Muhammad bin Yazid Ibn Majah. Sunan Ibn Majah. Diterjemahkan oleh

Abdullah Shanhaji. Kuala Lumpur: Darul Fikri. 62. Abu Husayn Muslim Ibn Hajjaj al-Quraysyi. Sahih Muslim. Diterjemahkan oleh K.H. Adib Bisri

Musthafa. Kuala Lumpur: Darul Fikri. 63. Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. Sahih Bukhari. Diterjemahkan oleh Ahmad. Kuala

Lumpur: Darul Fikri. 64. Muhammad Isa bin Sawrah al-Tirmidhi. Sunan al-Tirmidhi. Diterjemahkan oleh Mohd Zuhi.

Kuala Lumpur: Darul Fikri.

Page 74: 930 Syariah Baharu _April 2012

70

KERTAS SOALAN CONTOH

930/1 STPM

SYARIAH

KERTAS 1

(PENGAJIAN FIQH)

(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.

Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Malaysia atau bahasa Arab.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/1

Page 75: 930 Syariah Baharu _April 2012

71

Bahagian A: Muamalat dan Munakahat Jawab dua soalan sahaja. 1 (a) Terangkan konsep riba dari segi pengertian, dalil, dan jenis riba. [6]

(b) Jelaskan empat hikmat pengharaman riba. [8]

(c) Jelaskan hukum dan alasan bagi persoalan-persoalan yang berikut:

(i) Faedah yang dikenakan pada pinjaman sebagaimana yang diamalkan oleh perbankan konvensional sekarang; [3]

(ii) Faedah atas akaun simpanan yang dibayar secara tetap oleh pihak bank. [3] 2 (a) Terangkan konsep hibah dari segi pengertian, dalil, dan hukum. [6]

(b) Jelaskan tiga syarat pelaksanaan hibah. [6]

(c) Sebuah bank telah merujuk kepada anda selaku penasihat syariahnya untuk menyediakan produk akaun simpanan tanpa faedah tetapi mempunyai sumbangan hibah. Sediakan sebuah proposal yang mengandungi rukun dan syarat yang membolehkan produk tersebut dilaksanakan. [8] 3 (a) Terangkan konsep peminangan dari segi pengertian, dalil, dan hukum. [6]

(b) Jelaskan tiga hikmat diharuskan peminangan terhadap perempuan yang hendak dikahwini. [6]

(c) Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan:

“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara persendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa apa-apa sebab manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan mahkamah.”

Berdasarkan peruntukan di atas, bincangkan pendapat fuqaha mengenai hak yang boleh dituntut jika berlaku putus tunang. [8]

Bahagian B: Mirath dan Jenayah Jawab dua soalan sahaja. 4 (a) Terangkan takrif mirath dan ilmu mirath. [4]

(b) Jelaskan empat hak yang berkaitan dengan harta pusaka. [8]

(c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka berikut:

(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, dan seorang anak perempuan. [4]

(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak perempuan, dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. [4] 930/1

Page 76: 930 Syariah Baharu _April 2012

72

5 (a) Jelaskan empat tanggungan harta pusaka sebelum pembahagiannya dilakukan. [8]

(b) Selesaikan kes pusaka yang berikut: (i) dengan memberikan kadar bahagian dan alasan, tentukan waris yang layak dan waris yang tidak layak untuk menerima pusaka tersebut. [8]

(ii) selesaikan pembahagian pusaka tersebut kepada waris si mati. [4] 6 (a) Takrifkan diyat mughallazah dan diyat mukhaffafah. [4]

(b) Jelaskan perbezaan antara diyat mughallazah dengan diyat mukhaffafah dari segi kesalahan dan tempoh bayarannya. [8]

(c) Seksyen 304, Kanun Keseksaan (N.M.B. Bab 45) memperuntukkan: “barang siapa melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda, jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian; atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika perbuatan itu dengan mengetahui bahawa perbuatan itu mungkin menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian.”

Bincangkan sejauh mana sistem denda yang diperuntukkan dalam seksyen 304 di atas menepati sistem diyat dalam undang-undang jenayah Islam. [8]

930/1

Seorang perempuan datang menemui anda untuk menyelesaikan pembahagian pusaka bekas suaminya yang memiliki 48 hektar tanah ladang. Si mati meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki, bapa, dan datuk.

Page 77: 930 Syariah Baharu _April 2012

73

HALAMAN KOSONG

930/1

Page 78: 930 Syariah Baharu _April 2012

74

KERTAS SOALAN CONTOH

930/2 STPM

SYARIAH

KERTAS 2

(USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH)

(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.

Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Malaysia atau bahasa Arab.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/2

Page 79: 930 Syariah Baharu _April 2012

75

Bahagian A: Usul Fiqh Jawab dua soalan sahaja. 1 (a) Terangkan pengertian ijmak dan kedudukannya sebagai sumber hukum. [6]

(b) Jelaskan tiga syarat ijmak. [6]

(c) Bincangkan pandangan fuqaha tentang penghujahan ijmak sukuti. [8] 2 (a) Terangkan istihsan dari segi pengertian dan dalil. [4]

(b) Dengan memberikan contoh, jelaskan tiga bahagian istihsan. [9]

(c) Dengan menggunakan kaedah istihsan, berikan ulasan anda tentang keharusan jual beli istisna’. [7] 3 (a) Takrifkan taqlid dan talfiq berserta contoh. [8]

(b) Jelaskan bentuk taqlid yang diharamkan dan bentuk taqlid yang diharuskan oleh Islam. [6]

(c) “Masyarakat Islam di Malaysia bertaqlid kepada mazhab Shafie, namun dalam pembayaran zakat fitrah mereka telah bertalfiq kepada mazhab Hanafi.” Bincangkan. [6]

Bahagian B: Kaedah Fiqh

Jawab dua soalan sahaja. 4 (a) Terangkan kaedah al-darar yuzal dari segi pengertian, huraian, dan dalil. [6]

(b) Jelaskan tiga kaedah terbitannya. [6]

(c) Dengan menggunakan kaedah al-darar yuzal, nyatakan kaedah terbitan bagi masalah berikut:

(i) Seseorang ditegah mengurus harta miliknya jika pengurusan tersebut membahayakan dan memudaratkan orang lain.

(ii) Ayam ternakan komersial dibunuh bagi tujuan mengawal wabak selesema burung.

(iii) Seorang wanita membuka tudung kepalanya untuk mengelak daripada ancaman musuh.

(iv) Doktor lelaki yang merawat wanita ajnabi diharuskan melihat tempat yang sakit sahaja. [8] 5 (a) Dengan memberikan contoh, jelaskan kaedah al-masyaqqah tajlibut taysir dan kaedah la dharara wala dhirar. [12]

(b) Dengan berpandukan kaedah al-umur bimaqasidiha, nyatakan hukum dan kaedah terbitan pada persoalan yang berikut:

(i) Seorang suami memanggil isterinya yang bernama Taliqah (perempuan yang dicerai) dengan niat menceraikan isterinya. [2]

(ii) Seorang suami menceraikan isterinya dengan lafaz, “Aku ceraikan engkau Siti dengan talak satu.” Dia mengulangi lafaz itu sebanyak tiga kali dengan tujuan untuk menguatkan tindakannya apabila isterinya tidak percaya dengan ucapan tersebut. [2]

(iii) Seorang lelaki telah berniat menunaikan solat jenazah lelaki tetapi ternyata mayat itu adalah perempuan. [2] 930/2

Page 80: 930 Syariah Baharu _April 2012

76

930/2

Page 81: 930 Syariah Baharu _April 2012

77

HALAMAN KOSONG

930/2

Page 82: 930 Syariah Baharu _April 2012

78

KERTAS SOALAN CONTOH

930/3 STPM

SYARIAH

KERTAS 3

(AYAT AHKAM DAN HADIS AHKAM)

(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.

Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Malaysia atau bahasa Arab.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/3

Page 83: 930 Syariah Baharu _April 2012

79

930/3

Page 84: 930 Syariah Baharu _April 2012

80

930/3

Page 85: 930 Syariah Baharu _April 2012

81

lima

Page 86: 930 Syariah Baharu _April 2012

82

930/3

KERTAS SOALAN CONTOH

930/4 STPM

SYARIAH

KERTAS 4

KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon: 1. Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah wajib dilaksanakan oleh semua calon STPM sebagai

komponen penting pentaksiran penggal 2. 2. Kerja Kursus (Kerja Projek) ini mengandungi tema tugasan berkaitan isu dan persoalan semasa

dalam bidang Syariah. Semua calon yang mengambil kertas ini dikehendaki menyedia dan menyerahkan tugasan tersebut untuk ditaksir. Calon yang gagal menyerahkan Kerja Kursus (Kerja Projek) tidak layak mendapat kelulusan penuh mata pelajaran Syariah.

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia

Page 87: 930 Syariah Baharu _April 2012

83

STPM 930/4

Pilih satu daripada tema di bawah ini, dan sediakan kerja projek yang panjangnya antara 2000 hingga 2500 patah perkataan.

Tema 1 Jual beli

Tema 2 Perkahwinan

930/4