9. bab 8 - kesimpulan

Upload: vasant-sriudom

Post on 07-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 9. Bab 8 - Kesimpulan

    1/5

    BAB 8

    KESIMPULAN

    8.1 Kesimpulan

    Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana kekuatan serta

    keupayaan yang dikurniakan dapat saya menghasil dan menyiapkan laporan

    yang telah menjadi kewajipan kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi

    yang telah tamat menjalani latihan industri tepat pada masanya. Ia merupakan

    salah satu syarat yang wajib kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi

    sebelum dianugerahkan sijil, diploma atau ijazah. Namun, tidak dapat saya

    menafikan bahawa sememangnya kesulitan dan kekeliruan yang saya hadapi

    semasa menjalani latihan industri telah banyak memberi pengetahuan dan

    pengalaman yang berguna kepada saya untuk kegunaan pada masa depan.

    Tempoh selama lima bulan yang saya menjalani latihan industri iaitu bermula

    pada 10 Januari 2010 hingga 10 Jun 2010 di LQ Management Service Sdn.

    Bhd. sangat memberi manfaat kepada saya tidak terhingga. Saya mengakui

    bahawa di firma ini memang sesuai untuk semua pelajar institusi pengajian

    99

  • 8/6/2019 9. Bab 8 - Kesimpulan

    2/5

  • 8/6/2019 9. Bab 8 - Kesimpulan

    3/5

    lambat dan sukar. Sekiranya dari awal pengeluaran dan penerimaan dokumen

    telah disusun secara teratur, maka tiada masalah kepada pembuat akaun atau

    juruaudit dalam membuat penyemakan. Tetapi sebelum menyediakan akaun

    bagi sesebuah syarikat, kita juga perlu memahami tentang perniagaan yangdijalankan oleh syarikat tersebut dan membuat akaun berdasarkan kaedah yang

    diamalkan oleh syarikat tersebut..

    Dalam penyediaan akaun, pihak LQ Management Service Sdn. Bhd. telah

    menggunakan dua kaedah untuk membuat akaun iaitu kaedah manual dan

    kaedah berkomputer. Kaedah manual merupakan kaedah membuat akaun

    dengan tangan dan tidak menggunakan peralatan elektronik seperti komputer

    dan sebagainya. Finalisedadalah proses membuat akaun secara manual.Kaedah ini akan digunakan untuk membuat akaun bagi syarikat atau milikan

    tunggal sahaja. Manakala kaedah berkomputer pula merupakan kaedah untuk

    membuat akaun dengan menggunakan komputer. Kebanyakan program yang

    digunakan untuk membuat akaun adalah UBS Computerised Accounting

    System tetapi mempunyai berbagai-bagai versi. Jadi, ia tidak menjadi masalah

    kepada saya untuk melakukan kerja-kerja dengan menggunakan sistem ini

    kerana telah mempelajarinya pada semester tiga di samping mendapat tunjuk

    ajar daripada kakitangan dalam firma tersebut. Penggunaan sistem ini dalam

    dunia perakaunan adalah berleluasa kerana ia akan memudahkan mereka

    untuk melakukan kerja-kerja akaun kerana dapat menjimatkan masa dan

    tenaga. Selain itu, sistem ini juga memudahkan kita untuk mengesan sebarang

    kesilapan yang berlaku dan dapat memperbetulkannya. Oleh itu, kita perlu

    berhati-hati dalam melakukan kerja merekod (key-in) akaun nanti.

    Seterusnya ialah bidang pengauditan. Walau bidang ini masih lagi saya tidak

    pelajari di politeknik bagi semester-semester sebelum ini, tetapi hasil tunjuk ajar

    daripada kakitangan dalam firma ini maka berjaya juga saya membuat audit

    kepada empat buah syarikat. Apa yang saya kenalpasti dalam bidang audit ini

    adalah merupakan proses yang mana seseorang individu atau pihak ketiga

    yang berpendirian tidak berat sebelah bebas mengumpul maklumat yang

    berhubung kait dengan entiti ekonomi yang spesifik untuk memeriksa dan

    101

  • 8/6/2019 9. Bab 8 - Kesimpulan

    4/5

    menilai penyata kewangan itu betul, tepat dan releven mengikut undang-

    undang. Kerja-kerja audit ini perlu disokong dengan kertas kerja, jadual-jadual

    akaun dan senarai angka-angka yang terkumpul. Selepas proses pengauditan

    ini siap, ianya akan dibawa ke bahagian percukaian untuk mengira cukai yangdkenakan oleh syarikat atau pelanggan tersebut.

    Apabila proses menyediakan akaun dan audit disiapkan, langkah seterus

    adalah proses mengirakan cukai pendapatan yang wajib dibayar kepada

    kerajaan yang mentadbir. Cukai pendapatan yang adalah potongan yang

    dikenakan terhadap hasil atau pendapatan yang seseorang individu atau

    sesebuah syarikat menerima atau dijangka akan terima dalam satu tahun

    taksiran itu. Semasa saya menjalankan latihan industri di LQ ManagementService Sdn. Bhd., saya mendapati bahawa cukai pendapatan hanya akan

    dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Justeru, LHDN akan

    menghantarkan borang percukaian kepada sesebuah syarikat itu dan

    tanggungjawab mereka adalah menyatakan pendapatannya dan mengirakan

    cukai yang perlu dibayar kepada LHDN berdasarkan Sistem Taksiran Sendiri.

    Terdapat berbagai-bagai jenis borang percukaian yang telah saya isikan dan

    pernah saya melihatnya seperti Borang E, Borang BE, Borang B, Borang P dan

    lain-lain yang mana fungsinya adalah berbeza antara satu sama lain. Cara

    mengisi borang-borang tersebut perlulah mengikut langkah yang dinyatakan

    dalam Buku Penerangan dan Buku Panduan Cukai Pendapatan yang telah

    dihantar bersama dengan borang tersebut berdasarkan laporan kewangan

    perakaunan yang sudah diaudit.

    Semasa saya menjalani latihan industri di LQ Management Service Sdn. Bhd.,

    saya tidak diberi banyak pendedahan dalam bidang kesetiausahaan. Hal ini

    demikian kerana tugas kesetiausahaan hanya akan dilakukan oleh seorang staf

    yang sudah berpengalaman sahaja dalam syarikat ini. Walau bagaimanapun,

    saya berusaha untuk mendapatkan juga sedikit sebanyak pengetahuan tentang

    kesetiausahaan ini melalui cara menemu ramah staf yang bertanggungjawab

    tersebut. Saya mendapati bahawa bidang kesetiausahaan adalah satu urusan

    yang bertanggungjawab secara langsung terhadap hal ehwal dalam syarikat.

    102

  • 8/6/2019 9. Bab 8 - Kesimpulan

    5/5

    Seseorang individu yang telah dilantik sebagai setiausaha syarikat akan

    menjalankan tugasnya hampir sama dengan pengarah syarikat. Setiausaha

    akan menghasilkan buku dan catatan berkanun dan mengeluarkan sijil saham

    dan pemindahan saham. Selain itu, kerja setiausaha juga adalah mengeluarkannotis mesyuarat, mencatatkan butir-butir prosiding mesyuarat dan sebagainya.

    Di samping itu, saya juga sempat melihat prosedur untuk mendaftar sesebuah

    syarikat yang baru.

    Pengatahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang yang telah saya pelajari di

    LQ Management Service Sdn. Bhd. sangat berguna untuk saya menyambung

    pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi. Saya amat bersyukur dan amat

    bersuka cita kerana banyak pengalaman baru yang saya perolehi dari segiteknikal dan teori. Saya amat berhutang budi pada pihak firma terutamanya

    pekerja-pekerja yang tidak jemu memberikan saya ilmu dan tunjuk ajar dalam

    pelbagai aspek. Mereka telah memberi peluang kepada saya untuk membuat

    akaun dan audit kepada pelanggannya dengan begitu amanah dan yakin

    kepada saya. Walau saya hanya menjalani latihan industri selama lima bulan

    sahaja di firma ini namun pengalaman yang diperolehi banyak membantu saya

    untuk menghadapi situasi di alam pekerjaan pada masa akan datang. Selain itu

    juga, ia dapat memberi banyak manfaat serta mematangkan pemikiran saya.

    Walau latihan industri dipenuhi dengan pelbagai cabaran, dugaan, tekanan,

    suka dan duka, maka pengalaman tetap menyeronokkan. Oleh itu, dengan

    adanya peluang seperti ini, saya dapat meningkatkan keyakinan diri di samping

    menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab, amanah dan berdisiplin serta

    bijak dalam mengendalikan sebarang masalah. Latihan industri juga secara

    tidak langsung mendorong pelajar untuk melakukan dan menyelesaikan

    tugasan yang diberi. Pada pandangan saya sebagai seorang pelajar yang telah

    menjalani latihan industri di firma ini dan memperolehi pengalaman daripada

    kerja-kerja yang telah dilakukan, LQ Management Service Sdn. Bhd amat

    sesuai kepada pelajar untuk menjalani latihan industri. Akhir kata, dengan

    kepercayaan dan layanan yang ikhlas dan mesra ini akan memberikan

    keyakinan dan memupuk minat saya untuk terus mendalami dunia perakaunan.

    103