841110045311001

43
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2014 (SMP KHAS) HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA) NAMA : IZMIR AZRAF BIN ZAKARIA NO. MATRIK : 841110045311001 NO. KAD PENGENALAN : 841110045311 NO. TELEFON : 012 645 4404

Upload: mr-kechik

Post on 20-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan oum

TRANSCRIPT

841110045311001

HBPE 3303 KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA)

8411100453110012

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAMEI 2014 (SMP KHAS)

HBPE 3303KEGIATAN PROFESIONAL (OLAHRAGA)

NAMA

: IZMIR AZRAF BIN ZAKARIA

NO. MATRIK

: 841110045311001

NO. KAD PENGENALAN

: 841110045311

NO. TELEFON

: 012 645 4404

E-MEL

: [email protected]

: Encik Noraihan Bin Abdul WahabPUSAT PEMBELAJARAN

: Universiti Terbuka Malaysia

Cawangan MelakaPENGENALAN

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudiannya dipertandingkan.

Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari , melompat dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olahragawan

(lelaki) dan olahragawati (perempuan).

SEJARAH AWAL

Berdasarkan catatan sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini, olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.

Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olahraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.

PERKEMBANGAN AWAL

Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.

Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan pertandingan. Ini berlarustan sehingga abad ke 17.

Di England, Sukan Olahraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian ,kelab olahraga pertama dunia ditubuhkan. Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olahraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang. Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.

Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat. Dari tahun ke tahun, sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlit-atlit Amerika Syarikat ini. Atlit-atlit dari negara-negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada atlit-atlit Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlit-atlit Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada atlit-atlit Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, atlit-atlit dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlit-atlit Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.

Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul atlit-atlit dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlit-atlit Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlit-atlit Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan, kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan.

Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan. Penubuhan persatuan-persatuan olahraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau persatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.

Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olahraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga, tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Olimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertanggungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olahraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan.

Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia.

Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.

Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini, walaupun mendapat tentangan namun ianya telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat. Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara masing-masing ini termasuklah negara kita.

Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlit terkenal di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional, maka skop, peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh seseorang atlit.

Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik , Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya untuk Sukan Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.OLAHRAGA

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :

1. Acara balapan

2. Acara-acara padang

Acara Balapan

Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki. Acara balapan ialah :-1. Lari Pecut

a) 100 meter

b) 200 meter

c) 400 meter

2. Lari berganti-ganti

a) 4 x 100 meter

b) 4 x 200

c) 4 x 400

3. Lari berpagar

a) 100 meter wanita

b) 110 meter lelaki

c) 400 meter

4. Steeplechase

a) 3,000 meter

5. Lari jarak sedarhana dan jauh

a) 800 meter

b) 1,500 meter

c) 3000 meter

d) 5000 meter

e) 10,000 meter

6. Berjalan kaki

a) 20 km

b) 50 kmAcara-acara Padang

1. Acara lompatan

2. Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:

a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalahb) untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang.1. Acara Balingan :

a) lempar cakera

b) rejam lembing

c) lempar tukul

d) lontar peluru.LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlit cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.

Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara. Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlit melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Peraturan lompat jauh

Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan dibenarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk membuat 3 lagi lompatan. Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan diberi. Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:

i. kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak.ii. melonjak di luar kawasan papan lonjak semasa mendarat

iii. berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.

Cara mengukur jarak

Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut direkodkan kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah ketinggian yang diukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm diabaikan.Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :

i. Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini.

ii. Gaya gantung digunakan oleh novis dan juga pakar.

iii. Gaya tendang kayuh gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

TEKNIK LOMPATANTeknik-teknik dalam lompat jauh adalah,i. Fasa larian

Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).ii. Fasa lonjakan

Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.iii. Fasa layangan

Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.

iv. Fasa mendarat

Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.

i.Kelajuan larian

Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan dilakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompat melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di antara 25 hingga 40 meter. Bagi mendapatkan ketepatan, check mark dilakukan sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompat untuk membuat larian mula dengan papan pelepas. Terdapat dua kaedah untuk melakukan check mark iaitu kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua ialah mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.

Rajah 1: Teknik membuat check mark

ii.Pelepasan lompatan

Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum dan dalam melakukan lompatan yang berkesan. Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan pelompat hanya berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia penting dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal. Melalui pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-jaguh peringkat antarabangsa, teknik pelepasan lompatan berikut adalah disarankan iaitu:a) Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan.b) Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.c) Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam membuat pelepasan.

Rajah 2: Teknik Pelepasan Lompatan

iii.Lompatan di udara

Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat pada pelompat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat. Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara, iaitu:

iv.Pendaratan

Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan memainkan peranan penting. Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang maksimum dan dapat mengelakkan gangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang sesuai digunakan adalah jack-knifing. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan. caranya adalah seperti berikut :

a) Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; b) Tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. c) Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

Rajah 4 : Teknik MendaratLATIHAN ANSUR MAJU1. Menentukan kaki lonjakan

pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

2. Latihan lonjakan Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh. Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat. Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.3. Latihan mendarat

Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.

Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat. Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

4. Mengukur penujuanPelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut. Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan. Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

5. Latihan gaya lompatan berbeza

Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas. Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang kayuh). Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

LARIAN PECUT 100 METER

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.

c) Tangan digerakkkan dengan pantas.

d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi.

Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.

Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. TEKNIK

Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut. Gaya berdiri

i. Persediaan Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan

'ke garisan' diberi.

ii. Ke garisan

Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.

condongkan badan ke hadapan.

kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.

Rajah 1: Bersedia dan ke Garisan Gaya Berdiri

iii.Sedia

condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang kehadapan. bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.

badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel

Rajah 2: Bersedia Gaya Berdiri

iv. Mula

Pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.Rajah 3: Mula Gaya Berdiri Gaya DekamSejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Gaya peluru

Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak.

Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. Gaya sederhana

Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya panjang

Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l tapak. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.

Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARI PECUT

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:

1) Fasa permulaan

2) Fasa larian

i. Fasa pecutan

ii. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

3) Fasa penamat

FASA PERMULAAN DENGAN BLOKBukan semua atlit adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:

i. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)

ii. Gaya sederhana (Medium Start)

iii. Gaya Panjang (Elongated Start) Gaya peluru

Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Rajah 4: Gaya Peluru

Gaya sederhana

Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Rajah 5: Gaya Sederhana Gaya panjang Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Rajah 6: Gaya Panjang2. FASA PECUTANSelepas arahan pelepas ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.

Kedudukan Tangan:

Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula.

Kedudukan Kepala Dan Leher:

KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

Pergerakan Tangan Dan Kaki:

Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.

Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

Lutut

Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

Rajah 7: Fasa Pecutan

Rajah 8: KelajuanMaksimum

3. FASA PENAMAT

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m. adi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

Rajah 9: Penamat

Latihan Ansur Maju Latihan mendorong

Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.

Berlari mengutip pundit saga/ kacang secara berganti- ganti dalam kumpulan.

Larian baying- baying : secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan dirinya disentuh.

Lari berganti- ganti ulang alik : larian 200 meter berkumpulan.

Larian teknik pecut

Berlari dengan melangkah panjang.

Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.

Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki di luruskan.

Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

Berlari menyepak ke belakang.

Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

Latihan pergerakan tangan; berkumpulanberlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung

Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan

Melonjak untuk jarak

Melangkah panjang ( bounding )

Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

Melompat, memusing, mendekam dan memecut.

Berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.PRINSIP-PRINSIP MEKANIK

Setelah melakukan pelepasan dengan baik danpada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut.

Ada berapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa , pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.

Pergerakan Tangan

Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah menghayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa menghayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakin.ya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.

Tangan pelari terayun kebelakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. liii kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan sehingga mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas danpada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.

Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan terbuka atau digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya semesa untuk berlan dan memecut.Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lariari pecul. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan.

Selain itu pclari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pmggang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaldah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.

Menamatkan Larian Pecut.

Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat yang boleh dan lebih dahullu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk nlencapai pita penamat.Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu sama sekali memperlahankan larianya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.

Apabila tiba ke garisan penamat , biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara ini adalah digalakkan untuk larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk memcecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pclari terjatuh. Satu cara lagi pelari menamatkan lariannya ialah dengan mmemusingkan salah satu bahunya untuk mencecah garisart penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkann larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.

Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya dipenngkat antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa atau pcgawai penamat disebabkan beberapa pekari niencecah garisan penamat pada masa yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photofinish. Menerusi kaedah ml pemenang acara iru akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas Iarian itu. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat. hal mi perlu khususnya untuk acara seperti 100 meter dan 200 meter.

Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk berapa meter diikuti dengan berjalan. Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cam untuk mengatasai sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain.

Seperti dalam permulaan pecutan dan larian hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang larian semasa menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah mengganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan.BIBLIOGRAFIGallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children (4th ed.). Champaign: Human Kinetics. LondonHall, J. (2004). The primary physical education handbook (2thed.). A & C Black Pub. Ltd: London

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, Benjamin Cummings: UnitedStateTeng Boon Tong (1989) Siri Pendidikan Logman, Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian & Kejurulatihan) Karisma Publications Sdn.Bhd. Shah Alam

Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical educationmethod for elementary teachers (2nd edition). Champaign: Human Kinetics. LondonWee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan kejurulatihan:Karisma Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur_1465589012.bin