8.0 dan 9.0

4
8.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN Penyelidikan tindakan yang telah dijalankan memberi banyak maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Secara keseluruhannya, pendekatan Recorder Power telah membantu 15 orang responden dari tahun empat memberi tumpuan atau fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder. Keputusan ujian pasca pada kitaran kedua telah meningkat berbanding dengan keputuan ujian pra dan juga keputusan ujian pasca pada kitaran pertama. Di dalam ujian pra, min ujian yang diperoleh hanyalah 39.7 dan telah meningkat kepada 98.5 di dalam ujian pasca. Peningkatan sebanyak 58.8 telah menunjukkan kejayaan menggunakan pendekatan Recorder Power kepada 15 orang responden yang hilang fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder lebih fokus dan sekaligus menguasai permainan rekoder. Hasil kajian mendapati aktiviti dalam pendekatan Recorder Power telah membantu responden menguasai permainan rekoder dengan baik. Apabila 15 orang responden sudah dapat memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder, maka sudah tentu mereka dapat menguasai teknik penjarian, penglidahan, pernafasan, postur, kemahiran membaca dan menunjukkan penajarian bagi not B, A, G, C’ dan D’ serta kemahiran bermain lagu dengan lancar. Oleh itu, mereka tidak akan menghadapi masalah untuk mempelajari not-not yang seterusnya iaitu not F, E dan not D pada pelajaran yang seterusnya. Mereka juga tidak akan menghadapi masalah untuk membaca skor lagu dan sekaligus dapat bermain lagu dengan lanacar. Sisihan piawai yang diperoleh daripada ujian pra adalah sebanyak 17.5 telah berkurangan kepada 3.7 dalam ujian pasca pada kitaran kedua. Sisihan piawai ini telah berkurang sebanyak 13.8. Sisihan piawai yang lebih besar menunjukkan serakan yang lebih luas dari nilai min. Sisihan ujian pra adalah lebih tinggi daripada ujian pasca dan ini menunjukkan markah-markah yang diperoleh oleh responden semasa ujian pra bertaburan jauh daripada nilai min. Jurang perbezaan di antara responden yang mendapat pencapain cemerlang dan responden yang mendapat pencapaian sangat lemah juga jelas kelihatan. Dalam ujian pasca, sisihan piawai yang diperoleh adalah lebih rendah berbanding ujian pra. Keadaan ini menunjukkan bahawa markah-markah yang diperoleh oleh responden semasa ujian pasca bertaburan semakin dekat dengan nilai min. Jurang perbezaan di antara responden yang mendapat pencapaian cemerlang dan responden yang mendapat pencapaian sangat lemah telah berkurang. Prestasi responden telah meningkat dari tahap sangat lemah kepada tahap baik dan cemerlang.

Upload: nurul-hidayah

Post on 19-Jul-2015

400 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8.0 dan 9.0

8.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

Penyelidikan tindakan yang telah dijalankan memberi banyak maklumat bagi menjawab

persoalan kajian. Secara keseluruhannya, pendekatan Recorder Power telah membantu 15 orang

responden dari tahun empat memberi tumpuan atau fokus dalam pengajaran dan pembelajaran

permainan rekoder. Keputusan ujian pasca pada kitaran kedua telah meningkat berbanding dengan

keputuan ujian pra dan juga keputusan ujian pasca pada kitaran pertama. Di dalam ujian pra, min

ujian yang diperoleh hanyalah 39.7 dan telah meningkat kepada 98.5 di dalam ujian pasca.

Peningkatan sebanyak 58.8 telah menunjukkan kejayaan menggunakan pendekatan Recorder Power

kepada 15 orang responden yang hilang fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder

lebih fokus dan sekaligus menguasai permainan rekoder. Hasil kajian mendapati aktiviti dalam

pendekatan Recorder Power telah membantu responden menguasai permainan rekoder dengan baik.

Apabila 15 orang responden sudah dapat memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran

permainan rekoder, maka sudah tentu mereka dapat menguasai teknik penjarian, penglidahan,

pernafasan, postur, kemahiran membaca dan menunjukkan penajarian bagi not B, A, G, C’ dan D’

serta kemahiran bermain lagu dengan lancar. Oleh itu, mereka tidak akan menghadapi masalah untuk

mempelajari not-not yang seterusnya iaitu not F, E dan not D pada pelajaran yang seterusnya. Mereka

juga tidak akan menghadapi masalah untuk membaca skor lagu dan sekaligus dapat bermain lagu

dengan lanacar.

Sisihan piawai yang diperoleh daripada ujian pra adalah sebanyak 17.5 telah berkurangan

kepada 3.7 dalam ujian pasca pada kitaran kedua. Sisihan piawai ini telah berkurang sebanyak 13.8.

Sisihan piawai yang lebih besar menunjukkan serakan yang lebih luas dari nilai min. Sisihan ujian pra

adalah lebih tinggi daripada ujian pasca dan ini menunjukkan markah-markah yang diperoleh oleh

responden semasa ujian pra bertaburan jauh daripada nilai min. Jurang perbezaan di antara responden

yang mendapat pencapain cemerlang dan responden yang mendapat pencapaian sangat lemah juga

jelas kelihatan. Dalam ujian pasca, sisihan piawai yang diperoleh adalah lebih rendah berbanding

ujian pra. Keadaan ini menunjukkan bahawa markah-markah yang diperoleh oleh responden semasa

ujian pasca bertaburan semakin dekat dengan nilai min. Jurang perbezaan di antara responden yang

mendapat pencapaian cemerlang dan responden yang mendapat pencapaian sangat lemah telah

berkurang. Prestasi responden telah meningkat dari tahap sangat lemah kepada tahap baik dan

cemerlang.

Page 2: 8.0 dan 9.0

Terdapat banyak kaedah dan pendekatan dalam membantu penguasan murid dalam permainan rekoder

seperti kaedah nombor, Recorder Karate dan sebagainya, Namun, pengkaji telah memilih untuk

menggunakan pendekatan Recorder Power kerana pendekatan ini lebih sesuai kerana dapat menarik

minat responden dan sekaligus menarik tumpuan mereka untuk mempelajari sekalius menguasai

permainan rekoder. Sebagai contoh, aktiviti meneroka bunyi dalam pendekatan Recorder Power telah

menarik minat responden untuk mempelajari permainan rekoder. Secara tidak langsung, mereka dapat

menguasai teknik bermain rekoder iaitu teknik penglidahan, pernafasan, penjarian dan postur, dapat

mengenal pasti not dan penjarian bagi not B, A, G, C’ dan D’ pada rekoder dengan lebih baik.

Kajian ini turut memberi kesedaran kepada pengkaji bahawa murid-murid memerlukan

pelbagai kaedah dan pelbagai pendekatan yang mudah dan menarik serta mampu menarik minat

mereka untuk mempelajari sesuatu pelajaran. Penerokaan dan pembelajaran melalui pengalaman

adalah sangat berkesan untuk memudahkan pemahaman mereka. Kitaran ketiga tidak dijalankan

kerana seramai 15 orang responden telah memberikan tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran

permainan rekoder. Selain itu, 13 orang responden telah menguasai permainan rekoder dengan

pencapaian yang cemerlang manakala 2 orang responden lagi telah mencapai pencapaian yang baik

dalam permainan rekoder. Kitaran ketiga tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa serta bulan

puasa yang membataskan pengkaji serta responden untuk mengikuti intervensi yang seterusnya.

Walau bagaimanapun, hasil dapatan telah menunjukkan bahawa pendekatan Recorder Power telah

membantu responden fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekdoer dan sekaligus

menguasai permainan rekoder.

Page 3: 8.0 dan 9.0

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Sekiranya kajian ini ingin diteruskan, adalah diharapkan agar masa kajian ini dijalankan lebih

daripada sebulan kerana terdapat banyak cadangan aktiviti dalam pendekatan Recorder Power yang

masih belum dijalankan dalam kajian ini. Hanya empat aktiviti sahaja yang dijalankan dalam kajian

ini. Kajian ini hanya menggunakan sampel 15 orang dan diharapkan pada kajian yang seterusnya

sampel yang lebih besar digunakan di dalam kajian supaya memperoleh keputusan dan data yang

lebih tepat berbanding dalam kajian ini. Adalah lebih baik jika kajian ini digunkan untuk keseluruhan

murid tahun 4 yang mempunyai masalah dalam permainan rekoder. Oleh itu, keputusan yang lebih

tepat dan jitu akan diperoleh.

Disamping itu, jika pemilihan sampel bertambah, maka masa yang diperuntukkan juga

perlulah lebih banyak daripada dalam kajian ini supaya kajian yang lebih mendalam dapat dijalankan.

Selain itu, masa yang diperuntukkan juga sangat penting kerana masa sebulan adalah sangat singkat

untuk memperbaiki teknik penglidahan murid-murid. Teknik penglidahan bukanlah satu teknik yang

mudah kerana untuk mendapatkan teknik penglidahan rekoder yang baik memerlukan masa yang agak

panjang. Selain itu, masa yang panjang dapat memastikan sampel benar-benar mahir bermain rekoder.

Apabila sampel telah dapat menguasai kemahiran yang dipelajari, maka keputusan yang diperoleh di

dalam ujian pasca mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, faktor puasa menjadi

penghalang kepada pengkaji untuk melaksnakan kajian kerana ibu bapa serta guru tidak

menggalakkan pengkaji untuk mengadakan kelas rekoder pada bulan puasa.

Selain itu, adalah diharapkan pendekatan Recorder Power dapat diperkenalkan dengan lebih

meluas bukan sahaja kepada murid-murid tahun empat malah kepada murid-murid tahun lima dan

enam dalam pembelajaran rekoder. Guru-guru juga patut menggunakan pendekatan ini dalam

pengajaran rekoder kerana pendekatan ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk

mempelajari permainan rekoder. Pendekatan ini sangat relevan dan bersesuaian pada peringkat awal

dalam mempelajari teknik bermain rekoder dan juga mempelajari not supaya dapat membantu murid-

murid bermain rekoder dengan lancar. Penerokaan dan pembelajaran melalui pengalaman telah

membantu murid-murid untuk meneroka dan mencuba memperbaiki diri dalam permainan rekoder.

Selain itu, pendekatan ini merupakan aktiviti yang berpusatkan murid. Jadi pendekatan ini sangat

tepat dan sesuai untuk digunakan di dalam kelas rekoder.

Page 4: 8.0 dan 9.0