8. topik 6 tilawah dan tajwid ms1-17

20
TOPIK 6 TAJWID DAN APLIKASINYA SINOPSIS: Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu tajwid, gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik Syatibi. Di samping itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang maratib (bentuk-bentuk) bacaan yang muktabar. Hasil Pembelajaran. Di akhir modul ini peserta dapat: 1. Menghuraikan hukum-hukum tajwid asas bacaan al-Quran 2. Mengaplikasi hukum-hukum tajwid ke dalam bacaan ayat-ayat al- Quran 3. Membaca bacaan-bacaan khas riwayat hafs toriq (aliran bacaan) Syatibi dengan tepat. 4. Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang diizinkan oleh syarak. Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru kerana ia berkaitan dengan keagungan al-Quran sendiri. Untuk memelihara kemuliaannya Allah memperturunkan melalui malaikat Jibril peraturan-peraturan bacaannya. Diharapkan melalui peraturan-peraturan tersebut isi kandungan al-Quran akan terus terpelihara sehingga hari kiamat! 1 TOPIK 6 TAJWID DAN APLIKASINYA 6.1 TILAWAH ALQURAN 6.1.1. Rukun-rukun tilawah al-Quran 6.1.2. Adab-adab berinteraksi dengan al-Quran 6.1.3. Maratib tilawah al-Quran 6.1.4. Bentuk tilawah al-Quran yang dilarang 6.2 TAJWID DAN APLIKASINYA 6.2.1. Mabadi (tonggak) ilmu tajwid 6.2.2. Makhraj huruf dan sifat huruf 6.2.3. Hukum nun sakinah dan tanwin 6.2.4 Hukum mim sakinah 6.2.5. Hukum nun musyaddadah dan mim musyaddadah 6.2.6. Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz 6.2.7. Al-Mudgham 6.2.8. Al-Mudud

Upload: bro-qim

Post on 31-Jul-2015

2.325 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

TOPIK 6 TAJWID DAN APLIKASINYA

SINOPSIS:

Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu tajwid, gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik Syatibi. Di samping itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang maratib (bentuk-bentuk) bacaan yang muktabar.

Hasil Pembelajaran.

Di akhir modul ini peserta dapat:

1. Menghuraikan hukum-hukum tajwid asas bacaan al-Quran2. Mengaplikasi hukum-hukum tajwid ke dalam bacaan ayat-ayat al-Quran3. Membaca bacaan-bacaan khas riwayat hafs toriq (aliran bacaan) Syatibi

dengan tepat.4. Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang

diizinkan oleh syarak.

Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru kerana ia berkaitan dengan keagungan al-Quran sendiri. Untuk memelihara kemuliaannya Allah memperturunkan melalui malaikat Jibril peraturan-peraturan bacaannya. Diharapkan melalui peraturan-peraturan tersebut isi kandungan al-Quran akan terus terpelihara sehingga hari kiamat!

1

TOPIK 6 TAJWID DAN APLIKASINYA

6.1 TILAWAH ALQURAN

6.1.1. Rukun-rukun tilawah al-Quran6.1.2. Adab-adab berinteraksi dengan al-Quran6.1.3. Maratib tilawah al-Quran6.1.4. Bentuk tilawah al-Quran yang dilarang

6.2 TAJWID DAN APLIKASINYA

6.2.1. Mabadi (tonggak) ilmu tajwid6.2.2. Makhraj huruf dan sifat huruf6.2.3. Hukum nun sakinah dan tanwin6.2.4 Hukum mim sakinah6.2.5. Hukum nun musyaddadah dan mim musyaddadah6.2.6. Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz6.2.7. Al-Mudgham6.2.8. Al-Mudud6.2.9. Waqaf dan Ibtida’6.2.10. Bacaan Khas Riwayat Hafs daripada Qiraat AsimToriq Syatibi

Page 2: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

RUKUN TILAWAH AL-QURAN

SAH SANAD BACAAN

BERTEPATAN DENGAN RASM UTHMANI

BERTEPATAN DENGAN NAHU BAHASA ARAB

6.1.1 RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN

Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan al-Quran. Rukun bacaan al-Quran ada tiga. Ringkasannya seperti dalam grafik di bawah

Sah sanad.

Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara lebih khusus iaitu seseorang membaca al-Quran sehingga khatam daripada bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-

Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.

Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang

2

Page 3: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah Rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain.

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru yang mengajar al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima sanad daripada pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.

Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Rasm Uthmani. Mushaf Kufi adalah salah satu mushaf Rasm Uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar

luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Torik (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan Rasm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Uthmani akan menyebabkan bacaan kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.

Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijma’ menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah muttabaah yang mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang meragukan).

Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam Asim riwayat Hafs torik Syatibi.

3

Page 4: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Adab-adab guru al-Quran

Adab pelajar-

pelajar al-Quran

Adab mendengar

& membaca al-Quran

Adab-adab dengan

Al-Quran

6.1.2 ADAB-ADAB BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN.

Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran. Adab-adab itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar ,belajar dan guru al-Quran

Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran

Untuk menjaga kedudukan al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-dalil naqli adab berkaitan mendengar dan membaca al-Quran. Antara adab-adab tersebut ialah ;

Adab-adab pelajar al-Quran

1. Ikhlaskan niat kerana Allah2. Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya

muda, kurang masyhur dan seumpamanya3. Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya4. Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan.5. Memandangnya dengan rasa penuh hormat.

4

Adab membaca dan mendengar al-Quran

Ikhlas kerana AllahMenghadirkan hati dan aqalMembaca istiazahMembaca basmalahBerkeadaan suciMembaca di tempat suci & bersihMembersih mulutMemakai pakaian bersih & suciMembaca dengan khusyuk & tawadukDuduk dengan sopan & mengadap kiblatTidak diselangi dengan percakapan yg tidak perluMemohon kebajikan (ayat rahmat)Membaca ucapan tertentu (ayat tertentu)

Page 5: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Adab guru al-Quran1. Ikhlaskan niat kerana Allah2. Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid.3. Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain.4. Berakhlak dengan akhlak terpuji.5. Berlembut dengan pelajar6. Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan.7. Membimbing mengikut kemampuan pelajar8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu.

6.1.3. MARATIB TILAWAH AL-QURAN

Untuk memuliakan dan menjaga al-Quran yang berstatus mukjizat Islam menentukan 4 maratib atau kelajuan bacaan al-Quran. Empat bentuk tersebut diharuskan dan dirumuskan dalam rajah di bawah

TahqiqIaitu kelajuan bacaan seperti tartil cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran

TartilIalah bacaan perlahan-lahan , tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan dengan memberikan hak (sifat semula jadi huruf) dan mustahaknya (sifat-sifat yang mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya.

Hadar Iaitu bacaan cepat serta tetap menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh orang yang mentasmi’ hafazan di depan gurunya.

Tadwir Iaitu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.

Gunakan pita rakaman audio atau radio dan bandingkan kelajuan bacaan al-Quran bagi setiap maratib bacaan al-Quran

5

Maratib bacaan al-Quran

Tahqiq

Tartil

Tadwir

hadar

Page 6: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

6.1.4. BENTUK TILAWAH AL-QURAN YANG DILARANG

Akibat daripada terdedah dengan berbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan al-Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama menentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Di sini dinyatakan beberapa keadaan tersebut.

1. Tatrib iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan pada tempatnya

2. Tamtit iaitu bacaan dengan melebihkan-lebihkan harakat pada hukum mad.

3. Tarqis iaitu bacaan dengan melenggok-lenggok nada suara sehingga melebihkan pada harakat huruf mad bertujuan menyesuaikan rentak

4. Tahzin bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan membawa sifat riyak

5. Tar’id iaitu bacaan yang menggentarkan suara keterlaluan seperti orang kesejukan atau ditimpa sakit.

6. Tahrif iaitu bacaan al-Quran secara serentak dan berhenti secara serentak

7. Membaca bersama alat muzik.

6.2 TAJWID

6.2.1. MABADI (TONGGAK) ILMU TAJWID

Ulamak Islam mengatakan bahawa setiap ilmu mempunyai asas yang menjadi teras perbincangan. Sepuluh asas ilmu tajwid ialah ;

1. Pengertian :Pada bahasa bererti memperelokkan sesuatuPada Istilah : mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya dan diberikan hak (sifat asli) dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)

2. Hukum mempelajarinya:Mendalami hukum-hukumnya secara ilmiah fardhu kifayah tetapi beramal dengannya ketika bacaan fadhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat.

3. Dalil-dalil kewajipan beramal dengannya.Surah al-Muzammil ayat 4.Sabda Rasulullah s.a.w Ijmak ulamak sejak zaman sahabat hinggalah hari ini.

4. Nama ilmunya.Ilmu tajwid

5. Tumpuan perbincangan.Kalimah-kalimah al-Quran

6. Kelebihannya.Antara ilmu termulia kerana ia berkaitan terus dengan kalam Allah

7. Penyusunnya.Secara amali Nabi Shallallahu alaihi Wasallam

6

Page 7: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

8. Masalah dalam perbincangannya.Kaedah-kaedah umum yang menjuruskan kepada kaedah-kaedah yang lebih khusus.

9. Matlamatnya.Memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dalam bacaan.

10. Faedah umum.Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat daripada Allah di dunia dan akhirat.

Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil ketika mentafsirkan ayat 4 surah al-Muzzammil.

6.2.2. MAKHRAJ HURUF DAN SIFAT HURUF

Makhraj huruf

Pada bahasa tempat keluar.Pada istilah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah yang membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain

Mengikut pendapat terpilih makhraj huruf am terbahagi kepada lima bahagian iaitu makhraj jauf, makhraj halq, makhraj lisan, makhraj dua bibir dan makhraj rongga hidung.

Bagi makhraj am jauf hanya terdapat satu makhraj khas dan huruf-huruf yang terlibat ialah ketiga-tiga huruf mad. Bagi makhraj am halq terdapat tiga makhraj khas iaitu pangkal, tengah dan hujung halkum dan huruf-hurufnya pula ialah hamzah dan ha keluar daripada pangkal halkum, ain dan ha kecil keluar daripada tengah halkum dan ghain dan kho terbit daripada hujung halkum.

Makhraj am lidah pula mengandungi sepuluh makhraj khas yang meliputi pangkal, tengah, tepi dan hujung lidah. Huruf-huruf yang terlibat ialah Ta,Tho, Jim, Dal, Dzal, Ra, Zai, Sin,Syin,Shad, Dhad,To, Zha’,Qaf, Kaf,Lam,Nun dan Ya.

Makhraj am dua bibir mempunyai dua makhraj khas dan huruf yang terlibat ialah ba,wau,mim dan fa. Makhraj am jauf pula mengandungi satu makhraj khas dan keluar daripadanya ghunnah.

Sifat huruf.

Pada bahasa bermaksud sesuatu yang wujud pada sesuatu benda seperti hitam, putih, kuat, lemah dan sebagainya.

Pada istilah bermaksud cara mengawal dan menekan udara ketika huruf-huruf dilafazkan samada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya. Sifat-sifat huruf ketara kedengaran ialah ketika ia mati berbanding ketika ia berbaris.

Mengikut pendapat yang masyhur huruf-huruf hijaiyah mempunyai tujuh belas sifat lazim. Ia merangkumi sifat-sifat tunggal dan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Sifat-

7

Page 8: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

sifat tunggal ialah sofir bermakna siulan/berdesir dan huruf-hurufnya ialah zai sin sod ,lin bermaksud lembut, takrir bermaksud berulang/ulang dan hurufnya ialah ro, istitolah bermaksud memanjang dan hurufnya ialah dod, qolqolah bermaksud berdetak dan huruf-hurufnya digabung dalam ungkapan “qutubun jaddun” ,inhiraf bererti melencong dan huruf-hurufnya ialah lam dan ro dan tafassyi bererti menghembur dan hurufnya ialah syin. Sifat yang mempunyai lawan ialah jahar (nyaring) lawannya hamas (berbisik) , syiddah (kuat) lawannya rokhowah (lembut) dan di antaranya tawassut/bayyinah, isti’la’ (meninggi) lawannya istifal (merendah), itbaq (melekap) lawannya infitah (terbuka), ismat (tersekat) lawannya izlaq (tergelincir/lancar).

Gunakan CD holy Quran versi 6.5 dan amat-amati bagaimana makhraj dan sifat huruf-huruf hijaiyyah diamalikan.

6.2.3. HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

Nun Sakinah iaitu nun yang tidak berbaris dan ia akan menerima baris jika bertemu dengan huruf sukun. Tanwin pada bahasa bermakna suara dan pada istilah lafaz (suara) nun sakinah yang terdapat (tersirat) di akhir kata nama isim.

Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah hukumnya terbahagi kepada empat iaitu izhar, idgham, ikhfa’ dan iqlab.

Izhar.Izhar bererti nyata dan terang dan pada istilah ialah mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Terdapat enam huruf izhar yang digabungkan dalam ungkapan “ighin kho ‘a hu”. Kejauhan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf halkum menyebabkan bacaannya diizharkan.

Idgham. Pada bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dan pada istilah bermaksud memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah menjadi satu huruf bertasydid. Huruf-hurufnya digabungkan ke dalam ungkapan “yarmaluna”. Sebab-sebab bacaan diidgamkan kerana pertama nun sakinah dan tanwin adalah dua huruf mislain/ mutamasilain, kedua nun sakinah dan tanwin dengan mim adalah dua huruf yang bersekutu pada segala sifat dan ketiga nun sakinah dan tanwin dengan huruf-huruf lam,ra,wau dan ya adalah dua huruf mutaqaribain. Idgham terbahagi dua iaitu idgham tanpa dengung dan idgham dengan dengung. Idgham tanpa dengung mempunyai dua huruf yang digabungkan dalam ungkapan “ralla” dan huruf-huruf idgham maal ghunnah digabungkan dalam ungkapan “yumin”.

Martabat idgham juga terbahagi dua iaitu idgham kamil dan naqis. Ulama bersepakat mengatakan idgham kamil nun sakinah dan tanwin berlaku pada dua huruf iaitu lam dan ro dan kebanyakan ulama juga mengatakan idgham kamil juga berlaku pada huruf-huruf nun dan mim.

Tatbiqkan bacaan idgham kamil dan naqis dalam bacaan surah al-insan

8

Page 9: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Iqlab Iqlab bererti memalingkan sesuatu dan pada istilah bermaksud menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta ikhfak.(Dikhfakkan mim kepada ba)Sebab-sebab ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim kerana kedua-dua huruf itu mempunyai persamaan iaitu; persamaan pada makhraj dan sifat-sifat kedua-duanya.

Ikhfa’ Pada bahasa ikhfa’ bererti tersembunyi dan pada istilah mennyembunyikan huruf sukun dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasydid serta kekal ghunnah pada huruf pertama. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkaikata “ فثق صدك ستجز

شذ Sebab-sebab diikhfa’kan kerana makhraj nun sakinah atau tanwin tidak .”ضطظberjauhan dan tidak berhampiran dengan makhraj huruf-huruf ikhfa’. Jadi ia berada di pertengahan di antara izhar dan idgham.Ikhfa’ mempunyai tiga martabat.

1. Martabat tertinggi iaitu ikhfa’ kepada huruf to dan ta.2. Martabat terendah iaitu ikhfa’ terhadap huruf-huruf “kof” dan “kaf”3. Martabat pertengahan iaitu ikhfa’ terhadap huruf-huruf selain daripada huruf-

huruf di atas.

Rujuk kepada guru al-Quran tertentu dan praktikkan bacaan ikhfa’ nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf isti’lak.

6.2.4. HUKUM MIM SAKINAH

Mim sakinah iaitu mim yang tidak berbaris. Mim sakinah akan menerima baris apabila bertemu dengan huruf sukun.

Dalam al-Quran mim sakinah terdapat pada kalimah isim, fi’il dan harf

Apabila mim sakinah bertemu dengan huruf hijaiyah terbahagi kepada tiga hukum iaitu ikhfa’,idgham dan izhar

Apabila mim sakinah bertemu dengan ba’ maka wajib diikhfa’kan dan dinamakan ikhfa’ syafawi atau ikhfa’ syafahi kerana mim dan ba’ makhrajnya di bibir.

Apabila mim sakinah bertemu dengan mim maka wajib diidghamkan dan dinamakan idgham saghir atau idgham mithlain soghir ataupun idgham mithlain syafawi

Apabila mim sakinah bertemu dengan huruf hijaiyah selain daripada ba’ dan mim maka wajib diizharkan dan dinamakan izhar syafawi atau izhar syafahi kerana mim makhrajnya di bibir

Hati-hati ketika melafazkan mim sakinah apabila bertemu dengan fa’ atau wau kerana takut diikhfa’kan mim sakinah tersebut kerana mim sakinah berkongsi dengan wau pada makhrajnya dan mim sakinah juga berhampiran dengan fa’ pada makhrajnya.

6.2.5. HUKUM NUN MUSYADDADAH DAN MIM MUSYADDADAH

9

Page 10: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Nun musyaddadah dan mim musyaddadah adalah nun dan mim yang diletakkan tanda tasydid di atas keduanya.

Huruf musyaddadah asalnya adalah dua huruf, huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris maka diidghamkan menjadi satu huruf yang bertasydid

Nun musyaddadah dan mim musyaddadah wajib dighunnahkan dengan kadar 2 harakat sama ada ketika wasal atau waqaf

Ghunnah ada lima martabat dari segi kesempurnaannya, di sini disusun mengikut martabat yang paling kuat hinggalah martabat yang paling lemahIaitu:

i. Ghunnah yang terdapat pada nun musyaddadah dan mim musyaddadahii. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin yang diidghamkan

sebagai Idgham Naqisiii. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin dan mim sakinah yang

diikhfa’kaniv. Ghunnah yang terdapat pada nun sakinah atau tanwin dan mim sakinah yang

diizharkanv. Ghunnah yang terdapat pada nun mutaharrikah dan mim mutaharrikah

6.2.6. TARQIQ, TAFKHIM DAN TAGHLIZ

Makna tafkhim ialah menebalkan sebutan huruf dengan mengangkat lidah ke lelangit manakala tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara lidah dengan lelangit.

Tebal nipis huruf-huruf hijaiyah terbahagi tiga;1. huruf yang tebal selama-lamanya iaitu huruf-huruf isti’la’.2. huruf yang sentiasa tipis ialah huruf-huruf istifal kecuali huruf-huruf alif, ro dan

lam.3. huruf-huruf yang boleh nipis dan tebal (bergantung kepada keadaannya) iaitu

huruf-huruf alif, lam dan ro.

Hukum huruf alif.Ditebalkan jika sebelumnya huruf isti’la’ dan ditarqiqkan jika sebelumnya huruf-huruf

istifal contohnya فتاب دان قال

Hukum lam lafaz jalalah.Dibaca taghliz atau tebal apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhommah dan dibaca tarqiq jika didahului huruf berbaris kasrah atau baris dua di atas atau baris

dua di hadapan seperti dibaca dibaca الله قومن ( surah al-A’raf ayat 164) dan

dibaca الله أحدن (surah al-Ikhlas ayat 1-2)

Hukum huruf Ro.Berdasarkan tafkhim dan tarqiq ro dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;

1. yang mesti dibaca tebal dan ia berlaku dalam 10 keadaan berikut;a. berbaris fathahb. berbaris dhommah

10

Page 11: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

c. ro mati dan sebelumnya berbaris fathahd. ro mati dan sebelumnya berbaris dhommahe. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf

istiklakf. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah yang mendatang

samada dalam satu kalimah atau kalimah berasingang. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris fathahh. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris dhommahi. ro mati kerana waqaf , huruf sebelumnya juga sukun (selain ya) dan

huruf sebelumnya berbaris fathah.j. Ro mati kerana waqaf huruf sebelumnya sukun (selain ya) dan huruf

sebelumnya berbaris dhommah.

2. yang mesti dibaca nipis dan ia berlaku 9 keadaan berikut;a. berbaris kasrahb. berbaris kasrah ‘arid (mendatang)c. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrahd. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf ist’ila’

dalam kalimah berasingane. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya mati serta huruf

sebelumnya berbaris kasrahf. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya madg. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya linh. ro yang diimalahkani. ro yang diwaqaf secara raum

3. ro yang harus tipis atau tebal tetapi tebal lebih utama dan hanya berlaku pada

kata مصر di dalam surah-surah Yusuf (2) Yunus dan al-Zukhruf.4. ro yang harus tebal atau tipis tetapi nipis lebih utama dan berlaku dalam

keadaan berikut;a. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah serta selepasnya huruf

isti’la’ yang juga berbaris kasrah contoh فرقb. ro sukun kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan huruf

sebelumnya huruf isti’la’ yang juga berbaris sukun القطرc. ro mati kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan selepasnya ya

mahzufah iaitu pada kalimah نذر دان االسر

Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang boleh di baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

6.2.7. AL-MUDGHAM

Idgham mutamasilain.Iaitu idgham yang berlaku antara dua huruf yang bersamaan sifat dan makhraj. Idgham ini terbahagi dua iaitu dengan ghunnah dan tanpa ghunnah. Idgham mutamasilain tanpa dengung berlaku pada beberapa huruf sahaja iaitu huruf ba, ta, dal, dzal, ro, ain, fa, kaf, lam, wau dan ha. Idgham mutamasilain dengan ghunnah berlaku pada antara huruf-huruf mim sakinah pada mim dan nun sakinah pada Nun.

Idgham mutaqaribain.

11

Page 12: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Ialah idgham yang berlaku pada dua huruf yang berhampiran sifat dan makhraj. Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Idgham mutaqaribain tanpa dengung berlaku antara huruf-huruf qaf sakinah pada kaf, nun sakinah pada ra, dan nun sakinah pada lam. Idgham mutaqaribain dengan dengung berlaku pada antara huruf-huruf nun sakinah pada wau dan nun sakinah pada ya.

Idgham mutajanisain.Iaitu idgham yang berlaku pada dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat. Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Ia berlaku pertemuan antara huruf-huruf ta sakinah dan dal, ta sakinah dan to, ta sakinah pada dzal, dal sakinah pada ta, dzal sakinah pada zha dan to sakinah pada ta. Idgham mutajanisain dengan ghunnah pula hanya berlaku pada antara huruf-huruf ba sakinah dan mim.

Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain,mutaqaribain dan mutajanisain

6.2.8. AL-MUDUD

MadMad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara melalui salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui hadith nabi yang diriwayatkan oleh ibnu Mas’ud di mana seorang lelaki membaca ayat 60 surah al-Taubah tanpa bacaan mad.

Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama alif yang didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris dommah dan ketiga ya sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-

keadaan mad tersebut terdapat pada kalimah "نوحيها" , manakala huruf lin terdapat dua iaitu wau dan ya yang berkehendakkan syarat-syarat ; wau sakinah didahului baris fathah dan ya sakinah yang didahului baris fathah seperti contoh-

contoh " سوف دان ليس " .

Pembahagian mad.Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan sebab utama mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad zati. Mad asli terbahagi kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia hanya terdapat di huruf-huruf tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam

ungkapan " طهر حي ". Mad asli kedua ialah mad asli kalimi atau mad asli mutlak seperti contoh sebelum ini.

Mad farie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi huruf-huruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat tiga jenis yang terhasil dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil dan mad badal. Mad arid lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil daripada kewujudan sukun.

Jenis mad akibat kewujudan hamzah.

12

Page 13: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Mad wajib muttasil.Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama ada ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam Asim riwayat Hafs torik Syatibi wajib dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6 harakat ketika waqaf. Ketiga contoh bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah "

سيء دان سوء ساء، " .

Mad jaiz munfasil.Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam Asim riwayat Hafs torik Syatibi harus dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat

ketika waqaf. Contohnya terdapat pada kalimah " إن��ا ق��الو ومآانزل، أنفسكم وفى معكم، " .

Mad badal.Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau sukun selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat Hafs torik Syatibi ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-

kalimah " إيمنا دان ءامن،أوتي " . Jika huruf mad terdapat selepas huruf

hamzah asli ia dinamakan mad syabih bil badal. Contonya ialah ."الق�رءان

Mad disebabkan hamzah

Mad wajib muttasil

Mad jaiz munfasil

Mad badal

Mad disebabkan sukun

Mad arid lilsukun

Mad lin

Mad lazim

13

Page 14: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Mad arid li al-sukun.Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Bacaannya harus 2,4 dan 6 harakat.

Mad lin. Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Ia harus dibaca 2 , 4 atau 6 harakat.

Mad lazim. Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim kalimi apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran dan mad lazim harfi berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-huruf pembukaan (fawatih) al-Quran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu muthaqqal dan mukhaffaf. Maksud muthaqqal ialah huruf sukun selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya manakala mukhaffaf ialah huruf sukun selepas huruf mad tidak diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.

Mad-mad farie yang lain.

Mad shilah.Terjadi ketika membaca wasal pada ha domir yang berada di antara dua huruf berbaris dan ia terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah apabila ha domir mendahului huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2 harakat ketika wasal dan ketika waqaf dimatikan ha domir tersebut. Mad silah towilah pula ialah apabila ha domir mendahului hamzah. Mengikut riwayat Hafs torik Syatibi ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan apabila waqaf ia dimatikan.

Mad tamkin.Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasydid dan berbaris kasrah dan ya kedua sukun.

Mad ‘iwad.Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh. Bacaannya 2 harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.

Mad faraq.Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam ta’rif dimasuki hamzah istifham. Ia sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan mukhaffafah.

Mad ta’zimTerjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah "

Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad ."إلهjaiz munfasil.

Mad tabri’ah.Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad asli.

14

Page 15: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut : mad wajib, mad lazim , mas jaiz , mad farq , mad tamkin dan mad ta’zim

6.2.9. HUKUM WAQAF DAN IBTIDA’

Waqaf

Waqaf pada bahasa : menahan.Waqaf pada istilah : memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa boleh bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.

Hukum Belajar : Wajib pada pandangan setengah ulama’

Bahagian Waqaf

Waqaf boleh di bahagikan kepada empat bahagian;

1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang sebab yang tertentu.

2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca kerana kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.

3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana membaca wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.

4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul. Ithbat dan mahdzuf, menyoal dalam peperiksaan atau mengajar.

Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;

1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.

2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari segi makna.

3. waqaf Hasan (berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat selepasnya dari segi lafaznya.

4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak memberi faham akan maknanya kerana berhubung kuat dengan kalimah selepasnya kecuali darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah sebelumnya.

Ibtida’

Makna Ibtida’ pada bahasa : permulaan.Pada istilah : Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata’

Hukum Ibtida’ terbahagi dua jenis;

15

Page 16: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

1. Ibtida’ Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang dapat memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan apa yang dikehendaki Allah Ta’ala

2. Ibtida’ Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah makna yang dikehendaki.

Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat di dalam al-Quran dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan Waqaf.

6.2.10. BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS DARIPADA QIRAAT ASIM TORIQ SYATIBI

Talfiq.Talfiq pada bahasa : rekaanTalfiq pada istilah : mencampurkan bacaan sebahagian daripada toriq dengan toriq yang lain. Ia juga dikenali dengan “tarkib turk”

Hukum talfiq.Ulama menjelaskan tidak harus berlaku talfiq ketika bacaan al-Quran. Imam Nuwairi menjelaskan bercampur beberapa toriq ada kalanya haram, makruh dan mengaibkan. Jika kita melakukannya akan terjadi satu bacaan yang tidak pernah diturunkan.

Wahai pelajar sekalianMenjadi kesalahan jika kita menggabungkan bacaan antara toriq Imam Syatibi dengan torik Imam Ibnu Jazari dalam satu masa kerana terdapat jurang perbezaan antara kedua-dua toriq tersebut.

Bacaan khusus riwayat Hafs toriq Syatibi.

1. Attakbir : bermaksud ucapan " أكبر الله هو الله اال اله ال " atau

sekurang-kurangnya " اكبر الله " atau " الله هو الله اال الاله لحمد ا ولله اكبر ". Ketika khatam al-Quran Hafs melalui torik Syatibi

tidak membaca takbir.2. Mad munfasil dibaca dengan kadar 4 dan 5 harakat.3. Mad muttasil dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat dan 6 harakat apabila

diwaqaf atas huruf mad berada di hujung kalimah.4. Idgham nun sakinah atau tanwin kepada huruf lam dan ro tanpa ghunnah.5. Saktah hanya berlaku pada 4 tempat.6. Pada fatatih suwar surah yasin dan surah nun dibaca dengan dengan izhar.

7. Pada perkataan pada surah al-Insan ayat 4 boleh dibaca dua "سلسال" wajah ketika waqaf samada dihazaf alif serta disukunkan lam atau diisbat alif sebagai mad asli.

8. Kalimah-kalimah "ضعف" ( berulang tiga kali) pada ayat 24 surah al-Rum, harus dibaca dua wajah pada ketiga-tiga tempat tersebut iaitu dhad maftuhah(seperti dalam mushaf) dan dhad madhmumah.

16

Page 17: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

9. Pada kalimah surah al-naml ayat 36 harus dibaca dua wajah ketika waqaf iaitu diwaqafkan dengan ya’ sebagai mad asli atau diwaqafkan tanpa ya’ serta disukunkan nun sebagai mad aaridh lissukun

10. Pada kalimah pada surah al-Syuara’ ayat 63 harus dibaca dua "فرق" wajah pada ra’ iaitu tafkhim dan tarqiq.

11. Huruf “ain” pada permulaan surah Maryam dan surah al-Syura harus dibaca dengan empat dan enam harakat.

12. Pada kalimah " تأمن��ا ال " dibaca dua wajah iaitu Isymam dan Raum/ikhtilas

13. Wajib diidghamkan huruf ba ke dalam huruf mim pada kalimah اركب" .surah Hud ayat 42 "معنا

14. Wajib didghamkan huruf tha ke dalam zal pada kalima ذلك يلهث " surah al-A’raf ayat 176.

15. Pada kalimah "الذكرين" dalam surah surah an-An’am ayat 143-144 dan

kalimah surah Yunus ayat 51 dan 91 dan kalimah "الئن" dalam "الله" surah Yunus ayat 59 dan surah an-Naml ayat 59 boleh dibaca dua wajah iaitu secara ibdal dan tashil

16. Huruf sod pada kalimah surah al-Ghosyiah ayat "لمصيطر" 22 hanya dengan huruf sod.

17. Pada huruf sin kalimah "فطمسنا" surah al-Qamar ayat 37 harus dibaca dua wajah iaitu dengan sod dan sin

18. Pada kalimah surah al-Baqarah ayat "يبصط" 245 dan pada kalimah ".surah al-A’raf ayat 69 dibaca dengan huruf sin sahaja "بصطة

19. Pada kalimah " هلك ماليه " harus dibaca dua wajah iaitu secara izhar berserta dengan saktah dan secara idgham.

20. Pada kalimah "نخلقكم" dibaca secara idgham kamil

21. Kalimah ayat "مجريها" 41 surah Hud hendaklah dibaca secara imalah kubra.

22. kalimah "ءاعجمى" surah Fussilat ayat 44 dibaca dengan tashil.

Tasmi’kan bacaan khas Qiraat Asim riwayat Hafs torik Syatibi di depan seseorang guru al-Quran yang mahir.

Layari laman web qquran (www.qquran.com).a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama qori-qori

mesir yang terkenal.b) Pilih satu tokoh al-Quran Mesir yang anda minati dan nyatakan

sumbangannya terhadap Al-Quran

Aktiviti Tutorial: Berdasarkan satu surah yang ditentukan oleh pensyarah anda dalam juzuk Amma:

a) Analisakan hukum-hukum tajwid yang sudah dipelajari dalam modul, dan

b) Tasmi’kan surah tersebut di hadapan pensyarah anda.

17

Page 18: 8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

18