8 rahsia untuk mengekalkan persahabatan yang kita semua patut tahu

Upload: zaen-lastfriends

Post on 06-Jul-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 8 Rahsia Untuk Mengekalkan Persahabatan Yang Kita Semua Patut Tahu

    1/4

    8 Rahsia Untuk Mengekalkan Persahabatan

    yang Kita Semua Patut Tahu

     

    Sahabat. Seribu orang kawan belum sama taranya dengan nilai seorang sahabat.

    Begitulah ibarat tingginya nilai seorang sahabat. Mencari sahabat sejati umpama mencari mutiara

    di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui.

    Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan

    sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya.

    Ahli bijak pandai pernah menyatakan bahawa “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak

    mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yangdimilikinya.”

    ernah dengar lagu Sahabat dari !ajwa "ati#? $ayati liriknya.

    Itulah gambaran sikap dan si#at seorang sahabat. Sahabat itu ialah insan yang sentiasa bersama

    kita sama ada kita suka ataupun duka.

    %etika kita senang, ramai kawan akan berada di samping kita, tetapi apabila dilanda kesusahan disitulah kita dapat melihat seseorang itu benar&benar sahabat kita ataupun sekadar nama.

    Sahabat yang baik tidak menyebarkan keburukan kita

    Sahabat yang baik ialah orang yang tahu tentang kelemahan kita tapi akan berbicara tentang

    kelebihan kita pada orang lain. %etika orang lain berbicara buruk tentang kita,dia yangmenyokong kita dan bercerita tentang kebaikan kita.

  • 8/17/2019 8 Rahsia Untuk Mengekalkan Persahabatan Yang Kita Semua Patut Tahu

    2/4

    Berhati&hatilah mencari sahabat kerana jika tersilap mencari sahabat,sahabat itulah musuh paling

     berbahaya kerana dia sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita.

    Terdapat satu cara bagi menguji sahabat sama ada dia benar-benar sahabat yang baik

    ataupun sebaliknya.

    Apabila kita ingin mengambil seseorang menjadi sahabat, ujilah sahabat kita dengan

    membuatnya marah. %emudian, suruhlah orang lain bertanya padanya tentang kita dan rahsia

    kita.

    Sekiranya dia masih lagi memperkatakan perkara baik tentang kita dan masih lagi menyimpanrahsia kita,maka ambillah dia sebagai sahabat.

    8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

    1. erka!anlah ikhlas kerana "llah

    'a, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah ,

    kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.

     

    #. $angan menjadi api

    Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah #aham yang

    mengakibatkan pergaduhan. %etika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air.Mengalah bukan bererti kita kalah.

     

    %. Tanam si&at saling percaya

    (alam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu. ercayalah sahabat anda kerana anda lebih

    mengenalinya berbanding orang lain.

     

    '. Sentiasa berbincang

    %etika berlakunya salah #aham, ambillah masa untuk bertenang. Setelah menenangkan diri,

     berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.

    (engar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan )hukuman*.Mungkin berlakunya salah #aham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua.

  • 8/17/2019 8 Rahsia Untuk Mengekalkan Persahabatan Yang Kita Semua Patut Tahu

    3/4

     

    (. )arilah *rang tengah yang mampu membantu

    %etika berlakunya salah #aham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat

    anda menyelesaikan salah #aham.

     !amun, anda haruslah berhati&hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah mungkin akan

    mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.

     

    +. ,uangkan masa bersama

    Masing&masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri.!amun,carilah waktu dan luangkan masa

     bersama&masa. +idak perlulah sampai menonton wayang, bersiar siar atau sebagainya.

    -ukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing&masing ketika ada waktu terluang.

     

    . Terimalah kelebihan dan kekurangannya

    Memang tiada manusia yang sempurna. %adangkala kekurangannya menguji kesabarankita.-ontohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran.

    %adangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya.Bersabarlah.

    +erima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni

    tiada yang sempurna kan?

     

    8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang

    -arilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan.%awan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.

    Mesti anda pernah dengar kan?

    -arilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.

     

    Penutup

    http://akuislam.com/blog/renungan/bijak-dalam-memilih-2/http://akuislam.com/blog/renungan/bijak-dalam-memilih-2/

  • 8/17/2019 8 Rahsia Untuk Mengekalkan Persahabatan Yang Kita Semua Patut Tahu

    4/4

    $idup terlalu sunyi tanpa seorang sahabat.

    Seorang sahabat boleh menjadi seseorang yang amat penting dalam hidup kita. Agama kita juga

    menganjurkan kita bersilaturrahim. Ikatan persahabatan juga boleh disemarakkan lagi dengansaling memberi hadiah.

    %ehidupan para ulama sala# juga penuh dengan perkara seperti ini. Mereka saling memberi

    hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak,

    ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dantumbuhan yang wangi harumnya.

    Sabda asulullah,

     Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda “ Saling memberikan hadiahdi antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang” 

    +ertapi kadang&kadang sahabat juga boleh menikam kita dari belakang. Bila terkena dengansahabat baik kita sendirilah yang akan memberikan rasa paling sakit dan perit dihati. It*s #eel torn

    apart inside.