8. pemodenan maharaja meiji

5
PEMODENAN MAHARAJA MEIJI Pengenalan Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa. Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud “pemerintah yang menerima pencahayaan”, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan penghujung 20an. Banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji. Pemerintahan Meiji yang berlangsung selama 44 tahun bermula dari 1868 hingga 1912 merupakan satu era yang penting dalam sejarah Jepun. Aspek Pemodenan 1. Penghapusan golongan feudalisme Setelah dilantik menjadi maharaja jepun, perkara yang terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan persoalan mengenai bagaimana caranya untuk membuatkan semua rakyat jepun merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaraan? Perasaan yang mengatakan mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau? Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memansuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme. Golongan samurai dan daimyo diminta menyerahkan tanah kepada maharaja secara suka rela. Dengan terhapus nya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun. 2. Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British. Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872 dan Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu,

Upload: syiqah-sapian

Post on 13-Feb-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

se

TRANSCRIPT

Page 1: 8. Pemodenan Maharaja Meiji

PEMODENAN MAHARAJA MEIJI

Pengenalan

Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa. Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud “pemerintah yang menerima pencahayaan”, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan penghujung 20an. Banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji. Pemerintahan Meiji yang berlangsung selama 44 tahun bermula dari 1868 hingga 1912 merupakan satu era yang penting dalam sejarah Jepun.

Aspek Pemodenan

1. Penghapusan golongan feudalisme

Setelah dilantik menjadi maharaja jepun, perkara yang terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan persoalan mengenai bagaimana caranya untuk membuatkan semua rakyat jepun merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaraan? Perasaan yang mengatakan mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau? Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memansuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme. Golongan samurai dan daimyo diminta menyerahkan tanah kepada maharaja secara suka rela. Dengan terhapus nya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun.

2. Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut

Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British. Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872 dan Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai jurulatih Tentera Laut. Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru.

3. Komunikasi dan Perhubungan

Mesin telegraf telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi kerana alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun. perkhidmatan kereta api telah turut di perkenalkan. Dengan adanya

Page 2: 8. Pemodenan Maharaja Meiji

perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi.

4. Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di anggap sebagai alat transformasi untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan sistem pendidikan. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan. kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka di bayar gaji oleh kerajaan Jepun.

5. Undang – undang

Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888.

6. Kesusasteraan

Bidang kesusasteraan telah berkembang baik dengan adanya penterjemahan buku-buku sastera dari barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah meningkatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusasteraan moden. Melalui penterjemahan karya ini, masyarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya.

7. Ideologi dan Agama

Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisme. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci. Seterusnya, dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto Negara. Selain itu, jika sebelum ini di zaman Tokugawa, agama Kristian telah di haramkan tetapi pada zaman Meiji, agama Kristian telah di terima masuk semula.

Page 3: 8. Pemodenan Maharaja Meiji

8. Ekonomi

Maharaja Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan. Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun. Melalui konsep pemilikan tanah, semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar  dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun. Selain itu juga, penggunaan benih yang di import dan baja kimia telah di perkenalkan.

9. Perindustrian

Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah ditingkatkan  dengan pembinaan kilang-kilang besi.  Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut. Pengetahuan peralatan perang telah di serap dari barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar. Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapang. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo untuk membuat peluru. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda.

10. Dasar Kewangan

Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep mata wang pelbagai. Pada tahun 1868, mata wang Jepun telah di tukar kepada konsep penggunaan wang kertas. Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di serapkan berasaskan konsep perbankan Amerika Syarikat. Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan menggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Selain itu, sistem kredit moden juga telah di perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. Pada tahun 1882, sebanyak 143 buah bank telah di wujudkan dan di samping itu juga, kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan.

11. Media Cetak

Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai.

Page 4: 8. Pemodenan Maharaja Meiji

12. Kebudayaan

Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. Banyak piring hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. Di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan sari kata, teknik sinaran tiruan, ‘prop’ dan sebagainya.