dato ’ maharaja lela pandak lam

10
DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM LoveYa Production

Upload: william-blevins

Post on 31-Dec-2015

190 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Dato ’ Maharaja Lela Pandak Lam. LoveYa Production. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

DATO’ MAHARAJA LELA

PANDAK LAMLoveYa Production

Page 2: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

Kisahnyer lebih kurang cenggini laa.....penentang melayu ke atas Inggeris adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Salah satunya sikap inggeris yang menidakkan kuasa pembesar-pembesar melayu di Perak. Di Pasir Salak, Dato' Maharaja Lela adalah pembesar yang di tugaskan untuk memungut cukai dan menjaga kepentingan serta keagungan Kerajaan Melayu Perak di kawasan Pasir Salak. Kemarahan orang melayu semakin meluap-luap saban hari. Apabila J.W.W. Birch (Residen Inggeris Pertama) datang ke Pasir Salak, orang-orang melayu di Pasir Salak telah mengambil kesempatan dengan merejam hingga mati J.W.W. Birch ketika mandi di Sungai Perak. Sebenarnya sebelum itu orang-orang melayu telah bermesyuarat sebelum itu di Batang Padang (kalo tak silap) tentang cara-cara untuk membunuh J.W.W Birch. Antara cadangan yang dikemukakan termasuklah menggunakan santau atau merejam hingga mati. Kemudian orang-orang melayu memilih untuk merejam (cara yang gentlemen) J.W.W Birch dimana sipuntum dan Pandak Indut telah dipilih untuk melakukan tugas ini. (terpikir saya kalaulah orang-orang melayu memilih menggunakan santau sudah tentu kisah peperang di Pasir Salak tidak akan berlaku.....kerana kita sendiri sudah sedia maklum bahawa santau perak adalah yang paling kuat di tanah melayu selain sukar di kesan pembunuhnya.)

Page 3: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

Apabila Ingeris mengetahui bahawa wakilnya di Perak telah di bunuh di Pasir Salak maka mereka telah menghantar askar untuk menangkap Dato' Maharaja Lela. Orang-orang di Pasir Salak telah bersedia menerima kehadiran askar ini dan menentang mereka. Askar Inggeris kalah dan pulang ke Singapura. Kemudian Inggeris datang lagi dengan jumlah yang lebih ramai dan dengan lebih berhati-hati. Kehadiran kali kedua ini menyebabkan orang melayu di Pasir Salak kalah dan terpaksa berundur ke hutan. Kemudian Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor serta pengikut-pengikut mereka berjaya di tangkap.Dalam beberapa buku lain yang pernah saya baca antara punca kekalahan orang-orang melayu Pasir Salak termasuklah pengkhianatan beberapa pembesar melayu perak sendiri yang telah membocorkan rahsia kubu orang-orang melayu Pasir Salak. Selain itu kekurangan ubat bedil dan meriam serta pahlawan-pahlawan melayu juga menyukarkan penentangan terutama Inggeris pada masa itu membawa askar yang lebih ramai dan kelengkapan perang yang lebih baik. Malahan ada juga pembesar melayu yang memihak kepada Inggeris dengan menghantar pendekar-pendekar mereka untuk membunuh orang-orang Pasir Salak selain membocorkan rahsia kekebalan Dato' Maharaja Lela ke Inggeris. Menurut cerita juga pengkhianat-pengkhianat ini tidak hidup lama, mereka kemudiannya ada yang terbunuh ketika membantu Inggeris menyerang To' Gajah di Pahang.

Page 4: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

Berbalik kepada cerita asal tadi....selepas di tangkap Dato' Maharaja Lela kemudian di bawa ke Johor untuk di bicarakan manakala Dato' Sagor dan yang lain di bawa ke Taiping untuk dibicarakan......errr kalo korang baca kat buku teks....kat buku tuh tulih Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya dibicarakan di Taiping. So pepandai la korang nak percaya yang mana satu. emmm lepas di bawa ke Johor dan di dapati Dato' Maharaja Lela telah bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Semasa hukuman tersebut di jalankan keajaiban telah terjadi. Selepas digantung hingga tali gantung terputus namun Dato' Maharaja Lela tidak mati....begitulah seterusnya terjadi apabila Dato' Maharaja Lela di gantung buat kali kedua sehingga ke enam. Buat kali ke tujuh Inggeris telah meminta bantuan salah seorang kerabat diraja Johor untuk memujuk Dato' Maharaja Lela menyerahkan kerisnya kepada Inggeris kerana sebelum ini Dato' Maharaja Lela di gantung dengan kerisnya berada di badan. Selepas di gantung tanpa keris barulah Dato' Maharaja Lela meninggal dunia. Ingeris kemudiannya telah menanam mayat Dato' Maharaja Lela dengan "memisahkan badannya antara dua daratan" kerana mereka percaya jika tidak berbuat demikian Dato' Maharaja Lela akan hidup kembali.

Page 5: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

Oleh itulah hingga sekarang makam atau kubur Dato' Maharaja Lela tidak di ketahui di mana duduknya. Mungkin Ingeris telah menanam mayat Dato' Maharaja Lela di Johor dan Singapara dengan Selat tebrau sebagai penghalang antara dua daratan ini. Mungkin juga mayat Dato' Maharaja Lela di tanam di Bukit Tunggal (di Kg. Gajah) dan Bukit Changkat Lada (di Changkat Lada, Kg. Gajah) dengan Sungai Perak sebagai pemisah antara dua daratan ini. Berkaitan dengan keris Dato' Maharaja Lela pula tidak diketahui dimana ghaibnya namun menurut beberapa sumber keris tersebut sebenarnya adalah keris Tamingsari (kemungkinan milik Dato' Laksamana Hang Tuah) kerana seperti yang sudah sedia maklum keris Tamingsari adalah keris yang di bawa oleh Sultan Alauddin Riayat Syah ke Perak semasa Baginda mula-mula menjadi Sultan Perak. Manakala Dato' Maharaja Lela adalah pembesar yang bertanggungjawab memegang keris-keris diraja.Ditegaskan sekali lagi, cerita ini saya tidak ketahui akan kebenarannya malahan saya sendiri tidak mengetahui akan kebenaran cerita ini kerana buku asal yang saya tentang cerita ini telah hilang. Sekiranya cerita saya ini tidak benar dan menyimpang daripada fakta-fakta yang telah terbukti kebenarannya, saya memohon ampun dan maaf dan berharap saudara/saudari sudi membetulkan saya"

Page 6: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

Wayang Kulit Dato’ Maharaja Lela (versi Moden)

Page 7: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam
Page 8: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

Dato Maharaja Lela Pandak Lam

History

came to Perak

and was

appointed Mufti

and was

awarded the title

"Dato

'Maharaja Lela

Tan Lela"

died on January

20, 1877

the son of a

Bugis King

from Luwuk

District,

Sulawesi

A descendant of Daeng

Salili

Dato Maharaja Lela was a leader who later

led the struggle against the British in Perak. Together with other leaders such as Dato 'Sagor and Ngah Kandin, he planned an alliance to assassinate

James Wheller Woodfird Birch (JWW

Birch), the British Resident of Perak. The decision was approved

by Durian Sebatang meeting chaired by Sultan Abdullah on

July 21, 1875. However, he was

found guilty of murder JWW Birch on 2

November 1875 at Pasir Salak by the

presiding court from December 14 until

December 22, 1876 in Matang, Perak. He was sentenced to death by

hanging on January 20, 1877 in Taiping.

Page 9: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili datang ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato� Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato� Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Page 10: Dato ’ Maharaja Lela  Pandak  Lam

TAMAT Ahli kumpulan: Nur Athirah :Fatin Farhana : Nurul Amirah Izzati :Umi Sarah :Nurul Fatin Shafiqah