8 nilai dalam konsep 1 malaysia

9
8 NILAI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA 8 Nilai dalam Konsep 1 Malaysia Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah: 1. BUDAYA KECEMERLANGAN Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

Upload: hashim-omar

Post on 19-Jun-2015

5.695 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8 nilai dalam konsep 1 malaysia

8 NILAI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA

8 Nilai dalam Konsep 1 Malaysia

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.  Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

 1. BUDAYA KECEMERLANGAN 

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap

kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian

masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan

diamalkan oleh rakyatnya.

Page 2: 8 nilai dalam konsep 1 malaysia

Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan

mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau

kemajuan.

Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.

Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan

kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan

pihak-pihak luar negara.

Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung

rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang

mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama

dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan

ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan

kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah

menghadapi segala rintangan dan dugaan.

Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk

kejayaan diri dan Negara.

Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah

menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik

mencapai sesuatu matlamat.

Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah

bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang

terdahulu.

Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji  kelemahan-

kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu

dikikis jika ingin maju dan berjaya

Page 3: 8 nilai dalam konsep 1 malaysia

Dalam   menangani kegagalan,  pendekatan yang berbeza dan kreatif

perlu  diambil bagi menghasilkan perubahan  yang lebih besar dan

menakjubkan.

Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi

mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

3. RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam

Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat

digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat

masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah

dengan orang lain.

Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan

dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat  Malaysia.

Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah

diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh

terhadap sesuatu prinsip.

Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan

tempat di mana kita berada.

Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar,

sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan,

keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan

dengan cara kekasaran dan penindasan.

4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama

ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan

memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu

perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa.

Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara

Page 4: 8 nilai dalam konsep 1 malaysia

terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak

tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik

dan mendapat persetujuan secara bersama.

Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat

diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang

terbaik daripada kaum Melayu,  Cina, India dan lain-lain perlu diterima

pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar

diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan

tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman

politik.

Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan

dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.

Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang

etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat

seseorang.

5. KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan

kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib

dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. 

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada

negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 

Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi

adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan

dan.

Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana

organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan

mengalami kehancuran. 

Page 5: 8 nilai dalam konsep 1 malaysia

Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi

antara dua pihak.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan

dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan,

keluarga atau pemimpin.

Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam

perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara

betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan

bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan

kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap

sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. 

Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan

cemerlang.

Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada

keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap

perhubungan.

Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang 

kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada

cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak

yang sering mengambil kesempatan.

6. MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju  yang perlu diamalkan dalam negara

demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria

diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik

atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan

pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru  adalah menjadi

tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

Page 6: 8 nilai dalam konsep 1 malaysia

Meritokrasi menekankan  persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-

kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi  kriteria-

kriteria tersebut berhak dipilih.

Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi

dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia  dalam

semua bidang.

Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan

kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya

hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan

sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan

kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang

kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik

merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam

menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7. PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana

negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan  adalah berasaskan

kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi

kekuatan ketenteraan.

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan

pengetahuan dari segala-galanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang

mempunyai  minda yang sentiasa terbuka.

Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan

sekolah vernakular.

Semua aliran, sama ada  sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah

India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi  dengan

mengadakan aktiviti bersama.

Page 7: 8 nilai dalam konsep 1 malaysia

Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran  hendaklah

menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk

satu Malaysia.

8. INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan

keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan  diperoleh  melalui nilai-

nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak  daripada

pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar

diterima.

Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang

gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Menepati janji  dan masa  adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama

Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

Menerima kritikan dan teguran  dengan hati yang terbuka walaupun

perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan  dan

teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan

kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang

kepentingan atau melalui saluran tidak sah. 

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan

perlakuan.  Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala

kepentingan lain.  Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok

tertentu perlu dijauhi.