8. jurnal 8 kebersihan diri murid

Upload: henny-kong-kai-siang

Post on 01-Nov-2015

91 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

321321

TRANSCRIPT

Nama

Nama:Henny Kong Kai Siang

Sekolah Praktikum:SJK Chung Hua NO.2

Bilangan Jurnal

: 8

Minggu Praktikum

:8

Tarikh:13 April 2015 17 April 2015

Tajuk Jurnal:Kebersihan Diri Murid

Masalah/ Peristiwa

Sepanjang dua bulan di sekolah ini, saya juga telah berdepan dengan pelbagai murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakkan murid-murid tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan diri.

Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada diri seorang murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas. Namun, amat mendukacitakan apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang amat ketara hingga mengganggu pernafasan orang lain. Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Maka, mereka mampu dan boleh belajar dengan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh hal yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

Analisis sebab/punca perkara yang berlaku

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu diambil berat oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Sekiranya murid-murid bersikap tidak ambil berat dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat murid berpakaian kemas ke sekolah. Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat penting dalam diri murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan: Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak bau, tidak malu, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit bagi diri sendiri maupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menyikat gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.Cadangan tindakan susulan

Usaha menyelesaikan masalah ini patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat dan lain-lain. Melalui kempen-kempen ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka.

Selain itu, untuk menyedarkan murid-murid ini, saya akan memantau kebersihan murid di kelas yang saya masuk terutama murid-murid kelas 2U. Walaubagaimanapun, ibu bapa di rumah adalah individu yang paling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini. Ibu bapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Apa yang penting ialah, murid-murid sendiri yang harus berfiir secara rasional dan bertindak untuk kebaikkan mereka.

Tempoh masa tindakan susulan.

Saya akan cuba mengatasi masalah tersebut dalam tempoh satu minggu.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan:Tandatangan:

Nama:Cikgu Voon Yen JooNama:Puan Lee Sung Ping

Tarikh:Tarikh: