7850798 pembelajaran melalui visual

5
PEMBELAJARAN MELALUI VISUAL (Suatu Perspektif Dalam Pembelajaran) Ahmad Fuad Muhammad 1 Penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses pembelajaran. Kertas ini cuba membincangkan bagaimana pembelajaran melalui visual boleh berlaku dan bagaimana pengajar boleh menggunakan visual dengan lebih berkesan untuk meningkatkan pembelajaran. Objektif Pembelajaran Setelah memahami isi kandungan kertas ini, anda bertambah yakin untuk: 1. Menghuraikan bagaimana teknologi visual pengajaran boleh mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Menyenaraikan fungsi-fungsi spesifik visual dalam pengajaran. 3. Merekabentuk alat bantu visual mengajar yang berkualiti. Sebab-Sebab Menggunakan Visual Dalam Pengajaran Untuk Menghadapi Pelbagai Stail Pembelajaran Alat bantu mengajar yang baik dapat menyediakan mesej-mesej visual untuk pelajar-pelajar yang bersifat abstrak dan konkrit. Untuk Memperluas Isi Kandungan Sesuatu alat bantu mengajar visual yang baik mampu menyokong dan memperluaskan isi kandungan. Alat bantu mengajar tersebut mestilah relevan dan sepatutnya boleh membantu pelajar memahami, menyakinkan, dan mengingati maklumat yang dibentangkan. Untuk Tumpu Perhatian Alat bantu mengajar visual yang baik dapat menarik/menawan perhatian pelajar-pelajar. Alat bantu mengajar visual boleh memberi fokus kepada satu konsep yang kritikal dalam subjek yang kompleks atau memberi penekanan kepada perkara-perkara yang diutamakan. Untuk menjelaskan Pengajaran 1 Perunding Latihan/Pendidikan ([email protected]) 1

Upload: ab-jamil

Post on 06-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: 7850798 Pembelajaran Melalui Visual

PEMBELAJARAN MELALUI VISUAL

(Suatu Perspektif Dalam Pembelajaran)

Ahmad Fuad Muhammad1

Penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses pembelajaran. Kertas ini cuba membincangkan bagaimana pembelajaran melalui visual boleh berlaku dan bagaimana pengajar boleh menggunakan visual dengan lebih berkesan untuk meningkatkan pembelajaran.

Objektif Pembelajaran

Setelah memahami isi kandungan kertas ini, anda bertambah yakin untuk:

1. Menghuraikan bagaimana teknologi visual pengajaran boleh mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menyenaraikan fungsi-fungsi spesifik visual dalam pengajaran.

3. Merekabentuk alat bantu visual mengajar yang berkualiti.

Sebab-Sebab Menggunakan Visual Dalam Pengajaran

Untuk Menghadapi Pelbagai Stail Pembelajaran

Alat bantu mengajar yang baik dapat menyediakan mesej-mesej visual untuk pelajar-pelajar yang bersifat abstrak dan konkrit.

Untuk Memperluas Isi Kandungan

Sesuatu alat bantu mengajar visual yang baik mampu menyokong dan memperluaskan isi kandungan. Alat bantu mengajar tersebut mestilah relevan dan sepatutnya boleh membantu pelajar memahami, menyakinkan, dan mengingati maklumat yang dibentangkan.

Untuk Tumpu Perhatian

Alat bantu mengajar visual yang baik dapat menarik/menawan perhatian pelajar-pelajar. Alat bantu mengajar visual boleh

1 Perunding Latihan/Pendidikan ([email protected])

1

Page 2: 7850798 Pembelajaran Melalui Visual

memberi fokus kepada satu konsep yang kritikal dalam subjek yang kompleks atau memberi penekanan kepada perkara-perkara yang diutamakan.

Untuk menjelaskan Pengajaran

Alat bantu mengajar visual juga membantu memberi penjelasan kepada ajaran/arahan dengan menambah maklumat atau memperluaskan ide-ide yang verbal.

Fungsi-Fungsi Utama Visual Dalam Pengajaran

1. Fungsi Perhiasan

Digunakan untuk menghias teks. Tiada kesan positif -- malahan ada terdapat kesan-kesan negatif.

2. Fungsi Gambaran

Mempertingkatkan poses pengajaran dengan menyediakan peluang kedua untuk pembelajaran berlaku.Visual tersebut mestilah relevan dan dapat membantu pelajar memahami, mempercayai, dan mengingati maklumat yang diajar.

3. Fungsi Organisasi

Menyediakan penyusunan teratur gambaran keseluruhan isi kandungan. Menunjukkan bagaimana bahagian-bahgian kandungan memperlengkapi keseluruhan pembentangan.

4. Fungsi Intepretasi/Penafsiran

Menjadikan perkara-perkara yang abstrak lebih konkrit dan padat.

5. Fungsi Tranformasi (Perubahan bentuk/rupa)

Menyediakan satu visual yang mnemonik (sesuatu yang senang diingati).

2

Page 3: 7850798 Pembelajaran Melalui Visual

Impak Penggunaan Visual Keatas Pembelajaran

Kita belajar melalui Pancaindera ....

Apa Kita Belajar: Hasil KajianMelalui deria RASA?Melalui deria SENTUHAN?Melalui deria BAU?Melalui deria PENDENGARAN?Melalui deria PENGLIHATAN?

1.0%1.5%3.5%11.0%83.0%

Deria Visual/Penglihatan merupakan pancaindera yang amat berkuasa dalam pembelajaran.

Orang Mengingati sesuatu ...

Berapa banyak yang kita ingat: Hasil KajianApa yang kita BACA?Apa yang kita DENGAR?Apa yang kita LIHAT?Apa yang kita LIHAT dan DENGAR?Apa yang kita KATA semasa kita CAKAP?Apa yang kita KATA semasa kita BUAT?

10%20%30%50%70%90%

Kesan Visualisasi keatas Penangguhan Daya Mengingat Kembali (Delayed Recall)

Kaedah Mengajar Ingat kembali 3 jam Ingat kembali 3 hariHanya Memberitahu 70% 10%Hanya Menunjukkan 72% 20%Beritahu & Tunjuk 85% 65%

3

Page 4: 7850798 Pembelajaran Melalui Visual

4

Page 5: 7850798 Pembelajaran Melalui Visual

Perkara-Perkara Yang Diberi Pertimbangan Semasa Merekabentuk Visual Pengajaran

Persoalan-Persoalan Utama

1. Adakah bahan-bahan visual bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan?

2. Patutkah bahan visual terpakai digunakan semula?3. Berapakah kos dan masa yang ada bagi menyediakan atau

mencari setiap item visual tersebut?4. Adakah masaalah dalam kegunaan bahan-bahan visual?

Adakah anda mempunyai kemudahan-kemudahan, perkakasan dan penyeliaan yang sesuai dalam penggunaan visual tersebut?

Celik Grafik Pelajar

1. Sekiranya pelajar tidak celik grafik, maka konvensyen ini mesti diajar supaya penggunaan grafik dalam visual akan berkesan.

Penggunaan Warna

1. Warna boleh meningkat dan mengekalkan perhatian pelajar.2. Orang lebih suka pada visual yang berwarna warni.3. Hanya terdapat sedikit sahaja perkaitan wujud antara

kecenderungan pelajar terhadap visual dan tahap pencapaiannya. Kajian mendapati tidak konklusif tentang keberkesanan warna dalam visual.

Penggunaan Pemberi Isyarat (Cueing)

Digunakan untuk tumpu perhatian kepada bahagian-bahagian kritikal yang ingin dipelajari.

Startegi-strategi pemberi isyarat (cueing) yang lazim digunakan ialah:

"Contrast" "Underlining" Saiz "Arrows"

Animasi "Oddity" Tekstur "Encircling"

Garisan "Shading" "Bordering" "Motion"

Persoalan Kesan Optikal "Novelty" Ulangan

Koding Warna "Labeling"

Saiz Font:

Tajuk (Title) - 44 points

5

Page 6: 7850798 Pembelajaran Melalui Visual

Teks (text) - 32 points

Subtext - 28 points

6