71425049 teks mc karnival permainan tradisional

Upload: fara-mohd-lazim

Post on 19-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ho

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN JURUACARA

SKRIP PENGACARA KARNIVAL PERMAINAN TRADISONAL SATU MALAYSIA

2011

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor(Tunggu sehingga VVIP duduk)

Diminta para hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor.

Emcee:

Bacaan doaHadirin yang dihormati,

Untuk memberkati kejohanan sukan pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput ______________________________ untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersila dengan segala hormatnya.

(BACAAN DOA)

Amin...Amin.. Ya Rabbal Alamin.

Majlis merakamkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Emcee:

Kata alu-aluanAssalamualaikum wrt..wbkth. Selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Yang Berbahagia, Puan Mariyamah binti Ali Osman,

Pengetua Sekolah Meengah Kebangsaan USJ 8,

Yang Berusaha, Puan Sharifatul Radziah binti Nik Yusoff,

Penolong Kanan Akademik,

Encik Victor Rajendran Francis,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Tan Lan Lan,Penolong Kanan Kokurikulum,

barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, AJK-AJK Karnival Permainan Tradisional 1 Malaysia dan seterusnya anak didik SMK USJ 8 yang dikasihi sekalian.

Emcee:

Ucapan selamat datangSelamat datang ke Majlis Perasmian Penutup Karnival Permainan Tradisional Satu Malaysia SMK USJ 8 2011.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang-gemilang ini untuk menjayakan majlis pada hari ini.Untuk makluman semua, objektif karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang permainan tradisional negara kita.

Antara permainan yang dipertandingkan ialah kabaddi. Kabaddi merupakan sejenis permainan tradisional kaum India yang menyerupai permainan galah panjang kaum Melayu.

Seterusnya ialah permainan Menara Impian yang telah diubahsuai daripada permainan tuju kasut. Para pemain perlu menyusun tin...............................................................

.................

Permainan seterusnya ialah Dam Aji, Dam Ular, Catur Cina, Batu Seremban, Tapak Gajah, Terompah Gergasi, Tarik Upih, Boling Kelapa, dan Congkak.

Emcee:

Ucapan PengetuaTanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Puan Mariyamah binti Ali Osman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan USJ8 untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutup Karnival Permainan Tradisional 1 Msia. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Mariyamah atas ucapan beliau sebentar tadi.

Emcee:

Gimik perasmianMajlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia Puan Mariyamah binti Ali Osman untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup pada pagi ini.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pn. Mariyamah kerana menyempurnakan upacara perasmian itu tadi.

Emcee:

Penyampaian cenderahatiSebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dipersilakan ________________________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn. Mariyamah. Sirih puan terselit di jari,

Ingin kucecah kapur digagang;

Kesudian Puan hadir ke mari,

Temasya yang indah tambah gemilang.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.Emcee:

Penyampaian hadiahEmcee:

2