7 unit 3

16
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 34 UNIT 3 MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menjelaskan matlamat kurikulum sekolah rendah secara umumnya. 2. menganalisis matlamat kurikulum dalam pendidikan di zaman sebelum penjajahan, semasa penjajahan dan selepas merdeka. 3. menghuraikan matlamat dan objektif Kurikulum Baru/Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PETA KONSEP TAJUK Matlamat Kurikulum Sekolah Randah Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Selepas Merdeka Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Semasa Penjajahan Matlamat KBSR Matlamat KSSR

Upload: liching-ching

Post on 05-Dec-2014

9.338 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

34

UNIT 3

MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menjelaskan matlamat kurikulum sekolah rendah secara umumnya. 2. menganalisis matlamat kurikulum dalam pendidikan di zaman sebelum

penjajahan, semasa penjajahan dan selepas merdeka. 3. menghuraikan matlamat dan objektif Kurikulum Baru/Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PETA KONSEP TAJUK

Matlamat Kurikulum Sekolah Randah

Matlamat Kurikulum Dalam

Pendidikan Sebelum

Penjajahan

Matlamat Kurikulum Dalam

Pendidikan Selepas Merdeka

Matlamat Kurikulum Dalam

Pendidikan Semasa

Penjajahan

Matlamat KBSR

Matlamat KSSR

Page 2: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

35

PENGENALAN Matlamat pendidikan akan berbeza dan berubah mengikut lokasi, keadaan dan masa. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, dapat disaksikan bahawa matlamat pendidikan sentiasa mengalami perkembangan dari semasa ke semasa sehingga ke tahap yang ada sekarang. Perkembangan yang berlaku adalah bagi menjamin keselarasannya dengan keperluan semasa serta keperluan masa hadapan. Di zaman penjajahan Inggeris halatuju pendidikan adalah selaras dengan dasar penjajahan iaitu pacah dan perintah. Sehubungan itu pendidikan bukan kearah perpaduan rakyat. Namun apabila negara telah mencapai kemerdekaan, pendidikan adalah ke arah perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Walau bagaimanapun pada asasnya pendidikan yang berlangsung dalam negara masa kini adalah ke arah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan juga adalah untuk perkembangan dimensi intrinsik dan dimensi sosial pelajar secara harmonis, seimbang dan menyeluruh yang berpaksikan kepada ketuhanan. Sehubungan itu kurikulum digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan yang selaras dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya. Kurikulum yang digubal seterusnya diperkembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran; dan hasil pembelajaran akan meliputi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diingini hasil daripada aktiviti pembelajaran.

ISI KANDUNGAN Apakah matlamat kurikulum sekolah rendah? Matlamat Secara Umum

Merujuk kepada The International Encyclopedia of Curriculum (1991), dikatakan bahawa kurikulum adalah seumur atau sama tua dengan pendidikan itu sendiri. Kedua-duanya adalah saling berkaitan. Proses pendidikan tidak dapat dijelaskan tanpa merujuk kepada kurikulum. Sehubungan itu, matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat pendidikan. Apakah matlamat pendidikan? Matlamat pendidikan adalah tingkah laku yang bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan. Ia bersifat umum dan berfungsi sebagai panduan dan pedoman kepada pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, matlamat pendidikan di sesebuah negara adalah berbeza dengan matlamat pendidikan di sebuah negara yang lain. Terdapat pelbagai pandangan tentang matlamat pendidikan. Sebagai contoh, Plato berpendapat pendidikan adalah ke arah pembentukan manusia yang bersifat mulia. Melalui pendidikan akan terhasil tiga golongan manusia iaitu golongan pemimpin (Lehr), golongan pekerja (Nehr) dan golongan tentera (Wehr). Menurut Smith (2002) di United Kingdom, National Curriculum bermatlamat memperkembangkan potensi murid-murid untuk aspek personal, sosial dan emosi. Selain daripada itu juga untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi, bahasa dan literasi; matematik; pengetahuan dan kefahaman tentang dunia; perkembangan fizikal; dan perkembangan daya kreatif. Lain pula keadaannya di Amerika. Di Amerika, matlamat kurikulum seperti

Page 3: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

36

yang dikemukakan oleh Educational Policies Commission of the National Education Association (1938; dalam Passe; 1999) menyentuh empat aspek iaitu kesedaran diri, hubungan manusia, kelancaran ekonomi dan tanggungjawab sivik. Bagaimana pula dengan matlamat pendidikan di Malaysia? Di Malaysia, matlamat pendidikan dapat dihuraikan mengikut perkembangan yang berlaku dalam sistem persekolahan sejak zaman sebelum penjajahan, zaman penjajahan dan selepas merdeka.

Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan Inggeris

Pendidikan bermula sejak kelahiran manusia di dunia ini. Pendidikan zaman sebelum penjajahan Inggeris adalah bercorak tradisional tanpa premis khusus yang dinamakan sekolah. Pendidikan berlaku dalam kalangan keluarga dan ahli masyarakat. Matlamat pendidikan adalah ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat. Untuk kehidupan dunia, anak-anak dididik oleh ibu bapa untuk melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Sebagai contoh, jika bapa adalah petani, anak lelaki diajar untuk bertani, jika bapa adalah nelayan, anak lelaki diajar untuk ke laut menangkap ikan dengan tujuan memberi kemahiran anak-anak lelaki dengan perkerjaan yang bakal mereka akan lakukan apabila dewasa kelak. Begitu juga dengan anak-anak perempuan, diajar untuk menguruskan rumah seperti memasak, mencuci pakaian, menjahit pakaian, menjaga adik-adik dan sebagainya sebagai latihan untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan apabila mereka dewasa dan menjadi suri rumah. Untuk kehidupan akhirat, kanak-kanak mendapat pendidikan berkaitan agama Islam melalui guru atau imam yang diadakan di surau-surau. Kanak-kanak ini diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Semasa Penjajahan Inggeris

Di zaman penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu sekolah vernakular Melayu yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu, sekolah vernakular Cina yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan sekolah vernakular Tamil yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Tamil. Selain daripada itu, pihak Inggeris juga memperkenalkan sekolah Inggeris yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Matlamat pendidikan pada ketika itu ialah memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak di negara ini agar mereka dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular dan sekolah Inggeris yang menggunakan kurikulum yang berbeza-beza ini juga sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah.

Page 4: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

37

Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Selepas Merdeka Matlamat pendidikan selepas merdeka adalah berpandukan Ordinan Pelajaran 1957 yang berasaskan Penyata Razak 1956. Dalam Penyata Razak 1956, Para 12 menyatakan,

“. . . Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”

Jelas bahawa pendidikan adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu melalui kurikulum yang sama, yang berorientasikan negara ini dan menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Akta pelajaran pertama diperkenalkan pada tahun 1961. Dalam Akta Pelajaran 1961 menyatakan,

“. . . Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.”

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran kebangsaan ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka.. Laporan kajian oleh jawatankuasa ini siap pada 1979. Berdasarkan laporan tersebut, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah telah mengalami perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan ini dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat sekolah rendah dan diikuti dengan perubahan di peringkat sekolah menengah. Pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan untuk perkembangan diri individu secara menyeluruh. Berdasarkan Perakuan 57(a), Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

“Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mendapat kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang

“Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk mempastikan keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.”

(Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan)

Page 5: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

38

komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.”

Sehubungan itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan secara rintis pada tahun 1982 dan pada tahun 1983, ia dilaksanakan di seluruh negara. Kurikulum Baru Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Secara umumnya KBSR dirancang untuk membolehkan setiap murid memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Pelaksanaannya melibatkan tiga bidang seperti dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1

Mata Pelajaran Mengikut Bidang

Bidang Mata Pelajaran

Komunikasi Bahasa, Matematik

Manusia dengan Alam Kelilingnya

Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Alam dan Manusia

Perkembangan Diri Individu Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani

Kurikulum Baru Sekolah Rendah terus mengalami perkembangan dan pada tahun 1993, ia dimurnikan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Antara perubahan yang berlaku ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia serta pemunian mata pelajaran Pendidikan Jasmani menjadi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Seterusnya, mulai tahun 2001, KBSR telah sekali lagi melalui proses pemurnian. Semakan kandungan KBSR telah dilakukan agar bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan semasa. Ia bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan itu, melalui KBSR diharapkan akan dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah dalam berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan sebenar. Murid perlu dididik bukan sahaja untuk berfikir dan berilmu pengetahuan luas, tetapi juga beretika tinggi dan bijaksana, serta berkeupayaan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Dalam pelaksanaannya, KBSR menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik agar murid-murid sedar akan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang maju serta berilmu.

Apakah matlamat KBSR? Matlamat KBSR dapat difahami berdasarkan tujuan pendidikan di peringkat sekolah rendah iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR juga difahami berdasarkan matlamat setiap mata pelajaran dalam pelaksanaannya seperti berikut:

Page 6: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

39

Bahasa Melayu KBSR Untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

Bahasa Inggeris KBSR To equip learners with basic skills and knowledge of the English language so as to enable them to communicate, both orally and in writing, in and out of school.

Matematik KBSR Untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.

Sains KBSR Untuk menyemai minat dan memberikan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada murid bagi membolehkan mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan.

Kajian Tempatan KBSR Untuk melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Kemahiran Hidup KBSR Membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

Pendidikan Islam KBSR Untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Page 7: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

40

Pendidikan Moral KBSR Membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmoniah dan kestabilan negaraserta masyarakat global.

Pendidikan Seni KBSR Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.

Muzik KBSR Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.

Pendidikan Jasmani KBSR Membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Pendidikan Kesihatan KBSR Membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara dan melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Objektif KBSR Secara khususnya bagi mencapai matlamat KBSR, digariskan objektif-objektifnya seperti berikut:

Menguasai Bahasa Melayu dengan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Page 8: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

41

Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Menguasai kemahiran asas matematik dalam kehidupan harian.

Menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif

Menguasai kemahiran belajar dan berfikir.

Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri.

Memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan.

Mempunyai kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.

Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.

Memahami dan menikmati aktiviti kesenian dan rekreasi.

Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.

Menguasai kemahiran keusahawanan dan produktiviti.

Menguasai kemahiran pengertian al-Quran

Meyakini asas-asas keimanan dan akhlak mulia serta melakukan perintah tuhan serta menjauhi laranganNya.

Membina semangat patriotisme

Mengembangkan bakat dan kreativiti

Mengamalkan sikap dan perlakuan nilai murni Bagi membolehkannya beroperasi di peringkat sekolah dan bilik darjah, KBSR diterjemahkan dalam bentuk objektif bagi setiap mata pelajaran.

Page 9: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

42

AKTIVITI 3.1

Banding bezakan matlamat pendidikan untuk zaman berikut

Sebelum Penjajahan

Semasa Penjajahan Inggeris

Selepas Merdeka

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

____________________________________________

Page 10: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

43

Apakah matlamat KSSR? Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu sebagai mana yang ternyata dalam FPK. Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup

bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

b. Warganegara yang bertanggungjawab c. Global Player d. Pekerja ilmu

. . . Petikan dari BPK, KPM (2010)

Page 11: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

44

KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusiaan; dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Murid-murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di keliling mereka seperti buku internet dan sebagainya. Dalam setiap modul KSSR dinyatakan matlamat dan objektif yang berkaitan. Sebagai contoh, matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/psikomotor dan kemahiran TMK. Untuk membolehkan anda mengenal pasti matlamat dan objektif modul KSSR, sila teruskan dengan Aktiviti 3.2.

Page 12: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

45

AKTIVITI 3.2

Sila rujuk : http://www.moe.gov.my/bpk/

Kenal pasti matlamat dan objektif bagi setiap DSK mata pelajaran yang

terdapat dalam KSSR dan berikan ulasan anda.

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________

____________________________________________

Page 13: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

46

Dengan merujuk kepada senario yang terdapat dalam masyarakat masa kini berkaitan alam sekitar, sosial dan ekonomi; adakah anda berpendapat pendidikan sekolah rendah telah mencapai matlamatnya.

RUMUSAN

Unit ini telah membincangkan matlamat pendidikan dan kurikulum mengikut zaman yang

berbeza-beza iaitu sebelum penjajahan, semasa penjajahan Inggeris dan selepas

merdeka. Selepas merdeka, matlamat pendidikan dan kurikulum meliputi zaman

sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu

dihuraikan juga matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara

umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan

pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam FPK.

KATA KUNCI Matlamat - hasrat jangka panjang yang hendak dicapai. Objektif - hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai dengan

mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek.

Matlamat pendidikan - suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang

diharapkan akan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan.

Matlamat kurikulum - matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat

sesuatu sistem pendidikan.

Page 14: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

47

PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. PPK (2003) telah menggariskan matlamat pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Bahasa Melayu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Apakah matlamat mata pelajaran tersebut?

A. Menggunakan bahasa Melayu untuk mempelajari manusia dan alam

sekeliling. B. Mengguna, menghayati dan menghargai bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan. C. Menggunakan bahasa Melayu untuk bercakap, membaca, menulis, dan

mengeluarkan idea. D. Melengkapi murid-murid dengan keterampilan berbahasa dan

berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.

2. Di United Kingdom, kandungan National Curriculum meliputi aspek personal,

sosial dan emosi; kemahiran komunikasi, bahasa dan literasi; matematik; pengetahuan dan kefahaman tentang dunia; perkembangan fizikal; dan perkembangan daya kreatif. Tujuannya ialah untuk ______________

A. kesesuaian dengan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang ada. B. perkembangan potensi murid dari aspek intelek, sosial, emosi dan

fizikal. C. memenuhi kehendak ibu bapa yang perlu khidmat jagaan anak-

anaknya. D. orientasi bakal warganegara bagi keperluan politik golongan pemerintah.

3. Apakah matlamat akhir pendidikan anak-anak Melayu mengikut konsep

pendidikan tradisional?

A. Kekukuhan ekonomi. B. Kesejahteraan dan keharmonian. C. Pembentukan masyarakat yang demokratik. D. Masyarakat yang berilmu dan menerima kemodenan.

Page 15: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

48

4. Dalam KSSR, matlamat kurikulum Sains adalah untuk menanamkan minat dan

mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

Bagaimanakah matlamat ini dapat dicapai?

I. Merancang aktiviti yang dapat meningkatkan daya kreativiti murid. II. Pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga alam

sekitar. III. Meransang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat

tentang dunia sekeliling. IV. Memberi latih tubi bagi memastikan murid-murid cekap dalam

menjawab soalan yang dikemukakan

A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II dan IV sahaja

5. Hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan

inovatif adalah mengambil kira asas __________________

I. Model Baru Ekonomi II. Dasar Pendidikan Kebangsaan III. Falsafah Pendidikan Kebangsaan IV. empat tonggak pendidikan UNESCO

A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II dan IV sahaja

CADANGAN JAWAPAN: 1. D; 2. B; 3. B; 4. C; 5. D

RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:

Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah – Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Page 16: 7 unit 3

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

49

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah – Matematik. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah – Kajian Tempatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah – Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah – Pendidikan Seni Muzik. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah – Pendidikan Seni Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston: McGraw Hill Smith, R. (2002). The effective primary school: A guide for leaders and teachers.

London: Kogan Page. Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

The International Encyclopedia of Curriculum (1991). New York: Pergamon Press. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.