kejayaan selepas penubuhan malaysia slides

6

Upload: aida-farhana

Post on 11-Apr-2016

138 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

slides kejayaan malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Kejayaan Selepas Penubuhan Malaysia Slides
Page 2: Kejayaan Selepas Penubuhan Malaysia Slides

KEJAYAAN SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA

1. EKONOMI

- Mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan, perdagangan dan industri pertanian.

- Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi menjadikan Malaysia negara yang terbaik prestasinya di rantau Asean.

- Dasar-dasar pembangunan negara diperkenalkan.Contohnya Dasar Ekonomi Baru (DEB). DIgubal bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah.

2. INDUSTRI

- Bidang perusahaan automobil merupakan mercu mencapai kejayaan Malaysia.

-Dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional ialah Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA). Kereta nasional ini dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom.

Page 3: Kejayaan Selepas Penubuhan Malaysia Slides

3. PEMBANGUNAN POLITIK

- Pembinaan negara bangsa adalah matlamat utama pembangunan politik. - Dicapai melalui pelbagai pendekatan seperti penerapan dasar awam yang

digubal oleh kerajaan, pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol dan ritual negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan perayaan hari kemerdekaan.

4. PEMBINAAN

     - Kejayaan Malaysia dapat dilihat melalui pembinaan bangunan yang menjadi kebanggaan negara. Bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia.

-Kedua-dua menara ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun.

Page 4: Kejayaan Selepas Penubuhan Malaysia Slides

5. Pengangkutan

    - Kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan menempa nama Malaysia di seantero dunia. Sistem pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). KLIA ialah lapangan terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara.

- Pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART - Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

6. Teknologi

    - Malaysia melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang  mempunyai satelit angkasanya sendiri.

-Program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Page 5: Kejayaan Selepas Penubuhan Malaysia Slides

7. Bidang Sukan

    -Kejayaan negara yang lain ialah kejayaan dalam bidang sukan. Sukan negara semakin rancak apabila banyak atlet negara yang berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. -Pemain sukan wanita yang terkenal ialah ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.

-Selain bidang skuasy, pemain badminton profesional Malaysia terkenal di dunia, iaitu Datuk Lee Chong Wei. Beliau selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang.

-Jadi, jelaslah bahawa peningkatan pencapaian yang cemerlang oleh atlet-atlet negara berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.

Page 6: Kejayaan Selepas Penubuhan Malaysia Slides

PENUTUP Kesimpulannya, Pembentukan Malaysia telah melahirkan sebuah negara

yang disegani dan disanjungi oleh negara lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. Kejayaan-kejayaan luar biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Kita sepatutnya menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada penjajah asing. Kitalah yang akan menncorakkan masa hadapan negara kita untuk satu jangka masa yang panjang kerana kita adalah pelapis bagi generasi sekarang.

Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha

penyatuan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka. Atas dasar kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam pembentukan Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu berusaha gigih, bangga dan memberikan sokongan sEpenuhnya kepada pelbagai pihak untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang dan juga dapat membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar lebih berani untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia.