7 gajet kulinari yang canggih untuk rumah masa hadapan

5
7 Gajet Kulinari Yang Canggih Untuk Rumah Masa Hadapan Semenjak kebelakangan ini, masyarakat semakin sibuk dengan urusan kerja dan masa yang diperuntukkan di rumah semakin sedikit. Namun begitu, masa untuk keluarga harus dititikberatkan, maka pelbagai inovasi baru direka untuk memudahkan urusan rumahtangga. Sebagai contoh mudah, para pereka gajet telah merekacipta secara kreatif dan interaktif gajet kulinari atau dapur untuk rumah masa hadapan yang mementingkan penjimatan masa dalam penyediaan makanan dan pengurusan dapur anda. Ayuh kita lihat beberapa inovasi yang telah dicipta oleh para pereka gajet yang pastinya agak canggih tetapi masih praktikal untuk digunakan. 1. Plat Pemanas Mudah Alih: Inovasi penciptaan plat pemanas mudah alih ini sangat membantu dalam urusan memasak. Gajet ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dan ia sangat berguna sekiranya ruang dapur sesebuah rumah agak terhad. Lebih dahsyat lagi apabila ia mempunyai applikasi untuk telefon pintar anda dimana anda boleh mengawal suhu sewaktu memasak hanya dengan telefon pintar. Sememangnya anda boleh memasak di mana sahaja dan bila-bila masa. Sebagai contoh, sup yang anda masak boleh dibawa sehingga ke meja makan! 2. Heater dan Cooler Mudah Alih Berbentuk Reben:

Upload: drehpehscidev

Post on 10-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

7 Gajet Kulinari Yang Canggih Untuk Rumah Masa Hadapan

TRANSCRIPT

7 Gajet Kulinari Yang Canggih Untuk Rumah Masa HadapanSemenjak kebelakangan ini, masyarakat semakin sibuk dengan urusan kerja dan masa yang diperuntukkan di rumah semakin sedikit. Namun begitu, masa untuk keluarga harus dititikberatkan, maka pelbagai inovasi baru direka untuk memudahkan urusan rumahtangga. Sebagai contoh mudah, para pereka gajet telah merekacipta secara kreatif dan interaktif gajet kulinari atau dapur untuk rumah masa hadapan yang mementingkan penjimatan masa dalam penyediaan makanan dan pengurusan dapur anda.Ayuh kita lihat beberapa inovasi yang telah dicipta oleh para pereka gajet yang pastinya agak canggih tetapi masih praktikal untuk digunakan.1. Plat Pemanas Mudah Alih: Inovasi penciptaan plat pemanas mudah alih ini sangat membantu dalam urusan memasak. Gajet ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dan ia sangat berguna sekiranya ruang dapur sesebuah rumah agak terhad. Lebih dahsyat lagi apabila ia mempunyai applikasi untuk telefon pintar anda dimana anda boleh mengawal suhu sewaktu memasak hanya dengan telefon pintar. Sememangnya anda boleh memasak di mana sahaja dan bila-bila masa. Sebagai contoh, sup yang anda masak boleh dibawa sehingga ke meja makan!

2. Heater dan Cooler Mudah Alih Berbentuk Reben: Anda sentiasa mahukan makanan anda panas atau sejuk, dan juga mahukan gajet anda sentiasa mudah disimpan? Ini adalah penyelesaiannya! Anda pasti sukakan rekabentuk reben bukan? Gajet ini dicipta dengan bentuk yang unik dan fleksibel dan anda boleh memanaskan atau menyejukkan hampir apa sahaja masakan atau minuman anda. Gajet ini juga mudah alih. Fungsi reben berwarna putih untuk memanaskan dan hitam pula untuk menyejukkan. Anda boleh juga menggulungnya untuk diletakkan dibawah periuk sebagai pemanas mudah alih. Anda pasti sukakannya! 3. Pencuci Pinggan Mangkuk Semulajadi: Gajet ini direka oleh Antoine Lebrun eksklusif untuk kegunaan syarikat Fagor Brandt di Eropah. Ia adalah pencuci pinggan dan mangkuk yang mampu mencuci secara semulajadi yang menggunakan beberapa jenis pokok istimewa tertentu yang mampu menapis dan membersihkan pinggan kotor anda. Untuk kegunaan memasak, anda hanya perlu mengalihkan kedudukan pokok tersebut ke atas. Penapis udara tanpa bunyi disediakan dibahagian tertentu.

Untuk membersihkan pinggan pula, letakkan sahaja pinggan yang kotor ke dalam sinki yang disediakan dan proses pembersihan akan bermula. Prosesnya bagaimana kami tidak pasti namun konsep yang diketengahkan sangat menarik minat dimana ia menggunakan pokok-pokok untuk membersih secara semulajadi dan pastinya rumah anda akan kelihatan lebih bersih. 4. Sudu Yang Boleh Membaca Kadar Garam Dalam Masakan (Salty Spoon): Sudu yang direkabentuk secara unik ini digunakan khas untuk memantau jumlah kandungan garam dalam masakan anda. Cara menggunakannya sangat mudah, hanya celupkan sahaja ke dalam sup, sos atau apa jua masakan anda dan ia mampu membaca kadar garam yang anda telah ambil bagi masakan anda.

Sudu yang unik ini boleh didapati dengan harga USD57 atau lebih kurang RM170. Bayangkan betapa mudahnya anda dapat memantau jumlah garam dan nutrisi yang anda masak atau makan dan anda hanya perlu mencelupkan ke dalam hampir apa jua masakan yang ada. Ianya sangat hebat dan anda boleh bawa gajet ini kemana sahaja anda pergi.

5. Periuk Dengan Pengacau Automatic (Self-Stirring Sauce Pan):Periuk ini direka khas dengan pengacau automatic. Pastinya ia memudahkan urusan anda yang sibuk atau mahu menyiapkan kerja lain dalam waktu yang sama. Gajet ini akan mengacau masakan anda secara tetap dengan sendiri dan kelajuan kacauannya boleh dilaras.

6. Bekas Mikrowave Dengan Pengacau Automatik (Auto Stirring Microwave Bowl): Konsep yang ditekankan dalam gajet ini hampir sama dengan gajet nombor 5, tetapi ianya khas untuk kegunaan dalam ketuhar gelombang mikro anda. Ia dilengkapi dengan pengadun automatic dan mapu mengacau hampir apa jua makanan yang sedang anda panaskan dengan sekata.7. Dapur Multi-Sentuhan (Multi-Touch Kitchen):Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin hebat, konsep yang telah digunakan untuk telefon pintar (touch screen) kini diaplikasikan ke gajet masakan iaitu dapur anda sendiri. Kini telah tercipta dapur berteknologi tinggi yang boleh dikendalikan hanya dengan sentuhan.

Anda pasti sukakannya kerana sambil memasak, anda boleh memuat turun resipi secara atas talian terus ke skrin dapur anda. Ia juga mempunyai aplikasi Bluetooth yang boleh dihubungkan terus ke telefon pintar anda untuk menyenaraikan barang-barang keperluan masakan yang mahu anda beli.Rekabentuk gajet ini sangat futuristic dan agak robotic namun ianya masih perlu diuruskan oleh manusia.

Sebenarnya banyak gajet masakan lain yang telah dicipta dan digunakan seluruh dunia. Ianya terpulang kepada keselesaan dan kemampuan anda untuk memilikinya kerana sudah pasti, gajet canggih seperti ini mempunyai nilai estetika dan harganya agak tinggi jika dibandingkan dengan gajet masakan yang biasa anda gunakan kini