6kelab sukan danpermainan

Upload: bingping1976

Post on 08-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

activity for students

TRANSCRIPT

MINGGU

LATAR BELAKANGKelab Sukan dan Permainan ditubuhkan bertujuan sebagai satu pilihan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kelab ini diharapkan dapat memberi ruang serta peluang kepada murid untuk memperkembangkan minat, kemahiran dan pengalaman dalam bidang sukan pemainan .

MATLAMAT

Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan kegiatan sukan dan permainan sebagai satu kegiatan yang disertai oleh semua murid di sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang terancang supaya dapat membangun dari segi kognitif, afektif dan psikomotor, yang menyeronokkan. Selain itu ia juga dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama yang tinggi, bertanggungjawab dan berkemampuan memberi sumbangan dalam meningkatkan mutu sukan permainan serta mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri seterusnya negara.

OBJEKTIF

1.Menyediakan aktiviti program kokurikulum yang dapat mengimbangi program kurikulum;2.Merancang aktiviti yang dapat memberi peluang kepada lebih ramai murid melibatkan diri

dengan lebih aktif tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.3.Menjadikan sukan dan permainan sebagai kegiatan rekreasi.4.Menganjur pertandingan yang melibatkan semua murid.5.Menghasilkan perancangan aktiviti yang bersistematik, merekod dan menilai kemajuan murid.6.Mengenal pasti dan meningkatkan potensi dan bakat individu ke tahap yang lebih tinggi serta menambah kemahiran di dalam sukan dan permainan.7.Membimbing murid supaya menguasai teknik dan kemahiran asas sukan dan permainan.8.Memupuk minat yang berterusan dalam kalangan individu supaya sukan dan permainan terus berkembang dan maju bukan sahaja di sekolah tetapi juga dalam kalangan masyarakat umum.

KURIKULUM1. Sejarah sukan dan permainan2. Kelengkapan dan peralatan

3. Kemahiran Asas dan Teknik Permainan4. Undang-undang dan Peraturan Permainan

5. Pengelolaan Pertandingan

6. Kepengadilan Permainan7. Pilihan aktivitia. Rawatan Kecederaan dan Pertolongan Cemas

b. Lawatan

c. Kuiz

d. Tayangan

e. Motivasif. Karnival permainang. Buku skrap/folio

h. Sukaneka

PERUNTUKAN AKTA / SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995.Keselamatan Diri Pelajar Semasa pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan DI Luar Kawasan Sekolah.2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986. Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar.

3. Surat Pekeliling lkhtisas, Bil. 8/1988. Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995. Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Pelajar Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. 5. Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 8/1995. Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996. Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian. 7. Tambahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000. Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta, Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah. 8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000. Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan. 9. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/ 1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI KELAB SUKAN DAN PERMAINAN

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

1

Sesi suai kenal antara ahli kelab dan guru penasihatSukan atau Permainan

yang berkaitan1.1 Menyanyikan

lagu Negaraku

1.2 Kemahiran

berkomunikasi

Asal usul dan perkembangan sukan dan permainan yang berkaitan

a. Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat

b. Sesi memperkenalkan

guru penasihat kepada

ahli kelab.

c. Pendaftaran keahlian:

Pengisian borang

biodata ahli

a. Menerangkan sejarah

sukan dan permainan

b. Perkembangan sukan sekolah, negeri, kebangsaan, Asean dan antarabangsa

c Tayangan video sukan dan permainan

yang berkaitan

d. Motivasi / kerjaya Contoh: Ahli sukan negara.- Guru penasihat

kelab

- Penerapan

unsur

patriotisme

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

2

Padang atau Gelanggang, Kelengkapan dan

Peralatan

2.1 Memperkenal dan menyenaraikan

kelengkapan dan peralatan sukan dan permainan yang

berkaitan

a. Menunjukkan dan menyebut

kelengkapan dan peralatan sukan dan permainan yang berkaitan b. Menunjukkan dimensi padang

atau gelanggang sukan dan

permainan yang berkaitan. Contoh: Melukis, mengukur

Padang / gelangang

c. Permainan kecil

- Rujuk Sukan

dan permainan

yang berkaitan-Penerapan unsur

patriotisme

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

3Kemahiran Asas

dan Teknik

Permainan

3.1 Senarai Kemahiran Asas

Sukan dan permainan

a. Menyenaraikan pelbagai

Kemahiran Asas yang terdapat

sesuatu sukan dan permainan

b. Permainan kecil Contoh:

Permainan Bola Sepak

a. menyepak

b. menahan

c. lari bersama-sama bola

- Guru penasihat dan ahli kelab

- Rujuk aktiviti kemahiran asas sukan dan permainan yang berkaitan

- Penerapan unsur patriotisme

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

4 Kemahiran Asas

dan Teknik

Permainan

4.1 Latihan Kemahiran asas sukan dan permainan

a. Latihan Kemahiran Asas

Tahap 1

b. Menjalankan pelbagai teknik,

latihan tentang sesuatu

kemahiran

sukan dan permainan

c. Permainan kecil

Contoh:

Permainan Bola Jaring

a. mengadang / mengawal bola dari berbagai-bagai situasi

b. mengacah

- Guru penasihat dan ahli kelab

- Rujuk aktiviti kemahiran asas sukan dan permainan yang berkaitan

- Penerapan unsur patriotisme

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

5Kemahiran Asas

dan Teknik

Permainan

5.1 Latihan Kemahiran asas

Sukan dan permainan

a. Latihan Kemahiran Asas Tahap 2

b. Menjalankan permainan kecil

pelbagai jenis untuk

memperkukuh kemahiran

dan memberi keseronokan

kepada pelajar

- Guru penasihat dan ahli kelab

- Rujuk aktiviti kemahiran asas sukan dan permainan yang berkaitan

- Penerapan unsur patriotisme

6Undang-undang

dan Peraturan

( Sukan atau Permainan)

6.1 Undang-undang Permainan Majlis Sukan Sekolah-

Sekolah Malaysia (MSSM), Kebangsaan dan

Antarabangsa a. Menerangkan beberapa peraturan dan undang-undang asas sukan dan permainan yang berkaitan

- Rujuk buku peraturan sukan dan permainan yang berkaitan

- Penerapan unsur patriotisme

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

7Mesyuarat

Agung 7.1 Mesyuarat

Agung Kelaba. Mengadakan

- notis mesyuarat agung

- mesyuarat agung

Melantik :

i. Pengerusi

ii. Naib Pengerusi

iii. Setiausaha

iv. Bendahari

v. AJK

- Penerapan unsur

patriotisme

8 Kepengadilan

dan

kepegawaian8.1. Tugas pengadil /

pegawai

8.2. Syarat menjadi

pengadil /

pegawai

- pengadil remajaa. Menerangkan

- tugas-tugas pengadil

- syarat-syarat menjadi pengadil remaja

- Guru penasihat dan ahli kelab

- Rujuk buku peraturan sukan dan permainan yang berkaitan

- Penerapan unsur patriotisme

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

9

Pilihan Aktiviti

9.1. Rawatan dan kecederaan

9.2. Lawatan

9.3. Kuiz

9.4. Menonton pertandingan

9.5. Perlawanan persahabatan

9.6 Karnival permainan

9.7. Buku skrap/folio

a. Menerangkan cara merawat

kecederaan ringan

b. Mengadakan lawatan

c. Mengadakan kuiz

d. Membawa ahli menonton

pertandingan dari rakaman

video

e. Mengadakan perlawanan

persahabatan

f. Menghasilkan buku skrap/folio

- Boleh dilaksanakan

mengikut kesesuaian masa

- Penerapan unsur patriotisme

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

10Pengelolaan

Pertandingan10.1. Sistem Pertandingan:

- Liga

- Kalah mati

10.2. Pengurusan Pertandingan:

- Pendaftaran

pemain - Masa bermain

- Pertukaran pemain

- Memutuskan

keputusana. Penerangan sistem

pertandingan yang terdapat

dalam sukan dan permainan

b. Menerangkan

- borang-borang pertandingan

- tempoh masa permainan

- cara pemberian mata

c. Kuiz- Guru penasihat dan ahli kelab

- Penerapan unsur

Patriotisme

PerjumpaanTajukIsi kandunganPelaksanaanCatatan

11Pengurusan PertandinganPengurusan Pertandingan

11.1. Menubuhkan

Jawatankuasa

Pertandingan

11.2. Mesyuarat

pengelolaan

11.3. Mesyuarat

penyelarasan

11.4. Mesyuarat penilaiana. Mengadakan

Cara menubuhkan

Jawatankuasa

pertandingan

- Pengelolaan

- Penyelarasan

- Penilaian- Guru penasihat dan ahli kelab

- Penerapan unsur patriotisme

12Pertandingan12.1. Mengadakan

pertandingan

a. Pengelolaan

- Mengelolaan pertandingan

- Guru penasihat dan ahli kelab

- Penerapan unsur patriotisme

DISEDIAKAN OLEH:1. EN. BASIRON BIN KUDARI

UNIT SUKAN PPD MUAR, JOHOR2.EN. SAFAAT BIN HASHIM

SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR, MUAR, JOHOR2. EN. ABU ZARIN BIN IBRAHIM

SK AYER HITAM, NEGERI SEMBILAN3. EN. ABD. RAHMAN BIN AHMAD

SK CHUAH, NEGERI SEMBILAN4. PUAN ZAITON BINTI HASHIM

SMK DATO MOHD SAID, NEGERI SEMBILAN

PAGE 272