perkembangan-integratif (1)

40
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KOLEJ SASTERA & SAINS (SGDV 2073) PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI TUGASAN BERKUMPULAN PERKEMBANGAN MORAL (INTEGRATIF) DISEDIAKAN UNTUK: DR.RAHMAH HJ HANAFI DISEDIAKAN OLEH : NOOR SYAKIRAH BINTI ELIAS 211414 NOORAINI BINTI MOHASSAN 211421 NOOR HARIZAH BT MOHD ZAHIR 211607 KUMPULAN: A 0

Upload: cik-ungu

Post on 18-Dec-2015

311 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

t

TRANSCRIPT

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KOLEJ SASTERA & SAINS (SGDV 2073)PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGITUGASAN BERKUMPULAN PERKEMBANGAN MORAL (INTEGRATIF)

DISEDIAKAN UNTUK: DR.RAHMAH HJ HANAFI

DISEDIAKAN OLEH : NOOR SYAKIRAH BINTI ELIAS 211414 NOORAINI BINTI MOHASSAN 211421 NOOR HARIZAH BT MOHD ZAHIR 211607

KUMPULAN: AKANDUNGANKANDUNGANMUKA SURAT

1.0 Pengenalan1

2.0 Model Rest dan Narvaez2.1 Sensiviti Moral 2.2 Pertimbangan Moral2.3 Motivasi Moral2.4 Pelaksanaan 23467

3.0 Perkembangan Prososial Menurut Nancy Eisenberg3.1 Konsep Perkembangan Prososial3.2 Peringkat-Peringkat Penaakulan Prososial3.3 FaktorFaktor Perkembangan Tingkah Laku Prososial8910

4.0 Model Laupa dan Turiel4.1 Teori Domain4.2 Pertimbangan Moral1415

5.0 Kesimpulan21

Rujukan

Lampiran

1.0 PENGENALANPersepktif perkembangan moral dari aspek integritif adalah merupakan model yang menggabungkan pelbagai komponen, faktor-faktor, pembolehubah dan sebagainya yang mana boleh mempengaruhi pencapaian moral seseorang individu. Perkembangan moral dari aspek integritif melalui beberapa model yang diperkembangkan oleh tokoh-tokoh yang terkemuka. Antaranya adalah seperti Darcia Narvaez dan James Rest yang memperkembangkan empat komponen tindakan moral iaitu sensitiviti moral, penaakulan moral, motivasi moral dan juga pelaksanaan. Tokoh-tokoh ini juga memfokuskan kepada kerumitan proses psikologi yang wujud dalam tingkah laku moral. Kesemua komponen tersebut adalah untuk melihat tindak balas seseorang terhadap situasi sosial dalam kehidupan seharian mereka.Manakala tokoh Nancy Eisenberg pula memfokuskan kepada perkembangan tingkah laku prososial kanak-kanak dan faktor-faktor yang memberi kesan terhadap perkembangan tersebut. Antara faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan tingkah laku prososial ialah personaliti, emosi yang melibatkan perasaan empati dan simpati, faktor situasi yang mendorong seseorang untuk memberi pertolongan dan faktor-faktor lain. Perkembangan moral dari aspek integritif juga melibatkan tokoh Marta Laupa dan Elliot Turiel yang mana memperkembangkan pendekatan teori berdasarkan idea bahawa moral dan pertimbangan moral boleh dibentuk sejak kanak-kanak lagi. Menurutnya, moral adalah suatu kebajikan, keadilan dan hak. Manakala social-conventional pula merupakan kefahaman tentang keseragaman sosial adalah kesan organisasi sosial itu sendiri. Keperibadian juga diketengahkan oleh Laupa dan Turiel di mana hak keistimewaan seseorang individu dianggap terkecuali daripada peraturan sosial. Hal ini menunjukkan setiap individu mempunyai hak keistimewaan yang berbeza-beza dalam aspek pelanggaran moral.

2.0 MODEL REST DAN NARVAEZModel ini mengganggap perkembangan moral sebagai proses psikologi yang terlibat apabila seseorang individu bertindak secara bermoral. Model ini pada asalnya dirangka apabila Rest melakukan literatur moral dan menggunakannya untuk mengklasifikasikan pelbagai kajian yang dijalankan dalam domain perkembangan moral dengan titik permulaan yang berbeza. Model ini menganalisis penghasilan tingkah laku moral dari segi empat komponen adalah berguna untuk menjelaskan pelbagai kegagalan dalam tingkah laku moral. Ianya bertujuan untuk menyediakan rangka kerja untuk mengadakan pelbagai penyelidikan atau teori dalam kajian psikologi moral untuk memahami pelbagai kontroversi teori dalam kesusasteraan psikologi dan untuk perancangan intervensi pendidikan moral. Psikologi secara asasnya membahagikan moral kepada tiga unit iaitu kognitif, kesan dan juga tingkah laku individu. Ianya dianggap bahawa setiap pembahagian ini mempunyai prestasi perkembangan yang tersendiri. Misalnya, cuba fikirkan dilema yang pernah kita alami. Contohnya, pernah ataupun tidak kita berada di dalam suatu situasi di mana kita teragak-agak sama ada mahu menghulurkan bantuan ataupun tidak kepada seseorang, pernah atau tidak kita berfikir bagaimana mahu membahagikan masa kita, ataupun pernah atau tidak kita fikirkan cara atau jalan untuk menyentuh tentang isu sensitif dengan orang lain dan sebagainya. Seperti yang anda fikirkan mengenai situasi berikut, adakah anda dapat membahagikan perasaan daripada pemikiran anda? Jika anda peka, maka anda akan dapati bahawa ianya tidak dapat dipisahkan. Anda akan berpendapat bahawa tingkah laku akan mempunyai kaitan dengan perasaan dan juga pemikiran. Kita dapat mengesan di sini bahawa terdapat hubungan antara perasaan dan pemikiran ini tetapi sangat kompleks. Menurut model ini, sekurang-kurangnya ada empat komponen yang menghasilkan tingkah laku moral. Ianya akan menentukan bagaimana seseorang individu tersebut bertindak balas dalam situasi sosial tertentu. 2.1 Sensiviti Moral Komponen yang pertama adalah sensiviti moral . Sensiviti moral dikatakan terjadi apabila matlamat, perancangan, keinginan serta harapan individu yang berada dalam dilema. Menurut Hoffman (1984), beliau berpendapat bahawa kepentingan untuk domain moral sikap peka terhadap kebajikan dan juga hak-hak orang lain, terutamanya apabila ianya bertentangan dengan kepentingan sendiri. Sensiviti moral ini dapat dilihat dalam kebimbangan seseorang individu mengenai akibat tindakan seseorang itu terhadap orang lain. Selaras dengan cadangan Hoffman, Rest mendefinisikan sensiviti moral sebagai kesedaran tentang bagaimana tindakan kita akan memberi kesan kepada orang lain dan mungkin apa yang berlaku menyebabkan tingkah laku berbeza terhadap pihak-pihak yang berbeza. Rest mengandaikan bahawa sensiviti moral melibatkan senario yang berbeza mengikut situasi dan bayangkan bagaimana tingkah laku mampu memberi impak kepada pihak yang berada di dalam situasi sosial tersebut. Sensiviti moral adalah sebahagian besar daripada proses sedar. Narvaez (1998) mencadangkan bahawa persepsi moral yang berkaitan dengan bagaimana hipotesis tentang dunia dan maklumat diproses serta menyusun stimulasi kepada beberapa bentuk yang boleh difahami dan seterusnya boleh ditafsirkan secara sedar. Komponen ini mementingkan sifat empati. Empati biasanya ditafsirkan sebagai kesusahan yang dapat kita rasai oleh diri sendiri berdasarkan kesusahan orang lain. Apabila kanak-kanak semakin matang, begitu juga dengan tindak balas terhadap perasaan empati di dalam dirinya. Dia akan berusaha untuk menenangkan individu itu dengan cara yang mampu untuk menenangkannya. Misalnya, kanak-kanak itu mungkin akan bertindak untuk memberi teddy bear kepada ibunya ketika si ibu berasa sedih. Kanak-kanak itu berpendapat bahawa teddy bearnya mampu untuk menenangkan ibunya iaitu sama sepertinya apabila berada dalam keadaan kecewa atau sedih. Pada usia dua atau tiga tahun, kanak-kanak mula menyedari bahawa orang lain memerlukan keperluan yang berbeza dengannya. Kanak-kanak tersebut mula membina inferens berdasarkan dunia pengetahuannya dan itu akan membantu kanak-kanak tersebut memberi pertolongan yang efektif kepada orang lain. Jadi, kanak-kanak tadi akan berasa sedih jika terlihat ada pihak yang hidupnya dalam kemiskinan dan lebih banyak kurangnya berbanding diri kanak-kanak itu sendiri.

2.2 Pertimbangan MoralKomponen kedua pula ialah pertimbangan moral. Ianya merujuk kepada apakah akibat daripada tindakan yang diambil berdasarkan alternatif yang patut dipilih berdasarkan keaadaan atau situasi sosial. Dalam komponen ini, situasi sosial boleh dikatakan sebagai keperluan serta kebajikan pihak-pihak yang berbeza dan perlu dipertimbangkan. Pendekatan perkembangan kognitif telah menjadikan sumbangan paling meyakinkan ke dalam bidang ini. Ini adalah berdasarkan kepada idea-idea Piaget yang mendakwa bahawa terdapat perbezaan kualitatif dalam pemikiran kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka. Seseorang kanak-kanak juga boleh mendapati perkembangan kanak-kanak mula berkembang apabila pemikiran mereka berubah daripada seorang yang egosentrik kepada pemikiran yang seimbang. Terdapat dua andaian yang boleh dikaitkan dengan ahli-ahli teori ini. Yang pertamanya adalah secara automatik orang akan membayangkan pengalaman sosial mereka dan membina struktur yang bermaksud sebagai tindak balas kepada pengalaman mereka. Bagi individu-individu, membuat pertimbangan moral seolah-olah satu perkara yang mudah. Bahkan kanak-kanak yang kecil itu mampu menunjukkan perasaan tidak puas hati atau memberontak apabila mereka merasakan diri mereka ditipu atau dilayan secara tidak adil. Yang lebih menarik adalah hakikat bahawa intuisi moral orang ramai mengenai betul atau salah sesuatu perkara boleh menjadi sesuatu perbezaan yang begitu drastik antara satu sama lain. Andaian yang kedua pula adalah sebagai orang yang mempunyai pengalaman sosial, mereka membangunkan konsep yang lebih terperinci dalam dunia sosial dan pemahaman yang progresif berdasarkan tujuan, fungsi dan juga sifat perkiraan sosial. Pada mulanya kanak-kanak akan terikat dengan kuasa serta status penjaga, oleh itu, dia akan beranggapan bahawa cara bergaul dengan orang-orang yang lebih kuat ini adalah patuh dengan segala arahan yang diberikan kepadanya. Tetapi, kanak-kanak tadi akan sedar bahawa setiap individu mempunyai personaliti peribadi yang berbeza seperti apa yang disukai, apa yang tidak disukai, minat dan juga matlamat. Mereka akan mula syak dengan apa yang penjaga cakap baik itu tak semestinya dia juga menganggap baik setiap masa. Apabila seseorang individu itu menyedari akan batasan atau had undang-undang, dia mula memikirkan cara yang lain daripada struktur semasa untuk memperuntukan kerjasama masyarakat yang meluas. Oleh itu, tanggungjawab sosial yang norma menetapkan bahawa apabila anda melihat keperluan terhadap seseorang yang bergantung kepada anda, anda perlu menolongnya walau dengan apa-apa cara sekalipun.

2.3 Motivasi MoralKomponen yang ketiga adalah motivasi moral. Motivasi moral dilihat sebagai motivasi moral yang berkaitan dengan keutamaan nilai individu, dan lebih khusus. Fungsi utama motivasi moral adalah untuk memilih persaingan hasil nilai yang ideal, kepada salah satu untuk bertindak, memutuskan sama ada untuk cuba memenuhi ideal moral seseorang atau tidak. Sebaik sahaja pertimbangan telah terbentuk tentang tindakan yang paling bermoral, wujud juga kesedaran bagaimana urusan tindakan bermoral ini boleh mengganggu mengoptimumkan nilai-nilai yang lain. Seseorang itu menyedari bahawa pelbagai tindakan dan hasil yang mereka peroleh dalam keadaan tertentu. Ramai yang memegang daya tarikan alternatif, mengapa seseorang itu tetap mahu memilih pilihan moral? Apakah faktor pendorong ke atas pemilihan ini? Ahli psikologi telah tampil dengan banyak teori untuk menerangkan mengapa nilai-nilai moral ini tetap menjadi pilihan berbanding nilai yang lain. Antaranya adalah:i. Manusia memilih nilai moral kerana makhluk yang membantu antara satu sama lain dan mempunyai kelebihan dalam hidup. ii. Malu, takut, dan rasa bersalah atas kesalahan yang membuatkan orang ingin melakukan perkara yang betul. Ianya seperti interaksi antara jurulatih dengan atlet, pegawai tentera dan rekrut, pemimpin agama dan jemaah. iii. Manusia belajar untuk melakukan perkara yang benar melalui mekanisma yang meresap pemodelan sosial. iv. Manusia memilih untuk melakukan perkara yang bermoral dengan cara taat setia kepada kuasa lebih tinggi. v. Manusia menjadi bermotivasi untuk memilih nilai-nilai moral berbanding nilai-nilai lain kerana pengalaman hidup dalam masyarakat dan mempunyai hubungan yang penyayang. vi. Manusia melakukan perkara bermoral berdasarkan motif untuk pertahankan mereka pada konsep diri yang merangkumi rasa keutuhan. vii. Manusia memilih untuk melakukan perkara bermoral melalui pemahaman sosial.

2.4 Pelaksanaan Komponen yang terakhir adalah pelaksanaan. Komponen ini memerlukan usaha menyeluruh kepada penghalang yang tidak di sangka. Ianya membayangkan dan mengekalkan di samping matlamat akhir adalah penting. Ciri-ciri kesabaran, kesungguhan, dan kecekapan terdiri daripada watak atau kekuatan ego. Kegagalan dalam tingkah laku diri telah disebut sebagai sikap penakut. Kekuatan ego adalah sangat penting bagi mana-mana tugasan jangka panjang, dan tidak mengira moraliti. Teknik pengawalan diri sendiri melibatkan kognitif mengubah matlamat objek. Kanak-kanak diajar untuk berfikir tentang objek upahan iaitu marshmallow seperti bola kapas, manakala kanak-kanak yang lain telah diberitahu untuk menganggap marshmallow sebagai marshmallow. Kanak-kanak yang menumpukan kepada transformasi objek dalam fikiran mereka. Sekali lagi, kerana dengan komponen lain, ia adalah jelas bahawa kognitif dan menjejaskan interaksi dalam komponen 4. Ketabahan, kecekalan, kekuatan ego adalah apa yang unik tentang komponen 4. Komponen inilah penting sama ada individu ini mahu bertindak baik atau berbuat jahat. 3.0 PERKEMBANGAN PROSOSIAL MENURUT NANCY EISENBERGTingkah laku prososial adalah merupakan suatu tingkah laku sukarela yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Menurut Eisenberg, perkembangan prososial adalah kompleks, secara moralnya tingkah laku dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah persekitaran, faktor peribadi, kognitif dan juga pengaruh emosi. Oleh itu, ahli psikologi tersebut telah mencipta satu model untuk menerokai perkembangan dan faktor psikologi sosial yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak dan orang dewasa. 3.1 KONSEP PERKEMBANGAN PROSOSIALPerkembangan prososial sangat berkait rapat dengan tingkah laku prososial dalam diri seseorang. Oleh itu, tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong atau memberi faedah kepada individu atau individu yang lain (Eisenberg and Mussen 1989, ms3). Hal ini merujuk kepada tindakan tersebut berbanding motivasi yang terhasil antara tindakan tersebut. Tingkah laku prososial melibatkan pelbagai aktiviti seperti berkongsi menyelesaikan masalah orang lain, menyelamat dan tolong-menolong. Selalunya tingkah laku prososial dikelilingi dengan altruisme. Tingkah laku prososial merujuk kepada bentuk-bentuk aktiviti yang dinilai secara postif oleh masyarakat manakala altruisme adalah motivasi untuk menolong orang lain dengan niat yang ikhlas dan memenuhi keperluan orang lain tanpa mengira bagaimana tindakan tersebut akan memberi faedah kepadanya. Contoh bagi altruisme yang biasa kita lihat ialah memberi derma kepada individu yang mana menderma adalah tindakan prososial dan altruisme adalah motivasi untuk melakukan tindakan tersebut. Secara ringkasnya dapat disimpulkan ialah tingkah laku prososial terjadi akibat daripada sikap bertanggungjawab dan bermoral. Seseorang yang bertindak menolong tanpa mengharapkan ganjaran sosial, material dan psikologikal dianggap mempunyai sikap altruistik di mana iaitu sikap mengutamakan kesenangan dan kepentingan orang lain tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan daripada orang yang ditolong itu.3.2 PERINGKAT-PERINGKAT PENAAKULAN PROSOSIALTerdapat beberapa peringkat penaakulan moral yang boleh mempengaruhi perkembangan prososial terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penaakulan moral prososial kanak-kanak juga menyokong perubahan keperibadian dan matlamat mereka. Antara peringkat-peringkatnya adalah seperti berikut:i. Hedonistic (self-focused orientation)Individu yang sentiasa mempertimbangkan tentang keperluan diri dan orang lain dalam memberi pertolongan. Individu ini akan memberi pertolongan jika ianya akan memberi manfaat dan ganjaran.ii. Needs-orientedKeinginan untuk membantu orang lain adalah merupakan keperluan asas atau utama tetapi memerlukan bukti perasaan simpati dan rasa bersalah jika gagal membantu. Sebagai contohnya, seseorang memberi pertolongan kerana mereka amat memerlukan pertolongan itu.iii. Stereotyped orientationKebimbangan terhadap penerimaan baik atau buruk seseorang dalam tingkah laku prososial. Penerimaan menentukan tingkah laku prososial sama ada memberi pertolongan atau tidak.

iv. Emphathic orientationPenghakiman individu termasuk bukti diri yang mencerminkan perasaan simpati, mempunyai nilai kemanusiaan dan rasa bersalah pada sesuatu tindakan.v. Internalized values orientationJustifikasi seseorang individu untuk menolong atau tidak yang mana melibatkan nilai-nilai, norma-norma atau tanggungjawab sosial terhadap orang lain.

3.3 FAKTORFAKTOR PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU PROSOSIALKebiasaannya manusia menunjukkan tingkah laku prososial terhadap sesuatu keadaan disebabkan oleh pengaruh psikologi yang pernah dialami dalam hidup mereka. Hal ini demikian kerana pengaruh psikologi banyak mempengaruhi cara manusia bertindak terhadap suatu keadaan dan suasana yang melibatkan aktiviti sosial. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh ahli psikologi Eisenberg tentang perkembangan tingkah laku prososial kanak-kanak, beliau telah menyatakan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap proses perkembangan. Antara faktor-faktor tersebut meliputi personaliti seseorang, faktor emosi, faktor situasi, dan juga keperibadian individu tertentu. i. PersonalitiSetiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Kepelbagaian personaliti ini menjadi penentu kepada tingkah laku prososial. Menurut Huston (1981) dalam kalangan mereka yang mempunyai keberanian menolong walaupun diri mereka menghadapi bahaya ialah mereka yang mempuanyai kemahiran lebih baik dalam menolong orang berbanding manusia lain. Selain itu, norma personaliti pada individu yang berasaskan perasaan mempengaruhi individu tersebut untuk menolong orang lain. Sebagai contohnya, individu yang menderma darah menunjukkan bahawa tingkah laku mereka ini dipengaruhi oleh norma personaliti individu itu sendiri. Dalam menentukan tingkah laku prososial, ia melibatkan personaliti altruistik iaitu empati yang tinggi, mempercayai bahawa dunia ini adil kerana saling tolong-menolong, percaya setiap individu bertanggungjawab untuk menolong orang lain, mempunyai lokus kawalan dalaman yang baik dan sifat egosentrik yang rendah dalam diri mereka.ii. Emosi atau perasaanKesan emosi mendorong manusia untuk bertindak dalam keadaan di luar dugaan. Kesan emosi untuk menentukan tingkah laku prososial boleh dilihat dari aspek seperti empati, perasaan bersalah dan simpati serta motivasi untuk menolong. Empati (Eisenberg & Strayer, 1987; Wispe, 1986) adalah merupakan kebolehan individu meletakkan diri dalam keadaan orang lain. Apabila seseorang melihat orang lain dalam kesusahan, empati bertindak sebagai pendorongnya untuk menolong mereka. Tingkah laku menolong ini adalah disebabkan oleh perkongsian emosi dengan individu lain iaitu cuba merasai atau memahami apa yang telah dialami oleh individu tersebut. Empati biasanya pertolongan yang diberi untuk mengurangkan tekanan diri dan emosi orang lain dalam bentuk ganjaran, perkhidmatan dan sebagainya.Manakala perasaan bersalah pula biasanya timbul apabila melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri dan orang lain. Perasaan ini dapat memudahkan seseorang untuk menolong orang lain. Kebiasaannya seseorang itu menolong orang lain disebabkan perasaan simpati dan kasihan terhadap mereka. Contohnya ditimpa bencana alam, kemalangan, masalah rumahtangga, kematian dan sebagainya. Perasaan simpati inilah mendorong seseorang untuk membantu meringankan tekanan yang dialami oleh orang lain. Motivasi untuk menolong juga merupakan kesan emosi yang dapat menentukan tingkah laku prososial. Hal ini kerana keinginan untuk menolong biasanya mempunyai motif atau matlamat yang tertentu mengakibatkan seseorang itu menolong orang lain. Pengalaman dalam menolong orang lain juga dapat memotivasikan seseorang untuk mempunyai tanggungjawab sosial dalam diri mereka. Keinginan untuk menolong juga dikaitkan dengan suasana rasa sama ada suasana rasa baik dan rasa kurang baik. Hal ini sangat memberi pengaruh dalam menentukan seseorang sama ada ingin menolong orang lain ataupun tidak.iii. Faktor situasiFaktor situasi juga sangat penting dalam menentukan tingkah laku moral. Hal ini kerana situasi juga boleh mempengaruhi seseorang itu akan memberi pertolongan ataupun tidak. Situasi adalah merangkumi keadaan persekitaran, tekanan masa, dan juga kehadiran orang lain.Persekitaran juga penting dalam menentukan tingkah laku prososial. Kehidupan bermasyarakat yang lebih bersifat keakuan, keadaan cuaca, bebanan hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi seseorang agar memberi pertolongan ataupun tidak. Selain itu, faktor kebisingan sesuatu persekitaran juga menyebabkan kurangnya gerak balas manusia terhadap sesuatu peristiwa dalam persekitaran.Manakala tekanan masa yang sibuk dengan rutin harian juga menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai masa untuk menolong orang lain. Hal ini kerana seseorang akan membuat pertimbangan sebelum memberikan pertolongan dimana ianya tidak mengganggu masa mereka. Selain daripada tekanan masa dan keadaan persekitaran, kehadiran orang lain juga menyebabkan mereka mengurangkan sedikit komitmen dalam memberi pertolongan terhadap orang lain. Mereka juga megharapkan balasan dan ganjaran akan diperolehi sekiranya mereka menolong ketika kehadiran orang lain. iv. KeperibadianFaktor keperibadian boleh memotivasikan tingkah laku prososial dalam memberikan pertolongan termasuklah identiti diri orang yang menolong yang mana mengambil kira perbuatan suka membantu, harga diri dan nilai-nilai peribadi, matlamat dan keutamaan mereka untuk menolong seseorang. Selain itu, menurut Bandura (1986) seseorang itu akan menolong orang lain apabila ganjaran yang diperoleh memberi kepuasan kepadanya. Bentuk ganjaran adalah dalam pelbagai bentuk seperti harta benda, penghormatan, pujian dan sebagainya.Latar belakang seseorang juga mempengaruhi tingkah laku prososial seseorang individu. Sifat keperibadian dilihat sebagai penilaian kendiri dalam diri seseorang. Hal ini kerana seseorang mempunyai kendiri yang tinggi dalam membantu orang lain serta suka melakukan kebajikan terhadap orang yang memerlukan. Di samping itu, sikap seseorang untuk menolong bergantung kepada kelakuan yang mengubah sikap antara individu dalam masyarakat yang sama.Secara kesimpulannya, tingkah laku prososial berkait rapat dengan kejujuran untuk menolong di mana sesuatu pertolongan itu dilakukan tanpa niat untuk mendapatkan balasan atau ganjaran. Semangat inilah harus ada dalam diri setiap individu khususnya sejak kanak-kanak lagi. Selain itu, setiap individu juga harus sedar tentang kebolehan dirinya untuk memberikan pertolongan kepada orang lain.5.0 MODEL LAUPA DAN TURIEL

4.1 Teori Domain Domain moral/etika memberi tumpuan kepada nilai normatif yang dianggapkan baik, benar betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan hubungan antara individu (Frankena, 1973; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Domain moral/etika melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk pernyataan normatif dan ini adalah berbeza daripada pernyataan deskriptif yang merujuk kepada penilaian fakta. Namun begitu, bukan semua pernyataan normatif melibatkan soal moral atau etika.Dalam bab ini kami akan mengemukakan pendekatan teori berdasarkan idea bahawa pertimbangan moral dan sosial dalam membangunkan konsep domain adalah berbeza. Teori domain moral telah mencadangkan bahawa individu yang memperoleh konsep moral tentang keadilan, kebajikan orang lain, dan hak-hak yang bermula pada awal zaman kanak-kanak, dan bahawa pengetahuan ini berkembang semasa zaman kanak-kanak dan remaja. Perbincangan teori domain sosial dan bukti ini menunjukkan bahawa kanak-kanak seperti orang dewasa dalam membezakan pelanggaran moral dari pelanggaran norma-norma sosial dan norma-norma sosial boleh mempengaruhi pertimbangan moral.Teori Domain menyatakan bahawa kanak-kanak membina konsep-konsep moral, sosial dan psikologi pada masa yang sama tetapi pada situasi yang berbeza. Kanak-kanak mula membina akhlak berdasarkan pengalaman. Kanak-kanak boleh belajar moral dan nilai-nilai konvensional bermula pada umur tiga tahun lagi. Takrifan domain sosial ini merupakan pendekatan domain daripada Turiel dan Laupa dalam bidang pembangunan sosial dan sering dikemukakan sebagai alternatif kepada struktur pembangunan teori perkembangan moral.Dalam buku Perkembangan Pengetahuan Sosial: Akhlak dan Konvensyen (1983), Elliot Turiel menggariskan tiga domain pengetahuan iaitu moral, bagaimana prinsip-prinsip individu sepatututnya dalam menganggap seorang yang lain. Moral ini adalah berkaitan dengan kebajikan, keadilan dan hak asasi. Seterusnya pula dari aspek masyarakat di mana peraturan-peraturan yang direka untuk menggalakkan kelancaran fungsi sosial kumpulan dan institusi. Ia juga disebut sebagai sosial-konvensional yang berkaitan dengan pemahaman dalam keseragaman sosial dan kelaziman yang merupakan sebahagian daripada kecekapan struktur organisasi sosial. dan yang terakhir ialah psikologi dari segi pemahaman kendiri, orang lain, dan kepercayaan tentang autonomi dan keperibadian seseorang itu.

4.2 Pertimbangan Moral Teori perkembangan Turiel berdasarkan moral rangka kerja psikologi Lawrence Kohlberg terhadap penaakulan moral. Di sini Kohlberg menyatakan bahawa, "pertimbangan moral boleh ditakrifkan sebagai pertimbangan nilai, pertimbangan sosial, dan pertimbangan yang memaksa individu untuk mengambil tindakan. Menurut Kohlberg (1976), terdapat enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ianya dikenali sebagai tahap pra-konvensional, tahap konvensional dan tahap pasca konvensional. Menurut Kohlberg (1987), terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral iaitu pertimbangan tentang nilai bukan fakta, pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri. Oleh kerana pertimbangan moral adalah preskriptif maka pertimbangan ini mengarah atau mewajibkan seseorang mengambil sesuatu tindakan yang berasaskan kepada peraturan atau prinsip. Rachels (1995), menyatakanbahawa pertimbangan moral mesti disokong dengan sebab yang baik (berdasarkan kepada fakta dan prinsip) bukan perasaan mengikut kecenderungan sendiri seperti Saya suka minum teh tarik dan menimbangkan kepentingan setiap individu secara saksama.Menurut MacKinnon (1995) pertimbangan moral amat berkait rapat dengan teori etikadan prinsip etika/moral seperti yang diringkaskan dalam rajah yang berikut:Teori Etika (Moral)Prinsip Etika (Moral)Pertimbangan Etika (Moral)Teori etika adalah a systematic exposition of a particular view about what is the nature and basis of good or right (MacKinnon, 1995). Teori etika memberikan sebab munasabab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betul atau salah dan cuba memberi justifikasi atas norma itu. Ia memberikan asas kepada prinsip moral atau garis paduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang tertentu.Berikut adalah contoh situasi untuk menghuraikan kaitan antara teori etika dengan pertimbangan moral:Situasi: Seorang guru merotankan seorang pelajar kerana meniru semasa ujian kelas.Adakah tindakan itu baik atau tidak?Pertimbangan moral akan berbeza mengikut alasan yang diberikan berdasarkan kepadateori etika yang berlainan seperti dalam jadual yang berikut:

Asas dalam pertimbangan moral Sebab atau alasan tindakan adalah baikSebab atau alasan tindakan adalah tidak baikTeori etika yang relevan

Kesan Akan membawa kesan kepada semua pelajar tentang pentingnya untuk membuat kerja rumah.Untuk memastikan pelajar itu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Akan mengakibatkan pelajar itu menderita sahaja bukan bagi pelajar lain. Kerana akan menggalakkan guru lain melanggar garis panduan disiplin yang telah ditetapkan Teori utilitarianisme

Teori kemoralan social

Motif Guru tersebut mempunyai motif yang baik untuk memberi kesedaran terhadap pelajar dan menjadikan pelajar bersikap jujur dan bertanggungjawab. Guru itu mempunyai motif untuk membalas dendam kerana pelajar tersebut pernah mencabar autoritinya. Teori moral Kant

Tindakan Tindakan itu sesuatu obligasi guru terhadap pelajar. Tindakan itu merupakan satu norma atau kebiasaan dalam masyarakat di mana guru harus mendisiplinkan pelajarnya. Guru itu telah melanggar intergriti secara fizikal terhadap pelajar itu. Kerana menggunakan hukuman fizikal tidak benar dibenarkan mengikut garis panduan disiplin yang telah ditetapkan. Teori moral Kant

Teori kemoralan social

4.2.1 Pernyataan normatif Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan tentang pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah dan diterima atau ditolak. Sebagai contoh berzina adalah satu perbuatan yang sangat keji dan pengguguran adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan seseorang. Perbuatan ini dipangil pertimbangan nilai obligasi. Kesan perbuatan tersebut tidak diambil kira. Contohnya "Kita patut menepati janji" dan "Perbuatan mencuri adalah salah". Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic. Sebagai contoh dapat dilihat apabila seseorang yang kedekut adalah tidak baik. Harus diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku. Apabila pernyataan itu dinyatakan, kita menentukan patut atau tidak patut seseorang itu berkelakuan sedemikian. Sebagai contoh, kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu, bermurah hatilah. Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk perintah atau arahan. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi oleh anggota masyarakat. Contohnya ialah peraturan perlembagaan mesti dipatuhi oleh rakyat Malaysia.

4.2.3 Prinsip moral Prinsip moral biasanya digunakan sebagai satu tunjuk arah dalam pertimbangan moral (Peters, 1981; Mukherjee et. al., 1992) kerana ia: i. dapat menentukan apakah peraturan moral yang asas dalam kes tertentu; ii. menjadikan sesuatu pertimbangan moral relevan;iii. memberi bukti dalam sesuatu keputusan moral;iv. membolehkan semua fakta yang relevan dikaji sebelum sesuatu keputusan moral diambil v. mempunyai ciri sejagat atau diterima secara umum oleh sesama manusia.

Terdapat dua jenis prinsip moral iaitu;i. KeadilanDalam prinsip ini telah dinyatakan dalam teori Turiel mengenai teori domain sosial. Prinsip adil melibatkan konsep hak, kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau kebebasan. Tindakan yang adil melibatkan sebab atau fikiran yang rasional iaitu mengkaji motif dan latar belakang sesuatu ke atas kes tertentu. Sesuatu tindakan dianggap adil jika hukuman diberi kepasa sesuatu salah laku yang dilakukan, hak individu yang dianggap sah diberi, terdapat kesaksamaan dalam ganjaran, harga dan pertukaran dan kesaksamaan dalam agihan sumber. Prinsip adil ini menuntut layanan yang sama diberi kepada kes serupa dengan menggunakan pendekatan yang sama dan pertimbangan kepada kes yang memerlukan keperluan khas dengan menggunakan cara yang berlainan jika terdapatnya sebab yang munasabab dan adil. (Audi, 1999; Abdul Rahman Md. Aroff, 1999; Mukherjee et. al., 1992). Keadilan terbahagi kepada dua iaitu keadilan semulajadi dan keadilan konvensional. Keadilan semulajadi adalah semula jadi apabila ia mempunyai kesahan yang sama di mana-mana dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan kita boleh mengambil daripada keadilan daripadanya manakala keadilan konvensional pula apabila tidak ada sebab asal kenapa ia perlu mengambil satu bentuk daripada yang lain dan peraturan yang mengenakan telah dicapai melalui perjanjian selepas itu ia memiliki kebaikan. Contohnya seluruh warganegara wajib mematuhi segala peraturan yang berlaku di negara tersebut.

ii. Penyayang (care) Prinsip penyayang atau care melibatkan konsep hormat, tanggungjawab dan kasih sayang dalam mengekalkan perhubungan antara individu dan perkembangan kebajikan orang lain. Prinsip ini memerlukan seseorang individu mengelakkan kecederaan terhadap orang lain dengan mengambil berat tentang keperluan, kepentingan dan perasaan orang lain dalam kebajikan orang lain. Selain daripada itu prinsip ini juga bermakna bahawa kita melayani orang lain sebagai sesuatu matlamat dan bukan sebagai alat kerana setiap orang mempunyai pandangan dan matlamat tersendiri.

5.0 KESIMPULANSecara kesimpulannya apa yang dapat kita jelaskan dalam perkembangan moral secara integratif ialah terdapat banyak penyebab yang boleh membuatkan moral itu tidak berhasil dan gagal diaplikasikan dalam diri seseorang. Hal ini demikian kerana setiap tingkah laku moral memerlukan proses yang tepat di mana ia melibatkan moraliti seperti empati, simpati, konsep-konsep keadilan, sikap altruistik dan sebagainya. Tingkah laku moral perlulah seiring dengan setiap komponen yang telah dikemukakan oleh model Narvaez dan Rest. Hal ini kerana perkembangan moral boleh menentukan pelbagai proses dalam situasi yang berbeza dalam kehidupan kita. Selain itu, perkembangan moral adalah berkait dengan tingkah laku prososial. Ini dikemukakan oleh tokoh psikologi Eisenberg yang mana menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku prososial. Kepelbagaian faktor yang dinyatakan dapat membantu seseorang individu untuk sentiasa peka dan sensitivity terhadap perkembangan. Hal ini sangat penting bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial individu sama ada dari segi kognitif, emosi dan sebagainya. Manakala Laupa dan Turiel pula menyatakan bahawa kanak-kanak membesar secara kompleks adalah berdasarkan pengalaman persekitaran sosial mereka. Kanak-kanak yang refleksi terhadap interaksi sosial yang dialami membolehkan mereka membuat pertimbangan tentang dunia sosial yang ada disekeliling. Selain itu, setiap individu membuat tanggapan yang berbeza tentang penerimaan pertimbangan moral yang dilakukan. Kajian yang telah dibuat menjelaskan tentang pertimbangan bagaimana untuk bertindak terhadap sesuatu isu sosial. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga model yang dinyatakan adalah bertepatan dengan nilai moraliti dalam kehidupan. Hal ini kerana ia membicarakan tentang tindakan kita sebagai individu yang hidup secara bermoral secara langsung dapat membantu proses perkembangan seseorang.

RUJUKANKurtines.W.M & Gewirtz.J.L (Eds.).(1995). Moral development : an introduction. Boston :Allyn and Bacon.Hairunnaja Najmuddin. Psikologi Ketenangan Hati: Panduan Merawat Jiwa Yang Selalu Gundah Dan Gelisah. Perlis : Perbadanan Perpustakaan AwamLiisa Myyry. (2003). Component of Morality. daripadahttp://ethesis.helsinki.fi/julkaisut/val/sosps/vk/myyry/componen.pdf

James, M. (2006). The Study Of Service-Learning as a Moral Matter. Diperoleh pada 26 April 2015 daripada http://www.rapidintellect.com/AEQweb/6oct3364w6.htm.Lewis, P. (2008). The Emerging Comprehensive Moral Psychology of Darcia Narvaez. Diperoleh pada 26 April 2015 daripada http://www3.nd.edu/~dnarvaez/documents/ Lewis_EmergingMoralPsychofDNarvaez.pdfTingkah laku prososial. Diakses pada 14 April, 2015 daripadahttp://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06/tingkahlaku-prososial.htmlKnafo. A, Weiner.M & Dubrovsky.I (1969). Prosocial Behavior. Diakses pada 14 April, 2015 daripada http://www.education.com/reference/article/prosocial-behavior/Pengertian Keadilan dan Macam-macam keadilan. Diakses pada 1Mei, 2015, daripadahttp://www.artikelsiana.com/2015/01/pengertian-keadilan-macam-macam-keadilan.html#_

1