6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

14
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1

Upload: peri-jamli

Post on 23-Jun-2015

855 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

STANDARD PRESTASIMATEMATIK TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASIDUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

TAHUN 1

Page 2: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

MATLAMAT KURIKULUM

Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini ialah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

OBJEKTIF KURIKULUM

Kurikulum Standard Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:

1 Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka. 2 Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran secara berfikir kritis dan kreatif. 3 Meningkatkan daya kreativiti murid. 4 Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains. 5 Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 6 Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya. 7 Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

2

Page 3: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

2 Memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

3 Mempamerkan keupayaan mengetahui dan memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

4 Menggunakan pengetahuan asas sains dan teknologi bagi menjalankan tugasan

5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep sains

6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian

3

Page 4: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1Mengetahui perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

B1D1Benda hidup dan benda bukan hidup

B1D2Bahagian tubuh manusia

B1D3Haiwan yang terdapat di sekeliling

B1D4Tumbuhan yang terdapat di sekeliling

B1D5Bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria

B1D1E1Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup

B1D2E1Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan dan kaki

B1D3E1Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling

B1D4E1Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di sekeliling

B1D5E1Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan, bau, rasa, sentuh dan pendengaran

4

Page 5: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham

B2Memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

B2D1Ciri-ciri benda hidup

B2D2Fungsi bahagian tubuh manusia

B2D3Bahagian-bahagian tubuh haiwan

B2D4Bahagian-bahagian tumbuhan

B2D5Fungsi deria

B2D1E1Mengenal pasti keperluan benda hidup untuk bernafas, bergerak, membesar dan membiak

B2D2E1Memperihalkan tentang fungsi bahagian-bahagian tubuh manusia

B2D3E1Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu mata, mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cangkerang

B2D4E1Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan iaitu pucuk, daun, bunga, buah, dahan, batang dan akar

B2D5E1Menggunakan deria penglihatan untuk mengenal pasti warna, bentuk asas dan saiz objek

B2D5E2Menggunakan deria bau untuk mengenal pasti benda-benda yang berbau dan tidak berbau

5

Page 6: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

B2D5E3Menggunakan deria rasa untuk mengenal pasti rasa bahan makanan

B2D5E4Menggunakan deria sentuh untuk mengenal pasti ciri dan keadaan bahan

B2D5E5Menggunakan deria pendengaran untuk mengenal pasti pelbagai bunyi

6

Page 7: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3Mempamerkan keupayaan mengetahui dan memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

B3D1Memperihalkan kepentingan bahagian tubuh manusia

B3D2Mengenal ciri-ciri bahagian tubuh haiwan

B3D3Mengenal ciri-ciri bahagian tumbuhan

B3D4Menggunakan fungsi deria untuk memahami perkara asas dalam sains dan teknologi

B3D1E1Menerangkan kepentingan bahagian tubuh manusia

B3D2E1Membanding dan membeza bahagian tubuh satu haiwan dengan haiwan yang lain

B3D2E2Mengajuk bunyi haiwan

B3D2E3Menunjukkan cara pelbagai haiwan bergerak

B3D3E1Membanding dan membeza bahagian satu tumbuhan dengan tumbuhan yang lain

B3D4E1Menggunakan deria penglihatan untuk menaakul kepentingan warna, bentuk dan saiz dalam kehidupan

B3D4E2Menggunakan deria bau untuk menaakul kepentingan bau dalam kehidupan

B3D4E3Menggunakan deria rasa untuk menaakul kepentingan rasa bahan makanan

7

Page 8: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

B3D5Mengenal bentuk asas bongkah

B3D4E4Menggunakan deria sentuh untuk menaakul kepentingan ciri dan keadaan bahan dalam kehidupan

B3D4E5Menggunakan deria pendengaran untuk menaakul kepentingan bunyi dalam kehidupan

B3D5E1Mengenalpasti bentuk asas bongkah

8

Page 9: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab

B4Menggunakan pengetahuan asas sains dan teknologi bagimenjalankan tugasan

B4D1Menggunakan pengetahuan asas berkaitan bentuk asas bongkah dalam menjalankan tugasan

B4D2Menggunakan pengetahuan asas berkaitan haiwan dalam menjalankan tugasan

B4D3Menggunakan pengetahuan asas berkaitan tumbuhan dalam menjalankan tugasan

B4D4Menggunakan pengetahuan asas berkaitan deria dalam menjalankan tugasan

B4D1E1Menggabung bentuk asas bongkah yang mempunyai ciri yang sama atau yang berbeza

B4D2E1Mengitlak bahawa ada haiwan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza

B4D3E1Mengitlak bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza

B4D4E1Mengelaskan objek mengikut warna, bentuk dan saiz

B4D4E2Mengelaskan benda-benda yang berbau dan tidak berbau

B4D4E3Mengelaskan pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa

B4D4E4Mengelaskan bahan berdasarkan ciri fizikal bahan

9

Page 10: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

B4D5Menggunakan pengetahuan asas sains dalam memahami konsep timbul dan tenggelam

B4D4E5Mengelaskan bunyi berdasarkan ciri tertentu

B4D5E1Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam

10

Page 11: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab Terpuji

B5Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep sains

B5D1Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan benda hidup dan benda bukan hidup

B5D2Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan bahagian dan fungsi tubuh manusia

B5D3Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan haiwan dan bahagian tubuh haiwan

B5D4Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan tumbuhan dan bahagian tumbuhan

B5D5Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan fungsi deria

B5D1E1Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan tentang ciri benda hidup dan benda bukan hidup

B5D2E1Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan tentang bahagian dan fungsi tubuh manusia

B5D3E1Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan tentang haiwan dan bahagian tubuh haiwan

B5D4E1Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan tentang tumbuhan dan bahagian tumbuhan

B5D5E1Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan tentang kepentingan warna, pelbagai bentuk, saiz, bau, rasa, ciri bahan dan bunyi dalam kehidupan

11

Page 12: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

B5D6Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan tenggelam dan timbul

B5D7Menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep berkaitan reka bentuk

B5D6E1Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan mengenai pengubahsuaian objek yang tenggelam supaya timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam

B5D7E1Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan mengenai kepentingan kepelbagaian bentuk bongkah

12

Page 13: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab Mithali

B6Mengaplikasikan konsep sains untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian

B6D1Menggunakan konsep sains untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian

B6D1E1Menghargai bahagian tubuh badan serta menghormati dan menerima keadaan diri seseorang

B6D1E2Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya haiwan

B6D1E3Menghargai pelbagai tumbuhan dan berupaya menerangkan kesannya di muka bumi

B6D1E4Mencipta produk daripada bahagian-bahagian tumbuhan dan menceritakan tentang hasil ciptaan produk

B6D1E5Menghargai organ deria dan memerihalkan kepentingan menjaga keselamatan diri termasuk organ deria

B6D1E6 Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan bentuk asas dan bentuk asas bongkah secara inovatif dan menerangkan objek atau struktur yang dibina

13

Page 14: 6.11 standard prestasi_sains_kssr_tahun_1

14