standard precaution

11
STANDARD PRECAUTION OBJEKTIF Selepas membaca modul ini, anda boleh: 1. Mengetahui peraturan am langkah-langkah ‘Standard Precaution’ 2. Mengetahui definisi: Disinfeksi dan disinfektan Concurrent disinfection Terminal disinfection Biohazard 3. Mengetahui penggunaan PPE. 4. Mengetahui penyelenggaraan kebersihan yang berkesan. 5. Mengetahui prinsip-prinsip disinfeksi dan sterilisasi. 6. Mengetahui pengurusan linen kotor/tercemar. Standard Precaution Standard Precaution adalah langkah-langkah yang menyeluruh dan meluas bagi mencegah sesuatu jangkitan penyakit seperti AIDS dan Hepatitis B dari seorang ke seorang yang lain. Amalan Standard Precautions Digunapakai semasa pengendalian semua pesakit tanpa mengira diagnosis dan status jangkitan pesakit. Ianya juga digunapakai semasa mengendalikan cecair badan pesakit seperti berikut: 1. Darah 2. Cecair badan yang mengandungi darah 3. Air mani 4. Sekresi vagina 5. CSF, Amniotic, Pericardial, Pleural fluids dan sebagainya. 6. Urin 7. Najis 8. Kahak 9. Muntahan Elemen Penting Dalam Amalan Standard Precaution 1. Pembersihan tangan yang efektif (effective hand hygiene). 2. Pemakaian Alat Perlindungan Diri (PPE) yang betul (glove, mask, eye, gown, face shield, wellington boot).

Upload: saraheddiah

Post on 26-Dec-2015

395 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Standard Precaution

STANDARD PRECAUTION

OBJEKTIF Selepas membaca modul ini, anda boleh:1. Mengetahui peraturan am langkah-langkah ‘Standard Precaution’2. Mengetahui definisi: Disinfeksi dan disinfektan Concurrent disinfection Terminal disinfection Biohazard3. Mengetahui penggunaan PPE.4. Mengetahui penyelenggaraan kebersihan yang berkesan.5. Mengetahui prinsip-prinsip disinfeksi dan sterilisasi.6. Mengetahui pengurusan linen kotor/tercemar.

Standard PrecautionStandard Precaution adalah langkah-langkah yang menyeluruh dan meluas bagi mencegah sesuatu jangkitan penyakit seperti AIDS dan Hepatitis B dari seorang ke seorang yang lain.

Amalan Standard PrecautionsDigunapakai semasa pengendalian semua pesakit tanpa mengira diagnosis dan status jangkitan pesakit. Ianya juga digunapakai semasa mengendalikan cecair badan pesakit seperti berikut:1. Darah2. Cecair badan yang mengandungi darah3. Air mani4. Sekresi vagina5. CSF, Amniotic, Pericardial, Pleural fluids dan sebagainya.6. Urin7. Najis8. Kahak9. Muntahan

Elemen Penting Dalam Amalan Standard Precaution1. Pembersihan tangan yang efektif (effective hand hygiene).2. Pemakaian Alat Perlindungan Diri (PPE) yang betul (glove, mask,

eye, gown, face shield, wellington boot).3. Penyelenggaraan kebersihan dan pengurusan”spillage”.4. Disinfeksi dan sterilisasi (patient-care equipment).5. Pengurusan linen kotor/tercemar yang betul.6. Pengurusan peralatan tajam dan sisa klinikal yang betul.7. Etika batuk/Etika respiratori.

Pemakaian Al a t Perlindungan Diri (PPE) Penggunaan PPE dapat menghalang anggota fizikal daripada terdedah kepada mikroorganisma. PPE dapat mengurangkan tetapi tidak menghapuskan risiko mendapat jangkitan. Ia memberi perlindungan dengan membantu mencegah mikroorganisma dari:

Page 2: Standard Precaution

• Mencemarkan tangan, mata, rambut, pakaian dan kasut• Tersebar kepada pesakit dan anggota kesihatan lain.

Siapa Y ang Perlu Menggunakan PPE 1. Anggota kesihatan yang memberikan penjagaan langsung kepada pesakit

dan berisiko terdedah kepada darah, cecair dan sekresi badan pesakit.2. Anggota sokongan yang terdedah kepada darah, cecair dan sekresi badan

pesakit.3. Anggota makmal yang mengendalikan spesimen dan prosedur.4. Anggota keluarga yang mengiringi pesakit yang mungkin terdedah kepada

darah, cecair dan sekresi badan pesakit.

Prinsip Penggunaan PPE 1. Anggota kesihatan perlu mengetahui risiko terdedah kepada darah, cecair dan

sekresi badan pesakit.

2. PPE dipilih mengikut kesesuaian dengan risiko pendedahan.

3. PPE yang telah tercemar tidak boleh dibawa keluar dari kawasan penjagaan pesakit.

4. PPE yang telah tercemar dibuang ke dalam bekas sisa klinikal mengikut katogeri.

5. PPE tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

6. Tukar PPE dan cuci tangan setiap kali merawat pesakit.

Jenis-Jenis PPE

FACE SHIELDGOGGLE

PENUTUP RAMBUT/CAP MASK

SARUNG TANGAN/GLOVE

APRON/GAUN

WELLINGTONBOOTS

Page 3: Standard Precaution

Penggunaan PPE

Page 4: Standard Precaution

Turutan untuk membuka PPE

Page 5: Standard Precaution

Penyelenggaraan Kebersihan 1. Pembersihan dijalankan secara berjadual dan berkala.

Page 6: Standard Precaution

2. Semua peralatan dan persekitaran perlu bebas daripada cecair badan, habuk dan kotoran lain.

3. Kawasan klinikal perlu dibersihkan menggunakan kaedah ‘wet mopping’ atau vakum.

4. Pembersihan lantai menggunakan mop dijalankan 2 kali sehari atau lebih kerap jika perlu di kawasan klinikal.

5. Mop ditag warna mengikut risiko lokasi.6. Penggunaan mop dilakukan dengan kaedah ‘double bucket’.7. Mop lantai dari kawasan/lokasi risiko rendah ke risiko tinggi.8. Kawasan yang berisiko tinggi (bilik rawatan, makmal) perlu dibersihkan

dengan high level disinfectant sekurang-kurangnya 1 kali sehari.9. Mop perlu dibersih dan dikeringkan:

Setiap kali selepas penggunaan. Secara rutin selepas pembersihan darah, cecair badan, sekresi dan

kumuhan. Selepas membersihkan kawasan tercemar, bilik rawatan atau bilik

pengasingan.

Disinfeksi & SterilisasiDisinfeksiIa adalah satu proses untuk mengurangkan jumlah mikro organisma pada peralatan yang tercemar tetapi tidak termasuk spora.

SterilisasiIa adalah satu proses untuk mengeluar dan membunuh semua jenis mikro organisma termasuk spora.

Concurrent DisinfectionBermaksud proses disinfeksi yang dilakukan semasa pesakit masih lagi berada di wad. Contohnya pesakit kolera: najisnya perlu disinfek terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam tandas.

Terminal disinfectionBermaksud disinfeksi yang dilakukan apabila pesakit yang mengidap penyakit berjangkit telah discaj atau meninggal dunia.

Page 7: Standard Precaution

Contohnya pesakit AIDS: disinfeksi terminal perlu dilakukan pada katil, cadar atau kain-kainan kegunaan pesakit, peralatan-peralatan dan juga lantai bilik.

BiohazardBermaksud bahan-bahan keluaran badan manusia yang berjangkit seperti darah, cecair badan,discaj, tisu-tisu dan lain-lain lagi.

Nota Penting Untuk mengelakkan jangkitan silang, peralatan perubatan yang boleh diguna

semula perlu dibersihkan dan disterilkan bagi memastikan ianya bebas dari pencemaran mikro organisma dan spora.

Tahap pembersihan peralatan perubatan perlu berdasarkan kepada klasifikasi risiko, dan proses disinfeksi perlu dijalankan menggunakan bahan kimia yang sesuai.

Klasifikasinya adalah seperti berikut:

Pengurusan Linen Kotor/Tercemar1. Linen tercemar merupakan linen yang telah dicemari oleh cecair badan dan

sekresi yang berisiko mendatangkan jangkitan.

Page 8: Standard Precaution

2. Gunakan PPE semasa mengendalikan linen.3. Jangan mengibas linen yang telah digunakan untuk mengurangkan

penyebaran organisma berbahaya.4. Jangan lakukan proses pengasingan linen yang telah digunakan di tempat

rawatan pesakit.5. Simpan linen yang bersih di tempat yang sesuai, didalam rak bertutup,

diletakkan sekurang-kurangnya 4-6 inci jauh dari lantai, 2 inci dari dinding dan siling dan bertutup semasa pengangkutan.

6. Linen untuk disucihama perlu dibalut sebelum di autoclave.

Senarai Semak Melakukan Tugas Asas Pembersihan Dan Disinfeksi Concurrent dan Terminal

BI TATACARA CATATAN

Page 9: Standard Precaution

L1. Menerima arahan dari pegawai yang bertugas.

mengenalpasti jenis penyakit berjangkit.2. Mengamalkan peraturan am langkah-langkah Standarad

Precaution:2.1 Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pesakit.2.2 Pakai glove apabila berurusan dengan sisa klinikal. Pakai

mask dan gaun.2.3 Bahan kumuhan perlu dibubuh disinfektan sebelum dibuang ke

dalam tandas.2.4 Melakukan Barrier Nursing.2.5 Lakukan terminal disinfection bagi kes-kes yang discaj atau

meninggal dunia.