6) skema set 2 bahasa melayu pt3.pdf
TRANSCRIPT
-
TERHAD
PANDUAN PENSKORAN LATIHAN PT3 SET 2
Bahagian A
(25 markah)
Soalan 1
Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
i) Berkat dorongan kedua ibu bapanya, Adam telah berjaya menempa nama
dalam sukan tenis.
kedua-dua
ii) Norehan sangat sukakan biskut arab yang dibuat oleh ibunya.
suka akan
iii) Perlawanan bola sepak antara SMK Bestari dan SMK Taman Sari telah
diadakan di Stadium Ipoh .
antara SMK Bestari dengan SMK Taman Sari
iv) Sikap saling bantu-membantu wajar diamalkan dalam masyarakat.
saling membantu/ bantu -membantu
(8 markah)
* 1 markah diberikan untuk tugasan menggariskan kesalahan
* 1 markah diberikan untuk tugasan membetulkan kesalahan
Soalan 2
Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Ayah telah membeli insuran kereta di pejabat pos.
insurans
ii) Aturcara majlis perasmian Bulan Kemerdekaan Kali Ke-55 itu terpaksa diubah
kerana Pengetua terpaksa menghadiri mesyuarat yang penting.
Atur cara
-
TERHAD
iii) Para peserta ekpedisi itu bertungkus lumus membina rakit walaupun hari
sudah senja.
ekspedisi ( 3 markah)
Soalan 3
Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.
i) Ceramah motivasi itu berjaya mengubah sikap pelajar.
Subjek: Ceramah motivasi itu
Predikat: berjaya mengubah sikap pelajar
ii) Batu kristal yang ditemui di Gunung Kriang itu berkilau-kilauan.
Subjek: Batu kristal yang ditemui di Gunung Kriang itu
Predikat :berkilau-kilauan
iii) Cantik sungguh anak gadis Pak Mail.
Subjek: Anak gadis Pak Mail
Predikat :cantik sungguh
iv) Kakak menghidangkan kuih-muih kepada rakannya yang datang ke rumah.
Subjek :Kakak
Predikat :menghidangkan kuih-muih kepada rakannya yang datang ke rumah
v) Rumah di tepi sungai itu hanyut akibat banjir besar.
Subjek :Rumah di tepi sungai itu
Predikat :hanyut akibat banjir besar
(10 markah)
Soalan 4
Peribahasa
MARKAH KRITERIA
2 markah - Peribahasa yang tepat berdasarkan gambar
1 markah - Peribahasa yang hampir tepat dengan maksud - Penggunaan istilah / kata yang kurang tepat tetapi tidak
menjejaskan maksud
0 markah - Peribahasa yang tidak tepat berdasarkan gambar - Penggunaan perkataan yang menjejaskan maksud peribahasa - Peribahasa yang tidak lengkap
-
TERHAD
1. Lihat gambar di bawah dengan teliti,kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.
i) Bagai layang-layang terputus tali
ii) Bagai anjing dengan bayang-bayang
Soalan 5 dan Soalan 6
MARKAH KRITERIA
3 markah - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
2 markah - Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
- Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah - Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.
-
TERHAD
MARKAH KRITERIA
4 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis.
3 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang
gramatis.
2 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis.
1 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang
gramatis.
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.
Soalan 5
i) Mengapakah Hajah Tom tinggal bersendirian?
(3 markah)
- Suaminya ,Sarjan Omar meninggal dunia ditembak pengganas.
- Dia tidak mahu mana-mana lelaki.
- Dia sangat kasih akan arwah suaminya.
( Pilih mana-mana dua isi)
ii) Petikan cerpen di atas menggambarkan sebahagian daripada nilai murni yang
diamalkan oleh masyarakat kampung.
Apakah nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat kampung tersebut?
(3 markah)
- Nilai ketaatan
- Nilai kasih sayang
- Nilai keprihanan
- Nilai baik hati ( Pilih mana-mana dua isi)
iii) Pada pendapat anda,bagaimanakah anda dapat membalas jasa guru?
(4 markah)
- Mendapat kejayaan yang cemerlang
- Menghormati guru
- Mendoakan kesejahteraan guru
- Memberikan cenderamata
- Menziarahi guru
- Bertanya khabar
(pilih mana-mana dua isi- terima mana-mana isi lain yang sesuai)
-
TERHAD
Soalan 6
i ) Apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap kelima sajak di atas ? ( 3 markah ) - rimba di depan masih luas terbentang/ banyak peluang - memilih jalan yang lurus ke syurga - tidak memilih lorong hitam ke neraka ii ) Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.
( 3 markah )
- Kita hendaklah menjauhi najis dadah yang merupakan musuh negara. - Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan
hidup. - Kita perlulah gigih berusaha dalam mengejar cita-cita. - Kita mestilah menjadikan sejarah kemusnahan negara sebagai pengajaran. - Kita hendaklah memilih haluan kehidupan yang benar.
( Pilih mana- mana dua isi)
iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu terjebak
dalam penyalahgunaan dadah. ( 4 Markah )
- Kurangnya didikan agama
- Kurangnya kasih sayang ibu bapa
- Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh media massa
- Pengaruh persekitaran
(pilih mana-mana dua isi- terima mana-mana isi lain yang sesuai)
Soalan 7
Novel Erti Sebuah Pengorbanan (Tingkatan 2)
Kasih sayang anak terhadap kedua-dua ibu bapanya. Sebagai contoh, Iman sangat
menyayangi kedua-dua ibu bapa dan berusaha untuk menyatukan mereka semula.
Kasih sayang anak terhadap ibu. Sebagai contoh, Iman sangat menyayangi ibunya, dia
sering mengutus e-mel / Adif Danial sangat menyayangi ibunya,Puan Sofia. Dia tidak mahu
ibunya berkahwin dengan Encik Yusri,bapa Iman Zulaikha./Pei Wen amat menyayangi
ibunya ,dia tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya.
Kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucu. Sebagai contoh, setelah ibu dan bapa Iman
bercerai, Iman tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung dan mereka amat
menyayanginya/ Datuk dan nenek Iman amat sedih apabila Encik Yusri ingin membawa
Iman tinggal bersama-samanya di Kuala Lumpur.
Kasih sayang ayah terhadap anak.Sebagai contoh,Encik Yusri sanggup tidak menghadiri
mesyuarat kerana ingin memberi sokongan kepada Iman yang menyertai pertandingan
pidato.
-
TERHAD
3 idea 6 markah
Bahasa 4 markah
Bahagian C [15 markah]
Soalan 8 (Ulasan)
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 13 - 15 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan.
Ulasan idea yang jelas dan matang.
Bahasa
Ayat gramatis
Kosa kata luas dan tepat
Ejaan dan tanda baca betul
Penanda wacana yang betul
Kesalahan bahasa yang minimum
Baik O9 - 12 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
Ulasan idea yang jelas.
Bahasa
Ayat masih gramatis
Kosa kata luas
Ejaan dan tanda baca masih betul
Penanda wacana yang masih betul
Kesalahan bahasa yang masih minimum
Memuaskan
05 - 08 Idea
Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan
bahan
Ulasan idea yang kurang jelas.
Bahasa
Ayat kurang gramatis.
Kosa kata terhad.
Kesalahan bahasa yang ketara.
Penguasaan
Minimum
01 - 04 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
penguasaan bahasa yang tidak cekap
Tidak menjawab tugasan
Bahagian D [30 markah]
-
TERHAD
Soalan 9
Kriteria Penskoran
PERINGKAT MARKAH DESKRIPSI
Cemerlang
25 - 30
Idea - Idea relevan dengan tugasan - Huraian idea jelas, menarik dan matang - Contoh yang sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis - Penggunaan kosa kata luas dan tepat - Tanda baca betul - Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
- Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai
- Format menepati tajuk tugasan - Penggunaan penanda wacana tepat - Penggunaan ungkapan menarik , tepat dan berkesan
seperti peribahasa / pantun/cogan kata/ frasa yang menarik
Kepujian 19- 24 Idea - Idea relevan dengan tugasan - Huraian idea jelas dan menarik - Contoh yang sesuai
Bahasa - Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis - Penggunaan kosa kata luas - Tanda baca yang betul - Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan - Pengolahan menarik dan berkesan dengan
pemerengganan yang sesuai - Format menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana sesuai - Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan
seperti peribahasa/pantun/cogan kata/frasa yang menarik.
Idea - Idea masih relevan dengan tugasan
-
TERHAD
Baik
13 - 18
- Huraian idea masih jelas dan menarik - Contoh yang masih sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis - Penggunaan kosa kata masih luas - Tanda baaca masih betul - Kesalahan Bahasa masih minimum
Pengolahan
- Pengolahan masih menarik, dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai
- Format masih menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana masih sesuai
Memuaskan
07- 12
Idea - Idea kurang relevan dengan tugasan - Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik - Tiada contoh atau contoh kurang sesuai
Bahasa
- Pengguna ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis - Penggunaan kosa kata terhad - Kesalahan Bahasa ketara
Pengolahan
- Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang kurang sesuai
- Format kurang menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana kurang sesuai
Penguasaan Minimum
01 06
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah
- Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan / terpesong
CADANGAN JAWAPAN:
Soalan (i)
Isi cadangan
Kepentingan memilih rakan sebaya yang baik;
- Membantu ketika dalam kesusahan
- Sebagai rakan untuk mengulang kaji
- Memberikan teguran jika ada perkara yang tidak wajar dilakukan
- Membentuk akhlak yang baik
-
TERHAD
- Membentuk personaliti yang baik
- Memberikan panduan untuk masa depan yang lebih baik
Soalan (ii)
Isi cadangan
Penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi kesan/impak negatif
- Menyebabkan berlakunya masalah sosial
- Mewujudkan provokasi dalam masyarakat
- Menimbulkan fitnah
- Meruntuhkan institusi kekeluargaan
Soalan (iii)
Format : Rencana
Isi cadangan
Langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan rakyat
- mengadakan aktiviti kemasyarakatan
- kempen
- menganjurkan Rumah Terbuka peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan
- program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan)
- sistem pendidikan (sekolah wawasan)