6 6 14 6 4 - khazanah.com.my · khazanah & glc penjawat kerajaan peserta tajaan* wolfson...

4
KHAZANAH RESIDENCY PROGRAMME 0101011100 1101010101 1010101110 1001110101 An initiative by Khazanah Nasional @K H A Z A N A H R E S I D E N C Y #K H A Z A N A H R E S I D E N C Y PROGRAM RESIDENSI KHAZANAH *Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa penerbitan/dimuat naik. TENTANG PROGRAM INI Program Residensi Khazanah menyokong bakat muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing. Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya. ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGAN KHAZANAH & GLC PENJAWAT KERAJAAN PESERTA TAJAAN* Wolfson College, Cambridge, UK Acme Studios, London, UK AA School of Architecture, London, UK ANZSOG, Canberra, Australia LKY NUS, Singapore ANZSOG, Wellington, NZ 6 6 14 6 4 RESIDENSI SENI RESIDENSI REKA BENTUK FELLOWSHIP MEDIA RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM *Setakat Januari 2020

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 6 14 6 4 - khazanah.com.my · KHAZANAH & GLC PENJAWAT KERAJAAN PESERTA TAJAAN* Wolfson College, Cambridge, UK Acme Studios, London, UK AA School of Architecture, London, UK ANZSOG,

KHAZANAH RESIDENCYPROGRAMME

0101011100110101010110101011101001110101

An initiative by Khazanah Nasional

@K H A Z A N A H R E S I D E N C Y#K H A Z A N A H R E S I D E N C Y

PROGRAM RESIDENSIKHAZANAH

*Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa penerbitan/dimuat naik.

TENTANG PROGRAM INIProgram Residensi Khazanah menyokong bakat muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing. Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya.

ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGANKHAZANAH & GLC

PENJAWAT KERAJAAN

PESERTA TAJAAN*

Wolfson College, Cambridge, UK

Acme Studios, London, UK

AA School ofArchitecture,London, UK

ANZSOG, Canberra, Australia

LKY NUS, Singapore

ANZSOG, Wellington, NZ

6 6 14 6 4

RESIDENSI SENI

RESIDENSI REKA BENTUK

FELLOWSHIP MEDIA

RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM

*Setakat Januari 2020

Page 2: 6 6 14 6 4 - khazanah.com.my · KHAZANAH & GLC PENJAWAT KERAJAAN PESERTA TAJAAN* Wolfson College, Cambridge, UK Acme Studios, London, UK AA School of Architecture, London, UK ANZSOG,

RESIDENSI

REKA BENTUK

PROGRAM DLAB MUSIM PANAS

KRITERIA & KEL AYAKAN

STRUKTUR PROGRAM

APA YANG KAMI BIAYA?

Dilancarkan pada tahun 2018, program Residensi Reka Bentuk Khazanah bertujuan membangunkan kemahiran bakat tempatan dalam bidang seni bina, seni bina lanskap dan perancangan bandar dalam memangkinkan perubahan dari segi perancangan, pembangunan dan reka bentuk bandar serta pemuliharaannya di masa hadapan. Bawah program residensi ini, setiap tahun, Khazanah menaja dua Arkitek/Arkitek Lanskap/Perancang Bandar tempatan untuk mengikuti program residensi terpilih di institusi-institusi tersohor di dunia. Pada tahun 2018 dan 2019, sejumlah 4 arkitek dan 2 arkitek lanskap telah mengikuti program Open City Summer School di Politecnico di Milano, Piacenza diikuti dengan lawatan sambil belajar ke Milan serta latihan praktikal di ABDR Studio, Rome. Bagi tahun 2021, calon yang terpilih bakal berpeluang mengikuti program DLAB di Architectural Association (AA) School of Architecture di London.

• Program DLAB di AA selama 3 minggu (Julai hingga Ogos)

• Tugasan pasca-residensi di kawasan lapang awam terpilih selama 8 minggu (Ogos hingga Oktober)

• Tambang penerbangan pergi-balik (Kelas ekonomi)

• Yuran program• Penginapan di London• Kos sara hidup• Insurans perubatan

Architectural Association School of Architecture di London, atau lebih dikenali sebagai AA, merupakan institusi senibina tertua di UK dan salah sebuah institusi yang paling berprestij dan kompetitif di dunia. Program musim panas DLAB di AA menawarkan pengajian dalam bidang reka bentuk komputasi lanjutan dan analisis menggunakan teknik protataip skala besar bagi menghasilkan bentuk senibina baharu dan inovatif. Ia merupakan program sepenuh masa selama tiga minggu (termasuk hujung minggu) dalam suasana yang unik di AA. Di bangunan bersejarah AA di Bedford Square, perserta akan menggunakan kaedah komputasi

untuk mereka bentuk, menganalisis dan mencipta bagi mengkaji hubung kait antara bentuk, bahan dan struktur. Para peserta akan turut menghasilkan proses senibina tersendiri melalui gabungan kaedah konvensional dan kontemporari. Fasa reka bentuk akan diikuti oleh eksperimen fizikal dan penghasilan prototaip skala 1:1 menerusi teknik fabrikasi robotik. Matlamat utama adalah untuk menggabungkan pencarian bentuk, komputasi bahan dan ketahanan struktur bagi memperoleh kaedah baharu dalam senibina pada abad ke-21. Khususnya, mereka akan mengkaji cara-cara untuk menyatukan geometri, struktur dan ciri-ciri bahan dengan penghasilan bahan logam robotik.

Arkitek/ Arkitek Lanskap/Perancang Bandar professional berumur 35 tahun

ke bawah —

Mempunyai latar belakang profesional yang sesuai dan tahap kapasiti teknikal yang bersesuaian:1. Pengalaman dalam penghasilan

mock-up 1:1 2. Berpengalaman dalam lukisan

pembinaan serta tugasan di tapak binaan

3. Kemahiran pembuatan model dan penghasilan prototaip

4. Rekabentuk komputasi lanjutan—

Pengalaman sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang senibina

profesional. Ahli akademik sepenuh masa tidak layak untuk memohon.

—Kemahiran dari segi penggunaan

perisian Grasshopper Adobe Creative Suite, Rhino 5 (SR7 atau selanjutannya) merupakan suatu

kelebihan —

Mampu menyediakan potfolio tugasan bagi penilaian panel pemilih

—Arkitek yang tidak pernah mengikuti

sebarang pengajian formal di luar negara akan diutamakan

—Fasih berbahasa Inggeris dengan

sikap yang baik

Page 3: 6 6 14 6 4 - khazanah.com.my · KHAZANAH & GLC PENJAWAT KERAJAAN PESERTA TAJAAN* Wolfson College, Cambridge, UK Acme Studios, London, UK AA School of Architecture, London, UK ANZSOG,

AR L AM SHEN FEI , KOHORT 2019

“Saya sangat berterima kasih kerana terpilih untuk mengikuti Program Residensi Khazanah pada tahun 2019. Ia merupakan peluang keemasan bagi saya untuk terus perbaiki amalan seni

bina saya di luar negara. Kesemua pengalaman yang saya timba semasa program musim panas, pengalaman latihan praktikal

dan tugasan bersama DBKL telah dizahirkan dalam reka bentuk yang telah saya sumbang bagi sebuah taman komuniti di Kuala

Lumpur”

AR MUHAMMAD QHAWARIZMI NORHISHAM, KOHORT 2018

“Program Residensi Khazanah telah memberikan saya masa dan peluang untuk mengatur semula masa hadapan saya dalam bidang senibina dengan menggarap semangat

kesunguhan baharu berdasarkan metodologi tidak ortodoks serta rekaan senibina zaman pertengahan”

L AR TENG PE YANG, KOHORT 2018

“Program Residensi Khazanah merupakan suatu pengalaman yang mendalam yang telah membantu untuk memperbaiki pendekatan saya terhadap reka bentuk dan

ia memberi saya peluang keemasan untuk mengikuti program di salah sebuah universiti reka bentuk terunggul

di Eropah”

TESTIMONI

“Saya amat gembira kerana dapat menyumbang sebagai salah seorang panel pemilih untuk program berprestij seperti Program Residensi Khazanah. Kami mencari bakat muda yang berdaya saing dan kreatif. Mereka yang benar-benar menghargai peluang yang diberikan, menggunakan peluang itu dengan sebaik mungkin dan menjadikannya sebagai satu cara untuk membina negara. Ia sesungguhnya merupakan peluang yang hadir sekali dalam seumur hidup”

Ar Dr Tan Loke MunAhli Lembaga, Lembaga Arkitek MalaysiaAhli Kehormat FPAM MMIArbs MIID AUIA Ahli Kehormat ASA Mantan Presiden PAM (2005-2007)

Page 4: 6 6 14 6 4 - khazanah.com.my · KHAZANAH & GLC PENJAWAT KERAJAAN PESERTA TAJAAN* Wolfson College, Cambridge, UK Acme Studios, London, UK AA School of Architecture, London, UK ANZSOG,

MAKLUMAT & PERMOHONAN–

Hubungi [email protected]

DENGAN KERJASAMA–

PASCA RESIDENSI DAN BERBUDI KEPADA MASYARAKAT

Sesi perkongsian - “From Milan to KL” di SPARK Landscape Architecture International Dialogue anjuran ILAM pada tahun 2018

Rekabentuk taman-taman awam di AU3, Keramat dan Kuang Gunung, Kepong pada tahun 2019

Sesi perkongsian ilmu di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2019

Sesi perkongsian di Fakulti Alam Bina Universiti Malaya pada tahun 2018