59262263-kosmologi-melayu

16
Menganalisis Tasawur Dan Kosmologi Masyarakat Melayu Kajian tentang etnosains atau etnomatematik mempunyai kaitan dengan budaya pemikiran sesuatu kaum yang melibatkan agama, bahasa, pandangan kosmologi, sosiobudaya, adat resam serta perkara yang berkaitan. Tidak ada tamadun yang tidak mempersoalkan tentang kosmologi. Alam yang terbentang luas ini menjadi bahan renungan setiap tamadun atau masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai aksiom tertentu tentang kejadian alam. Setiap masyarakat mempunyai tafsiran berkaitan hubungan Tuhan dengan alam semesta. Masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam perkara ini. Mereka mempunyai pandangan sejak zaman berzaman mengikut pengaruh pandangan alam sepanjang generasi.Ilavrita. Alam semesta dijadikan dalam pusingan tertentu yang dimulakan dengan penciptaan dan berakhir dengan kemusnahan besar. Bermula segala sesuatu menurut kosmologi ini, asalnya daripada air yang digelar matritamah. Ketika itu, tiada langit dan tiada bumi. Dalam penciptaan, telur semesta akan terapung di atas air, lalu pecah dan bermulalah penciptaan.Dvipa dan dikelilingi oleh laut. Pusat kosmos itu terletak pada sebuah gunung agung yang digelar Mahameru. Gunung ini digambarkan sebagai gunung yang tinggi hingga kemuncaknya sampai ke langit.

Upload: kristina-majang

Post on 09-Aug-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 59262263-Kosmologi-Melayu

Menganalisis Tasawur Dan Kosmologi Masyarakat Melayu

Kajian tentang etnosains atau etnomatematik mempunyai kaitan dengan budaya

pemikiran sesuatu kaum yang melibatkan agama, bahasa, pandangan kosmologi,

sosiobudaya, adat resam serta perkara yang berkaitan. Tidak ada tamadun yang tidak

mempersoalkan tentang kosmologi. Alam yang terbentang luas ini menjadi bahan

renungan setiap tamadun atau masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai aksiom

tertentu tentang kejadian alam. Setiap masyarakat mempunyai tafsiran berkaitan

hubungan Tuhan dengan alam semesta. Masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam

perkara ini.

Mereka mempunyai pandangan sejak zaman berzaman mengikut pengaruh

pandangan alam sepanjang generasi.Ilavrita. Alam semesta dijadikan dalam pusingan

tertentu yang dimulakan dengan penciptaan dan berakhir dengan kemusnahan besar.

Bermula segala sesuatu menurut kosmologi ini, asalnya daripada air yang

digelar matritamah. Ketika itu, tiada langit dan tiada bumi. Dalam penciptaan, telur

semesta akan terapung di atas air, lalu pecah dan bermulalah penciptaan.Dvipa dan

dikelilingi oleh laut. Pusat kosmos itu terletak pada sebuah gunung agung yang digelar

Mahameru. Gunung ini digambarkan sebagai gunung yang tinggi hingga kemuncaknya

sampai ke langit.

Orang Melayu di bawah pengaruh Hindu menerima konsep ini dan berakar umbi

dalam masyarakat sebelum Namun demikian, masyarakat Melayu kuno yang

dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan Hindu turut merakamkan teori kosmos yang

tersendiri dan kebudayaan Hindu turut merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan

menganggap alam langit sebagai alam kayangan, alam mahameru, alam Brahma, catur

mukha dan seumpamanya  yang menunjukkan pengaruh Hindu yang ketara dalam teori

itu.

Page 2: 59262263-Kosmologi-Melayu

Selain itu, mereka menggunakan istilah-istilah seperti buana, angkasa, sarwa,

jagat dan sarwajagat untuk maksud tertentu yang dipengaruhi oleh sistem nilai

masyarakat tersebut. Sejarah Melayu, menyebut gunung Siguntang-guntang di

Palembang, Sumatera mewakili konsep gunung Mahameru yang menurunkan anak raja

kayangan yang kemudiannya menjadi raja di Minangkabau. Kisah ini kemudiannya

diungkapkan dalam mentera oleh pawang Melayu untuk dibacakan bagi tujuan tertentu.

Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.

Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran

warisan turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam

semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya. Walaupun kosmologi Melayu

moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam, namun tamadun Melayu yang pernah

berada di bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam, maka kosmologi tersebut

turut mengambil tempat dicelah-celah pentafsiran kosmologi Melayu Islam.

Orang Melayu Asli di negara ini ada yang menganut kepercayaan animisme

yang mempercayai kuasa ghaib atau semangat yang mengawasi tempat-tempat

tertentu seperti sungai, bukit, gunung, paya, tasik, pokok dan yang seumpamanya.

Kejadian alam seperti gerhana matahari dan bulan dilihat mereka sebagai kemurkaan

semangat tertentu. Mereka percaya bahawa ada semangat yang baik dan ada pula

semangat yang jahat.

Mereka mempercayai bahawa alam ini dijadikan dalam bentuk yang berlapis-

lapis. Ada suku kaum Melayu Asli yang mempercayai bahawa dunia ini dijadikan dalam

tiga lapisan iaitu Tanah Julang (atas langit), Tanah Kelam (bumi) dan Tanah Lirang

(bawah bumi). Manusia, semangat, dan nenek moyang menurut mereka, mendiami

Kelam manakala Lirang pula didiami oleh roh orang yang telah mati. Mereka

mempercayai alam ruh dan alam akhirat. Suku Semai menamakan alam ini sebagai

Surgaak atau Mengkah Sagar.Bahkan mereka pun mempercayai kewujudan malaikat

yang mencabut nyawa insan yang dinamakan Sabit dan Maut.

Page 3: 59262263-Kosmologi-Melayu

Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh

budaya animisme, Hindu dan Buddha. Mereka memuja semangat, dan penunggu;

mereka membaca mentera yang menyebut asal kejadain alam dan makhluknya.

Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua. Mereka meminta

pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan sihir. Mereka mempunyai banyak

mitos yang menyebut balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan

oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot

ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan itu.

Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut

sebagai latar belakang persembahannya.

Pandangan masyarakat tentang penciptaan alam bukanlah timbul tanpa asal

usul yang tersendiri. Mereka kebanyakannya menerima perkhabaran tentang alam dan

manusia menerusi generasi terdahulu. Generasi ini pula mewarisinya daripada generasi

yang lebih awal. Seseorang pengkaji akan dapat memerhatikan bahawa dalam falsafah

kosmologi antara kaum dan masyarakat di dunia ini terdapat banyak persamaan

konsep khususnya tentang kewujudan kuasa mutlak yang menciptakan alam semesta.

Walau apa pun nama yang diberikan kepada kuasa itu, kesemua falsaha itu bersetuju

bahawa kuasa itu berbentuk ghaib dan maha berkuasa.

Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari

segi kaca mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut

ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam (Weltanschauung) dan budaya alam

bangsa Melayu. Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai

penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair. Pandangan mereka sekali-kali

tidak terhad kepada manifestasi material alam, bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang

amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena

alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung kepada dimensi hakikat dan ruh

yang maha seni. Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara

praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka.

Page 4: 59262263-Kosmologi-Melayu

Ciri keunggulan lain ialah orang Melayu tradisional juga boleh dikatakan sebagai

hidup berteraskan prinsip harmoni dengan alam. Keharmonian ini dihayati melalui ritual

dan manisfestasi kebudayaan. Ritual dan manifestasi kebudayaan tersebut biasanya

digariskan oleh semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan yang diwarisi dan

dimantapkan generasi demi generasi.

Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi

tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli.

Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan

Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan

kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih

terpelihara. Pada asasnya intipati semiotik Melayu ada hubungannya dengan pelbagai

dimensi pandangan alam Melayu. Intipati ini, antara lain, ialah mengenai kepercayaan

bahawa alam fizikal ini hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik. Dalam

kosmologi Melayu, alam tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan mistik.

Haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan bahkan batu-batan dilihat lebih daripada sudut

simbolisme transendentalnya berbanding daripada sudut manifestasi fizik dan

duniawinya.

Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan

mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang

pujangga manusia. Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman, pawang,

bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada

tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular.

Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi

manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi kebanyakan

manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain selain sesama

manusia hanyalah dalam cerita dogeng. Dalam dunia Melayu, hal tersebut tidak

dianggap dongeng atau fiksyen. Hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional

yang akan menidakkan kosmologi mereka. Walaupun kepercayaan dan pandangan

alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan sains.

Page 5: 59262263-Kosmologi-Melayu

Orang Melayu dan Dunia Melayu

Semiotik Melayu tidak dapat dipisahkan daripada doktrin kosmologi Melayu.

Hubungan semiotik dan kosmologi boleh diibaratkan sebagai hubungan antara pasak

dengan bangunan atau semiotik ialah intipati kosmologi. Sifat kosmologi adalah pada

asasnya seni dan ghaib, begitu juga sifat semiotik. Kedua-duanya pula bukanlah statik

dan juga bukan sejenis. Pelbagai suku kaum Melayu telah memupuk semiotik dan

kosmologi yang pelbagai sesuai dengan ragam puak itu. Hal ini kerana sumber semiotik

dan kosmologi sebenarnya datang daripada senubari manusia Melayu dan

masyarakatnya. Oleh demikian sekiranya kita ingin menyingkap doktrin semiotik dan

kosmologi Melayu kita harus menoleh seketika kepada profil manusia Melayu dan asal

usul kaumnya.

Para pengkaji barat mempercayai orang Melayu tergolong dalam gagasan puak

Malayo-Polinesia. Gagasan ini termasuk mereka yang menghuni kawasan geografis

yang dikenali kini sebagai Burma, Kambodia, Indonesia, Fillipina dan kepulauan

polinesia sehingga ke pulauan Hawaii. Orang Melayu yang pertama menghuni kawasan

nusantara Melayu ini dipercayai kira-kira 50 000 s.m. Menjelang abad ke sebelas

sebelum masehi "Melayu baru" atau "Melayu" yang bertutur "bahasa Melayu kuno"

mula menduduki semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo, Fillipina, dan

Indonesia. "Bahasa Melayu" tersebut tergolong dalam rumpun bahasa-bahasa Malayo-

Polinesia. Gagasan bahasa itu merupakan bahasa ibuda rantau Asia Tenggara dan

kepulauan Pasifik. Disebelah timur cabang bahasa tersebut ialah manifestasi bahasa-

bahasa yang kini dikenali sebagai bahasa Samoa, Tahiti dan Tongan. Dicabang

sebelah barat pula yang juga dikenali sebagai "cabang Malaysia" ialah bahasa Melayu,

bahasa-bahasa Indonesia (misalnya Java, Minang dan sebagainya) Patani, dan

Tagalog. Ditengah-tengah pula ialah bahasa orang-orang asli semenanjung dan juga

kepulauan Borneo.

Page 6: 59262263-Kosmologi-Melayu

Kaum orang asli di semenanjung, merupakan yang paling rapat dengan orang

Melayu. Tetapi mengapa pula orang asli tersebut dianggap rapat dengan orang

Melayu? Antara sebabnya ialah dipercayai bahawa orang asli ialah kaum asal Melayu

atau salah satu puak primitif bangsa Melayu yang tertinggal daripada menjalani proses

evolusi sosial seperti saudara maju mereka yang lain. Pandangan tersebut sebenarnya

adalah popular dikalangan para anthropologis kolonial dan barat. Sebab itulah mereka

telah memberi nama kepada kaum-kaum asli dengan gelaran seperti Melayu-proto,

Melayu-deutero, Senoi dan pelbagai lagi, terlalu banyak untuk disenaraikan

kesemuanya.

Semasa pemerintahan kolonial, termasuk British, kaum-kaum orang asli tersebut

hidup di pendalaman dengan cara hidup yang mereka warisi turun-menurun.

Kebanyakan mereka bercucuk tanam sementara waktu didalam kawasan hutan dan

berpindah selepas kawasan tersebut dianggap tidak lagi subur atau kurang binatang

buruan. Kebanyakan mereka masih mengamal cara hidup lama mereka sehingga

tahun-tahun 1970an, apabila program-program pembangunan kerajaan membawa

pembaharuan kepada kebanyakan daripada mereka. Perkahwinan mereka dnegan

orang Melayu bandar dan penglibatan anak-anak mereka dalam pendidikan formal juga

telah sedikit sebanyak merubah kehidupan orang-orang asli. Bahkan, dijangkakan

menjelang tahun 1998 kaum Senoi dianggap sebagai yang paling tradisional

berbanding dengan kaun-kaun asli yang lain akan mempunyai seorang graduan Ph.D

dalam bidang sosiologi dan anthropologi dari kalangan anak watan mereka.

Namun demikian, masih ada lagi kalangan orang asli yang menjalankan cara

hidup lama mereka. Bahkan setakat ini pun hampir sukar untuk mendapati orang-rang

asli yang tingal di kawasan perbandaran. Kebanyakan mereka yang hidup secara

moden tinggal dipersekitaran perkampungan khas yang masih lagi jauh daripada kota-

kota raya yang besar. Walaupun begitu kebanyakan perkampungan moden ini

mempunyai kemudahan moden asas seperti air paip, sekolah, klinik dan juga tenaga

elektrik. Tetapi dalam banyak hal, cara hidup baru tersebut tidak merubah pandangan

alam dan kosmologi asli mereka.

Page 7: 59262263-Kosmologi-Melayu

Oleh itu, mengkategorikan orang-orang Melayu berdasarkan kosmologi mereka

adalah lebih bermakna berbanding dengan kriteria yang lain. Berdasarkan premis

tersebut kita akan dapati dua kumpulan besar iaitu: (I) Melayu Tradisional, dan (ii)

Melayu Moden. Melayu tradisional, termasuk kaum orang asli, orang Melayu (yang

patuh kepada cara hidup) adat, orang "Melayu sufi atau mistik. Mereka ini ialah orang

menghayati semiotik dan kosmologi tradisional sepereti yang telah dijelaskan. Melayu

moden pula tergolong daripada kalangan mereka yang menghayati semiotik dan

kosmologi yang dipengaruhi oleh pemikiran sekular dan sains barat. Mereka ini juga

kalang kala digelar sebagai "Melayu rasional" atau "Melayu sekular." Hal ini kerana

mereka biasanya banyak dipengaruhi oleh falsafah rasiona atau sekular barat.

Pengaruh Luar

Seperti yang kita katakan tadi, kepelbagaian semiotik kosmologi Melayu adalah

disebabkan oleh pertembungan dengan unsur dan budaya fikir asing. Antara pengaruh

yang meninggalkan kesan yang mendalam dan menyeluruh ialah agama. Pada asalnya

orang Melayu kuno dipercayai rata-rata bepegang kepada kepercayaan animisme, atau

syamanisme. Menjelang tahun 100 sebelum masehi dan 200 masehi, agama hindu dan

buddha bertapak dikalangan orang Melayu. Mulai tahun 1100 pula, Islam menggantikan

agama benua India sebagai agama dan kepercayaan unggul kalangan orang Melayu,

terutamanya mereka yang berada di semenanjung, dan kepulauan besar Indonesia

(Sumatra, Java dan Kalimantan). Walau bagaimana pun orang asli semenanjung masih

teguh berpegang kepada agama kuno mereka, sebahagian daripada mereka,

terutamanya di Borneo, memeluk agama nasrani dan sebahagian kecil pula memilih

Islam. Namun, orang Bali masih teguh hingga ke hari ini dengan agama hindu yang

mereka warisi dari pertembungan kuno dengan elemen hindi.

Page 8: 59262263-Kosmologi-Melayu

Agama-agama tersebut merupakan unsur aktif yang mempengaruhi sepanjang

pembentukan Weltanschauung Melayu. Oleh itu, pada satu-satu masa, semiotik agama

tertentu mungkin meninggalkan acuan tertentu yang menyerlah sebagai ciri utama

kosmologi berbanding dengan yang lain. Di lain masa acuan agama lain pula yang

terserlah. Namun ciri utama tersebut hanyalah satu lapisan semasa yang menutup

lapisan-lapisan pengaruh sebelumnya. Bahkan biasanya unsur-unsur sebelumnya

timbul untuk mewarnai bentuk semiotik semasa. Hal tersebut mungkin dapat

diperhatikan sebagai ciri sekunder yang wujud samping ciri utama semiotik semasa,

namun ciri sekunder tersebut masih dapat dikesan dengan jelas.

Oleh itu boleh dikatakan pada awal sejarah Melayu bahawa semiotik tabii dan

bentuk kosmologi Melayu adalah pada asasnya syamanistik, atau animistik. Dalam

perkembangan selanjutnya, pengaruh hindu dan buddha pula mewarnai semiotik dan

kosmologi Melayu. Islam kemudiannya menggantikan hindu dan budhha sebagai

pengaruh dominan. Doktrin sufi, misalnya, masih meninggalkan kesan yang mendalam

hatta di kalangan Melayu moden. Pada zaman moden, sebahagiannya akibat

pertembungan dengan para pendatang kolonial barat, kosmologi saintifik barat juga

memainkan peranan dengan menambah lapisan kompleks kosmologi dan semiotik

Melayu. Mahu tidak mahu, peredaran masa telah menjadikan pengaruh-pengaruh

tersebut menjurus ke dalam satu ruang kewujudan spatial dan temporal. Manifestasi

kewujudan ini ialah dalam semiotik dan kosmologi semasa yang dapat diperhatikan

dalam budaya Melayu kini.

Page 9: 59262263-Kosmologi-Melayu

Tasawwur Kebudayaan Melayu Secara ringkas

Sebagai suatu pernyataan adalah dikatakan bahawa kebudayaan merupakan

keseluruhan cara hidup manusia. Ertinya ia seharusnya difaham sebagai suatu

penjelmaan corak dan gayahidup yang dapat dilihat secara zahir dalam keseluruhan

kehidupan sesebuah bangsa . Ini bermaksud, kebudayaan adalah lambang zahir yang

dapat ditonjolkan dalam kehidupan bangsa yang terjelma dalam pelbagai aspek

kehidupan. Dari soal bahasa, pakaian, makanan, kelakuan dan interaksi sosial, cara

berhibur, kelakuan kesenian, tulisan dan karya-karya sastera, acara kemasyarakatan

(perkahwinan, kelahiran dan sambutan hari kebesaran) cara berekonomi, corak dan

cara pengurusan sumber alam sehinggalah dalam soal urusan membangun keluarga.

Dengan yang demikian kebudayaan menjadi simbol jati diri sesuatu bangsa.

Jelas sekali peranannya yang amat penting dalam proses pembangunan negara, yang

sepatutnya menjadi jiwa dan pembentuk keperibadian sesebuah negara itu sendiri.

Dalam hal ini proses pembangunan sesebuah Negara itu sangat bergantung kepada

sejauh mana ia mampu memupuk kualiti keperibadian rakyatnya. Dalam ertikata lain

bagaimana budaya bangsa dan warganya dizahirkan dalam usahanya untuk

meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik rakyatnya. Jika ini mahu

dijayakan tentunya ia memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan

masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Sudah tentu juga dalam realiti Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang

kaum, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti

dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Lantaran itu

perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama

bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Page 10: 59262263-Kosmologi-Melayu

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dengan tujuan untuk

membentuk identiti negara sebagai suatu pengenalan diri, pernyataan dan penegasan

kedaulatan budaya sendiri ditengah-tengah landskap kebudayaan yang sedang ujud

diperingkat antarabangsa.. Dasar ini diharap akan dapat menjadi garis panduan dalam

membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di tengah-tengah arus

globalisasi yang kini sedang menghanyutkan segala budaya yang lain selain dari yang

telah didominasi oleh kuasa Barat.

Dalam konteks ini, penggubalan dasar ini dirangka awalnya dengan

mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara

ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu

tahun yang lampau. Peranan Negara ini sebagai sebuah pusat pertemuan, telah

melahirkan prosesinteraksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-

unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur

kebudayaan dunia.

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia dikatakan akan terus berlandaskan tiga prinsip dan

unsur yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini yang merangkumi kawasan

Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta

Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi

adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.

Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan

Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan

tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai

bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini

Page 11: 59262263-Kosmologi-Melayu

digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga

bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan

alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan

cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat

manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian,

kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan

Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima.

Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses

penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi

penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur

budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan

dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian

penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya

percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan

kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan

pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam

proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan

berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam

mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan

fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan

Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi

negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia

didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan

Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Page 12: 59262263-Kosmologi-Melayu