58298170-ekon-1

Upload: zridhwan-ace

Post on 12-Jul-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIATUGASAN INDIVIDU PENGANGURAN SISWAZAH DI MALAYSIA

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

DISEDIAKAN UNTUK: CIK IRDAWATY BINTI HAJI JAYA DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PUSAT AHMAD TARZIDI BIN AHMAD TAMEZI 200755 PLK UUM CAWANGAN KUCHING SARAWAK

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

NAMA SEMESTER

AHMAD TARZIDI AHMAD TAMEZI 4

BIN NO. MATRIK PUSAT

200755 KUCHING

TUGASAN INDIVIDU

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

PENGANGURAN : SOALAN Penganguran siswazah di Malaysia

TARIKH AKHIR PENYERAHAN TUGASAN KUCHING TARIKH PENERIMAAN TUGASAN

Tandatangan Pelajar

Tandatangan Pensyarah

NAMA PENSYARAH

CIK IRDAWATY BINTI HAJI JAYA

ASAS PENILAIAN ISI PERSEMBAHAN BAHASA

MARKAH ASAS

MARKAH DIPEROLEHI

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (30)

ISI KANDUNGAN1. Pengenalan Diri

MUKA SURAT 4-7

2. Pengenalan Tajuk Pilihan1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING Pengangguran Siswazah Malaysia

8-

1.

1.

1. 2. 3. 4.

13 Jenis-jenis Pengangguran 14-15 Idea dan Andaian Pengangguran Siswazah : Latar Belakang Isu 16-18 Isu-isu yang dapat dipelajari Punca-punca Pengangguran Siswazah 19-41 Kesan Pengangguran 42-47 Tindakan 48-55 Kesimpulan 55-56 Rujukan 57

PENGENALAN DIRI1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

AHMAD TARZIDI BIN AHMAD TAMEZI CORRESPONDENT ADDRESSPermanent Address

No.23, Lorong Melur, Desa Keda Bakai Malau, Kulim, 09020 Kedah Darul Aman. Tel : 013-2452132 E-mail : [email protected] Address

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak Bangunan Baitulmal (MENCHUNMA) Lot 146, Seksyen 8, KTLD Jalan Haji Taha 93400 Kuching Sarawak PERSONAL PARTICULARSNama Nric Date of Birth Nationality Religion 65 kg Marital Status Excellent Personal Interest involve in : : : : Ahmad Tarzidi bin Ahmad Tamezi Age : 24 860528-56-5369 Race : Malay 28th Mei 1986 Gender : Male Malaysian Height : 163 cm : Islam Weight : Single Health

: :

: Reading, travelling, cooking, bowling, visiting, camping and Social work

ACADEMIC BACKGROUND

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING Januari Disember 2007 : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai Selangor Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)- Grade : Pass Nov 2004 Mei 2005 2002 2003 Jangkang Karangan Credit , 5 Subject Pass 1999 2001 Jangkang Karangan 3C, 3D : Sekolah Menengah Agama Madrasah Ihsaniah Kulim Kedah Penilaian Menengah Rendah 2001 (PMR)-Grade: 3B, : : Kolej Sri Iman (KUSZA) Kuala Terengganu Pra-Diploma Pengajian Islam- GPA : 2.76 Sekolah Menengah Agama Madrasah Ihsaniah Kulim Kedah Sijil Pelajaran Malaysia 2003 (SPM)- Grade : 5 Subject

WORKING EXPERIENCEJuly 2010 Since Now (MENCHUNMA) Lot 146, Seksyen 8, KTLD, Jalan Haji Taha 93400 Kuching, Sarawak August 2008 July 2010 Lumpur (JAWI) Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50676 Kuala Lumpur August 2008 July 2010 : Part Time Teacher for IQRA & Fardu Ain Rumah Kediaman Kakitangan Imam & Bilal Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur : Cashier & Customer Services KFC Holding Sdn.Bhd KFC Bandar Baru Salak Tinggi Jalan ST 1C/6, Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor : Coomiss Cook 1 Empress Hotel Sepang Jalan ST 1C/7, Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi 43900 Sepang, Selangor 1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755 : Pembantu Hal Ehwal Islam S17 Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala : Pembantu Hal Ehwal Islam S17 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak, Bangunan

Baitulmal

July 2007 August 2008

Januari 2007 July 2007

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING Januari 2006 December 2006 : Cashier & Customer Services Pizza Hutt (M)Sdn.Bhd Pizza Hutt Megamall Seberang Prai Pulau Pinang

LANGUAGE PROFICIENCYSpeaking Good Excellent Fair Writing Good Excellent Good Reading Excellent Excellent Good

English Malay Arabic

SKILL ABILITIESComputer Microsoft Office (Word, Excel, Access, Power Point, FrontPage, Publisher), SPSS, Internet, Sun System (Basic) and Elixir System (Basic). Management / Leadership Having been group leaders in several programs and activities as well ass organizer and spokesperson for the students society in the school, enjoy taking up leadership roles and decision making in various capacities, have capability of working in-group and also individually, also always look forward to learn much more in the future Communication Friendly, outgoing and extrovert person, enjoy meet people and have no problems in making friends at any level, patient resourceful in solving problem.

PERSONAL TRAITS Pro-active and committed towards organizational missions, objectives and policies Very fast to do some work were given and punctuality time person Self-Independent and able to work with minimum supervision Self motivated to achieve the desired result Trustworthy, honest, confident, charismatic, reliable, friendly, curious to learn, responsible, hardworking and dedicated person

CO CURRICULAR ACTIVITIES1. Assistant Secretary of Foreign Studies Program Campus Community Service (FRS) UUM, PERNIM 2009 2. Program Director Baktisiswa KUSZA (Sultan Zainal Abidin Religious College), Program Secubit Bakti, Segunung Hope, House of Charity Orphanage Islam Terengganu Darul Falah, 23-25 February 2006 1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING 3. Head of Student Welfare and Student Executive Council Diploma Programmed 2005/2006 KUSZA Da'wah 4. Committee of Club Anjung Creative KUSZA 2004-2005 5. Committee of The Ethos Drama/Sketch competition Pre-KUSZA Programme November 2004/2005 6. Secretariat of Health first, Camp Bina Shaksiah Wal fikrah, Sek.Men.Agama Ihsaniah Jangkang School, 20-22 March 2003 7. Worship Camp Facilitator Aspura 2002, the Board of Madrasah Al-Shafi `i Sek.Men.Agama Ihsaniah Jangkang 7-9 March 20021. Listen Read phonetically Dictionary - View detailed dictionary Listen Read phonetically Dictionary - View detailed dictionary

1. Committee of PROSTAR Sek.Men.Agama Madrasah Ihsaniah Jangkang 20022003 2. Members Cooperative School Aspura Sek.Men.Agama Ihsaniah Jangkang 2001 10. School Supervisor School Sek.Men.Agama ihsaniah Jangkang 19992003Read phoneticall Dictionary - View detailed dictionary1. noun 1. superscription Read phonetically Dictionary - View detailed dictionary

1. 2. Committee of Malaysian Red Crescents Society 1999-2003

REFEREES1. Fathiah Binti Abdul Rahman Penolong Pengarah Kanan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur Telephone No : 013-3001782 Email address : [email protected] 2. Mastuyah Binti Haji Sahari Penolong Pengarah Kanan Unit Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak, Bangunan Baitulmal (MENCHUNMA) Lot 146, Seksyen 8, KTLD Jalan Haji Taha, 93400 Kuching 1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING Sarawak Telephone : 013-8032770 Email address : [email protected]

PENGENALAN TAJUK PILIHAN Pengangguran di kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat, mengapa dan wajarkah ianya terjadi kepada pelajar-palajar lepasan universiti? Apakah masalah sebenar yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur? Menurut Slamon, J. (1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat), definasi penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa. Di England, definasi ini ditambah dengan mereka yang sedia bekerja dalam masa 2 minggu dan sedang aktif mencari pekerjaan atau menunggu temujanji kerja. Secara global, isu pengangguran mengikut satu kitaran (cyclical) turun-naik persis seperti ekonomi dunia dan kedua-duanya saling berhubung kait di antara satu sama lain. Pada awal 80-an, kadar pengangguran meningkat akibat resesi (recession) yang melanda dunia ketika itu. Tetapi pada pertengahan 80-an,1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

kadar pengangguran kembali turun, hasil daripada perkembangan (expansion) ekonomi dunia. Berdasarkan Laporan Analisis Data Tenaga Buruh Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran meningkat pada Januari 2009 kepada 3.8 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2008. Peningkatan sebanyak 0.4 mata peratus ini disebabkan oleh peningkatan ketara bilangan penganggur daripada 380.2 ribu orang kepada 432.7 ribu orang dan penurunan bilangan penduduk bekerja daripada 10.85 juta orang kepada 10.82 juta orang. Kadar pengangguran mencatatkan peningkatan signifikan pada Februari 2009 kepada 4.1 peratus daripada 3.8 peratus pada Januari 2009. Peningkatan kadar pengangguran ini disebabkan oleh peningkatan berterusan bilangan penganggur daripada 333.5 ribu orang pada November 2008 kepada 463.9 ribu orang pada Februari 2009. Kadar pengangguran mencatatkan penurunan 0.1 mata peratus pada Mac 2009 iaitu kepada 4.0 peratus daripada 4.1 peratus pada Februari 2009. Ini disumbangkan oleh penurunan bilangan penganggur sebanyak 20,400 orang iaitu daripada 463.9 ribu kepada 443.5 ribu orang. Kitaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami resesi pada awal tahun 90-an dan disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan 90-an. Tentunya kita masih teringat dengan krisis matawang Asia pada akhir tahun 90-an yang mengakibatkan ekonomi Asia jatuh dengan teruknya. Kini, pada awal abad ke-20 ini, kita kembali pula kepada fasa perkembangan ekonomi yang pesat. Dalam konteks domestik pula, halaman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri iaitu

www.epu.jpm.my , telah menerangkan dengan secara terperinci mengenai perubahan bentuk serta fasa-fasa perkembangan ekonomi negara Malaysia sejak tahun 1957. Seperti turun naiknya ekonomi global, pertumbuhan ekonomi negara1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

turut terjejas akibat krisis minyak dunia pada tahun 1979. Kejatuhan kodomiti utama negara seperti getah dan bijih timah, telah memburukkan lagi keadaan. Beberapa pendekatan serta pengubahsuaian besar di dalam dasar-dasar ekonomi negara telah dijalankan oleh kerajaan untuk menangani krisis tersebut. Ekonomi negara pulih pada tahun 1987 dan kembali berkembang. Pada sekitar 1988 1990, ekonomi negara mencatitkan pertumbuhan sebanyak 9.3 %, yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pendapatan per kapita negara turut bertambah, kewangan negara menjadi stabil, beban hutang luar negara dapat dikurangkan, tahap kemiskinan juga berkurang dan peluang pekerjaan bertambah. Negara membangun dengan pesat di sekitar 1991 1997 dengan GDP sebanyak 8.5 % sehinggalah berlakunya krisis matawang Asia pada tahun 1997 yang turut menjejaskan prestasi keseluruhan ekonomi negara. GDP jatuh kepada 7.4% pada tahun 1998, inflasi bertambah, nilai matawang ringgit berkurang dan kadar pengangguran meningkat. Tetapi, seperti krisis ekonomi tahun-tahun sebelumnya, Malaysia bangun kembali dan berjaya mengatasinya. Penubuhan NEAC pada 7hb Januari 1998 dan perlaksanaan 6 dasar pemulihan yang terkandung di dalam plan NERP yang dilancarkan pada 23hb Julai 1998 telah berjaya mengongkong kesan negatif akibat Krisis tersebut. Malah, kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada tahun 2000. Jika kita perhatikan, pendekatan serta pengubahsuaian dalam dasar-dasar ekonomi negara telah berjaya mengharungi kemiskinan dunia dalam tahun 80-an, krisis matawang Asia dalam tahun 90-an, isu SARS dan juga peperangan di Iraq pada awal abad ke-20. Dalam erti kata yang lain, kadar pengangguran dapat diminimakan, tidak timbul rasa tidak puas hati serta pemberontakan rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir negara dan kita dapat mengembeleng tenaga serta usaha dalam atmosfera yang kondusif dan tenteram.1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Sehingga tugasan individu ini disediakan, peratusan kadar pengangguran negara dicatatkan pada kadar 3.8 atau melibatkan seramai 0.387 juta orang (Jabatan Statistik Malaysia). Bancian yang dibuat sehingga tahun 2002 menunjukkan di Semenanjung Malaysia, peratusan penganggur yang tertinggi adalah daripada kumpulan umur 20-24 tahun (36%), diikuti kumpulan umur antara 15-19 tahun (27.2%). Statistik daripada sumber yang sama juga menunjukkan 45.5% perempuan daripada kohort 20-24 tahun menganggur manakala di kalangan lelaki daripada kohort yang sama, melibatkan sebanyak 30.2%. Dari segi lokaliti, kira-kira 70% penganggur di luar bandar terdiri daripada kumpulan umur antara 15 hingga 24 berbanding 60% di bandar. Perbandingan antara lelaki dan perempuan pula menunjukkan bagi kumpulan umur berkenaan, sebanyak 55.5% dicatatkan di kalangan perempuan sedangkan bagi lelaki adalah di sekitar 44.3%. Daripada keseluruhan penganggur yang terlibat dalam bancian berkenaan, majoriti (64.7%) adalah terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan di peringkat menengah, diikuti peringkat tertiari (21%), peringkat rendah (11.8%) sedangkan selebihnya (2.6%)tiada pendidikan formal. Di Sabah, menurut bancian 2002, peratusan tertinggi penganggur adalah daripada kumpulan umur 20-24 tahun (17.3%) dan kumpulan umur 25-29 tahun (15.7%). Gabungan kedua-dua kumpulan umur tersebut antara 20 hingga 29 tahun mengikut kumpulan masing-masing menunjukkan sebanyak 34.7% penganggur perempuan berbanding 32.0% di kalangan lelaki. Peratusan tertinggi penganggur di bandar (17%) adalah daripada kumpulan umur 20-24 tahun berbanding 17.6% di luar bandar. Sebanyak 45.8% daripada penganggur di Sabah mencapai tahap pendidikan sehingga peringkat menengah, diikuti peringkat rendah (33.5%), tiada pendidikan formal (10.6%) manakala selebihnya (10.2%) mencapai peringkat tertiari.1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Di Sarawak, penganggur daripada kumpulan umur 20-24 mencatatkan peratusan tertinggi (39.8%), diikuti kumpulan umur 15-19 (26.6%). Peratusan tertinggi, iaitu 40.7% penganggur di kalangan lelaki terdiri daripada kumpulan umur antara 20-24 tahun manakala di kalangan wanita pula mencatatkan peratusan sebanyak 38.9. Peratusan tertinggi penganggur di bandar dan luar bandar adalah daripada kumpulan umur 20-24 tahun, iaitu masing-masing sebanyak 43% dan 36.7%. Majoriti penganggur di negeri ini (63.9%) mencapai tahap pendidikan pada peringkat menengah, diikuti 14% pada peringkat rendah, 13.1% pada peringkat tertiari manakala selebihnya (9%) tiada pendidikan formal. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran aktif Negara bagi tahun 2008 adalah 368,500 orang atau 3.3 peratus. Pada suku ketiga tahun 2008, kadar pengangguran adalah 343,700 orang atau 3.1 peratus. Jumlah dan kadar pengangguran mengikut negeri-negeri pada tahun 2008 adalah seperti jadual berikut:Negeri Bilangan Kadar Pengangguran %

Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Perak Perlis Selangor Terengganu Sabah Sarawak W.P Kuala Lumpur W.P Labuan Jumlah

29,300 27,000 14,500 3,200 12,200 15,800 13,400 33,600 2,500 67,800 13,200 63,800 51,300 18,800 1,900 368,300 1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

2.2 3.8 2.9 1.1 3.1 2.6 2.0 3.8 2.9 3.1 3.4 4.9 5.3 2.7 5.6 3.3 Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Jenis-jenis Pengangguran Pengangguran geseran atau normal. Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja. Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik. Pengangguran struktur. Pengangguran ini berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi dalam sesebuah negara. Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut. Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiranmakaberlakulahpengangguran. Perubahan sektor ini juga berlaku kerana kurangnya penawaran dari sektor pertanian atau terdapat kekurangan permintaan terhadap keluarannya. Kekurangan permintaan ini adalah

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

disebabkan berlakunya peningkatan kos pengeluaran, persaingan, terdapatnya keluaran baru dalam pasaran dan sebagainya. Pengangguran kitaran atau edaran. Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya kemelesetan teruk dalam permintaan agregat. Pengurangan permintaan agregat ini akan mengurangkan pengeluaran dan seterusnya akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh oleh pengeluar. Kemerosotan permintaan agregat yang disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan berlakunya inflasi akan menyebabkan kuasa beli isi rumah merosot.

Pengangguran teknologi. Pengangguran teknologi berlaku apabila penggunaan tenaga buruh dalam proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan robot. Ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik untuk meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin berkurangan.

Pengangguran tersembunyi atau tidak ketara. Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya lebihan penggunaan tenaga buruh dalam sesuatu ekonomi. Pengangguran ini kebanyakkannya berlaku dalam sektor pertanian. Kehadiran tenaga buruh yang berlebihan ini tidak akan menambahkan pengeluaran dan ketiadaan tenaga buruh ini juga tidak akan menjejaskan pengeluaran.

Pengangguran bermusim. Pengangguran bermusim berlaku apabila berlakunya perubahan musim yang menghalang tenaga buruh melakukan kegiatan ekonomi. Misalnya, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai dan terpaksa tunggu1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

hingga musim menanam semula. Nelayan pula tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh. Pengangguran suka rela atau terbuka. Pengangguran ini berlaku apabila tenaga buruh secara sukarela enggan bekerja apabila ditawarkan pekerjaan. Ini disebabkan oleh pekerjaan yang ditawarkan tidak sesuai dengan kelulusan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya dengan tenaga buruh.

IDEA DAN ANDAIAN Pengangguran Siswazah : Latar Belakang Isu Pengangguran berkait secara langsung dengan soal pembangunan sumber manusia. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) negara ini misalnya melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP1, 2 & 3) memberikan keutamaan yang jelas kepada pembangunan sumber manusia. Tatkala mengulas mengenai laporan bahawa hanya 14% daripada 9 juta pekerja di negara ini yang mempunyai pendidikan tertiari, Menteri Sumber Manusia, Dato Fong Chan Onn (kini Datuk Wira) menyebut kerajaan mensasarkan sebanyak 35% daripada tenaga kerja negara ini akan mencapai pendidikan tertiari menjelang tahun 2010 (New Straits Times, 2 Julai 2003). Tidak lama kemudian, pada 6 Ogos 2003, beliau mengumumkan pula bahawa Kementerian Sumber Manusia akan memfokuskan kepada kursus-kursus yang khusus untuk melatih kira-kira 15,000 graduan menganggur di bawah Skim Latihan Graduan melibatkan peruntukan sebanyak RM100 Juta. Sebanyak 94 peratus daripada 24,728 siswazah lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini yang1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

mendaftar untuk mengikuti skim tersebut merupakan golongan bumiputera, manakala yang lain: 3.7% siswazah Cina dan 1.6% siswazah India. Program sangkutan dan latihan di kalangan siswazah menganggur ini dilaksanakan secara khusus pada November 2001 dan melibatkan 8 skim. Program ini bagaimanapun sudah pun dihentikan. Pada Bajet 2004 lalu kerajaan menawarkan insentif skim potongan cukai dua kali bagi majikan yang mengambil graduan menganggur bekerja dengan mereka berkuatkuasa pada tahun taksiran 2004/2005 dan melibatkan graduan yang diambil bekerja pada atau selepas 13 September 2003

(bagaimanapun, graduan berkenaan perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan pihak Unit Perancang Ekonomi). Siswazah jurusan Sastera adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 31.1 peratus, Ekonomi (11.3 peratus), Perakaunan (9.2 peratus), Pentadbiran Perniagaan (8.8 peratus) dan Pendidikan Islam (8.6 peratus). Hampir 70 peratus daripada siswazah yang menganggur terdiri daripada mereka yang mengambil lima kursus utama ini. Penonjolan Bumiputera dalam isu ini selalunya dikaitkan dengan spekulasi berikut: i. Punca utama ramai bumiputera menganggur ialah kerana ramai daripada mereka yang memilih bidang Sastera ataupun kursus yang tidak diperlukan oleh pasaran kerja ii. pemilihan kursus di IPT yang tidak sesuai dengan keperluan pasaran menyebabkan sebahagian besar golongan itu gagal untuk mendapatkan pekerjaan. iii. kegagalan siswazah bumiputera untuk mendapatkan pekerjaan dikaitkan dengan keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang dan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah.

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Selain itu, sekadar memberi gambaran, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan dengan pendidikan tinggi dan guna tenaga seperti Kementerian Sumber Manusia, bukan sahaja memberi petanda yang tidak menyenangkan, malah sering sahaja mengundang polemik berpanjangan mengenai isu pengangguran siswazah ini. Kerajaan dilaporkan bimbang dengan situasi semasa yang diberitakan bahawa sektor swasta lebih memilih untuk menggaji graduan daripada universiti asing dan kolej-kolej swasta tempatan berbanding graduan daripada universiti awam negara ini (lihat, misalnya laporan akhbar The Star 20 Ogos 2003 Private sector not keen on local graduates). Alasan yang dikaitkan masih juga sama, iaitu bahawa graduan tempatan tidak berupaya (inability) untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris; kurang mahir ICT; kurang kemahiran interpersonal; dan teragak-agak melangkaui jangkaan dan harapan seperti kesanggupan untuk bekerja melewati waktu bekerja yang normal. Maklumat dan data Jabatan Statistik Negara menunjukkan sehingga November 2001, kira-kira 40,000 graduan dilaporkan menganggur. Majoriti daripada mereka (lebih 60%) datangnya daripada kumpulan umur antara 20-24 tahun dan merupakan penganggur kali pertama. Dari segi jantina, jumlah graduan perempuan yang menganggur mengatasi graduan lelaki dengan masing-masing berjumlah 61.2% dan 38.8%, memperlihatkan kemungkinan pertalian pengangguran siswazah dengan jumlah pelajar perempuan yang melebihi lelaki di institusi-insitusi pengajian tinggi. Perbandingan antara etnik pula memberikan gambaran yang dijangkakan, iaitu siswazah Melayu merupakan penganggur yang tertinggi bilangannya (52.2%).

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

ISU-ISU YANG DAPAT DIPELAJARI Punca-punca Pengangguran Siswazah Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama

penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer. Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia

mengambilkonsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar. Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai. Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan Negara sasaran utama pelabur asing kelak. Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Spekulasi mengenai sebab-sebab berlakunya pengangguran di kalangan siswazah telah banyak dibuat menerusi pelbagai kajian (misalnya yang diusahakan oleh IPPTN 2004 Monograf 3; IPPTN 2004 Monograf 2; MTEN Study on The Unemployment Situation in Malaysia 2003; Institute of Economic Growth UND 2000; 1998 Annual Survey of Journalism & Mass Communication Graduates University of Georgia). Antara lain, pengangguran siswazah dikaitkan dengan:1.

Pertalian antara kadar pertumbuhan ekonomi dengan penawaran siswazah; Model pertumbuhan ekonomi yang berintensifkan modal; Pertambahan mendadak jumlah tenaga kerja siswazah; Kurangnya jalinan antara institusi pendidikan dengan industri; Kurangnya latihan untuk persediaan pekerjaan; Peningkatan mendadak jumlah penduduk dan penurunan kadar kematian; Pengembangan pendidikan; Kemelesetan ekonomi; Kualiti pendidikan dan kebolehgunaan tenaga siswazah;1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

10.

Ketrampilan dan kemahiran siswazah dalam aspek-aspek tertentu seperti penguasaan bahasa kedua dan ketiga dan kemahiran berkomunikasi. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad

Badawi sewaktu mengumumkan barisan kabinet negara beberapa bulan sewaktu di era tampuk pemerintahan beliau, telah mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam mengemaskinikan institusi pendidikan negara apabila Kementerian Pendidikan dipecahkan menjadi dua buah kementerian berlainan yang mempunyai

tanggungjawab dan peranan yang berbeza. Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Mantan Datuk Hishamuddin Tun Hussien diberi tugas mengendalikan institusi pendidikan di peringkat sekolah, manakala Kementerian Pengajian Tinggi, di bawah pimpinan Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh, bertanggungjawab menentukan haluan institusi pengajian tinggi negara. Media massa melaporkan walaupun kedua-dua pemimpin ini baru menerajui kementerian masing-masing untuk tempoh waktu yang singkat, namun tugas berat sudah menanti, khususnya apabila Mantan Perdana Menteri menyebut dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 yang berlangsung di Kuala Lumpur, mengenai kedudukan sebenar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Kata beliau (PerdanaMenteri), Dalam ukur rujuk Asia week 2000 bagi kajian universiti di Asia, universiti berkedudukan tinggi di Malaysia hanya berada pada kedudukan yang ke-47 daripada 77 buah universiti yang terlibat dalam kajian berkenaan. Bukan Top 10, bukan Top 20, malah tidak terletak pada kedudukan separuh teratas. Selain itu, beliau turut menggariskan apa yang dikatakan sebagai kelemahankelemahan ketara yang melanda IPTA ketika ini. Antaranya, kurang kemahiran berkomunikasi, kurang kemampuan berfikir, kurang inisiatif dan kurang keyakinan1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

diri di kalangan graduan IPTA di negara ini, yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di Negara ini. Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Penawaran yang berlebihan berbanding permintaan di pasaran pekerjaan. Ini disebabkan oleh kualiti pendidikan negara yang telah meningkat di mana ramai pelajar berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tinggi sama ada diploma atau ijazah. Dalam keadaan ini, pasaran bagi sesetengah pekerjaan menjadi terhad dan menyebabkan sebahagian graduan tidak memperoleh pekerjaan mengikut kelayakan mereka. Ramai graduan tidak mempunyai sikap dan komitmen yang positif yang mampu meyakinkan majikan. Sikap dan tanggapan negatif majikan terhadap graduan yang terlalu memilih pekerjaan dari segi gaji, tempat kerja dan masa bekerja masih menjadi faktor utama mempengaruhi tanggapan majikan sebelum menggaji graduan. Ramai graduan yang suka bertukar-tukar kerja kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang boleh memberikan kepuasan dan faedah secara optimum. Sikap kurang survival terhadap pekerjaan di kalangan graduan berlaku apabila mereka tidak begitu serius memasuki pasaran pekerjaan. Ini disebabkan taraf hidup keluarga yang tinggi mendorong mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan apabila tiba keperluan untuk bekerja. Sesetengah majikan juga menawarkan gaji yang tidak setanding dengan kelulusan dan kelayakan graduan dengan alasan graduan masih baru dan tidak berpengalaman. Graduan juga tidak menyediakan diri dengan menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan soft-skill sebagai tarikan kepada majikan untuk memberi peluang pekerjaan.

Antara Kepercayaan dan Realiti1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Mungkin, kelihatannya amat sukar bagi sesiapapun khasnya mereka yang berada di persekitaran universiti - untuk menelan sedemikian mudah kenyataan yang menyebut bahawa pengangguran siswazah di negara ini semakin meruncing. Lebihlebih lagi apabila kebimbangan serupa itu ditujukan terus kepada institusi pendidikan awam negara, yang seolah-olah memberi gambaran bahawa dari semasa ke semasa, perbandingan sentiasa dibuat dengan institusi pendidikan swasta. Lalu mereka yang tidak berpuas hati, mungkin akan mengajukan soalan Benarkah IPTS lebih baik daripada IPTA? Namun persoalan yang penting untuk difikirkan di sini bukanlah sama ada kualiti pendidikan antara IPTA dan IPTS itu yang sebenarnya lebih dititikberatkan, kerana bukan itu pokok persoalan yang dibentangkan dalam kertas ini, sebaliknya isu ini lebih berkaitan dengan governans, iaitu kedudukan kerajaan selaku pemegang saham yang mengamanahkan seluruh IPTA untuk beroperasi dengan cara terbaik demi kemanfaatan rakyat seluruhnya (yang merupakan pemodal secara tidak langsung). Soal peninggian kualiti perkhidmatan, pentadbiran, dan universiti dalam memberikan pendidikan berkualiti adalah persoalan asas yang releven di sini. Isu pengangguran perlu dibaca bersama-sama dengan pengembangan dan

pembangunan pendidikan, selain daripada faktor-faktor lain yang dikatakan menyebabkan meningkatnya bilangan siswazah menganggur. Adakah sebarang kaitan, misalnya isu kekurangan tenaga kerja dalam bidang-bidang khusus seperti yang ditonjolkan oleh Kementerian Sumber Manusia, dengan isu pengangguran siswazah? Tentu sahaja isu ini menjadi penting sehinggakan kerajaan terpaksa mempertimbangkan untuk membawa masuk pekerja-pekerja mahir dan separa mahir

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

daripada

negara

China

untuk

diberikan

pekerjaan

dalam

bidang-bidang

khusus(www.mohr.gov.my). Jelas sekali, dari sudut ini, kebolehgunaan tenaga (atau employability) sepertimana yang diungkapkan oleh bukan sahaja kerajaan, malah industri, menjadi isu utama yang didepani oleh setiap institusi pendidikan tinggi negara. Lihat umpamanya dapatan kajian yang berikut (IPPN, 2004): Hasil analisis (logit) yang dibuat oleh pengkaji adalah seperti berikut: (i) Kebolehgunaan tenaga lelaki adalah lebih tinggi, 139 orang bagi setiap 100 orang perempuan. (ii) Kebolehgunaan tenaga bagi 100 orang siswazah etnik Cina berbanding etnik yang lain ialah 40 (India), 25 (Bumiputera Melayu) dan 20 (Bumiputera lain) (iii) Kebolehgunaan tenaga bagi 100 orang siswazah bidang senibina, perancangan bandar dan ukur berbanding bidang-bidang lain ialah >100 (perubatan dan pergigian), 24 (sastera dan lain-lain), dan 16 (sastera dan kemanusiaan). (iv) Kebolehgunaan tenaga bagi 100 orang siswazah Universiti Tenaga Nasional berbanding universiti-universiti lain ialah >100 (Universiti Multimedia), 77 (UiTM), 74 (USM), dan 34 (UNIMAS). Jadual : Kebolehgunaan Tenaga Mengikut BidangBidang Kebolehgunaan Tenaga

Perubatan dan Pergigian Undang-Undang Kejuruteraan

100 69 62

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Ekonomi dan Perniagaan Sains dan Lain-Lain Sastera dan Lain-Lain Teknikal dan Lain-Lain Sains Tulen Sastera dan Kemanusiaan

46 33 28 24 20 19 16

Jadual 2: Kebolehgunaan Tenaga Mengikut UniversitiUniversiti Kebolehgunaan Tenaga

Universiti Multimedia (MMU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Islam Antarabangsa( UIA) Cawangan universiti luar negara Universiti Malaya (UM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Kebangsaan Malaysia

>100

77 74 71 65 63 61 45 38Ahmad 200755

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING (UKM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO)

35 34 0.8

Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa tahun menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan mereka bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas penuntut universiti. Menurut Mohd Suhaidi B. Sautar, 25, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama, antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan atau sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti. Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka. Mereka lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja daripada menganggur. Pemikiran lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai perlu dibuang dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah merugikan sector yang memerlukan tenaga kerja. Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi mereka tidak tahu mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat beberapa agensi1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

usahawan yang menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang berminat memilih keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka juga boleh

memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara. Contohnya mereka menceburi bidang pertanian dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga memperolehi hasil dan menjadikan petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan kerja kosong tidak ada tetapi sikap yang terlalu memilih kerja di kalangan graduan menyebabkan pekerjaan itu tidak dapat diisi. Menurut Arnida Abu Bakar, 31, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama berkata, salah satu masalah penting menyebabkan berlakunya pengangguran siswazah ialah kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan. Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk memilih graduangraduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga buruh pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan kos dan produktiviti. Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih bersifat persaingan dan ini akan memberi faedah yang besar kepada majikan untuk memilih kualiti tenaga yang terbaik yang menguntungkan firma-firma perniagaan mereka. Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya mereka tidak berusaha mencari alternatif baru membina kerjaya persendirian atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakan ekonomi di samping dapat berperanan memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi golongan mahasiswa menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian, perniagaan dan keusahawanan begitu luas.

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun memerlukan inisiatif dan kegigihan. Menurut Hafsah Mohamed, 23, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama, pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun adalah di antara isu-isu yang saban hari kali diperkatakan. Antara faktor yang menyumbangkan terhadap kewujudan dilemma ini adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran siswazahsiswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang begitu banyak sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama rata. Selain itu juga, taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang di beri peluang pekerjaan. Kesemua faktor-faktor ini berhubungkait antara satu sama lain. Kebanyakan pelajar berjaya mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian tidaklah di tahap yang memuaskan. Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu kemungkinan CGPA 2.4 ke bawah, agak sukar bagi mereka mendapatkan peluang pekerjaan segera. Majikan-majikan akan memilih siswazah-siswazah yang cemerlang dan mepunyai kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa yang sama, kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang paling penting di dalam setiap temuduga. Kebanyakan siswazah yang kurang fasih berbahasa Inggeris akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja. Namun begitu, ada juga segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja serta tiada keyakinan pada diri semasa temudaga diadakan. Menurut Mohd Faiz Zharif B. Shamat, 24, seorang pelajar lepasan Kolej Universiti Islam Selangor di dalam pengkursusan Diploma Pengajian Islam1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

(Usuluddin), pernah menganggur selama enam bulan di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan dan tinggal bersama keluarga kerana sikapnya yang malas bekerja dan ingin rehat di rumah serta tidak bersedia untuk bekerja. Di dalam tempoh pengangguran itu dia hanya mengharapkan sumber pendapatan daripada ibubapanya. Selain itu juga, saya adalah seoarang yang cerewet memilih pekerjaan, dan mahukan gaji yang tinggi dan memilih penempatan yang sesuai bagi diri saya tanpa berfikir dengan kelulusan saya semasa belajar di kolej dahulu, ujarnya. Menurutnya lagi selepas enam bulan menganggur, dia mula merasakan bosan tinggal di rumah dan tidak mengetahui dunia luar, lalu membuat keputusan mencari kerja dan bertekad untuk bekerja tidak kira apapun pekerjaan asalkan sumber pendapatan itu halal serta boleh menyara kehidupanya. Selepas itu dia mendapat kerja di satu tempat isi minyak Petronas di Batang Kali sebagai atenden pam dan bekerja sepenuh masa di situ. Menurut Amzan B. Satiman, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor berkata, faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah dari segi perindustrian. Kebanyakan siswazah tidak tahu membawa diri dalam dunia reality, mereka hanya mementingkan akademik semata-mata. Pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi ianya merangkumi aktiviti luar. Aktivi-aktiviti ini yang memberikan kita banyak pengalaman, dan mengajar kita bagaimana cara untuk berhadapan dengan khalayak ramai, berorganisasi,menyelesaikan masalah serta melakukan tugas denan baik.

Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik, ini kerana kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru akan membelanjakan wang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

syarikat pada masa itu. Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan korikulum. Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri pelajar itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya apabila seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi undang-undang, contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua ini terjadi kerana seseorang itu berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan tiadanya pekerjaan. Jika kita teliti perkara-perkara di atas, kita akan dapati bahawa :1. Pencapaian (performance) ekonomi negara merupakan salah satu faktor terpenting di dalam mencorakkan kadar pengangguran di negara ini. 2. Ekonomi negara mengalami perubahan daripada bersifat kodomiti pertanian pada tahun 60-an kepada pembuatan, industri dan IT dengan penyertaan aktif daripada pihak-pihak swasta menjelang tahun 80-an.

Maka, jika hari ini ekonomi negara sedang giat berkembang, peluang-peluang pekerjaan tentu masih banyak. Malah, kadar pengangguran di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia ini (Sila rujuk di bawah).Sumber : http://www.cia.gov Negara---------------Kadar Pengangguran (%)

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHINGAfghanistan----------------NA (2003) Argentina---------------17.3% (2003) Australia------------------6% (2003) Austria------------------4.4% (2003 anggaran) Bahrain-------------------15% (1998 anggaran) Bangladesh----------------40% (2002 anggaran) Belgium------------------8.1% (2003 anggaran) Bosnia/Herzegovina--------40% (2002 anggaran) Brunei--------------------10% (2001 anggaran) Bulgaria----------------14.3% (2003) Chile--------------------8.5% (2003 anggaran) China-------------------10.1% (2003 anggaran) Finland--------------------9% (2003 anggaran) France-------------------9.7% (2003 anggaran) Germany-----------------10.5% (2003 anggaran) Hong Kong----------------7.9% (2003) Hungary------------------5.9% (2003 anggaran) Iceland------------------3.4% (2003 anggaran) India--------------------9.5% (2003) Indonesia----------------8.7% (2003 anggaran) Iran--------------------15.7% (2002 anggaran) Iraq----------------------NA (2003 anggaran) Ireland------------------4.7% (2003 anggaran) Israel------------------10.7% (2003 anggaran) Italy--------------------8.6% (2003 anggaran) Japan--------------------5.3% (2003) Korea, South-------------3.4% (2003 anggaran) Kuwait-------------------2.1% (2003 anggaran) Luxembourg---------------3.6% (2003 anggaran) Macau--------------------6.3% (2003) Malaysia-----------------3.6% (2003 anggaran) Netherlands--------------5.3% (2003 anggaran) New Zealand--------------4.7% (2003 anggaran) Norway-------------------4.7% (2003 anggaran) Pakistan-----------------7.7% Philippines-------------11.4% (2003) Poland--------------------20% (2003) Portugal-----------------6.4% (2003 anggaran) Russia-------------------8.5% Singapore----------------4.8% (2003 anggaran) Spain-------------------11.3% (2003 anggaran) Sri Lanka----------------8.4% (2003) Sweden-------------------4.9% (2003 anggaran) Switzerland--------------3.7% (2003 anggaran) Taiwan---------------------5% (2003 anggaran) Thailand-----------------2.2% (2003 anggaran) United Kingdom-------------5% (2003 anggaran) United States--------------6% (2003)

Kesan Pengangguran MENANGANI isu pengangguran dan usaha menambah peluang pekerjaan diletakkan sebagai teras pertama dalam bajet mini baru-baru ini. Ia membayangkan betapa kerajaan serius menangani kedua-dua isu tersebut. Hakikatnya dalam1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

keadaan ekonomi domestik dan global yang suram ketika ini, pengangguran dan peluang pekerjaan adalah isu utama yang perlu diberikan perhatian oleh mana-mana kerajaan. Di Malaysia sendiri, sektor pekerjaan terutamanya perkilangan dan

pembuatan turut terjejas apabila seramai 25,000 diberhentikan sejak Oktober lalu. Lebih 100,000 pekerja lain tidak lagi mendapat faedah pekerjaan seperti sebelumnya. Kesan lebih buruk turut dijangka daripada ramalan peningkatan kadar pengangguran sebanyak 4.5 peratus pada tahun ini berbanding 3.7 peratus tahun lalu. Justeru, suntikan RM2 bilion serta modul-modul yang dirangka seperti yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiga hari lalu, diharap mampu merangsang kembali sektor pekerjaan tempatan. Namun apa yang utama bukanlah jumlah peruntukan atau berapa banyak modul yang diperkenalkan. Sebaliknya, bagaimana ia bakal dimanfaatkan menerusi pelaksanaan yang berkesan dan sistematik. Kejayaan pakej rangsangan untuk menyelesaikan isu ini juga bergantung kepada sejauh mana ia menumpukan kepada permasalahan sebenar. Tidak dinafikan, perhatian kepada golongan siswazah menganggur menerusi pelbagai program seperti Prosper, Tunas Mekar dan sebagainya adalah langkah yang baik. Namun dalam senario ekonomi ketika ini, pekerja di sektor perkilangan dan pembuatan yang diberhentikan dilihat lebih kritikal berbanding siswazah

menganggur.Kebanyakan pekerja yang diberhentikan ini mempunyai komitmen dan tanggungan yang lebih besar seperti keluarga dan aset. Tanpa punca pendapatan yang stabil, adalah sukar untuk golongan ini meneruskan kehidupan dengan sempurna. Perkara ini turut ditekankan oleh pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd.1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Na'eim Ajis. Menurut beliau, pekerja yang diberhentikan juga mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang tinggi berdasarkan bidang kerjaya masing-masing. Adalah satu kerugian kepada negara sekiranya kepakaran pekerja mahir itu disia-siakan begitu sahaja. Sementelah, isu siswazah menganggur bukanlah sesuatu yang baru. Sudah acap kali diperdebatkan sebelum wujudnya krisis ekonomi seperti ketika ini. Meskipun kegawatan ekonomi tidak dinafikan semakin mengecilkan peluang pekerjaan, namun ada perkara yang lebih besar di sebalik isu pengangguran siswazah. Antaranya sikap dan kebolehan siswazah terutamanya dalam aspek kepimpinan dan komunikasi yang tidak menepati piawaian pihak industri. "Bukanlah bermaksud untuk menafikan peluang siswazah mendapatkan pekerjaan. Tetapi dalam situasi semasa, kerajaan perlu merangka program mengikut keutamaan dan kepentingan," ujar Mohd. Na'eim. Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan dalam mini bajet juga ialah tumpuan kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Langkah membayar semula levi secara pro-rata kepada majikan kerana tempoh pekerjaan pekerja asing disingkatkan adalah usaha yang meyakinkan. Begitu juga pendekatan meningkatkan bayaran levi dan memansuhkan permit pekerja asing yang sebenarnya sudah boleh dijangka. Ini kerana kedua-dua teras itu sering menjadi strategi kerajaan dalam perbincangan untuk mengurangkan kebanjiran pekerja asing sebelum ini. Tinggal lagi sejauh mana usaha ini benar-benar berkesan di peringkat pelaksanaan. Jika kedua-dua teras ini dibandingkan dengan isu kemasukan lebih 70,000 pekerja Bangladesh bagi sektor perladangan baru-baru ini, keberkesanan pelaksanaannya boleh dipersoalkan. Di sebalik ketegasan kerajaan menerusi tiga langkah mengurangkan pekerjaan asing itu, ia turut didatangkan dengan cabaran yang lebih besar.1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

Antaranya kemungkinan kebanjiran pekerja asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh masuk menerusi mana-mana sempadan negara. Dengan kesukaran memasuki negara ini ekoran pengeluaran permit yang diperketatkan, rakyat asing pastinya akan mencari peluang memasuki negara secara tidak sah. Ini memaksa kerajaan memperuntukkan kos penguatkuasaan yang besar untuk memastikan keselamatan sempadan. Jika diperhatikan, tumpuan kerajaan terhadap isu pekerja asing ini juga lebih menjurus kepada usaha mengekang kemasukan pekerja baru. Bagaimana pula dengan lambakan pekerja asing sedia ada yang masih enggan pulang meskipun tidak mempunyai pekerjaan? Menjawab persoalan ini, Mohd. Na'eim berkata, kerajaan perlu lebih realistik dengan memberikan tumpuan kepada pekerja asing ini yang menganggur dan hidup merempat. Ini kerana kebanjiran mereka di kawasan awam mengundang resah dan rasa kurang selesa di kalangan rakyat tempatan. Ia juga meningkatkan kebimbangan terhadap masalah kesihatan, sosial dan kadar jenayah. Malah, perkara ini juga pernah ditekankan oleh pihak berkuasa yang mengakui adanya peningkatan kadar jenayah di kalangan pendatang asing semasa krisis ekonomi ketika ini. Perlu untuk diketahui tambah Mohd. Na'eim, kebanyakan pendatang asing ini juga bukan sepenuhnya datang dari negara yang mundur dan tidak membangun ekonominya. Sebaliknya ada yang turut berhijrah dari negara dengan keadaan politik dan keamanan yang tidak stabil. "Perkara ini perlu diberikan pertimbangan kerana bukanlah sesuatu yang mustahil untuk pendatang asing bertindak agresif, seperti apa yang berlaku di negara mereka semata-mata untuk meneruskan hidup," katanya. Sebagai langkah pencegahan, kerajaan perlu meningkatkan pemeriksaan ke atas pekerja asing dan menghantar pulang mereka yang sudah tamat permit. Undang-undang sedia ada juga wajar dikuatkuasakan tidak hanya kepada pekerja asing, sebaliknya terhadap majikan atau1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

pihak yang melindungi mereka. Menurutnya, perlu juga dipastikan tidak berlaku eksploitasi gaji di kalangan pekerja asing dengan peningkatan kadar levi seperti yang diumumkan. Tidak mustahil bakal ada majikan yang mengambil kesempatan memotong gaji dan mengurangkan faedah bagi menampung kenaikan levi tersebut. "Untuk itu dicadangkan pemberian permit pekerja asing terutamanya dalam jumlah yang besar dibuat secara terbuka. Ia bagi membolehkan masyarakat menilai sejauh mana komitmen kerajaan dalam mengurangkan masalah pekerja asing ini," katanya. TINDAKAN

RUJUKAN IPPTN. (2003).Masalah pengangguran di kalangan siswazah. National Higher Education ResearchInstitute (IPPTN). http://aina.wordpress.com/2008/04/15/pengangguran-siswazah (Atas talian pada 22/03/2011 jam 09.00 pagi) http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com (Atas talian pada 29/03/2011 jam 11.00 malam) Morshidi Sirat, Abd. Aziz Buang, Munir Shuib, Abd. Majid Mohd Isa, Rosni Bakar,Ambigapathy Pandian, Rujhan Mustafa, Mohd Asri Abdullah, Shukran Abdul Rahman,Mohamed Dahlan Ibrahim, Siti Zubaidah A. Hamid, Mohd Haflah Piei, Susie See Ching Mey,Molly N.N. Lee & Wan Ahmad kamil Mahmood. (2004). Masalah Pengangguran di kalangansiswazah. Pulau Pinang: National Higher Education Research Institute, USM.1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi Ahmad 200755

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1 PLK UUM KUCHING

MALAYSIA, Jabatan Perangkaan (2003). Buletin perangkaan sosial. Kuala Lumpur: JabatanPerangkaan Malaysia. MALAYSIA, Jabatan Perangkaan (2003). Ciri-ciri ekonomi penduduk. Kuala Lumpur: JabatanPerangkaan Malaysia. UiTM (2004). Kajian Pengesanan Graduan. Shah Alam: Pusat Perancangan Strategik MALAYSIA, Jabatan Perangkaan (2001). Taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia Paul Borugine Jean-Pierrenadal (1999). Cognitive Economics Interdisciplinary Approach. Paris. Edisi Keempat. p/s:ni sebahagian contoh assgment yg sy buat...ni antara format APA STYLE..

1 Tarzidi bin Ahmad Tamezi

Ahmad 200755