56987492 survey penggunaan komputer dalam pengajaran

Upload: mohd-rizal-mohd-taher

Post on 14-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    1/16

    PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-

    PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH DI

    DAERAH KUBANG PASU

    ABSTRAK

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mempertingkatkan

    penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

    bermula dari peringkat pendidikan prasekolah lagi. Usaha ini terus

    dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer

    dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa.

    Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan

    komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian

    dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi

    pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru

    prasekolah . Justeru itu, satu kajian kes telah dijalankan di beberapa

    buah sekolah yang menawarkan kelas prasekolah dalam Daerah

    Kubang Pasu. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah

    tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 20 responden

    yang terdiri daripada guru-guru prasekolah di daerah tersebut.

    Keputusan kajian mendapati bahawa faktor tahap pengetahuan,

    sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-sifat inovasi

    komputer didapati mempengaruhi penggunaan komputer dalam

    pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

    Kata kunci: Penggunaan komputer, Aktiviti pengajaran-

    pembelajaran, Generasi celik komputer, Sifat inovasi,

    Perkembangan teknologi

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    2/16

    PENGENALAN

    Faharol Razi (1998) dalam Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina

    (2006) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa

    Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud

    pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula

    mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

    Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam

    menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara

    aktif serta membolehkan maklum balas. Penggunaan komputer

    untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial, latih tubi, simulasi

    dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer

    melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyaiobjektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

    Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000),

    komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana

    komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media

    pembelajaran yang lain sebelum zaman computer (Abdul Wahab,

    Kamaliah dan Hasrina, 2006). Antara keistimewaan tersebut adalah

    seperti berikut:

    Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya

    hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer

    dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.

    Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna

    mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    3/16

    dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan

    kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).

    Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer

    membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap

    pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi

    apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.

    KERANGKA KAJIAN

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2008) bertujuan

    memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga

    enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek

    jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran

    pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang

    menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

    Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambilkira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-

    kanak, psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend

    pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori

    kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran. Sebagai contoh, di

    dalam Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang

    kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan

    tugasan tertentu. Namun begitu, kandungan yang diperuntukkan

    untuk penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    4/16

    Ini bermakna, guru-guru wajar peka dan bersedia

    menggunakan komputer sebagai salah satu media dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Kemantapan dan keberkesanan

    proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi

    maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada

    pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.

    TUJUAN KAJIAN

    Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengetahui tahap penerimaan

    komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor

    yang mempengaruhinya dalam kalangan guru-guru prasekola.

    Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah faktor pengetahuan,

    sikap, personaliti, sifat-sifat inovasi, sokongan organisasi dan faktor-

    faktor demografi seperti jantina dan umur.

    METODOLOGI

    Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik

    berstruktur digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Sampel

    kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari beberapa buah

    sekolah kebangsaan dalam daerah kubang Pasu iaitu SK Laka

    Selatan, SK Wan Kemara, SK Bukit Tangga, SK Bukit Kayu Hitam,

    SK Bandar Baru Sintok, SK Hosba, SK Kodiang, SK Batu Lapan,

    SK Syed Nahar, SK Tunjang, SK Tunku Bendahara, SK Si Puteh,

    SK Padang Perahu dan SK Putat, SK Pulau Nyior. Rekabentuk

    kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif.Borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 20 (100%) telah

    dikembalikan. Memandangkan Daerah Kubang Pasu mempunyai

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    5/16

    bilangan guru lelaki hanya seorang sahaja, responden telah

    dimonopoli oleh guru wanita iaitu 19 orang berbanding seorang

    lelaki.

    Analisis Data Dan Penemuan Kajian

    Ciri-ciri Demografi Responden

    Hasil kajian berdasarkan Jadual 1 menunjukkan bahawa majoriti

    responden adalah guru wanita berbanding lelaki, di mana bilangan

    responden wanita ialah 19 orang (95%) manakala bilangan

    responden lelaki hanya seorang (5%).

    Taburan kekerapan tertinggi bagi umur adalah bagi kategori26 hingga 35 tahun iaitu seramai 9 orang (45%), diikuti oleh kategori

    umur antara 3645 tahun iaitu seramai 7 orang (35%) dan kategori

    umur lebih 45 tahun adalah seramai 4 orang (20%). Manakala tidak

    terdapat responden yang mewakili kategori umur kurang daripada

    26 tahun.

    Seterusnya, kaum Melayu adalah majoriti mewakili

    responden kajian ini iaitu seramai 20 orang (100%). Dari segi status

    perkahwinan pula, majoriti responden iaitu telah berumah tangga

    (100%).

    Taburan kekerapan mengikut pengalaman menjadi guru

    menunjukkan majoriti responden iaitu seramai seorang (10%)

    berpengalaman menjadi guru antara satu hingga lima tahun.

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    6/16

    Jadual 1 : Taburan Kekerapan bagi faktor demografi

    Ciri-ciri Demografi Kekerapan (n) Peratusan (%)

    JantinaLelakiPerempuan

    119

    595

    Jumlah 20 100

    UmurKurang dari 26 tahun

    26 35 tahun36 45 tahunLebih dari 45 tahun

    -

    974

    -

    453520

    Jumlah 20 100

    KaumMelayuCinaIndiaLain-lain

    20---

    100---

    Jumlah 20 100

    Status Perkahwinan

    Belum BerkahwinSudah BerkahwinLain-lain

    -20-

    -100

    -

    Jumlah 20 100

    Seterusnya diikuti pula oleh mereka yang berpengalaman

    lebih dari 20 tahun juga seramai seorang (5%), 8 orang (40%)

    berpengalaman antara 6 hingga 10 tahun, 3 orang (15%)

    berpengalaman antara 16 hingga 20 tahun dan 7 orang (35%)berpengalaman antara 11 hingga 15 tahun.

    Ciri-ciri Demografi Kekerapan(n)

    Peratusan(%)

    Pengalaman 1 5 tahunMenjadi Guru 6 10 tahun11 15 tahun16 20 tahun21 tahun ke atas

    18731

    54035155

    Jumlah 20 100

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    7/16

    Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    (PP)

    Jadual 2 menunjukkan analisis crosstab antara jantina dan

    penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (PP).

    Guru perempuan mencatatkan penggunaan komputer yang iaitu

    sebanyak 13 orang berbanding guru lelaki iaitu sebanyak 1 orang.

    Jadual 2 : Crosstab antara jantina dan penggunaan komputer

    Jantina Adakah anda menggunakankomputer dalam PP?

    JumlahYa Tidak

    Lelaki 1 - 1

    Perempuan 13 6 19

    Jumlah 14 6 20

    Jadual 3 menunjukkan analisis crosstab antara kategori umur

    dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Keputusan menunjukkan responden yang berumur di antara 26

    hingga 35 tahun merupakan kategori umur yang mencatat bilangan

    penggunaan komputer yang tertinggi iaitu sebanyak 7 orang atau

    77.8% (7 daripada 9 orang yang menggunakan komputer dalam

    pengajaran dan pembelajaran). Responden yang berumur lebih

    daripada 45 tahun mencatatkan peratusan yang paling kurang

    menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu

    hanya sebanyak 25% (1 daripada 4 orang). Ini mungkin disebabkan

    responden yang berada dalam kategori umur ini lebih selesa dan

    berpengalaman dengan pengajaran dan pembelajaran secara

    tradisional.

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    8/16

    Jadual 3 : Crosstab antara umur dan penggunaan komputer

    Jantina Adakah andamenggunakan

    komputer dalam PP?

    Jumlah

    Ya Tidak

    Lelaki 1 - 1

    Perempuan 13 6 19

    Jumlah 14 6 20

    Jadual 4 menunjukkan tujuan utama responden

    menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Majoriti responden iaitu 100% (20 orang) menyatakan bahawa

    tujuan utama mereka menggunakan komputer adalah bagi

    pengurusan data dan maklumat. Ini diikuti 80% (16 orang) pula

    menggunakannya bagi tujuan menjadikan proses pengajaran dan

    pembelajaran lebih menarik, 70% (14 orang) bertujuan

    menghasilkan penyampaian yang lebih kemas dan pembentangan

    pengajaran, 60% (12 orang) bertujuan mencari sumber pendidikan,

    40% (8 orang) bertujuan untuk hiburan dan permainan dan 5% bagi

    lain-lain tujuan.

    Jadual 4: Tujuan utama menggunakan komputer

    Tujuan Penggunaan Frekuensi Peratusan (%)

    Pencarian sumber pendidikanPengurusan data atau maklumatPembentangan pengajaranHiburan/PermainanMenjadikan proses PP lebih menarikPenyampaian lebih kemasLain-lain

    122014816145

    601007040807025

    Jadual 5 menunjukkan faktor utama yang mendorong

    responden menggunakan komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Majoriti responden iaitu 45% (9 orang) menyatakan

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    9/16

    bahawa faktor utama yang mendorong mereka menggunakan

    komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. Seterusnya

    diikuti 40% (8 orang) didorong oleh faktor minat, 30% (6 orang)

    didorong oleh faktor persekitaran, 25% (5 orang) didorong oleh

    faktor imej.

    Jadual 5 : Faktor utama yang mendorong menggunakan komputer

    Faktor Frekuensi Peratusan (%)

    MinatKeperluan akademikMelambangkan imejPengaruh persekitaranLain-lain

    89564

    4045253020

    Jadual 6 menunjukkan faktor utama yang mendorong

    responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Majoriti responden iaitu 100% (20 orang)

    menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong mereka tidak

    menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran adalah disebabkan oleh kemudahan yang tidak

    mencukupi. Ini diikuti 60% (12 orang) disebabkan tidak bersedia

    untuk menggunakannya, 40%

    Jadual 6 : Faktor utama yang mendorong tidak menggunakankomputer.

    Faktor Frekuensi Peratusan (%)

    Tidak minatTidak pandaiTidak bersediaTidak berkeyakinanMembebankan

    Kemudahan tidak mencukupiLain-lain

    361287

    202

    1530604035

    10010

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    10/16

    (8 orang) disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya, 35% (7

    orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan, 30% (6

    orang) disebabkan tidak pandai menggunakannya, dan 15% (3

    orang) tidak berminat untuk menggunakannya.

    Jadual 7 menunjukkan individu atau pihak yang mendorong

    responden menggunakan komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Majoriti responden iaitu 70% (14 orang) didorong

    oleh faktor organisasi iaitu pihak sekolah. Ini diikuti 40% (8 orang)

    didorong oleh rakan sekerja, 35% (7 orang) didorong oleh pegawai

    atasan (Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat

    Pelajaran Daerah (PPD), 25% (5 orang) didorong oleh rakan dan

    20% (4 orang) didorong oleh ahli keluarga.

    Jadual 7 : Pendorong responden menggunakan komputer

    Faktor Frekuensi Peratusan (%)

    Pegawai atasanOrganisasiRakan sekerjaRakanKeluargaLain-lain

    7148543

    357040252015

    PERBINCANGAN

    Penggunaan Komputer Dalam pengajaran dan Pembelajaran

    Aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

    menunjukkan 70% (14 orang) daripada responden menggunakan

    komputer sebagai salah satu alat bantuan mengajar. Kesemua

    responden iaitu 100% (20 orang) menyatakan bahawa komputer

    paling banyak digunakan untuk tujuan pengurusan data dan

    maklumat prasekolah yang perlu dilaksanakan sebagai salah satu

    komponen terpenting dalam pengurusan prasekolah.

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    11/16

    Hampir 80% (16 orang) guru prasekolah bersetuju bahawa

    penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menjadikan proses

    pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana kemampuan

    komputer tidak dapat disangkal lagi mempunyai ciri-ciri audio, visual

    dan aplikasi yang dapat melibatkan sebahagian besar deria kanak-

    kanak untuk menguasai isi pelajaran. Proses pengajaran dan

    pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan

    penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti

    berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian

    (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau

    melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan

    alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta

    meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggapdan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan

    pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996;

    Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999 dalam Johari &

    Fazliana, 2009).

    Kajian juga menunjukkan bahawa 45% (9 orang)

    menggunakan komputer disebabkan keperluan akademik dan minat

    40% (8 orang). Manakala pengaruh dan melambangkan imej

    masing-masing 30% dan 25% (6 dan 5 orang). Guru-guru

    prasekolah menggunakan komputer untuk mendapatkan maklumat

    dan bahan-bahan akademik yang menarik yang ditawarkan oleh

    teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini telah meningkatkan

    minat guru-guru untuk membentuk sikap inovasi dan kreatif

    seterusnya memberi impak yang baik dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    12/16

    Masalah-Masalah Penggunaan Komputer

    Hasil kajian ini mendapati 100% responden mengatakan masalah

    mereka dalam penggunaan komputer adalah kerana infrastruktur

    tidak mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

    berbantukan komputer. Pihak pentadbiran sekolah dan pihak atasan

    perlu menyediakan peralatan teknologi yang mencukupi untuk

    melaksanakan pengajaran berbantukan komputer ini di kelas-kelas

    prasekolah sama ada di bandar atau luar bandar.

    Di samping 60% (12 orang) tidak bersedia, 40% tidak

    berkayakinan, 35% (7 orang) membebankan, 30% (6 orang) dan

    15% (3 orang) tidak minat yang merupakan faktor-faktor intrinsik

    dan personaliti guru-guru prasekolah sendiri. Situasi ini perluditangani segera oleh pihak-pihak yang terlibat bagi

    mentransformasikan persepsi guru-guru prasekolah dalam

    penggunaan komputer dalam pendidikan. Menurut Nor Hayati

    (2003) Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun pernah bertitah,

    bahawa tugas guru-guru masa kini semakin mencabar, di mana

    pembelajaran secara konvensional telah mengalami anjakan

    paradigma dengan wujudnya pembelajaran yang dilengkapkan

    dengan kemudahan komputer. Walau bagaimanapun tugas dan

    tanggungjawab daripada guru masih diperlukan sebagai perantara

    antara murid dengan mata pelajaran. (Harian Metro, Selasa, 3 Julai

    2001: A5).

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    13/16

    IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

    Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

    (a) Meningkatkan pengetahuan komputer guru-guru prasekolah

    melalui latihan atau kursus secara formal.

    (b) Menggalakkan korperat-korperat menjalankan

    tanggungjawab sosial mereka.

    (c) Kementerian Pendidikan boleh mendirikan Pusat iT

    Pendidikan Malaysia (PITPM) yang akan menumpukan

    perhatian pada pembangunan perisian.

    Pihak Prasekolah

    a) Perbanyakkan kursus dalaman untuk meningkatkan

    pengetahuan komputer di kalangan guru yang Iemah.b) Menambahkan bilangan komputer di sekolah. Sediakan

    ruangan yang sesuai dan selesa untuk memudahkan guru

    menggunakan komputer di samping rangkaian talian internet

    yang memudahkan guru-guru prasekolah mengakses

    maklumat yang bersesuaian dengan isi pelajaran.

    c) Menggalakkan guru menggunakan komputer dengan

    mengadakan pelbagai pendekatan dan kaedah.

    d) Pihak pengurusan harus menekankan sikap positif dalam

    kalangan guru-guru prasekolah terhadap perkembangan dan

    penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran.

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    14/16

    Pihak Guru

    a) Para guru tanpa mengira umur, latar belakang, pengalaman

    mengajar perlu mempertingkatkan pengetahuan dan

    kemahiran komputer.

    b) Gunakan sepenuh peluang yang ada, sama ada melalui

    kursus atau perbincangan dengan rakan sebaya, untuk

    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan

    komputer.

    c) Guru-guru seharusya menyumbangkan tenaga dengan

    berusaha bersama-sama untuk menjayakan program

    komputer dalam pendidikan dan seterusnya menjayakan

    hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat yang

    berorientasikan teknologi makiumat.

    d) Guru-guru patut memperuntukkan masa untuk merancang,memilih perisian atau laman web yang sesuai untuk kanak-

    kanak mereka.

    Pihak Masyarakat.

    a) Badan-badan korporat perlu bekerjasama menganjurkan

    kursus komputer kepada guru prasekolah, menderma

    komputer kepada institusi pendidikan atau perpustakaan.

    Tindakan bukan sahaja menunaikan tanggungjawab sosial

    tetapi pada masa yang sama juga mengharumkan nama

    syarikat.

    b) Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru-guru

    prasekolah berkenaan dengan penggunaan komputer dalam

    pengajaran dan pembelajaran supaya proses pendidikan

    dapat dijalankan dengan lancar.

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    15/16

    PENUTUP

    Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor

    pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan

    sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan

    penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

    kalangan guru-guru. Di samping itu faktor demografi seperti jantina,

    umur didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    Skop kajian boleh diperluaskan bukan sahaja terhadap guru-

    guru di Daerah Kubang Pasu tetapi guru-guru di daerah-daerah

    mahupun di negeri lain juga. Selain itu, skop terhadap jumlah jantina

    juga perlu lebih seimbang berbanding dengan kajian ini yangmemperolehi responden seorang sahaja guru lelaki berbanding

    dengan 19 orang guru wanita. Tambahan pula, selain daripada

    kaedah tinjauan melalui soal selidik, kaedah temuduga juga boleh

    dijalankan untuk mengukuhkan serta mendapatkan maklumat

    tambahan mengenai keputusan kajian.

    Kajian terhadap guru-guru adalah penting berikutan dasar

    kerajaan ketika ini untuk menuju ke era e-pembelajaran dan e-

    kerajaan. Oleh itu, guru-guru perlu bersedia menerima penggunaan

    komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat

    melahirkan generasi yang celik komputer. Ini bagi melahirkan

    generasi yang akan datang tidak kekok dengan perkembangan

    teknologi yang berlaku saban hari secara berterusan.

  • 7/29/2019 56987492 Survey Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    16/16