55414122 refleksi kejohanan olahraga tahunan 2011

5
REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015 SIVANASWARI A/P KARUPPIAH – RBT 3 (SJKT) 930825-10-5300 Kejohanan olahraga tahunan (KOT) merupakan sukan yang diperkenalkan kepada semua pelajar institut pendidikan guru Malaysia. Biasanya sukan ini dianjurkan dalam lingkungan masa 1 tahun sekali.Hal ini berlaku kerana ia merupakan satu bentuk pembelajaran secara praktikal yang terdapat dalam silibus mata pelajaran pendidikan jasmani untuk pelajar semester 5 ini iaitu pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran, dan pensyarah membimbing dan menilai sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan para bakal guru ini. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menghadiri dan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2015.Sebagai pelajar semester 5, kami diberi tanggungjawab sebagai penganjur untuk menganjurkan KOT ini kepada semua pelajar maktab. Terdapat 3 fasa dalam penganjuran KOT ini iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas. REFLESI SEBELUM Fasa pertama melibatkan fasa sebelum KOT berlangsung. Antara yang dilakukan adalah memilih jawatan kuasa yang terlibat, mesyuarat, perbincangan, sukantara dan yang paling kami didedahkan dengan setiap acara padang dan acara trek yang bakal dipertandingkan. Selepas pensyarah memberi taklimat, kami telah melantik sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 8 kelas. Kami telah menerima bimbingan dan panduan daripada para pensyarah yang ternyata sudah berpengalaman dalam menganjurkan temasya seperti ini. Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat dalam memastikan kelancaran kejohanan ini.Saya telah diamanahkan sebagai AJK Kecil dalam AJK GERAI DAN PERKHEMAHAN sepanjang program ini berlangsung. Kami menjalankan kerja selepas menerima tugas yang diamanahkan. Ketua AJK GERAI DAN PERKHEMAHAN iaitu Praveendran A/L R.Buallua membahagikan tugasan kepada ajk-ajk kecil termasuk saya.Saya diberi tugasan untuk mencari peniaga dari luar untuk menyewa tapak gerai.Walaupun tugasan ini,kelihatan

Upload: sivanaswari-karuppiah

Post on 17-Nov-2015

76 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015SIVANASWARI A/P KARUPPIAH RBT 3 (SJKT)930825-10-5300Kejohanan olahraga tahunan (KOT) merupakan sukan yang diperkenalkan kepada semua pelajar institut pendidikan guru Malaysia. Biasanya sukan ini dianjurkan dalam lingkungan masa 1 tahun sekali.Hal ini berlaku kerana ia merupakan satu bentuk pembelajaran secara praktikal yang terdapat dalam silibus mata pelajaran pendidikan jasmani untuk pelajar semester 5 ini iaitu pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran, dan pensyarah membimbing dan menilai sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan para bakal guru ini.Di sini, saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menghadiri dan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2015.Sebagai pelajar semester 5, kami diberi tanggungjawab sebagai penganjur untuk menganjurkan KOT ini kepada semua pelajar maktab. Terdapat 3 fasa dalam penganjuran KOT ini iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas. REFLESI SEBELUMFasa pertama melibatkan fasa sebelum KOT berlangsung. Antara yang dilakukan adalah memilih jawatan kuasa yang terlibat, mesyuarat, perbincangan, sukantara dan yang paling kami didedahkan dengan setiap acara padang dan acara trek yang bakal dipertandingkan. Selepas pensyarah memberi taklimat, kami telah melantik sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 8 kelas. Kami telah menerima bimbingan dan panduan daripada para pensyarah yang ternyata sudah berpengalaman dalam menganjurkan temasya seperti ini. Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat dalam memastikan kelancaran kejohanan ini.Saya telah diamanahkan sebagai AJK Kecil dalam AJK GERAI DAN PERKHEMAHAN sepanjang program ini berlangsung. Kami menjalankan kerja selepas menerima tugas yang diamanahkan. Ketua AJK GERAI DAN PERKHEMAHAN iaitu Praveendran A/L R.Buallua membahagikan tugasan kepada ajk-ajk kecil termasuk saya.Saya diberi tugasan untuk mencari peniaga dari luar untuk menyewa tapak gerai.Walaupun tugasan ini,kelihatan melecehkan tetapi tugasan ini memberi banyak input dari segi komunikasi saya.Bagi memudahkan tugasan saya,saya mengambil keputusan untuk bertanya peniaga yang sentiasa berniaga di pasar malam pada hari jumaat yang berdekatan dengan IPG.Mula-mula,peniaga tersebut tidak mengambil kisah tetapi setelah diterangkan dengan lebih lanjut maka mereka akhirnya bersetuju untuk berniaga di IPG pada hari KOT.Atas usaha mencari di pasar malam,saya berjaya mengumpul 3 orang peniaga.Seterusnya,saya turut mencari di kawasan bandar, atas pertolongan kawan saya,saya berjaya mengumpul satu lagi peniaga yang berniaga berdekatan dengan Terminal Batu Pahat iaitu Pak O Cendol.Selepas itu,saya turut mendapatkan bantuan dari mak cik koperasi.Atas pertolongan beliau,saya turut berjaya mengumpul 2 gerai.Di sini,saya menjadualkan senarai peniaga yang ingin berniaga pada hari kot.BILNAMA PENIAGAJUALAN

1EN.BAKAR (1 GERAI)JUAL SATE

2EN.SHAWAL PASAR MALAM (1 GERAI)JUAL KEBAB AYAM

3EN.SHAMSUL (2 GERAI)JUAL MINUMAN,SOSEJ

4PN.MUZALIFA MAK CIK KOPERASI (1 GERAI)JUAL ROTI,NASI AYAM

5PN.DILLA (1 GERAI)JUAL MINUMAN,SOSEJ

6PAK O BANDAR (1 GERAI)JUAL AIS KACANG

REFLEKSI SEMASAPada hari Kejohanan Olahraga Tahunan,iaitu pada hari pertama,saya dan rakan ajk yang lain iaitu hakim merentas desa bersedia dengan tugasan kami iaitu mencatat identiti pelajar yang dapat berjaya mendapatkan nombor 1 hingga 50.Setelah itu,saya dan rakan ajk yang lain bergegas ke stor kokurikulum untuk membawa keluar semua khemah yang perlu dipakai pada keesokan harinya iaitu untuk tujuan bagi setiap acara padang dan tapak gerai.Disebabkan terdapat 7 orang peniaga,maka kami terpaksa menyediakan khemah sebanyak 7 mengikut peta tapak yang dicadangkan.Setelah itu,saya dan rakan ajk yang lain membawa perabot yang diperlukan bagi setiap gerai dan menyusun mengikut gerai masing-masing. Pada hari kedua,saya berpeluang untuk menjadi pegawai lompat tinggi.Melalui jawatan ini,saya banyak mendapat input baharu kerana sebelum bermulanya acara padang kami diberi taklimat mengenai acara lompat tinggi maka saya dapat mengetahui cara pemarkahan,cara yang membabitkan batal/lulus dan cara lompat yang berbeza.Bukan itu sahaja,saya dapat menikmati sebagai seorang pegawai pada hari tersebut.Selepas itu,saya terus bergegas ke tapak gerai bagi memastikan semua dalam keadaan yang baik kerana mereka hanya berkenalan dengan saya melalui telefon maka saya terpaksa berada dalam tapak gerai.Setelah semua peniaga tiba ke tapak gerai tersebut,saya dan rakan ajk lain menuju mereka untuk menunjukkan khemah milik mereka. Pada hari ketiga,seperti biasa.Mendirikan khemah yang ditutup sebelum peniaga tiba ke tapak gerai.Selepas itu, kami membawa keluar khemah-khemah yang tidak lagi diguna selepas tamatnya acara padang.Setelah habisnya KOT,saya dan rakan ajk lain membersihkan sekitar kawasan padang dengan membawa khemah ke stor kokurikulum dan mengosongkan tapak gerai dengan memulangkan perabot-perabot yang dipinjam dari JABATAN KEMAHIRAN HIDUP.Secara keseluruhannya,saya mendapat banyak input dan ia dapat menjadi panduan dalam kehidupan sebagai seorang guru.Bukan itu sahaja,saya dapat melahirkan hubungan silahturahim antara satu sama lain dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang sama tahun dengan saya secara mendalam. Di sini juga,saya dapat meningkatkan tahap komunikasi saya dan saya berharap kekuatan-kekuatan yang saya dapat daripada KOT ini akan membantu dalam meneruskan kehidupan yang berjaya dalam karier saya sebagai seorang guru.

REFLEKSI SELEPAS

Ucapan dari Tuan Pengarah,dalam Majlis Penutupan.Sekian sahaja buat kali ini,maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22

Setelah majlis Penutupan selesai dengan jayanya,maka kami warga iptho berkumpul untuk melakukan gotong-royong bagi membersihkan kawasan padang. Saya dan pelajar Sem 5 lain telah berganding bahu untuk memastikan keadaan padang cantik dan bersih seperti biasa. Selepas itu,saya dan rakan ajk lain menuju ke tempat gerai bagi membersihkan kawasan tersebut lalu mengemaskan khemah yang tidak lagi diguna.Selepas aktiviti pembersihan,perabot-perabot yang dipinjam dari JABATAN KEMAHIRAN HIDUP,kami meletakkan semula di tempat yang asal seperti mana yang diambil maka tamatlah tugasan kami dengan jayanya.Kami semua berpuas hati dengan penganjuran yang telah dijalankan. Malah para pensyarah juga telah mengucapkan tahniah. Benarlah kata pepatah, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya telah mendapat pelbagai manfaat dan pengalaman dari penganjuran ini.Melalui KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubungan siraturrahim antara rakan sekelas dan pelajar Semester 5 yang lain. Walaupun sudah 4 tahun saya meneruskan pengajian bersama dengan pelajar Semester 5 yang lain, tetapi masih terdapat segelintir daripada pelajar Semester 5 ini yang saya kurang berkomunikasi dan kurang rapat. KOT ini juga mewujudkan dan melahirkan suasana kerjasama dan saling bantu menbantu antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri sendiri tidak perlu ada dalam diri kita sebagai satu pasukan pihak pengajur. Sikap ini dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas KOT berlangsung. Aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan bersama-sama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang diadakan membuat saya lebih mengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang bertegur sapa dan hubungan ini diteruskan dengan lebih rapat. Oleh itu, melalui penganjuran bersama ini saya dapat merapatkan hubungan dengan mereka dan berkomunikasi dengan baik dengan mereka seterusnya menambahkan lagi bilangan sahabat saya di Institut Pendidikan Guru ini serta memudahkan lagi penganjuran KOT berlangsung. Akhir kata, melalui penganjuran KOT ini,saya dapat mengetahui pengetahuan dari aspek perancangan kejohanan olahraga serta dapat pengalaman dari aspek pengelolaan kejohanan olahraga dan pengurusan pasukan. Semangat berpasukan dan bekerjasama dapat dipupuk oleh saya serta rakan-rakan ajk lain dalam melaksanakan tugasan secara bekerjasama. Saya juga berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan, dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.Program seperti ini amat bagus terutamanya kepada bakal guru seperti saya.SEKIAN TERIMA KASIH.