laporan kejohanan olahraga tahunan

25
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Kali Ke-22 IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Pendidik memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan modal insan berkualiti dan bernilai tinggi bagi melahirkan rakyat yang berilmu berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Oleh itu, seorang guru tidak harus cerdik dalam konteks pendidikan sahaja maka, guru harus seimbang dalam kokurikulum dan juga kurikulum. Sehubungan dengan perkara itu, Kejohanan Olahraga menjadi sebagai satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Semua pelajar semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian harus mengelolakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ini. Objektif bagi menyuruh para guru pelatih untuk mengendalikan KOT ini ialah untuk melahirkan sifat kepegawaian olahraga dalam diri setiap guru pelatih. Melahirkan guru-guru yang mempunyai sahsiah yang unggul, dan pemilikan kuasa professional yang mantap serta dapat menghadapi segala cabaran pendidikan dan arus globilisasi pada masa akan datang. KOT telah berlangsung selama tiga hari iaitu 2 hingga 4 Mac 2015 di padang IPGKTHO, Batu Pahat. Seperti biasa para guru 1

Upload: sivakame-tanasegaram

Post on 15-Apr-2016

1.517 views

Category:

Documents


62 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Kali Ke-22

IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Pendidik memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan modal

insan berkualiti dan bernilai tinggi bagi melahirkan rakyat yang berilmu berkemahiran

serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Oleh itu, seorang guru tidak

harus cerdik dalam konteks pendidikan sahaja maka, guru harus seimbang dalam

kokurikulum dan juga kurikulum. Sehubungan dengan perkara itu, Kejohanan Olahraga

menjadi sebagai satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru

yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan

Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Semua pelajar semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Dengan Kepujian harus mengelolakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ini. Objektif

bagi menyuruh para guru pelatih untuk mengendalikan KOT ini ialah untuk melahirkan

sifat kepegawaian olahraga dalam diri setiap guru pelatih. Melahirkan guru-guru yang

mempunyai sahsiah yang unggul, dan pemilikan kuasa professional yang mantap serta

dapat menghadapi segala cabaran pendidikan dan arus globilisasi pada masa akan

datang.

KOT telah berlangsung selama tiga hari iaitu 2 hingga 4 Mac 2015 di padang

IPGKTHO, Batu Pahat. Seperti biasa para guru pelatih semester 5 menjadi penganjur

KOT dengan pemantauan pensyarah GERKO. Semua pelajar IPGKTHO telah terlibat

dalam KOT. Saudara Iffat Faishal bin Mohd Nasir dari opsyen Reka Bentuk dan

Teknoogi telah dipilih sebagai pengerusi KOT bagi tahun ini. KOT tahun ini dijalankan

dengan tema ialah “Harrypotter” dan slogannya pula, Gegak Gempita. Terdapat

perubahan dalam nama rumah sukan, ia ditukar selaras dengan tema kita. Rumah

Merah - Gryffindor, Rumah Hijau - Slytherin, Rumah Kuning – Hufflepuff dan Rumah

Biru – Ravenclaw.

1

Page 2: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Acara padang dan juga balapan telah dipertandingkan seperti tahun-tahun yang

lepas. Terdapat beberapa acara tambahan telah diadakan pada KOT tahun ini.

Antaranya ialah, jemputan luar sekolah kebangsaan dan juga Institut Perguruan yang

lain. Bukan itu sahaja, acara bagi pensyarah juga telah diadakan.

Selaku pegawai kejohanan terdapat beberapa jawatan yang telah dilaksanakan

oleh saya sepanjang tiga hari kejohanan ini. Antara tugas yang dilaksanakan oleh saya

ialah, ajk jemputan dan sambutan, ajk jemputan atlet luar, hakim acara lemper cakera

dan penjaga masa untuk merentas desa. Pengetahuan dan pengalaman telah dikumpul

melalui melaksanakan pelbagai aras jawatan dalam beberapa jenis aktiviti.

Sebagai ajk jemputan dan sambutan beberapa tugas dilaksanakan sebelum hari

KOT. Antaranya ialah menyediakan bungga manger untuk rumah sukan dan juga untuk

menjemput tuan pengarah. Kad jemputan bagi Tuan pengarah dan juga bagi pensyarah

yang lain telah kami sediakan dan edarkannya kepada setiap pensyarah. Persiapan

kerusi bagi tetamu dan juga pensyarah kami telah sediakan sebeum harinya.

2 MAC 2015 - ISNIN

Pada 2 Mac 2015 acara merentas desa telah berlaku di peringkat Institut

Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Merentas desa ini dinamakan sebagai

‘Quadritch Run’. Semua guru pelatih telah mengambil bahagian dalam acara merentas

desa ini. Acara ini merupakan satu peluang untuk para guru pelatih untuk memberi

markah kepada rumah sukan masing-masing. Terdapat nombor 1-50 yang mereka

telah dapatkan pada hari tersebut.

Terdapat pelan merentas desa bagi perempuan dan lelaki yang berbeza.

Sepanjang pelan perjalanan ini terdapat pegawai yang bertugas akan berdiri bagi

merekod masa larian para pelatih dan bagi menjaga keselamatan para guru pelatih.

Sebelum bermulanya merentas desa semua guru pelatih disuruh berkumpul mengikut

rumah sukan masing-masing dan mengambil nombor. Merentas desa ini telah bermula

dengan senaman robik yang dikendalikan oleh opsyen Tesl sk. Semua guru pelatih dan

2

Page 3: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

juga pensyarah telah mengambil bahagian dalam senaman robik ini supaya dapat

memanaskan badan, merenggangkan otot.

Tugas saya pada hari pertama ini ialah sebagai penjaga masa bagi guru pelatih

perempuan. Terdapat sebanyak 10 guru pelatih yang bertugas sebagai penjaga masa

pada hari tersebut. Sebagai penjaga masa tanggungjawabnya sangat penting. Sebelum

semua guru pelatih perempuan berkumpul di garisan permulaan kami telah besedia

berdiri dengan stop watch. Sebelum itu kami memastikan stop watch berfungsi dengan

betul supaya tidak ada gangguan semasa merekod masa. Terdapat juga empat guru

pelatih yang bertugas untuk merekod masa atlet sampai ke garisan penamat.

Setelah semua guru pelatih bersedia dan letupan telah dilepaskan oleh Tuan

pengarah. Setelah leptupan dilepaskan kami telah lepaskan stop watch untuk bergerak

masanya. Saya telah diamanahkan untuk menjaga masa bagi guru pelatih perempuan.

Setelah semua guru pelatih perempuan sudah bermula lari, selaps itu guru lelaki

dikumpulkan dan dilepaskan untuk bermula lari. Saya dan seorang lagi guru pelatih

yang bertugas untuk menjaga masa telah mengambil tempat di garisan penamat. Ini

bagi memudahkan proses merekod masa atlet yang sampai ke garisan penamat. Saya

dan kumpulannya sentiasa bersedia dengan ketibaan atlet. Saya telah memberitahu

masa atlet perempuan yang 2,4,6,8 dan 10 sampai ke garisan penamat. Atlet yang

sampai nombor 1,3,5,7 dan 9 dibaca oleh lagi satu guru pelatih. Ini bagi tidak berlaku

kekeliruaan jika dua atlet sampai pada masa hampir sama.

Tugasan ini memberi satu pengalaman yang baru kepada saya. Sepanjang

menjadi pegawai penjaga masa sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Tidak boleh

beranggan-anggan atau berbual kepada pegawai yang lain. Harus berfokus pada atlet

yang sampai dan memberitahu masa yang betul kepada pencatat. Jika terdapat

kesalahan yang berlaku dalam rekodan maka ia akan menimbulkan masalah. Tetapi

tidak sebarang masalah yang berlaku sepanjang bertugasa sebagai penjaga masa.

Akauntibiliti yang diberi pada hari merentas desa telah saya laksanakan dengan berjaya

dengan kerjasama rakan sekumpulan saya.

3

Page 4: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

3 MAC 2015 – SELASA

Pada 3 Mac acara telah mula ditandingkan antara rumah sukan. Semua pegawai

berkumpul di astaka tepat pada pukul 7 pagi dan memberi kehadirannya kepada ajk

kehadiran. Seterusnya para guru pelatih pula berada di padang 7.30 dan memberi

kehadiran mereka. Semua guru pelatih harus berada di padang sepanjang KOT ini

dijalankan.

Sebagai perkara pertamanya semua pegawai duduk mengikut tugas yang telah

diberi kepada mereka iaitu hakim bagi acara, pelepas lorong, penjaga masa, penjaga

pusingan. Seterusnya setiap kumpulan atau pegawai mengikut marshal bagi menuju ke

tempat bertugasnya.

Pada hari ini saya ditugaskan untuk menjadi hakim bagi acara lemper cakera.

Kategori wanita. Terdapat sebanyak 6 pegawai yang lain dalam kumpulan hakim

lemper cakera ini. Perkara pertama yang kami lakukan setelah berada di kawasan

acara lemper cakera ini ialah memastikan alatan yang sepatutnya ada mencukupi untuk

menjalankan acara ini dengan lancar. Antara alatan yang digunakan ialah, bendera

merah putih, lemper cakera dan pita ukur. Lemper cakera yang digunakan ialah yang

bersaiz kecil untuk perempuan. Selepas itu, borang mencatat rekod pemain telah

diberikan kepada kami.

Pensyarah pebimbing kami untuk acara ini telah menerangkan beberapa perkara

yang harus kami ingatkan sepanjang menjadi pegawai hakim bagi acara ini. Antaranya

ialah peraturan yang harus pemain perlu mematuhi dan perkara yang batalkan. Bukan

itu sahaja kami juga bergilir-gilir membuat kerja yang terdapat dalam mengendalikan

acara tersebut.

Pada hari pertama ini acara bagi perempuan telah dilaksanakan. Saya

ditugasakan untuk mengukur meter lemper cakera yang dilemparkan. Kerajanya harus

berfokus kepada membaca ukurannya dengan tepat dan memberitahu ukurannya

dengan kuat. Sebelum membaca ukurannya harus memastikan pita ukurnya tidak putar

belit supaya ukuran yang ditunjukkan adalah tepat. Ukurannya dibaca dalam meter.

4

Page 5: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Saya memastikan dua kali sebelum memberitahu ukuran kepada pencatat.

Seterusunya ialah

pada hari yang sama bagi pusingan kedua saya telah ditugaskan untuk mengumpul

cakera yang dilemparkan. Dalam acara ini harus berfokus sebab risiko untuk cedera

agak tinggi. Lemper cakera yang dilemperkan telah menuju ke tempat pegawai berdiri.

Acara ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu 8 pagi hingga 10 pagi. Setelah

semua atlet selesai dengan pusingan mereka. Markah telah dikira dan diumumkan

kepada atlet supaya mereka dapat tahu kebolehan mereka. Marshal membawa semua

atlet keluar dari kawasan acara. Seterusnya ialah pensyarah pebimbing lemper cakera

telah memberi beberapa komen mengenai cara pengendalian acara kami. Respon yang

diberi oleh pensyarah positif. Selepas mendengar komen saya dan pegawai

sekumpulan saya telah keluar dalam satu barisan untuk letak balik semua peralatan

yang digunakan.

Pada hari kedua bertugas sebagai hakim lemper cakera ini telah memberi

banyak pengetahuan yang baru kepada saya. Ia juga menjadi satu peluang kepada

saya untuk mengetahui cara bermain lemper cakera secara kasar. Dapat tahu

kesilapan-kesilapan yang akan dilakukan oleh para atlet dan sebagai pegawai cara

mengambil tindakan dapat di belajar. Sepanjang menjadi pegawai pada hari pertama

bagi acara lemper cakera kategori perempuan menjadi satu panduan kepada saya

untuk mengetahui tentang lemper cakera dengan lebih dalam.

4 MAC – SELASA

Pada 4 Mac 2015 merupakan hari perasmian kejohanan olahraga. Sebelah pagi

acara telah diadakan seperti biasa. Terdapat dua acara yang telah diperhatikan dengan

penuh gegak gempita oleh para penonton pada hari ketiga ini. Antara aktivitinya ialah

pertandingan tarik tali dan juga sukaneka bagi murid-murid prasekolah.

Sekali lagi saya telah bertugas sebagai pegawai hakim lemper cakera bagi

kategori lelaki. Semua peraturan dan juga arahan yang dipatuhi adalah sama seperti

5

Page 6: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

yang ikuti pada hari sebelumnya bagi kategori permepuan. Kami telah bersedia dengan

menyediakan alatan yang perlukan dan juga memastikan semua peserta telah bersedia

di kawasannya supaya dapat bermula acara dengan pada tepat masa.

Setelah semua peserta, pensyarah pembimbing sampai acara telah dimulakan.

Saya telah amanahkan untuk untuk mengendalikan bendera putih dan juga merah dan

difahamkan bahawa putih bagi lepas manakala merah bagi batal. Saya telah

mengangkat bendera putih bagi memberi peserta untuk memulakan lemperannya. Jika

mereka melanggar peraturan atau cakera keluar dari kawsannya maka bendera merah

diangkat. Disini saya telah memerhatikan dengan betul dan jelas supaya tidak peserta

yang membuat salah atau melanggar peraturan.

Pusingan keduanya pula, saya telah bertugas untuk mencucuk pakunya dimana

cakera darat setelah peserta lemperkannaya. Ini merupakan salah satu tugas yang

sangat penting dalam acara ini sebabnya ialah jika tidak perhatikan dengan berhati-hati

maka ia akan susahkan proses mengukur dan juga akan menimbulkan masalah antara

peserta dan pegawai. Tetapi sepanjang saya dan pegawai yang lain bertugas tidak ada

masalah yang wujud sebegini. Tugas yang diamanahkan kepada saya selama dua hari

sebagai hakim lemper cakera dilaksanakan dengan Berjaya dan juga dapat banyak

iktibar.

Majlis Perasmian

Majlis perasmian telah bermula pada pukul 2.15 petang. Pensyarah dan juga

pelajar telah bermula kumpul di astaka pada pukul 1.45 petang. Guru pelatih yang

terlibat dengan perbarisan rumah sukan dan juga perbarisan badan beruniform telah

mengambil tempat di atas padang. Semua pegawai telah bersedia dengan tugas

masing-masing. Guru pelatih yang lain dan juga pensyarah telah bersedia untuk

ketibaan Tuan Pengarah. Jemputan kompang dan juga bungga manger telah bersedia

di depan rumah Pengarah.

Saya selaku ajk jemputan dan sambutan telah diamanahkan untuk menjemput

para VIP di depan pintu kaca astaka. Setelah semua berkumpul di astaka majlis

perasmian bermula dengan nyayian Lagu Negara-ku dan IPGM. Saya dan seorang

6

Page 7: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

guru pelatih telah memberi buku program kepada Tuan Pengarah, pensyarah dan juga

tetamu jemputan luar. Botol minuman dan juga gelas telah kami sediakan bagi

pengarah dan juga tetamu yang lain.

Setelah itu, saya juga menjadi ajk sambutan jemputan luar. Sekolah Kebangsaan

Banang Jaya dan juga sekolah kebangsaan Sri Gading menjadi sekolah yang saya

harus menjemput menyediakan makanan, minuman. Saya juga telah memberi nombor

untuk mereka untuk berlari. Bukan itu sahaja telah menunjukkan bilik persalinan untuk

memudahkan mereka. Segala semua persiapan telah siap menyuruh mereka untuk

berdiri mengikut dan marshal membawa mereka ke lorong untuk larian.

Majlis perasmian telah teruskan dengan lintas hormat dan perarakan bendera

kejohanan dengan muzik pancaragam telah berlangsung secara segak nampaknya.

Seterusnya ialah pembacaan doa telah dibaca. Ucapan pengerusi Jawatankuasa

Pengelola KOT telah berjalan dengan lancar. Ucapan perasmian KOT telah diucapkan

oleh Pengarah IPGKTHO. Dalam ucapannya beliau mengalu-alukan kedatangan para

jemputan luar dan berterima kasih untuk memberi memberi sokongan, sudi menerima

jemputan dari kampus kita. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa

Pengelola terutamanya pelajar-pelajar PISMP Semester 5 yang berganding bahu untuk

menjayakan program ini. Selaras dengan itu, ballon dan banner yang mempunyai

nama kejohanan telah diterbangkan sebagai symbol perasmian.

Upacara menaikkan Bendera Kejohanan telah berlaku dan ikrar telah baca oleh

naib pengerusi kejohanan pada tahun ini. Tuan pengarah dijemput untuk pemeriksaan

barisan. Para guru pelatih yang membuat maskod yang sangat menarik mengikut tema

rumah sukan mereka. Ia memberi ceriaan kepada mata yang memandang. Setelah itu

semua perbarisan keluar dari padang. Majlis perasmian telah tamat dengan

persembahan tanpa senjata dan juga gimik tanpa senjata. Tarian yang dipersembahkan

oleh para pelatih sangat menarik para penonton dan tarian tersebut juga ditarikan

mengikut tema kita pada tahun ini iaitu Harrypotter. Sebegitu juga dengan gimik tanpa

senjata dipersembhakan dengan penuh semngat dan bersungguh-sungguh. Ia

dipersembahkan oleh para guru pelatih dengan bersungguh-sungguh.

7

Page 8: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Acara kejohanan trek dan padang telah teruskan setelah majlis perasmian tamat.

Acara 1500, 800 telah ditandingkan pada harinya. Acara yang dinantikan iaitu

pertandingan antara sekolah dan juga pertandingan antara IPG. 4x 100 antara sekolah

kebangsaan dan juga antara IPG. IPG yang telibatnya ialah IPG Raja Melawar, IPG

Perempuan Melayu Melaka dan juga IPG Temenggung Ibrahim. Dengan akhirnya acara

tersebut majlis penutupan telah berlangsung. Semua peserta rumah sukan dan

perbarisan badan uniform telah berkumpul di depan astaka. Semua pegawai juga turut

mengikut rumah sukan masing-masing.

No Acara Nama Pemenang

1. Johan Keseluruhan Rumah Sukan Ravenclaw

2. Perhiasaan Khemah Hafflepuff

3. Maskod Menarik Hafflepuff

4. Perbarisan Rumah Sukan Slytherian

5. Perbarisan Badan Beruniform Kadet Ramja Sekolah

6. Olahragawan Syafiq Bin Kadir

7. Olahragawati Thenmoli A/P Chandran

Majlis pemberian hadiah telah berlangsung. Antara kategori yang telah diberi

hadiahnya ialah seperti berikut;

Majlis penutupan telah berakhir dengan penurunan dan penyerahan bendera

kejohanan kepada ketua unit GERKO supaya tahun depan boleh digunakan. Dengan

nyayian lagu IPTHO dan bangsa Johor telah dinyayikan dan semua guru pelatih telah

bersurai. Sebelum semua guru pelatih balik, semua disuruh untuk menolong untuk

mengemaskan semua peralatan yang digunakan dan juga bersihkan padang.

Setelah habis mengemaskan semua pegawai semester 5 telah dikumpul di

astaka. Para pensyarah telah memberi komen mengenai cara pengelolannya dan juga

8

Page 9: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

mengcapkan tahniah sebab dapat menjalankan tugasannya dengan penuh semnagat

kesukanan.

Guru Pembina Negara Dan Bangsa

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 5 MAC 2015

__ T.SIVAKAME __ (SIVAKAME A/P TANASEGARAM)

PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013,

IPG Kampus Tun Hussein Onn.

9

Page 10: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Refleksi Sebelum

Saya Sivakame a/p Tanasegaram guru pelatih dari opsyen Reka Bentuk dan Teknologi

3 berjaya melaksanakan tugas sebagai pegawai kejohanan olahraga tahunna (KOT) dengan

kudrat Tuhan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua

pensyarah yang sentiasa berada di sisi kami untuk menjayakan program KOT ini. Tidak

melupakan juga para guru pelatih yang telah komitmen yang tidak terhingga. Walaupun

pelbagai cabaran dan rintangan telah harungi, saya memahami setiap rintangan tersebut

memberi idea dan kefahaman untuk memperbaiki diri sendiri dalam bidang kokorikulum

terutamanya apabila memberi latihan kemahiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran

pada masa depan.

Semua guru pelatih telah ditanggungjawabkan satu atau lebih tugas bagi menjalankan

KOT ini dengan Berjaya. Oleh sebab, bilangan guru pelatih ambilan Jan 2013 kurang, hanya

164, terpaksa lebih daripada satu tugas yang telah dilaksanakan. Tetapi bilangan tidak menjadi

satu masalah kepada kami untuk menjayakan program ini. Penyediaan awal sesuatu program

yang sistematik akan tentukan keberhasilan pada akhirnya. Sehubungan dengan itu, banyak

pengetahuan juga diperoleh sebelum programnya dengan membuat kerja persiapan.

Sebagai tugasan yang pertama kami semua disuruh untuk memperbaiki padang

disebabkan terdapat banyak lubang di trek larian. Kami telah menutup semua lubangnya

menggunakan pasir yang ada di sekitar padang. Secara giliran kerja pembaikkan ini telah

dilaksanakan oleh para guru pelatih. Walaupun kerja pembaikkan ini nampak seperti perkara

yang mudah tetapi ia harus dibuat dengan sempurna dan juga baik. Jika tidak apabila atlet lari

ia akan menyebabkan kecederaan. Selama ini saya tidak tahu tentang perkara ini apabila

terlibat baru dapat diketahui. Perkara ini saya akan pertimbangkan apabila berada di sekolah

nanti. Saya juga memahami bahawa bukan sahaja apabila sukan diadakan pada waktu biasa

iaitu semasa pendidikan jasmani juga harus memastikan padang berada dalam keadaan yang

selamat.

10

Page 11: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Seterusnya ialah, sebagai ajk sambutan dan jemputan persiapan kad jemputan dan juga

bungga manga telah disediakan. Apabila melaksanakan tugasan ini saya memang memahami

bahawa jemputan orang atasan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dan tidak

boleh melakukan sebarang kesilapan. Disini saya mendapat tahu cara menjemput orang atasan

ke suatu program. Penyediaan bungaa manga memang satu perkara yang biasa buat dalam

semua program. Sebenarnya dalam penyediaan bungga manger ini juga terdapat beberapa

perkara yang harus ambil perhatian. Antaranya ialah batang yang diletakkan bungga manger

harus dibalut, bungga manggernya tidak boleh jarang-jarang. Semua perkara ini akan

membuatkan persediaan tersebut sempurna. Saya dan rakan sekumpulan juga telah

menyediakkan tempat duduk para VIP dan juga pensyarah dengan menyediakkan kerusi yang

cukupnya sebelum harinya.

Selain dariapda itu, perkara yang sangat pentingya ialah kerjasama, komitmen dari guru

pelatih dapat dilihat dengan begitu jelas bagi menjayakan program ini. Setiap petang sebelum

KOT ini semua guru pelatih semester 5 turun padang untuk membuat persipaanya. Tanpa

wujudnya kerjasama ini esti tidak dapat membuat persediaan KOT yang yang terbaik. Saya

juga memahami ini merupakan satu latihan kepada dirinya sebab apabila sudah berada

sisekolah harus membuat kerja seperti selepas waktu kerja. Bagi tujuan tersebut ini telah

menjadi satu latihan untuk bersedia secara mental dan hati. Sebagai guru yang baru harus

berkerjasama dengan guru yang lama berada di sekolah tersebut. Sikap memberi kerjasama

yang sepenuh hati harus disuntik pada setiap guru pelatih supaya sikap makan gaji dihapuskan.

Bukan itu sahaja persiapan alatan merupakan satu perkara yang amat penting. Kami

semua guru pelatih mengambil pelbagai jenis peralatan yang akan digunakan sepanjang KOT

ini dari stor gym supaya pada harinya tidak ada kekurangan barang yang perlukan. Semasa

persiapan ini kami memastikan bahawa barang kehendak contohnya jika lempak cakera

terdapat lempak cakera bagi perempuan dan juga lelaki. Semua peralatan yang sepatutunya

disediakan pada harinya tiba. Selaras dengan itu di padang dan balapan kawsan acara telah

dibuat menggunaka spray, tape mengikut ukurannya supaya tidak berlaku sebarang kesalahan.

Jika lontak peluru kawasannya bulatan di buat dan ditanda dengan jelas. Ini semua merupakan

sangat penting untuk menjalankan acaranya dengan lancar. Semua perkara saya telah belajar

dengan libatkan dirinya supaya disekolah nanti tiada alasan diberi jika disuruh untuk

menyediakan sector kawasan untuk lontak peluru lempar cakera.

11

Page 12: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Satu mesyuarat taklimat bagi pegawai kejohanan telah diadakan dengan pensyarah

sebelum hari kejohanan tiba. Ini bagi menentukan supaya semua acara cukup pegawai yang

jaga dan juga tidak ada tugasan yang selang seli pada masa yang sama. Pensyarah juga telah

menerangkan cara berpakaian dan perkara yang harus dibuat sebelum, semasa dan selepas

acara yang dijaga. Disini saya difahamkan bahawa pemberian maklumat awal merupakan

perkara yang sangat penting supaya pada harinya tidak sebarang kekeliruan, masalah yang

timbul. Mesyuarat ini telah menjadi satu peluang untuk bertanya soalan jika ada apa-apa

kemusyikilan.

Semua pengetahuan yang dikumpul ini akan dijadikan sebagai satu panduan semasa

berada di sekolah pada masa hadapan. Saya memahami guru bukan sahaja mengetahui selok

belok mengajar dalam bilik darjah tetapi juga harus tahu bagaimana hendak membuat

persiapan yang terbaik untuk menganjurkan satu sukan atau apa jua aktiviti. Oleh itu,

pengalaman ini akan membantu pada masa depan.

12

Page 13: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Refleksi Semasa

Selama tiga hari KOT telah dijalankan. Sepanjang perjalanannya sebagai pegawai

kejonanan banyak perkara yang telah belajar dan dikumpul. Semua arahan yang didengar

diapilikasi sepanjang melaksanakan tugasnnya.

Terlebih dahulu, perkara yang diberi penekanan kepada seorang pegawai ialah

ketepatan masa. Setiap pegawai disuruh datang awal setengah jam awal bebanding dengan

para guru pelatih yang lain. Ini disebabkan supaya pegawai sudah bersedia untuk melakukan

tugasan mereka tanpa menjadi kelam kabut. Sebagai seorang guru ketepatan masa amat

penting. Sentiasa berada di kelas sebelum 10 minit proses pengajaran dan pembelajaran

bermula. Merupakan satu ciri guru yang unggul. Oleh itu, dengan saya dapat mendisplinkan diri

saya dalam mengikut ketepatan masa.

Menjalankan tugas sebagai pegawai bukan satu perkara yang boleh mengambil

sekadar sahaja. Tetapi saya memahami bahawa pakaian seorang pegawai juga diberi

perhatian. Pakaian yang bersesuaian dengan jawatan harus dipakai. Pegawai yang ditugas

sebagai hakim harus pakai baju puti manakala pelepas lorong pula warna kuning. Kod

pemakaian ini telah diikuti pada hari perjalanan KOT. Ini merupakan satu pengalaman yang

baik sebab mengapilikasi apa yang telah dibelajar sebagai teori. Disekolah boleh wujudkan

budaya pemakaian yang betul semasa perjalanan sukan.

Bukan itu sahaja, melalui menjalankan tugas sebagai penjaga masa semasa merentas

dapat tahu cara melepaskan masa apabila para guru pelatih bermula untuk berlari. Sebenarnya

sebelum ini tidak pernah menjalankan tugasan ini. Walaupun tugasnya kedengaran mudah

tetapi terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian sebelum semasa dan juga

selepas menjalankan sebagai penjaga masa. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan

13

Page 14: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

sebelum harinya tiba harus memastikan bahawa stop watch mencukupi bagi penjaga masa dan

stop watch berada dalam keadaan yang boleh berfungsi. Semasa tuagsan sentiasa berada

dalam keadaan yang bersedia tidak lalai atau beranggan-anggan. Apabila pelari sampai harus

rekod masanya. Ini meruapakan proses yang saya mengalami dan ini menjadi satu pengalaman

yang tidak terhingga.

Seterusnya menjadi sebagai pegawai sebenarnya menjadikan dirinya lebih

bersistematik dan displin. Dalam setiap perkara yang saya telah terlibat harus membuat

persiapan awalnya dan harus mengambil tahu mengenai perkara yang kita akan buat. Apabila

menjadi penjaga masa patut sediakan dua orang pencatat bagi atlet perempuan dan sama juga

bagi atlet lelaki. Rekod masanya tidak boleh campur aduk. Semua perekodan ini perlu membuat

secara sistematik bagi rujukan pada masa hadapan. Jika tidak akan menimbul pelbagai

masalah. Disini ia menjadi satu iktibar kepada saya apabila memegang satu jawatan harus

fokus dan teliti dalam kerja yang kita akan lakukan.

Sehubungan dengan itu, apabila menjadi hakim lemper cakera banyak pengetahuan

yang lebih dapat diterokai. Sebab menjadi sebagai hakim bagi satu acara bukan satu perkara

yang mudah. Perkara yang pertama yang saya belajar melalui pensyarah bimbingan kami ialah

meneliti setiap peraturan dalam acara tersebut. Ini bagi memudahkan proses perjalanan acara

lebih berlancar dan tidak ada sebarang masalah yang wujudkan oleh para pemain. Disini saya

telah mendapat tahu cara-cara untuk mengukur, merekod masa bagi acara lemper cakera ini.

Ini akan membantu saya untuk menjalankan sekali lagi acara ini dengna lebih bagus.

Kelebihan yang seterusnya pula, sepanjang KOT ini berjalan ia menjadikan saya

sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Terutamanya apabila menjadi hakim lemper cakera

di padang. Jika tidak fokus kepada cakeranya akan menjadi keliru dimana ia jatuh pertama

kalinya. Apabila membaca ukuran juga harus fokus kepada pita ukur ia menunjukkan meter

atau feet. Jika tersalah nanti pembacaanya juga akan menjadi salah. Sentisa memantau gerak

geri atlet dalam sektor lemper cakera jika mereka melanggar peraturan maka perlu menunjuk

bendera merah. Semua perkara ini menjadi satu pengetahuan yang sangat bermanfaat.

Membaca peraturan dan cara bermain dalam buku berbeza pengalamannya berbanding apabila

berada dalam situasi yang sebenar tersebut.

14

Page 15: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Keselamatan semasa mengendalikan sukan merupakan perkara yang sangat penting.

Sebagai pegawai juga terdapat kecederaan yang dapat berlaku. Semasa bertugas sebagai

hakim lemper cakera terdapa beberapa kali cakeranya terlepas daripada genggaman atlet ia

menuju ke muka pegawai. Disini saya memahami bukan sahaja keselamatan atlet yang harus

utamakann tetapi pegawai juga harus berhati-hati apabila jalankan tugasnya. Sebab ia menjadi

satu pengalaman dan juga pengetahuan, perkara seperti ini tidak tulis dalam buku.

Terdapat juga beberapa kekurangan yang saya sedar semasa perjalanan KOT ini. Salah

satunya ialah semasa menjadi hakim lemper cakera terdapat beberapa kekeliruan yang dialami.

Terutamanya dalam peraturan acara lemper cakera, mengukur. Walaubagaimananpun

kelemahan diatasi dengan meminta bantuan pensyarah pembimbing.

Peluang yang dapat melalui menjadi pegawainya ialah dapat tahu juga cara-cara

bermain acara lemper cakera. Walaupun tidak ada pengalamn sebelumnya tetapi dengan

menjadi pegawainya dapt tahu cara-caranya. Bukan itu sahaja, mendapat peluan untuk menjadi

ajk sambutan dan jemputan. Ia merupakan satu pengalama yang sangat berfaedah. Semua

peluang ini akan menjadi satu panduan.

Akhir katanya ialah, seorang pendidik harus mahir dalam semua bidang supaya dapat

melahirkan rakyat Malaysia yang dapat bersaing diprasada antarabangsa yang memenuhi

dengan cabaran yang berteraskanpelbagai bidang. Jika terdapat halangan atau masalah dalam

perjalanan seorang guru harus mencari jalan penyelesesainya tanpa membiarkan atau

mengundur diri. Pengalaman menjadi sebagai pegawai telah memberi saya satu motivasi yang

cukup manfaat bagi menjalankan tugasan saya pada masa depan disekolah. Program juga ini

telah menjadi satu medan latihan untuk membentuk seorang guru yang kuat dari segi fizikal

juga. Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan guru juga harus keluar dari kotak yang

difikirkan. KOt ini telah mengajar banyak perkara yang harus berfikir secara aras tinggi. Sukan

untuk Negara!

15

Page 16: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Refleksi Selepas

Berasa sangat lega setelah KOT selesai dengan berjaya. Setiap rintangan dan

juga cabaran yang diharungi telah menjadi pengetahuan yang baru. Setelah KOT berakhir para

pensyarah telah memberi komen mengenai cara pengelolaan sukan ini. Komen positif yang

diberi oleh pensyarah memang telah memberi perassan gembira yang tidak terhingga. Para

pensyarah juga sangat terharu sebab dengan bilangan guru pelatih yang yang terhad dapat

melakukan tugas yang diberi dengan sangat sempurna. Pensyarah juga bertambah kata,

walaupun terdapat beberapa masalah teknikal sebagai seorang guru yang unggul harus

mencari jalan keluar yang lain tanpa menuduh orang lain, mengundur diri, ataupun berputus

asa. Nasihat daripada para pensyarah telah menjadi satu pengajaran yang sangat manfaat.

Bukan itu sahaja pada akhir program ini silaturahim antara pensyarah dan guru pelatih

telah rapat. Semua pensyarah telah memberi bimbingan yang sangat baik. Semua maklumat

yang dberi oleh pensyarah tidak akan dilupakan dan akan menjadi satu panduan bukan sahaja

bagi menjalankan program luar bili darjah ini tetapi juga untuk semua program yang lain.

Hubungan antara guru pelatih dengan guru pelatih yang lain juga telah menjadi lebih

baik sebabnya ialah jarang berlaku aktiviti bergaul campur dengan opsyen lain. Oleh itu,

program ini telah menjadi satu peluang untuk mengeratkan hubungan dan juga untuk

berkerjasama antara satu lain. Kerjasama yang diberi oleh setiap guru pelatih yang memainkan

peranan penting untuk berjayakan program ini.

Aktiviti pembersihan stor telah dilaksanakan setelah beberapa hari. Kami mengemaskan

stor yang tidak susun peralatannya. Semua peralatan disusun mengikut keadaan yang asal

16

Page 17: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

supaya dapat mengenal pasti semua cukup bilangannya. Bukan itu sahaja, apabila

peralatannya simpan dengan selamat dan teratur maka tahun depan dapat menggunakannya

tanpa membeli yang baru.

Akhir katanya ialah dengan menjalankan pengelolaan ini dapat satu gambaran yang

jelas mengenai cara pengendalian sesuatu program dan juga cabaran-cabaran yang akan

menghadapi dalam persiapannya. Oleh itu menjadi seorang pegawai dalam program ini telah

banyak memberi pengetahuan yang tidak terhingga nilainya. Terima Kasih.

JAWATANKUASA PENGELOLA

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT)

KALI KE – 22

Pengerusi : Mohamad Iffat Faishal bin Mohd Nasir

Naib Pengerusi : Mohd Aqil bin Mahrop

: Nur Qhairiel Qayyim binti Shaharim

Setiausaha : Chin JIa Yi

: Rubeeny a,p Krishna Moorthy

Naib Setiausaha : Yee Jia Hui

Bendahari : Kev Yi Beng

Naib Bendahari : Thanepakiam a/p Lachimanan

17

Page 18: Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22 IPG TUN HUSSEIN ONN

Pengerusi Teknik : Tan Meng Sean

: Nur Izzah Atikah binti Md Hanizan

: Olivia Shee Xin Li

18