55099097-sistem-liga

8
ISI KANDUNGAN Bil Tajuk Muka Surat 1. Pengenalan 2 2. Sistem Liga 2 3. Sistem Liga Satu Pusingan 2 4. Sistem Liga Dua Pusingan 2 5. Kelebihan dan Kelemahan Sistem Liga 3 6. Penentuan Jumlah Bilangan Permainan 4 7. Contoh Jadual Perlawanan 5 8. Pengiraan Mata Pertandingan 6 9. Rujukan 7 1

Upload: qifuat-liamsi

Post on 29-Jan-2016

97 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 55099097-Sistem-liga

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1. Pengenalan 2

2. Sistem Liga 2

3. Sistem Liga Satu Pusingan 2

4. Sistem Liga Dua Pusingan 2

5. Kelebihan dan Kelemahan Sistem Liga 3

6. Penentuan Jumlah Bilangan Permainan 4

7. Contoh Jadual Perlawanan 5

8. Pengiraan Mata Pertandingan 6

9. Rujukan 7

1

Page 2: 55099097-Sistem-liga

PENGENALAN

Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang dalam sesuatu

jenis sukan di samping untuk untuk mencari, menilai dan memilih pemain yang

berpotensi serta berkemahiran dalam permainan tersebut. Sesuatu pertandingan

boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem pertandingan yang berbeza

seperti sistem liga, kalah mati, cabar-mencabar dan sebagainya.

SISTEM LIGA

Sistem liga merupakan sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang

peserta atau beberapa pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau

beberapa buah kumpulan. Pasukan diberi peluang bermain atau bertanding secara

maksimum. Hal ini kerana setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain

sehingga setiap pasukan telah bermain dengan semua pasukan yang berada dalam

kumpulannya. Pengelola yang akan menentukan sama ada liga itu satu pusingan

atau dua pusingan. Penentuan dilakukan bergantung kepada jumlah pasukan yang

menyertai pertandingan tersebut.

SISTEM LIGA SATU PUSINGAN

Jika hanya lima buah pasukan yang menyertai pertandingan ini, maka setiap

pasukan akan berpeluang bertanding sebanyak empat kali sahaja sebelum

pemenang sebenar pertandingan tersebut diumumkan.

SISTEM LIGA DUA PUSINGAN

Liga dua pusingan memerlukan peserta atau pasukan tersebut bertanding

dengan lawan yang sama sebanyak dua kali. Sistem ini dipraktikkan pada

pertandingan Liga Perdana Inggeris.

2

Page 3: 55099097-Sistem-liga

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM LIGA

KELEBIHAN KELEMAHAN

1. Keputusan adalah mutlak1. Melibatkan bilangan permainan yang

banyak.

2. Peserta-peserta lain mendapat

kedudukan dalam pertandingan yang

dipertandingkan

2. Kebanyakkan permainan

kemungkinan besar tidak diadili

dengan sebaiknya atau berat

sebelah.

3. Pemain tidak akan disingkirkan

sehingga selesai pusingan tersebut

4. Penentuan peserta atau pasukan

pilihan tidak begitu penting

5. Menggunakan gelanggang yang

banyak dan berkesan

6. Peserta tidak perlu menunggu

peserta lain bermain kecuali lawan

yang telah dijadualkan

3

Page 4: 55099097-Sistem-liga

PENENTUAN JUMLAH BILANGAN PERMAINAN

Terdapat 2 cara dalam menentukan bilangan permainan sama ada

menggunakan formula atau hasil tambah jumlah penyertaan. Formula bagi

penentuan jumlah bilangan permainan ialah

Jumlah Permainan = n (n-1) / 2

Contoh pengiraan:

FORMULA : n (n-1) / 2

Jika 5 pasukan yang menyertainya

= 5 (5-1) / 2

= 5 (4) / 2

= 20 / 2

= 10 perlawanan

ATAU

1) Tulis angka 1,2,3,4,5.

2) Potong angka tertinggi iaitu 5.

3) Dapatkan hasil tambah semua nombor yang tinggal (1+2+3+4=10)

4) Jumlah yang diperoleh ialah 10.

5) Berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan, pihak penganjur perlu

menyusun sebanyak 10 perlawanan.

4

n merujuk kepada

bilangan pasukan

yang bertanding

Page 5: 55099097-Sistem-liga

Contoh Jadual Perlawanan Sistem Liga Satu Pusingan

K1 K2 K3 K4 K5 K6

K1

K2

K3

K4

K5

K6

Jumlah Perlawanan : 15 perlawan

Contoh Jadual Perlawanan Sistem Liga Dua Pusingan

K1 K2 K3 K4 K5 K6

K1

K2

K3

K4

K5

K6

Jumlah perlawanan : 30 perlawanan

5

Page 6: 55099097-Sistem-liga

PENGIRAAN MATA PERTANDINGAN

Pemenang bagi sesuatu pertandingan yang menggunakan sistem liga ditentukan

dengan dua cara iaitu :

i. Pasukan yang memungut jumlah mata yang tertinggi dalam liga satu

pusingan.

ii. Pasukan yang memungut jumlah mata yang tertinggi dalam liga dua pusingan.

Mata yang diberi kepada pihak pemenang sebanyak 3 mata manakala 0 bagi pihak

yang kalah. Jika seri berlaku, kedua-dua pihak akan mendapat 1 mata.

PEMAIN / KUMPULAN MATA YANG DIBERIKAN

PEMENANG 3

KALAH 0

SERI 1

Selesai pertandingan liga, kedudukan pasukan dapat dilihat seperti jadual di bawah:

Contoh kedudukan pasukan dalam format liga.

6

Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan

Kedah 3 2 1 0 9 1 7 1

Sarawak 3 2 1 0 5 0 7 2

Perak 3 1 0 2 2 9 3 3

P - Jumlah Perlawanan K - Bilangan Kalah

M - Bilangan menang J - Jumlah Jaringan

S - Bilangan Seri G - Bilangan Gol Kena

Page 7: 55099097-Sistem-liga

RUJUKAN

Abdul Halim bin Abdul Rahim. (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hassan Hushin & Shafinaz Kamaruddin (2011). Amalan Pengurusan Peperiksaan

Dan Pengurusan Kokurikulum. Journal of Educational Management. Fakulti

Pendidikan: Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Tam Yeow Kwai. (2010). Siri Pendidikan Guru : Pengurusan Kokurikulum. Selangor:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

https://www.scribd.com/doc/53125199/25697192-Kandungan-Buku-Panduan-

Pengurusan-Aktiviti-Kokurikulum-Sekolah

7