5483612-ibnu-sina

Upload: hafiza-nur

Post on 06-Apr-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 5483612-Ibnu-sina

    1/7

    NAMA : KASMIAH BINTI MOHD ALIAS

    NO MATRIK : JEA 080162

    NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

    SEMESTER : 1 SESI 2008/2009

    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

    UNIVERSITI MALAYA

  • 8/2/2019 5483612-Ibnu-sina

    2/7

    Falsafah adalah satu bidang kajian tentang ilmu dan penyelidikan yang bertujuan mencari

    kebenaran. Tentang erti kata falsafah, Hasbullah Bakry menghuraikannya daripada tiga sudut

    pandangan, iaitu sudut bahasa yang bermaksud cinta akan hikmah dan kebijaksanaan. Erti

    falsafah daripada sudut praktis pula ialah berfikir tentang sesuatu dengan lebih dalam. Sudut

    yang ketiga pula ialah melihat perbezaannya daripada ilmu-ilmu yang lain.

    Melalui kajian ini, saya akan mengkaji tentang falsafah yang dibawa oleh tokoh islam

    yang terkenal iaitu Ibnu Sina. Ibnu Sina merupakan tokoh yang terkenal dari bidang perubatan.

    Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan

    bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Selain terkenal

    dalam bidang perubatan, beliau turut terkenal dalam bidang falsafah.

    Salah satu falsafah yang telah dibawa oleh beliau ialah Ibnu sina tidak pernah menolakkekuasaan Tuhan. Dalam buku AN-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang

    dinamakan wajib al-wulud ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan

    apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkinal-wujud) terbit

    daripada wajib al-wulud yang tidak ada permulaan.

    .

  • 8/2/2019 5483612-Ibnu-sina

    3/7

    Abu Ali Al- Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina adalah nama penuh beliau. Ibnu Sina juga

    dikenali dengan nama Avicienna dan merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup

    antara tahun 980 1037 M. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 H bersamaan dengan 980 M.

    Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah al-Quran dan sastera.

    Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu,

    beliau turut memperlajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, figh dan

    perubatan. Beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis

    sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu

    Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran

    Aristotle.

    Ibnu Sina dididik dibawah tanggungjawab seorang guru, dan kepandaiannya segera

    membuatnya menjadi kekaguman diantara para tetangganya. Ibnu Sina menampilkan suatu sikap

    pengecualian sikap intelektual dan seorang anak yang luar biasa kepandaiannya yang telah

    menghafal Al- Quran pada usia 5 tahun dan juga seorang ahli puisi Persia. Daripada seorang

    pedagang sayur dia mempelajari aritmatika, dan beliau memulai untuk belajar yang lain dari

    seorang sarjana yang memperoleh suatu mata pencarian dari merawat orang sakit dan mengajar

    anak muda.

    Dalam bidang falsafah Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Beliau telah

    menulis sebuah buku an-Najah yang telah menyatakan bahawa tuhan pencipta adalah satu di

  • 8/2/2019 5483612-Ibnu-sina

    4/7

    muka bumi ini. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara

    sekalipun. Beliau beranggapan bahawa tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada

    wajid al-wujud kerana Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walaubagaimanapun tidak

    menjadi halangan bagi wajid al-wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud

    kerana kesempurnaan dan ketinggiannya. Hal ini bermaksud Tuhan berhak untuk melakukan apa

    sahaja kerana Tuhan merupakan orang yang paling tinggi sifatnya dan sangat sempurna sebagai

    contoh manusia yang melakukan kejahatan akan mendapat dosa dan balasan neraka. Manakala

    manusia yang melakukan kebaikan akan mendapat pahala dan akan dibalas dengan kenikmatan

    hidup di syurga. Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibmu Sina

    dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal tentang adanya susunan akal dan nafas langit dan

    jirim atasan.

    Selain itu, Ibnu Sina juga berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk

    mengenal Tuhan. Pandangan seumpana itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah yunani seperti

    Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan

    mempunyai angka-angka dan angka berkuasa di alam. Walaupun Ibnu Sina memberi pendapat

    ini untuk mengenal tuhan, namun beliau tidak pernah menolak hukum-hukum alam yang

    berlaku. Beliau tetap percaya bahawa Tuhan adalah satu iaitu Allah S.W.T yang mempunyai

    sifat-sifat yang mahmudah. Beliau tetap percaya bahawa Tuhan yang mencipta kejadian langit

    dan bumi, wujudnya neraka, syurga dan sebagainya.

    Teori- teori dan fisiologi dalam buku-buku Ibnu Sina adalah menggambarkan anologi

    manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai

    makrokosmos (dunia besar). Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan

    bumi persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat

  • 8/2/2019 5483612-Ibnu-sina

    5/7

    musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan

    (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati adalah pangerannya tubuh manusia, sementara

    paru- paru adalah menterinya. Leher merupakan jendelanya sang badan, manakala kandung

    hempedu sebagai markas pusatnya. Limpa dan perut sebagai bumbung sedangkan usus

    merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

    Melalui falsafah yang telah dibawa oleh Ibnu Sina ini, beliau cuba untuk memberi

    kesedaran kepada setiap umat manusia tentang hakikat kewujudan alam ini. Beliau cuba untuk

    membawa setiap manusia dalam mengenal Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Beliau cuba

    menerangkan bahawa Tuhan yang mencipta semua kejadian contohnya kejadian hari kiamat.

    Selain itu, beliau juga percaya bahawa hanya Tuhan sahaja yang boleh menentukan samada

    seseorang itu akan masuk syurga atau neraka.

    Justeru itu, falsafah Ibnu Sina ini percaya bahawa akan berlaku hari pembangkitan jasad

    manusia. Melalui kenyataan ini, beliau cuba untuk menyedarkan setiap insan bahawa suatu hari

    nanti pasti akan ada hari pembalasan untuk membalas semua perbuatan manusia samada baik

    atau buruk. Dengan itu, pada hari kiamat semua manusia yang telah meninggal akan

    dibangkitkan semula. Setelah itu, semua manusia akan dikumpulkan di suatu tempat iaitu di

    padang masyar. Di tempat itulah setiap umat manusia akan disoal oleh para malaikat dan

    seterusnya akan dihisab.

    Dengan itu, falsafah Ibnu Sina juga bertujuan untuk meningkatkan keimanan seseorang

    umat manusia. Seseorang itu perlulah beriman dan percaya tentang kewujudan Allah. Hal ini

    kerana hanya Tuhan sahaja yang berhak dalam memberi kesenangan kepada semua umat.

    Keadaan ini akan dapat membentuk akhlak yang sempurna supaya akidah setiap umat manusia

  • 8/2/2019 5483612-Ibnu-sina

    6/7

    tidak terpesong dari jalan Allah. Selain itu, Ibnu Sina juga cuba memberi kesedaran kepada

    setiap umat bahawa keimanan pada Allah adalah amat penting untuk menjamin kebahagiaan di

    dunia dan di akhirat.

    Pemikiran Ibnu Sina ini bercanggah dengan pemikiran Al- Ghazali . Al-Ghazali telah

    menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat alFalasilah (tidak ada kesinambungan dalam

    pemikiran ahli falsafah untuk membahaskan pemikiran Ibnu sina dan al-Farabi

    Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap

    kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-

    Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di

    syurga atau neraka. Walaupun pandangan falsafah yang telah di bawa oleh Ibnu Sina telah

    mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat

    Allah namun sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat

    dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai seorang yang bertanggungjawab menyusun

    ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang

    perubatan tetapi kehebatannya dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-

    Nasr Al-Farabi.

    Secara konklusinya, jelaslah bahawa falsafah yang dibawa oleh Ibnu Sina tidak pernah

    menolak kekuasaan Tuhan. Walaupun terdapat percanggahan dalam berfalsafah beliau tetap

    meneruskan falsafah yang telah dibawanya. Melalui falsafah Ibnu Sina ini, jelaslah bahawa

    beliau tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Ibnu Sina tetap percaya tentang semua kejadian

    di alam ini telah ditentukan. Selain itu, falsafah Ibnu Sina ini juga dapat memberi kesedaran

  • 8/2/2019 5483612-Ibnu-sina

    7/7

    kepada semua umat manusia tentang kepentingan melakukan kebaikan di dunia untuk

    mendapatkan kehidupan yang lebih baik di akhirat.

    Bibliografi

    Awing Sariyan. 2008.falsafah dan logika melayu

    Selangor : Synergymate Sdn. Bhd

    Hasyim Musa. 1998.falsafah. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

    http://pkukmweb.ukm.my/-ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah.html

    http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_AAbdallah_Ibn_Sina

    http://pkukmweb.ukm.my/-ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah.htmlhttp://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_AAbdallah_Ibn_Sinahttp://pkukmweb.ukm.my/-ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah.htmlhttp://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_AAbdallah_Ibn_Sina