52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)

7

Click here to load reader

Upload: peningla

Post on 20-Jun-2015

676 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)

FORMAT RUJUKAN3.1 AmRujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkanatau tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengansenarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dua sistem penulisan rujukanyang lazim digunakan ialah (i) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard), dan (ii)Sistem Nombor.3.2 Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)3.2.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam TeksApabila menggunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulismenggunakan nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:(a) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarangyang dirujuk. Contoh:20“Menurut Paredis (1993), sebilangan besar masalah utama penjadualandalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong kedalam kelas masalah pengoptimuman kekangan.”(b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan namadan tahun dalam kurungan. Contoh:“Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagimasalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yangpopular dewasa ini (Paredis, 1993).”(c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh:“Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilankuasa oleh Kralj dan Petrovic (1995) . . . .”Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarangpertama. Contoh:“Safaai Deris et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atasjadual waktu Universiti.”(d) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitanoleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:“Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekanganialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a).”“Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraankepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b).”21(e) Rujuk silang (cross reference) tidak dibenarkan dalam penulisan tesis.Pelajar hendaklah merujuk kepada sumber bahan rujukan yang asal.3.2.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut Sistem Pengarang dan Tahun(Sistem Harvard)Semua bahan yang dirujuk dalam tesis hendaklah disenarai dalam Senarai Rujukanyang diletak di bahagian akhir teks.Susunan rujukan dalam senarai rujukan hendaklah mengikut abjad. Bagi pengarangyang sama yang mempunyai dua penerbitan atau lebih, nyatakan secara kronologi, misalnyapenerbitan 1964 oleh Scholfield didahulukan sebelum penerbitannya pada 1967.3.2.3 Panduan Menulis Nama Pengarang Dalam Senarai RujukanWalaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga

Page 2: 52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)

diikuti oleh singkatan nama lain, bagi sistem nama yang tidak mempunyai nama keluargaboleh ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan.(i) Nama BaratTuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh singkatan nama lain.Contoh:nama : John Neville Pavlovicditulis : Pavlovic, J. N.22(ii) Nama MelayuGunakan nama pengarangnya.Contoh:nama : Mohd Noor Abdullahditulis : Mohd Noor Abdullah(iii) Nama Arab atau Berunsur ArabGunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.Contoh (guna nama keluarga):nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attasditulis : Al-Attas, Syed Muhammad NaquibContoh (tiada nama keluarga):nama : Malik ibn Anasditulis : Malik ibn Anas(iv) Nama ChinaMulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak dihadapan.Contoh:nama : Tan Beng Keatditulis : Tan, Beng KeatNama keluarga dipisahkan dari nama lain dengan koma.23(v) Nama India(a) Gunakan nama pengarangnya.Contoh:nama : Srinivasan Venkataramanditulis : Srinivasan Venkataraman(b) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.Contoh:nama : S. N. Guptaditulis : Gupta, S. N.(vi) Nama PunjabiGunakan nama penulisnya.Contoh:nama : Pretam Singhditulis : Pretam Singh3.2.3.1 Format menulis nama pengarang berserta maklumat penerbitan(i) Pengarang Perseorangan dan KumpulanContoh untuk satu pengarang:Veres, S. M. (1990). Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems. NewYork: Gordon and Breach Science Publishers.

Page 3: 52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)

24Contoh untuk dua atau lebih pengarang:Puget, J. F. and Albert, P. (1994a). SOLVER: Constraints – ObjectsDescriptions. Technical Report. ILOG S. A.Pergantis, S. A., Cullen, W. R., Chow, D. T. and Elgendor, G. K. (1997). LiquidChromatography and Mass Spectrometry for the Speciation of Arsenic AnimalFeed Additives. Journal of Chromatography A. 764. 211- 222.(ii) Penyunting/PenyusunContoh:Martin, A. M. ed. (1991). Peat as an Agent in Biological Degradation ofWaste. London: Elsevier. 314–362.Lees, R. H. and Thomas T. R. eds. (1974). Chemical Nomenclature Usage.Chischester: Ellis Horwood.(iii) Penulis/Penyunting KorporatContoh:Engineers Joint Council (1969). Thesaurus of Engineering and Scientific Terms.New York: Engineers Joint Council.American Chemical Society ed. (1978). Handbook for Authors of AmericanChemical Society Publications. Washington, D. C.: American ChemicalSociety.253.2.4 Format Penulisan Bahan RujukanDalam penulisan tesis, pelajar akan merujuk berbagai jenis bahan sumber. Contohberikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan mengikut jenisnya ke dalamsenarai rujukan.(i) BukuNama penulis (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit: Penerbit. hlm.Contoh:Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. (1984). Engineering Economy. 6th ed.Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178.(ii) Artikel dalam bukuNama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku. JudulBuku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.Contoh:Sukiman Sarmani (1987). Pencemaran Radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87.(iii) Artikel dalam jurnalNama penulis (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor):hlm.Contoh:Billings. S. A. (1980). Identification of Nonlinear Systems: A survey. Proc. InstnElectr. Engrs, Part D. 127(6): 272-284.26(iv) Artikel daripada persidanganNama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan.Tempat diterbit: Nama Penerbit. hlm.Contoh:Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter Estimation of Nonlinear Systemsin Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966

Page 4: 52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)

IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18.Dearborn, Michigan: IEEE, 360-365.(v) TesisNama Penulis (Tahun). Judul. Nama Institusi: Tesis.Contoh:Ahmad Zaki Abu Bakar (1989). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu UntukPemahaman Komputer. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis DoktorFalsafah.(vi) PerundanganNama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor perundangan.Contoh:Malaysia (1983). Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah. :P.U.(A)41 1983.(vii) PiawaiNama institusi (Tahun). Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai.27Contoh:British Standards Institution (1987). Tongued and Grooved Software Flooring.London, BS 1297.(viii) PatenNama pemunya (Tahun). Judul Paten. (Nombor paten).Contoh:Lindgren, E. A. (1960). Screen Room Air Inlet and Wave Guard. (U.S. Patent2, 925, 457).(ix) Katalog dagangNama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.Contoh:Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: Partitioning in Business. Redhill(U.K.): Trade Brochure.(x) Lukisan Terukur dan TeknikNama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.Contoh:Zairul Azidin Badri (1980). Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,Kampung Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.Salim Man (1989). Pengisi Sekam ke Dalam Kontena Penyimpan: PandanganIsometrik. UTM: Lukisan Teknik.28(xi) Bahan Sumber Yang Tidak DiterbitkanTuliskan mengikut format sama seperti di atas, tetapi ditulis Tidak diterbitkandiakhirnya.Contoh Senarai Rujukan mengikut Sistem Pengarang dan Tahun diberi dalamLAMPIRAN X.3.3 Sistem Nombor3.3.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam TeksJika menggunakan Sistem Nombor, setiap satu rujukan yang digunakan diberinombor mengikut angka Arab. Bagi penulisan dalam teks, gunakan salah satu kaedahberikut:(i) Jika nama penulis disebut dalam ayat, masukkan nombor rujukan dengan

Page 5: 52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)

tanda kurung sama ada ( ), [ ] atau superskrip selepas penyebutan namapenulis yang dirujuk, contohnya:“Menurut Paredis (1) sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagaibidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalahpengoptimuman kekangan.”ATAU“Menurut Paredis [1] sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagaibidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalahpengoptimuman kekangan.”29ATAU“Menurut Paredis1 sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagaibidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalahpengoptimuman kekangan.”Bagaimanapun, nombor tidak semestinya ditulis selepas nama penulis, ada kalanyanombor rujukan ditulis selepas akhir ayat.(ii) Sekiranya tidak memerlukan nama pengarang dalam ayat, tuliskan nomborrujukan sahaja. Contoh:“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalahpengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini (1).”ATAU“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalahpengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini [1].”ATAU“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalahpengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini1.”3.3.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut Sistem NomborDalam senarai rujukan, susunkan rujukan mengikut nombor rujukan secaraberurutan seperti yang disebut dalam teks.30(i) BukuNama penulis. Judul Buku. Edisi (bukan pertama). Tempat terbit: Penerbit. hlm;TahunContoh:Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. Engineering Economy. 6th. edition..Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178; 1984(ii) Artikel dalam bukuNama pengarang artikel. Judul Artikel. dlm. Nama pengarang buku. Judul Buku.Tempat terbit: Penerbit. hlm.; TahunContoh:Sukiman Sarmani. Pencemaran Radioaktif. Dlm.: Ahmad Badri Mohamad.Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 – 87; 1987(iii) Artikel dalam jurnalNama penulis. Judul Artikel. Judul Jurnal. Tahun; Jilid (nombor): hlm.Contoh:Billings. S. A. Identification of Nonlinear Systems: A Survey. Proc. Instn Electr.Engrs, Part D, 1980, 127(6): 272-284.(v) Artikel daripada persidangan

Page 6: 52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)

Nama penulis. Judul Artikel. Tajuk Persidangan.; Tarikh Persidangan: Tempatditerbit: Nama Penerbit, Tahun. hlm.31Contoh:Sheta, A. F. and De Jong, K. Parameter Estimation of Nonlinear Systems in NoisyEnvironments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEEInternational Symposium on Intelligent Control. September 15-18,1996. Dearborn, Michigan: IEEE, 1996. 360-365.(v) TesisNama Penulis. Judul. Tesis . Nama Institusi; TahunContoh:Ahmad Zaki Abu Bakar. Pemprosesan Teks Bahasa Melayu UntukPemahaman Komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti TeknologiMalaysia; 1989(vi) PiawaiNama institusi. Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai. TahunContoh:British Standards Institution. Tongued And Grooved Software Flooring.London, BS 1297. 1987(vii) PatenNama pemunya. Judul Paten. Nombor paten. Tahun.Contoh:Lindgren, E. A. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S. Patent 2, 925,457. 1960.32(viii) Katalog dagangNama pengeluar. Judul. Tempat terbit: Nota. TahunContoh:Howick Partitioning Ltd. Howick: Partitioning in Business. Redhill (U.K.): Tradebrochure. 1984.(ix) Lukisan Terukur dan TeknikNama pengeluar. Judul. Tempat terbit: Nota. TahunContoh:Zairul Azidin Badri. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung, KampungGajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur. 1980.Salim Man. Pengisi Sekam ke Dalam Kontena Penyimpan: PandanganIsometrik. UTM: Lukisan Teknik. 1989.Contoh senarai rujukan menggunakan Sistem Nombor adalah seperti dalam LAMPIRANY.3.4 Rujukan Dari InternetWalaupun internet menyediakan sumber rujukan yang amat luas, namun maklumatdalam internet biasanya tidak kekal dan sentiasa mengalami pembaharuan dari semasa kesemasa. Keadaan ini menjadikannya sumber rujukan yang tidak “reliable” untuk jangkapanjang. Oleh itu internet hendaklah dijadikan sebagai alat bagi mendapatkan sumber asalsesuatu rujukan.BAB 4NOTA DAN NOTA KAKI4.1 Panduan Umum

Page 7: 52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)

Nota ialah maklumat tambahan yang dimuatkan dalam sebuah penulisan. Notaseperti nota kaki, nota akhir dan sebagainya, pada sesuatu halaman tertentu tidakdibenarkan bagi penulisan tesis dalam bidang Sains dan Teknologi.Walau bagaimanapun penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisantesis dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bahagianbawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumattambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halamanberkenaan. Nota kaki dicatatkan mengikut angka Arab dan menurut urutan iaitu 1, 2, 3dan sebagainya.4.2 Keseragaman PenulisanCara penulisan nota kaki berbeza dengan penulisan rujukan dalam aspekpenyebutan nama penulis dan penggunaan jenis tanda bacaan. Dalam nota kaki, namapenulis ditulis menurut sebutan dan susunan semula jadi nama berkenaan. Tanda bacaan34koma atau tanda kurung digunakan untuk memisahkan nama penulis, judul artikel danmaklumat penerbitannya. Dalam penulisan rujukan, tanda noktah digunakan bagi tujuan ini.Saiz taip huruf nota kaki adalah dua (2) poin lebih kecil daripada saiz font teks. Perbezaanantara nota kaki dengan rujukan dapat dilihat daripada format berikut:Cara Menulis Nota Kaki:10 Nama penulis, “Tajuk Artikel.” maklumat penerbitan, tahun, muka surat.Contoh:10 Mary Duncan Carter, Wallace John Bonk, dan Rose Mary Magrill,“Building Library Collections.” Edisi keempat (Metuchen, N. J.:Scarecrow Press, 1974), m.s. 61 - 66.Cara Menulis Senarai Rujukan:Nama penulis (tahun). “Tajuk Artikel.” maklumat penerbitan. muka surat.Contoh:Carter, M. D., Bonk, W. J. dan Magrill, R. M. (1974). “Building LibraryCollections.” Edisi keempat. Metuchan, N. J.: Scarecrow Press. hlm. 61 - 66.(ii) Sekiranya penulis perlu menggunakan nota kaki, maka penulisannya hendaklahseragam dan standard.