5.0

Upload: sekut-tawar

Post on 05-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hahaha

TRANSCRIPT

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN5.1Prosedur TindakanDi dalam kajian yang dijalankan, saya telah menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & MC Taggart. Adaptasi dari model Kemmis & MC Taggart (1988) merangkumi empat langkah seperti di bawah :

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart

Proses kajian tindakan Kemmis dan McTaggart bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Seterusnya guru melaksanakan perancangan yang telah dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru perlulah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Berpandukan Model Kemmis Mc Taggart ini saya telah menjalankan kajian saya ini berdasarkan empat langkah tersebut.

5.1.1Mereflek Sewaktu saya membuat tinjauan awal pada murid Tahun 2, saya mendapati ada beberapa orang murid yang tidak dapat menyambung huruf jawi ya () dengan huruf jawi yang lain. Kadang-kala mereka membiarkan sahaja huruf tersebut tidak bersambung dengan mana-mana huruf dan hanya akan kekal tunggal. Setelah mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah tersebut maka saya telah mencari inisiatif atau jalan penyelasaian bagi membantu mereka berkemahiran dalam menulis jawi dengan baik. Saya telah berbincang dengan guru dan pensyarah untuk memikirkan strategi yang bersesuaian dengan permasalahan ini. Saya dapat mengetahui bagaimana murid saya tidak dapat menulis huruf jawi ya () ini juga adalah melalui lembaran kerja atau latihan yang diberikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, saya telah membuat rujukan di perpustakaan dengan membaca contoh-contoh kajian tindakan yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar terdahulu dan saya belajar bagaimana cara untuk membuat kajian tindakan nanti.

5.1.2Merancang Setelah membuat penelitian, maka saya mengambil keputusan untuk membuat bahan yang dapat membantu murid berkemahiran dalam menulis huruf jawi ya (). Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perbincangan di antara guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan juga saya sendiri semasa menjalankan praktikal di sekolah. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat satu bahan yang dapat membantu penulisan jawi huruf ya ()) yang dinamakan Patung Itik.

5.1.3Melaksana tindakanSetelah semua perancangan telah dibuat, saya mengambil keputusan untuk memperkenalkan bahan bantu mengajar iaitu patung itik untuk membantu penulisan huruf jawi ya () murid-murid di sekolah. Saya memulakan tindakan saya dengan menjalankan beberapa aktiviti dan langkah-langkah sepanjang kajian dijalankan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah :

Aktiviti 1 : Memperkenalkan Patung ItikPada permulaan aktiviti, saya telah menjalankan aktiviti mewarna gambar itik. Tujuan aktiviti tersebut ialah untuk mendekatkan diri murid dengan bahan bantu yang akan saya perkenalkan kepada mereka. Kemudian, saya menunjukkan huruf jawi ya () dihadapan murid dan diikuti dengan patung itik tersebut. Saya ingin melihat sama ada murid dapat membuat perkaitan diantara huruf jawi ya () dengan patung itik. Disamping itu, saya telah memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan aktiviti tersebut. Sebagai contoh, saya menunjukkan cara bagaimana menggunakan patung itik tersebut.

Aktiviti 2 : Memperkenalkan formula Patung itikSelepas murid diperkenalkan dengan patung itik dan cara menggunakan patung itik tersebut, barulah saya memperkenalkan formula Patung Itik. Formula ini dibina untuk memudahkan murid memahami cara penyambungan huruf jawi ya () dengan huruf jawi yang lain. Pada peringkat ini, murid-murid diminta untuk mengingat cara pemotongan kepala dan ekor bagi patung itik tersebut. Hal ini dilakukan kerana ia akan menunjukkan cara pemnyambungan huruf jawi ya () yang sebenar berdasarkan kedudukan huruf ya () sama ada di hadapan, tengah atau di belakang.

Aktiviti 3 : Latih tubi dan pemerhatianApabila murid telah memahami bagaimana menyambung huruf jawi ya () dengan huruf jawi yang lain menggunakan formula patung itik tersebut maka saya telah mengedarkan soalan latih tubi kepada mereka. Latih tubi tersebut mengandungi soalan berkenaan dengan huruf jawi ya (). Mereka diminta untuk menyambung huruf jawi ya () dengan huruf jawi yang lain dengan merujuk kepada Patung Itik tersebut.

5.1.4Menilai Di dalam proses menilai ini, saya telah membuat penilaian terhadap bahan bantu yang telah saya gunakan bagi membantu murid di dalam menyambung huruf jawi ya (). Saya mendapati murid-murid seronok bermain dengan patung itik tersebut dan dapat membuat soalan latih tubi menyambung huruf jawi ya () dengan huruf jawi yang lain dengan usaha mereka sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.

5.2Rasional pemilihan Patung ItikPenggunaan Patung Itik ini sangat membantu murid di dalam menyambung huruf jawi ya () dengan huruf jawi yang lain. Keputusan untuk membina bahan ini adalah hasil daripada keazaman saya untuk melihat anak murid dapat menulis huruf jawi dengan baik. Oleh kerana murid-murid saya dapat menulis sambungan huruf jawi kecuali huruf jawi ya () maka saya telah membuat keputusan untuk membantu mereka mengatasi masalah ini. Bahan yang digunakan juga sangat menarik minat murid kerana murid dapat bermain dengan patung itik. Menurut Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka. Beard dan Senioa (1980), melaporkan bahawa kajian ahli psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar yang berkemungkinan besar boleh menggerakkan murid untuk belajar atau mengekalkan motivasi yang baik ialah kaedah yang melibatkan mereka dengan aktif (Ahmad Mohd. Salleh, 1997).