5. azminasionalisme melayu_ 1945-57 _bentang_new

28
1 NASIONALISME MELAYU 1945-57: BRITISH, UMNO DAN GERAKAN KIRI MELAYU 1 Azmi Arifin Pengenalan Tahun 1945-57 merupakan satu tempoh yang amat penting dalam pengkajian sejarah Malaysia. Ia merupakan dua belas tahun terakhir pemerintahan British yang menyaksikan tersekatnya kemaraan kolonialisme dan permulaan proses dekolonisasi. Dekad itu diwarnai oleh desakan dunia selepas perang yang memaksa kuasa-kuasa penjajah Eropah, khususnya Britain, menyerahkan semula pemerintahan sendiri kepada seluruh tanah jajahannya. Namun apa yang sebaliknya berlaku dalam konteks perkembangan politik di Tanah Melayu 1945-57 adalah proses rekolonisasi. Dalam usaha menyerahkan pemerintahan sendiri, British terlebih dahulu mahu mencorakkan keadaan yang dapat menjamin pengekalan pengaruh dan kepentingan kolonialismenya di Tanah Melayu. Dalam memenuhi matlamat itu, British perlu menjajah Tanah Melayu sepenuhnya terlebih dahulu sebelum dapat memberikannya pemerintahan sendiri. Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, penguasaan British di Tanah Melayu masih belum menyeluruh. Walaupun berkuasa di Negeri-Negeri Selat yang diletakkan sebagai koloni British, namun kekuasaan British di negeri-negeri Melayu lain tersekat oleh perjanjian-perjanjian awal yang pernah dibuat dengan sultan-sultan Melayu. 2 Perjanjian itu membayangkan kehadiran British di negeri-negeri Melayu hanyalah sebagai ‘pelindung’ atau ‘penasihat’, dan mereka perlu menghormati hak asal penduduk peribumi dari segi adat resam budaya dan agamanya, kedaulatan kuasa Sultan dan kedudukan negeri-negeri Melayu yang bebas dan tersendiri. Kewujudan pentadbiran yang bebas dan berasingan di setiap negeri Melayu sebelum 1940 itu dianggap sebagai satu kelemahan terutamanya dari sudut kepentingan ekonomi, pentadbiran dan pertahanan British. Walaupun usaha-usaha telah dibuat oleh pihak British sejak sekitar tahun 1920-an dan 1930-an lagi bagi menyatukan kesemua negeri tersebut di bawah satu bumbung pentadbiran berpusat, atau penjajahan berpusat, namun ia menemui kegagalan kerana mendapat tentangan daripada pemerintah Melayu. 3 Tidak hairanlah penjajahan Jepun yang menyediakan suatu kekosongan politik dan memperkenalkan bentuk pemerintahan baru telah dianggap sebagai satu rahmat oleh sesetengah pegawai British. Ia adalah “…a God-sent chance to clear up all the country’s

Upload: pether-thegreat

Post on 29-Jun-2015

196 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  1

NASIONALISME MELAYU 1945-57: BRITISH, UMNO DAN GERAKAN KIRI MELAYU1

Azmi Arifin

Pengenalan

Tahun 1945-57 merupakan satu tempoh yang amat penting dalam pengkajian sejarah

Malaysia. Ia merupakan dua belas tahun terakhir pemerintahan British yang menyaksikan

tersekatnya kemaraan kolonialisme dan permulaan proses dekolonisasi. Dekad itu

diwarnai oleh desakan dunia selepas perang yang memaksa kuasa-kuasa penjajah Eropah,

khususnya Britain, menyerahkan semula pemerintahan sendiri kepada seluruh tanah

jajahannya. Namun apa yang sebaliknya berlaku dalam konteks perkembangan politik di

Tanah Melayu 1945-57 adalah proses rekolonisasi. Dalam usaha menyerahkan

pemerintahan sendiri, British terlebih dahulu mahu mencorakkan keadaan yang dapat

menjamin pengekalan pengaruh dan kepentingan kolonialismenya di Tanah Melayu.

Dalam memenuhi matlamat itu, British perlu menjajah Tanah Melayu sepenuhnya terlebih

dahulu sebelum dapat memberikannya pemerintahan sendiri.

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, penguasaan British di Tanah Melayu

masih belum menyeluruh. Walaupun berkuasa di Negeri-Negeri Selat yang diletakkan

sebagai koloni British, namun kekuasaan British di negeri-negeri Melayu lain tersekat oleh

perjanjian-perjanjian awal yang pernah dibuat dengan sultan-sultan Melayu.2 Perjanjian itu

membayangkan kehadiran British di negeri-negeri Melayu hanyalah sebagai ‘pelindung’

atau ‘penasihat’, dan mereka perlu menghormati hak asal penduduk peribumi dari segi

adat resam budaya dan agamanya, kedaulatan kuasa Sultan dan kedudukan negeri-negeri

Melayu yang bebas dan tersendiri.

Kewujudan pentadbiran yang bebas dan berasingan di setiap negeri Melayu

sebelum 1940 itu dianggap sebagai satu kelemahan terutamanya dari sudut kepentingan

ekonomi, pentadbiran dan pertahanan British. Walaupun usaha-usaha telah dibuat oleh

pihak British sejak sekitar tahun 1920-an dan 1930-an lagi bagi menyatukan kesemua

negeri tersebut di bawah satu bumbung pentadbiran berpusat, atau penjajahan berpusat,

namun ia menemui kegagalan kerana mendapat tentangan daripada pemerintah Melayu.3

Tidak hairanlah penjajahan Jepun yang menyediakan suatu kekosongan politik dan

memperkenalkan bentuk pemerintahan baru telah dianggap sebagai satu rahmat oleh

sesetengah pegawai British. Ia adalah “…a God-sent chance to clear up all the country’s

Page 2: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  2

troubles…”.4 Di sebalik tanggapan umum yang memperlihatkan penjajahan Jepun

membawa suatu rahmat besar kepada orang Melayu,5 ia sebenarnya merupakan permulaan

zaman malapetaka kepada seluruh orang Melayu.

Apabila menjejakkan semula kaki ke Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah,

British yang tidak bercadang untuk kembali semula kepada status quo politik sebelum

perang telah menyiapkan satu rancangan baru bagi menyusun semula struktur pentadbiran

politik dan ekonomi negeri-negeri Melayu. Dasar kolonialisme baru, yang dikenali sebagai

Malayan Union (MU), akan menyatukan kesemua negeri Melayu, kecuali Singapura, ke

dalam sebuah koloni British kononnya sebagai “...langkah persediaan untuk mengatur ke

arah pemerintahan sendiri.”6 Namun tujuan sebenarnya adalah bagi menjaga kepentingan

eksploitasi ekonomi di Tanah Melayu. British perlu menggerakkan pemulihan segera

ekonomi negaranya yang terhumban selepas perang dan Tanah Melayu telah menjanjikan

potensi sumber-sumber ekonomi yang amat diperlukan bagi melaksanakan pelan

pemulihan itu.

Rancangan MU mewujudkan tiga perubahan utama yang dipercayai akan

mempengaruhi kepada penghakisan kekuatan politik orang Melayu. Pertama, kedaulatan

kuasa pemerintah tradisional Melayu akan dihapuskan dan diletakkan di bawah kekuasaan

ratu British. Kedua, kedudukan negeri-negeri Melayu yang masih bebas akan hilang di

bawah kekuasaan sebuah kerajaan berpusat. Ketiga, kedudukan orang Melayu sebagai

pemilik asal dan mutlak Tanah Melayu akan dihapuskan dan hak-hak istimewa orang

Melayu akan diperluaskan kepada bukan Melayu.7 Cadangan-cadangan terhadap

rancangan baru ini telah dibentang dan diluluskan oleh Kabinet Perang British sejak

sebelum 1944 lagi. Ia secara tergesa-gesa cuba dilaksanakan di Tanah Melayu setelah

pihak Jepun menyerah kalah lebih awal.

Reaksi orang Melayu terhadap dasar kolonialisme baru ini ialah memuncaknya

penentangan nasionalisme terhadap British.8 Terdapat dua bentuk gerakan nasionalisme

tempatan sebagai tindakbalas terhadap dasar penjajahan semula British itu. Pertama,

nasionalisme ‘arus kanan’ atau ‘arus atas’ yang diperjuangkan oleh golongan elit Melayu

berpendidikan Barat untuk mempertahankan hak-hak elit dan konservatif Melayu, dengan

slogan ‘Hidup Melayu’, khususnya melalui United Malays National Organization

(UMNO) yang ditubuhkan pada 1946. Kedua ialah nasionalisme ‘arus kiri’ atau ‘arus

bawah’ yang bermatlamat menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dengan apa jua cara,

termasuklah melalui jalan perundingan hinggalah, jika terdesak, menggunakan taktik

kekerasan.9 Perjuangan ini dibawa oleh gerakan nasionalis kiri Melayu yang telah

Page 3: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  3

bergerak lama sebelum penubuhan UMNO, khususnya melalui Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM) yang ditubuhkan sejak 1945.

Timbul kekeliruan dan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli sejarah tentang

corak perjuangan kedua-dua gerakan nasionalisme Melayu yang berkembang pada

peringkat itu. Umumnya ahli sejarah yang membahaskan tentang sifat kedua-dua gerakan

nasionalisme itu hanya menumpukan kepada perkembangan mana-mana satu gerakan dan

mengasingkannya daripada peranan atau sumbangan pihak yang satu lagi. Ahli sejarah

juga umumnya gagal memperlihatkan secara jelas peranan pihak ketiga dan sebenarnya

yang paling berpengaruh, iaitu British, dalam menentukan kejayaan mahupun kegagalan

gerakan-gerakan tersebut. Akibatnya, kejayaan dan kegagalan sesuatu gerakan

nasionalisme itu cuba diperlihatkan hanya dalam konteks kekuatan dan kelemahannya

sendiri, misalnya dari segi ideologi, prinsip perjuangan mahupun sokongan rakyat, yang

dianggap menjadi penentu utama, lalu dipisahkan daripada peranan besar yang dimainkan

oleh British sebagai penentu sebenar.

Bagi membolehkan kita memahami perkembangan sebenar yang berlaku, kajian ini

akan cuba mengenengahkan bukan sahaja perspektif penulis tempatan yang cenderung

memperlihatkan tafsiran nasionalisme Melayu berasaskan tema perjuangan ‘kanan’ dan

‘kiri’, tetapi juga catatan daripada sumber-sumber luar dan sumber rasmi pihak British

sendiri yang dapat menjelaskan tentang reaksi pihak British dalam menangani kedua-dua

bentuk gerakan nasionalisme tersebut. Kajian ini akan menjelaskan bagaimana persaingan

sengit yang wujud antara kedua-dua gerakan nasionalisme ‘kanan’ dan ‘kiri’ Melayu telah

dipergunakan sepenuhnya oleh pihak British bagi mengekang kebangkitan nasionalis anti-

kolonial dan seterusnya memastikan dasar-dasar yang cuba dilaksanakannya di bawah

rancangan MU dapat dipenuhi sebelum kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu

pada 1957.

Nasionalisme Melayu dari Catatan Penulis Awal

Kajian-kajian tentang sejarah gerakan anti-kolonial dan perjuangan menuntut

kemerdekaan Tanah Melayu telah dilakukan oleh para sarjana tempatan sejak dari awal

lagi. Bermula sekurang-kurangnya sejak tahun 1950-an dan 1960-an melalui beberapa

tulisan antaranya oleh Ungku Aziz dan T. H. Silcock (1953), Raden Soenarno (1959,

1960), Ishak Tadin (1960), Mohammad Yunus Hamidi (1961) dan Yusof Ngah (1967),10

Page 4: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  4

ia seterusnya disambung pada 1970-an oleh beberapa penulis seperti Jang Aisjah Mutalib

(1972), James P. Ongkili (1971/72, 1974), Maymon Ariff (1973/74),11 dan ramai lagi.

Pengkajian yang bertemakan sejarah perjuangan orang Melayu dan Tanah Melayu

semakin berkembang pada 1980-an dan 1990-an, dengan lahirnya beberapa tulisan pada

1980-an oleh penulis-penulis tempatan seperti Timah Hamzah (1981), Khong Kim Hoong

(1984), Jagjit S. Sidhu (1985), Ahmad Fawzi Basri (1986) dan Cheah Boon Kheng (1985,

1988),12 manakala kajian-kajian pada sekitar tahun 1990-an telah dilakukan oleh Arifin

Omar (1993), Abdullah Zakaria Ghazali (1995), Abdul Latiff Abu Bakar (1996) dan

Ramlah Adam (1998).13

Secara umumnya kebanyakan tulisan yang dihasilkan oleh para pengkaji di atas

menganggap bahawa sebelum 1941 masih belum wujud suatu kesedaran politik dan

tuntutan kemerdekaan yang jelas dalam kalangan orang Melayu. Sehingga penjajahan

Jepun pada 1941, atau sekurang-kurangnya sehingga penubuhan Kesatuan Malaya

Merdeka (KMM) pada 1938, orang Melayu dikatakan masih lagi selesa berada di bawah

‘perlindungan’ British. Menurut Ramlah Adam, kesedaran orang Melayu yang wujud

sebelum zaman Jepun adalah lebih bersifat memajukan diri dalam bidang ekonomi dan

sosial, manakala usaha untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan adalah

sesuatu yang asing buat mereka.14

Antara tulisan awal yang sering menjadi rujukan pengkaji tempatan dalam

perbincangan tentang nasionalisme Melayu ialah yang dikemukakan oleh Raden Soenarno

pada 1960. Dalam kajiannya itu, Soenarno telah membahagikan tahap-tahap kesedaran

nasionalisme Melayu kepada tiga peringkat. Pertama ialah peringkat agama (1906-1925),

kedua sosioekonomi (1926-36), manakala peringkat ketiga iaitu politik dikatakan hanya

wujud sejak 1930-an. Tahap-tahap ini telah ditandai dengan perkembangan peristiwa-

peristiwa tertentu seperti kelahiran al-Imam, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan

KMM. Sungguhpun Soenarno berpendapat bahawa kesedaran orang Melayu telah bermula

sekurang-kurangnya sejak tahun 1920-an lagi, tetapi hingga 1938 ia dikatakan masih

berada pada tahap permulaan. Kegiatan orang Melayu sehingga 1938, menurut Soenarno,

“...had not really entered into the political arena, but still in the process of preparing to do

so.”15

Soenarno menganggap kesedaran politik dan nasionalisme Melayu telah melalui

proses evolusi yang amat lembap. Kemunculannya juga lebih disumbangkan oleh dasar-

dasar pemodenan serta penyatuan Tanah Melayu yang dilaksanakan oleh British.

Page 5: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  5

Sekiranya ini tidak berlaku tidak akan wujud kesedaran politik dan bangsa di Tanah

Melayu. Biarpun British telah melakukan pemodenan di Tanah Melayu, namun ia tidak

mampu mengubah sepenuhnya pemikiran orang Melayu, sebaliknya mewujudkan konflik

dengan unsur ‘feudal’ yang diamalkan oleh mereka. Daripada konflik itulah, menurut

Soenarno, lahirnya nasionalisme Melayu yang lebih merupakan “...suatu percubaan oleh

masyarakat feudal bagi menyesuaikan dirinya dalam susunan baru dunia demokrasi dan

sosialisme, daripada mewakili suatu kebangkitan nasional rakyat untuk mencapai

kebebasan politik daripada dominasi kaum asing.”16

Tulisan Soenarno telah mempengaruhi pandangan seorang pengkaji Barat iaitu W.

R. Roff yang telah menghasilkan satu kajian tentang sejarah nasionalisme Melayu secara

lebih menyeluruh pada 1967. Tulisannya The Origins of Malay Nationalism cuba

mengukuhkan pandangan awal bahawa kesedaran politik dan bangsa adalah sesuatu yang

asing bagi orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Roff menganggap orang Melayu

tidak pernah mempunyai kesedaran politik anti-kolonial atau memperjuangkan

kemerdekaan Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Persatuan-persatuan Melayu

bersifat kenegerian yang ditubuhkan sekitar 1930-an untuk memperjuangkan nasib orang

Melayu dianggap oleh Roff tidak lebih sebagai “...chauvinist or ethnicist rather than

politically nationalist...professed complete loyalty to the traditional Malay establishments

on the basis of the separate state structure, and an almost equal enthusiasm for British

colonial rule, as the bulwark for the time being of Malay interests against the rapacious

demands of Malayan-domiciled aliens.”17 Pandangan-pandangan ahli sejarah tempatan

selepasnya amat dipengaruhi oleh tulisan yang dikemukakan oleh kedua-dua penulis ini.

Pengkaji-pengkaji tersebut tidak menganggap perjuangan awal orang Melayu

menentang penjajahan asing lama sebelum 1930-an sebagai satu bentuk perjuangan

nasionalisme. Perjuangan yang dibawa oleh pemimpin tradisional dan bangsawan Melayu

seperti Dol Said, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat

Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan sebagainya dianggap hanya sebagai

pemberontakan kaum primitif dan berlaku disebabkan oleh kepentingan diri, ketamakan

kuasa dan reaksi ‘feudal’.18 Rakyat bawahan didakwa telah menyokong perjuangan

mereka bukan disebabkan oleh adanya kesedaran politik atau bangsa, tetapi kerana

dipaksa atau wujudnya kesetiaan yang membabi buta terhadap pembesar ‘feudal’

mereka.19 Jauh sekali daripada cuba memperlihatkan perjuangan golongan agama

sehingga sekitar 1920-an sebagai suatu kebangkitan nasionalisme, kajian-kajian di atas

bahkan tidak pun menganggapnya sebagai tahap permulaan kesedaran politik orang

Page 6: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  6

Melayu. Perjuangan ‘Kaum Muda’ yang sering diperlihatkan dipimpin oleh ‘bukan

Melayu yang tulen’ misalnya dianggap hanya menumpukan kepada soal agama semata-

mata.20 Pergerakan ini dikatakan telah gagal memperjuangkan hasrat politik orang Melayu

sehingga menyebabkan peranan mereka sering diremehkan atau diabaikan oleh pengkaji

sejarah.

Oleh kerana selepas penaklukan Jepun 1945 barulah kemelut politik yang melanda

orang Melayu dan kesedaran serta tuntutan terhadap hak-hak bangsa Melayu sebagai

pemilik tunggal Tanah Melayu menjadi semakin jelas, maka ramai yang menganggapnya

sebagai titik permulaan terbentuknya kesedaran nasionalisme Melayu. Ahli sejarah yang

mengkaji tentang perkembangan politik Melayu dalam tempoh itu umumnya memberikan

tumpuan kepada beberapa peristiwa tertentu khususnya penentangan orang Melayu

terhadap Rancangan MU dan kelahiran UMNO pada 1946. Penentangan orang Melayu

terhadap MU melalui UMNO juga telah diperlihatkan sebagai tahap kemuncak kepada

segala gerakan politik Melayu yang bersifat kebangsaan.

Malayan Union, U.M.N.O dan Ahli Sejarah

Ahli sejarah memberikan tumpuan yang begitu meluas kepada keadaan politik Tanah

Melayu selepas Perang Dunia Kedua sewaktu membicarakan tentang asal-usul dan

perkembangan nasionalisme Melayu. Zaman selepas penjajahan Jepun dianggap penting

kerana dasar-dasar pro-Melayu, pro-kemerdekaan mahupun kekerasan Jepun dikatakan

telah membawa banyak kebaikan dan menggalakkan kesedaran politik orang Melayu.

Selepas penyerahan Jepun, orang Melayu dikatakan tidak lagi bergantung kepada pihak

British untuk melindungi dan menjaga kepentingan mereka. Kesedaran baru ini dapat

diperjelaskan melalui penentangan golongan elit-konservatif Melayu terhadap percubaan

British memperkenalkan MU pada 1946.

Oleh kerana penentangan orang Melayu terhadap MU adalah amat ketara, maka ia

sering diperlihatkan sebagai satu langkah permulaan juga kemuncak kepada kebangkitan

nasionalisme Melayu. Dasar MU yang cuba diperkenalkan oleh British mengancam

kedudukan dan masa depan politik orang Melayu. Oleh itu, orang Melayu melalui UMNO

pada ketika itu dikatakan telah bangkit menentang rancangan British secara ‘habis-

habisan’ demi mempertahankan hak Melayu hingga sanggup melawan bukan sahaja

penjajah British, bahkan sultan-sultan Melayu sendiri. Menurut beberapa pengkaji, dalam

penentangan itu orang Melayu buat pertama kalinya telah bersatu sebagai sebuah bangsa

Page 7: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  7

dan meninggalkan kepentingan-kepentingan ‘feudal’nya. Sebelum itu mereka

mengamalkan fahaman politik ‘feudal’ yang sempit dan berpecah belah kepada negeri-

negeri yang berbeza.

Oleh kerana ahli sejarah cenderung melihat perkembangan nasionalisme Melayu

hanya bermula dengan penentangan terhadap MU, maka perbincangan mereka lebih

tertumpu kepada tokoh-tokoh dan gerakan tertentu sahaja, khususnya Dato’ Onn dan

UMNO. UMNO diperlihatkan sebagai gerakan kebangsaan Melayu terawal yang

memperjuangkan hak orang Melayu dan kemerdekaan Tanah Melayu. Dato’ Onn pula

ditonjolkan sebagai orang Melayu pertama yang bangkit mempersoalkan kezaliman sultan

Melayu dan yang pertama memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu.21 Menurut

pandangan sesetengah pihak, “Hanya Dato’ Onn Ja’afar itu sahaja yang dapat dianggap

sebagai pejuang Melayu pertama yang memimpin perjuangan negara menentang

British.”22 Tidak hairanlah nama Dato’ Onn diangkat sebagai ‘pengasas politik’ atau

‘pengasas kemerdekaan Tanah Melayu’,23 atau bahkan ‘bapa nasionalisme Malaysia’.24

Mereka yang lain, terutamanya yang bergerak dalam gerakan politik kiri seperti PKMM

diperlihatkan bukan sahaja tidak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan

kepentingan orang Melayu, bahkan didakwa diperalatkan oleh anasir-anasir bukan Melayu

dan komunis.

Oleh kerana UMNO diperlihatkan satu-satunya pertubuhan yang berjuang untuk

kepentingan orang Melayu, maka ia digambarkan mendapat sokongan sepenuhnya orang

Melayu. Sokongan padu orang Melayu dan ketegasan pemimpin UMNO menentang dasar-

dasar MU telah mengentarkan pihak British. Ia memaksa British bersetuju dengan tuntutan

orang Melayu atau UMNO memansuhkan rancangan MU.25 British dikatakan bimbang

UMNO akan dipengaruhi unsur ‘radikal’ dan menggunakan cara kekerasan sekiranya

kehendak atau tuntutannya tidak dipenuhi. Maka atas desakan, penentangan ‘habis-

habisan’ serta ketegasan pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan British terpaksa

berunding dengan orang Melayu dan mengenepikan rancangan MU. Terhapusnya

rancangan MU yang kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)

1948 dianggap sebagai kejayaan milik mutlak orang Melayu serta UMNO selaku

pergerakan yang mempertahankan hak serta kedudukan orang Melayu sehingga

merdeka.26

Atas inisiatif Dato’ Onn dan UMNO jugalah, di samping tokoh-tokoh Perikatan

bukan Melayu seperti Tun Tan Cheng Lock dan kemudiannya Tun H. S. Lee, Tun Tan

Siew Sin, serta Tun V. T. Sambanthan, yang didakwa mula-mula sekali menggerakkan

Page 8: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  8

idea kerjasama kaum bagi mencapai kemerdekaan.27 Dari tahun 1946 hingga 1957 hanya

beberapa tokoh dalam UMNO dan Perikatan itu sahajalah yang dikatakan telah berjuang

demi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, iaitu melalui jalan perundingan dan tanpa

sebarang pertumpahan darah.28 Mengulas tentang peranan UMNO dan Perikatan ini,

seorang pemimpin negara menyatakan; “Tanpa UMNO tidak akan lahir Perikatan, tidak

akan ada Tunku Abdul Rahman. Tanpa Perikatan antara UMNO, MCA dan MIC, kita

tidak akan mencapai kemerdekaan.”29

PKMM alat British dan komunis

Dalam usaha mengangkat peranan dan sumbangan UMNO, para sarjana cuba memberikan

gambaran yang begitu negatif pula terhadap perjuangan di luar UMNO, khususnya

gerakan kiri Melayu yang dipimpin oleh PKMM, biarpun ia merupakan antara pihak yang

turut terlibat dalam menubuhkan UMNO. Jika Dato’ Onn dan UMNO telah menentang

MU ‘habis-habisan’ dan ‘bermati-matian’,30 PKMM pula didakwa menyokong MU

sepenuhnya.31 Ini sesuai dengan dasar PKMM yang menolak sistem pemerintahan beraja

dan mahukan kerakyatan terbuka diberikan, yang jelas bertujuan hanya untuk memenuhi

kehendak orang bukan Melayu. Di sebalik sikap inginkan merdeka dan anti-kolonialnya

yang jelas terhadap British, PKMM didakwa telah menjadi alat atau dipergunakan oleh

pihak British yang menaburi janji manis untuk memberikan kemerdekaan.32

Oleh itu, bercanggah sama sekali dengan gambaran yang diberikan terhadap

UMNO, tema tentang perjuangan kiri yang dibawa oleh PKMM ialah ia lebih merupakan

alat orang bukan Melayu, komunis dan bahkan pihak British.33 Ia juga adalah parti

‘pelampau’ (radikal) yang dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia dan

memperjuangkan cita-cita menyatukan Tanah Melayu di bawah sebuah republik Melayu

Raya atau Indonesia Raya. Golongan kiri didakwa berjuang secara ‘radikal’ bukan sahaja

kerana mereka menolak terus jalan perundingan dalam mencapai kemerdekaan, bahkan

cuba mengenepikan hak-hak orang Melayu demi memenuhi cita-cita politik. Maka

dikatakan berpunca daripada sikapnya yang ‘radikal’ itulah menyebabkan PKMM dan

juga gerakan kiri Melayu yang lain tidak berjaya mendapat sokongan padu orang Melayu

dan seterusnya gagal dalam perjuangan mencapai kemerdekaannya. Sikap ‘radikal’nya

dan perjuangan secara ‘kekerasan’nya telah menakutkan orang Melayu dan mengundang

tindakbalas keras pihak British hingga gerakan itu dihapuskan melalui pengisytiharan

Darurat 1948.

Page 9: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  9

Inilah sebenarnya versi sejarah rasmi atau arus perdana yang telah wujud sejak

awal hingga ke hari ini, dan diterima umum sebagai versi ‘sejarah kebangsaan’.34 Versi

seperti ini sering dipaparkan bukan sahaja dalam tulisan-tulisan ahli sejarah, bahkan

dimuatkan dalam kempen-kempen dan pameran-pameran yang diadakan di arkib, muzium

dan media massa, terutama semasa setiap kali Malaysia mengadakan sambutan hari

kemerdekaannya.35 Versi ini cuba ditanam kukuh ke dalam sanubari pemikiran seluruh

generasi apabila ia dimuatkan dalam buku-buku teks sekolah rendah dan menengah.36

Versi ini ternyata amat sempit, kabur dan mengelirukan kerana beberapa sebab.

Pertama dari perspektif masa, ia hanya memberikan tumpuan kepada perkembangan

sejarah politik Melayu yang berlaku secara jangka pendek. Perbincangan tentang sejarah

perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan dalam versi ini misalnya hanya

mencakupi perkembangan yang berlaku dalam tempoh yang amat singkat, iaitu antara

tahun 1946-1948 itu sahaja. Kedua, dari perspektif ideologi perjuangan, hanya UMNO

yang dikatakan memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan menuntut kemerdekaan

Tanah Melayu, manakala perjuangan pihak lain termasuklah pejuang bangsawan

tradisional, golongan agama dan kiri Melayu disisihkan dalam penulisan sejarah ‘versi

kebangsaan’ itu. Mereka hanya diperlihatkan sebagai puak pemberontak, penderhaka,

anasir subversif, alat Parti Komunis Malaya (PKM) dan bukan Melayu. Dengan

menggunakan hujah-hujah dan pandangan yang negatif seperti itu, maka senanglah

sumbangan tokoh-tokoh dan gerakan politik lain di luar UMNO dan Perikatan diketepikan

dalam arus perbincangan tentang sejarah kemerdekaan negara.

Perspektif yang ketiga memperlihatkan perjuangan UMNO menentang British

berjaya kerana mendapat sokongan orang Melayu, manakala perjuangan golongan kiri

Melayu yang menjadi alat PKM dan bukan Melayu pula telah gagal kerana tidak mendapat

sokongan orang Melayu, walaupun sumber-sumber sejarah memberikan gambaran yang

sebaliknya. Pada masa yang sama, peranan pihak British memberikan segala bentuk ruang

dan sokongan kepada UMNO serta kesepakatan UMNO-British dalam usaha-usaha

menghapuskan kebangkitan gerakan kiri Melayu jarang disentuh dan diceritakan.

Ahli Sejarah, Pendekatan dan Pentafsiran Fakta

Sesungguhnya peristiwa penentangan orang Melayu terhadap MU dan penubuhan UMNO

adalah amat penting. Ia bolehlah dikatakan sebagai satu kemuncak daripada beberapa

kemuncak kesedaran dan perjuangan nasionalisme Melayu. Dalam perbincangan tentang

Page 10: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  10

perkembangan nasionalisme Melayu, kita tidak boleh menafikan peranan ini walaupun ada

juga sesetengah pihak, demi kepentingan politik sempit, cuba mengenepikannya.

Bagaimanapun pendekatan ahli sejarah perlulah seimbang dan tidak terlalu

sendeng memihak kepada mana-mana pelaku sejarah. Jika ahli sejarah hanya

menumpukan kepada peristiwa penentangan orang Melayu terhadap MU dan penubuhan

UMNO itu sahaja sebagai satu-satunya bentuk perjuangan nasionalisme Melayu, ini

menyebabkan sejarah perjuangan orang Melayu menjadi terlalu singkat, tidak lengkap dan

mengelirukan. Persoalan yang harus dibangkitkan ialah apakah benar hanya Dato’ Onn

sahaja pejuang Melayu terawal yang memperjuangkan kemerdekaan negara? Apakah

hanya UMNO satu-satunya pertubuhan politik yang memperjuangkan hak dan

kepentingan orang Melayu sebelum merdeka? Dan apakah boleh dikatakan penentangan

orang Melayu terhadap MU merupakan permulaan dan penutup kepada seluruh

pergerakan nasionalisme Melayu?

Sebenarnya pendekatan yang diambil oleh ahli sejarah di atas adalah amat lemah

kerana hanya melihat dari perspektif sejarah jangka pendek. Pendekatan jangka pendek

tidak sesuai digunakan bagi mengkaji sejarah perjuangan orang Melayu kerana perjuangan

anti-kolonialisme asing dan gerakan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah berlaku

jauh lebih awal dan bersambungan selepasnya. Oleh itu, sejarah gerakan politik dan

nasionalisme Melayu haruslah dikaji secara menyeluruh dan jangka panjang.

Jika penelitian dibuat secara lebih menyeluruh dan jangka panjang, maka kita akan

mendapati perjuangan untuk kemerdekaan Tanah Melayu telah lama wujud dan

berkembang jauh lebih awal berbanding semasa penentangan orang Melayu terhadap MU

pada 1946. Kita bolehlah menyatakan usaha penentangan orang Melayu terhadap

penjajahan kuasa asing dan perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu telah pun

bermula sekurang-kurangnya sejak zaman orang Melayu Melaka menentang penjajahan

Portugis lagi, dan kemudiannya bersambung dengan gerakan-gerakan anti-kolonial yang

lain selepasnya.

Gerakan menentang penjajah bukan hanya berlaku terhadap pihak British sahaja.

Ini kerana orang Melayu juga telah bangkit melawan Portugis, Belanda, Siam dan Jepun.

Semua perjuangan ini, tanpa dapat diragukan lagi, adalah bersifat perjuangan menuntut

kemerdekaan daripada penjajahan asing. Penentangan selepas Melaka ditandai oleh

perjuangan Dol Said di Naning pada 1824, kebangkitan orang Melayu di Perak, Selangor,

Pahang, Kelantan, Terengganu pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, hinggalah

penentangan terhadap British secara tertutup atau terbuka dari tahun 1900 hingga 1950-an.

Page 11: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  11

Kalaulah dikatakan perjuangan orang Melayu sebelum 1920-an itu sempit, bersifat

kenegerian dan berasaskan kepentingan puak atau agama sahaja, ia tidaklah bercanggah

sama sekali dengan faham nasionalisme Melayu dan tidak menolak bahawa perjuangan

mereka adalah untuk menuntut kemerdekaan negeri Melayu atau negara-bangsa Melayu

yang tersendiri.

Dengan melihat secara jangka panjang, kita bolehlah menghargai peranan serta

sumbangan yang turut diberikan oleh pelbagai pihak selain UMNO, seperti pemimpin

tradisional Melayu, tokoh-tokoh agama dan golongan kiri, dalam mempelopori dan

memperjuangkan kesedaran nasionalisme Melayu. Memanglah jika dilihat melalui

laporan-laporan rasmi pihak British mereka sering dituduh sebagai puak pelampau,

pengganas, pemberontak, penderhaka, anasir subversif dan komunis dan sebagainya, tetapi

perjuangan mereka yang tidak rela dijajah oleh kuasa-kuasa asing adalah sebahagian

daripada perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan yang bertepatan dengan makna

serta kehendak gagasan nasionalisme sejagat.

Kesedaran nasionalisme Melayu tidak harus disempitkan hanya kepada perjuangan

menuntut hak oleh golongan elit-konservatif Melayu pada 1946 itu sahaja. Kesedaran

nasionalisme Melayu juga perlu dikaitkan dengan perjuangan tokoh-tokoh agama sejak

awal kurun ke-20, yang dibawa khususnya oleh gerakan ‘Kaum Muda’ dan seterusnya

disambung oleh Majlis Agama Tertinggi (MATA), Hizbul Muslimin (HM) hinggalah Parti

Islam Se-Malaysia (PAS). Begitu juga dalam menekankan tentang sejarah perjuangan

Melayu yang bersifat kebangsaan, perjuangan yang menggabungkan pelbagai ideologi di

bawah suatu keinginan untuk menentang kolonialisme British yang dibawa oleh KMM

dan seterusnya PKMM merupakan organisasi politik Melayu terawal bersifat kebangsaan

yang ditubuhkan lama sebelum munculnya UMNO. Jelasnya, dengan melihat sejarah

perjuangan orang Melayu secara lebih menyeluruh dan jangka panjang, perjuangan

kemerdekaan Tanah Melayu dapat dilihat tidak hanya dimonopoli oleh UMNO, tetapi juga

oleh pelbagai tokoh, individu, kelompok masyarakat dan organisasi-organisasi lama

sebelum tertubuhnya UMNO.

Begitu juga perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu bukan hanya bermula sejak

1946 atau 1948 seperti yang sering didakwa, bahkan Dato’ Onn atau Tunku Abdul

Rahman bukanlah pelopor atau pengasas kemerdekaan Tanah Melayu. Sebaliknya mereka

hanyalah penyambung perjuangan awal menentang penjajah yang telah diasas dan

digerakkan oleh tokoh-tokoh Melayu awal seperti Dol Said, Dato’ Bahaman, Mat Kilau,

Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Syed Sheikh al Hadi, Sheikh Tahir

Page 12: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  12

Jalaluddin, Rahim Kajai, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim

Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan begitu ramai lagi pejuang

yang namanya patutlah disenaraikan juga sebagai tokoh-tokoh nasionalis negara semasa

Malaysia menyambut hari kemerdekaannya. Walaupun diakui mereka berjuang demi

kemerdekaan Tanah Melayu melalui jalan dan matlamat yang berbeza, sama ada melalui

perjuangan kiri, sosialisme atau gerakan agama, tetapi secara keseluruhannya mereka

semua adalah pejuang negara yang pernah berkorban harta dan nyawa dalam menuntut

kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan asing.

Masalahnya ahli sejarah sehingga kini terlalu menumpukan perhatian kepada

peristiwa penentangan UMNO terhadap MU, hingga pentafsiran tentang sejarah

nasionalisme Melayu hanya disempitkan oleh perkembangan yang berlaku di sekitar

penentangan terhadap MU dan penubuhan UMNO 1946-48 itu sahaja. Sarjana tersebut

seolah-olah mahu menegaskan bahawa perjuangan orang Melayu menentang British dan

mempertahankan hak-hak Melayu hanya dibawa satu-satunya oleh UMNO. Oleh itu,

peristiwa penentangan terhadap MU 1946 telah diangkat setinggi-tingginya dalam

penulisan sejarah hingga menjejaskan perhatian ahli sejarah terhadap apa yang sebenarnya

berlaku pada dekad-dekad itu.

Tumpuan kepada sejarah penentangan UMNO terhadap MU antara 1946-48

memanglah menampakkan seolah-olah perjuangan orang Melayu begitu berjaya. Tetapi

jika diukur bagi tempoh yang lebih panjang misalnya antara 1946-57, ia sebenarnya

menampakkan permulaan suatu zaman yang penuh dengan kegagalan, kekecewaan dan

terhakisnya hak-hak politik serta pengerdilan bangsa Melayu.37 Selepas mempertahankan

hak Melayu ‘habis-habisan’ semasa menentang MU pada 1946, hak-hak itu mulai tergadai

satu persatu selepasnya. Kerakyatan secara jus soli yang cuba dilaksanakan dalam

rancangan MacMicheal memanglah ditentang hebat pada 1946, tetapi kepimpinan Melayu

itu sendiri jugalah akhirnya yang menerima kehendak British dan memberikan kerakyatan

secara mudah dan terbuka kepada bukan Melayu selepas 1955. Tolak ansur politik ini

telah dibuat secara tergesa-gesa dengan alasan untuk menangkis pengaruh komunis,

biarpun ini bercanggah dengan kehendak dan dasar perjuangan UMNO dan telah

menerima tentangan hebat daripada ahli UMNO sendiri.

Kerana adanya sikap berlembut, bertolak ansur, kelemahan dalam kepimpinan,

mainan politik penjajah dan pemimpin politik bukan Melayu, maka hak-hak orang Melayu

sebagai pemilik mutlak Tanah Melayu beransur-ansur hilang. Demi memenuhi syarat-

syarat tidak adil pihak British yang sepatutnya menyerahkan semula kuasa politik kepada

Page 13: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  13

orang Melayu, maka orang Melayu akhirnya hanya dapat mengecapi kemerdekaan dalam

acuan dan kehendak British serta bukan Melayu.38 Kemerdekaan sememangnya dapat

dicapai oleh orang Melayu pada 1957, tetapi mereka telah kehilangan hak sebagai sebuah

bangsa dan kemerdekaan yang dinikmati terpaksa dikongsi bersama dengan orang asing

yang secara tiba-tiba sahaja dan tak dijangkakan mendapat hak politik di Tanah Melayu.

British, U.M.N.O dan Gerakan Menuntut Kemerdekaan

Kajian tentang sejarah gerakan anti-kolonial dan perjuangan menuntut kemerdekaan

Tanah Melayu antara 1945-57 hingga kini hanya berkisar kepada peranan yang dimainkan

oleh dua pihak yang dianggap begitu berpengaruh iaitu pertama UMNO yang ditubuhkan

untuk menentang MU 1946 dan kedua pergerakan PKM yang dikatakan begitu kuat dan

mengancam pentadbiran British hingga memaksa British mengisytiharkan Darurat pada

1948.

Namun begitu, penekanan kepada dua unsur ini sahaja, biarpun penting, tetapi

adalah tidak memadai. Ini kerana perjuangan sebenar UMNO bukanlah untuk mencapai

kemerdekaan dan bersikap anti-British, manakala perjuangan PKM pula awal-awal lagi

telah gagal kerana tidak mendapat sokongan orang Melayu dan British hanya

menggunakannya sebagai ‘kambing hitam’ bagi membenarkan tindakan kekerasan diambil

terhadap semua gerakan anti-kolonial di Tanah Melayu. Sebenarnya berdasarkan

penelitian terhadap sumber-sumber rasmi pihak British sendiri, didapati elemen yang

paling ditakuti oleh pihak British dan mampu menggugat kedudukannya di Tanah Melayu

ialah gerakan kiri Melayu-Islam yang mendapat sokongan meluas daripada orang Melayu

dan mampu mengembeling tenaga Melayu dan bukan Melayu pada ketika itu.

Pertembungan antara British-gerakan nasionalis kiri-Islam Melayu telah bermula

sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi, tetapi menjadi semakin rancak selepas wujudnya

rancangan MU pada 1946. Dengan mengharapkan sokongan bukan Melayu untuk

mencapai tujuannya itu, British cuba melaksanakan rancangan MU sebagai langkah

permulaan untuk menguasai Tanah Melayu sebelum ia diberikan pemerintahan sendiri.

Namun tanpa dijangka, golongan bukan Melayu tidak memberi sokongan padu terhadap

rancangan MU kerana masih menumpukan perhatian terhadap perkembangan di negara

asal mereka iaitu India atau China, sebaliknya orang Melayu pula tidak seperti yang

dijangkakan telah memberikan tentangan yang sengit. Pada peringkat awal tentangan itu,

gerakan kiri telah dapat menyatukan diri dengan golongan kanan dan menggerakkan

penubuhan UMNO.

Page 14: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  14

Tentangan sengit yang diberikan terhadap dasar penjajahan semula British ini

menimbulkan kebimbangan pihak British. Ini kerana ia melibatkan bukan sahaja golongan

konservatif Melayu, tetapi turut dipimpin oleh tokoh-tokoh nasionalis kiri-Islam Melayu

yang jelas anti-British dan mahukan kemerdekaan. British amat khuatir sekiranya

sokongan orang Melayu terhadap gerakan kiri akan menjadi bertambah kuat. Oleh itu,

mereka cuba mencari jalan bagi memecahbelahkan penentangan ini dan mengendurkan

kemarahan golongan nasionalis kanan serta orang Melayu agar dapat membendung

ancaman gerakan kiri. Sebenarnya British amat memahami bahawa golongan konservatif

Melayu dalam UMNO sedia berlembut dan tidak bersikap anti-British; dan mereka pula

amat bimbangkan pengaruh gerakan kiri dalam kalangan orang Melayu. Secara terpaksa

British akhirnya memilih untuk bertolak ansur dan memenuhi beberapa tuntutan nasionalis

kanan.

Sumber-sumber rasmi British menjelaskan bahawa amatlah dibimbangi sekiranya

tuntutan golongan kanan yang begitu sederhana dan tidak bersikap anti-British itu tidak

dipenuhi, berkemungkinan besar orang Melayu akan menyokong sepenuhnya gerakan kiri

dan perjuangan kanan akan ditelan oleh pengaruh unsur-unsur anti-British.39 Hal ini

menjadi semakin jelas kerana wujudnya anasir-anasir ‘radikal’ dalam UMNO sendiri yang

mula bersimpati dengan perjuangan gerakan kiri Melayu, misalnya Kesatuan Melayu

Johor (KMJ) dan Saberkas. Keadaan ini disedari oleh kepimpinan UMNO dan mereka

memberi ugutan supaya pihak British dapat segara memenuhi tuntutan pihak konservatif

dalam UMNO. Amaran telah dikeluarkan sendiri oleh Dato’ Onn kepada pihak British

bahawa sekiranya tuntutan UMNO tidak dipenuhi, kemungkinan besar orang Melayu

dalam UMNO akan menyokong gerakan anti-British yang dipelopori oleh golongan

‘radikal’ yang dipengaruhi komunis dan Indonesia.40

Namun tuntutan UMNO terhadap British semasa menentang MU adalah amat

sederhana. Perjuangan golongan konservatif dalam UMNO hanyalah setakat mahu

mengembalikan semula status quo golongan pemerintah dan kedudukan golongan elit

Melayu sebelum 1941. Keutamaan perjuangan UMNO adalah untuk menjaga hak-hak elit

konservatif Melayu daripada diancam oleh bukan Melayu, dan dalam hal ini mereka

sebenarnya amat bergantung kepada simpati serta sokongan daripada pihak British.

Walaupun pada peringkat awalnya UMNO menentang ‘habis-habisan’ prinsip-

prinsip rancangan MU dan menganggap British sebagai pengkhianat orang Melayu, tetapi

pegawai-pegawai British sendiri mengakui hubungan yang wujud antara kedua-dua pihak

Page 15: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  15

tetap rapat dan pergantungan pihak kanan dalam UMNO kepada British tidak pernah

terputus.41 Di sebalik ketegangan akibat rancangan MU itu, kepimpinan UMNO masih

melihat British sebagai satu-satunya rakan dan juga pelindung dalam menjamin hak-hak

orang Melayu daripada diasak oleh tuntutan golongan bukan Melayu.

Bahkan kerana bimbangkan anasir bukan Melayu dan pengaruh ‘Indonesia’ dalam

gerakan kiri, kepimpinan UMNO bukan sahaja bersedia untuk mengenepikan dulu

perjuangan dan pertelingkahannya dengan British, serta bekerjasama dan berunding bagi

melonggarkan tuntutan mereka, malah bersedia menolak tuntutan orang Melayu untuk

mencapai kemerdekaan kerana dibimbangi ini akan mengancam kedudukan golongan elit

Melayu.42 Alasan yang diberikan ialah orang Melayu masih belum bersedia untuk

mencapai kemerdekaan.43 Orang Melayu juga telah diberikan amaran oleh Dato’ Onn

bahawa komunis akan mengambil alih kuasa sekiranya British meninggalkan Tanah

Melayu.44 Sikap pemimpin UMNO ini memberi banyak kelebihan kepada British kerana

ia dapat melemahkan tentangan gerakan nasionalisme Melayu. Sebenarnya wujud

kepentingan kedua-dua belah pihak dalam menghadapi musuh yang sama hingga

memaksa British dan UMNO bersedia untuk bekerjasama dan bertolak ansur antara satu

sama lain.

Tolak ansur pertama bermula dengan perundingan Anglo-Melayu ke arah

pembentukan PTM 1948. Cadangan PTM sebenarnya adalah terhasil daripada percubaan

kedua-dua belah pihak iaitu British-UMNO untuk meredakan kemarahan orang Melayu

terhadap British dan usaha British untuk menyelamatkan beberapa prinsip utama yang

terkandung dalam rancangan MU. Dari satu segi, Constitutional Proposals for Malaya

yang dipersetujui antara British-UMNO menjamin hak kedaulatan Sultan, kebebasan

negeri-negeri Melayu dan hak ‘istimewa’ orang Melayu, tetapi pada masa yang sama juga

hasrat pembentukan sebuah kerajaan berpusat yang kukuh, satu rupabentuk kerakyatan

bersama (meskipun lebih terhad) dan kestabilan kewangan Tanah Melayu dapat dipenuhi

oleh British.45

Apa yang dipersetujui oleh UMNO dengan British melalui PTM 1948

mengenepikan tuntutan pihak kiri yang mahu diwujudkan sebuah pemerintahan bersifat

demokrasi dan gerakan ke arah kemerdekaan. Tiada apa-apa jaminan diberikan dalam

rancangan PTM ke arah pemerintahan sendiri. Begitu juga tidak ada pembentukan sebuah

Parlimen, hak-hak mengundi, bendera dan sebagainya yang membawa maksud Tanah

Melayu akan beransur-ansur diberikan pemerintahan sendiri. Jika dilihat daripada

kedudukan British yang semakin tertekan dan terdesak serta kesungguhan orang Melayu

Page 16: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  16

dan UMNO menentang MU pada 1946, perjanjian PTM 1948 adalah satu langkah

berpaling ke belakang. Ia menguntungkan British dan menjadi permulaan kepada

pemberian konsesi-konsesi lain oleh UMNO meskipun di sebaliknya ahli sejarah cuba

memperlihatkannya sebagai satu kejayaan mutlak orang Melayu.

Sikap pemimpin UMNO yang berunding dan bersetuju dengan kehendak British

telah menimbulkan ketidakpuasan hati dan ditentang oleh beberapa pihak dalam UMNO

sendiri. Walaupun pemimpin UMNO menekankan keperipentingan dan keuntungan yang

bakal diperolehi daripada perlembagaan baru itu, namun ia ditolak dan dikritik dengan

lantang oleh gabungan persatuan Melayu dalam UMNO seperti Saberkas, Kesatuan

Melayu Singapura dan KMJ yang mengertak untuk keluar daripada UMNO. KMJ bahkan

kemudiannya memang telah bertindak nekad untuk keluar daripada UMNO.46 Selain

menghadapi masalah perbalahan terhadap keputusan yang diambil oleh pemimpin UMNO,

perpecahan dalam UMNO diburukkan lagi oleh wujudnya sikap kenegerian menebal yang

ditunjukkan misalnya oleh kepimpinan negeri Kelantan, Kedah, dan Terengganu.47

Pendirian UMNO ini amat jauh bercanggah dengan tuntutan kepimpinan kiri

dalam PKMM misalnya yang mahukan kemerdekaan Tanah Melayu diberikan tanpa

bertangguh lagi. Bagi tokoh-tokoh gerakan kiri, mencapai kemerdekaan Tanah Melayu

daripada penjajahan British adalah jauh lebih penting daripada memperjuangkan hak-hak

dan kepentingan golongan elit Melayu semata-mata. Oleh itu, dasar yang dipegang

UMNO menimbulkan kemarahan golongan kiri yang mendorong kepada perpecahan dan

pertembungan antara gerakan kiri dan kanan sejak 1946.

Sebagai tindakbalas terhadap pendirian yang diambil oleh UMNO terhadap

rancangan PTM, gerakan kiri Melayu yang turut mendapat sokongan daripada kepimpinan

golongan kiri dan kanan bukan Melayu, termasuklah antaranya Tun Tan Cheng Lock,

telah menggerakkan kepada penubuhan PUTERA-AMCJA pada Februari 1947.48

PUTERA-AMCJA cuba merundingkan kerjasama semua kaum dan sedia bertolak ansur

antara mereka dalam beberapa perkara penting misalnya soal kerakyatan dan identiti

kebangsaan Tanah Melayu bagi memenuhi syarat -syarat yang dipaksakan oleh British ke

arah mencapai pemerintahan sendiri.

Golongan kiri Melayu sedar bahawa untuk mencapai kemerdekaan, mahu tak mahu

mereka terpaksa menerima kehadiran orang bukan Melayu di Tanah Melayu. Walaupun

bekerjasama dengan bukan Melayu, tetapi mereka tidaklah menolak sepenuhnya

kepentingan mempertahankan hak-hak orang Melayu termasuklah dari segi pengekalan

sistem beraja, agama, bahasa dan identiti kebangsaan berasaskan penerimaan bersama

Page 17: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  17

bahawa Tanah Melayu adalah asalnya hak kepunyaan orang Melayu. Persetujuan yang

dicapai dalam perlembagaan rakyat menjelaskan tentang pendirian atau prinsip sebenar

yng dipegang oleh golongan kiri Melayu terhadap hak-hak orang Melayu dan

menunjukkan mereka bukanlah golongan yang bersikap ‘anti-feudal’ yang totok. Apapun

usaha gerakan ini, yang mendahului pembentukan Perikatan yang diusahakan oleh British

dan UMNO, menunjukkan bahawa selain UMNO, terdapat juga golongan lain yang

mampu berfikir lebih awal ke arah mencapai kemerdekaan dan merangka masa depan

bersama dalam satu semangat kebangsaan (Melayu) yang melampaui batas kepentingan

kelompok yang sempit.

Tindakbalas British dan UMNO

Kepelbagaian sifat dan bentuk gerakan politik orang Melayu yang wujud antara 1945-48

mendorong sesetengah pihak secara mudah menganggap peranan yang dimainkan oleh

gerakan kiri adalah kurang penting dan mereka tidak mendapat sokongan yang meluas.

Namun gambaran ini adalah tidak tepat kerana pengaruh gerakan kiri dalam kalangan

orang Melayu, di sebalik gambaran negatif yang diberikan, sebenarnya adalah amat kuat.

Malah kekuatan gerakan itu pada pertengahan dekad 1940-an diakui setanding dengan

UMNO.49 Disebabkan kebimbangan terhadap pengaruh inilah kita dapat melihat reaksi

yang keras dan negatif telah diberikan oleh British dan UMNO terhadapnya.

Walaupun perjuangan kiri sering dikaitkan dengan tokoh-tokoh dan organisasi

politik tertentu, namun sebenarnya kekuatan gerakan ini bukan hanya bergantung kepada

wujudnya sesuatu organisasi yang bersifat seTanah Melayu seperti KMM dan PKMM,

tetapi juga terletak kepada kelompok masyarakat yang menyokong, mengerakkan dan

memperjuangkannya. Berbanding UMNO yang rata-ratanya dimonopoli kaum elit,

pendokong gerakan kiri pada umumnya adalah terdiri daripada kelompok yang paling

progresif dalam masyarakat Melayu. Mereka terdiri daripada golongan pemuda-pemudi,

kelas pertengahan, para cerdik pandai, kaum intelek, mereka yang anti-golongan

tradisional dan anti-konservatif, ‘Kaum Muda’ dan tokoh-tokoh agama yang mempunyai

pengaruh dan pengikut di mana-mana sahaja. Setengahnya daripada golongan arus bawah

ini, sama ada secara sukarela atau tidak, telah mendapat latihan peperangan semasa zaman

Jepun.

Inilah elemen yang membezakan pengaruh dan kedudukan UMNO dengan gerakan

kiri Melayu seperti PKMM, API, AWAS, HM dan sebagainya. Sokongan terhadap

gerakan kiri bukan hanya datang daripada beberapa pertubuhan Melayu dan kelompok kiri

Page 18: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  18

yang dianggap ‘radikal’ itu sahaja, bahkan juga daripada ahli UMNO sendiri kerana

sebahagian daripada mereka merupakan pengikut golongan kiri juga. Ini ditambah lagi

dengan adanya sokongan dan simpati daripada gerakan dalam UMNO sendiri terhadap

perjuangan kiri, misalnya dari KMJ dan Saberkas.

Salah satu unsur yang amat berpengaruh dalam gerakan kiri dan amat kurang

terdapat dalam UMNO ialah peranan golongan agama yang berpusat di madrasah-

madrasah, khususnya di Il Ihya As-Syariff Gunung Semanggol, Perak. Pergerakan

golongan agama yang bermula secara aktif sejak sebelum 1920-an dan semakin merancak

selepas 1945 mendorong kepada penubuhan beberapa badan penting seperti PEPERMAS,

LEPIR, MATA dan HM yang dapat menarik sokongan orang Melayu.50 Matlamat utama

penubuhan MATA dan HM adalah untuk mengambil alih peranan pemerintah tradisional

Melayu dalam urusan agama dan menubuhkan sebuah negara Islam merdeka, sesuatu yang

amat ditentang dan dilihat mampu menggugat kedudukan UMNO.

Matlamat perjuangan yang bersifat ‘radikal’ dan anti-kolonial gerakan ini

menimbulkan kebimbangan pihak British dan UMNO, hingga mendorong pihak British

dan pemimpin UMNO melabelkan gerakan-gerakan agama ini sebagai anasir ‘komunis’

dan ‘Indonesia’. Misalnya Dato’ Onn sendiri pernah cuba menyekat ahli UMNO daripada

terlibat dalam kegiatan di Il Ihya dengan menyatakan, “...saya tidak melarang tetapi saya

juga tidak sudi membenarkan (orang UMNO ke sidang Gunung Semanggol)...Bahaya dari

Gunung itu masih ada lagi dan ditambah pula satu merbahaya lagi (Hizbul Muslimin) yang

tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang-orang Melayu terhapus dan terjatuh

kerana sebenar-benarnya parti Islam itu merah.”51 Reaksi Dato’ Onn ini adalah bertujuan

untuk menjauhkan sokongan orang Melayu dan ahli UMNO terhadap gerakan kiri yang

berpusat di Gunung Semanggol itu.

Aktiviti gerakan kiri dan agama yang begitu aktif di Gunung Semanggol jika tidak

dibendung boleh menyebabkan UMNO kehilangan sokongan orang Melayu yang pada

ketika itu lebih condong untuk memilih perjuangan kemerdekaan. Dalam menghadapi

kegawatan itu, pihak British terpaksa melakukan apa sahaja yang termampu bagi melemah

dan memecahbelahkan sokongan orang Melayu terhadap gerakan kiri. Dasar-dasar yang

diambil oleh pihak British adalah untuk memperkuatkan UMNO dan memastikan UMNO

menjadi parti tunggal orang Melayu. Oleh itu, British telah membuka seluas-luasnya ruang

dan peluang untuk UMNO hidup dan bergerak manakala pada masa yang sama pula

menyekat dan menekan aktiviti gerakan kiri. Misalnya segala kemudahan telah diberikan

kepada kepemimpinan UMNO yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan untuk

Page 19: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  19

bergiat aktif dlam kegiatan politik dengan menggunakan kemudahan kerajaan tanpa

diugut, ditukarkan, dipecat atau disekat pencennya.52

Dato’ Onn sendiri sebagai seorang pegawai daerah dan kemudiannya Menteri

Besar Johor telah dapat menggunakan kedudukan rasminya itu untuk menguatkan

cengkamannya dalam UMNO dan menjadikan pejabat rasminya serta kakitangannya

sebagai pusat dan para pembantu kempen politiknya. UMNO juga mempunyai kelebihan

yang menurut pengkaji, tidak dapat dikongsi sama oleh gerakan radikal, iaitu mereka

boleh menggunakan kedudukan kaum elit dan jawatan penting dalam kerajaan untuk

mengeksploitasi ketua-ketua kampung dan penghulu yang menjadi orang tengah dalam

hubungan antara pihak kerajaan dengan orang kampung Melayu secara keseluruhannya.53

Peranan ketua kampung dan penghulu amat penting kerana tanpa kerjasama mereka,

UMNO tidak akan dapat bergerak mencari sokongan daripada masyarakat Melayu luar

bandar. British juga menyedari bahawa kerajaan tidak akan mencapai “...any great

measure of support and popularity until a successful effort is made to relieve the very

serious state of poverty and distress among the peasants.”54 Oleh itu, pada penghujung

bulan November 1947, pihak perisikan British telah mengesyorkan supaya kerajaan

mengusahakan suatu sokongan atau bantuan besar terhadap kempen-kempen memajukan

pertanian dan pendidikan yang sedang dilaksanakan oleh UMNO demi mengimbangi

aktiviti yang dijalankan oleh gerakan kiri dan komunis.55

Menurut Stockwell, salah satu kerjasama penting yang dilakukan oleh British-

UMNO ialah terhadap usaha menghapuskan pergerakan buruh. Antara 1945-48 kesatuan-

kesatuan sekerja bukan Melayu yang dikuasai oleh PKM telah tumbuh dengan pesatnya di

Tanah Melayu dan telah terlibat dalam mengadakan kempen-kempen pemogokan besar-

besaran yang efektif terhadap majikan Eropah dan kerajaan British. Bagaimanapun akibat

gagal mendapat sokongan orang Melayu, gerakan kesatuan sekerja mulai menjadi lemah

sejak 1947 dan para majikan pula mula mampu menekan mereka. Sokongan orang Melayu

tidak dapat diperolehi kerana usaha-usaha telah dibuat oleh pihak British-UMNO bagi

menghalang sokongan orang Melayu dengan menubuhkan Jabatan Buruh yang berperanan

menarik orang Melayu menyertai kesatuan-kesatuan sekerja yang pro-kerajaan dan

mempunyai hubungan baik dengan majikan Eropah.56 Dalam masa yang sama, British

juga menggunakan kuasa polis dan undang-undang bagi menyusahkan, menekan,

menangkap dan membuang daerah mana-mana individu yang boleh menimbulkan masalah

kepada kerajaan dengan dakwaan perlakuan subversif dan menyokong komunis.

Pemimpin gerakan kiri Melayu tidaklah terkecuali daripada menerima asakan-asakan ini.

Page 20: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  20

Dasar-dasar agresif pihak British terhadap gerakan kiri Melayu tidak akan berjaya

tanpa sokongan dan kerjasama padu yang diberikan UMNO. Sebenarnya permusuhan

antara gerakan nasionalis kiri-kanan Melayu yang ditandai kemudiannya melalui

pertembungan antara PKMM-UMNO sudah berlaku sejak sebelum zaman Jepun lagi.

Bagaimanapun, pergeseran ideologi dan peningkatan pengaruh gerakan kiri serta

kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap UMNO pada sekitar 1946-48

menyebabkan UMNO memberikan berkerjasama sepenuhnya kepada pihak British bagi

menangani saingan gerakan kiri.57 Dalam usaha menyekat pengaruh kiri, UMNO

menggunakan dakyah ‘ancaman komunis’ dan ‘Indonesia’ sebagai cara bagi menimbulkan

ketakutan orang Melayu dan seterusnya mengambil tindakan kekerasan terhadap gerakan

kiri. Dengan mengunakan tuduhan-tuduhan yang subversif itu, senanglah pihak British

dan pemerintah tradisional Melayu mengenakan pelbagai sekatan dan tindakan kekerasan

terhadap semua aktviti yang digerakkan oleh golongan kiri, termasuklah dalam kegiatan

agamanya.58

Dalam hal ini Dato’ Onn adalah pemimpin UMNO yang paling berkarisma dalam

menangani ancaman golongan kanan dan kiri terhadap kepimpinan UMNO. Beliau cuba

memperkuatkan kedudukannya dalam UMNO dengan menyingkirkan semua pengaruh

golongan penentangnya dan meletakkan pengikut-pengikutnya menguasai setiap bahagian

penting dalam UMNO. Ini dibuat bagi memastikan UMNO tidak berpecah belah. Bagi

menangkis kritikan dan ancaman gerakan kiri terhadap kegagalan UMNO memajukan

orang Melayu, beliau mengadakan kempen-kempen dan propaganda-propaganda politik

untuk menarik sokongan orang Melayu dan mengimbangi aktiviti gerakan kiri. Antaranya

dengan melancarkan kempen menaikkan bendera di seluruh Tanah Melayu dan

sambutannya terhadap kedatangan tokoh-tokoh dari Indonesia bagi meraih simpati orang

Melayu yang menyokong gerakan kemerdekaan di Indonesia.

Bagi menangani pengaruh golongan belia dan wanita yang menonjol dalam

gerakan kiri, beliau juga menggerakkan penubuhan sayap pemuda dan wanita, manakala

Jabatan Agama dan aktiviti persidangan agama dianjurkan atau dibiayai setiap masa oleh

UMNO bagi mengimbangi aktiviti agama yang dijalankan oleh gerakan kiri. Begitu juga

UMNO cuba memenangi hati para petani dan orang Melayu di kampung-kampung yang

cenderung menyokong perjuangan agama dan gerakan kiri dengan mengusahakan

pembinaan sekolah-sekolah Melayu di kampung-kampung. UMNO juga telah menyusun

programnya sendiri dalam memberi bantuan pendidikan dan ekonomi kepada orang

Page 21: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  21

Melayu di luar bandar. Jabatan Ekonomi UMNO misalnya telah menubuhkan Rancangan

Ekonomi Lima Tahun untuk negeri Perak dalam usaha melemahkan kegiatan yang

dijalankan oleh organisasi kiri seperti PEPERMAS.59 Semua usaha UMNO ini dapat

dilakukan dengan bantuan dan sokongan kewangan pihak pemerintah pada ketika itu.

Namun begitu, secara menyeluruh usaha-usaha yang dilakukan oleh British dan

UMNO untuk mengalih sokongan orang Melayu terhadap gerakan kiri tidak mencapai

kejayaan yang diharapkan. UMNO tidaklah seaktif gerakan kiri dalam menganjurkan

kegiatan-kegiatan yang dapat menarik simpati orang Melayu, khususnya yang tinggal di

luar bandar. Lagipun terdapat hubungan yang amat rapat antara rakyat bawahan Melayu

dengan golongan arus bawah dan tokoh-tokoh agama serta semangat yang terlalu kuat

dalam kalangan pemuda-pemudi Melayu, cerdik pandai dan golongan pertengahan yang

menguatkan sokongan terhadap perjuangan gerakan kiri. Ini ditambah lagi dengan

sokongan yang berjaya diraih oleh gerakan kiri Melayu daripada kelompok bukan Melayu

melalui kerjasama yang dibuat antara PUTERA-AMCJA. Sebenarnya kempen tindakbalas

UMNO tidak dapat mengekang sokongan orang Melayu terhadap kiri kerana orang

Melayu umumnya lebih tertarik dengan seruan merdeka yang dilaungkan gerakan kiri.

Seruan dan tuntutan merdeka bahkan terus menjadi api yang terus membakar dan

memecahbelahkan perpaduan Melayu dalam UMNO.

Oleh itu, British terpaksa mengambil jalan yang singkat dengan menggunakan

kekerasan bagi menghapuskan semua sekali gerakan anti-kolonial. Tindakan kekerasan

secara yang terbuka telah diambil misalnya dengan penangkapan tokoh-tokoh gerakan kiri

seperti Ahmad Boestamam dan pengharaman API pada 1947, serta penahanan pemimpin-

pemimpin Melayu kiri lain yang terlibat dalam hartal yang dianjurkan oleh PUTERA–

AMCJA. Kemuncak kekerasan British adalah dengan pengisytiharan Darurat pada jun

1948. Berdasarkan sumber-sumber rasmi pihak kolonial, jelaslah British pada ketika itu

telah menggunakan alasan pemberontakan dan keganasan oleh PKM untuk

mengisytiharkan Darurat mesipun tidak ada bukti yang jelas diperolehi tentang keganasan

yang dicetuskan oleh PKM itu.

Walaupun Darurat 1948 kononnya diisytiharkan sebagai usaha kerajaan menangani

keganasan PKM, namun pada hakikatnya pihak yang sebenarnya menjadi musuh dan

mangsa akta Darurat British ialah gerakan kiri dan agama Melayu. Namun hal ini sering

‘disembunyikan’ dalam catatan sejarah. Pemimpin-pemimpin gerakan kiri dan agama dari

kalangan orang Melayulah yang mula-mula ditangkap dan dikenakan hukuman, sedangkan

PKM telah dibiarkan hidup beberapa lama sebelum ia diharamkan pada 1948. Melalui

Page 22: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  22

Darurat 1948, hampir 34,000 rakyat Tanah Melayu telah dipenjarakan tanpa bicara antara

1948-57, dan ramai lagi ditahan secara tidak sah tanpa bukti-bukti yang mencukupi.60

Kebanyakan dari mereka adalah terdiri daripada golongan yang simpati dengan gerakan

anti-kolonial dan hanya sebahagian kecil daripadanya adalah penyokong komunis. Dengan

pengenalan Darurat 1948, penggiat dan pengikut gerakan kiri serta mereka yang

bersimpati dengan perjuangannnya telah dipaksa untuk memilih sama ada menyertai

PKM, lari ke Indonesia atau memasuki UMNO. Sebahagian pengikut gerakan kiri yang

memasuki UMNO telah memperjuangkan hasrat kemerdekaan dalam UMNO hingga

mendorong pemimpin UMNO menukar slogannya dari ‘Hidup Melayu’ kepada

‘Merdeka’.

Apapun cara British melaksanakan tindakan keras dan secara kolektif terhadap

orang Melayu dan kampung-kampung Melayu semasa Darurat 1948, sama ada yang

bersimpati atau tidak dengan perjuangan kiri, menjadi bukti yang jelas bahawa mereka

mahu menyekat sepenuhnya simpati orang Melayu terhadap perjuangan anti-kolonial.

Tanpa wujudnya saingan daripada gerakan kiri, maka hanya tinggal UMNO sahajalah

yang mampu menjadi satu-satunya parti politik Melayu yang masih bernyawa dan terlibat

dalam usaha-usaha politik. Tanah Melayu akhirnya diberikan kemerdekaan setelah British

dapat memastikan segala rancangannya yang diatur melalui MU dapat dicapai dan

dipenuhi melalui kerjasama yang dibuat antara UMNO-bukan Melayu dalam Perikatan.

Kesimpulan

Tahun 1946-57 merupakan satu tempoh yang begitu penting kerana ia menandakan suatu

kemuncak zaman tolak ansur, diplomasi, mahupun realpolitik dan kekerasan dalam usaha

British menghadapi tentangan daripada gerakan nasionalis kiri dan kanan Melayu. Usaha

British untuk menjajah semula Tanah Melayu telah menimbulkan kesedaran kepada orang

Melayu tentang tujuan dan sikap British yang sebenarnya. Akibatnya orang Melayu telah

bangkit menentang usaha British yang cuba dicapai melalui rancangan MU 1946.

Walaupun tokoh-tokoh gerakan kanan dan kiri Melayu telah bersama-sama

menubuhkan UMNO dan berjuang berhabis-habisan mempertahankan hak orang Melayu

semasa pengenalan rancangan MU pada 1946, namun akhirnya mereka berpecah belah

kerana perbezaan ideology dan corak perjuangan. Penentangan UMNO terhadap MU yang

sekadar untuk menuntut pengekalan dan jaminan terhadap hak-hak istimewa kaum elit

Melayu mewujudkan pertentangan dengan gerakan kiri yang mahukan kemerdekaan.

Pertembungan ini memecahbelahkan kekuatan nasionalisme Melayu dalam menghadapi

Page 23: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  23

bukan sahaja cabaran pihak British, bahkan desakan dan tuntutan yang dibawa oleh

golongan bukan Melayu. Dalam keadaan tertekan dan terdesak oleh asakan bukan Melayu,

pemimpin konservatif Melayu memilih untuk bertolak ansur dan bergantung kepada

sokongan British. Ini membawa kepada kesediaan pemimpin Melayu memenuhi beberapa

kehendak British seperti bekerjasama dengan parti-parti politik bukan Melayu dan

memberikan kerakyatan terbuka kepada mereka sebelum Tanah Melayu diberikan

kemerdekaan. Jelasnya, rancangan MU telah tidak dapat dijayakan oleh British pada 1946

akibat tentangan hebat orang Melayu, namun semangat dan tujuannya itu akhinya dapat

dipenuhi juga semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 1957.

Walaupun sering digambarkan kemerdekaan Tanah Melayu adalah diperolehi

melalui jalan perundingan dan tanpa pertumpahan darah, namun pada hakikatnya ia telah

memakan korban ramai pihak, termasuklah para pemimpin, bangsawan, pejuang

kemerdekaan, nasionalis kiri, tokoh agama, dan rakyat biasa. Perjuangan dan pengorbanan

yang dilakukan oleh mereka perlulah diberi pengiktirafan yang sewajarya sekurang-

kurangnya dalam penulisan sejarah. Sekiranya tidak ada tekanan dan ancaman yang

diberikan oleh para pejuang dan nasionalis kiri itu, berkemungkinan besar UMNO tidak

akan mampu memimpin dan mencapai kemerdekaan daripada British. Oleh itu,

penghargaan yang sama perlulah diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam

gerakan kemerdekaan Tanah Melayu agar sumbangan dan pengorbanan mereka tidak akan

dilupakan oleh generasi hari ini dan masa depan.

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia [email protected]

Page 24: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  24

Nota Hujung

                                                             1Kajian ini adalah hasil penyelidikan yang diperolehi melalui Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 203/PHUMANITI/6711104. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Sains Malaysia atas sokongan yang diberikan melalui geran tersebut.  2James de V. Allen, The Malayan Union, New Haven, Connecticut: Yale University, Southeast Asian Studies, Monograph Series No. 10, 1967, hlm. 2.   3Khoo Kay Kim, “UMNO dan Perjuangan Orang Melayu”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Mengenai Dato’ Onn Jaafar, Anjuran Badan Perhubungan UMNO dan Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama GAPENA, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1-4 Disember 2006, hlm. 2.  4A. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment, Kuala Lumpur: MBRAS, 1979, hlm. 17.   5Menurut pendapat seorang sarjana tempatan, “...pendudukan Jepun merupakan satu rahmat secara terselindung kerana telah memperhebatkan kesedaran politik atau nasionalisme orang Melayu.” Lihat Ahmad Fawzi Basri, “Perak Sebelum dan Selepas Perang Dunia Kedua: Satu Analisis tentang Nasionalisme Orang Melayu”, Analisis 1, 1, 1986, hlm. 133. Lihat juga pandangan yang lebih kurang sama dikemukakan oleh Ismail Adnan, “Jepun Membakar Semangat Perjuangan Kemerdekaan” dlm oleh Ismail Adnan (pnys.), Dato Onn Jaafar dan Perjuangan Kemerdekaan, Johor: Yayasan Warisan Johor, 2006, hlm. 119-122.   6James de V. Allen, The Malayan Union, hlm. 8.   7A. J. Stockwell, “Colonial Planning during the World War II: The Case of Malaya”, The Journal of Imperial and Commonwealth History 2, 3, 1974, hlm. 341.  8Reaksi awal sebelum Rancangan Malayan Union dikeluarkan secara rasmi kepada orang Melayu adalah bercampur-campur. Ada pihak menyokong dan ada juga yang curiga kerana isi-isinya masih belum jelas. PKMM misalnya telah menyatakan sokongan kepada rancangan tersebut kerana menyangka British akan memberikan kemerdekaan dan pemerintahan sendiri kepada Tanah Melayu. Namun apabila kertas putih dikeluarkan pada Januari 1946, barulah ia sedar British tidak bersedia memberikan kemerdekaan dan oleh itu PKMM mula menyatakan penentangan keras. Dalam usaha menyatukan suara orang Melayu, PKMM bersama pertubuhan-pertubuhan Melayu lain telah menaja satu Kongres SeTanah Melayu yang diadakan di Kuala Lumpur antara 1-4 Mac 1946 yang merintis kepada penubuhan United Malays National Organization (UMNO) untuk melancarkan bantahan tersusun terhadap Malayan Union.   9Istilah ‘arus bawah’ dan ‘arus atas’ ini digunakan oleh Abdul Rahman Haji Ismail, “Perjuangan Kemerdekaan dan Nasionalisme Melayu: Wacana Pensejarahan” dlm Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin dan Nazarudin Zainun (pnys.), Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2006, hlm. 46-73. Takrifan ‘kiri’ yang diberikan oleh Khoo Kay Kim ialah mereka yang menentang UMNO kerana UMNO kerjasama dengan British. Lihat Khoo Kay Kim, “The Malay Left 1945-48: A Preliminary Discourse”, Sarjana 1, 1, 1981, hlm. 167 dan 178.   10Ungku Aziz dan T. H. Silcock, “Malayan Nationalism” dlm W. L. Holland (pnys.), Asian Nationalism and the West, New York: Macmillan, 1953; Raden Soenarno, “The Political Attitudes of the Malays before 1945”, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1959; juga “Malay Nationalism, 1900-1945”, Journal of Southeast Asian History 1, 1960; Ishak Tadin, “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, Journal of Southeast Asian History 1, 1960; Mohammad Yunus Hamidi, Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1961; dan Yusof Ngah, “Malay Nationalism, 1945-46”, Tesis M.A., Otago University, 1967. Ini tidak mengambil kira lagi beberapa tulisan tentang nasionalisme yang dikemukakan oleh bekas-bekas pegawai kolonial British, yang cenderung meremehkan perjuangan orang Melayu, dan memperbesarkan peranan serta sumbangan British dalam mewujudkan kesedaran nasionalisme.   11Jang Aisjah Mutalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1972; James P. Ongkili, “Perkembangan Nasionalisme”, Jebat 1, 1971/72; juga “The British and Malayan Nationalism,

Page 25: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  25

                                                                                                                                                                                   1946-57”, Journal of Southeast Asian Studies 5, 2, 1974; dan Maymon Ariff, “Kegiatan Politik Melayu Tahun 1930-an”, Jebat 3/4, 1973/74/75.  12Timah Hamzah, Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981; Khong Kim Hoong, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya, 1945-57, Kuala Lumpur: INSAN, 1984; Jagjit S. Sidhu, “Nasionalisme Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua” dlm R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail (pnys.), Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985;Ahmad Fawzi Basri, “Perak Sebelum dan Selepas Perang Dunia Kedua: Satu Analisis tentang Nasionalisme Orang Melayu”, Analisis, hlm. 121-160; dan Cheah Boon Kheng, “Asal-usul dan Asas Nasionalisme Malaya” dlm R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail (pnys.), Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah, Petalng Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985; juga “The Erosion of Ideological Hegemony and Royal Power and the Rise of Postwar Malay Nationalism 1945-46”, Journal of Southeast Asian Studies 19, 1, 1988.  13Abdullah Zakaria Ghazali, “Kebangkitan-Kebangkitan Anti-British di Semenanjung Tanah Melayu” dlm Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1979; Abdul Latiff Abu Bakar (pnys.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur dan Melaka: Penerbit Universiti Malaya dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 1996; dan Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenajung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. Ini tidak mengambil kira kajian-kajian mutakhir yang telah dikemukakan dalam bentuk Latihan Ilmiah yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar universiti tahun akhir, dan juga tulisan-tulisan yang menyentuh tentang riwayat hidup atau biografi tokoh-tokoh politik negara seperti Tunku Abdul Rahman (Ramlah Adam), Dato Onn Jaafar (Ramlah Adam, Ismail Adnan), Dr. Burhanuddin Al-Helmy (Kamaruddin Jaafar, Ramlah Adam) dan beberapa tokoh penting lain. Ia juga tidak mengambil kira beberapa kajian dari perspektif berbeza dan mengenengahkan ‘tafsiran baru’ yang dikemukakan oleh beberapa penulis seperti Zainal Abidin Abdul Wahid dan Abdul Rahman Haji Ismail.  

14Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan Politik 1946-51, Kota Bharu: Mohd Nawi Book Store, 1979, hlm. 1. Umumnya para sarjana ini menganggap kesedaran politik dan nasionalisme Melayu sebagai satu gejala moden dan ciptaan Barat. Misalnya James P. Ongkili sewaktu menerangkan tentang asal-usul perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara menjelaskan bahawa kesedaran nasionalisme, termasuklah di Tanah Melayu, adalah ciptaan British. Sebelum kedatangan kuasa British, dikatakan tidak pernah wujud suatu bentuk kesedaran politik dan bangsa dalam kalangan orang Melayu. Penjajahan British mengasaskan kesedaran nasionalisme Melayu melalui dasar pemodenan dan pengenalan sistem pendidikan Baratnya. Mereka yang mendapat pendidikan Barat dikatakan kononnya telah mencedok idea-idea Barat seperti hak-hak persamaan, kebebasan, demokrasi dan sebagainya sebagai landasan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Maka berasaskan pandangan tersebut, beberapa penulis seperti Ungku Aziz, Jagjit Singh Sidhu dan Abdul Latiff Abu bakar menegaskan bahawa gagasan kesedaran politik dan nasionalisme Melayu, yang lahir daripada sistem pendidikan Barat itu, bermula agak lembap dan hanya berkembang dengan jelas selepas Perang Dunia Kedua. Lihat James P. Ongkili, “Perkembangan Nasionalisme”, Jebat 1, 1971/72, hlm. 24-41.  

15Raden Soenarno, “Malay Nationalism, 1900-1945”, Journal of Southeast Asian History, hlm. 29.  16Ibid.   17William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1980, hlm. 324.  18Azmi Arifin, “Imperialisme Eropah dan Warisan Pemikiran tentang Nasionalisme Melayu” dlm Abdul Rahman Haji Ismail, Azmi Arifin dan Nazarudin Zainun (pnys.), Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2006, 33-39.   19Ibid.  20Cheah Boon Kheng dalam tulisannya, “Evolusi Sebuah Negara Persekutuan Malaysia: Satu Perspektif Sejarah” dlm Zuraina Majid (pnys.), Masyarakat Malaysia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1985, hlm. 3 misalnya menganggap pergerakan ‘Kaum Muda’ hanya gerakan Pan-Islam sahaja, dan hanya mendapat sokongan kecil dan pergerakannya tidak memberi kesan kepada kesadaran politik orang

Page 26: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  26

                                                                                                                                                                                   Melayu. Sebenarnya pengaruh golongan yang disebut ‘reformis’ agama ini sebenarnya amat penting kerana ia menjadi asas yang menggerakkan kesedaran politik dan nasionalisme Melayu. Lihat Azmi Arifin, “Islam, Bangsa dan Perjuangan Melayu: Menelusuri Kesedaran dan Gerakan Politik Melayu-Islam dalam Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu 1900-1957”, Prosiding Persidangan Antarabangsa Islam dalam Masyarakat Malaysia, Anjuran Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 5-6 Oktober 2010, hlm. 254-271. 

21Ishak Tadin menganggap Dato’ Onn sebagai “...the indespensable pioneer of the Malay national movement.” Lihat Ishak Tadin, “Dato’ Onn and Malay Nationalism”, Journal of Southeast Asian History, hlm. 99. “Titik tolak perjuangan orang Melayu dengan semangat perjuangan bagi mendapatkan kebebasan dari penjajah”, menurut seorang lagi sarjana, bermula dengan “...penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) yang ditubuhkan Dato’ Onn di Batu Pahat.” Lihat Adnan Khamis, “Kebangkitan Kesatriaan dan Nasionalisme Melayu di bawah Pimpinan Dato’ Onn” dlm oleh Ismail Adnan (pnys.), Dato Onn Jaafar dan Perjuangan Kemerdekaan, hlm. 20. Pandangan seperti ini juga dikemukakan dalam Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KBSM, Cetakan Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 67. 

22Pernyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti dipetik dalam Fadzil Abdullah, Kassim Thukiman dan Md. Zin Idros, Onn Ja’far Pejuang Terbilang Pengasas Sebuah Negara Bangsa, Petaling Jaya: MPH Group dengan kerjasama YWJ Holdings, Yayasan Warisan Johor dan Badan Perhubungan UMNO Negeri, 2007, hlm. 131. Lihat juga pernyataan yang lebih kurang sama dalam Ismail Adnan, “Dato’ Onn Jaafar Bapa Nasionalisme Malaysia” dlm Ismail Adnan (pnys.), Dato Onn Jaafar dan Perjuangan Kemerdekaan, hlm. 10.   23Ibid. Dalam pengantar buku ini dinyatakan “Dato Onn adalah tokoh yang serba boleh. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai penentang Malayan Union, tetapi juga pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), penyatu bangsa Melayu, pengasas perpaduan kebangsaan, pemikir kemajuan bangsa, pencetus pendidikan, penggerak bahasa Melayu, penggerak pembangunan luar Bandar, pengasas pembentukan perlembagaan negara, pejuang ketuanan Melayu dan pengasas kemerdekaan negara bangsa.” Pada hlm. 9 pula dipetik pandangan Menteri Besar Johor, Dato Haji Abdul Ghani Othman bahawa Dato’ Onn adalah “...bapa kebangsaan moden negara dan pengasas sebuah negara bangsa Malaysia.” Selain itu, lihat beberapa lagi pandangan misalnya oleh Ramlah Adam, Dato Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992; dan (t.p), Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar: Pengasas dan Perintis Politik Tanah Melayu [dan] Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj: Perdana Menteri Malaysia Pertama, Johor Bahru: Minda Creative Advertising, 2007, hlm. 1.  24Lihat Ismail Adnan, “Dato’ Onn Jaafar Bapa Nasionalisme Malaysia” dlm Ismail Adnan (pnys.), Dato’ Onn Jaafar dan Perjuangan Kemerdekaan, hlm. 9. Dalam satu lagi tulisan mutakhir, S. Hakim Ahmad menganggap Dato’ Onn sebagai ‘Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu’. Lihat S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar: Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Revolusi Rekaria Sdn. Bhd., 2009.  25Ibid. Lihat juga Adnan Khamis, “Kebangkitan Kesatriaan dan Nasionalisme Melayu di bawah Pimpinan Dato’ Onn” dlm Ismail Adnan (pnys.), Dato Onn Jaafar dan Perjuangan Kemerdekaan, hlm., 21.  26Menurut S. Hashim Ahmad, kejayaan menentang Malayan Union merupakan satu kejayaan besar orang Melayu dan UMNO. Malayan Union hanya dapat hidup selama 21 bulan. Setelah 40 bulan British merancang penubuhannya, Dato’ Onn Jaafar hanya mengambil masa yang amat singkat untuk mengagalkannya. Lihat S. Hashim Ahmad, Onn Jaafar Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu, hlm 49.  

27Abd. Rahman Ali, N. Rajendra dan V. Rajendra, Tawarikh Dunia Baru Buku (Tingkatan) Tiga, Kuala Lumpur: Longman, 1979, hlm. 13; (t. p.), Dato’ Onn Jaafar, Melaka: Associated Educational Distributors, 2004, bahagian prakata oleh penerbit. Kerjasama pertama yang terbentuk dalam sejarah kemerdekaan Tanah Melayu adalah melalui penubuhan Community Liason Commitee (CLC) pada 1949 hinggalah pembentukan Perikatan pada 1954. Usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu juga didakwa mula diperjuangkan buat pertama kalinya oleh Dato’ Onn dan UMNO secara terbuka sejak 1948, dan terutamanya setelah Independence Malayan Party (IMP) ditubuhkan.27 Gerakan kemerdekaan kemudiannnya dikatakan “...dilancarkan secara tegas dan tersusun pada zaman Tunku menjadi pemimpin UMNO”.  

Page 27: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  27

                                                                                                                                                                                   28Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KBSM, hlm. 121. Juga dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, hlm. 119 dan 131.  29Lihat pandangan Tun Abdullah Ahmad Badawi seperti yang dipetik oleh Ismail Adnan, “Dato’ Onn Jaafar Bapa Nasionalisme Malaysia” dlm Ismail Adnan (pnys.), Dato Onn Jaafar dan Perjuangan Kemerdekaan, hlm. 10.  30T. p., Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar: Pengasas dan Perintis Politik Tanah Melayu [dan] Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj: Perdana Menteri Malaysia Pertama, hlm. 1; dan Fadzil Abdullah, Kassim Thukiman dan Md. Zin Idros, Onn Ja’far Pejuang Terbilang Pengasas Sebuah Negara Bangsa, kata pengantar.  31Abdul Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KBSM, hlm. 53 dan 74. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), hlm. 99-100.  32Ibid.  33Usaha mengaitkan perjuangan tokoh-tokoh PKMM sebagai parti Melayu yang bukan memperjuangkan kepentingan orang Melayu, sebaliknya menjadi alat komunis dan British dikemukakan secara berterusan oleh Ramlah Adam dalam beberapa kajiannya, antaranya yang utama ialah “Merintis Jalan Ke Puncak: Satu Kajian Kandungan Teks dalam Konteks Sejarah Politik Malaysia” dlm Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (pnys.), Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 271-292.  34Menurut Abu Talib Ahmad, sememangnya Malaysia belum mempunyai satu sejarah kebangsaan yang rasmi, tetapi denga itu juga catatan dalam buku-buku teks sekolah bagi tingkatan satu hingga lima sering dianggap sebagai catatan sejarah rasmi negara. Lihat Abu Talib Ahmad, “Sejarah, Muzium Kebangsaan dan Muzium Tempatan”, Prosiding Seminar Kebangsaan Sejarah Malaysia Di Mana Kebenarannya, Anjuran Bahagian Sejarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM dan Dewan Bahada dan Pustaka Wilayah Utara, 8 Oktober 2009, hlm. 3.  35Tentang peranan yang dimainkan oleh arkib dan dan muzium tempatan, Abu Talib Ahmad menjelaskan bahawa ia hanya “...memberikan tempat kepada perjuangan Melayu tertentu sahaja. Selain UMNO, tidak terdapat parti politik Melayu sama ada kiri atau pembangkang yang diberi tempat kecuali beberapa pihak, itu pun secara terhad. Gambaran tentang nasionalisme Malaysia, menurut Abu, begitu sempit dan ekslusif kepada UMNO dan Perikatan, manakala secara tersurat dan tersirat kelompok di luar UMNO dianggap tidak penting bahkan tidak releven pun kepada perjuangan nasionalisme Malaysia. Lihat Ibid, hlm. 3-14.  

36Abdul Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KBSM. Kebetulan pula mereka yang terlibat dalam mewujudkan projek ‘sejarah kebangsaan’ dalam buku-buku teks, muzium dan arkib itu adalah terdiri daripada ahli sejarah yang sama.  

37Abdul Rahman, “50 Tahun Merdeka: Menilai Semula Perjuangan Bangsa”, Prosiding Seminar Kebangsaan Sejarah Malaysia Di Mana Kebenarannya, hlm. 3.  38Ibid., hlm. 3.  39Pandangan ini ketara jika kita melihat kepada gambaran tersirat yang terdapat dalam catatan dokumen-dokumen rasmi dan perisikan British. Lihat secara umumnya catatan-catatan dokumen rasmi British seperti disusun semula dalam buku oleh Anthony J. Stockwell (pnys.), Malaya: The Malayan Union Experiment, 1946-48, Volume 2, London: HMSO, 1995.   40Anthony J. Stockwell, “The Formation and First Years of the United Malays National Organization (U.M.N.O)”, Modern Asian Studies 2, 4, 1977, hlm. 497.  41Ibid., hlm. 509.   42Ibid., hlm. 513. Perjuangan UMNO dikatakan mulai berubah daripada menentang kepada kerjasama dengan British kerana mereka lebih takut kepada ancaman gerakan kiri dan bukan Melayu. Namun sikap

Page 28: 5. AzmiNasionalisme Melayu_ 1945-57 _bentang_new

  28

                                                                                                                                                                                   bertolak ansur dan bekerjasama Dato’ Onn dan pemimpin UMNO dianggap sebagai suatu kelemahan dan ditentang hebat bukan sahaja oleh golongan kiri tetapi juga oleh ahli UMNO sendiri. Malah terdapat khabar angin menytakan kedudukan Dato’ Onn telah dicabar oleh ahli UMNO dari Johor sendiri. Pada Januari 1947, sewaktu Perhimpunan Agung diadakan untuk membincangkan tentang cadangan Perlembagaan Tanah Melayu, Dato’ Onn telah dikritik dengan keras oleh pemimpin-pemimpin SABERKAS, Kesatuan Melayu Singapura dan Kesatuan Melayu Johor, yang mempersoalkan cara British-Dato’ Onn mengendalikan perundingan dengan bukan Melayu dan mengancam akan keluar daripada UMNO. Lihat Ibid., hlm. 499.  43Ibid., hlm. 510.  

44Jika British meninggalkan Tanah Melayu, kata Dato’ Onn, “...kita semua akan masuk perangkap komunis.” Lihat Ibid. 

45Ibid., hlm. 496.  46Ibid., hlm. 499. Tentang penentangan beberapa pertubuhan dalam UMNO terhadap kepimpinan Dato’ Onn lihat Khoo Kay Kim, ‘The Malay Left 1945-48”, Sarjana, hlm. 171).  47Ibid.  48Nabir Haji Abdullah, Maahad Il Ihya Assyariff Gunung Semanggol 1934-1959, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1976, hlm. 107.  49Anthony J. Stockwell, “The Formation and First Years of the United Malays National Organization (U.M.N.O)”, Modern Asian Studies, hlm. 501-502; dan John Funston, Malay Politics in Malaysia: A Study of United Malays National Organisation and Party Islam, Singapura: Heinemnn Educational Books, 1980, khususnya hlm. 40. Tentang kekuatan dan pengaruh gerakan kiri terhadap orang Melayu secara keseluruhannya lihat Khoo Kay Kim, “The Malay Left 1945-48”, Sarjana, hlm. 167-186.   50Nabir Haji Abdullah, Maahad Il Ihya Assyariff, bab 3.  51Ibid., hlm. 197.  52Anthony J. Stockwell, “The Formation and First Years of the United Malays National Organization (U.M.N.O)”, Modern Asian Studies, hlm. 510.  53Ibid., hlm. 511.  54M. R. Stenson, Industrial Conflict in Malaya seperti yang dipetik dalam Ibid., hlm. 511.  55Ibid.   56Ibid., hlm. 511-512.  57Nabir Haji Abdullah, Maahad Il Ihya Assyariff, hlm. 107 dan 122-140.  58Ibid., hlm. 189.  59Ibid., hlm. 181.  60Mohamed Amin dan Malcom Caldwell, (pnys.), Malaya: The Making of a Neo-Colony, hlm. 222.