5 1 prosedur tatatertib biasa_taklimat cop(1)

30
PENGURUSAN KES TATATERTIB

Upload: azmiza

Post on 15-Apr-2016

262 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tatatertib

TRANSCRIPT

Page 1: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

PENGURUSAN KES

TATATERTIB

Page 2: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

ELEMEN PENGURUSAN TATATERTIB

TATATERTIB

PERATURAN

TATAKELAKUAN DAN

LARANGAN

PIHAK BERKUASA TATATERTIB

PROSEDUR

HUKUMAN

RAYUAN

Page 3: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

PERATURAN

• PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993 [P.U.(A)395/1993]

• PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM 1993 [P.U.(A)396/1993]

• PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 1994 [P.U.(A)458/1993]

TATAKELAKUAN DAN

LARANGAN

• PERATURAN 4, P.U.(A)395/1993

• PERATURAN 5 HINGGA 23, P.U.(A)395/1993

PIHAK BERKUASA TATATERTIB

• Bergantung kepada gred dan tempat bertugas seseorang pegawaisemasa tindakan hendak dikenakan ke atas pegawai.

• Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan(No.1)

• Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No.1)

Page 4: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

PROSEDUR TATATERTIB

PROSEDUR

TATATERTIB BIASA

TIDAK HADIR BERTUGAS DAN TIDAK DAPAT

DIKESAN (NOTIS)

PEGAWAI YANG TERLIBAT

DENGAN PROSIDING JENAYAH

PERINTAH TAHANAN

SURCAJ

PENAMATAN PERKHIDMATA

N DEMI KEPENTINGAN

AWAM

Page 5: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

TATATERTIB BIASA

Page 6: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

PROSES KERJA : TATATERTIB BIASA

TerimaPerakuan

Kaji LaporanSedia Kertas

PertimbanganPengerusi LTT

KeputusanJawatankuasa

Tatatertib

PenentuanPengerusi LTT

Sedia SuratPertuduhan

RepresentasiPegawai

Sedia KertasPertimbangan

LTT

KeputusanJawatankuasa

Tatatertib

MesyuaratLembagaTatatertib

Sedia suratkeputusan dan

edar

Panjangkanrayuan ke SPA

(sekiranya ada)

SuratKeputusan

Rayuan

Page 7: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Peraturan-Peraturan yang berkaitan

(P.U.(A)395/1993)

• Keperluan kepada Pengerusi LTTuntuk menentukan jenis tindakanterhadap pelanggaran tatakelakuan

Per.35

• Tindakan bukan dengan tujuanbuang kerja atau turun pangkatPer.36

• Tindakan dengan tujuan buangkerja atau turun pangkatPer.37

Page 8: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Apa dokumen dan maklumat yang diperlukan?

1• Laporan lengkap daripada Ketua Jabatan

2• Butiran peribadi dan perkhidmatan pegawai

3• Fakta kes yang jelas dan tepat

4•Dokumen bukti yang menunjukkan salah laku

5•Ulasan Ketua Jabatan

Page 9: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Anda ada senarai semak?

Page 10: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

TUJUAN

Pengerusi membuatpenentuan jenis

kesalahan

BERAT / RINGAN

Pengerusi membuatkeputusan WUJUD /

TIDAK WUJUD

kesalahan

KERTAS PERTIMBANGAN

PENGERUSI

Page 11: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

KANDUNGAN

1• TUJUAN

2• LATAR BELAKANG PEGAWAI

3• LATAR BELAKANG KES

4• ULASAN KETUA JABATAN

5• ULASAN URUS SETIA

6• PERAKUAN

Page 12: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

1• TUJUAN

1. Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Pengerusi Lembaga

Tatatertib menentukan sama ada pelanggaran tatatertib oleh Encik XYZ, Penolong

Pegawai Tadbir N27, Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan ABC adalah dari

jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau

hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat mengikut

Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

kerana melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan yang sama. Sekiranya

Pengerusi Lembaga Tatatertib membuat penentuan bahawa pelanggaran

tatatertib ini diambil di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan yang sama,

maka kes ini akan dikemukakan ke Pengerusi Lembaga Tatatertib

.......................................... Sekiranya Pengerusi Lembaga Tatatertib membuat

penentuan bahawa pelanggaran tatatertib ini diambil di bawah Peraturan 36,

Peraturan-Peraturan yang sama, maka Pengerusi Lembaga Tatatertib

.................................. Perlu membuat keputusan sama ada wujud kes prima facie

bagi mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai.

Page 13: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

2• LATAR BELAKANG PEGAWAI

2. Latar belakang dan butir-butir pegawai adalah seperti berikut :

Nama : Encik XYZ

No. Kad Pengenalan : 831220 – 14 - 6651

Tarikh Lahir dan Umur : 20 Disember 1983 / 28 tahun

Tarikh Lantikan Pertama : 14 Mac 2007

Ke Dalam Perkhidmatan

Kerajaan

Tarikh Dilantik Dalam : 14 Mac 2007

Jawatan Sekarang

Taraf Jawatan : Tetap dan berpencen

Jawatan Semasa : Penolong Pegawai Tadbir

Pelanggaran Tatatertib Bahagian Operasi Kejuruteraan

Jawatan Sekarang : Penolong Pegawai Tadbir

Bahagian Pengurusan Maklumat

Gaji Sekarang dan : RM1,404.20 (P1T4)

Tanggagaji

Tarikh Kenaikan Gaji : 1 Januari

Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai adalah seperti di Lampiran A.

Page 14: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

3• LATAR BELAKANG KES

3. Satu laporan telah diterima daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat,

Jabatan XYZ berhubung tatakelakuan Encik XYZ, Penolong Pegawai Tadbir N27,

Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan ABC yang telah tidak hadir bertugas.

Salinan memo daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat bertarikh 24

Februari 2011 di Lampiran B.

4. Pegawai didapati telah tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa mendapat

kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama sepuluh (10) hari pada tarikh-

tarikh berikut:-

Salinan Kad Perakam Waktu Pegawai di Lampiran C.

Tarikh Jumlah

3 hingga 5 Januari 2011 3

12 hingga 14 Januari 2011 3

19 Januari 2011 1

26 hingga 28 Januari 2011 3

10 hari

Page 15: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

5. Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengemukakan surat tunjuk

sebab kepada pegawai bagi mendapatkan penjelasan kenapa pegawai gagal hadir

bertugas pada tarikh-tarikh tersebut di atas. Salinan surat daripada Pengarah

Bahagian Pengurusan Maklumat adalah di Lampiran D.

6. Pegawai telah mengemukakan surat tunjuk sebab pada 3 Februari 2011 yang

antara lain menyatakan alasan berikut:-

i) pegawai tidak hadir bertugas kerana berasa tidak sihat dan tidak mampu untuk

keluar meninggalkan rumah kerana terlalu lemah;

ii) setiap kali pegawai berada di hadapan pagar pejabat, pegawai tidak menjumpai

pintu masuk dan terdengar ada suara berbisik yang menyuruhnya pulang;

iii) pegawai mohon maaf di atas ketidak hadiran dan berjanji tidak ada mengulangi

kesalahan ini di masa hadapan;

iv) mohon Ketua Jabatan tidak mengenakan tindakan tatatertib.

Salinan surat penjelasan pegawai disertakan di Lampiran E.

Page 16: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

4• ULASAN KETUA JABATAN

7. Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat dalam ulasannya menyatakan bahawa

pegawai telah tidak hadir bertugas selama 10 hari bagi tarikh-tarikh yang telah

dinyatakan di dalam bulan Januari 2011. Berdasarkan penjelasan yang

dikemukakan pegawai, Ketua Jabatannya berpendapat bahawa alasan yang

dikemukakan pegawai adalah lemah dan tidak berasas. Justeru, perbuatan

pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa

sebab munasabah boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab dan

melanggar tatakelakuan peraturan 4(20(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Dengan ini diperakukan agar pegawai dikenakan

tindakan tatatertib.

8. Pihak jabatan juga telah memotong emolumen pegawai pada hari ia tidak hadir

selaras dengan Perintah Am 14A, Perintah Am Bab C. Salinan ulasan Ketua

Jabatan Pegawai idalah di Lampiran F

Page 17: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

5• ULASAN URUS SETIA

9. Urus setia setelah meneliti kes ini, melalui laporan dan bukti-bukti berpendapat

bahawa pegawai telah tidak hadir bertugas selama 10 hari pada tarikh – tarikh di

dalam bulan Januari 2011 tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat

kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah.

10. Ketidak hadiran pegawai tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab

munasabah boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib selaras

dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993]. Perbuatan tersebut boleh ditafsirkan sebagai

tidak bertanggungjawab dan melanggar peraturan 4(2)(g) P.U.(A)395/1993 seperti

berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh-

(g) tidak bertanggungjawab.”

Page 18: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

6• PERAKUAN

11. Pengerusi Lembaga Tatatertib adalah dipohon membuat penentuan sama ada

pelanggaran tatatertib pegawai yang berkenaan dari jenis yang patut dikenakan

hukuman berikut:

a) hukuman buang kerja atau turun pangkat iaitu di bawah Peraturan 37,

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993: atau

b) dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat

iaitu di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan yang sama.

Penentuan ini hendaklah di buat di dalam Lampiran G.

12. Sekiranya Pengerusi Lembaga Tatatertib membuat keputusan jenis

pelanggaran tatatertib adalah diambil di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, maka kes ini dikemukakan kepada

Pengerusi Lembaga Tatatertib (PBTT Buang Kerja / Turun Pangkat). Sebaliknya jika

diputuskan di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan yang sama, Pengerusi

Lembaga Tatatertib seterusnya dipohon menimbangkan sama ada berpuashati

bahawa wujud atau tidak wujud suatu kesalahan tatatertib ke atas pegawai

berkenaan. Penentuan ini hendaklah di buat di dalam Lampiran H.

Page 19: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Borang Penentuan Pengerusi

Page 20: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Borang Penentuan Pengerusi

(Penentuan jenis kesalahan dan penentuan wujud / tidak

wujud kesalahan dibuat bersekali)

Page 21: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Surat pertuduhan berkualiti

Nama Pegawai

Jawatan/Gred

Alamat Kediaman Terkini [selaras dengan Peraturan

52, P.U. (A) 395/1993]

Tajuk (Sama ada dengan tujuan/bukan dengan tujuan

buang kerja/turun pangkat / surcaj)

Peruntukan berhubung hukuman yang boleh

dikenakan

Keperluan untuk kemukakan representasi

dalam tempoh 21 hari dari tarikh terima surat

Ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga / Ahli

Lembaga bagi pihak Pengerusi Lembaga Tatatertib

(tidak terpakai bagi Suruhanjaya Perkhidmatan)

Page 22: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Surat Pertuduhan

Page 23: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Surat Pertuduhan

Page 24: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)
Page 25: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Kertas Pertimbangan Lembaga

Tatatertib Untuk Mengenakan

Hukuman

Page 26: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

KANDUNGAN

1• TUJUAN

2• LATAR BELAKANG PEGAWAI

3• LATAR BELAKANG KES

4• PERTUDUHAN

5• REPRESENTASI PEGAWAI

6• ULASAN KETUA JABATAN

7• ULASAN URUS SETIA

8• PERAKUAN

Page 27: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

4• PERTUDUHAN

Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) pada 29 Mac 2011 telah

memutuskan wujudnya kesalahan tatatertib untuk dikenakan tindakan ke atas

pegawai tersebut. Berikutan dengan itu surat pertuduhan bertarikh 2 April 2011 telah

dihadapkan kepada pegawai.

”... telah didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran

terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 10 hari pada tarikh-tarikh

seperti berikut :

Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan

peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

[P.U.(A)395/1993] dan boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu

melanggar peraturan 4(2)(g) P.U.(A)395/1993.” Salinan surat pertuduhan seperti di

Lampiran F.

Tarikh Jumlah

3 hingga 5 Januari 2011 3

12 hingga 14 Januari 2011 3

19 Januari 2011 1

26 hingga 28 Januari 2011 3

10 hari

Page 28: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

5• REPRESENTASI PEGAWAI

1. pegawai tidak dapat mengingat dengan tepat setiap kesalahan yang dituduh

kerana kes berkenaan telah lama berlaku;

2. pegawai berasa kesal kerana dihadapkan dengan pertuduhan sedemikian tanpa

terlebih dahulu diberi nasihat atau peringatan atau kaunseling. Untuk makluman,

pegawai baru sahaja disahkan di dalam perkhidmatan;

3. prestasi kerjanya adalah setanding dengan pegawai senior yang lain. Pegawai

mohon pertimbangan sewajarnya ke atas pertuduhan yang dihadapkan;

4. Pegawai sebagai individu tunggal yang bekerja di samping menyara dua (2) orang

anak yang masih bersekolah;

5. Akhir sekali pegawai merayu supaya mengenakan ‘amaran’ sahaja kepada

pegawai bagi membolehkan beliau meneruskan perkhidmatan dengan lebih

dedikasi. Menurut pegawai, sebarang keputusan yang melibatkan emolumen

mungkin akan menjejaskan pendapatan keluarganya di samping keadaan

kesihatan pegawai yang tidak baik ketika ini. Pegawai berharap agar

pertimbangan yang afdal dan sewajarnya diputuskan.

Page 29: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)

Surat Keputusan Lembaga

Page 30: 5 1 Prosedur Tatatertib Biasa_Taklimat COP(1)