48133817 report latihan industri bab 5

30
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009 129 BAB 5: JENIS-JENIS UJIAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan jenis-jenis ujian yang dilakukan dimakmal dan tapak binaan semasa menjalani latihan industri (LI) di JKR Labuan. Setiap ujian yang dilakukan bertujuan untuk mendapatkan keputusan bagi memastikan sesuatu perkara yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 5.2 Ujian Penurunan

Upload: muhd-shahir-salleh

Post on 18-Dec-2014

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

Page 1: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

129

BAB 5: JENIS-JENIS UJIAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan jenis-jenis ujian yang dilakukan dimakmal dan tapak

binaan semasa menjalani latihan industri (LI) di JKR Labuan. Setiap ujian yang

dilakukan bertujuan untuk mendapatkan keputusan bagi memastikan sesuatu perkara

yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

5.2 Ujian Penurunan

Page 2: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

130

5.2.1 Pengenalan

Dalam pembinaan kejuruteraan awam ujian penurunan merupakan ujian in-situ yang

dijalankan di tapak bina. Ujian ini telah digunakan oleh jurutera arkitek pada zaman rom

iaitu Vitruvius. Ujian ini digunakan untuk menyukat keboleh kerjaan dan kestabilan

konkrit yang dibancuh sebelum digunakan. Keputusan ujian menghasilkan nilai yang

berbeza dengan mengubah kuantiti air. Terdapat 3 jenis penurunan yang kerap kali

terjadi iaitu penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh.

5.2.2 Fungsi Dan Kegunaan.

Digunakan untuk mengawal kualiti konkrit sekaligus mengikuti spesifikasi yang

ditetapkan. Berdasarkan kualiti sirim ISO 9000:2001 JKR Labuan jarak jatuh diantara

50mm hingga 100mm.

5.2.3 Peralatan Dan Bahan

i. Ferastrem berbentuk kon setinggi 300mm . berdiameter bahagian atas 100mm

dan diameter bahagian bawah 200mm. terdapat dua pemegang sisi.

ii. Rod pemadat diperbuat daripada keluli. Berdiameter 16mm dan pajangnya

600mm.

iii. Pembaris

iv. Plat tapak

Page 3: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

131

5.2.3 Prosedur Kerja

100mm

300mm

300mm

Gambarajah 5.2.3.1 Gambarajah 5.2.3.2

1. Letakkan plat tapak yang telah dilembabkan diatas permukaan lantai yang rata.

2. Letakkan kon ferastem diatas plat kayu seperti gambarajah 5.2.3.1.

3. Tahan kon ferastem menggunakan kedua-dua belah kaki pada pemegang kaki.

4. Masukan konkrit pada lapisan pertama dan dihentak menggunakan rod besi

sebanyak 25 hentaman.

5. Masukkan konkrit untuk lapisan kedua dan dihentak menggunakan rod besi

sebanyak 25 hentaman..

6. Masukkan konkrit untuk lapisan ketiga dan dihentak menggunakan rod besi

sebanyak 25 hentaman kemudian diratakan pada permukaannya.

7. Angkat kon acuan dengan berhati-hati secara pugak.

8. Biarkan konkrit bergerak secara sendiri tanpa ada sebarang gegaran

9. Setelah runtuhan stabil terbalikkan kon acuan dan letakkan rod besi diatas acuan

seperti gambarajah 5.2.3.2

10. Bacaan diambil dan dicatatkan.

Page 4: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

132

5.2.4 Gambar

5.2.4.1 Cara untuk menyukat ketinggian runtuhan

5.2.4.2 Contoh keputusan penurunan sebenar.

Page 5: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

133

5.3 Ujian Kiub

5.3.1 Pengenalan

Ujian ini dilakukan ditapak bina oleh pihak United Construction (pihak yang dilantik

oleh JKR Labuan )dan setelah itu dibawa kemakmal untuk ujian kuring. Apabila kiub

konkrit telah menjalani kuring, ujian mampatan akan dilakukan didalam makmal

menggunakan mesin mampatan. Kebiasaannya saiz untuk ujian kiub ini ialah 150mm x

150mm x150mm dan agregat yang biasa digunakan tidak melebihi saiz 40mm dan tidak

kurang daripada 25mm.

5.3.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk memeriksa kekuatan mampatan yang boleh ditanggung oleh

sesebuah konkrit. Selain itu melalui ujian ini dapat diketahui adunan konkrit tersebut

mengikut ‘standard’yang ditetapkan.

5.3.3 Peralatan Dan Bahan

i. Acuan kiub konkrit berukuran 150mm. Diperbuat daripada keluli dan

mempunyai plat tapak dari keluli bagi mengelakkan kebocoran.

ii. Besi pemadat diperbuat daripada keluli berbentuk segi empat bersaiz 32mm² dan

panjang 600mm

iii. Mesin ujian mampatan

Page 6: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

134

5.3.4 Prosedur Kerja

1. Acuan dan plat tapak hendaklah debersihkan dan disapu dengan minyak (diesel)

untuk mengelakkan konkrit melekat pada sisi kiub. Plat tapak diapit pada acuan

menggunakan bolt dan nat.

2. Isikan konkrit kedalam acuan sebanyak tiga lapisan.

3. Setiap lapisan mestilah dihentak dengan besi pemadat sebanyak 25 hentaman.

Proses ini dilakukan secara sistematik dan hentaman disebarkan secara seragam

keseluruh permukaan konkrit.

4. Permukaan konkrit hendaklah diratakan supaya sama aras dengan bahagian atas

acuan.

5. Kiub yang dibuat di tapak binaan hendaklah dibungkusdengan plastic selama

24jam sebelum acuan ditanggalkan .

6. Setelah acuan pada kiub konkrit ditanggalkan kiub konkrit direndam dalam air

untuk proses kuring.

7. Ujian kekuatan mampatan hendaklah dibuat pada konkrit yang berumur 7 hari,

14 hari dan 28 hari.

Page 7: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

135

5.3.5 Contoh Gambar Ujian Kiub

5.3.5.1 Kerja menyapu minyak di tepi dalam kiub

5.3.5.2 Hentaman untuk lapisan pertama

Page 8: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

136

5.3.6 Contoh Laporan Ujian Kiub

5.3.6.1 Contoh data untuk ujian 28 hari

Page 9: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

137

5.4 Ujian Proba Machintosh

5.4.1 Pengenalan

Alat ini diketegorikan sebagan alat meter tusuk ringan, yang mempunyai kon bersudut

30˚dan 60˚. Ujian ini dijalankan ditapak bina.Pihak JKR Labuan telah melantik STL

Geotechnical sdn bhd sebagai pihak bertanggungjawab dalam kerja penyiasatan tanah.

Biasanya ujian ini dijalankan pada jarak antara 30-50 kaki.

5.4.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian proba machintosh ini dijalankan untuk mendapatkan nilai keupayaan galas tanah.

Keputusan yang diperolehi daripada ujian ini akan memberikan gambaran secara kasar

mengenai kekuatan lapisan tanah pada titik tersebut.

Tafsiran kekuatan galas dibuat menggunakan formula yang telah ditentukan atau

menggunakan graf yang disediakan.

Jika nilai ketukan kurang dari 10, bermakna tanah sangat lemah.

Jika ketukan antara 10-40, kajian tentang masalah enapan perlu dilakukan

Ketukan yang melebihi 40 menandakan tanah ini agak kuat untuk asas bangunan

atau lain-lain struktur

Page 10: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

138

5.4.3 Peralatan Dan Bahan

i. Rod besi 1.2m panjang dan berdimeter 2.5mm

ii. Kon keluli berdiameter 25mm

iii. Penyambung

iv. Set penukul

v. Pita ukur

vi. Penarik rod

vii. Kapur tulis

5.4.3.1 Set alatan proba makintosh

Page 11: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

139

5.4.4 Prosedur Kerja

1. Sambungkan kon keluli pada bahagian bawah rod besi dan set penukul pada

bahagian atas rod besi.

2. Tegakkan rod besi serenjang dengan permukaan tanah pada titik yang hendak

diuji.

3. Ukur jarak sela 0.3m pada rod besi dan tandakan dengan kapur.

4. Angkat penukul sehingga had maksimum dan lepaskan.

5. Kirakan bilangan entaman bagi penusukan 0.3m.

6. Rekodkan data jumlah hentaman pada setiap penusukan 0.3m dalam jadual

Ujian Proba Machintosh

7. Tanggalkan set penukul dan sambungkan ros besi yang lain dikepala rod besi

yang asal pada sela 0.3m terakhir.

8. Tandakan semula setiap jarak0.3m pada rod tersebut. Lakukan semula hentaman

dan ulangi proses kerja yang sama.

9. Hentaman hendaklah dihendaklah dihentikan apabila:

Bilangan hentaman mencapai 400kali bagi penusukan 0.3m. ini kerana tanah

mempunyai keupayaan galas yang tinggi atau kedalaman penusukan mencapai

15m. penyiasatan tanah yang lebih terperinci diperlukan dengan menggunakan

ujian penjaraan.

10. Bersihkan rod besi, kon keluli dan pemyambung selepas digunakan.

Page 12: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

140

5.4.5 Contoh Gambar

5.4.5.1 Kerja proba sedang dijalankan

5.4.5.2 Contoh graf piawai keupayaan galas melawan bilangan hentaman

Page 13: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

141

5.5 Ujian Bata

5.5.1 Pengenalan

Bata yang terpilih akan diambil daripada tapak bina. Bata yang diambil mestilah bata

yang telah berada ditempat bina sekurang-kurangnya 2 minggu. Setiap kotak akan

diambil satu sampel. Apabila ujian dilakukan tahap mampatan bata hendaklah melebihi

600 kN. Bata yang tidak mencapai piawaian akan di tolak dan NCR akan dikeluarkan.

5.5.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk memastikan bata yang digunakan mengikut spesifikasi

dengan kekuatan mampatan minimum 600kN. Ini dapat memastikan bangunan yang

dibina kukuh dan selamat untuk diduduki.

5.5.3 Peralatan Dan Bahan

i. Bata

ii. Alat penimbang

iii. Pembaris

iv. Mesin ujian mampatan

Page 14: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

142

5.5.4 Prosedur Kerja

i. Pilih bata ditapak bina.

ii. Bata yang terpilih hendaklah ditimbang mengunakan alat penimbang.

iii. Saiz dan berat bata dicatat.

iv. Bata dimasukkan kedalam mesin ujian mampatan dan ujian dimulakan.

v. Ulang langkah ii hingga iv sehingga nilai purata diperolehi ( 10 bata).

5.5.5 Contoh Gambar

5.5.5.1 Bata yang ditimbang dan disukat

Page 15: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

143

5.5.5.2 Bata yang sedang diuji

5.5.5.3 Bata yang telah siap diuji

Page 16: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

144

5.5.6 Contoh Laporan Mampatan Bata

Page 17: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

145

5.6 Ujian Tegangan Besi

5.6.1 Pengenalan

Ujian ini dijalankan dimakmal menggunakan mesin tegangan. Setiap tegangan berbeza

mengikut jenis besi dan sumber. Setiap besi yang diuji diperolehi daripada tapak binaan

dan dari pembekal yang berbeza. Kebiasaanya besi yang diuji ialah besi yang bersaiz

sederhana dan sering digunakan.

5.6.2 Fungsi Dan Kegunaan

Digunakan untuk memastikan besi berada dalam keadaan baik dan mengikut piawaian

yang ditetapkan. Ujian ini juga merupakan salah satu perkara yang terdapat didalam

kontrak yang perlu dilakukan oleh penyelia JKR.

5.6.3 Alatan Dan Bahan

i. Besi

ii. Mesin ujian tegangan

iii. Pemotong besi

iv. Pembaris atau pita pengukur

Page 18: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

146

5.6.4 Prosedur Kerja

i. Sukat panjang besi menggunakan pita pengukur sepanjang 600mm

ii. Besi dipotong mengikut sukatan

iii. Masukkan besi kedalam mesin ujian teganggan

iv. Ujian dimulakan dan bacaan diambil dan dicatatkan

5.6.5 Contoh Gambar Ujian

5.6.5.1 Gambar mesin teganggan

Page 19: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

147

5.7 Ujian Galas Tanah

5.7.1 Pengenalan

Ujian ini yang dilakukan ditapak bina menggunakan peralatan khas. Ujian ini juga

dinamakan ujian plat bearing Ujian ini yang memerlukan pemerhatian 24 jam selepas

beban diletakkan di atasnya dan bacaan akan diambil selang 10 minit. Kebiasaanya ujian

ini di uji di dalam lubang korekan asas.

5.7.2 Fungsi Dan Kegunaan

Ujian ini digunakan untuk mengetahui kekuatan galas tanah sekaligus mengetahui

beban yang boleh ditanggung oleh oleh tanah tersebut. Ujian ini selalu digunakan untuk

asas pad.

5.7.3 Alatan Dan Bahan

i. Mesin ujian plat bearing

ii. Plat konkrit ( 1ton)

iii. Jentera pengangkat

iv. Jam randik

Page 20: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

148

5.7.4 Prosedur Kerja

i. Letakkan mesin ujian plat bearing didalam korekan asas dalam keadaan yang

stabil.

ii. Plat bearing diset kan.

iii. Menggunakan jentera pengangkat, plat konkrit diletakkan diatas mesin ujian plat

bearing.

iv. Biarkan plat konkrit dalam keadaan stabil.

v. Ambil bacaan pada meter mesin selang 10 minit.

vi. Mesin diperhatikan selama 24 jam atau sehingga tiada perubahan pada meter

mesin.

5.7.4.1 Contoh mesin plat bearing

Page 21: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

149

5.7.5 Contoh Gambar Ujian

5.7.5.1 mesin diletakan didalam lubang korekan asas

5.7.5.2 beban plat konkrit diletakkan diatas mesin plat bearing

Page 22: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

150

5.8 Ujian ‘ Pile Driver Analysis’( PDA)

5.8.1 Pengenalan

Ujian ini telah banyak digunakan walaupun baru diperkenalkan. Ujian ini lebih jimat

dibandingkan dengan ujian beban statik. Cerucuk yang biasa menggunakan ujian ini

ialah cerucuk konkrit tetulang pratuang.

5.8.2 Fungsi Dan Kegunaan

Digunakan untuk mengetahui keupayaan sesuatu cerucuk untuk menangung beban. Ia

juga digunakan untuk mengetahui jenis tanah sesuatu kaawasan.

5.8.3 Alatan Dan Bahan

i. komputer analisis

ii. pensil

iii. kertas graf

iv. pembaris

v. jentera penghentak

Page 23: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

151

5.8.4 Prosedur Kerja

i. komputer diset kan terlebih dahulu.

ii. Kabel disambung pada cerucuk dan komputer

iii. Pembaris ,kertas graf diletakkan ditepi cerucuk

iv. Cerucuk dihentak sebanyak 10 kali mengunakan jentera penghentak.

v. Bacaan diperolehi diatas graf dan di komputer analisis.

5.8.5 Contoh Gambar

5.8.5.1 Data disetkan kedalam komputer analisis

Page 24: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

152

5.8.5.2 kabel yang dilekatkan pada cerucuk.

5.8.5.3 Pengambilan data pada kertas graf.

Page 25: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

153

5.8.5.4 Contoh bacaan pada kertas graf.

5.8.5.5 Jentera penghentak

Page 26: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

154

5.9 Ukur Aras

5.9.1 Pengenalan

Ukur aras ialah kaedah mengukur untuk menentukan ketinggian sesuatu titik diatas

permukaan bumi dari datum. Kerap digunakan kerana prosedur kerja yang senang dan

mudah difahami.

5.9.2 Fungsi Dan Kegunaan

Tujuannya adalah untuk mendapatkan profil bumi kawasan ukur dengan melukis pelan

keratan rentas dan keratan membujur sesuatu tapak cadangan projek. Melalui pelan

keratan rentas dan membujur ini, aras formasi tapak berkenaan dapat ditentukan.

5.9.3 Alatan Dan Bahan

i. Alat aras

ii. Staf

iii. Plat staf

iv. Gelembung staf

Page 27: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

155

5.9.4 Prosedur Kerja

Pelarasan sementara alat aras terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu:-

i. Mendirisiapkan alat aras

ii. Mengaras alat aras

iii. Memfokus alat aras

i Mendirisiapkan alat aras

Dirikan kaki tiga diatas tanah pada ketinggian yang sesuai. Pastikan plat

permukaan kaki hampir mendatar.

Tekan kaki tiga ke dalam tanah bagi meneguhkan kedudukannya.

Buka penutup bahagian atas kaki tiga.

Keluarkan alat aras daripada kotak dengan memegang rangkanya dan

dipasangkan di atas kaki tiga.

Ketatkan alat aras pada kaki tiga dengan menggunakan skru pengapit.

ii Mengaras alat aras

i. Pusing teropong supaya selari dengan mana-mana dua skru pelaras.

ii. Pusing kedua-dua skru kearah berlawanan sehingga gelembung bulat bergerak

kearah tengah bulatan .

iii. Pusing teropong supaya bersudut tepat dengan kedua-dua skru. Kemudiannya

pusingkan skru satu lagi sehingga gelembung berada ditengah-tengah bulatan.

iv. Ulangi proses i hingga iii dan perhatikan sama ada gelembung berada di tengah-

tengah bulatan.

v. Sekiranya gelembung berada di tengah-tengah bulatan, ini menunjukkan alat aras

telah diaras dengan tepat.

vi. Jika tidak, ulangi langkah i hinggaa iii sehingga gelembung berada di tengah-

tengah bulatan .

Page 28: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

156

iii Memfokus alat aras

i. Fokus teropong pada satu objek yang cerah.

ii. Pusingkan kanta mata sehingga ulir silang jelas kelihatan.

iii. Pusing teropong kearah staf.

iv. Pusingkan skru pemfokusan sehingga staf jelas kelihatan.

v. Pusingkan skru gerak pelahan supaya ulir silang berada di tengah-tengah staf.

vi. Pastikan tidak terdapat beza lihat antara imej staf dan uir silang. Jika terdapat

beza lihat, laraskan kanta semula.

5.9.5 Contoh gambar

5.9.5.1 Ukur aras yang didirisiapkan.

Page 29: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

157

5.9.5.2 Pelarasan alat aras.

5.9.5.3 Pencerapan dilakukan.

Page 30: 48133817 Report Latihan Industri Bab 5

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

158

5.9.5.4 Contoh plotan aras fomasi,penambakan dan pemotongan