taking off report latihan industri

24
Bab 4 Pengukuran Kuantiti (Taking off) 4.1 Pengenalan Secara amnya, senarai kuantiti adalah satu dokumen yang mengandungi senarai item binaan berserta kuantiti-kuantitinya yang disediakan mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam senarai kuantiti, item binaan serta kuantitinya akan disenaraikan dalam satu kertas khas yang dibahagikan kepada beberapa ruang, iaitu ruang untuk keterangan, ruang untuk kuantiti, ruang untuk kadar harga dan ruang untuk jumlah harga. Senarai kuantiti disediakan dengan menggunakan kaedah tertentu untuk mengukur dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi menyeragamkan dan mengalakkan kekeliruan pengguna senarai kuantiti seperti kontraktor, arkitek dan jurutera juruukur bahan menyediakan senarai kuantiti jurutera,

Upload: cik-ena

Post on 23-Jun-2015

1.384 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taking Off Report Latihan Industri

Bab 4

Pengukuran Kuantiti (Taking off)

4.1 Pengenalan

Secara amnya, senarai kuantiti adalah satu dokumen yang

mengandungi senarai item binaan berserta kuantiti-kuantitinya yang

disediakan mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Dalam senarai

kuantiti, item binaan serta kuantitinya akan disenaraikan dalam satu kertas

khas yang dibahagikan kepada beberapa ruang, iaitu ruang untuk

keterangan, ruang untuk kuantiti, ruang untuk kadar harga dan ruang untuk

jumlah harga.

Senarai kuantiti disediakan dengan menggunakan kaedah tertentu

untuk mengukur dan menyenaraikan item-item binaan. Bagi menyeragamkan

dan mengalakkan kekeliruan pengguna senarai kuantiti seperti kontraktor,

arkitek dan jurutera juruukur bahan menyediakan senarai kuantiti jurutera,

Page 2: Taking Off Report Latihan Industri

berdasarkan Kaedah Pengukuran Setara (Standard Method of Measurement

- SMM).

SMM adalah dokumen yang mengandungi butir-butir dan penerangan-

penerangan mengenai cara mengambil ukuran, menulis huraian dan

menyenaraikan item-item binaan. Bagi kerja bangunan digunakan SMM

kerja bangunan manakala bagi kerja-kerja kejuruteraan awam digunakan

SMM untuk kerja kejuruteraan.

4.2 Maksud

Pengukuran adalah proses dimana ukuran bagi item-item binaan

diambil dari lukisan yang telah disediakan dan dicatitkan ke dalam kertas

khas. Ukuran-ukuran ini kemudian didarabkan dan dicampurkan untuk

mendapat kuantiti dalam unit yang ditetapkan.

Ianya adalah sama dengan senarai pembelian untuk membeli keperluan

rumah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.1 yang mengandungi

senarai barang keperluan berserta dengan kuantiti masing-masing. Setelah

senarai tersebut disediakan, kadar harga bagi setiap barang-barang perlu

dimasukkan untuk mengetahui anggaran belanjawan keperluan rumah.

Page 3: Taking Off Report Latihan Industri

Bil Perkara Unit Kuantiti Harga RM1 Beras kg 50 1.10 55.002 Tepung

gandumKg 20 0.75 15.00

3 gula Kg 10 1.50 15.004 Minyak masak Kg 10 1.20 12.005 Bawang merah Kg 2 2.00 4.006 Bawang putih Kg 1 3.00 3.007 Bawang besar Kg 3 3.50 10.008 Cili kering Kg 2 2.00 4.009 halia Kg 1 0.80 0.80

10 Kunyit Kg 1 0.70 0.7011 Lengkuas Kg 1 0.60 0.6012 Serai Kg 1 0.80 0.8013 Cili hidup Kg 1 2.50 2.5014 Kicap Botol 3 1.75 5.2515 Sos tomato Botol 3 1.95 5.8516 Sos cili Botol 3 1.75 5.2517 Susu pekat Tin 6 1.50 9.0018 Susu tepung Kg 3 2.00 30.00

Jumlah 178.75

Jadual 4.2.1 : Contoh senarai barang-barang keperluan yang biasa disediakan pada setiap akhir bulan.

Berasaskan prinsip yang sama juga senarai kuantiti disediakan untuk mendapatkan jumlah pembinaan bangunan cadangan. Contoh muka surat senarai kuantiti yang lengkap boleh dirujuk pada jadual 4.2.2. Dalam rajah memaparkan dua perkara utama yang berkaitan dengan senarai kuantiti, iaitu huraian bagi item binaan dan kuantiti. Huraian sesuatu kerja perlu ditulis dengan penuh dan jelas supaya dapat menggambarkan kerja yang sebenar. Kuantitinya diberikan dengan tepat dalam unit-unit yang mudah. Dalam perkataan lain, senarai kunatiti merupakan perkataan dan bilangan mengenai sesuatu bentuk binaan.

Page 4: Taking Off Report Latihan Industri

No Huraian Unit KuantitiKadar Jumlah

RM Sen RM Sen

a.

b.

c.

d.

e.

SENARAI NO 6 - DINDING LUAR

Untuk huraian bagi bahan-bahan dan mutu kerja yang digunakan bagi senarai ini, lihat Bahagian B - “ Bahan-bahan, mutu Kerja dan Awalan kepada semua“ Tukangan”

Konkrit tetulang Gred 25-20mm egregat seperti dihuraikan didalam tiang pengukuh.

TETULANG ROD KELULI SEDERHANA seperti yang dihuraikan

Rod 12 mm garis pusat didalam tiang pengukuh.

Rod 8 mm ditto sebagai pengikat.

Kotak bentuk kayu tak berketam 13mm tebal pada sisi tiang pengukuh.

KERJA BATA DARIPADA BATA BIASA DENGAN TURAP BERTOLOK seperti yang telah dihuraikan

Dinding bata setebal setengah bata diikat dengan tetulang anyaman seperti yang telah dihuraikan.

M3

Kg

Kg

M2

M2

30

412

152

288

355

Jadual 4.2.2 : Jadual senarai kuantiti yang lengkap

Page 5: Taking Off Report Latihan Industri

4.3 Kegunaan Senarai Kuantiti

a) Untuk memperlawa tender

Merupakan kegunaan utama senarai kuantiti. Tujuan mempelawa tender adalah untuk memilih kontraktor yang layak untuk melaksanakan sesuatu projek yamg dicadangkan.

Kontraktor akan dipelawa untuk membuat tender bagi sesuatu projek yang dicadangkan. Untuk mendapatkan harga tender, terlebih dahulu penender-penender perlu mengisi kadar harga kepada kuantiti item binaan yang terdapat didalam senarai kuantiti. Seterusnya mereka akan membuat pendaraban bagi mendapatkan kos pembinaan atau harga tender bagi projek yang dicadangkan.

Senarai kuantiti yang telah dihargakan itu akan dihantar kepada Juru Ukur bahan untuk membuat penilaian dan pemilihan berdasarkan kepada harga-harga tender yang dikemukakan.

b) Untuk menyediakan bayaran kemajuan

Biasanya dari semasa ke semasa, jurukur bahan akan menyediakan Sijil Penilaian kemajuan Kerja untuk Bayaran Kemajuan bagi kerja-kerja yang telah disiapkan. Untuk menyediakan sijil ini jurukur bahan perlu menilai kerja-kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dari semasa ke semasa.

Bagi membuat penilaian ini, terlebih dahulu jurukur bahan akan melawat tapak bina bagi membuat penilaian dan merekodkan kerja-kerja yang telah disiapkan. Berpandukan rekod tersebut, jurukur bahan boleh mengenal pasti dan mengeluarkan kuantiti dan harga bagi item-item binaan yang telah disiapkan dari senarai kuantiti. Kemudian dengan mencampurkan harga-harga tersebut, suatu nilai yang akan dimasukkan dalam Sijil bayaran kemajuan akan diperolehi.

Page 6: Taking Off Report Latihan Industri

c) Untuk menilai pindaan kerja

Apabila arkitek atau jururtera mengeluarkan arahan pindaan kerja, jurukur bahan akan menilai kerja-kerja yang terlibat bagi menentukan perbezaan kos antara kerja asal dan kerja pindaan.

Kos kerja asal boleh diambil daripada senarai kuantiti kerana semua butir mengenai bahan, buruh, kuantiti dan kadar harga bagi kerja asal boleh didapati didalamnya.

Kos bagi kerja pindaan boleh dinilai dengan menggunakan kadar harga daripada senarai kuantiti. Kadar harga ini samada yang asal atau yang diwajarkan, akan dimasukkan kepada kuantiti kerja-kerja pindaan dan kemudiaa pengiraan akan dibuat.

d) Untuk memesan dan membeli bahan-bahan

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kuantiti bagi sesuatu item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti ialah kuantiti kerja seperti yang telah siap dibina. Untuk tujuan memesan dan membeli bahan binaan, kuantiti bahan-bahan yang diperlukan boleh didapati dengan menganalisis kuantiti item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti.

Page 7: Taking Off Report Latihan Industri

Tukang konkrit

Tukang gali

Tukang kayu

Tukang bumbung

Tukang Lepa

4.4 Jenis-jenis Senarai Kuantiti

Senarai kuantiti perlu disediakan mengikut susunan yang logik dan mudah difahami. Untuk mendapat suatu senarai yang tersusun dan mudah difahami, biasa item binaan dihuraikan dibawah tajuk-tajuk yang berkaitan dengan binaan bangunan, tukang atau operasi. Cara item binaan itu dihuraikan menentukan jenis senarai kuantiti. Jenis-jenis senarai kuantiti yang biasa didapati adalah seperti berikut :

a. Senarai Kuantiti mengikut tukang

Dalam senarai kuantiti jenis ini item binaan disenaraikan mengikut tukang yang membuat atau mengerjakan binaan tersebut. Cara ini merupakan kaedah tradisional berdasarkan kaedah pengukuran setara. Semua item binaan yang berkaitan dengan sesuatu tukangan itu disenaraikan dibawah tajuk/nama tukang itu.

Contoh :

Item binaan seperti tingkap dan pintu kayu , daun pintu kayu, dinding sekat kayu, jenang dan kambi lantai kayu.Disenaraikan dibawah tajuk tukang tanggam. Item binaan seperti dinding bata, tiang bata dan lantai bata disenaraikan dibawah tajuk tukang bata.

Berikut adalah antara senarai tajuk-tajuk tukang yang ada dalam kerja binaan:

Page 8: Taking Off Report Latihan Industri

Elemen Bumbung

Item binaan seperti kekuda, gelegar bumbung, perabung, genting, papan tumpu kasau dan lapis kalis tiris.

Elemen Rangka

Item binaan seperti tiang, rasuk lantai, rasuk bumbung, lantai atas, acuan untuk tiang dan rasuk serta tetulang untuk tiang, rasuk dan lantai.

b. Senarai kuantiti mengikut elemen

Item-item binaan disenaraikan mengikut bahagian atau elemen bangunan. Item binaan yang berkaitan dengan sesuatu bahagian itu disenaraikan dibawah tajuk atau nama bahagian atau elemen itu.

Contoh :

Secara amnya pecahan-pecahan elemen adalah seperti berikut :

a) Elemen cerucuk

b) Elemen Kerja di bawah Aras Kemasan Lantai

c) Elemen rangka Elemen bumbung

d) Elemen tangga

e) Elemen dinding luar

f) Elemen pintu dan tingkap luar

g) Elemen pintu dan dinding dalam dan lain – lain.

Page 9: Taking Off Report Latihan Industri

c. Senarai Kuantiti Penunjuk

Senarai kuantiti yang dipecahkan mengikut elemen atau tukang biasanya mengandungi huraian mengenai jenis dan kualiti bahan serta kuantiti, jadi kadang-kadang lokasi sebahagian daripada item binaan yang disenaraikan tidak dapat dipastikan walaupun dengan merujuk pada lukisan yang lengkap.

Untuk mengatasi masalah ini, nota-nota yang menunjukkan lokasi yang dimasukkan kepada item binaan yang terdapat dalam senarai kuantiti penunjuk.

d. Senarai Kuantiti Operasi atau Kerja

Dalam senarai kuantiti jenis ini, projek binaan dipecahkan mengikut operasi sebenar di tapak bina. Pecahan dibuat berdasarkan analisis rangkaian kerja yang menunjukkan operasi-operasi penting.

Penyediaan senarai kuantiti ini melibatkan pelencongan dari kaedah pengukuran setara. Di sini keperluan buruh dan loji disenaraikan sebagai suatu kerja atau operasi yang perlu, sementara bahan binaan yang diperlukan bagi tiap-tiap operasi itu disenaraikan secara berasingan.

e. Senarai Kuantiti Peruntukan

Kadang-kadang kerana kesuntukan masa, arkitek dan jurutera tidak sempat menyediakan lukisan kerja yang lengkap yang membolehkan jurukur bahan menyediakan senarai kuantiti yang tepat sebelum tender dipelawa. Biasanya dalam keadaan begini jurukur bahan akan menyenaraikan senarai kuantiti peruntukan.

Kuantiti-kuantiti yang terdapat dalam senarai kuantiti jenis ini ialah kuantiti kasar dan merupakan kuantiti peruntukan. Apabila kerja sebenar telah dijalankan, jurukur bahan perlu membuat pengukuran semula di tapak bagi mendapatkan kuantiti sebenar dan seterusnya membuat penilaian yang sewajarnya.

Page 10: Taking Off Report Latihan Industri

4.5 Proses Pengukuran dan Unit-unit Pengukuran Kuantiti

a) Proses Pengukuran / Penyediaan Senarai Kuantiti

i. Terima lukisan dan lain-lain maklumat yang ada dan kaji berkaitan rekabentuk, saiz, bahan binaan, sekil lukisan dan lain-lain. Bagi kerja-kerja arahan pinda kerja atau pengukuran semula pengukuran boleh dilakukan berdasarkan rekodrekod kerja ditapak bina atau diukur dari kerja yang telah disiapkan.

ii. Pengukuran / “taking off” ialah proses dimana dimensi diukur atau dibaca dari lukisan dan dicatitkan diatas kertas khas dinamakan kertas dimensi.

iii. Working-up ialah proses mendarab (squaring) dimensi,mencampur dan menukar dimensi kepada unit-unit ukuran (billing).

iv. Draf senarai kuantiti disediakan dan disunting sebelum ditaip mengikut pecahan elemen bangunan atau pertukaran.

b) Unit-unit Pengukuran Kuantiti

Seperti mana yang telah dimaklumkan, penyediaan senarai kuantiti melibatkan pengukuran kuantiti item-item binaan yang terlibat. Berpandukan unit-unit pengukuran tertentu kuantiti item binaan dapat dikira.

Unit-unit pengukuran ini telah ditetapkan di dalam Kaedah Pengukuran Setara. Unit-unit berikut adalah digunakan di dalam menyatakan kuantiti:

Page 11: Taking Off Report Latihan Industri

Ukuran Unit

1. Panjang2. Luas3. Isipadu4. Berat5. Bilangan6. Mata benda kerja yang tidak dapat diukur dengan mana-mana unit ukuran.

Meter panjang (m)Meter persegi (m2)Meter padu (m3)Kilogram (kg)Nombor (no)Item

Jadual 4.5 (b)(i) : Unit-unit Pengukuran Kuantiti

Proses pengukuran kuantiti melibatkan penggunaan borang yang tertentu, salah satunya adalah Borang Dimensi. Rajah 4.5(b)(ii) menunjukkan kaedah bagaimana ukuran yang diambil dicatitkan di dalam Borang Dimensi.

Page 12: Taking Off Report Latihan Industri

Unit Panjang (meter)

0.92

Unit Luas (meter persegi)

0.90 2.45

Unit Isipadu (meter padu)

0.15 0.23 3.00

Unit Bilangan (Nombor) 6

Rajah 4.5(b)(ii) : Ukuran yang diambil dicatitkan di dalam Borang Dimensi

Cuma satu ukuran sahaja yang perlu diambil dan dicatatkan. Di bawah tiap- tiap ukuran yang dicatatkan itu dilukiskan suatu garis pemisah

Dua ukuran ( sepasang ) yang perlu diambil dan dicatatkan. Dibawah tiap-tiap pasang ukuran yang dicatatkan itu dilukiskan satu garis pemisah.

Tiga ukuran yang perlu diambil dan dicatatkan. Dibawah satu set ukuran itu dilukiskan satu garis pemisah.

Cuma jumlah bilangan item binaan yang perlu dicatatkan. Dibawah setiap bilangan dilukiskan satu garis pemisah

Page 13: Taking Off Report Latihan Industri

4.6 Borang Dimensi

Borang dimensi adalah borang yang digunakan untuk mencatatkan ukuran yang diambil daripada lukisan berserta dengan huraian yang berkaitan. Borang ini direka bentuk mengikut keperluan British Standard 3327 : 1961. Borang Dimensi boleh dibahagikan kepada dua bahagian dimana tiap bahagian mengandungi empat ruang.

Rajah 4.6.1 : Contoh Borang Dimensi

Page 14: Taking Off Report Latihan Industri

Setiap ruang dalam borang dimensi mempunyai fungsi yang tertentu.

1) Ruang Angkali (timesing column)Ruang untuk mencatatkan angka pendaraban jika terdapat lebih daripada satu butiran kerja diukur.

2) Ruang Ukuran (dimension column)Ruang untuk mencatatkan ukuran sebenar yang diukur atau diambil terus dari lukisan.

3) Ruang Hasil Kiraan (squaring column)Ruang untuk mencatatkan hasil pendaraban angka-angka diruang pertama dan ruang kedua

4) Ruang Keterangan (description column)Huraian bagi butiran kerja yang diukur akan ditulis diruang ini.

Contoh aplikasi penggunaan ruang angka, ruang ukuran dan ruang hasil kira-kira dalam borang dimensi.

Mencatatkan ukuran

2.00 1.00 0.50 1.00

Mencatatkan bilangan

2 2.00 1.00 0.50 2.00

Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut :

2.00 × 1.00 × 0.50 = 1.00

Ukuran 2.00 adalah panjang, 1.00 adalah lebar dan 0.50 adalah dalam

Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut :

2 × 2.00 × 1.00 × 0.50 = 2.00

Tanda ( / ) menunjukkan darab atau kali. Angka 2 dalam ruang angka menunjukkan terdapat tiga butiran yang serupa.

1 2 3 4 1 2 3 4

Page 15: Taking Off Report Latihan Industri

Mencatatkan tambahan pada bilangan

2 1.00 3∙ 1.00

0.50 2.00

Secara amnya kemahiran dan kecekapan sangat diperlukan untuk membentuk keterangan atau huraian yang lengkap dan dengan seringkasnya. Ini merupakan aspek pengukuran kuantiti yang paling susah dan memerlukan penguasaan pengetahuan teknik yang mendalam.

Secara amnya, perkara-perkara yang dimasukkan kedalam huraian bagi sesuatu butiran kerja yang diukur adalah seperti berikut :

a) Nama item binaan yang diukur.b) Saiz item binaan ( jika unit pengukuran adalah dalam bilangan,

panjang atau luas)c) Jenis, kualiti dan saiz ( jika ada ) bahan yang digunakan.d) Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap item binaan

tersebut.e) Cara item binaan itu diletakkan, disambung dan dipasangkan di

tempatnya.

Catatan ini menunjukkan pengiraan seperti berikut :

(2 + 3) × (1.00 × 1.00 × 0.50) = 2.00

Tanda nokhtah/titik ( . ) diantara nombor 2 dan 3 menunjukkan tambah.

Page 16: Taking Off Report Latihan Industri

0.775 –0.320

0.455

Keterangan

3 1.20 1.45 0.30

Keterangan

3 1.20 1.45 0.30

1.50 Dalam 1.50 F1a]

0.46

Keterangan ditulis bersebelahan atau atas sedikit dari pada ukuran pertama yang dicatatkan. Ia ditulis semasa ukuran sesuatu butiran kerja itu di ambil.

Sekiranya pengiraan pendek atau ringkas perlu dibuat bagi mendapat sesuatu ukuran, mestilah dibuat di sisi sebelah kanan ruang keterangan dan bukan di atas kertas yang berasingan. Pengiraan sisi membolehkan kita melihat bagaimana sesuatu ukuran itu didapati dan dari mana puncanya.

konkrit bertetulang gred 25 - 20mm batu - baur di dalam asas pad

konkrit bertetulang gred 25 - 20mm batu - baur di dalam asas papak

Page 17: Taking Off Report Latihan Industri

Konkrit bertetulang gred 25 – 20 mm batu baur di dalam asas pad.

Lepaan setebal 20 mm daripada simen dan pasir (1:3) seperti yang dihuraikan

Catatan di atas menunjukkan menunjukkan ukuran 0.46 bagi asas F1a dengan membuat pengiraan pendek yang terdapat pada ruang sebelah kanan ruang keterangan.

Tanda kandungan

3 1.20 1.45 0.30

2 1.20 1.20 0.45

1.50 1.50` 0.30

3.20 2.10

Biasanya untuk satu butiran kerja beberapa set butiran terpaksa diambil. Kadang – kadang bilangan ukuran yang di ambil untuk sesuatu butiran kerja adalah banyak.

Apabila dicatatkan diatas borang dimensi, kita akan mendapat sebaris ukuran dibawah satu huraian ( rujuk sebelah ).

Bagi menunjukkan ssesuatu baris ukuran itu adalah bagi satu item binaan sahaja, maka satu garis kandungan menegak dilukiskan dari atas baris pertama huraian hingga ke ukuran yang terakhir.

Selain itu, garis kandungan boleh juga digunakan untuk membezakan satu item binaan dengan item binaan yang lain,sekiranya terdapat terdapat lebih daripada satu item binaan yang diukur dalam satu muka surat.

Page 18: Taking Off Report Latihan Industri

Korekan untuk asas papak tidak melebihi 1.50m dalam, keluarkan dan sebahagiandaripada bahan korekan digunakanuntuk meninmbus,dipadatkan dan diratakan,selebihnya diangkut dan dibuang ke tempat lain.

Ditto melebihi 1.50 m tetapi tidak melebihi 3.00 m

4.7 Huruf Khas

Dalam menulis huraian penggunaan huruf ringkas adalah dibenarkan.

Ia bertujuan untuk menjimatkan ruang dan masa . Contohnya perkataan

konkrit boleh ditulis sebagai konk, tebal ditulis sebagai tbl dan panjang ditulis

sebagai pjg. Penggunaan huruf ringkas ini hanya digalakkan untuk perkataan

yang mempunyai huruf ringkas yang seragam sahaja.

Perkataan Ditto 1.20 1.45` 1.50

1.20 1.45 1.10

Kadang – kadang huraian bagi satu item binaan adalah sama dengan huraian item binaan yang sebelumya. Dalam hal ini huraian tidak perlu ditulis sekali lagi. Bagi menjimatkan perkataan ditto yang bermakna sama seperti di atas boleh digunakan ( Sila rujuk contoh disebelah ).

Perkataan ditto hanya boleh digunakan jika huraian yang sama ditulis dalam ruangan yang sama dalam satu halaman. Perkataan ditto tidak boleh digunakan jika huraian tersebut ditulis dalam ruangan yang lain tetapi di halaman yang sama. Dalam keadaan ini gunakan ayat seperti telah dihurakan.Tiap halaman baru mesti dimulakan dengan huraian penuh. Perkataan ditto dan seperti telah dihuraikan tidak boleh digunakan sebab belum ada huraian yang boleh dirujuk

Page 19: Taking Off Report Latihan Industri

4.8 Kaedah Pengukuran Kuantiti

Dalam amalan biasa, ukuran panjang dicatatkan di atas sekali, ukuran lebar selepas atau dibawah ukuran panjang dan diikuti akhirnya dengan ukuran tebal , tinggi atau dalam.

30005500

Rajah 4.8.1 : ukuran yang diambil

Ukuran bagi rajah A perlulah dicatatkan seperti yang ditunjukkan dibawah :

5.50 2.50

Ukuran bagi rajah B pula hendaklah dicatatkan seperti berikut :

3.00 5.00 1.50

250 0

5000

1.5

0Ukuran-ukuran yang dicatatkan ini menunjukkan 5.55 ialah ukuran panjang dan 2.50 ialah ukuran lebar

Ukuran-ukuran yang dicatatkan ini menunjukkan 3.00 ialah ukuran panjang, 5.00 ialah ukuran lebar dan 1.50 ialah ukuran dalam, tinggi atau lebar.

Page 20: Taking Off Report Latihan Industri

Konkrit tetulang Gred 25 – 20mm batu baur di dalam asas papak.

Mencari Isipadu

1.20 1.45 0.30

Merujuk jadual ketiga-tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan dalam dicatatkan di dalam ruangan ukuran. Manakala dalam ruangan tidak perlu dicatatkan apa-apa dimensi lagi.

Contoh item binaan yang dikira dalam unit isipadu adalah:

a. Kerja Korekan seperti korekan untuk asas papak dan rasuk tanah.

b. kerja korekan seperti kerja konkrit untuk asas papak, tiang asas dan rasuk tanah.

Pengukuran isipadu untuk dua butiran kerja diatas bergantung kepada kedalaman/ketebalan.sekiranya kedalamannya kurang daripada 300mm, maka pengukurannya dalam unit luas (berdasarkan kepada Kaedah Pengukuran Setara)

Page 21: Taking Off Report Latihan Industri

20mm Tebal lepaan simen dan pasir di atas lantai konkrit.

Mencari Luas

3.20 2.10

Merujuk jadual item binaan yang diukur dalam persegi, dua dimensi iaitu panjang dan lebar dicatatkan dalam ruangan ukuran, manakala dimensi untuk tebal dicatatkan bersama keterangan di dalam ruangan keterangan.

Contoh item binaan yang dikira dalam unit luas adalah :

a. kerja korekan seperti korekan pembersihan permukaan

b. kerja acuan seperti kerja acuan untuk sisi asas papak, sisi tiang asas dan sisi rasuk tanah.

c. konkrit pemarasan seperti konkrit pemarasan dibawah asas papak dan rasuk tanah.

Page 22: Taking Off Report Latihan Industri

100 × 50mm tebal kayu bergergaji yang diawet untuk kasau bumbung.

Mencari Panjang

2.40

3.50

Bagi item binaan yang unit ukurannya adalah panjang, ukuran panjang sahaja perlu dicatatkan di dalam ruang ukuran, manakala ukuran lebar dan tebal/tinggi/dalam dinyatakan dalam huraian dalam ruangan huraian.

Bagi item binaan yang mempunyai dua dimensi (panjang dan garis pusat sahaja) seperti besi tetulang dimensi yang perlu dicatatkan dalam ruangan keterangan hanyalah garis pusat sahaja

Page 23: Taking Off Report Latihan Industri

100mm × 100mm × 12mm Tebal plat kaki daripada keluli lembut mengikut B.S 15

Membenarkan untuk penyediaan semua peralatan yang diperlukan oleh cerucuk, loji, alat dan peralatan sampingan dan kenderaan mereka ke tapak, pengendalian, pemasangan, mendirikan dan rombakan dan penyingkiran dari tapak selepas selesai operasi cerucuk.

Mencari Bilangan

2 2

Mengukur Item

ITEM

Bagi item binaan yang unit ukurannya ialah bilangan, huraiannya mestilah mengandungi ukuran-ukuran panjang, lebar dan tebal, tinggi atau dalam. Dalam ruang ukuran hanya perlu dicatatkan bilangan atau nombor butiran yang diukur.

Unit item digunakan untuk mengukur item-item binaan yang tidak dapat ditentukan kuantitinya menggunakan unit-unit ukuran seperti isipadu, luas, panjang atau bilangan diperingkat pengukuran.

Penggunaan unit item biasanya untuk kerja-kerja cerucuk dan juga kerja-kerja pembersihan tapak.

Page 24: Taking Off Report Latihan Industri

4.9 Kesimpulan

Kerja-kerja pengukuran kuantiti adalah asas yang penting untuk

menyediakan senarai kuantiti, di samping untuk menyediakan anggaran

kasar kos pembinaan sesebuah projek binaan. Pengukuran kuantiti

merupakan asas yang sangat penting bagi setiap pelajar jurusan ukur bahan

sebelum mempelajari sesuatu yang lain. Pelajar juga harus memahami

tentang kaedah mengambil ukuran dengan betul