47591355 motivasi-keibubapaan

7
KERTAS CADANGAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU 2011 SMK BANDAR KUALA KRAI KELANTAN 1.0 PENDAHULUAN Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa seseorang pelajar serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Justeru, adalah menjadi harapan daripada program permuafakatan ibu bapa dan guru-guru SMK Bandar Kuala Krai 2011 dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik. 2.0 MATLAMAT Demi mencapai matlamat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar dan ibu bapa perlu diberi kesedaran bahawa aspek disiplin dan prestasi akademik anak-anak mereka perlu diberi perhatian. Program permuafakatan antara ibu bapa dan guru ini diharapkan dapat membantu melonjakkan prestasi akademik dan pembentukan akhlak yang positif di kalangan pelajar. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membuat permuafakatan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah

Upload: norhafizu-mohamad

Post on 01-Jun-2015

4.459 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGANPROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU 2011

SMK BANDAR KUALA KRAI KELANTAN

1.0 PENDAHULUANKejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa seseorang pelajar serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Justeru, adalah menjadi harapan daripada program permuafakatan ibu bapa dan guru-guru SMK Bandar Kuala Krai 2011 dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik.

2.0 MATLAMAT Demi mencapai matlamat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar dan ibu bapa perlu diberi kesedaran bahawa aspek disiplin dan prestasi akademik anak-anak mereka perlu diberi perhatian. Program permuafakatan antara ibu bapa dan guru ini diharapkan dapat membantu melonjakkan prestasi akademik dan pembentukan akhlak yang positif di kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Membuat permuafakatan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak

sekolah3.2 Memberi kesedaran kepada ibu bapa pentingnya perhatian kepada

pelajaran anak-anak.3.3 Mendedahkan ibu bapa tentang peraturan dan undang-undang sekolah

serta lebih proaktif tentang masalah anak-anak.3.4 Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang potensi yang ada pada diri

masing-masing serta betapa pentingnya setiap potensi tersebut untuk diperkembangkan.

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANAPenasihat : Pn. Hjh Khadijah Binti Ali ( Pengetua )Pengerusi I : Drs Ahmad Asri Bin Daud (PK 1)Pengerusi II : En. Ismail Bin Seman (PK HEM)Pengerusi 111 : En. Wan Sukri Bin Wan Daud ( PK Ko )Penyelaras : Pn. Mariana Binti Mohd Nasir ( Tingkatan 5 )

: Pn. Noorhazleen Binti Ab Halim ( Tingkatan 3 )Setiausaha : Pn. Norhayati Binti Ghazali ( Kaunselor )AJK : Guru Tingkatan

: Semua guru matapelajaran

5.0 SASARANKumpulan sasaran adalah ibu bapa pelajar-pelajar tingkatan 5 seramai 84 orang dan juga pelajar-pelajar tingkatan 3 seramai 164 orang.

6.0 PENGISIAN PROGRAMCeramah, penerangan dan interaksi dengan ibu bapa.

6.1 Amanat Pengetua SMK Bandar Kuala Krai6.2 Taklimat oleh Penolong Kanan 6.3 Ceramah Motivasi Keibubapaan6.4 Majlis menandatangani surat perjanjian

7.0 JADUAL PELAKSANAAN( Lampiran 1 )

8.0 KEWANGANPerbelanjaan

1. Bahan cetak / Edaran / Minuman RM 400 Jumlah RM 400

Pendapatan1. Bimbingan & Kaunseling RM 400

Jumlah RM 400

9.0 PENUTUPProgram ini diharapkan dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan melahirkan generasi pelajar yang cemerlang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ……………………...

(Norhayati Binti Ghazali)Guru Bimbingan & KaunselingSMK Bandar Kuala Krai

Tarikh :

AHLI JAWATANKUASAPROGRAM PERMUAFAKATAN

IBU BAPA & GURU SMK BANDAR KUALA KRAI

Penasihat : Pn. Hjh Khadijah Binti Ali ( Pengetua )Pengerusi I : Drs Ahmad Asri Bin Daud (PK 1)Pengerusi II : En. Ismail Bin Seman (PK HEM)Pengerusi 111 : En. Wan Sukri Bin Wan Daud ( PK Ko )Penyelaras : Pn. Mariana Binti Mohd Nasir ( Tingkatan 5 )

: Pn. Noorhazleen Binti Ab Halim ( Tingkatan 3 )Setiausaha : Norhayati Binti Ghazali ( Kaunselor )AJK : Guru Tingkatan

: Semua guru matapelajaran

AJK PELAKSANAJAWATANKUASA TUGAS CATATAN

Penyambut Tetamu En. Hamzah Bin BebakarEn. Bakri B Mat JusohEn. Wong Yim Woon

Ustzh Jamila Bt Yahya Pn. Nor Anisah Bt Muhammad

Pendaftaran Semua Guru Tingkatan 3 & 5

Bacaan Doa Ustaz Abdullah Bin ZakariaPengacara Majlis Pn. Nur Aini Bt Mohd Nawi

Keselamatan & Trafik En. Anuar Bin SallehEn. Rosli Bin IdrehPn. Ong Lee ChingPn. Chan Good Luan

Siaraya En. Mohd Nawi Bin HarunPersegaran Pn. Rozita Bt Ab Halim

Pn. Nor Hasni Bt Muhd NorPn. Yuhainis Bt BaharuddinPn. Tn Rozana Bt Tn JaafarPn. Erini Kamilia Bt AdzmiPn. Nur Aini Bt Daud

Buku Program Cik Nabila Bt A.HadiCik Nor Atikah Bt Amaran

Surat Perjanjian Pn. Nur Aini Bt YusufPn. Nor Izyani Bt Ahmad

Dokumentasi Cik Zatil Afiqah Bt SukriPn. Juliana Bt Idris

Persiapan Tempat En. Rosmarozi Bin HussinPn. Suhaida Pekerja Swasta

TENTATIF PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & GURU SMK BANDAR KUALA KRAI

Tarikh : 27 Januari 2011 ( Khamis )Masa : 8.00 pagi – 12.00 TengahariTempat: Dewan Utama SMK Bandar Kuala Krai.

Aturcara Program :

8.00 : Pelajar dan ibu bapa mengambil tempat

8.05 : Ucapan alu aluan pengerusi majlis

8.10 : Bacaan Doa

8.15 : Ucapan Pn. Hjh Khadijah Bt Ali, Pengetua SMK Bandar Kuala Krai

8.45 : Ucapan Yang Dipertua PIBG

9.00 : Ceramah Motivasi Keibubapaan oleh Pn. Siti Zainun Bt Mat, Penolong

Pegawai Pelajaran Daerah Bachok (Pembangunan Kemanusiaan )

“ Peranan Ibu Bapa Memacu Kejayaan”

10.25 : Lafaz Ikrar Pelajar

10.30 : Rehat / Jamuan Ringan

11.00 : Majlis Menandatangani Surat Aku Janji Pelajar dan Penyerahan

Kad Laporan Kemajuan.

12.00 : Majlis Bersurai