laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

31
KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI GURU & KURSUS IBU BAPA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN 18 JANUARI 2014 Anjuran: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN 1

Upload: norashikin-ihsan

Post on 28-Jul-2015

74 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI GURU &

KURSUS IBU BAPA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

18 JANUARI 2014

Anjuran:

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

1

Page 2: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM MOTIVASI GURU&

KURSUS KEIBUBAPAAN TAHUN ENAM 2014

1.0 Pendahuluan :

Keluarga atau anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan oleh Allah.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memainkan peranan dalam mendidik dan

membina pembangunan diri anak-anak. Manakala guru turut berperanan dalam

merealisasikan pembangunan pendidikan setiap murid. Justeru, program ini dirancang

kerana menyedari hakikat pentingnya peranan dan tanggungjawab ibu bapa dan guru

bekerjasama ke arah pembangunan sahsiah diri setiap murid dengan berkesan. Melalui

program ini, ibu bapa dan guru dapat menilai semula peranan dan tanggungjawab yang

perlu dilaksanakan serta dapat meningkatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa

murid.

2.0 Matlamat :

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan peluang yang lebih besar dalam

mendidik dan membentuk sifat-sifat positif dalam diri anak-anak berbanding dengan

orang lain. Di samping iu, guru-guru diperlukan dengan mengembeling tenaga bagi

membantu murid-muridnya meningkatkan syakhsiah diri di sekolah. Oleh itu, ibu bapa

dan guru perlu memahami peranan dan tanggungjawab mereka ke arah pendidikan

yang berkualiti dan berkesan.

2

Page 3: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

3.0 Objektif :

3.1 Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan guru.

3.2 Melahirkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa

terhadap anak.

3.3 Meningkatkan sahsiah murid dan mengurangkan masalah disiplin sekolah.

4.0 Tarikh : 18 Januari 2014 ( SABTU )

5.0 Masa : 8.00 pagi

6.0 Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Tambun

7.0 Sasaran : Guru SK Tambun, Ibu bapa & Pelajar Tahun Enam

8.0 Anjuran : Program Bersama Guru-guru Tahun Enam, Unit

Bimbingan & Kaunseling serta PIBG SK Tambun

9.0 Sumber Kewangan :

9.1 Sumbangan PIBG RM 300.00

--------------------

Jumlah RM 300.00

============

3

Page 4: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

10.0 Anggaran Perbelanjaan :

10.1 Minuman 200 ( Ibu bapa dan murid ) x RM 0.50 = RM 100.00

10.2 Cenderahati penceramah = RM 150.00

10.3 Jamuan penceramah = RM 35.00

10.4 Bahan fotostat = RM 15.00

----------------------

Jumlah RM 300.00 ============

11.0 Jawatankuasa Pelaksana :

Penasihat : Pn. Hjh. Che Wa Binti Saad ( Guru Besar SK Tambun )

Pengerusi : Pn. Silvarmalar a/p Manickavasagam ( Pen. Kanan

HEM ) Naib Pengerusi : 1. Pn. Rokiah Binti Bakar ( Pen. Kanan Pentadbiran )

2. En. Ishak Bin Mohd. ( Pen. Kanan Kokurikulum )

3. Pn. Hjh. Hasanah Nengut ( Pen. Kanan Pend. Khas )

Penyelaras : Pn. Jamilah Hashim

Setiausaha : Pn Wan Norazlina Mohamad Salleh

Bendahari : Pn. Sabrina Sabri

Pengacara Majlis : Pn. Wan Raihanah Wan Abdul Ghani

Jemputan Penceramah : Pn. Jamilah Hashim / Cik Mawaddah Binti Baderun

Pendaftaran : Pn. Sabrina Sabri / Pn. Noraishah Ahmad

4

Page 5: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Buku Program : Pn. Wan Norazlina Mohamad Salleh

Backdrop : Pn. Hasimah Abdul Hamid / Pn. Maizaton Hussein

Persiapan Dewan : En. Shamsul Baharin Azli / En. Zikhirwan Abd. Latif

En. Mohd. Rofi B. Mohd. Aseh

AJK Jamuan : Pn. Hasmimah Hanim Jalil / Pn. Norbaini Yazid

Pn. Norsiah Saidon / Zarina Kamaludin

PA System : En. Mohd. Rofi B. Mohd Aseh

Bacaan Doa : En. Zikhirwan Abd. Latif

Cenderahati Penceramah : Pn. Sabrina Binti Sabri / Pn. Maizaton Hussein

LCD / ICT : En. Ahmad Suhaidi Suhaimi

Fotografi : En. Husarizal Hussin / Pn. Hjh. Hairunnishah Harun

5

Page 6: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

12.0 Bidang Tugasan :

AJK PELAKSANA PROGRAM BIDANG TUGAS

PERSIAPAN DEWAN & PA System

En. Shamsul Baharin Azli

En. Mohd. Rofi B. Mohd. Aseh

En. Zikhirwan Abd. Latif

1. Menyusun kerusi mengikut bilangan

kehadiran guru dan ibu bapa.

2. Menyediakan meja utama penceramah.

3. Menyediakan meja untuk meletak LCD dan

pendaftaran.

4. Memastikan mikrofon dan speaker

berfungsi dengan sebaiknya.

BACKDROP

Pn. Hasimah Abdul Hamid

Pn. Maizaton Hussein

1.Menyediakan backdrop yang sesuai

dengan, tajuk program.

JEMPUTAN PENCERAMAH & PIBG

Pn. Jamilah Hashim

Cik Mawaddah Binti Baderun

1. Menguruskan jemputan penceramah dan

tetamu program PIBG.

JAMUAN IBU BAPA

Pn. Hasmimah Hanim Jalil

Pn. Norsiah Saidon

Pn. Zarina Kamaludin

Pn. Norbaini Yazid

1. Membuat tempahan dengan pengusaha

kantin.

2. Mengurus pemberian makanan kepada

guru dan ibubapa.

3. Mengurus jamuan jemputan.

6

Page 7: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

BUKU PROGRAM

Pn. Wan Norazlina Bt.

Mohamad Salleh

1 .Membuat buku program untuk diedarkan

kepada guru dan ibu bapa.

PENGACARA MAJLIS

Pn. Wan Raihanah Wan Abd.

Ghani

1. Mengendalikan program dari awal hingga

akhir.

CENDERAHATI

Pn. Sabrina Sabri

Pn. Maizaton Hussein

1. Menyediakan cenderahati untuk

penceramah jemputan.

LCD / ICT

En. Ahmad Suhaidi Suhaimi

1. Menyediakan laptop untuk penceramah

jemputan menyampaikan modul ceramah.

FOTOGRAFI

En. Husarizal Hussin

Pn. Hjh. Hairunnishah Harun

1. Menyediakan kamera dan mengambil

gambar sepanjang program motivasi

berlangsung.

BACAAN DOA

En. Zikhirwan Abdul Latif

1. Menyediakan teks bacaan doa dan

bersedia untuk bacaan doa ketika majlis

bermula.

7

Page 8: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

13.0 Tentatif Program :

18 Januari 2014 ( SABTU )

MASA ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi Pendaftaran

8.00 pagi Ucapan Aluan dan Bacaan Doa

8.15 pagi Ucapan YDP PIBG SK Tambun

8.30 – 10.30 pagi

Ceramah Motivasi oleh :

TN. HJ. ABDUL KAHAR BIN

AWANG KARIM

PENOLONG PENGARAH BAHASA

ARAB

UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN

ISLAM

JABATAN PELAJARAN NEGERI

PERAK

Tajuk : Peranan Ibu Bapa dan Guru Ke Arah Kecemerlangan Akademik &

Sahsiah Murid

Soal jawab

10.30 pagi Taklimat TOV Oleh Barisan Pentadbir

11.00 pagi Penetapan Target & Majlis Aku Janji

12.00 tengahari Bersurai

14.0. Penutup :

8

Page 9: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada

semua pihak yang terlibat khususnya ibu bapa demi memastikan matlamat dan objektif

program dapat dicapai. Jutaan terima kasih kepada semua guru dan Persatuan Ibu

bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tambun yang sudi membantu

menjayakan program ini.

Disediakan oleh :

_______________________________

( PUAN WAN NORAZLINA MOHAMAD SALLEH )

Setiausaha

Program Motivasi Guru dan Keibubapaan Tahun Enam 2014

Sekolah Kebangsaan Tambun

Disemak oleh :

_______________________________________

( PN. SILVARMALAR A/P MANICKAVASAGAM )

Penolong Kanan HEM

Sekolah Kebangsaan Tambun

Diluluskan oleh :

____________________________

( PN. HJH. CHE WA BINTI SAAD )

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Tambun

9

Page 10: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI GURU &

KURSUS IBU BAPA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

18 JANUARI 2014

Anjuran:

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

10

Page 11: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

4.0. LAPORAN PROGRAM KURSUS KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS AKU JANJI

TAHUN 6

Pada 18 Januari 2014 hari Sabtu yang lalu, Jawatankuasa Program

Kecemerlangan UPSR bersama PIBG SK Tambun telah mengadakan Program Kursus

Keibubapaan dan Majlis Aku Janji Tahun 6 bertempat di Dewan Terbuka SK Tambun.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa murid tahun

6 dengan guru-guru terutamanya guru-guru tahun 6. Selain itu, ia juga bertujuan

meningkatkan motivasi murid dalam pelajaran, lebih bertanggungjawab dan berusaha

dengan gigih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak. Ibu

bapa juga dapat bersua muka dengan guru kelas anak-anak untuk bertanya lebih lanjut

tentang pelajaran anak-anak mereka. Segala perbelanjaan untuk majlis ini daripada

PIBG serta tabung Tahun 6.

Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 pagi. Semua ibu bapa

dan murid tahun 6 serta ibu bapa murid tahun 1 hingga 5 juga dijemput untuk majlis

ilmu ini. Kehadiran ibu bapa dan murid agak menggalakkan pada hari tersebut.

Pada pukul 8.25 penceramah jemputan iaitu Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Hj

Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak tiba dan disambut oleh

Guru Besar dan Penolong Kanan SK Tambun.

Majlis bermula dengan bacaan doa dari Ustaz Zikhirwan, Guru Pendidikan Islam.

Selesai bacaan doa, Guru Besar Puan Hjh Che Wa Saad menyampaikan ucapan alu-

aluan kepada para tetamu dan mengucapkan tahniah kepada kepada ibu bapa yang

hadir bersama anak-anak demi memastikan kecemerlangan pelajaran anak-anak.

Pada pukul 8.40, ceramah dari Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Hj Abdul Halim

bermula. Ceramah yang bertemakan ‘Anakku, Permataku, Tanggungjawabku’ amat

sesuai dengan tujuan majlis ini. Dalam ceramahnya beliau menekankan tentang peri

pentingnya ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam zaman

11

Page 12: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

yang semakin mencabar ini. Anak-anak juga perlu menghargai ibu bapa dan

membalasnya dengan memberikan kejayaan yang cemerlang.

Ceramah berakhir pada pukul 11.00 pagi, dan majlis diteruskan dengan majlis

aku janji murid-murid dan ibu bapa. Murid-murid dan ibu bapa bergerak ke tempat yang

telah disediakan iaitu kelas tahun 6 Bestari di Dewan Besar, kelas 6 Dinamik di Bilik

Tayangan, kelas 6 Dinamik di Bilik Matematik dan kelas 6 Arif di Bilik Seri Tambun. Ibu

bapa dan murid diberi taklimat oleh guru kelas anak masing-masing tentang NKRS-W

dan program kecemerlangan yang telah dirancang sepanjang tahun. Guru kelas

menerangkan dengan lebih terperinci kelompok anak-anak masing-masing dalam

NKRS-W berdasarkan TOV murid dari keputusan peperiksaan akhir tahun lepas.

Selesai penerangan guru kelas, mesyuarat diadakan untuk melantik AJK dalam

kalangan ibu bapa mengikut kelas masing-masing. Fungsi AJK ini adalah untuk

memastikan sebarang aktiviti atau program yang akan dijalankan dapat dilaksanakan

dengan lebih lancar dengan adanya penglibatan dari ibu bapa. AJK yang dilantik adalah

Pengerusi Kelas, Naib Pengerusi Kelas, Bendahari, Setiausaha dan AJK kecil. AJK ini

juga boleh merancang aktiviti sendiri yang boleh dilakukan demi meningkatkan prestasi

akademik anak-anak.

Selepas itu, murid-murid juga diberi borang target dalam UPSR 2014 dan diminta

mengisi target mereka bersama ibu bapa. Kemudian, mereka diminta membaca ikrar

aku janji berhadapan dengan ibu bapa masing-masing. Antara lain isi kandungan dalam

aku janji iaitu mereka berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa

dan guru, menyiapkan kerja sekolah, memberi perhatian penuh dalam kelas sewaktu

guru mengajar, menghadiri kelas tambahan dan menghormati rakan-rakan.

Seterusnya, murid-murid juga berjanji akan mendapatkan keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan datang. Selesai berikrar, murid

menandatangani aku janji di hadapan ibu bapa. Kemudian borang aku janji ini

diserahkan kepada guru kelas masing-masing.

12

Page 13: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Selesai majlis, murid-murid membantu guru mengemas bilik masing-masing.

kerusi dan meja diletakkan di tempat asal. Ibu bapa murid dijemput untuk menikmati

sedikit jamuan ringan. Majlis berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

KEKUATAN

Tema ceramah daripada penceramah jemputan yang bertajuk ‘anakku,

permataku, tanggungjawabku’ amat bersesuaian dengan tujuan majlis. Isi kandungan

yang disampaikan juga menarik minat ibu bapa dan murid. Selain itu, majlis ini juga

dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah lebih-lebih lagi

dengan guru kelas anak-anak. Mereka dapat mengetahui tentang prestasi dan kelakuan

anak-anak mereka. Dengan adanya lantikan AJK dalam kalangan ibu bapa mengikut

kelas anak-anak membolehkan ibu bapa terlibat dengan rasmi dalam apa saja program

yang dapat meningkatkan akademik anak-anak mereka. Hubungan yang erat antara

sekolah dengan ibu bapa murid memudahkan pihak sekolah mendapat kerjasama yang

penuh dari mereka dalam sebarang aktiviti yang bakal dijalankan.

KELEMAHAN

Kehadiran ibu bapa dan waris murid hanya lebih kurang 70 % sahaja terutama

untuk kelas murid yang lemah iaitu kelas Arif hanya seramai 11 orang ibu bapa sahaja

yang hadir. Kurangnya kehadiran ibu bapa ini menyukarkan pihak sekolah

mendapatkan kerjasama mereka dalam sebarang aktiviti yang bakal dijalankan.

CADANGAN

Majlis ini diharapkan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana

banyak perkara yang membawa kepada kebaikan kepada pihak sekolah, ibu bapa

khususnya anak-anak mereka. Guru-guru pula perlu menggandakan usaha untuk

memastikan kehadiran ibu bapa 100% untuk majlis-majlis yang akan datang.

13

Page 14: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

PENUTUP

Kesimpulannya, program keibubapaan dan majlis aku janji murid tahun 6 ini

dapat meningkatkan motivasi murid dan juga ibu bapa untuk sama-sama dalam

memastikan kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan UPSR. Ibu bapa secara

tidak langsung akan mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dengan adanya

penerangan yang lebih teliti daripada guru kelas. Ibu bapa lebih jelas dan faham akan

hasrat sekolah demi kejayaan anak-anak mereka seterusnya bersama-sama

bekerjasama meningkatkan kejayaan sekolah ini. Selain itu, murid-murid tahun 6 lebih

bertanggungjawab dan bermotivasi untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang

dalam UPSR dengan adanya kehadiran ibu bapa mereka. Semoga sasaran sekolah

untuk mendapatkan 38 orang atau lebih lagi mencapai 5A pada tahun ini akan tercapai.

Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

………………………………

(Wan Norazlina Mohamad Salleh)

Setiausaha,

Program Tahun 6,

Sekolah Kebangsaan Tambun.

14

Page 15: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

5.0. SEKITAR GAMBAR PROGRAM KURSUS KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS AKU

JANJI

15

Page 16: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Penceramah Jemputan Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Guru Besar SK Tambun, Puan Hjh Che Wa Saad

16

Page 17: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Pengerusi Majlis Ustazah Wan Raihanah

17

Page 18: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

18

Page 19: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Antara hadirin yang hadir dalam majlis ini.

19

Page 20: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Mesyuarat dan lantikan AJK kecil kelas 6 Cemerlang

20

Page 21: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Pembentangan NKRS-W oleh Puan Maizaton Hussein, guru kelas 6 Arif di bilik Seri Tambun.

21

Page 22: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Ibu bapa bersama anak mereka bersama-sama mengisi target untuk UPSR dalam borang aku janji.

22

Page 23: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

Guru Besar, Puan Hjh Che Wa Saad bersama penyelaras Tahun 6 bersama-sama mendengar aku janji murid.

Murid berikrar di hadapan ibu bapa untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2014.

23

Page 24: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

6.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat

menjalankan program BIG yang telah diamanahkan kepada saya dengan jayanya.

Saya menghadapi beberapa kekangan dalam melaksanakan program ini terutamanya

dari segi masa dan peruntukan kewangan. Namun perbincangan antara kami dan pentadbir

sekolah mengenai program ini telah memberi respon yang positif. Pihak sekolah telah memberi

tarikh yang sesuai dan tidak bertindih dengan program yang telah ditetapkan. Saya amat

beryukur kerana mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah dan rakan sekerja dalam

menjayakan program ini.

Sepanjang aktiviti ini, murid-murid mendapat peluang untuk menimba pengalaman yang

sangat bermakna dalam diri mereka. Selain itu, program ini secara tidak langsung dapat

mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara murid, ibubapa dan guru. Seterusnya aktiviti ini

dapat membentuk jati diri dikalangan murid supaya mereka sentiasa berketrampilan yang baik

untuk menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan lain.

Saya akan menjadikan pengalaman dalam menjayakan aktiviti ini sebagai panduan dan

rujukan saya pada masa akan datang dalam menganjurkan sesuatu program sama ada di

peringkat sekolah atau di peringkat yang lebih tinggi. Apa yang penting perancangan sesuatu

program atau aktiviti yang hendak dijalankan perlu dibuat lebih rapi dan teratur agar semuanya

berjalan dengan lancar.

Secara keseluruhannya, saya dapati segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan

mencapai matlamat yang ingin dituju. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan

setinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang telah banyak membantu saya dan rakan-

rakan dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian terima kasih.

NAMA : WAN NORAZLINA MOHAMAD SALLEH

NO. MATRIK : 28847

K/P : 771128-10-5334

UNIT : BM 2 / PPG KOHOT 2

24

Page 25: Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6

7.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan

insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah

yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang

dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji

serta etika keguruan dalam diri setiap guru selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya

program BIG ini, dapat melahirkan insan guru yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan

berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

Selain itu, program BIG ini juga dapat membina insan guru yang berakhlak mulia,

bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal, mental, rohani dan bermanfaat

kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap

bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah

Pendidikan kebangsaan(FPK).

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai

objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang

agar dapat melahirkan insan guru yang cemerlang dalam semua aspek, insyaallah.

25