469 pelatih sertai plkn 2

1
Sepang: Seramai 469 pelatih Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 menjalani latihan di Kem PLKN Princess Haliza dekat sini bermula semalam. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Mohamed Asri Yusof berkata 1,600 calon ditawarkan menyertai projek perintis berkenaan dan selebihnya iaitu 115 orang menerusi pengambilan secara sukarela. “Projek ini berlangsung selama lapan minggu iaitu lebih pendek berbanding tempoh latihan PLKN sebelum ini iaitu selama 12 minggu. "Modul kali ini lebih bersepadu. Kita akan menguji keberkesanan modul baharu ini yang akan diperkenal pada PLKN 2.0 pada Januari 2016 seperti Cergas dan Tangkas, Malaysiaku, Bicara Tekno dan Pembangungan Diri," katanya ketika sesi taklimat kepada pelatih Projek Perintis PLKN 2.0 di sini, hari ini. Mohamad Asri berkata selepas selesai latihan, pelatih akan ditawar mengikuti latihan kemahiran Kementerian Belia dan Sukan di institusi kemahiran. "Ini akan memberi peluang kepada pelatih yang tidak mendapat tempat di universiti awam untuk melanjutkan pelajaran di institut kemahiran yang biasanya mengambil tempoh pengajian sehingga 24 bulan," katanya. - BERNAMA

Upload: suryami-geoffrey

Post on 05-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

469 pelatih sertai PLKN 2.pdf

TRANSCRIPT

Page 1: 469 Pelatih Sertai PLKN 2

Sepang: Seramai 469 pelatih Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN) 2.0 menjalani latihan di Kem PLKN Princess Haliza dekat sini bermula

semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Mohamed Asri Yusof berkata

1,600 calon ditawarkan menyertai projek perintis berkenaan dan selebihnya iaitu 115

orang menerusi pengambilan secara sukarela.

“Projek ini berlangsung selama lapan minggu iaitu lebih pendek berbanding tempoh

latihan PLKN sebelum ini iaitu selama 12 minggu.

"Modul kali ini lebih bersepadu. Kita akan menguji keberkesanan modul baharu ini yang

akan diperkenal pada PLKN 2.0 pada Januari 2016

seperti Cergas dan Tangkas, Malaysiaku, Bicara Tekno dan Pembangungan Diri,"

katanya ketika sesi taklimat kepada pelatih Projek Perintis PLKN 2.0 di sini, hari ini.

Mohamad Asri berkata selepas selesai latihan, pelatih akan ditawar mengikuti latihan

kemahiran Kementerian Belia dan Sukan di institusi kemahiran.

"Ini akan memberi peluang kepada pelatih yang tidak mendapat tempat di universiti

awam untuk melanjutkan pelajaran di institut kemahiran yang biasanya

mengambil tempoh pengajian sehingga 24 bulan," katanya. - BERNAMA