44358258-akauntabiliti-keguruan

18
AKAUNTABILITI KEGURUAN Disediakan oleh : Rayida Jaraeh Loretta K. Johnny Lerry Mond Bin Mogantar Michael Bin Jaungin Ridzuan Bin Radi Wadi Bin Rinantai

Upload: maznah-md-yasin

Post on 20-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

AKAUNTABILITI KEGURUAN

Disediakan oleh :Rayida JaraehLoretta K. JohnnyLerry Mond Bin MogantarMichael Bin JaunginRidzuan Bin RadiWadi Bin Rinantai

Page 2: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Akauntabiliti Keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.

Pendidik juga bermaksud orang yang memelihara dan melatih.

Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.

Keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Page 3: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Konsep Akauntabiliti

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.

Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .

Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Page 4: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Akauntabiliti Keguruan

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.

Ia juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Page 5: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

SekolahSekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertangungjawab terhadap

tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.

Page 6: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

SekolahSekolah

Dalam hal ini, selain tugas mengajar, guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

Page 7: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Tingkah LakuTingkah Laku

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya.

Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.

Page 8: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Tingkah LakuTingkah Laku

Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.

Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supayamudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya.

Page 9: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Tingkah LakuTingkah Laku

Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

Page 10: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Murid

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.

Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.

Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.

Page 11: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

MuridMurid

Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.

Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik.

Page 12: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Murid

Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

Page 13: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

Profesion

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar.

Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.

Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.

Page 14: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

ProfesionProfesion

Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Page 15: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

KomunitiKomuniti

Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dengan jelas

Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajarnya.

Sebagai rakyat Malaysia hendaklah bertanggungjawab dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.

Page 16: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

KomunitiKomuniti

Dapat mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.

Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

Page 17: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

KomunitiKomuniti

Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat.

Page 18: 44358258-AKAUNTABILITI-KEGURUAN

KomunitiKomuniti

Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .