42301558 contoh laporan latihan industri

6
1 CONTOH LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN, MELAKA SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN & REKABENTUK) LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEDIAKAN OLEH : LUKMAN NUL HAKIM BIN ABDULLAH 871205-08-5231 SESI LI : JANUARI 2007 – MEI 2007

Upload: muhammad-ikhwan

Post on 18-Feb-2015

722 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

dsdsewrdsweq

TRANSCRIPT

Page 1: 42301558 Contoh Laporan Latihan Industri

1

CONTOH LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

INSTITUT KEMAHIRAN MARAJASIN, MELAKA

SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN & REKABENTUK)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DISEDIAKAN OLEH :LUKMAN NUL HAKIM BIN ABDULLAH

871205-08-5231

SESI LI : JANUARI 2007 – MEI 2007

Page 2: 42301558 Contoh Laporan Latihan Industri

2

Laporan Latihan Industri : Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk)

Pada02 Januari 2007 – 15 Mei 2007

Oleh :Lukman Nul Hakim bin Abdullah

Laporan Latihan Industri ini disediakan untuk Kursus Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk), Institut Kemahiran MARA Jasin,

Melaka sebagai prasyarat untuk dianugerahkan Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk).

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Laporan Latihan Industri ini. Sepanjang lima bulan menjalani Latihan Industri ini, pelbagai pengalaman dan kemahiran yang telah saya perolehi. Jika sebelum ini pengetahuan saya lebih kepada teori, namun selepas menjalani Latihan Industri ini pengetahuan praktikal saya telah bertambah dan dapat saya jadikan bekalan untuk bidang kerjaya saya selepas ini. Segala maklumat mengenai tempat latihan industri dan kerja-kerja yang saya lakukan sepanjang 20 minggu ini telah saya muatkan dalam laporan ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada majikan saya, Encik Fakhrul Alias dan penyelia saya puan Nur Iman Hakim yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan teguran selama saya menjalani latihan industri di syarikat ini. Ucapan terima kasih juga buat staf-staf Kurnia Bakti Sdn Bhd yang telah menerima saya dengan baik dan memberi layanan yang sewajarnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar saya di IKM Jasin, Puan Siti Mariam Majid, Encik Bakri Musa dan kesemua tenaga pengajar kursus yang telah memberi tunjuk ajar, dorongan dan panduan selama 18 bulan saya berada di IKM Jasin. Terima kasih juga buat komuniti IKM Jasin terutamanya Pengarah, Timbalan Pengarah, Peg.Perh.Industri dan semua warga kerja yang telah banyak membantu urusan pembelajaran dan Latihan Industri saya ini.

Akhir sekali ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan buat ibu bapa tersayang yang telah banyak berkorban, sama ada dari segi masa, keringat dan wang ringgit bagi memastikan saya berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam aspek pendidikan ini.

Terima kasih juga buat ahli keluarga, sahabat dan semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Laporan Latihan Industri ini, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga laporan Latihan Industri ini dapat memberi manfaat kepada saya dan juga warga IKM Jasin secara keseluruhannya.

Lukman Nul Hakim bin Abdullah15 Mei 2007

Page 3: 42301558 Contoh Laporan Latihan Industri

3

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat1 Penghargaan i2 Isi Kandungan ii3 Bab 1 : Pengenalan 1

4 Bab 2 : Latar Belakang Syarikat

Nama Syarikat 4Sejarah Syarikat 5

..SETERUSNYA SAMPAI BAB 5..

10 Lampiran *

*Nota : Lampiran tidak perlu diletakkan no.muka surat

BAB 1

PENGENALAN

Pelajar perlu menerangkan tujuan laporan ini disediakan ( contoh : sebagai syarat penganugerahan sijil dan mendapatkan pengalaman & persekitaran pekerjaan sebelum memasuki alam pekerjaan) dan apa-apa yang difikirkan sesuai oleh pelajar terutamanya yang memberi kesan positif kepada pelajar & Kerjaya (Rujuk Buku Log untuk Objektif LI dilaksanakan).

Pelajar juga perlu menerangkan tugas-tugas yang dilakukan sepanjang 20 minggu LI dijalankan.(Secara Umum)

Page 4: 42301558 Contoh Laporan Latihan Industri

4

BAB 2

LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 NAMA SYARIKATTerangkan nama syarikat tersebut (Gambar Syarikat boleh disertakan di sini)

2.2 SEJARAH SYARIKATTerangkan sejarah syarikat tersebut (Bagaimana ditubuhkan, bila, oleh siapa, di mana dan apa-apa yang berkaitan)

2.3 OBJEKTIF, VISI DAN MISI SYARIKATDapatkan maklumat ini daripada pihak syarikat dan nyatakan

2.4 PROFIL SYARIKATJenis perniagaan yang dijalankan dan lain-lain yang berkaitan dengan profil sykt.

2.5 LOGO SYARIKATSertakan logo dan terangkan maksud di sebalik logo tersebut

2.6 CARTA ORGANISASI SYARIKATDapatkan maklumat ini daripada pihak syarikat dan nyatakan

2.7 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKATNyatakan.

NOTA :Pelajar perlu berbincang dengan pihak syarikat mengenai maklumat-maklumat yang diperlukan di atas semasa bulan pertama LI (Ambil masa sehari untuk kumpulkan maklumat,contohnya jumpa Pengurus / Penyelia semasa masuk kerja dan ambil maklumat tersebut semasa rehat atau selepas tamat waktu kerja). Maklumkan maklumat tersebut diperlukan bagi penyediaan laporan LI. Minta kerjasama secara bijaksana dan berkhemah.

BAB 3

LAPORAN TUGAS/TANGGUNGJAWAB/PROJEK

3.1 TUGAS/PROJEK YANG DIJALANKANNyatakan.

3.2 PROSES TUGAS/PROJEK YANG DIJALANKANNyatakan (boleh secara esei atau hierarki gambarajah)

3.3 KESESUAIAN KURSUS DENGAN TUGASNyatakan sesuai atau tidak (sejauh mana kesesuaian tersebut, kaitkan dengan subjek/amali yang telah diambil di IKM Jasin)

3.4 KEMAHIRAN/TEKNOLOGI BARU YANG DIPEROLEHINyatakan.

3.5 MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN (TUGAS/PROJEK)Nyatakan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugas/projek dan apakah langkah penyelesaian yang diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. (boleh juga diterangkan dalam bentuk gambarajah)

NOTA :Contoh Kerja/Projek seperti gambar, graf, lukisan kejuruteraan dan sebagainya boleh diletakkan dalam muka surat lampiran. Cuma perlu dinyatakan dalam penerangan. Contoh: Pada 3.1, Tugas yang saya jalankan di syarikat ini adalah ……………………………..(rujuk contoh kerja di lampiran 1).

Page 5: 42301558 Contoh Laporan Latihan Industri

5

BAB 4

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Nyatakan cadangan dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk dilakukan penambahbaikan, sama ada dari aspek penempatan LI, kerja-kerja yang dilakukan di tempat LI, perhubungan di antara pelajar dengan pihak syarikat, peralatan-peralatan yang digunakan dan semua yang berkaitan dengan Latihan Industri. Cadangan-cadangan tersebut boleh dibuat dalam bentuk poin (1,2,3) atau esei. Bagi lebih tersusun, asingkan cadangan kepada pihak syarikat, cadangan kepada pihak BPL(K) MARA & IKM, cadangan kepada pelajar LI dan cadangan-cadangan lain yang berkaitan di dalam perenggan yang berasingan..

BAB 5

PENUTUP

Dalam bab ini, anda kena simpulkan semua perkara yang berkaitan dengan LI, dari aspek penempatan dan kerja yang dilakukan di syarikat. Kesimpulan juga merangkumi perjalanan LI secara keseluruhannya dan nyatakan faedah-faedah yang diperolehi semasa menjalani LI ini. Huraikan kesan pelaksanaan LI ini terhadap mutu kerja pelajar, pengalaman, pendedahan kepada teknologi baru dan bidang kerjaya di masa akan datang.

Page 6: 42301558 Contoh Laporan Latihan Industri

6

LAMPIRAN

Sertakan lampiran yang berkaitan (gambar, rajah, lukisan kejuruteraan, graf dan sebagainya).

n PENILAIAN LAPORAN LI

n Pengenalan : 5%n Bab 1 : 10 %n Bab 2 : 10%n Bab 3 : 30 %n Bab 4 : 15 %n Bab 5 : 10 %n Buku Log : 20 %

n Jumlah : 100%

n Bagi Program Diploma, pecahan 20% bagi markahPembentangan LI + 20% (Buku Log) & 60% (LaporanLI)

n Nota : Markah Lulus adalah 60%